• Tidak ada hasil yang ditemukan

DASAR FISKAL

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "DASAR FISKAL"

Copied!
120
0
0

Teks penuh

(1)

DASAR FISKAL

(2)

DASAR FISKAL

oKerajaan menggunakan alat dasar ekonomi untuk

mengawal aktiviti ekonomi dalam negara bagi menjamin kestabilan dan pertumbuhan ekonomi.

oAntara alat dasar ekonomi yang digunakan ialah dasar fiskal.

oDasar fiskal ialah satu dasar kerajaan yang dilaksanakan melalui perubahan dasar cukai dan perbelanjaan kerajaan

agar keadaan Ekonomi yang akan stabil dapat dicapai

(3)

DASAR FISKAL

oTujuan kerajaan melaksanakan dasar fiskal adalah untuk mencapai keadaan ekonomi yang stabil tanpa inflasi dan masalah pengangguran.

oSelain itu, kerajaan ingin mencapai pengagihan pendapatan yang lebih saksama dengan merapatkan jurang pendapatan antara golongan kaya dengan miskin.

oKadar cukai dan perbelanjaan kerajaan boleh diubah untuk

mempengaruhi tingkat permintaan agregat dalam ekonomi.

oKeputusan kerajaan untuk menambah atau mengurangkan kadar cukai dan perbelanjaan kerajaan adalah

berdasarkan masalah ekonomi semasa yang perlu diselesaikan.

(4)
(5)
(6)
(7)

HASIL

KERAJAAN

(8)

HASIL KERAJAAN

oHasil kerajaan merupakan

semua jenis pendapatan yang diterima oleh kerajaan dalam bentuk cukai, yuran, lesen

dan perkhidmatan.

oHasil kerajaan digunakan untuk membiayai

perbelanjaan kerajaan.

(9)

ANGGARAN HASIL KERAJAAN PERSEKUTUAN TAHUN

2016

(10)

HASIL CUKAI

oCukai merupakan bayaran wajib dalam

bentuk wang yang dikenakan oleh kerajaan.

oSemua hasil cukai yang dikutip adalah

berdasarkan Akta-akta Parlimen termasuk cukai yang dikenakan terhadap harta atau pendapatan individu, perbadanan, syarikat, dan perkongsian seperti cukai pendapatan, duti kastam, dan sebagainya.

(11)

CUKAI LANGSUNG

Beban cukai

langsung tidak boleh dipindahkan kepada pihak lain

(12)

CUKAI LANGSUNG

(13)

CUKAI

LANGSUNG

(14)

CUKAI LANGSUNG

(15)

CUKAI LANGSUNG

(16)

CUKAI LANGSUNG

(17)

CUKAI TAK LANGSUNG

Beban cukai tak langsung boleh dipindah kepada pihak lain

(18)

CUKAI TAK LANGSUNG

(19)

CUKAI TAK

LANGSUNG

(20)

CUKAI TAK

LANGSUNG

(21)

CUKAI TAK

LANGSUNG

(22)

CUKAI TAK

LANGSUNG

(23)

HASIL BUKAN

CUKAI

(24)

HASIL BUKAN CUKAI YANG DITERIMA OLEH

KERAJAAN MALAYSIA BAGI TAHUN 2013 HINGGA

2016

(25)

KESAN CUKAI

PROGRESIF,

REGRESIF DAN

BERKADAR

MALAR ATAS

AGIHAN

PENDAPATAN

(26)

KESAN CUKAI PROGRESIF, REGRESIF DAN BERKADAR MALAR ATAS AGIHAN PENDAPATAN

Hasil cukai merupakan sumber pendapatan utama kerajaan.

Pengutipan cukai oleh kerajaan bertujuan untuk mentadbir urus negara, membiayai projek

pembangunan negara serta mengagih semula

ketidakseimbangan agihan pendapatan dalam kalangan masyarakat.

Agihan pendapatan merujuk kepada pembahagian jumlah pendapatan merujuk kepada

pendapatan antara individu atau kumpulan dalam Ekonomi

(27)

KESAN CUKAI PROGRESIF, REGRESIF DAN BERKADAR MALAR ATAS AGIHAN PENDAPATAN

Golongan kaya yang berpendapatan tinggi akan mendapat barang dan perkhidmatan yang banyak dan berkualiti jika dibandingkan

dengan golongan miskin yang berpendapatan rendah.

Golongan miskin hanya mampu memperoleh barang dan

perkhidmatan yang sedikit dan kurang berkualiti.

Jurang pendapatan yang besar dalam masyarakat boleh memberi kesan negatif terhadap

pertumbuhan ekonomi jangka panjang, guna tenaga dan

menimbulkan konflik antara kelas sosial.

(28)

KESAN CUKAI PROGRESIF, REGRESIF DAN BERKADAR MALAR ATAS AGIHAN PENDAPATAN

oDalam hal ini, kerajaan

mengagihkan semula pendapatan dalam masyarakat dengan

mengutip cukai daripada

golongan kaya dan memberi bantuan kepada golongan miskin dengan cukai yang diperoleh.

oNamun begitu, hal ini tidak

bermakna cukai hanya dikenakan kepada golongan kaya manakala golongan miskin dikecualikan

daripada pengenaan cukai.

oSetiap rakyat haruslah membayar cukai kepada kerajaan.

(29)

KESAN CUKAI PROGRESIF, REGRESIF DAN BERKADAR MALAR ATAS AGIHAN

PENDAPATAN

oOleh itu, kesan cukai atas anggota

masyarakat adalah berbeza bergantung kepada kategori

agihan pendapatan dan jenis cukai yang dikenakan.

oCukai yang

dikenakan boleh

dibahagikan kepada tiga bentuk

berdasarkan kadar pengenaan cukai masingmasing

(30)

CUKAI PROGRESIF

Cukai progresif ialah bentuk cukai yang kadarnya semakin tinggi

apabila pendapatan bertambah.

Jenis cukai ini dikenakan

berdasarkan agihan pendapatan individu.

Apabila pendapatan seseorang individu meningkat, kadar cukai yang dikenakan terhadapnya adalah lebih tinggi.

Oleh itu, golongan berpendapatan tinggi akan membayar jumlah

cukai yang lebih tinggi dan sebaliknya golongan

berpendapatan rendah akan

membayar jumlah cukai yang lebih rendah.

(31)

CUKAI PROGRESIF

oContoh cukai progresif ialah cukai pendapatan individu.

oPendapatan individu dikenakan kadar cukai yang berbeza

berdasarkan tingkat pendapatan boleh cukai masing-masing.

oKadar cukai yang dikenakan adalah berdasarkan banjaran pendapatan individu yang

dikelaskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.

(32)

CUKAI PROGRESIF

oSebagai contoh, individu A menerima pendapatan boleh cukai sebanyak RM60 000 setahun manakala individu B memperoleh RM18 000 setahun.

oBerdasarkan kadar cukai pada tahun taksiran 2016, individu A dikenakan cukai sebanyak RM2 400 bagi RM50 000 pertama dan bakinya RM10000 pada

kadar16%.

oJumlah cukai yang perlu dibayar oleh individu A ialah RM4 000.

oIndividu B pula dikenakan cukai sebanyak RM50 bagi RM10 000 pertama dan bakinya RM8000 pada kadar1%.

oJumlah cukai yang perlu dibayar oleh individu Bialah RM130.

(33)

CUKAI REGRESIF

oCukai regresif ialah bentuk cukai yang kadarnya semakin menurun apabila pendapatan bertambah.

oCukai regresif merupakan konsep yang terbalik bagi cukai progresif.

oBentuk cukai ini memberi beban yang lebih besar atas golongan

berpendapatan rendah berbanding

dengan golongan berpendapatan tinggi.

oContoh bagi cukai regresif ialah cukai barang dan perkhidmatan (GST).

oKerajaan mengenakan kadar cukai yang sama bagi semua pengguna.

Walaupun kadar cukai adalah tetap,

namun golongan berpendapatan rendah menerima kesan yang lebih besar.

(34)

CUKAI REGRESIF

oSebagai contoh, bayangkan dua orang individu yang membeli RM300 barang keperluan harian setiap bulan dan kadar GST adalah 6%.

oSetiap individu dikehendaki membayar cukai sebanyak RM18 atas pembelian barang.

o Sekiranya individu A memperoleh pendapatan sebanyak RM5 000 sebulan, cukai yang

dikenakan atasnya hanya 0.36% daripada pendapatannya. Sebaliknya, individu B

memperoleh pendapatan sebanyak RM1 500.

oCukai yang dikenakan atasnya adalah 1.2%

daripada pendapatannya.

(35)

CUKAI BERKADAR MALAR

oCukai berkadar malar ialah bentuk cukai yang kadarnya tetap

walaupun pendapatan berubah.

oCukai berkadar malar menetapkan kadar cukai yang sama bagi

semua pembayar cukai tanpa mengambil kira jumlah

pendapatan syarikat.

o Contoh bagi cukai berkadar malar ialah cukai pendapatan syarikat.

oFirma dikenakan cukai pada kadar yang sama tanpa mengira

pendapatan yang diperoleh pada tahun tersebut.

(36)

CUKAI BERKADAR MALAR

oSebagai contoh, terdapat dua firma dengan modal berbayar sebanyak RM3 juta.

oFirma A memperoleh

untung sebanyak RM70 000 kerana produknya mendapat sambutan hangat dalam pasaran.

oSebaliknya, Firma B hanya memperoleh untung

sebanyak RM8 000 kerana kurang aktif dalam

perniagaan.

oKedua-dua firma dikenakan cukai pendapatan syarikat pada kadar 24% walaupun memperoleh tingkat

pendapatan yang berbeza.

(37)

PERBELANJAAN

KERAJAAN

(38)

PERBELANJAAN KERAJAAN

Dengan sumber hasil cukai dan hasil bukan cukai, kerajaan akan membuat perancangan yang rapi bagi

memperuntukkan hasil tersebut dalam

perbelanjaan kerajaan.

(39)

PERBELANJAAN

KERAJAAN

(40)

PERBELANJAAN MENGURUS

oPerbelanjaan mengurus kerajaan merujuk kepada

perbelanjaan semasa kerajaan yang berulang-ulang pada

setiap tahun untuk

membolehkan pengurusan dan pentadbiran harian kerajaan oPerbelanjaan mengurus

kerajaan tidak dipengaruhi oleh tingkat pendapatan negara.

oWalaupun pendapatan negara meningkat atau merosot,

perbelanjaan mengurus kerajaan yang diperlukan adalah masih tetap

diperuntukkan.

(41)
(42)
(43)
(44)

ANGGARAN

PERBELANJAAN

MENGURUS KERAJAAN

PERSEKUTUAN

MALAYSIA TAHUN

2016

(45)

PERBELANJAAN PEMBANGUNAN

oPerbelanjaan pembangunan merujuk kepada perbelanjaan

pelaburan kerajaan dalam projek- projek pembangunan ekonomi negara

oPerbelanjaan pembangunan adalah bertujuan untuk

meningkatkan pembentukan modal negara, guna tenaga dan

pendapatan negara.

oPerbelanjaan pembangunan

kerajaan juga bermatlamat untuk meningkatkan taraf hidup dan

tingkat kebajikan rakyat pada

masa depan dengan menyediakan pelbagai kemudahan dan

infrastruktur kepada rakyat.

(46)
(47)
(48)
(49)
(50)

BELANJAWAN

NEGARA

(51)

BELANJAWAN NEGARA

oKerajaan membuat perancangan yang rapi dalam peruntukan hasil pendapatan negara supaya setiap perbelanjaan yang dibuat memberikan kebajikan yang maksimum kepada rakyat.

oBelanjawan negara merupakan salah satu alat kawalan yang boleh membantu perancangan kewangan negara.

oBelanjawan negara ialah suatu penyata tentang anggaran jumlah hasil yang

diperoleh dan anggaran jumlah

perbelanjaan yang akan dilakukan untuk tahun kewangan akan datang

oDalam kata lain, belanjawan negara merupakan anggaran pendapatan yang akan diterima dibandingkan dengan

segala perbelanjaan yang akan dibuat pada masa depan.

(52)

TUJUAN BELANJAWAN NEGARA

DISEDIAKAN

(53)

BELANJAWAN NEGARA

(54)

BELANJAWAN SEIMBANG

Belanjawan seimbang

merujuk kepada keadaan

jumlah hasil kerajaan adalah bersamaan dengan jumlah perbelanjaan kerajaan.

Jenis belanjawan ini dilaksanakan untuk

mengukuhkan kedudukan kewangan sektor awam dan kestabilan ekonomi apabila ekonomi telah mencapai

tingkat guna tenaga penuh.

(55)

BELANJAWAN SEIMBANG

oKerajaan mewujudkan

belanjawan seimbang dengan memastikan semua

perbelanjaan kerajaan

menggunakan hasil yang diperoleh sepenuhnya.

oOleh itu,tiada baki hasil yang tertinggal dan tiada

perbelanjaan yang dibayar dengan hutang.

oBelanjawan seimbang

mengekalkan keadaan yang stabil dalam ekonomi.

(56)

BELANJAWAN DEFISIT

oBelanjawan defisit berlaku apabila jumlah hasil kerajaan kurang daripada jumlah

perbelanjaan kerajaan oJenis belanjawan ini

dilaksanakan semasa ekonomi menghadapi masalah

pengangguran atau

kemelesetan ekonomi melalui peningkatan perbelanjaan

kerajaan, pengurangan cukai atau kedua-duanya secara serentak.

oKerajaan mewujudkan belanjawan defisit dengan menambahkan perbelanjaan mengurus serta perbelanjaan pembangunan kerajaan.

(57)

BELANJAWAN DEFISIT

oTindakan kerajaan ini akan mencipta peluang pekerjaan kepada

masyarakat dan menambahkan

pendapatan individu serta negara.

o Kesannya, kuasa beli masyarakat meningkat dan keadaan

kemelesetan dapat dipulihkan.

oPada masa yang sama, kerajaan akan

menurunkan kadar cukai.

(58)

BELANJAWAN DEFISIT

oKesannya,pendapatan boleh guna dan kuasa beli

masyarakat akan meningkat.

oPermintaan terhadap barang dan perkhidmatan dalam

pasaran turut meningkat dan menggalakkan pertumbuhan aktiviti ekonomi sehingga keadaan kemelesetan

ekonomi dapat dipulihkan.

(59)
(60)

BELANJAWAN LEBIHAN

oBelanjawan lebihan berlaku apabila jumlah hasil kerajaan lebih daripada jumlah

perbelanjaan kerajaan oJenis belanjawan ini

dilaksanakan semasa ekonomi menghadapi masalah inflasi melalui peningkatan cukai,

pengurangan perbelanjaan kerajaan atau kedua-duanya secara serentak.

(61)

BELANJAWAN LEBIHAN

oKerajaan mewujudkan

belanjawan lebihan dengan mengurangkan perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan kerajaan.

o Tindakan kerajaan ini akan memperlahankan pertumbuhan ekonomi dalam negara dan

tingkat harga barang umum akan menurun.

oKesannya, keadaan inflasi dapat dikawal dan kos sara hidup

masyarakat telah menurun.

oPada masa yang sama, kerajaan akan menaikkan kadar cukai.

(62)

BELANJAWAN LEBIHAN

oKesannya, pendapatan boleh guna pengguna akan

berkurang dan kuasa beli pengguna akan menurun.

oPermintaan terhadap barang dan perkhidmatan dalam

pasaran turut menurun dan masalah inflasi akibat

permintaan yang berlebihan dalam ekonomi dapat

distabilkan.

oTingkat harga umum bagi barang dan perkhidmatan dalam pasaran juga akan menurun.

(63)
(64)

DASAR KEWANGAN

oSelain dasar fiskal yang telah

diperkenalkan, satu lagi dasar yang sering digunakan oleh kerajaan sebagai alat

dasar ekonomi ialah dasar kewangan.

oDasar kewangan ialah cara kerajaan

mempengaruhi kegiatan ekonomi melalui kawalan bekalan wang dan kadar bunga supaya ekonomi negara sentiasa berada dalam keadaan yang stabil.

(65)

DASAR

KEWANGAN

Dasar kewangan dilaksanakan oleh bank pusat iaitu Bank Negara Malaysia.

Dasar kewangan yang berbeza digunakan bergantung kepada masalah ekonomi yang ingin diatasi

(66)
(67)
(68)
(69)

ALAT DASAR

KEWANGAN

(70)

ALAT DASAR KEWANGAN

(71)

NISBAH RIZAB BERKANUN

oRizab berkanun merupakan simpanan wajib bank perdagangan di bank pusat berdasarkan jumlah deposit yang

diterima

oTindakan bank pusat mengubah nisbah rizab berkanun akan mempengaruhi

jumlah wang tunai yang perlu disimpan oleh bank perdagangan di bank pusat.

oHal ini akan mempengaruhi keupayaan bank perdagangan untuk memberi

pinjaman kepada masyarakat dan membuat pelaburan.

oNisbah rizab berkanun turut

mempengaruhi penawaran wang dalam ekonomi dan memberi kesan terhadap kuasa beli masyarakat dalam ekonomi.

(72)

PENINGKATAN DAN PENURUNAN NISBAH RIZAB BERKANUN DALAM MENSTABILKAN EKONOMI

(73)

NISBAH RIZAB TUNAI

oRizab tunai merupakan simpanan wajib wang tunai di bank

perdagangan berdasarkan jumlah deposit yang diterima

oSimpanan wajib wang tunai oleh bank perdagangan bertujuan

memastikan bank tersebut

mempunyai wang yang mencukupi apabila pelanggan menuntut

wang.

oSimpanan ini tidak boleh digunakan untuk memberi pinjaman.

(74)

NISBAH RIZAB TUNAI

oTindakan bank pusat mengubah nisbah rizab tunai akan mempengaruhi jumlah wang tunai yang perlu disimpan oleh bank perdagangan di bank

masing-masing.

oHalini akan mempengaruhi keupayaan bank

perdagangan untuk memberi pinjaman kepada

masyarakat dan membuat pelaburan.

oNisbah rizab tunai turut mempengaruhi penawaran wang dalam ekonomi dan seterusnya memberi kesan terhadap kuasa beli

masyarakat dalam ekonomi.

(75)

PENINGKATAN DAN PENURUNAN NISBAH RIZAB TUNAI DALAM MENSTABILKAN

EKONOMI

(76)

SYARAT SEWA BELI

oSyarat sewa beli merupakan syarat dan terma semasa membuat pinjaman sewa beli

oBankpusat mengawal syarat sewa beli dengan

menetapkan jumlah pinjaman maksimum dan tempoh bayaran balik pinjaman berserta dengan faedah.

o Syarat sewa beli yang lebih ketat iaitu mengurangkan had jumlah pinjaman maksimum dan tempoh bayaran balik pinjaman akan mengurangkan pinjaman yang disalurkan oleh institusi kewangan kepada masyarakat.

oSyarat sewa beli yang lebih longgar iaitu meningkatkan had jumlah pinjaman maksimum dan tempoh bayaran balik pinjaman akan meningkatkan pinjaman yang disalurkan oleh institusi kewangan kepada masyarakat.

(77)

MENGETATKAN DAN MELONGGARKAN SYARAT SEWA BELI DALAM MENSTABILKAN EKONOMI

(78)

SURAT JAMINAN KERAJAAN

oSurat jaminan kerajaan

merupakan surat bertulis yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk memperoleh pinjaman daripada masyarakat atau institusi

kawangan

oKerajaan membuat pinjaman dengan menjual surat jaminan kepada orang ramai dan institusi kewangan.

o Sebaliknya, kerajaan menebus pinjaman apabila bank pusat membeli surat jaminan daripada orang ramai dan institusi

kewangan

(79)

SURAT JAMINAN KERAJAAN

oTindakan bank pusat menjual surat jaminan kerajaan boleh mengurangkan aliran wang tunai dalam ekonomi.

oHal ini akan menurunkan keupayaan bank perdagangan memberi pinjaman kepada masyarakat dan penciptaan kredit.

oSebaliknya, tindakan bank pusat membeli surat jaminan kerajaan dapat meningkatkan aliran wang tunai dalam ekonomi.

oIni akan meningkatkan keupayaan bank perdagangan memberikan pinjaman kepada masyarakat dan

penciptaan kredit.

(80)

PENJUALAN DAN

PEMBELIAN SURAT

JAMINAN KERAJAAN

DALAM

MENSTABILKAN

EKONOMI

(81)

KADAR FAEDAH

oKadar faedah

merupakan kos yang ditanggung oleh

peminjam semasa membuat pinjaman oBank pusat boleh

mengawal penawaran wang dalam ekonomi dengan mengubah

kadar faedah.

oPerubahan kadar

faedah akan memberi kesan terhadap kos

meminjam dan beban hutang peminjam.

(82)

KADAR FAEDAH

oKenaikan kadar faedah

dapat mengurangkan jumlah pinjaman yang dibuat oleh masyarakat.

oPenurunan kadar faedah akan menggalakkan

masyarakat untuk

menambahkan jumlah pinjaman.

oJumlah pinjaman yang

diminta oleh masyarakat akan mempengaruhi penawaran

wang dalam pasaran.

(83)

PENINGKATAN DAN

PENURUNAN KADAR

FAEDAH DALAM

MENSTABILKAN

EKONOMI

(84)

KESAN KADAR

FAEDAH SEBAGAI

ALAT DASAR

KEWANGAN

DALAM EKONOMI

(85)

KESAN KADAR FAEDAH SEBAGAI ALAT DASAR KEWANGAN DALAM EKONOMI

oPerkara utama yang dipertimbangkan oleh

peminjam apabila membuat pinjaman ialah kadar faedah.

oPerubahan dalam kadar faedah boleh mempengaruhi jumlah pinjaman yang dibuat dalam ekonomi.

oHal ini dikatakan demikian kerana kadar faedah yang tinggi akan menyebabkan peminjam kurang meminjam akibat kos pinjaman yang tinggi.

oOleh itu, bank pusat telah menggunakan kadar faedah sebagai salah satu alat dasar kewangan untuk mengawal bekalan wang dalam ekonomi.

(86)
(87)

KESAN

PERUBAHAN

KADAR FAEDAH

oTindakan bank pusat mengubah kadar faedah boleh menyebabkan kos pinjaman berubah.

oKeadaan ini menimbulkan kesan yang berlainan atas unit ekonomi yang terlibat dalam kegiatan ekonomi dari segi

perbelanjaan dan pelaburan.

(88)

KESAN TERHADAP PENGGUNA

oPerubahan kadar faedah boleh mempengaruhi kuasa beli

pengguna dan mengubah corak perbelanjaan mereka.

oPinjaman bank membolehkan pengguna berbelanja melebihi kemampuan melalui kaedah bayaran secara kredit.

oKaedah bayaran secara kredit dikenakan kadar faedah.

oBiasanya,pinjaman bank yang dibuat oleh pengguna adalah digunakan untuk membiayai pembelian aset bukan semasa seperti rumah dan kenderaan, pembelian barang mewah seperti barang elektronik atau perabot rumah, pakej

pelancongan, perbelanjaan pelajaran atau pelaburan kewangan.

(89)

KADAR FAEDAH DINAIKKAN

(90)

KADAR FAEDAH DITURUNKAN

(91)

KESAN TERHADAP FIRMA

oPerubahan kadar faedah

boleh mempengaruhi modal kewangan yang diperoleh oleh firma.

oPinjaman bank merupakan salah satu sumber penting bagi firma untuk

mendapatkan modal tambahan dalam

mengembangkan operasi sama ada membeli aset

baharu atau membina tapak pengeluaran baharu.

(92)

KESAN TERHADAP FIRMA

oModal pinjaman yang diperoleh juga boleh

digunakan sebagai pelaburan dalam aktiviti penyelidikan dan pembangunan atau

latihan kemahiran bagi

pekerja supaya produktiviti dan daya saing firma dapat ditingkatkan.

(93)

KADAR FAEDAH

DINAIKKAN

(94)

KADAR FAEDAH

DITURUNKAN

(95)

KESAN TERHADAP KESTABILAN EKONOMI

oKesan perubahan kadar faedah atas pengguna dan firma akan memberi kesan terhadap ekonomi sesebuah negara

oPenggunaan kadar faedah

sebagai alat dasar kewangan harus digunakan pada masa yang tepat supaya mencapai matlamat ekonomi.

(96)

KADAR FAEDAH

DINAIKKAN

(97)

KADAR FAEDAH

DINAIKKAN

(98)

KADAR FAEDAH

DITURUNKAN

(99)

KADAR FAEDAH

DITURUNKAN

(100)

KESAN ALAT DASAR EKONOMI ATAS OBJEKTIF MAKROEKONOMI

NEGARA

(101)

KESAN ALAT DASAR EKONOMI ATAS OBJEKTIF MAKROEKONOMI NEGARA

oAlat dasar ekonomi yang berbeza boleh digunakan untuk

mengatasi masalah ekonomi.

oAlat-alat dasar ekonomi yang digunakan akan

memberi kesan yang berbeza atas objektif makroekonomi.

(102)
(103)

CUKAI

oPengenaan cukai oleh kerajaan boleh

mempengaruhi pendapatan boleh guna pengguna dan keupayaan firma untuk

melabur.

oKesannya,permintaan

agregat dalam pasaran dan tingkat pengeluaran firma juga berubah.

(104)
(105)
(106)

PERBELANJAAN KERAJAAN

oPerbelanjaan kerajaan boleh mempengaruhi kegiatan

pengeluaran dalam ekonomi.

oSekiranya kerajaan

menambahkan perbelanjaan pembangunan, aktiviti

pengeluaran dalam ekonomi akan meningkat dan

seterusnya mencipta peluang pekerjaan kepada

masyarakat.

(107)

PERBELANJAAN KERAJAAN

oKadar pengangguran dalam negara akan menurun dan kuasa beli masyarakat akan meningkat.

oKeadaan ini menggalakkan pertumbuhan aktiviti ekonomi dalam negara.

oPerbelanjaan pembangunan kerajaan untuk menyediakan pelbagai kemudahan dalam negara juga dapat menarik aliran masuk modal

pelaburan dari luar negara atau tempatan kepada

ekonomi negara.

(108)
(109)
(110)

NISBAH RIZAB BERKANUN

oNisbah rizab berkanun merupakan simpanan wajib bank

perdagangan di bank pusat.

oNisbah rizab berkanun boleh mempengaruhi keupayaan bank perdagangan memberi pinjaman kepada masyarakat.

oJumlah pinjaman dalam ekonomi akan mempengaruhi kuasa beli pengguna dan permintaan

agregat dalam ekonomi.

oBekalan wang dalam ekonomi juga dapat dikawal dengan nisbah rizab berkanun.

(111)
(112)

NISBAH RIZAB TUNAI

oNisbah rizab tunai

merupakan simpanan tunai wajib bank perdagangan di bank sendiri.

oPerubahan nisbah rizab tunai akan memberi kesan terhadap keupayaan bank memberi

pinjaman kepada masyarakat.

oKesannya,bekalan wang dalam ekonomi dapat

dikawal.

(113)
(114)

SYARAT SEWA BELI

oSyarat sewa beli merupakan

syarat dan terma dalam pinjaman untuk pembelian aset dan barang tahan lama.

oSekiranya kerajaan mengetatkan syarat sewa beli, masyarakat akan lebih sukar untuk membuat

pinjaman.

oKesannya, kuasa beli dan permintaan agregat dalam ekonomi akan menurun.

(115)
(116)

SURAT JAMINAN KERAJAAN

oSurat jaminan kerajaan merupakan surat bertulis yang dikeluarkan oleh

kerajaan apabila meminjam daripada masyarakat atau institusi kewangan.

o Tindakan kerajaan membeli atau menjual surat jaminan

kerajaan akan mempengaruhi bekalan wang dalam

ekonomi.

oKesannya, kuasa beli

pengguna dan permintaan agregat dalam ekonomi akan dipengaruhi.

(117)
(118)

KADAR FAEDAH

oKadar faedah merupakan kos pinjaman yang dikenakan.

oPerubahan dalam kadar

faedah akan menyebabkan turun naik dalam kos

pinjaman.

oKos pinjaman merupakan pertimbangan utama bagi peminjam sebelum

mendapatkan pinjaman

kewangan daripada institusi bank.

(119)
(120)

TAMAT

Referensi

Dokumen terkait

Laju MLSS (Mixed Liquor Suspended Solid) untuk tiap awal HRT mengalami penurunan namun perlahan mengalami kenaikan dengan bertambahnya waktu pengolahan yang

HARTADINATA ABADI, Tbk CATATAN ATAS LAPORAN KEUANGAN Untuk Tahun Yang Berakhir Tanggal 30 Juni 2017 (Dengan Angka Perbandingan Untuk Tahun 2016). (Dinyatakan

berkaitan sebab ada kemungkinan mendapatkan inspirasi dari salah satu ayat di dalam Alquran sebagaimana sudah diulas sebelumnya, Abdul Hadi WM dengan argumen yang berbeda

Dinas Kelautan dan Perikanan Provinsi Sumatera Barat mempunyai tugas pokok melaksanakan urusan pemerintahan daerah bidang Kelautan dan Perikanan dan mempunyai fungsi

yang jelas dan transparan serta melaksanakan dengan konsisten penggunaan jalur prioritas didukung dengan peralatan dan teknologi yang tepat. Perubahan peraturan yang

2). pengoordinasian penyelenggaraan tugas-tugas bidang secara terpadu ; 3). pelaksanaan tugas lain yang diberikan oleh Kepala Dinas Pekerjaan Umum dan Penataan Ruang

Setelah tahap perancangan selesai dan hasil simulasi sudah memuaskan, maka koefisien – koefisien tapis digital yang sudah diperoleh kemudian diimplementasikan ke dalam DSP

Jika pimpinan cabang sudah menyetujui, maka hasil analisa tim analisis kredit diserahkan ke bagian tim pertimbangan untuk menjadi acuan dimana mereka berhak