15
PP 19570/07/2020 (035196) PERCUMA
Projek di luar kawasan
hutan Bukit Cherakah 8,000 pelajar dapat vaksin di PPV Kuala Selangor
Aeroangkasa antara projek RMK12
5 4 3
Negeri tanam sejuta pokok dalam lima tahun
EDISI 30 SEPTEMBER - 6 OKTOBER 2021 www.selangorkini.my
Kumpulan pelajar antara
70,000 penduduk negeri yang menikmati kemudahan data internet 15GB percuma selama setahun mulai Oktober
melalui pemberian kad SIM hasil inisiatif Pakej Kita Selangor 2.0
MUKA 2
Internet percuma Internet percuma bantu pelajar B40 bantu pelajar B40
Negeri belanja RM1 juta sedia kit kuarantin
Mengandungi pelitup muka KN95, termometer, oximeter dan alat ujian air liur bagi mengelakkan kes kematian di luar hospital
MUKA 2
Mengujakan! Selangor tawar
pelancongan unik Peminat tegar jelajah 25 negara nikmati kopi
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyerahkan plakad simbolik penyerahan kad SIM percuma kepada Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Petaling Perdana Musa Ismail di kediaman rasmi Dato’ Menteri Besar di Shah Alam pada 28 September 2021. Foto REMY ARIFIN
LEBIH 40 lokasi percutian menarik di sembilan daerah patut dikunjungi
Sakit jantung pembunuh nombor satu negara
>
MUKA 17 MILIKI peralatan bernilai puluhan ribu ringgit hasilkan cita rasa sendiri>
MUKA12 & 13 NEGARA mencatatkan 16,325
kematian akibat kegagalan fungsi jantung pada 2020
>
MUKA 7Sum
ber d ari ve
ctorjuice
UTAMA
selangorkini 30 September - 6 Oktober 2021
2
PETALING JAYA - Seorang guru warga Rusia menarik nafas lega apabila mener- ima suntikan menerusi program Vaksin Selangor (Selvax) Dewan Unda- ngan Negeri (DUN) Bandar Uta- ma pada 25 September.
Guru Sekolah Antarabangsa UCSI Vladimir Vasilyev, 37, ber- kata pengambilan vaksin dalam kalangan guru antara ketetapan kerajaan sebelum sekolah dibuka tidak lama lagi.
“Saya mengetahui Selvax menerusi carian Sinovac kerana saya cari vaksin
jenis tersebut. Berdasarkan maklu- mat, Sinovac antara vaksin yang boleh dipercayai,” katanya yang
mengajar mata pelaja- ran matematik.
Chin Yi Meng, 76, pula sudah lama menanti program vaksin seumpama itu kerana pen- ganjurannya diadakan dalam skala kecil tanpa melibatkan ra- mai peserta.
“Saya takut tengok ramai orang di pusat pemberian vaksin. Jadi bila ada
program seperti ini, saya terus datang kerana lebih selamat,”
katanya yang turut memba- wa pembantu rumah untuk menerima suntikan.
Program percuma anjuran Kerajaan Negeri itu berjalan se- jak 12 September di seluruh DUN dan Parlimen secara berperingkat.
Pakej Kita Selangor 2.0 yang diumum- kan pada 9 Jun memperuntuk RM200 juta untuk menjayakan program suntikan yang memanfaatkan jutaan penduduk negeri.
Guru warga Rusia lega terima pelalian
AMPANG - Rebat pengangkutan RM20 ke pusat pemberian vaksin (PPV) seluruh negeri diperluas kepada remaja berusia 12 hingga 17 tahun.
Ketua Tanggungjawab Sosial korporat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor berkata permohonan dibuka sejak 23 September dan boleh digunakan mulai 1 Oktober hingga 30 November.
“Dato’ Menteri Besar bersetuju untuk tawarkan inisiatif ini kepada penerima vaksin berusia 12 hingga 17 tahun serta memanjangkan tempoh yang sepatutnya tamat hujung bulan ini.
“Ibu bapa yang sudah menggunakan kemudahan ini juga boleh membuat permohonan untuk anak-anak mereka,”
katanya.
Beliau berkata seramai 14,000 individu
menerima manfaat sejak inisiatif dalam Pa- kej Kita Selangor 2.0 diumumkan pada Jun.
“Daripada jumlah itu, 10,000 orang su- dah menebusnya. Untuk inisiatif ini, MBI berbelanja RM100,000 daripada RM1 juta yang diperuntuk,” katanya.
Sebelum ini, inisiatif itu khusus kepada penduduk berusia 50 tahun ke atas. Na- mun, pemberian rebat diperluas kepada semua rakyat Selangor tanpa mengira usia.
Rebat RM20 ke PPV untuk remaja
SHAH ALAM - Sebanyak 399 sekolah di ne- geri ini terlibat dalam Program Imunisasi Co- vid-19 Kebangsaan (PICK) Remaja, kata pen- garah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.
Datuk Dr Sha’ari Ngadiman berkata in- stitusi itu termasuk kendalian Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan sekolah swasta.
"Pelaksanaan PICK Remaja bagi pelajar tingkatan empat dan lima bermula 20 Sep- tember. Jumlah keseluruhan ialah 148,298 dan 6,095 merupakan pelajar sekolah as- rama di luar Selangor.
“Sejak memulakan program vaksin ter- hadap kumpulan ini, seramai 2,529 pelajar telah menerima suntikan,” katanya pada 22 September.
Dr Sha’ari menjelaskan sebanyak 25 pusat pemberian vaksin (PPV) sekolah di- buka untuk kelancaran proses suntikan se- cara janji temu.
399 sekolah terlibat program suntikan
SELAYANG - Pemberian suntikan kepada warga asing mampu membendung penu- laran wabak Covid-19, kata wakil rakyat Ta- man Templer.
Sany Hamzan berkata sambutan golo- ngan berkenaan untuk menyertai program Vaksin Selangor (Selvax) bergerak pada 23 September juga menggalakkan.
“Jangan ada kompromi kerana mereka ibarat sudah hidup dengan kita, di mana- mana sahaja akan terserempak sama ada restoran, masjid mahupun pasar raya.
“Tiada guna jika kita sahaja disuntik tetapi mereka tidak. Bimbang nanti kes Covid-19 semakin parah disebabkan kita tidak beri mereka vaksin,” katanya.
Suntik warga asing elak wabak menular
SHAH ALAM - Kerajaan Selangor sudah membelanjakan 82.34 peratus daripada peruntukan RM1.25 juta bagi menye- diakan kemudahan kit kuarantin di rumah atau Home Assessment Tool (HAT) kepada pesakit Covid-19 negeri ini.
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata peruntukan melibatkan RM1 juta itu diguna untuk memelihara kesiha- tan rakyat, setakat 21 September.
Menurutnya, Kerajaan Negeri sentiasa memikirkan jalan penyelesaian terbaik bagi memastikan kebajikan dan ke-
selamatan rakyat terbela sepanjang pan- demik.
“Inisiatif HAT diperkenalkan dalam Pakej Kita Selangor 2.0 sebagai satu alat penilaian kendiri untuk pesakit Covid-19 menjalani kuarantin di rumah.
“Ia mengandungi pelitup muka KN95, termometer, oximeter, ubat, dan kit ujian air liur ini sangat penting untuk mengelakkan kes kematian di luar hos- pital,” katanya di Facebook pada 28 Sep- tember.
Pada 12 Ogos, Kerajaan Selangor men-
gagih 60,000 kit ujian kendiri percuma kepada keluarga mangsa yang disahkan positif wabak.
Kit itu diedar melalui pusat khidmat masyarakat dan pejabat penyelaras De- wan Undangan Negeri (DUN).
Usaha Kerajaan Selangor itu dicontohi kerajaan persekutuan apabila Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pemberian Pakej Pen- jagaan Covid-19 kepada keluarga B40 sebagai persediaan ke arah era endemik pada 19 September.
RM1 juta sedia kit kuarantin
Oleh SHEEDA FATHIL
SHAH ALAM - Seramai 7,000 pelajar Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) menikmati data internet percuma selama setahun mulai 1 Oktober.
Dato’ Menteri Besar berkata inisiatif Data Internet Selangor memudahkan mereka mengulang kaji pelajaran sepan- jang sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).
Dato’ Seri Amirudin Shari menjelaskan pelajar tersebut memperoleh 15 gigabit
internet setiap bulan sebaik sahaja ak- tifkan kad modul pengenalan pelanggan (SIM).
“Pejabat pendidikan daerah akan men- genal pasti anak-anak yang layak untuk menerima manfaat internet percuma ini yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri.
“Semoga ia membantu mereka dalam pembelajaran,” katanya selepas majlis pe- nyerahan kad SIM kepada wakil pejabat pendidikan daerah di kediaman rasminya di sini pada 28 September.
Daerah terlibat ialah Gombak, Petaling
Utama, Petaling Perdana, Sepang, Klang, Hulu Langat, Kuala Langat, Sabak Ber- nam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor.
Pada 4 Ogos, Amirudin berkata seramai 70,000 penduduk negeri ini bakal menik- mati data internet percuma merangkumi pelajar PTRS, peminjam Yayasan Selan- gor, mahasiswa Kolej Universiti Islam Se- langor dan Universiti Selangor.
Turut menerima manfaat, pelajar Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor, peniaga dalam talian bawah e-Bazar Selangor, petani dan ibu tunggal.
Selama setahun mulai Oktober
7,000 pelajar dapat internet percuma
SHAH ALAM - Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya beralih ke fasa tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai 1 Oktober.
Perdana menteri berkata perubahan dibuat mengambil kira penilaian risiko semasa Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara.
Dalam kenyataan pada 29 September, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memak- lumkan tatacara operasi piawai (SOP) bagi semua fasa PPN sama tetapi ada beberapa kelonggaran.
Ketetapan itu antaranya menonton perlawanan sukan jika lengkap vaksin tetapi individu bawah 18 tahun masih di- larang.
Institusi pengajian tinggi, kolej voka- sional dan Pendidikan Teknikal Dan Lati- han Vokasional (TVET) boleh beroperasi mulai 15 Oktober.
Peralihan ke fasa tiga turut melibatkan Melaka manakala Kedah beralih ke fasa dua berkuat kuasa pada tarikh sama.
Selangor beralih ke
fasa tiga PPN
selangorkini 30 September - 6 Oktober 2021
3 UTAMA
SHAH ALAM - Umat Islam diseru mematuhi ketetapan baharu solat Jumaat dan solat lima waktu berjemaah di masjid, surau serta musolla selaras kelonggaran fasa dua Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Dato' Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengingatkan semua jemaah mesti lengkap dua dos vaksin termasuk menca- pai tempoh matang, membawa sejadah dan berwuduk di rumah.
“Tidak berasak-asak sepanjang waktu ibadah. Moga usaha kita dalam menjamin ibadah yang selamat sentiasa diberkati Al- lah SWT,” katanya pada 24 September.
Dua hari sebelum itu, EXCO Hal Ehwal Agama Islam Mohd Zawawi Ahmad Mughni memaklumkan kebenaran solat Jumaat un- tuk 1,000 orang di Masjid Negeri dan 500 orang bagi solat berjemaah lima waktu.
Patuh ketetapan solat jemaah
SHAH ALAM - Dato’ Menteri Besar menyeru rakyat yang lengkap dos vaksin supaya men- eroka lokasi pelancongan di Selangor dalam fasa dua Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Dato’ Seri Amirudin Shari berkata sokon- gan rakyat mampu memulihkan semula industri pelancongan negeri yang terjejas akibat pandemik Covid-19.
“Semoga dengan Selangor memasuki fasa dua PPN dan majoriti masyarakat de- wasa telah divaksin, ambil peluang untuk meneroka pelbagai tarikan pelancongan dekat mahupun jauh.
“Industri pelancongan mampu pulih dengan sokongan daripada warga Selan- gor, jadi ayuh bersama kitarkan ekonomi negeri meneroka tarikan-tarikan yang ter- dapat di Selangor Darul Ehsan,” katanya pada 27 September.
Teroka destinasi pelancongan negeri
Oleh SITI ROHAIZAH ZAINAL
KUALA SELANGOR - Lebih 8,000 remaja berumur 16 dan 17 tahun menerima sun- tikan vaksin di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Kuala Selangor sejak 23 September.
Inisiatif membabitkan 21 sekolah turut disertai 1,260 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Utama dan 267 pelajar Kolej Vokasional Kuala Selangor pada 28 September.
Pengerusi pasukan petugas khas imu-
nisasi Covid-19 Kuala Selangor berkata pelajar perlu mendaftar di stadium utama sebelum dibawa ke stadium tertutup un- tuk mendapat suntikan.
“Lima kaunter vaksin disediakan bagi pelajar mengambil vaksin dan proses pemberian suntikan berjalan lancar serta berpuas hati dengan kehadiran mereka,”
kata Mohd Faizal Abdul Raji.
Beliau yang juga pegawai daerah Kuala Selangor menambah pelajar yang tidak hadir atas sebab tertentu dirujuk ke pusat kesihatan daerah untuk mengam-
bil suntikan.
Kementerian Kesihatan (KKM) me- nyasar tiga juta remaja di negara ini akan menerima vaksin Covid-19 sebelum sesi persekolahan 2022 bermula.
Sasaran melengkapkan pemberian vaksin kepada golongan berkenaan juga adalah petunjuk prestasi utama (KPI) KKM.
Menterinya Khairy Jamaluddin sebe- lum ini berkata KKM juga menyasar 60 peratus daripada remaja berusia 12 hing- ga 17 tahun mendapat sekurang-kurang- nya satu dos menjelang November.
Babit 21 sekolah
Lebih 8,000 pelajar dapat vaksin
TERATUR... Orang ramai menunggu giliran untuk disuntik dalam program Vaksin Selangor (Selvax) bergerak DUN Kuala Kubu Bharu di Dewan Serbaguna Kampung Chuang Rasa, Hulu Selangor pada 24 September. Foto FIKRI YUSOF
SHAH ALAM - Terdapat tiga kaedah yang perlu diikuti remaja bagi pendaftaran sun- tikan vaksin mengikut kategori sekolah masing-masing, kata Dato’ Menteri Besar.
Bagi remaja bersekolah asrama penuh, sekolah pendidikan khas berasrama dan sekolah asrama harian, janji temu perlu dibuat melalui MySejahtera, jelas Dato’ Seri Amirudin Shari.
Sementara remaja di sekolah harian, seko- lah pendidikan khas harian serta sekolah an- tarabangsa perlu mengikut jadual vaksinasi yang boleh disemak melalui sekolah.
“Jika terdapat ibu bapa yang menan- datangani borang persetujuan dan tidak dapat hadir bersama anak, serahkan surat perwakilan kepada wakil berumur 18 ta- hun dan ke atas yang akan menemani anak tersebut,” katanya pada 29 September.
Amirudin berkata remaja di insititusi penga- jian tinggi, bersekolah di rumah atau yang ti- dak bersekolah pula boleh hadir terus ke pusat vaksin tersenarai mengikut tarikh operasi.
Tiga kaedah remaja daftar vaksin
SHAH ALAM - Pembangunan Projek Te- batan Banjir (RTB) jangka panjang yang mencapai 100 tahun dijadual siap dalam tempoh setahun lagi.
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata sebahagian projek sedang dijalankan manakala sebahagian lagi ter- gendala berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Projek sedia ada untuk sistem saliran dan perparitan dalam tempoh 50 tahun, namun tidak mampu menampung ta- buran hujan yang tinggi di sesetengah kawasan.
“Kerancakan pembangunan sedikit sebanyak memaksa kita untuk menu- kar projek tebatan banjir. Kita naik taraf sistem saliran kepada 100 tahun ber- banding 50 tahun.
"Ini telah diputuskan tahun lepas,” ka- tanya pada 29 September.
Amirudin berkata peruntukan sudah diberi tetapi projek tidak boleh dibuat segera kerana memerlukan laporan teknikal setiap jabatan terutama aspek kedalaman serta kelebaran.
“Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) merupakan agensi yang mengatur dan
melaksanakannya. Kita memang sedang buat, sebahagiannya agak terganggu kerana PKP,” katanya.
Pada 27 September, beberapa kawasan sekitar sini dan Klang dilanda banjir kilat ekoran hujan lebat selama lima jam.
Pada 4 November tahun lalu, Amirudin berkata pelan RTB sehingga 100 tahun dirangka sebagai penyelesaian terhadap masalah banjir di Selangor.
Beliau memaklumkan projek tersebut termasuk pembesaran Sungai Langat bertujuan menampung kapasiti air sekali gus mengelak banjir berulang.
Projek tebatan banjir siap 2022
UTAMA
selangorkini 30 September - 6 Oktober 2021
4
30 september - 6 OKTOBER 2021
23 - 29 Safar 1443
W AKTU SOLA T
SHAH ALAM - Kualiti air Sungai Batang Kali meningkat lebih baik setiap tahun selain tiada gangguan terhadap abstraksi muka sauk bekalan air.
EXCO Alam Sekitar Hee Loy Sian berka- ta rekod Jabatan Alam Sekitar pada 2014 menunjukkan indeks kualiti air sungai itu dikategori sebagai Kelas II dan kekal sehingga kini.
“Berdasarkan rekod indeks di muka sauk loji rawatan air (LRA) Batang Kali dari 2019 sehingga 2021 di bahagian hilir juga kekal dalam keadaan baik iaitu Kelas II.
“Kualiti air Sungai Batang Kali menun- jukkan tren peningkatan yang lebih baik
setiap tahun dan tiada gangguan ter- hadap muka sauk bekalan air,” katanya dalam kenyataan pada 24 September.
Beliau mengulas laporan khas Berna- ma yang mendakwa Sungai Batang Kali berpotensi menjadi ‘sungai mati’ ekoran kegiatan akuakultur (Tilapia Merah) se- lain projek pembangunan lain di kawasan berhampiran sungai tersebut.
Berdasarkan klasifikasi kualiti air sun- gai, Kelas IIA menetapkan bacaan indeks air antara 85.0 hingga 92.7 iaitu air me- merlukan rawatan konvensional manaka- la Kelas IIB (76.5 hingga 85.0) iaitu air bo- leh digunakan untuk rekreasi.
Bagi kelas lain seperti berikut:
l Kelas l (Bacaan IKA lebih 92.7) – Dalam keadaan semulajadi
l Kelas III (51.9-76.5) – Air memerlukan rawatan intensif
l Kelas IV (31.0-51.9) – Hanya untuk tu- juan pengairan
l Kelas V (Di bawah 31.0) – Air yang ter- cemar teruk
Loy Sian berkata Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor ada membuat siasatan terhadap isu berkenaan bagi me- mastikan tiada kesan signifikan kepada kualiti Sungai Batang Kali.
Kualiti Sungai Batang Kali meningkat
SHAH ALAM - Tiada aduan atau gang- guan terhadap ekosistem berkaitan pre- mis yang dilesenkan di kawasan Sungai Batang Kali setakat ini.
EXCO Alam Sekitar Hee Loy Sian mene- gaskan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) membuat pensampelan kualiti air dan me- mantau pematuhan lesen secara berkala bagi memastikan sungai terpelihara.
“Semakan awal LUAS mendapati pre- mis yang menjalankan aktiviti akuakultur (Tilapia Merah) berkeluasan 0.41 hektar berhampiran Sungai Batang Kali berdaftar dengan Jabatan Perikanan Negeri Selan- gor (JPNS).
“Premis telah beroperasi selama 10 ta-
hun dengan anggaran 29 kolam selain mempunyai Lesen Abstraksi Air LUAS yang sah sehingga 31 Disember tahun ini,” katanya dalam kenyataan pada 24 September.
Loy Sian juga menjelaskan guna tanah kawasan hutan meliputi 51.7 peratus, dii- kuti kawasan pertanian (35.67 peratus) berdasarkan Rancangan Tempatan Daerah Hulu Selangor 2019 hingga 2023.
Katanya, ada beberapa kerja tanah membabitkan penternakan, akuakultur, pengorekan dan pencucian pasir, perta- nian, perumahan dan eko-pelancongan berikutan kepesatan pembangunan di kawasan Sungai Batang Kali.
Berdasarkan rekod Majlis Daerah Hulu Selangor pada 2016, terdapat tujuh re- sort dan chalet di kawasan tersebut yang kedudukannya berhampiran Sungai Batang Kali dan Sungai Tamu.
Tambahnya, semua aktiviti lain meli- batkan sumber air di kawasan Sungai Batang Kali telah dilesenkan LUAS bawah Peraturan-Peraturan Kemasukan atau Pelepasan Bahan Pencemar (Negeri Se- langor) 2012.
“LUAS juga telah mengeluarkan Ke- benaran Bertulis Aktiviti Pengubahan Sumber kepada masing-masing dua ak- tiviti pengorekan pasir dan naik taraf jam- batan serta tebing sungai,” katanya.
Segera bertindak jika ada pencemaran
Oleh IRWAN SHAFRIZAN ISMAIL
SHAH ALAM - Projek pembangunan berhampiran Hutan Simpan Bukit Che- rakah dan Hutan Komuniti Shah Alam (SACF) berlaku di luar kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK).
EXCO Alam Sekitar Hee Loy Sian ber- kata projek pembangunan jalan raya dan perumahan sebahagian kawasan Hutan Simpan Bukit Cherakah di-
nyahwarta Kerajaan Negeri terdahulu pada 2006.
“Jabatan Perhutanan Negeri Sela- ngor (JPNS) pada masa kini tidak lagi ada bidang kuasa yang khusus dalam aspek pengurusan dan pembangunan di kawasan tersebut kerana ia bukan berstatus tanah HSK,” katanya dalam kenyataan pada 24 September.
Beliau berkata Kerajaan Negeri juga sentiasa memastikan segala pemban- gunan mematuhi prosedur dan pe-
raturan yang berkuat kuasa pada masa kini.
“Antaranya adalah seperti keperluan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) di bawah Perintah Alam Sekeliling 2015 dan Kelulusan Merancang (KM) di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976,” katanya.
Beliau mengulas isu projek pemban- gunan berhampiran SACF yang dibang- kitkan beberapa badan bukan kerajaan berkaitan alam sekitar dan media.
Pastikan pembangunan patuhi peraturan
Projek di luar hutan Bukit Cherakah
SHAH ALAM - Jabatan Perhutanan Sela- ngor menahan 56 pendaki yang mema- suki kawasan Air Terjun Setinggi, Serendah, dekat Hulu Selangor tanpa permit sah pada 25 September.
Pengarahnya Datuk Ahmad Fadzil Abdul Majid berkata semua individu berusia 19 hingga 33 tahun itu ditahan dalam operasi bermula jam 10 pagi hingga 4 petang su- sulan aduan penduduk, lapor Berita Harian.
Beliau juga menegaskan pihaknya ti- dak mengeluarkan permit merentas hutan kerana negeri masih berada dalam fasa dua Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Katanya, tindakan memasuki hutan simpanan kekal tanpa permit sah merupa- kan kesalahan mengikut Akta Perhutanan Negara 1984 (Pindaan).
56 pendaki tanpa permit ditahan
SHAH ALAM - Kerajaan Negeri mem- bantu memudahkan pengurusan jenazah seorang kanak-kanak lelaki yang maut ditimpa pokok ketika mandi di Serendah, Hulu Selangor pada 26 September.
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amiru- din Shari berkata jenazah mangsa berusia 10 tahun itu diuruskan Penyelaras Pusat Khidmat Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali, Saifuddin Shafi Mu- hammad.
“Pejabat saya telah berhubung de- ngan waris Allahyarham dan membantu memudahkan pengurusan jenazah me- lalui pusat khidmat rakyat penyelaras DUN Batang Kali,” tulisnya di Twitter pada 27 September.
Amirudin turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.
“Takziah diucapkan kepada keluarga, semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang soleh,” tulisnya.
Saifuddin pula berkata pihaknya me- nyediakan sebuah van untuk membawa jenazah untuk urusan pengebumian.
"Jenazah dibawa ke tanah perkuburan berhampiran rumah keluarganya di Sau- jana Putra, Kuala Langat selepas prosedur pengesahan kematian selesai di Hospital Kuala Kubu Bahru,” katanya.
Dalam insiden itu, mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital KPJ Rawang manakala abangnya yang berusia 11 ta- hun cedera ringan dan menerima rawatan lanjut.
Bantu urusan
jenazah kanak-kanak
30 Khamis 5:44 5:54 6:59 1:06 4:16 7:08 8:17 01 Jumaat 5:43 5:53 6:59 1:06 4:16 7:07 8:16 02 Sabtu 5:43 5:53 6:59 1:06 4:16 7:07 8:16 03 Ahad 5:43 5:53 6:58 1:05 4:17 7:06 8:15 04 Isnin 5:43 5:53 6:58 1:05 4:17 7:06 8:15 05 Selasa 5:43 5:53 6:58 1:05 4:17 7:06 8:15 06 Rabu 5:42 5:52 6:58 1:04 4:17 7:05 8:14
5:44 5:54 7:00 1:07 4:16 7:08 8:17 5:44 5:54 7:00 1:06 4:16 7:08 8:17 5:43 5:53 7:00 1:06 4:16 7:08 8:16 5:43 5:53 6:59 1:06 4:17 7:07 8:16 5:43 5:53 6:59 1:05 4:17 7:07 8:16 5:43 5:53 6:59 1:05 4:17 7:06 8:15 5:42 5:52 6:59 1:05 4:17 7:06 8:15
5:46 5:56 7:01 1:08 4:18 7:10 8:19 5:46 5:56 7:01 1:08 4:18 7:09 8:18 5:45 5:55 7:00 1:08 4:19 7:09 8:18 5:45 5:55 7:00 1:07 4:19 7:09 8:17 5:45 5:55 7:00 1:07 4:19 7:08 8:17 5:45 5:55 7:00 1:07 4:19 7:08 8:17 5:44 5:54 6:59 1:06 4:19 7:07 8:16
selangorkini 30 September - 6 Oktober 2021
5 UTAMA
Oleh NORRASYIDAH ARSHAD
KLANG - Kerajaan Selangor merancang untuk menanam sejuta pokok dalam tempoh lima tahun ini demi memulihara kelestarian alam sekitar.
EXCO Pelancongan Hee Loy Sian ber- kata pihaknya mengalu-alukan kerjasama semua pihak terutama badan bukan ker- ajaan (NGO) atau persatuan alam sekitar supaya matlamat menjaga ekosistem di- jayakan.
“Kerajaan Negeri sedia beri dana menerusi tabung hasil kutipan bayaran caj beg plastik 20 sen bagi membole- hkan program berunsur alam sekitar
dijalankan.
“Peruntukan boleh dimohon sama ada dari Kerajaan Selangor, pihak berkuasa tempatan (PBT), Ahli Dewan Negeri atau EXCO. Kita akan umum berkenaan permohonan ini nanti,” katanya pada 26 September.
Terdahulu, beliau menyempurnakan majlis penutup Program PRO500 Trees Sentosa di Pusat Khidmat DUN Sentosa.
Menurut Loy Sian, Kerajan Selangor mengutamakan alam sekitar dan isu Hu- tan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU) pada awal September sebagai bukti jelas.
“Selangor satu-satunya negeri yang mempunyai undang-undang ketat. Se- tiap kawasan yang dinyahwarta akan di-
ganti supaya hutan tidak berkurang.
“Selangor juga adakan sesi pendenga- ran awam sebelum nyah warta (hutan).
Kita ambil pandangan masyarakat, NGO barulah buat keputusan,”katanya.
Pada Ogos, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor bertitah kewajaran mengekalkan keluasan hutan simpan tidak kurang 30 peratus daripada ta- nah negeri dalam melaksanakan agen- da hijau.
Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bertitah 31.47 peratus keluasan ne- geri melibatkan 250,000 hektar kawasan hutan simpan sudah diwartakan selain menyasar pewartaan 32 peratus lagi ka- wasan hutan kekal simpan pada 2025.
Negeri rancang
tanam sejuta pokok Projek di luar hutan
Bukit Cherakah
SHAH ALAM - Kerajaan Negeri tadbiran Pakatan Harapan (PAKATAN) membuat penggantian serentak bagi mana-mana kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) yang dinyahwarta.
EXCO alam sekitar berkata ia selaras pindaan Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negeri Selangor (APN) 1985 yang dibuat Kerajaan Negeri pada 2011
iaitu berkaitan keperluan penyiasatan awam bagi cadangan penyahwartaan.
Bagaimanapun, Hee Loy Sian menjelaskan penyahwartaan Hutan Simpan Bukit Cherakah berlaku sebelum pindaan Enakmen APN 1985 iaitu pada 2006.
“Hal ini membukitkan dengan jelas Kerajaan Negeri Selangor pada masa kini
lebih prihatin dalam melindungi HSK di samping meningkatkan peratus kelua- sannya dari masa ke semasa,” katanya dalam kenyataan pada 24 September.
Beliau mengulas isu projek pemban- gunan berhampiran Hutan Simpan Bukit Cherakah dan Hutan Komuniti Shah Alam (SACF) yang dibangkitkan badan bukan kerajaan (NGO) serta media.
Prihatin kekalkan hutan simpan
SHAH ALAM - Seramai 994 orang kelainan upaya (OKU) menerima bantuan kewangan RM500 daripada Yayasan Warisan Anak Se- langor (Yawas).
Ketua Jabatan Didik Anak Istimewa Se- langor (AnIS) Danial Al-Rashid Haron ber- kata bantuan melalui Pakej Kita Selangor 2.0 yang disalur sejak 5 Julai membabitkan peruntukan RM497,000.
“Proses semakan sedang dibuat untuk mencari lagi 206 pemohon yang benar- benar memenuhi kriteria. Agihan kepada mereka pula dijangka selesai dalam dua minggu lagi.
“Walaupun jumlah bantuan tidak banyak tetapi kita berharap mampu menampung perbelanjaan mereka yang terkesan akibat pandemik,” katanya pada 28 September.
Beliau berkata Kerajaan Negeri belum bercadang untuk menambah kuota peneri- ma bantuan berikutan peruntukan sedia ada dihad kepada 1,200 individu.
994 OKU dapat
wang belanja RM500
SHAH ALAM - Ribuan Orang Asli dan pe- mandu teksi yang terjejas akibat Covid-19 menerima wang fidyah RM1.9 juta daripada Majlis Agama Islam Selangor (Mais).
Pengerusi Mais berkata sebanyak RM1.78 juta diagihkan kepada 3,550 ahli Gabungan Pertubuhan Teksi, Kereta, Limosin dan Teksi Lapangan Terbang Se’Malaysia (GTSM).
Sementara bakinya RM135,000 disalurkan kepada 675 keluarga masyarakat Orang Asli beragama Islam, menurut Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.
“Penerima sumbangan bagi ahli GTSM mendapat wang tunai RM500 setiap keluar- ga manakala masyarakat Orang Asli meneri- ma RM200 berserta pek makanan asas berni- lai RM100,” katanya pada 28 September.
Abdul Aziz berharap sumbangan tersebut meringankan beban golongan berkenaan yang terjejas pendapatan sejak pandemik melanda negara tahun lalu.
“Kita faham dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, ramai orang susah.
Jadi, kita bantu selagi boleh supaya mereka tidak menghadapi kesukaran yang keter- laluan,” katanya.
Mais bantu Orang Asli, pemandu teksi
EXCO Alam Sekitar Hee Loy Sian (tengah) menyerahkan anak pokok kepada wakil penduduk sempena program PRO 500 pokok di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sentosa, Klang pada 26 September. Hadir sama Ahli Parlimen Kota Raja, Moha- mad Sabu dan Ahli Dewan Negeri Sentosa, Dr Gunaraj George. Foto REMY ARIFIN
SHAH ALAM - Seramai 7,000 pelajar asnaf negeri ini menerima tablet berserta data in- ternet percuma sumbangan Lembaga Zakat Selangor (LZS).
Inisiatif bawah Zakat Selangor Peduli ber- jumlah RM6 juta khusus buat pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.
Menurut kenyataan di Facebook rasmi LZS, alat peranti itu diedar mulai Septem- ber hingga Disember manakala data inter- net RM30 sebulan diberi hingga Mac tahun depan.
7,000 pelajar asnaf terima tablet
Sedia beri dana
UTAMA
selangorkini 30 September - 6 Oktober 2021
6
Oleh MUSTAKIM RAMLI
KLANG - Ahli parlimen Klang mencadangkan pembukaan se- buah pusat pemberian vaksin (PPV) bersaiz sederhana di da- erah ini bagi memastikan lebih ra- mai penduduknya menerima suntikan.
Charles Santiago berkata beliau me- maklumkan perkara itu kepada Men- teri Kesihatan Khairy Jamaluddin di Parlimen pada 23 September.
“Saya mencadang- kan kawasan besar
seperti Klang mes- ti ada PPV yang berkapasiti seder- hana yang dibuka pada Jumaat, Sabtu dan Ahad.
“Cukup dibuka untuk dua, tiga bulan. Cadangan ini berdasarkan permintaan yang saya terima dari penduduk,” katanya selepas meninjau program Selvax bergerak
Dewan Kompleks Sukan Pandamaran di sini pada 26 September.
Beliau menjelaskan kehadiran orang ramai yang melebihi bilangan stok vaksin pada hari berkenaan membuk- tikan PPV bersaiz sederhana itu perlu diwujudkan.
“Kita ada 1,200 dos untuk diberi tetapi dekat luar dewan ada lebih be- ratus orang yang mahu disuntik. Mere- ka bukan tidak mahu disuntik sebelum ini tetapi tidak terima panggilan pihak berkaitan,” katanya.
PPV saiz sederhana tampung permintaan
Ahli parlimen maklumkan menteri
SELAYANG - Bekas pesakit Covid-19 kategori tiga bersyukur menerima sun- tikan dalam program Vaksin Selangor (Selvax) bergerak Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Templer pada 23 September.
Tidak hadir janji temu kerana positif virus berke- naan pada Julai, Hashim Ahmad, 62, mengakui bimbang dijangkiti lagi kerana tidak mahu melalui pengalaman perit itu.
"Ketika itu, tiada apa saya fikir selain mati kerana sakitnya
bukan kepalang. Alhamdulillah tuhan masih beri peluang kedua," katanya yang hadir bersama anaknya untuk menerima suntikan dos pertama.
Beliau antara 700 peserta menerima suntikan dos pertama
Selvax bergerak itu.
Pelajar Pon Wing Yan, 18, pula berharap beliau boleh
kembali belajar secara berse- muka selepas menerima sun- tikan pelalian.
“Belajar dalam talian tidak sama dengan bersemuka. Saya harap dapat ke kampus dan belajar
bersama rakan,” katanya yang menuntut di se-
buah kolej swasta di Kepong.
Bermula 13 Septem- ber, program Selvax bergerak dijalankan bagi memastikan tiada rakyat negeri ini tercicir dari- pada menerima suntikan.
Pakej Kita Selangor 2.0 yang di- umumkan pada 9 Jun memperuntuk RM200 juta untuk menjayakan suntikan vaksin demi memanfaatkan jutaan pen- duduk negeri.
Bekas pesakit syukur dapat pelalian
SEPANG - Seorang warga emas yang sebelum ini menolak vaksin kerana bimbang berubah menjadi ‘manusia magnet’ akhirnya menerima suntikan dalam program Vaksin Selangor (Selvax) bergerak di Pasar Awam Dengkil pada 24 September.
Warga Indonesia Siti Hapiah Beddu, 90, menerima dos pertama selepas be- liau mendapati anak angkatnya Normah Mohd Ali, 60, dan ahli keluarga lain kekal sihat selepas divaksin.
Menurut Normah, Siti Hapiah sebe- lum ini memberi pelbagai alasan lan- taran terpengaruh pelbagai dakyah berkaitan kesan sampingan vaksin.
“Ibu kata takut magnet melekat pada badan dan bimbang jatuh sakit. Kami cuba pujuk bahawa vaksin selamat teta- pi beliau tetap dengan pendiriannya.
“Sekarang baru ibu setuju selepas li- hat kami semua masih sihat selain mahu pulang ke kampung di Balikpapan,” ka- tanya yang berasal dari Tawau, Sabah.
Bagi Muhammad Ilman Mohamad Yusnan yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-18 pada 12 September lalu, gembira mendapat suntikan vak- sin Covid-19 yang membolehkannya menikmati kelonggaran menjalankan aktiviti sosial.
“Boleh juga saya cari kerja selepas lengkap vaksin nanti, sekarang tidak boleh kerana majikan hanya mengam- bil mereka yang sudah mendapat dua dos,” katanya.
Atasi tanggapan ‘manusia magnet’
KUALA LUMPUR - Suami yang lengkap menerima dos vaksin Covid-19 dibenar menemani isteri melahirkan anak dalam bilik bersalin, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata selain itu suami juga per- lu negatif ujian Covid-19 sebelum dibenar- kan menemani isteri mereka.
“Saya telah minta Ketua Pengarah Kesi- hatan (Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah) untuk membenarkan bakal bapa yang lengkap divaksinasi dan menjalankan ujian Covid-19 dan negatif, untuk menemani is- teri mereka dalam bilik bersalin,” katanya pada 27 September.
Sebelum ini hospital kerajaan tidak membenarkan suami untuk menemani is- teri dalam bilik bersalin sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lepas akibat penularan wabak Covid-19.
-BERNAMA
Suami boleh temani isteri bersalin
SHAH ALAM - Hospital Selayang dan Hospital Serdang bertukar kepada hi- brid dan tidak merawat pesakit wabak sepenuhnya sejak pertengahan Septem- ber.
EXCO Kesihatan Awam Dr Siti Mariah Mahmud berkata kedua-dua hospital itu tidak menerima pesakit Covid-19 pada 30 Oktober susulan penurunan kes dan kadar kesembuhan meningkat.
“Semua pesakit (Covid-19) dihantar ke Hospital Ampang dan Sungai Buloh untuk menerima rawatan,” katanya pada sidang media di Jabatan Kesihatan Ne- geri Selangor (JKNS) pada 22 September.
Pada 2 Oktober tahun lalu, Hospital Sungai Buloh menjadi hospital pertama beroperasi merawat Covid-19 sepenuh- nya diikuti Hospital Ampang, Hospital Selayang dan Hospital Serdang.
Hospital Selayang, Serdang kini hibrid
SHAH ALAM - Yayasan Ikhlas menghulur sumbangan 10,000 sut perlindungan diri (PPE) untuk petugas barisan hadapan Ja- batan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS).
Pengerusinya Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin berkata sebanyak 4,000 pelitup muka dan 2,000 pelindung muka serta alat perubatan bernilai RM296,800 turut diberi.
“Kerjasama pintar dengan kerjasama Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) diharap sedikit sebanyak memban- tu meringankan beban anggota Kementeri- an Kesihatan Malaysia (KKM) yang berjuang memerangi wabak.
“Selain JKNS, kita juga telah memberi sumbangan sama kepada jabatan kesi- hatan di beberapa negeri antaranya Sabah, Sarawak, Negeri Sembilan termasuk agensi kerajaan,” katanya.
10,000 PPE untuk petugas hadapan
KUALA LUMPUR - Seramai 19,912,566 individu atau 85.1 peratus daripada populasi dewasa lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19 setakat 28 September.
Berdasarkan perincian yang dikongsi menerusi portal COVIDNOW, Kement- erian Kesihatan (KKM) memaklumkan sebanyak 94 peratus atau 21,993,709
individu daripada populasi dewasa menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin.
Selain itu, seramai 33,050 atau 1.1 peratus daripada populasi remaja beru- sia 12 hingga 17 tahun telah melengkap- kan suntikan vaksin.
Bagi kedua-dua populasi, sebanyak 329,722 dos suntikan vaksin turut diberi-
kan melibatkan 168,734 dos pertama dan 160,998 dos kedua menjadikan jum- lah keseluruhan pemberian dos vaksin sebanyak 43,028,919 menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).
PICK dilancarkan pada 24 Februari lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di se- luruh negara. - BERNAMA
85.1 peratus penduduk lengkap vaksin
selangorkini 30 September - 6 Oktober 2021
7 UTAMA
Oleh NORRASYIDAH ARSHAD
SHAH ALAM - Proses pembersihan Sun- gai Klang menggunakan mesin pengutip sampah Interceptor mula menampakkan hasil berikutan kualiti air semakin baik.
EXCO Infrastruktur Ir Izham Hashim yakin penggunaan mesin kedua dikenali Interceptor 005 sumbangan Coldplay, kumpulan muzik popular dari Britain, mu- lai awal Oktober dapat mempergiat usaha tersebut.
“Tahap kualiti air kini berada pada tiga, empat berbanding sebelum ini tahap tujuh dan lapan. Sisa pepejal juga telah berkurangan sebanyak 25 peratus,” ka- tanya di Facebook pada 23 September.
Beliau turut meninjau proses pembersi-
han Sungai Klang menggunakan Intercep- tor 202 inisiatif The Ocean Cleanup selain melepaskan anak ikan keli bagi mempel- bagai ekosistem kehidupan dalam sungai.
Turut hadir, Pengarah Jabatan Perai- ran Selangor Datuk Ir Gapar Asan, Pen- garah Urusan Landasan Lumayan Sdn Bhd Syaiful Azmen Nordin dan Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Land Syed Ali Sahul Hameed.
Mac lalu, Coldplay terkenal dengan lagu ‘Fix You’ dan ‘Paradise’ bekerjasama dengan The Ocean Cleanup bagi mence- gah sampah dan pencemaran laut di be- berapa negara termasuk Malaysia.
Pada hari sama, Izham turut merasmi- kan sambutan Hari Sungai Sedunia 2021 peringkat negeri di Taman Pengkalan Batu, berhampiran Sungai Klang.
Ir Izham (kiri) meninjau proses pembersihan Sungai Klang dari atas Interceptor 202 di Taman Pengkalan Batu, Klang pada 23 September . Foto Facebook Izham Hashim
Mesin sumbangan Coldplay operasi Oktober
Kualiti Sungai Klang semakin baik
SHAH ALAM - Penggiat seni perlu memi- liki kreativiti dan imaginasi tinggi selain me- manfaat perkembangan teknologi dalam berkarya bagi merancakkan industri.
EXCO Kebudayaan Borhan Aman Shah berkata golongan itu juga perlu memikirkan kesegaran falsafah seni yang menyentuh nilai estetika, bentuk, praktis, gaya, fungsi, tafsiran, perlambangan dan peluahan.
“Jika pengkarya, sarjana dan penggiat seni gagal mengikuti perkembangan falsa-
fah dan pemikiran seni, saya bimbang kita tidak berjaya malah ketinggalan untuk me- neroka hal baharu dan asli,” katanya pada 25 September.
Terdahulu, beliau mewakili Dato’ Menteri Besar merasmikan Seminar Antarabangsa Falsafah Seni 2021 (SAFAS21) anjuran Galeri Shah Alam, Persatuan Pendidikan Falsafah dan Pemikiran serta Universiti Teknologi Mara secara maya bertemakan Kesenian dan Nusantara.
Karya segar semarak industri
SHAH ALAM - Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mengenal pasti individu seliaannya yang enggan mengambil suntikan vaksin untuk tindakan mengikut undang-undang.
Pengerusinya menjelaskan perbuatan mengingkari, melanggar dan mempertikai perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan Se- langor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj suatu kesalahan.
Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof men- gingatkan individu terbabit boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau dipenjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
“Mais kecewa dengan tindakan indivi- du yang tidak mengambil suntikan vaksin walaupun pelbagai usaha dibuat Jabatan Agama Islam Selangor untuk memastikan mereka berbuat demikian,” katanya dalam kenyataan pada 23 September.
Beliau berkata keengganan mereka mengambil suntikan hanya akan meng- gagalkan hasrat kerajaan untuk mencapai imuniti kelompok selain memudaratkan masyarakat.
Seramai 96 daripada 203 kakitangan agama yang hadir sesi program suntikan vaksin anjuran Jabatan Agama Islam (Jais) pada 22 September menolak pelalian berkenaan.
Individu tolak vaksin
berdepan tindakan
UTAMA
selangorkini 30 September - 6 Oktober 2021
8
SIDANG PENGARANG
Penasihat
Lembaga Penasihat Editorial Pengarang kumpulan:
Fathi Aris Omar
KETUA JABATAN Edisi Mandarin:
Seh Pei Sun
[email protected] Selangor Journal:
Ida Nadirah Ibrahim [email protected] Tamil Indru:
Pakiyanathan Anamaly
[email protected] SelangorTV:
Marniza Othman
[email protected] Ameen Azizul
[email protected] Pemasaran dan Pengiklanan:
Suziana Zulkifli
[email protected] Pengedaran:
Adzhar Maludin
Ketua pengarang:
Fazallah Pit
[email protected] Penolong pengarang akhbar:
Naeem Raffi
Faridzwan Abdul Ghafar Penolong pengarang portal:
Afeeqa Afeera Abdul Rasol Ketua wartawan:
Afix Redzuan Jurufoto kanan:
Hafiz Othman Artis grafik kanan:
Azwa Malek
Editorial: [email protected] Iklan: [email protected]
Pemasaran: [email protected]
Media Selangor Sdn Bhd, Aras 11 Menara Bank Rakyat, No 1 Jalan Indah 14/8, Seksyen 14,
40000 Shah Alam, Selangor Tel: 03-5523 4856 Fax: 03-5523 6856
Oleh ZAREEF MUZAMMIL
SHAH ALAM - Sebanyak 20 orga- nisasi memperoleh geran projek bernilai RM150,000 apabila mereka memenangi pertandingan pelan pemulihan sektor pelancongan anjuran Tourism Selangor.
Pengurus Besarnya Azrul Shah Moha- mad berkata 10 pemenang utama meraih geran projek bernilai RM10,000 manakala baki 10 lagi menerima geran RM5,000.
Beliau berkata mereka juga berpe- luang membentang hasil projek di Kon- vensyen Antarabangsa Tourism Selangor
2021 yang dijadual pada 29 dan 30 November.
“Pertandingan ini bagi menyemarakkan semula sektor pelancongan do- mestik di samping menjadi landasan untuk perkongsian pengalaman dan perbinca- ngan ke arah usaha pemulihan.
“Saya berbesar hati membuka ruang kepada penggiat industri negeri serta orang awam yang ada idea bernas untuk dikongsikan bagi melestarikan sektor pelancongan negeri,” katanya ke- tika mengumumkan pemenang secara
maya pada 24 September.
Pertandingan antara 14 Jun hingga 31 Julai menghim-
punkan 101 kertas kerja, 34 daripadanya dalam kategori kreatif dan inovasi pelan- congan serta kelangsungan pelancongan manakala baki menumpukan pendigitalan pelancongan.
Daripada jumlah itu, 40 dihasilkan universiti tempatan, syarikat swasta (35), syarikat sektor pelancongan (16) dan selebihnya badan bukan kerajaan (NGO) serta pihak berkuasa tempatan.
Semarak industri pelancongan negeri
20 organisasi bawa pulang RM150,000
SHAH ALAM - Permohonan geran ban- tuan kewangan kepada penggiat industri pelancongan dibuka sejak 23 September hingga 31 Disember.
Pengurus besar Tourism Selangor ber- kata inisiatif ditawarkan untuk program trip keluarga, misi jualan, pameran pelan- congan dan acara mesyuarat, insentif, per- sidangan dan pameran.
“Ini sebagai langkah mempromosi dan menggalakkan industri pelancon- gan Selangor di ambang pandemik Co- vid-19 yang semakin menghampiri ke
fasa endemik.
“Bantuan ini melalui kaedah pengem- balian kewangan. Hanya satu permo- honan untuk setiap penganjuran den- gan kelayakan maksimum berjumlah RM20,000,” kata Azrul Shah Mohamad menerusi kenyataan.
Beliau menjelaskan pihak yang mendapat kelulusan perlu menyelesaikan program dalam tempoh 1 Oktober hingga 30 Jun tahun hadapan.
“Inisiatif dijangka menarik minat persat- uan dan agensi pelancongan, pengusaha
inap desa serta persatuan komuniti atau Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang berdaftar,” katanya.
Pihak yang berminat boleh menyemak syarat kelayakan di www.selangor.travel atau e-mel kepada geranbantuankitase- [email protected]
Sebanyak RM2.55 juta disediakan dalam Pakej Kita Selangor 2.0 bagi membantu sek- tor pelancongan menerusi pemberian ge- ran bantuan, baucar, program latihan pem- belajaran digital dan bantuan sekali bayar kepada persatuan pelancongan.
Geran bantuan pelancongan dibuka
SHAH ALAM - Persatuan Hotel Ma- laysia (MAH) Selangor memanfaatkan sumbangan RM15,000 daripada Kera- jaan Negeri untuk menyediakan bantu- an makanan kepada pekerja hotel yang terjejas akibat Covid-19.
Naib Presidennya Nazri Ahmad ber- kata dana menerusi Pakej Kita Selangor 2.0 digunakan untuk menyediakan 860 kotak makanan manakala bantuan su- sulan diagih dalam masa terdekat.
“Terima kasih Kerajaan Negeri kerana melaksanakan pelbagai inisiatif mem- bantu sektor pelancongan yang terjejas teruk akibat Covid-19.
“Dari baucar pelancongan sehingga tambahan RM15,000 kepada 17 persa- tuan termasuk MAH, langkah-langkah ini dapat mengurangkan beban serta memulihkan semula bidang ini,” ka- tanya pada 24 September.
Beliau berkata demikian pada pro-
gram bual bicara Media Selangor berta- juk ‘Apa khabar pelancongan Selangor’
disiarkan di Facebook.
Industri pelancongan menerima pe- runtukan RM2.55 juta menerusi Pakej Kita Selangor 2.0.
Sebahagian dana itu digunakan untuk membantu 17 persatuan pelan- congan membabitkan peruntukan RM255,000 yang diagihkan pada 9 Sep- tember.
RM15,000 bantu pekerja hotel terjejas
SHAH ALAM - Platform Selangor (PLATS) dimanfaatkan bagi mempro- mosi hidangan enak di setiap daerah untuk menarik pengunjung.
Pengurus Komunikasi Korporat Tour- ism Selangor Ahmad Nazri Tashriq Rah- mat berkata inisiatif dengan kerjasama Menteri Besar Selangor (Pemerbadan- an) atau MBI bertujuan membantu pen- gusaha makanan dan minuman.
Beliau menjelaskan pelancongan
makanan ada potensi besar dan mam- pu memberi pulangan lumayan kerana ada pengikut sendiri.
“Kita boleh promosi hidangan di Kuala Selangor seperti nasi ambeng.
Selain itu, buat jejak makanan bermula sarapan hingga makan malam.
“Promosi ini kita lakukan dengan MBI melalui PLATS, akhir November depan Tourism Selangor bakal mem- perkenalkan pula direktori pelancon-
gan makanan,” katanya pada 24 Sep- tember.
Ahmad Nazri berkata Tourism Se- langor juga bakal memperkenal pula direktori pelancongan makanan pada akhir November depan.
Selain itu, beliau berkata 10,000 Baucar Pelancongan Negeri Selangor bernilai RM100 boleh ditebus meneru- si platform e-dagang yang sedang dibangunkan.
Guna PLATS promosi makanan enak daerah
PENYAKIT JANTUNG ISKEMIK (IHD)
dikenali serangan jantung akut (acute myocardial infarction)
pembunuh nombor satu di Malaysia
berpunca darah beku halang pengaliran darah ke otot jantung
kurang oksigen ke sel jantung kerana pembuluh darah koronari sempit
individu berusia 50 tahun golongan berisiko
PUNCA
darah beku pada arteri koronari utama
terbentuk kerana ateroma (tampalan lemak) dalam arteri
risiko pembentukan ateroma:
f merokok f darah tinggi f kegemukan
f tahap kolesterol tinggi f tidak aktif
f diet
f kencing manis f sejarah keluarga GEJALA
sakit dada teruk
sesak nafas
pedih ulu hati RAWATAN
angioplasti kecemasan (prosedur pintasan atau masukkan belon untuk buka salur darah)
suntik ubat cair darah
LEMAH JANTUNG
tidak upaya pam darah ke jantung PUNCA
penyakit jantung koronari
darah tinggi
masalah injap
kadar degupan luar biasa
sakit otot jantung (kardiomiopati)
kencing manis
alkohol
sakit kelenjar tiroid GEJALA
letih
sesak nafas
aktiviti fizikal terhad
kaki bengkak KOMPLIKASI
aktiviti harian terhad
kerap masuk hospital
risiko kematian antara 10 hingga 50 peratus
RAWATAN
ambil air dan garam secara terhad
senaman berkala ikut kemampuan
jauhi rokok dan alkohol
ambil ubat ikut nasihat doktor
RADANG OTOT JANTUNG (MYOCARDITIS)
tanda penyakit bergantung kepada punca dan tahap radang
penghidap tidak mengira usia PUNCA
jangkitan virus
penyakit Chagas
penyakit Lyme
miokarditis sel besar
kesan sampingan ubat
ambil alkohol berlebihan, radiasi, bahan kimia
dan racun tertentu
tolak pemindahan jantung
banyak kes tiada punca ditemui GEJALA
sakit dada
demam
degupan jantung cepat atau tidak teratur
letih
sesak nafas RAWATAN
bergantung kepada punca penyakit
rehat enam bulan
jangkitan virus biasanya pulih sendiri dalam tempoh seminggu atau lebih Sumber
Laporan Perangkaan Sebab Kematian Malaysia 2020. 26 November 2020. Jabatan Perangkaan Malaysia | Portal rasmi myhealth.gov.my bertarikh 27 April 2012, 14 November 2014, 16 Januari 2015 dan 23 Ogos 2019
selangorkini 30 September - 6 Oktober 2021
9 INFO
ahun lalu, sebanyak
16,325 kematian di negara ini berpunca daripada masalah jantung.
Kira-kira 69.4 peratus daripada angka berkenaan membabitkan golongan lelaki.
Memiliki struktur pembuluh darah kompleks dalam sistem badan, jantung mengepam darah ke seluruh anggota badan. Darah pula
mengandungi air, oksigen dan zat makanan.
Wartawan AFIX REDZUAN menyusun maklumat organ terpenting ini sempena
ulang tahun Hari Jantung Sedunia pada 29 September.
DEGUPAN TERANCAM
berpeluh
pengsan
jika hadapi komplikasi:
f ubat untuk lemah jantung atau degupan tidak teratur
f perentak jantung automatik f antibiotik
f steroid untuk miokarditis sel besar
f jauhi alkohol
BERDEBAR-DEBAR (PALPITATIONS)
akibat tekanan
alami debaran dan tidak perlu rawatan
degupan cepat dan denyutan tidak normal
GEJALA
tidak selesa di dada
degupan jantung kuat dan laju
pengsan
gangguan emosi
kerap berpeluh
tangan dan kaki menjadi sejuk
keletihan PUNCA
ambil kafein (makanan atau minuman)
teruja
takut
tekanan perasaan
bimbang
selepas senaman berat
bernafas cepat (hyperventilation)
hormon tiroid keluar berlebihan (hyperthyroidism)
penyakit jantung
kurang gula dalam darah (hypoglycaemia)
degupan jantung tidak teratur (arrhythmia)
kurang sel darah merah (anemia)
sebelum putus haid
ubat-ubatan PENCEGAHAN
jauhi kopi, teh, coklat, minuman ringan, alkohol dan pewarna makanan
sentiasa tenang dan rehat
bersenam seperti jalan pantas, berenang dan kayuh basikal
Sumber dar i stories
FOKUS 10
selangorkini 30 September - 6 Oktober 2021
Apakah langkah Kerajaan Negeri dan Tourism Selangor bagi membantu penggiat industri pelancongan selepas berhadapan pandemik?
Kesan pandemik terhadap industri pelancongan amat teruk, khususnya di Selangor. Banyak pengendali pelancongan terpaksa menamatkan operasi dan banyak hotel ditutup.
Bagi memastikan industri pelancongan di Selangor kekal bernyawa, Tourism Selangor bekerjasama rapat dengan Kerajaan Negeri menerusi Pelan Pemulihan Ekonomi negeri.
Pada 2020, Pelan Pemulihan Ekonomi Selangor memperuntuk RM2.6 juta kepada industri pelancongan negeri. Pada 2021, sebanyak RM2.55 juta lagi disalur menerusi Pakej Kita Selangor 2.0 iaitu:
l Geran program insentif/aktiviti promosi pelancongan Selangor berjumlah RM1 juta
Rancak semula pelancongan
Giat promosi guna aplikasi digital
M
ulai 1 Oktober, Selangor memasuki fasa tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) seterusnya mengecapi pelbagai kelonggaran tatacara operasi piawai termasuk rentas daerah.Justeru, orang ramai berpeluang mengunjungi pelbagai destinasi menarik setelah sekian lama ‘terkurung’ akibat pandemik.
Sempena Hari Pelancongan Sedunia pada 27 September, wartawan NADIAH ZAMLUS dan ALANG BENDAHARA menemu bual Pengurus Besar Tourism Selangor Azrul Shah Mohamad bagi mengupas perancangan membangunkan semula industri pelancongan.
rasmi Tourism Selangor.
Antara strategi kempen ialah sesi Live- Talk Edisi WTD 2021, webinar bersama penggiat industri pelancongan, siri ‘Virtual Tour’ ke tempat pelancongan Selangor serta penganjuran Focus Tourism Talk (pelancongan perubatan), Program CSR dan Sesi Tiktok Live.
Bagi meneruskan momentum positif demi merancakkan kembali industri pelancongan negeri pasca pandemik, kami anjurkan
Konvensyen Global Pelancongan Selangor (Tourism Selangor Global Convention).
Konvensyen ini akan diadakan pada 29 dan 30 November depan. Ia merangkumi Malam Anugerah Pelancongan (MTC Golf Award 2021). Konvensyen ini akan disusuli dengan Pameran Jualan Pelancongan
mulai 3 hingga 5 Disember.
Kempen Pusing Selangor Dulu! yang
m e m f o k u s k a n l Baucar Pelancongan Selangor 2.0 ber-
jumlah RM1 juta
l Program Latihan Digitalisasi Pelan- congan Selangor berjumlah RM300,000
l Insentif sekali bayar kepa- da 17 persatuan penggiat pelancongan negeri seban- yak RM255,000
Apakah langkah untuk mempergiat kegiatan pelancongan selepas pandemik?
S e b a g a i l a n g k a h mempergiatkan aktiviti industri pelancongan, kempen Tourism Selangor sempena sambutan Hari Pelancongan Sedunia 2021 dijalankan bermula 20 September hingga 8 Oktober menerusi platform digital dan laman media sosial
11
selangorkini 30 September - 6 Oktober 2021
FOKUS
pasaran pelancongan domestik sejak Disember 2020 diteruskan. Kita melantik selebriti tempatan Che Puan Juliana Evans sebagai duta kempen. Setakat ini, kempen menerima sambutan menggalakkan terutama platform digital dengan lebih 20 juta capaian sejak pelancaran kempen.
Bagi pasaran antarabangsa, Tourism Selangor menganjurkan kempen ‘Splendid Selangor, Take Me Anywhere!’ Kempen digerakkan menerusi pelbagai atas talian seperti sesi webinar di lokasi luar negara, walaupun pelancongan antarabangsa masih belum dibenarkan.
Bagaimana kelonggaran rentas daerah membantu menghidupkan semula kegiatan pelancongan?
Industri pelancongan negeri sudah bergerak mengikut tatacara operasi piawai (SOP) fasa dua Pelan Pemulihan Negara (PPN). Perkembangan positif ini membolehkan penduduk Lembah Klang merentas daerah meneroka tempat pelancongan sekitar negeri. Sehubungan itu, industri ini mampu pulih secara berperingkat kepada keadaan sebelum pandemik. Selain itu, bilangan rakyat Malaysia dewasa menerima dua dos vaksin Covid-19 yang ramai juga membantu pemulihan sektor pelancongan negeri.
Apakah aktiviti pelancongan yang menarik minat orang ramai di Selangor?
Juadah tradisi dan antarabangsa mudah didapati di Selangor. Justeru, ramai yang gemar melakukan aktiviti ‘food hunting’ mendapatkan juadah berkenaan.
Kafe hipster dengan dekorasi serta pembentangan hidangan menarik juga menjadi lokasi tumpuan pempengaruh media sosial. Untuk penginapan, Selangor ada pelbagai hotel bertaraf empat dan lima bintang. Hotel-hotel ini menawarkan pakej penginapan dengan potongan harga menarik pada masa ini. Penginapan berkonsep ‘glamping’ di sini buat
pelancong yang ingin dekat alam semula jadi dalam keselesaan juga menarik minat orang ramai.
Bagi pelancongan-agro, Sekinchan di Sabak Bernam merupakan lokasi yang diminati ramai terutama yang gemar berkongsi foto di media sosial. Kawasan sawah padi menjadi latar unik dan menarik untuk sesi fotografi. Sekinchan ada elemen tradisi pemandangan yang sesuai untuk pempengaruh. Di sini juga ada penyedia perkhidmatan mengambil gambar di tepi sawah padi yang menjadi pilihan selebriti Malaysia.
Bagi penggemar keindahan alam sekitar atau sukan lasak, Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor destinasi popular.
Sky Mirror, Kuala Selangor pula destinasi eko-pelancongan unik iaitu benteng pasir di tengah lautan di sini memantulkan keindahan langit dengan jelas. Ia hanya muncul pada sesetengah tarikh dalam bulan lunar dan sesuai untuk sesi fotografi terutama jika berpakaian berwarna-warni.
Apakah strategi mempopularkan destinasi menarik menggunakan aplikasi digital?
Penggunaan aplikasi mobil amat meluas pada tahun 2015. Ketika itu Tourism Selangor menyokong dan menyediak an tenaga pak ar untuk aplikasi Discover Selangor.
Bagaimanapun, aplikasi itu tidak lagi aktif di pasaran. Tourism Selangor mengalihkan fokus kepada hanya satu platform digital aktif iaitu laman web rasmi; Selangor.Travel.
Ketika ini, Selangor.Travel adalah saluran digital utama yang mempromosi inisiatif Tourism Selangor selain platform media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter, LinkedIn, TikTok dan YouTube.
Selangor.Travel juga boleh dicapai menerusi versi mobil yang lebih ringan dan mesra gajet. Pengguna memperoleh maklumat lengkap industri pelancongan negeri di hujung jari sahaja.
Apakah harapan untuk industri pelancongan dalam Belanjawan Selangor 2022?
Kerajaan Negeri senantiasa memikirkan pemain-pemain industri pelancongan negeri. Bagaimanapun, tahun demi tahun, pandemik Covid-19 menjadi kebimbangan utama dan Tourism Selangor mahu melihat lebih banyak peruntukan disalur memandangkan usaha membangunkan semula industri pelancongan negeri bukan mudah.
Selain meraih semula kepercayaan ramai untuk melancong, infrastruktur pelancongan perlu diberi perhatian selain memupuk kreativiti dalam idea- idea pelancongan negeri. Ini akan menghidupkan industri dan pastinya ia perlu dilengkapi dengan layanan serta perkhidmatan berkualiti.
Apakah pesanan kepada orang ramai yang ingin melancong ketika pandemik Covid-19 masih belum reda?
Pelancong perlu patuh garis panduan dan SOP kendiri termasuk menjaga jarak sosial di tempat umum. Elak pergi ke kawasan sesak. Perlu rancang ke tempat pelancongan yang kurang sesak jika ada pilihan. Dalam pada orang awam meneruskan aktiviti pelancongan, jangan lupa untuk menyokong peniaga tempatan atau pengusaha Industri Kecil Sederhana (IKS) di sekitar kawasan yang dituju bagi membangunkan ekonomi setempat.
Orang awam juga boleh membantu menguar-uar di media sosial mereka tentang kepentingan pematuhan garis panduan atau SOP ketika melancong, memuat naik gambar pengalaman percutian ke media sosial atau mengongsikan bahan promosi digital Tourism Selangor kepada rakan, keluarga dan juga kumpulan aplikasi mesej pilihan mereka.