BAHASA MALAYSIA PMR Kertas Satu
Soalan 1-7 (Penggunaan pelbagai jenis kata, imbuhan, dan kata ganda dalam ayat) - Para pelajar perlu mempunyai pengetahuan tatabahasa dan penguasaan kosa
kata yang mantap.
- Banyak membuat latihan dan merujuk kamus.
- Semakin banyak anda membuat latihan, maka semakin banyak kosa kata yang anda kuasai.
- Soalan 1-7, ilustrasi mungkin digunakan dalam soalan tersebut bagi membantu murid-murid memilih jawapan yang tepat dan betul.
Contoh Soalan:
Lengkapkan ayat-ayat di bawah ini dengan memilih perkataan yang paling sesuai.
Contoh 1
Mata abang ____________ apabila lampu biliknya dipasang oleh ibu.
A. terkebil-kebil B. terpinga-pinga C. berpinar-pinar D. berputar-putar
Ulasan Jawapan:
Jawapannya ialah C
Berpinar-pinar bermaksud silau. Terkebil-kebil pula bermaksud tidak dapat melelapkan mata, terpinga-pinga disebabkan oleh janggal atau tidak biasa dengan keadaan di suatu tempat yang baru, manakala berputar-putar membawa maksud berpusing-pusing.
Contoh 2
Pak Mamat mencantas _____________ pisang di kebunnya.
A. buah B. pokok C. batang D. pelepah
Ulasan Jawapan:
Jawapannya ialah D
Dalam ayat tersebut, kata kerja mencantas bermaksud memangkas atau memancung (hujung dahan, kepala dan sebagainya). Oleh itu, dalam konteks ayat di atas, perbuatan mencantas lebih sesuai dengan kata nama pelepah pisang, iaitu tulang daun.
Soalan 8-14 (Penggunaan pelbagai jenis kata, imbuhan, dan kata ganda dalam ayat) - Merupakan soalan mengesan kesalahan umum tatabahasa sama ada dari
segi:
a. Kesalahan dari segi penggunaan kata;
b. Kesalahan dari segi penggunaan frasa;
c. Kesalahan dari segi struktur ayat;
d. Kesalahan dari segi penggandaan;
e. Kesalahan dari segi pemajmukan; dan f. Kesalahan dari segi pengimbuhan.
- Penguasaan tatabahasa adalah sangat penting untuk menjawab soalan bahagian ini.
- Soalan-soalan tahun lepas akan dapat membantu pelajar membiasakan diri dengan bentuk-bentuk kesalahan yang sering disoal dalam kertas soalan jika selalu membuat latihan.
- Kamus dan buku rujukan tatabahasa hendaklah selalu dirujuk.
- Jadikan sikap suka menganalisis ayat sebagai satu amalan terutamanya semasa membaca akhbar atau majalah.
Contoh Soalan:
Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan kesalahan itu telah ditandai dengan A, B, dan C. Tandakan sama ada A, B atau C, jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan dalam ayat berkenaan.
Contoh 1
Hartawan ternama itu ditemui mati di dalam sebuah kereta yang enjin dan A B
penghawa dinginnya terpasang. Tiada kesalahan.
C D
Ulasan Jawapan
Jawapannya ialah C
Dalam ayat tersebut, hanya C sahaja yang tidak betul istilahnya. Jawapan yang sepatutnya ialah pendingin hawa.
Contoh 2
Puan Ambalagan sentiasa berulang-alik antara Ipoh dengan Pulau Pinang A B
di atas urusan perniagaannya. Tiada kesalahan.
C D
Ulasan Jawapan:
Jawapannya ialah C
Penggunaan kata sendi 'di' dalam ayat di atas adalah salah. ‘Atas’ dalam konteks ayat bukan merupakan kata ganti nama tempat. Oleh itu, kata sendi ‘di’ tidak boleh digunakan.
Soalan 15-17 (Ketepatan kata dalam ayat)
- Mengenal pasti maksud kata dan penggunaan kata yang betul dalam sesebuah ayat.
- Mengenal pasti maksud kata dan penggunaan kata yang betul dalam sesebuah ayat.
- Hanya 3 soalan sahaja yang ditanya dalam bahagian ini.
- Soalan ini agak mengelirukan jika penguasaan kosa kata calon lemah.
- Kenal pasti terlebih dahulu penggunaan kata yang salah.
- Kemudian, potong jawapan yang mengandungi nombor jawapan itu.
- Baki jawapan yang ada haruslah dianalisis untuk mengenal pasti kesalahannya.
- Latihan dan persediaan awal amat perlu untuk memudahkan calon menjawab soalan-soalan jenis ini.
Contoh Soalan:
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul dan tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang
paling sesuai.
Contoh 1
I Aidil suka melukis gambar sementara adiknya suka membaca buku.
II Berbuatlah bakti kepada ibu bapa sementara mereka ada.
III “Tolong datang ke rumah saya sementara kerana saya rindu akan kamu,”
kata Ana kepada kawan baiknya.
IV Halim bekerja di syarikat itu sementara sahaja untuk mencari pengalaman.
A. I dan II sahaja B. I dan III sahaja C. I, II dan IV sahaja D. II, III dan IV sahaja
Ulasan Jawapan:
Jawapannya ialah C
Pilihan jawapan, I, II dan IV betul kerana perkataan sementara menepati konteks dan maksud ayat. Ayat III salah kerana perkataan yang sesuai digunakan ialah sekejap atau sebentar.
Contoh 2
I Matanya yang bulat dan merah menatap muka musuhnya.
II Mereka bulat suara menolak cadangan pembinaan tempat pelupusan sampah.
III Perjumpaan meja bulat yang diadakan itu adalah untuk menyelesaikan masalah persempadanan.
IV Kamu terpaksa melalui bulat itu di Jalan Indah sebelum pergi ke Kampung Segamat.
A. I dan III sahaja B. II dan IV sahaja C. I, II dan III sahaja D. I, II, III dan IV sahaja
Ulasan Jawapan:
Jawapannya ialah A
Pilihan jawapan, I dan III sahaja yang betul kerana perkataan bulat menepati konteks dan maksud. Jawapan yang betul untuk Ayat II adalah sebulat, manakala jawapan yang betul untuk Ayat IV adalah bulatan.
Soalan 18-21 (Kesalahan struktur ayat)
- Soalan ini ingin menguji pengetahuan sintaksis calon.
- Calon diminta mengenal pasti sama ada bahagian ayat yang digaris itu betul atau salah.
- Jika didapati salah, pilih jawapan yang tepat bagi menggantikan bahagian yang bergaris itu.
- Baca bahagian yang bergaris itu dengan teliti.
- Cuba kenal pasti aspek-aspek tatabahasa yang terdapat dalam ayat yang digaris itu.
- Misalnya, sama ada, dari aspek imbuhan, kata ganda, struktur ayat, atau pemajmukan.
- Melihat jawapan juga, adalah salah satu cara untuk mendapat jawapan yang betul.
- Mana-mana jawapan yang memang dikenal pasti salah, hendaklah dipotong. Dengan cara ini, jumlah jawapan yang hendak dipilih semakin
berkurang, maka memudahkan calon untuk membuat pemilihan.
- Penguasaan tatabahasa amatlah mustahak.
- Latihan yang berterusan, pasti menambah pengalaman dan penguasaan calon untuk menjawab soalan ini.
Contoh Soalan:
Sebahagian daripada ayat yang berikut telah digariskan. Bahagian yang bergaris itu mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Jika anda menganggap bahawa bahasa bahagian yang bergaris itu salah dan perlu diubah, anda hendaklah menandakan A, B atau C sebagai pilihan jawapan anda. Jika tiada kesalahan tandakan D.
Contoh 1
Mak Cik Senah sekeluarga pulang ke kampong sejak dari seminggu yang lalu untuk berjumpa dengan saudara-mara mereka.
A. pada seminggu yang lalu B. dariapda seminggu yang lalu C. sejak seminggu yang lalu D. sejak dari seminggu yang lalu
Ulasan Jawapan:
Jawapan ialah C
Kata sendi ‘sejak dari’ adalah lewah jika digandingkan seiringan. Memadailah hanya kata ‘sejak’ digunakan kerana sudah bermaksud sejak dari.
Contoh 2
Banyak kakitangan pejabat itu yang sukakan dengan sikap pegawai yang peramah itu.
A. sukakan B. suka akan C. suka dengan D. sukakan dengan
Ulasan Jawapan:
Jawapan ialah B
Ayat di atas mempunyai kesalahan frasa sendi. Kata adjektif ‘suka’ (emotif) tidak boleh ditambahkan akhiran –kan dan diikuti oleh kata sendi ‘dengan’. Dari
segi rumus, kata adjektif bersifat emotif harus diikuti oleh kata sendi ‘akan’, iaitu suka akan.
Soalan 22-24 (Memahami maksud ayat) - Soalan untuk menentukan maksud ayat.
- Calon diuji untuk mengenal pasti ayat yang mempunyai maksud yang sama tetapi berbeza dari segi strukturnya.
- Baca ayat utama dengan teliti dan cuba memahaminya.
- Kenap lasti dan tandakan Isi utama yang terkandung dalam ayat itu - Kenal pasti jawapan atau ayat yang lain, yang mengandungi ketiga-tiga isi tersebut.
Contoh Soalan:
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal.
Contoh 1
Komputer lebih banyak membawa kesan baik daripada kesan buruk
kepada para pengguna.
A. Penggunaan computer yang meluas telah meninggalkan kesan baik dan kesan buruk.
B. Para pengguna menerima kesan yang baik lebih banyak daripada kesan buruk dalam penggunaan computer.
C. Penggunaan komputer menyebabkan para pengguna terpaksa menerima kesan baik dan juga kesan buruk yang banyak.
D. Lebih banyak kesan baik daripada kesan buruk kepada pengguna apabila penggunaan computer diperluas.
Ulasan Jawapan:
Jawapan ialah B
Pilih jawapan B lebih tepat kerana mempunyai maksud yang sama dengan ayat yang dicetak tebal tentang kesan penggunaan komputer.
Contoh 2
Pak Jamal mengait buah rambutan dengan pengait untuk diberikan kepada saudaranya yang datang dari Kedah.
A. Saudara Pak Jamal yang datang dari Kedah ingin mengait buah rambutan dengan pengait.
B. Buah rambutan itu dikait oleh Pak Jamal untuk diberikan kepada saudaranya yang datang dari Kedah.
C. Pak Jamal menyuruh saudaranya mengait buah rambutan untuk dibawa balik ke Kedah.
D. Buah rambutan itu dikait oleh saudara Pak Jamal yang datang dari Kedah.
Ulasan Jawapan:
Jawapan ialah B
Pilih jawapan B lebih tepat kerana mempunyai maksud yang sama dengan ayat yang dicetak tebal tentang kisah Pak Jamal yang mengait buah untuk
saudaranya yang akan datang.
Soalan 25-27 (Pengetahuan Tentang Ayat)
- Soalan ini ingin menguji calon supaya memilih gabungan ayat yang betul tatabahasanya sahaja.
- Ada sebanyak empat ayat pilihan yang diberi.
- Calon juga boleh menggunakan teknik mengenal pasti ayat yang nyata kesalahannya.
- Jika ayat itu ternyata salah, maka, jawapan yang mengandungi ayat itu dipotongkan.
- Dengan cara ini, hanya tinggal beberapa ayat sahaja yang perlu dianalisis.
Contoh Soalan:
Pilih ayat-ayat yang betul dan tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai.
Contoh 1
I Walaupun soalan itu sukar bagi setengah pelajar, dia dapat menjawabnya.
II Rata-rata penduduk kampong bersetuju dengan cadangan Tuk Penghulu.
III Gulungan yang kurang upaya wajar diberikan bantuan.
IV Perahu nelayan itu teroleng-oleng dilambung ombak.
A I dan II sahaja
B II dan IV sahaja C I, II dan IV sahaja D I, III dan IV sahaja
Ulasan Jawapan:
Jawapannya ialah B
Kata bilangan setengah dalam Ayat I membawa maksud separuh atau setengah, sedangkan kata bilangan yang tepat adalah sesetengah atau setengah-setengah. Bagi ayat III pula perkataan gulungan disalah eja, iaitu sepatutnya golongan. Oleh itu jawapan yang paling sesuai ialah Ayat II dan IV.
Contoh 2
I Dia terima keputusan itu dengan hati yang terbuka.
II Kawasan pusat mengundi itu akan dilawati oleh pegawai bertugas sebelum pilihan raya.
III Siapakah nama jiran yang baru berpindah itu?
IV Kerja itu dapat disiapkan kerjasama semua kakitangan.
A II sahaja B I dan II sahaja C II dan III sahaja D III dan IV sahaja
Ulasan Jawapan:
Jawapan ialah C
Ayat I salah kerana kata kerja terima sepatutnya diimbuhkan dengan awalan meN- (menerima) manakala ayat IV tidak gramatis dan tidak menepati rumus tatabahasa.
Soalan 28-30 (Pengetahuan Tentang Peribahasa)
- Soalan ini menguji pemahaman pelajar tentang peribahasa.
- Peribahasa terlalu banyak dan sukar dihafal,
- Calon harus cuba memberi penekanan terhadap peribahasa-peribahasa yang terkandung di dalam buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 1, 2, dan 3.
- Senaraikan peribahasa yang terdapat di dalam buku teks.
- Cari maksud dan makna peribahasa tersebut.
- Cuba gunakan peribahasa di dalam ayat mahupun dalam karangan.
Contoh Soalan
Contoh 1
Pilih jawapan yang paling sesuai bagi pernyataan-pernyataan yang berkaitan dengan peribahasa di bawah ini.
Hidayah bertungkus-lumus menyiapkan model bangunan itu. Rakannya, Asfahan hanya membantu. Namun demikian, Asfahan pula yang mendapat pujian.
Peribahasa yang sesuai dengan situasi di atas ialah A burung terbang dipipiskan lada
B lembu punya susu, sapi dapat nama C sekali jalan kena, dua kali jalan tahu
D orang lain yang makan nangka, orang lain yang kena getah.
Ulasan Jawapan:
Jawapannya ialah B
Jawapan B betul kerana membawa maksud pujian diberikan kepada orang yang tidak melakukan kerja itu sedangkan kerja tersebut dilakukan oleh orang orang yang lain.
Contoh 2
Peribahasa yang berikut sesuai dengan situasi gambar di atas kecuali A seperti aur dengan tebing
B bersatu teguh, bercerai roboh
C berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
D bulat air kerana pembuluh, bulat kata kerana muafakat
Ulasan Jawapan:
Jawapannya ialah B
Jawapan A, C, dan D membawa maksud yang sama iaitu bekerjasama, manakala jawapan B membawa maksud perpaduan.
Soalan 31-35 (Pemahaman Prosa)
- Soalan ini menguji pemahaman calon tentang petikan yang dibaca.
- Petikan yang diberi berdasarkan antologi Sehijau Warna Daun (Tingkatan 1), Antologi Seuntai Kata Untuk Dirasa (Tingkatan 2), dan Anak Bumi Tercinta (Tingkatan 3).
- Calon diuji berdasarkan petikan daripada genre prosa iaitu Cerpen, Drama, dan Prosa Tradisional.
- Calon perlu membaca petikan dengan teliti sekurang-kurangnya dua kali.
- Jangan hanya membaca ayat atau perenggan yang berkaitan dengan soalan sahaja.
- Bacalah soalan-soalan dan setiap jawapan pilihan dengan teliti.
- Fahamilah maksud penggunaan kata dan frasa seperti kecuali, antara berikut, pernyataan yang benar, pernyataan yang tidak benar, perkara utama, mesej, pengajaran, tema, nilai murni, dan sebagainya.
- Jika kata atau frasa ini tidak difahami secara jelas, maka calon akan membuat kesilapan semasa mencari jawapan.
- Secara umumnya, soalan-soalan ini berdasarkan tiga bentuk, iaitu:
Soalan (a) Soalan pemahaman berdasarkan petikan;
Calon dikehendaki mencari jawapan berdasarkan isi petikan sahaja.
Kenal pasti jawapannya dalam setiap perenggan atau setiap rangkap.
Soalan (b) Soalan pemahaman KOMSAS berdasarkan petikan Calon dikehendaki mengenal pasti aspek-aspek sastera tetapi berdasarkan petikan sahaja.
Soalan (c) Soalan pemahaman KOMSAS berdasarkan keseluruhan prosa atau puisi Calon dikehendaki mengenal pasti aspek-aspek sastera berdasarkan keseluruhan prosa atau puisi yang dikemukakan oleh soalan.
Contoh Soalan
Soalan 31 hingga Soalan 35
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
Hatta, hari pun asarlah; maka datanglah sebuah kapal dari Judah. Serta ia berlabuh, maka turunlah makhdum dari kapal itu. Sayid Abdul Aziz namanya, lalu ia sembahyang di Pantai Melaka itu. Maka hairanlah segala orang Melaka melihat dia. Maka kata segala orang Melaka, “Mengapa ia ini tunggang-tonggek?”
Maka berebutlah orang melihat dia penuh sesak, tiada bersela lagi, dan haru-birulah bunyinya sampai ke dalam. Maka raja pun segera naik gajah lalu berangkat keluar, diiringi oleh segala orang besar-besar. Maka dilihat rajalah kelakuan makhdum sembahyang itu nyatalah seperrti di dalam mimpinya itu. Maka titah raja kepada Bendahara dan kepada segala orang besar-besar,”Nyatalah demikian seperti di dalam mimpiku itu.”
Setelah sudah makhdum sembahyang, maka raja pun menderumkan gajahnya. Maka makhdum pun dibawa baginda naik gajah, lalu dibawa masuk ke dalam. Maka Bendahara dan segala orang besar-besar pun semuanya masuk Islamlah, dengan sekalian besar kecil, tua muda, dan perempuan laki-laki semuanya disuruh baginda masuk Islam. Maka baginda pun berguru kepada makhdum akan tertib sembahyang. Maka raja pun dinamai oleh Makhdum, Sultan Muhammad Syah. Adapun akan bendahara digelar Seri Wak Raja, yakni bapa tua raja, kerana Bendahara itu bapa salah menjadikan kepada raja’ dan itulah pertama gelar Bendahara. Dan Raden Anum menjadi Perdana Menteri bergelar Seri Amar Diraja. Dan Tun Perpatih Besar, anak Tun Perpatih Permuka Berjajar yang pertama jadi Bendahara; anak Seri Teri Buana yang bernama Raja Kecil Muda, jadi penghulu bendahari, bergelar Seri Nara Diraja, maka ia beristerikan anak Bendahara beranak seorang perempuan bernama Tun Rana Sandari.
Maka sultan Muhammad pun mengatur tahta kerajaan baginda.
31. Mengapakah penduduk Melaka kehairanan?
A. Melihat sebuah kapal yang membawa Saiyid Abdul Aziz berlabuh B. Melihat perbuatan Saiyid Abdul Aziz sembahyang
C. Melihat pakaian Saiyid Abdul Aziz D. Melihat raja menaiki gajah
Ulasan Jawapan:
Jawapannya ialah B
Penduduk Melaka hairan melihat Saiyid Abdul Aziz sembahyang hingga ada yang mengatakan mengapa beliau tunggang-tonggek.
32. Siapakah nama menantu Bendahara?
A. Sultan Muhammad Syah
B. Tun Pepatih Besar C. Raja Kecil Muda D. Raden Anum
Ulasan Jawapan:
Jawapannya ialah C
Raja Kecil Muda ialah anak Seri Teri Buana, sebagai penghulu bendahari atau gelarannya Seri Nara Diraja berkahwin dengan Bendahara dan mendapat seorang anak perempuan bernama Tun Rana Sandari.
33. Apakah latar masa dalam petikan di atas?
A. pagi B. malam C. petang D. subuh
Ulasan Jawapan:
Jawapannya ialah C
Ketika itu sudah masuk waktu asar. Saiyid Abdul Aziz bersembahyang di tepi pantai pada ketika itu.
34. Semua yang berikut merupakan gaya bahasa yang terdapat dalam prosa di atas, kecuali
A. Bahasa Klasik B. Bahsa Istana C. Bahasa Puitis D. Bahasa Arab
Ulasan Jawapan:
Jawapannya ialah C
Jawapan A, B, dan D memang terdapat dalam petikan tersebut kecuali Jawapan C kerana Bahasa Puitis biasanya berkaitan dengan puisi dan sajak, sedangkan petikan tersebut adalah petikan prosa.
35. Apakah yang terjadi kepada Raja Kecil Besar setelah bermimpi bertemu Rasulullah?
A. Tubuhnya berbau busuk B. Baginda insaf dan bertaubat C. Baginda memeluk agama Islam D. Kalam baginda seperti sudah berkhatan
Ulasan Jawapan:
Jawapannya ialah D
Selepas Raja Kecil Besar bermimpi bertemu Rasulullah, baginda terjaga dan mendapati kalam baginda seperti sudah berkhatan.
Soalan 36-40 (Pemahaman Puisi)
- Soalan ini menguji pemahaman calon tentang petikan yang dibaca.
- Petikan yang diberi berdasarkan antologi Sehijau Warna Daun (Tingkatan 1),
Antologi Seuntai Kata Untuk Dirasa (Tingkatan 2), dan Anak Bumi Tercinta (Tingkatan 3).
- Calon diuji berdasarkan petikan daripada genre puisi iaitu seperti gurindam, seloka, pantun, syair dan puisi moden iaitu sajak.
- Calon perlu membaca petikan dengan teliti sekurang-kurangnya dua kali.
- Jangan hanya membaca ayat atau perenggan yang berkaitan dengan soalan sahaja.
- Bacalah soalan-soalan dan setiap jawapan pilihan dengan teliti.
- Fahamilah maksud penggunaan kata dan frasa seperti kecuali, antara berikut, pernyataan yang benar, pernyataan yang tidak benar, perkara utama, mesej, pengajaran, tema, nilai murni, dan sebagainya.
- Jika kata atau frasa ini tidak difahami secara jelas, maka calon akan membuat kesilapan semasa mencari jawapan.
- Secara umumnya, soalan-soalan ini berdasarkan tiga bentuk, iaitu:
Soalan (a) Soalan pemahaman berdasarkan petikan; Calon dikehendaki mencari jawapan berdasarkan isi petikan sahaja. Kenal pasti jawapannya dalam setiap perenggan atau setiap rangkap.
Soalan (b) Soalan pemahaman KOMSAS berdasarkan petikan\
Calon dikehendaki mengenal pasti aspek-aspek sastera tetapi berdasarkan petikan sahaja.
Soalan (c) Soalan pemahaman KOMSAS berdasarkan keseluruhan prosa atau puisi Calon dikehendaki mengenal pasti aspek-aspek sastera berdasarkan keseluruhan prosa atau puisi yang dikemukakan oleh soalan.
Contoh Soalan
Soalan 36 hingga Soalan 40
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
PANTUN NASIB
Jemur padi di tengah padang, Anak ayam disambar helang;
Apa malang nasibnya badan, Burung di tangan di sambar orang.
Seri Mersing lagu Melayu, Mari dikarang zaman dahulu;
Duduk termenung menongkat dagu, Mengenang nasib dagang piatu.
Pukul gendang kulit biawak, Sedikit tidak berdentum lagi;
Di mana hati hendak dibawa, Sedikit tidak beruntung lagi.
Dari Jawa ke Bangkahulu, Membeli keris di Inderagiri;
Kawan ketawa ramai selalu, Kawan menangis seorang diri.
Pantai Lukut luas terbentang, Teluknya penuh berbatu karang;
Ibarat melukut di tepi gantang, Masuk tak penuh keluar tak kuang.
(Dipetik daripada Antllogi Anak Bumi Tercinta, Tingkatan 3, DBP)
36. Maksud kata menongkat dalam pantun ini ialah…
A. menolak B. menyapu C. menopang D. mengangkat
Ulasan Jawapan:
Jawapan ialah C
Menongkat bermaksud meletakkan sesuatu pada dagu seseorang. Perkataan menolak, menyapu dan mengangkat tidak sesuai dalam konteks ini.
Kawan ketawa ramai selalu Kawan menangis seorang diri
37. Berdasarkan kedua-dua baris pantun di atas, apakah mesej yang ingin disampaikan oleh penulis?
A. Sahabat ketika senang memang banyak dan mudah dicari tetapi rakan semasa sudah, sukar ditemui.
B. Orang yang suka ketawa selalunya mudah mendapat kawan tetapi orang yang asyik menangis sukar mendapat kawan.
C. Seseorang yang suka ketawa sebenarnya untuk mengurangkan rasa sedih yang ditanggungnya.
D. Orang yang banyak berkawan sudah tentu selalu bergembira dan dapat mengelakkan perasaan sedih.
Ulasan Jawapan:
Jawapan ialah A
Jawapan A memang bersesuaian dengan maksud pantun nasib yang dinyatakan.
Masuk tak penuh keluar tak kurang
38. Unsur keindahan bahasa yang terdapat pada kata tak dalam baris keempat, rangkap kelima pantun Nasib ialah gaya bahasa…
A. sinkof B. inversi C. epifora
D. anafora
Ulasan Jawapan:
Jawapan ialah A
Sinkof bermaksud kependekan kata seperti hendak=> nak, Tidak => tak dan sebagainya.
39. Pengajaran yang terdapat dalam rangkap terakhir pantun di atas ialah A. hendaklah rajin melakukan kerja
B. Janganlah suka merampas hak orang C. hendaklah jujur dalam hubungan persahabatan D. janganlah memandang rendah kepada orang lain.
Ulasan Jawapan:
Jawapan ialah D
Rangkap tersebut bermaksud janganlah kita merendah diri dengan kebolehan yang ada pada diri kita sendiri. Pengajarannya adalah kita tidak seharusnya memandang rendah kebolehan orang lain walaupun dia mempunyai kelemahan dan kekurangan.
40. Apakah tema pantun nasib di atas?
A. Nasib malang yang selalui dihadapi B. Sesuatu hajat yang tidak berkesampaian C. Kesukaran hidup apabila berada diperantauan
D. Kesukaran mendapat kawan yang boleh berkongsi penderitaan.
Ulasan Jawapan:
Jawapan ialah A
Tema pantun Nasib ini ialah nasib malang yang selalu dihadapi orang penyair.
Kertas Dua Bahagian A
Kertas Dua
Ditulis oleh Cikgu Zainudin
BAHAGIAN A (i) RINGKASAN
Nota:
- Calon dikehendaki meringkaskan petikan berdasarkan kehendak soalan
supaya menjadi tidak melebihi 80 patah perkataan.
- Contoh:
- Tulis sebuah ringkasan tentang masalah penjualan buku-buku dalam bahasa Melayu.
- Tulis sebuah ringkasan tentang faktor-faktor yang menyebabkan banjir kilat di ibu kota.
- Tulis sebuah ringkasan tentang cara-cara memupuk minat membaca
dalam kalangan kanak-kanak.
- Biasanya petikan yang dikemukakan adalah rencana tentang isu-isu semasa.
- Sebanyak 40 minit diperuntukan untuk menjawab Bahagian A(i) dan A(ii).
- Markah yang diperuntukan pula ialah 20 markah.
Teknik Meringkaskan Petikan:
- Calon perlu membaca dan memahami arahan soalan di samping
memastikan jumlah perkataan yang dikehendaki.
- Baca petikan lebih daripada sekali dengan teliti sehingga betul-betul faham akan isi petikan tersebut.
- Semasa membaca petikan, garisi perkataan yang menggambarkan isi
yang dikehendaki oleh soalan.
- Cuba gabungkan perkataan-perkataan tersebut untuk membentuk isi yang mantap.
- Huraian isi dan contoh-contoh perlu ditinggalkan.
- Calon digalakkan menggantikan huraian isi yang panjang dengan perkataan
tertentu atau istilah lain yang lebih sesuai.
- Selepas menulis ringkasan itu sila kira jumlah perkataan serta semak jika
terdapat kesalahan ejaan atau tatabahasa.
- Markah maksimum untuk isi ialah 10 markah (5 isi x 2 = 10 markah);
manakala markah maksimum untuk bahasa ialah 10 markah (bergantung
pada persembahan bahasa pelajar).
- Tulis ayat-ayat baru dalam satu perenggan sahaja.
- Salin hasil ringkasan dalam kertas jawapan dengan tulisan yang kemas.
Kemudian, tulis jumlah perkataan di bahagian kanak jawapan.
- INGAT!!! Jangan salin ayat bulat-bulat daripada isi tersebut; dan jangan
ubah kesemua perkataan yang terdapat dalam isi tersebut kerana bimbang
maksudnya akan terpesong.
Contoh Soalan:
Baca petikan di bawah dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang kebaikan belajar secara berkumpulan. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Kita sering mendengar beberapa istilah seperti kumpulan perbincangan, study group, study circle, halaqah ataupun usrah. Pada umumnya, kumpulan perbincangan ini merupakan suatu kumpulan kecil individu yang ditubuhkan untuk membincangkan dan bertukar-tukar pendapat tentang perkara-perkara tertentu bagi kepentingan anggota kumpulan tersebut. Aktiviti ini dianggap suatu tradisi meningkatkan ilmu jika perbincangan itu dijalankan secara berkekalan.
Dalam proses memahami bahan-bahan yang kita peroleh daripada buku atau kuliah untuk disusun dalam bentuk lebih kemas, kita memerlukan perbincangan. Kerap kali kita mempunyai pecahan-pecahan ilmu yang terasing atau bahan yang berselerak dan kita tidak dapat mengaitkannya dengan konteks yang sebenarnya. Mungkin pecahan- pecahan yang kita miliki tidak cukup untuk kita kaitkan dan sambungkan sebagai satu
kesatuan yang jitu.
Kita memerlukan orang lain untuk memberikan pecahan-pecahan yang tidak kita miliki itu dan menyusunnya sebagaimana isi kandungan itu seharusnya disusun. Tugas itu memerlukan perkongsian pendapat dengan rakan-rakan atau orang yang sama- sama mahu mendapatkan pengetahuan tersebut. Jikalau perbincangan itu disertai oleh orang yang lebih mahir dan pakar, kesan perbincangan itu lebih bermakna.
Apabila kita bekerja dengan orang lain, kadar kepantasan kita akan meningkat. Hal ini demikian kerana adanya unsur-unsur persaingan dan tentulah kita mahu mengemukakan pendapat yang terbaik dan sumbangan yang bermanfaat kepada kumpulan. Dengan demkian kita akan membuat persediaan awal yang bersungguh- sungguh untuk menyayakan perbincangan itu.
Namun begitu, kumpulan perbincangan itu ada juga keburukannya. Bagi sesuatu perkara yang rumit dan memerlukan kebolehan intelektual, perbincangan lebih banyak memberikan gangguan dan akhirnya objektif pembelajaran tidak tercapai.
Contoh Jawapan:
Kumpulan perbincangan diadakan bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat tentang sesuatu perkara dalam kalangan ahli. Melalui aktiviti ini, pemahaman tentang sesuatu perkara dapat dipertingkatkan. Nota hasil pembelajaran dapat disusun dengan rapi.
Ada rakan-rakan yang dapat menjelaskan sesuatu perkara yang sukar difahami dengan terperinci. Selain itu, nota pelajaran juga dapat disusun mengikut urutan yang tepat.
Semua ahli kumpulan mendapat faedah hasil daripada perbincangan yang dilakukan.
Akhir sekali kumpulan perbincangan dapat meningkatkan kecekapan bekerja setiap ahli kumpulan.
BAHAGIAN A (ii) PEMAHAMAN
Nota:
- Tiga soalan akan dikemukakan.
- Soalan (i) dan Soalan (ii) lazimnya berkaitan dengan isis petikan. Sila rujuk
petikan untuk mendapatkan jawapan.
- Soalan (iii) merupakan soalan terbuka yang memerlukan kemahiran berfikir
murid. Jawapan perlu munasabah.
- Markah yang diperuntukan ialah 10 markah.
Teknik Menjawab Soalan Pemahaman
- Calon perlu memahami kehendak soalan yang dikemukakan dan jumlah
markah yang ditetapkan bagi setiap soalan.
- Soalan (i) Soalan tentang maksud frasa atau rangkai kata dan juga
peribahasa yang terdapat dalam petikan dan 2 markah akan diberi.
- Seboleh-bolehnya, gantikan setiap perkataan dalam rangkai kata tadi
dengan perkataan anda sendiri, tetapi hendaklah mengikut maksud
penggunaannya dalam petikan.
- Soalan (ii) adalah soalan pemahaman berdasarkan petikan dan markah yang
diberi ialah 4.
- Oleh sebab soalan ini berdasarkan petikan, pelajar mestilah mencari isi
jawapannya dalam petikan tersebut.
- Setelah ditemui, jangan disalin bulat-bulat tetapi seperti menjawab
ringkasan, pelajar sekurang-kurangnya mengubah satu atau dua
perkataan.
- Markah yang diberi ialah 4, maka pelajar perlu mengemukakan lebih
daripada satu isi (2, 3 atau 4 isi jika ada dalam petikan).
- Soalan (iii) merupakan soalan pendapat yang jawapannya dikategorikan sebagai tersirat.
- Hal ini bermakna pelajar mesti membuat kesimpulan atau memberikan
pendapat sendiri.
Contoh Soalan dan Jawapan (Berdasarkan petikan di atas)
i. Apakah maksud tradisi meningkatkan ilmu dalam petikan di atas?
Tradisi meningkatkan ilmu bermaksud suatu cara yang sering dilakukan
untuk menambahkan pengetahuan seseorang.
ii. Berikan dua cara belajar secara berkumpulan dapat dilakukan?
Berbincang dalam satu kumpulan yang disertai oleh orang yang lebih mahir
dan pakar dalam aspek yang sedang dibincangkan. Selain itu,
mengemukakan pendapat yang bernas dan yang terbaik sebagai tanparan
kepada cabaran pengetahuan ahli kumpulan yang lain.
iii. Pada pandangan anda, bagaimanakah cara untuk memberitahu murid tentang
kebaikan belajar secara berkumpulan?
Guru mata pelajaran hendaklah menjelaskan kepada murid bahawa belajar
secara berkumpulan akan menyebabkan pelajaran kekal lama dalam
ingatan. Pihak sekolah juga boleh mengadakan ceramah tentng cara belajar
secara berkumpulan yang efisien. Selain itu, murid yang telah berjaya
menggunakan akedah ini dijadikan murid contoh. Di samping itu, pihak
kaunselor hendaklah memberi ceramah motivasi diri dan pengurusan diri
untuk menjadi murid yang cemerlang.
BAHAGIAN B
KARANGAN BERPADU
Pengenalan
- Calon diminta menjawab karangan berdasarkan bahan rangsangan sama ada dalam bentuk gambar, bahan grafik, jadual dan sebagainya.
- Biasanya tajuk yang dikemukakan adalah tentang kemasyarakatan, keceriaan, kesihatan, pencemaran, dan sebagainya.
- Panjang karangan berdasarkan bahan rangangan ini hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
- Karangan mesti disiapkan dalam tempoh masa 25 minit.
- Markah yang diperuntukan ialah 20 markah.
- Calon dinasihatkan agar banyak membaca bahan-bahan daripada majalah, internet dan sebagainya untuk menambahkan pengetahuan.
- Karangan berdasrekan bahan rangsangan juga memerlukan calon untuk berfikiran kreatif dan kritis.
Teknik Menjawab
1. Baca dan fahamkan kehendak soalan.
2. Cari kata kunci atau tugasan / kehendak soalan.
a. Huraikan pendapat anda tentang aktiviti riadah berdasarkan gambar yang diberi.
b. Huraikan pendapat anda tentang amalan-amalan murni berdasarkan gambar yang diberi.
c. Huraikan pendapat anda tentang kegunaan bahan-bahan terbuang berdasarkan gambar yang diberi.
3. Buat rangka karangan yang mengandungi pendahuluan, isi dan penutup.
4. Sebaik-baiknya kemukakan empat isi utama.
5. Baca karangan yang sudah siap ditulis untuk mengesan apa-apa kesalahan yang mungkin terdapat seperti tanda baca, ejaan, kosa kata, dan sebagainya.
Contoh Soalan:
Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang aktiviti bergotong-royong di sekolah anda. Panjang huraian anda hendaklah tidak lebih daripada 120 patah perkataan.
Contoh Jawapan:
Aktiviti bergotong-royong di sekolah saya sering diadakan terutama pada hujung minggu atau cuti persekolahan. Semua warga sekolah terlibat dalam aktiviti tersebut.
Lazimnya kami mengambil masa selama dua hingga tiga jam setiap kali aktiviti dijalankan.
Sebelum itu, Guru Penyelaras Program akan memberi taklimat tentng pembahagian kerja. Ada yang membersihkan bilik-bilik darjah, kawasan padang, mengecat bangunan, membersihkan tingkap, mengutip sampah, dan sebagainya.
Sebenarnya bekerjasama dalam membersihkan kawasan sekolah banyak memberi faedah. Bukan sahaja kawasan sekolah menjadi bersih, ceria, dan kemas malah amalan murni ini dapat menghapuskan tempat pembiakan nyamuk dan seranga lain yang menyebabkan penyakit. Di samping itu, secara tidak langsung hubungan antara warga sekolah dengan ibu bapa juga dapat dieratkan.
Selain murid-murid, pihak yang turut bekerjasama menjalankan aktiviti gotong- royong pada hari itu ialah guru-guru, pekerja sekolah, dan ibu bapa murid yang berkesempatan. Mereka membuat kerja-kerja yang lebih berat seperti mengangkat kerusi meja yang rosak ke dalam lori untuk dihapus kira, membersihkan longkang, dan mencantas dahan pokok.
Kesimpulannya aktiviti bergotong-royong yang telah dilaksanakan di sekolah patut diteruskan dari semasa ke semasa. Oleh itu, semua pihak perlu bekerjasama supaya persekitaran sekolah sentaisa bersih dan ceria.
BAHAGIAN C
KARANGAN RESPONS TERBUKA
Pengenalan
- Bahagian C mengemukakan lima soalan dan calon hanya perlu memilih
satu tajuk untuk dijawab.
- Panjang karangan yang ditulis hendaklah lebih daripada 180 patah
perkataan.
- Masa yang diperuntukan untuk menulis karangan ini ialah 45 minit dan
markah yang diberi ialah 40 markah.
- Tajuk karangan yang dikemukakan terdiri daripada karangan berformat dan
tidak berformat.
Karangan Berformat
- Surat rasmi
- Surat tidak rasmi
- Ucapan / syarahan / ceramah - Laporan
- Berita
- Dialog / wawancara / temu ramah
Karangan Tidak Berformat
- Keperihalan / gambaran / pengalaman - Perbincangan
- Fakta - Peribahasa - Cereka
Teknik Menjawab
- Baca kelima-lima soalan dan kemudian fahamkan kehendak soalan.
- Pilih tajuk yang benar-benar difahami di samping mencari kata kunci soalan.
- Buat rangka karangan sebelum menulis karangan yang dipilih selengkapnya.
- Pastikan karangan yang dibuat mengandungi a. Pendahuluan / pengenalan
b. Isi
c. Penutup / kesimpulan
- Setiap isi yang dikemukakan ditulis dalam perenggan yang berlainan.
- Setiap isi perlu disertakan dengan huraian dan contoh-contoh yang jelas.
- Susun isi-isi mengikut keutamaan.
- Akhiri karangan dengan penutup / kesimpulan berdasarkan isi-isi yang telah dikemukakan dalam karangan.
- Masukkan peribahasa, simpulan bahasa, kata-kata hikmah untuk mengukuhkan huraian.
- Semak karangan yang ditulis sebelum menghantarnya kepada pengawas peperiksaan.
Contoh Karangan:
Anda mempunyai cadangan untuk menarik minat murid-murid berkunjung ke Pusat Sumber Sekolah. Tuliskan sepucuk surat kepada pengetua sekolah untuk menyatakan hasrat anda itu dengan menyatakan langkah-langkah yang sesuai bagi menyokong cadangan anda. Tulis surat tersebut selengkapnya.
Mohd. Ridzuan bin Mohd Said,
Tingkatan 3 Teguh,
Sekolah Menengah Tanjung Agas,
84009 Muar,
Johor Darul Takzim.
__________________________________________________________________________________
Pengetua,
Sekolah Menengah Tanjung Agas, 84009 Muar,
Johor Darul Takzim. 1 OKTOBER 2006
Tuan,
Langkah-langkah untuk Menarik Minat Murid-murid Berkunjung ke Pusat Sumber Sekolah
Saya merupakan seorang murid di Tingkatan 3 Teguh sekolah ini berhasrat untuk mengemukakan beberapa pandangan tentang cara-cara bagi menarik minat murid- murid agar gemar berkunjung ke pusat sumber sekolah.
2. Pusat sumber sekolah kita sepatutnya terletak di tempat yang mudah dikunjungi oleh murid-murid. Sebaik-baiknya pusat sumber terletak di bahagian bawah sesebuah bangunan. Bangunan tersebut perlu dicat dengan warna yang menarik dan dihiasi dengan lukisan mural yang sesuai di bahagian luarnya. Keceriaan fizikal sesebuah pusat sumber merupakan tarikan utama murid-murid untuk melihat isi dan peralatan di dalamnya.
3. Selain itu, guru yang bertugas di pusat sumber perlu menghebahkan perkembangan terkini buku-buku baru dan perkhidmatan yang disediakan kepada murid-murid. Hebahan tersebut dapat dibuat melalui radio sekolah atau saluran yang difikirkan sesuai. Melalui cara tersebut, murid-murid dapat mengetahui maklumat terkini tentang kemudahan di pusat sumber bagi membantu pembelajaran mereka.
4. Kepelbagaian bahan sumber maklumat di pusat sumber juga perlu diberi perhatian. Bahan-bahan yang disdiakan harus merangkumi pelbagai aspek kehidupan dan bersesuaian dengan mata pelajaran yang dipelajari oleh murid-murid. Bahan- bahan yang menarik itu perlu diperbanyak sebagai tarikan kepada murid-murid.
5. Sehubungan dengan itu, pembantu di pusat sumber juga perlu bersikap mesra pengguna. Sikap murni ini akan menjadi daya tarikan kepada murid-murid kerana mereka mudah mendapatkan bantuan jika memerlukannya. Oleh itu, pelantikan pembantu pusat sumber harus mengutamakan cirri-ciri yang murni.
Semoga semua cadangan saya mendapat perhatian daripada pihak tuan.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
Ridzuan
………...
(MOH. RIDZUAN BIN MOHD. SAID)
BAHAGIAN D NOVEL
Pengenalan
- Bahagian D meminta calon menjawab soalan yang berkaitan dengan novel wajib bagi setiap zon.
- Masa yang dicadangkan untuk menjawab soalan D ialah 10 minit.
- Hanya satu soalan novel yang dikemukakan.
- Setiap calon wajib menjawab soalan tersebut dan tiada pilihan soalan lain.
- Calon mesti mengkaji tiga buah novel, sebuah dari tingkatan satu, sebuah dari tingkatan dua dan sebuah dari tingkatan tiga.
- Soalan perbandingan antara dua buah novel juga mungkin dikemukakan.
- Markah maksimum ialah 10 markah
Teknik Menjawab
- Baca soalan sekurang-kurangnya dua kali untuk memahami kehendak soalan.
- Kemudian, rangka isi jawapan berdasarkan kehendak soalan.
- Jawapan mesti ditulis dalam bentuk perenggan.
- Jawapan dalam bentuk isi-isi penting atau nota ringkas tidak dibenarkan.
- Jawapan mesti ditulis dalam ayat yang lengkap.
- Setiap jawapan yang diberi mesti mengandungi sekurang-kurangnya tiga isi.
- Setiap isi perlu dihuraikan dengan a. Pernyataan
b. Huraian, dan c. Contoh
- Panjang jawapan sekitar 80 hingga 120 patah perkataan.
- Soalan bahagian ini adalah berdasarkan novel-novel yang dikaji mengikut zon masing-masing.
- Antara aspek yang disoal adalah dari aspek-aspek sasteranya seperti sinopsis, tema, persoalan, perwatakan, plot, latar, gaya bahasa, nilai, dan pengajaran.
- Selain itu, pelajar juga mesti mengelakkan daripada melakukan banyak kesalahan dari aspek tatabahasa dan ejaan, kerana terdapat markah untuk bahasa dalam soalan ini.
- Jika ada masa, tulislah sebanyak mungkin isi kerana isi yang salah tidak akan ditolak markah, manakala isi yang betul akan diberikan markah.
Contoh Soalan:
Jawapan mestilah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji sama ada di Tingkatan 1,Tingkiatan 2, atau Tingkatan 3 seperti senarai di bawah.
1. Meniti Kaca (Raja Sabarudin Raja Abdullah) 2. Anak Din Biola (Maaruf Mahmud)
3. Aku Anak Timur (Siti Aminah Hj. Yusuf) 4. Limpahan Darah di Sungai Semur (Zakaria Salleh) 5. Pahlawan Pasir Salak (Mohd. Ismail Sarbini) 6. Tragedi Empat Disember (Dzul Karnain Ithnain) 7. Timulawak Kapal Perang (Azmah Nordin) 8. Kapten Hassan Wira Bangsa Harun Johari) 9. Panas Salju (Talib Samad)
10. Merdeka! Merdeka! (A Rahman Hanafiah) 11. Ekspedisi (Mohd. Ghazali Tocheh)
12. Kanang Cerita Seorang Pahlawan (Maznan Nordin)
Apakah yang dimaksudkan dengan teknik plot? Terangkan dua teknik plot yang digunakan dalam novel yang anda kaji.
Contoh Jawapan:
Novel yang saya kaji ialah Novel Tragedi Empat Disember karya Dzul Karnain Ithnain.
Terdapat teknik plot dalam novel tersebut. Teknik plot bermaksud cara pengarang menulis sesebuah cerita. Antara teknik yang digunakan oleh pengarang adalah seperti teknik dialog iaitu ucapan atau kata-kata yang diucapkan oleh watak. Teknik pemerian pula disampaikan secara langsung oleh pengarang kepada pembaca dengan tujuan memberi gambaran sebenar. Teknik imbas kembali pula adalah penyusunan cerita yang meminta watak mengimbau kembali masa lalu dan hal ini memberi keyakinan kepada pembaca. Teknik lain ialah seperti teknik suspens, teknik monolog dalaman, teknik kejutan dan juga teknik imbas muka.
Dua teknik plot yang digunakan dalam Novel Tragedi Empat Disember ialah Teknik Monolog Dalaman dan Teknik Imbas Muka. Dalam novel ini Teknik Monolog dalaman yang digunakan adalah percakapan dalam diri watak utama iaitu Azam. Percakapan ini dapat dilihat melalui gerak hati dan biasanya penggunaan monolog dalaman menggambarkan gejolak batin dan fikiran watak. Contohnya, Azam resag dengan tiba-tiba sahaja. Entah mengapa hatinya berdebar. Hatinya tertanya-tanya – milik syarikat penerbangan manakah kapal terbang itu? Milik syarikat luar negara atau milik syarikat tempatan?
Teknik imbas muka pula disampaikan melalui proses khayalan, mimpi, renungan, ramalan, kata-kata kiasan atau sindirian. Dalam novel ini teknik ini digunakan ketika Azam mengingat kembali peristiwa ketika di Jeti. Contohnya, “Jika berlaku sesuatu kemalangan, kita boleh berenang ke tepi. Kalau terlalu jauh ke tengah, kita boleh mati lemas.” Begitulah kata Azam ketika mereka akan bertolak dari pangkalan di Pantai Lido pagi tadi.
Demikianlah dua teknik plot yang terdapat dalam Novel Tragedi Empat Disember. Teknik tersebut memberikan kesan yang sungguh mendalam.
Di Sebalik Wajah
(Abang Saifuddin Abang Bohari)
Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum KPM)
Sinopsis
Cerita Di Sebalik Wajah mengisahkan seorang remaja iaitu Doktor Fikri yang cacat kulitnya iaitu balar. Nama Doktor Fikri diberikan oleh bapanya sempena nama seorang doktor yang telah mendoakan keselamatan ibunya sewaktu melahirkannya. Disebabkan nama dan kecacatan kulitnya yang balar Doktor Fikri sering diejek dan diketawakan.
Namun begitu, dia tabah menerima segala dugaan yang menimpa dirinya. Pertukaran ke sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal banyak memberikan pengalaman baharu kepadanya. Josy, Dayang Mahani, Suriani, Sanin dan Aziz dapat menerima kehadirannya di sekolah itu. Mereka berkawan baik sehinggalah Doktor Fikri dianiaya oleh tiga orang murid iaitu Narius, Jais dan Jamadi yang juga sering mengganggu murid lain.
Satu laporan salah laku mereka telah dibuat kepada guru disiplin iaitu Cikgu Wahab.
Hal ini menyebabkan mereka berdendam kepada Doktor Fikri. Narius dan kawan- kawannya meletakkan buku-buku perpustakaan dan beberapa dompet ke dalam beg sekolah Doktor Fikri. Guru disiplin telah membuat pemeriksaan mengejut ke setiap kelas. Doktor Fikri telah dipanggil dan disoal siasat namun dia hanya mendiamkan diri.
Selepas kejadian tersebut, kawan-kawannya mula menjauhkan diri kecuali Josy yang masih setia memberikan perangsang dan semangat serta memintanya bersabar dengan dugaan yang menimpa.
Semasa sukan tahunan sekolah, Doktor Fikri gagal menamatkan larian 1500 meter dan
pengsan. Dia juga kehilangan basikal yang baru dibeli dengan duit simpanannya
sendiri. Pada suatu hari seorang murid mengadu kepada Cikgu Wahab bahawa dia
ternampak Narius dan rakan-rakannya mencuri basikal doktor Fikri. Hal ini dilaporkan
ke balai polis. Narius dan rakan-rakannya ditangkap atas pelbagai kesalahan yang
dilakukan. Mereka ditahan di lokap. Jais dan Jamadi dijamin oleh keluarga masing-
masing. Narius tidak dapat dibebaskan kerana keluarganya miskin. Doktor Fikri dan bapanya dipanggil untuk mengambil semula basikalnya. Semasa di balai polis, Doktor Fikri ternampak Narius sedang menangis di samping bapanya yang sudah uzur. Doktor Fikri meminta ayahnya menjamin Narius.
Semenjak hari itu, Narius, Jais dan Jamadi insaf dan berubah menjadi baik. Mereka mengaku kepada murid lain bahawa merekalah yang menganiaya Doktor Fikri. Namun, pada masa yang sama, Doktor Fikri berhijrah ke Jepun kerana bapanya bertugas di sana. Setelah setahun, Doktor Fikri dan keluarganya balik bercuti di Malaysia.
Kepulangan Doktor Fikri disambut dengan gembira oleh rakan-rakannya. Keluarga Doktor Fikri mengisi cuti mereka dengan bersama-sama mendaki puncak Gunung Kinabalu seperti yang dihasratkan oleh Doktor Fikri.
Tema
Ketabahan seorang remaja menghadapi kekurangan diri dalam kehidupan hariannya.
Doktor Fikri yang cacat kulitnya iaitu balar, terpaksa menerima ejekan, sindiran dan cemuhan daripada pelajar-pelajar lain di sekolahnya.
Persoalan
1.
Persoalan rajin membaca
Contoh: Doktor Fikri sentiasa mengisi masa lapangnya dengan membaca dan kerap pergi ke perpustakaan untuk meminjam buku.
2.
Persoalan menghargai persahabatan
Contoh: Josy tetap berkawan dengan Doktor Fikri walau apa jua rintangan dan tuduhan yang dilemparkan kepadanya.
3.
Persoalan kasih sayang antara ahli keluarga
Contoh: Cikgu Saiful dan Puan Halipah memberikan sepenuh kasih sayang kepada Doktor Fikri. Semua kemahuan Doktor Fikri dipenuhi oleh mereka.
4.
Persoalan keinsafan
Contoh: Narius, Jais dan Jamadi berubah sikap dan insaf atas kesalahan mereka terhadap Doktor Farid, lebih-lebih lagi setelah Doktor Farid menyuruh bapanya menjamin Narius di balai polis.
5.
Persoalan aplikasi Ilmu
Contoh: Doktor Farid mengaplikasi pengetahuan menanam sayur-sayuran, memelihara ayam dan menjualnya di Tamu daripada mata pelajaran Kemahiran Hidup yang dipelajarinya.
6.
Persoalan kemahiran menguasai ilmu elektronik
Contoh: Kemahiran menguasai ilmu elektronik perlu diterapkan pada peringkat awal pendidikan lagi seperti yang dijalankan di Jepun bagi memastikan remaja lebih ke arah inovasi.
7.
Persoalan berdikari
Contoh: Doktor Farid berusaha sendiri untuk mencapai cita-cita yang diinginkannya walaupun mendapat tentangan awal daripada ayahnya. Doktor Fikri berjaya mengusahakan kebun sayur dan membela ayam.
8.
Persoalan pasrah menerima ketentuan Tuhan
Contoh: Cikgu Saiful dan Puan Halipah pasrah menerima takdir Tuhan apabila anak yang dilahirkan cacat iaitu balar kulitnya.
9.
Persoalan taat akan perintah agama
Contoh: Cikgu Saiful dan keluarganya sering sembahyang bersama-sama di rumah.
Binaan Plot
Secara kronologi – peristiwa disusun mengikut urutan masa
Permulaan
Memperkenalkan watak Doktor Fikri iaitu anak kepada Cikgu Saiful dan Puan Halipah yang dilahirkan cacat iaitu balar kulitnya.
Perkembangan
Doktor Fikri berpindah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal dalam tingkatan dua.
Perumitan
Doktor Fikri sering diejek oleh pelajar lain, dibuli dan difitnah oleh Narius, Jais dan Jamadi.
Puncak
Narius, Jais dan Jamadi mengaku kesalahan mereka yang memfitnah Doktor Fikri.
Peleraian
Doktor Fikri dan keluarga pulang bercuti ke Malaysia setelah setahun tinggal di Jepun.
Mereka sekeluarga dalam perjalanan mendaki Gunung Kinabalu.
Teknik Plot 1.
Dialog
“Nama saya Doktor Fikri.” Doktor Fikri berdiri dan duduk semula.
“Doktor?’ Cikgu Asnawi tergelak.
2.
Monolog
Sewaktu melangkah meninggalkan bilik sembahyang itu dia berkata, “Ya Allah, lahirkanlah lebih ramai doktor Melayu yang kuat beribadat kepada-Mu.”
3.
Monolog dalaman
“Comelkah anakku? Adakah menyerupai rupaku? Cerahkah kulitnya? Ya Allah moga- moga kulit anakku putih, tidak seperti kulitku yang hitam legam ini.” Itulah soalan- soalan yang timbul dalam fikirannya yang belum lagi melihat anak sulungnya.
4.
Imbas kembali
Cikgu Saiful teringat kembali perbualan dengan Puan Halipah semasa menghantarnya ke klinik Doktor Nadia bagi pemeriksaan ibu mengandung.
5.
Imbas muka
Doktor Fikri bermimpi diserang oleh seekor naga semasa tidur di rumah rehat Panalaban.
6.
Pemerian
Peristiwa pengarang menggambarkan penantian Cikgu Saiful menunggu kelahiran anak sulungnya semasa di hospital.
7.
Konflik
Doktor Fikri tidak mahu membayar cukai keselamatan yang dipaksa oleh Narius, Jais dan Jamadi.
8.
Kejutan
Pembaca dikejutkan dengan peristiwa Doktor Fikri tiba-tiba berpindah ke Jepun kerana ayahnya bertugas di sana.
9.
Suspen
Pembaca tertanya-tanya mengapa Doktor Fikri tidak hadir ke sekolah selama dua hari.
Watak dan Perwatakan Watak Utama
Doktor Fikri
Pelajar tingkatan dua – berumur 14 tahun
Cacat kulit - balar
Tabah – menghadapi dugaan seperti diejek sifat fizikalnya
Rajin membaca – sentiasa membaca buku jika ada masa lapang
Penyayang – menyayangi keluarga dan rakan-rakan
Berdikari – berusaha sendiri untuk menambah tabungan dengan menjual hasil tanaman dan ayam ternakannya
Watak Sampingan Cikgu Saiful
Bapa Doktor Fikri
Penyayang – amat sayang kepada Doktor Fikri
Bertanggungjawab – sentiasa bertanggungjawab terhadap keluarga
Taat kepada agama – melakukan sembahyang berjemaah bersama-sama
keluarga
Puan Halipah
Ibu Doktor Fikri
Bertanggungjawab – menyediakan bekal makanan untuk Doktor Fikri ke sekolah
Prihatin – sentiasa memeriksa buku latihan Doktor Fikri apabila Doktor Fikri
pulang dari sekolah
Penyayang – memberikan sokongan moral semasa Doktor Fikri mengambil
bahagian dalam acara sukan
Josy
Pelajar Tingkatan Dua Melati Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal
Prihatin – sentiasa mengambil berat tentang masalah Doktor Fikri dan memberikan semangat kepadanya
Teguh pendirian – tidak mudah mempercayai fitnah yang dilemparkan oleh Narius dan rakan-rakannya terhadap Doktor Fikri
Narius
Pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal
Berbadan besar
Bermasalah disiplin – selalu membuli Doktor Fikri/ cuba memeras ugut Doktor Fikri/
mencuri basikal Doktor Fikri
Insaf akan kesalahan lalu – berubah menjadi seorang pelajar yang baik apabila Cikgu Saiful menjaminnya setelah ditahan di lokap kerana kesalahan cuba mengopak cermin kereta.
Cikgu Wahab
Guru Disiplin Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal
Garang – merotan pelajar yang melakukan kesalahan
Bertimbang rasa – membenarkan Sanin makan di kantin di luar waktu rehat setelah
Sanin memberikan alasan bahawa dia terlalu lapar
Dayang Mahani
Pelajar Tingkatan Dua Mawar Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal
Kawan Doktor Fikri
Mudah terpengaruh – percaya bahawa Doktor Fikri seorang pencuri setelah Cikgu Wahab menjumpai barang curi di dalam beg Doktor Fikri lalu terus memulaukannya
Latar
Latar Masa
Pagi – peristiwa Doktor Fikri datang lewat ke sekolah dan ditegur oleh Cikgu Wahab, guru disiplin sekolah.
Petang – Narius, Jais dan Jamadi sedang menunggu Doktor Fikri di bawah sebatang pokok yang rendang untuk meminta duit cukai keselamatan.
Malam – Keluarga Cikgu Saiful tidur di rumah rehat Panalaban sebelum meneruskan perjalanan mereka mendaki Gunung Kinabalu.
Latar Tempat
Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal
Tempat Doktor Fikri dan rakan-rakannya bersekolah.
Rumah Cikgu Saiful
Rakan-rakan Doktor Fikri datang membantunya membungkus sayur-sayuran untuk
di
jual di Tamu.
Pasar Tamu
Doktor Fikri dan rakan-rakanya menjual sayur-sayuran di pasar Tamu tetapi tidak lama
Kerana hujan turun dengan lebatnya.
Gunung Kinabalu
Doktor Fikri dan keluarganya dalam perjalanan untuk mendaki puncak Gunung Kinabalu.
Balai polis
Doktor Fikri dan ayahnya mengambil semula basikal yang dicuri oleh Narius, Jais dan
Jamadi. Cikgu Saiful juga menjamin Narius keluar dari lokap tersebut atas permintaan
Doktor Fikri.
Hospital Ratu Elizabeth
Cikgu Saiful menunggu isterinya Puan Halipah melahirkan anak sulung mereka.
Latar Masyarakat
Masyarakat pelajar
Doktor Fikri, Josy, Dayang Mahani, Suriani, Sanin dan Aziz belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal.
Masyarakat guru
Cikgu Wahab, Cikgu Girlie dan Cikgu Fatmawati mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal.
Masyarakat yang prihatin
Josi amat prihatin kepada Doktor Fikri yang sering diejek dan disihkan oleh pelajar lain.
Masyarakat yang bertanggungjawab
Cikgu Saiful dan Puan halipah merupakan ibu bapa yang bertanggungjawab menjalankan tugas sebagai ibu bapa.
Masyarakat yang taat kepada perintah agama
Cikgu Saiful dan keluarganya sering menunaikan sembahyang bersama-sama bagi mengeratkan kasih sayang antara ahli keluarga.
Masyarakat penyayang
Cikgu Saiful dan Puan Halipah amat menyayangi doktor Fikri walaupun anak
mereka
cacat.
Masyarakat yang pasrah kepada ketentuan Tuhan
Cikgu Saiful dan Puan Halipah pasrah mendapat anak mereka yang cacat kulitnya.
Gaya Bahasa
Kata Ganda
Contoh: kelima-lima, sofa-sofa, terhinggut-hinggut, jari-jemari, warna-warni
Peribahasa
Contoh: buku lima, keras hati
Pengaruh bahasa asing
Contoh: bahasa Arab (Allah, nauzubillahiminzalik), bahasa Inggeris (nurse)
Hiperbola
Contoh: Apabila cahaya matahari yang terlalu tajam menembusi ruang di dalam kelas itu, matanya hampir tertutup.
Simile
Contoh: Ada yang menepuk-nepuk meja, ada pula yang bersuara seperti katak memanggil hujan.
Pengulangan kata atau repitisi Contoh: Sap! Sap! Sap!
Sinkope
Contoh: Ampun cikgu, saya tak buat lagi!
Personifikasi
Contoh: Hanya daun-daunnya yang melambai lembut seolah-olah berbisik kepada pelajar yang berada di dalam pagar itu.
Nilai
Nilai kasih sayang
Contoh: Cikgu Saiful, Puan Halipah dan Doktor Fikri saling menyayangi antara satu sama lain.
Nilai keinsafan
Contoh: Narius akhirnya insaf akan semua kesalahan yang dilakukannya terhadap Doktor Fikri.
Nilai keberanian
Contoh: Doktor Fikri berani melawan Narius, Jais dan Jamadi yang meminta wang yang kononnya sebagai cukai keselamatan terhadap pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal.
Nilai ketabahan
Contoh: Doktor Fikri tabah menghadapi ejekan, sindiran dan fitnah yang dilemparkan kepadanya.
Nilai kerajinan
Contoh: Doktor Fikri rajin membaca buku dan mengusahakan kebun sayur- sayuran serta ternakan ayamnya.
Nilai menghormati orang tua
Contoh: Josy, Dayang Mahani, Suriani, Sanin dan Aziz bersalaman dengan Puan Halipah semasa mereka berkunjung ke rumah Doktor Fikri.
Pengajaran
Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga.
Contoh: Cikgu Saiful, Puan Halipah dan Doktor Fikri yang saling menyayangi antara satu sama lain.
Kita hendaklah insaf akan kesalahan yang telah dilakukan.
Contoh: Narius akhirnya insaf akan semua kesalahan yang dilakukannya terhadap Doktor Fikri.
Kita haruslah berani memperrtahankan hak kita.
Contoh: Doktor Fikri berani melawan Narius, Jais dan Jamadi yang meminta wang yang kononnya sebagai cukai keselamatan terhadap pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal.
Kita perlu tabah menghadapi sebarang masalah dalam kehidupan.
Contoh: Doktor Fikri tabah menghadapi ejekan, sindiran dan fitnah yang dilemparkan kepadanya.
Kita haruslah mengamalkan sikap rajin.
Contoh: Doktor Fikri rajin membaca buku dan mengusahakan kebun sayur- sayuran serta ternakan ayam.
Kita haruslah menghormati orang yang lebih tua daripada kita.
Contoh: Josy, Dayang Mahani, Suriani, Sanin dan Aziz bersalaman dengan Puan
Halipah semasa mereka berkunjung ke rumah Doktor Fikri.
ANAK PENGGUNTING RAMBUT ( NOR HIDAYAH ASARI) Sinopsis
Cerpen “Anak Penggunting Rambut” mengisahkan seorang ayah yang mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Manisah. Manisah merupakan seorang anak yang berambut pendek seperti kanak-kanak lelaki dan mempunyai nama panggilan, Manis. Wajahnya comel dan suka tersenyum walaupun sedang sakit. Ayah berasa Manis lebih baik berambut pendek kerana dia selalu pening dan pitam.
Manis bangga mempunyai ayah yang bekerja sebagai tukang gunting rambut walaupun ayah sudah berusia enam puluh lima tahun. Kerana kebanggaan itu, rambut Manis akan digunting oleh ayah sehingga mencecah usia remaja. Ayah Manis terkenal dengan panggilan Mat Gunting di Kampung Batu 25, Bagan Datoh.
Apabila ayah diterima menjadi peneroka FELDA, beliau mengambil upah menggunting rambut setelah pulang dari ladang.
Ketika Manis berada di tadika, kawan-kawannya sering mentertawakan pekerjaan ayahnya sebagai penggunting rambut. Namun demikian, ayah akan menceritakan kesusahannya mencari rezeki di kampung dengan melakukan banyak pekerjaan termasuk menggunting rambut meskipun pendapatannya tidak seberapa.
Ayah juga menceritakan rezeki sebagai penggunting rambut sudah sebati dengan hidupnya sejak kali pertama belajar menggunting rambut.
Manis sangat suka berambut pendek. Bagi Manis, rambut pendek telah membawa kemenangan yang bermakna dalam hidupnya ketika berada di tadika. Sejak itu, Manis selesa dengan berambut pendek dan ayah terpaksa menuruti kemahuannya. Kebanyakan orang berpendapat bahawa ayah telah membentuk peribadi Manis berperwatakan lelaki disebabkan rambutnya yang pendek. Namun begitu, ayah menyenanginya apatah lagi Manis menghargai titik peluh ayah sebagai tukang gunting. Selepas kematian isterinya, ayah sibuk mengambil alih tugas di dapur dan menjaga anak-anaknya hingga terlupa menggunting rambut Manis.
Ayah akan mengenakan upah menggunting rambut sebanyak lima puluh sen untuk kanak-kanak dan seringgit untuk orang dewasa. Wang upah tersebut dikelakkan dalam bekas kelengkapan gunting rambut dan disangkut pada dinding. Ayah tahu Manis selalu mengambil antara dua puluh sen atau tiga puluh sen wang upah tersebut tetapi tidak memarahinya apabila mengetahui wang tersebut digunakan untuk membeli keropok lekor di kantin. Setelah menyedari wang belanja sekolah Manis tidak mencukupi, ayah telah menambahnya dengan syarat Manis tidak boleh lagi mengambil wang upah gunting tanpa kebenarannya.
Manis akan menunggu ayah pulang dari ladang sambil mengaturkan masa pelanggan yang datang.
Apabila ayah pulang dari ladang, biasanya terdapat dua atau tiga orang pelanggan yang menanti kepulangannya.
Manis akan membantu tugas-tugas lain seperti menyapu dan mengumpulkan rambut serta menyediakan cangkul untuk menggali lubang bagi menanam rambut-rambut yang digunting.
Di alam sekolah menengah, Manis masih berambut pendek walaupun dicemburui oleh ramai pelajar senior. Pada waktu cuti hujung bulan, Manis akan meminta ayahnya menggunting rambutnya mengikut gaya yang baru. Akhirnya, imej Manis berambut pendek telah menjadi ikutan rakan-rakannya tetapi tidak disenangi oleh warden asramanya.
Apabila meningkat dewasa, Manis menyambung pelajarannya di Kuala Lumpur. Sepanjang pengajiannya di universiti, Manis jarang-jarang pulang ke kampung. Manis cuma menelefon ayahnya dengan memberikan pelbagai alasan untuk tidak pulang ke kampung.
Pada suatu hari, ayah mendapat panggilan telefon kecemasan daripada kawan Manis yang menyatakan Manis sakit dan berada di hospital. Manis disahkan menghidap leukemia sama seperti penyakit ibunya. Hati ayah menjadi sebak apabila mengusap helaian dan gumpalan rambut Manis yang gugur daripada kulit kepalanya.
Kepala Manis kini sudah separuh botak.
Doktor memberikan harapan tipis untuk Manis hidup dalam tempoh beberapa bulan sahaja. Namun begitu, Allah lebih sayangkan Manis. Dia menghembuskan nafas terakhirnya di atas ribaan ayah. Pada akhir kalimat yang diucapkan oleh Manis kepada, ayahnya, masih terngiang-ngiang di telinga ayahnya betapa sehelai rambut Manis amat bermakna dan Manis tidak mampu menyimpannya lagi.
Tema
Kasih sayang ayah terhadap anaknya. Ayah yang bekerja sebagai tukang gunting menyayangi anaknya, Manis dengan memenuhi kehendak anaknya untuk bergunting rambut hingga ke akhir hayat anaknya.
Persoalan
1. Persoalan berdikari untuk meneruskan kehidupan.
Contoh: Ayah meneruskan kehidupan menjaga Manisah setelah kematian isterinya.
2. Persoalan prihatin dengan masalah.anak.
Contoh: Ayah menambah wang saku anaknya setelah wang saku yang diberi tidak mencukupi untuk perbelanjaan harian di sekolah.
3. Persoalan menerima takdir Tuhan dengan tabah dan tenang.
Contoh: Ayah dan anak-anaknya redha menerima kematian Manisah akibat penyakit Leukemia.
4. Persoalan mementingkan ilmu pengetahuan sebagai penyuluh hidup.
Contoh: Manisah sanggup meninggalkan keluarga di kampung untuk menyambung pelajaran di bandar.
Plot
Permulaan
Pengarang memulakan cerita dengan memperkenalkan watak ayah sebagai tukang gunting yang dikagumi oleh anak perempuannya, Manis. Pekerjaan ayah sebagai tukang gunting bermula dengan kerja sampingan tetapi akhirnya menjadi tersohor di Bagan Datoh. Manis pula menjadi pelanggan ayahnya dengan gaya guntingan rambut pendek.
Perkembangan
Manis berbangga dengan kerjaya ayahnya, sebagai tukang gunting walaupun diketawakan oleh kawan-kawannya.
Kesetiaan Manis menemani ayahnya waktu bergunting rambut telah dikagumi oleh ayahnya. Manis mempunyai prinsip untuk mempertahankan rambut pendeknya walaupun sudah bersekolah menengah dan ditegur oleh