---.""SlASAH . SAHSIAH l
!.\
@DBP
qugilu
EpJUlohttp://www.dti.dbp.my
Jitid 4 . APRIL 2016 / JAMADILAKHIR - REJAB 1437H. KK 290-91903 0416 . lssN 2289-2493
'fwrr ttrlmmffi+"
i K,\r-,\Nl t.:t)t't oR
I Berpeganglah pada Tali Allah
I l'l.lx)\I.\\ Perumpamaan Solat Lima Waktu
^f
r U .|. I r'.\\t,\l)uN " I Liberalisme Moderat Pelampau Agama? atau
1fl r'ANrA,),,N, fi"T'ill:?,iemikiran
lq- I"ARr)r. ArN y;it*?J3t' Bacaan Duduk antara
I 0 t,[ lsl .t,\\\ I Sedetik Mengingati-Mu,
I0 " Lumrah
I n t)o,\ Doa Agar Tergolong dalam Kalangan
I U Orang yang Beriman
I[| sr,rNr,\s\ f:iii$,fukai dari sudut rsram I[ [1t.t]1.ALttAll Krisis Keilmuan dan Pendidikan
I (;r.osARr
IB,.AS,\\\,,.,, i;[Hi?**:an Perkembansan
25
I q- ffiI'J'l$^
] [ ,o^'o',
I 0 It.t\tLr\\AN lmam al-Jazuli SufiTerkenal Merentasi
-J0 lsl.,\\l zaman dan Benua
tl I ,'. ,r, Dalam Getar Dingin Subuh,
l.t Sekepal Kelembutan di Dada Syariat
ffi
Ziarah Mahabbah DYTM Tuanku Raja Muda Perlis ke WilaYah Phuket, Thailand
q.I
rI
IB
q-g
HII)AYAH Awas, Ajaran Sesat!
KH,\IiAR'I'I
ItORr\N(J LAN(iOr\NAN
t)oA Doa Agar Terhindar daripada Dosa Syirik
, I
ltfl uo,*, *,,,t* ParadigmaTauhid Asas
J U Kepemimpinan lslam
f [ ,',r*u,rn,l Nenek rua dari oxford
f [ 'n*nn 5ru#:::,9,:i;ifi'Bentuk
[ [ Iilit]"' tili51j l3'=,fiyilEilt,o'n lr,ll t,tilx)\IAN
b L rrnou Ketakutan Seorang Mukmin
]IEtAtUI
'r€t/p€gznglafr
pada Tali Allah
ismillahirrahmanirrahim. Alhamduliltah puji dan syukur kepada Allah SWI Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan mulia, Rasulullah NabiMuhammad SAW, nabi akhir zaman yang membawa rahmat kepada sekalian alam, serta ahli keluarga dan para sahabat baginda seluruhnya.
Ketika Haji Wada' atau Haji Perpisahan, Rasulullah SAW menyampaikan khutbahnya kepada sekalian umat lslam yang hadir.
Baginda berpesan, "Aku tinggalkan kepada kamu sesuatu, yang jika kamu berpegang dengannya maka selama-lamanya kamu tidak akan sesat, iaitu kitab Allah (al-Quran)." (Hadis riwayat Muslim). pesanan ini adalah antara pesanan terakhir Rasulullah SAW sebelum baginda wafat. seusai baginda berkhutbah, turunlah wahyu terakhir yang bermaksud, "pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu, dan aku telah redakan lslam itu menjadi agama untuk kamu." (Surah al-Maidah 5:3).
Dengan turunnya ayat ini, maka sempurnalah sudah kerja dakwah Rasulullah SAW dalam menyampaikan risalah lslam dan membentuk masyarakat yang beriman kepada Yang Maha Esa. Bahkan dakwah ini juga diasaskan atas kepercayaan kepada kerasulan Muhammad SAW sebagai rahmat kepada sekalian umat.
Walau bagaimanapun, kini segelintir masyarakat lslam seolah-olah kembali berada dalam ruang lingkup yang mencelarukan. Kemodenan membuatkan manusia semakin renggang dan jauh daripada syariat, malah ajaran Barat pula yang dijadikan model untuk mengatur kehidupan.
Memang tidak dinafikan bahawa dunia Barat kini mendahului dalam segala aspek kemajuan, walaupun hakikatnya asas tamadun mereka juga bersumberkan ambilan ilmu tamadun lslam. Akan tetapi, mereka memisahkan antara agama dengan kemajuan sehingga menerbitkan golongan sekular dan liberal yang tidak mahu terikat dengan dogma dan norma agama. Namun begitu, dalam lslam kedua-duanya ini hendaklah seiring bagi melahirkan umat yang bertakwa dan berjaya.
Oleh halyang demikian, dalam dunia yang serba mencabar ini, umat lslam harus tahu membezakan anlara yang benar dengan yang songsang, serta berusaha mencari ilmu daripada sumber yang sahih. Janganlah mudah terikutikut dengan pemikiran Barat yang sentiasa mendukung wadah kebebasan melampau. Sesungguhnya, orang yang memusuhi
lslam sentiasa mahu mempengaruhi pemikiran dan merosakkan
f r,t akidah umatnya sehingga berjaya. Firman Allah SWT yang
rft,6l bermaksud, "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-
S;i;/ kaliakan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad)
o,..v' I sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu)." (Surah al-Baqarah 2:120).
Justeru, carilah kebenaran hakiki yang memandu kita pada jalan syariat. Semoga perjalanan hidup kita ini
sentiasa mendapat keredaan Allah SWT.
Marsilawati Mohamad Rani
neuanTanadunlslam fJ aorir. 2oi6
PAMDT@]il,I,A
TAUFII
IiD ASAS
KEPE|!\di I. [M.
PINAN
liStAffi
orak kepemimpinan yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW dan
Khulafa al-Rasyidin suatu ketika dahulu terbukti sangat unggul.
Dalam kepemimpinan mereka, pangkat, kedudukan, pujian, sanjungan, kesenangan dan kekayaan yang berlipat ganda bukanlah sesuatu yang dikejar dan diimpikan. Perkara tersebut tidak dijadikan sebagai ukuran kejayaan bagi kepemimpinan yang diterajui, sebaliknya meletakkan keredaaan Allah sebagai matlamat utama.
(feruinTamadunhta-
EEI eprii. zoro I
Situasi ini amat berbeza dengan corak kePemimPinan umat lslam pada masa kini. Lazimnya pangkat dan kedudukan bagaikan Platform untuk seseorang PemimPin mendapatkan sanjungan, kesenangan dan mengumPul harta kekayaan. Kadangkala, seseorang pemimPin itu dilihat seolah-olah paling berkuasa dan mamPu mengatur, serta melakukan segala-galanya. Tidak cukuP dengan itu, ada sesetengah pemimpin yang menggunakan pendekatan mendedahkan keburukan dan keaiban orang lain demi kelangsungan kepemimpinannYa.
Persoalannya, apakah falsafah atau acuan Yang mencorakkan kepemimPinan Rasulullah SAW dan Khulafa al-Rasyidin itu sehingga daPat menjadikan mereka tawaduk, tidak mencintai dunia dan taqarrub (dekat) dengan Allah SWT?
Jika disoroti corak kepemimpinan Rasulullah SAW dan Khulafa al-RasYidin, didapati falsafah atau acuan kepemimpinan mereka dibina berasaskan paradigma tauhid atau keesaan Allah SWT. Oleh sebab itu, tidak tirnbul sebarang masalah pada peringkat operasi kepemimpinan mereka seperti mengejar kedudukan, pangkat, kekayaan, pecah amanah, ketidakadilan, rasuah, penipuan, penindasan dan sebagainya.
Sebenarnya, istilah
"paradigma" telah diperkenalkan oleh Kuhn
(1 962) menerusi karyanya, The Structure of Scientific Revol utions. Konsep paradigma yang diperkenalkan oleh Kuhn ini bermaksud "suatu kerangka teoretis atau suatu cara pandang untuk memahami alam." Lazimnya, paradigma inidigunakan oleh para
ilmuwan sebagai pandangan alam (worldview). Jelas di sini bahawa Paradigma itu merupakan peraturan atau kepercayaan (bertulis atau tidak bertulis) Yang berfungsi menyediakan dan menjelaskan batas Panduan dalam melaksanakan sesuatu.
Dengan kata lain, paradigma merupakan tasawur Yang mencorakkan segala asPek kehidupan manusia.
Berdasarkan pengertian paradigma tersebut, maka terbentuklah paradigma tauhid. Paradigma tauhid merupakan gabungan kepercayaan dan Peraturan dari langit yang dijadikan panduan hidup manusia untuk mencapai kejaYaan di dunia dan akhirat. Paradigma tersebut dibina berasaskan pengakuan tentang kewujudan dan keesaan Allah SWT, serta membenarkan segala perkara yang disamPaikan oleh Rasulullah SAW secara darurah (tidak pedu diragui lagi) berdasarkan dalil dariPada al- Quran dan hadis. Pengakuan ini merangkumi kePercaYaan dengan hati, ikrar dengan lidah dan beramal dengan anggota badan yang meruPakan asPek tunjang dalam kehiduPan manusia. Apabila Paradigma tauhid ini menjadi asas dalam kepemimpinan, maka asPek lain seperti fiqah (hukum amal) dan akhlak (budi Pekerti dan tasawuf) akan bernaung di bawahnya.
Firman Allah SWT yang bermaksud, "(Dialah) yang menciptakan langit dan bumi. Bagaimanakah Allah mempunyaianak sedangkan Dia tidak mempunyai isteri?
Dia pula menciptakan tiaptiap sesuatu, dan Dialah yang
Maha Mengetahui segala- galanya. Yang demikian (sifat
dan kekuasaan-Nya) ialah Allah Tuhan kamu, tiada Tuhan (Yang berhak disembah) melainkan Dia, yang menciptakan tiaPtiaP sesuatu, maka beribadatlah kamu kepada-Nya. Dan (ingatlah) Dialah yang
mentadbirkan segala- r;..l:
galanya." (Surah al-
{.:i-.1"r.1 , i
An'am 6:101-102). :
Dari sudut rii'r),.':,:
yang lebih luas dan kt,trgr,. r r.:i !,.;r;.:'
mendalam, paradigma , l,: -, ,
tauhid bertujuan
menjalinkan hubungan t'.iIii-:'l ; iiril
antara manusia i i-tr.tr;' i:tH ,i :
dengan Penciptanya
(hablu min Attah) dan l l itui i o li*" to *lt '
hubungan sesama kC:r*r,; 65Po11;i ,,'
manusia (hablu p€liriklr,:ti:.
min al-nas). Tauhid
bukan sekadar ttttyko*l"l lak"r
suatu kalimat, tetapi t-I;r{i rqeidKl-lcii I
pengajaran falsafah I r idti l\..
',:icr untuk berhubungan
sesama manusia (I3l'1 n ' i yangberpaksikan g6,iii#iif;crrl
hubungan dengan
AllahSwr.uaiini 1t'l,(t ;'i'i'
menggambarkan
fungsi manusia sebagai Pelaku pembangunan (khalifah) yang menjalankan tugasnYa (hubungan sesama manusia) dan lebih tinggi lagi sebagai hamba yang patuh kePada perintah Allah SWT (hubungan dengan Pencipta).
leuarTamadunlslam p[ norir. 2016
Dalam menunaikan tanggungjawab ini, pemimpin Muslim mestilah mem perlengkapkan diri dengan ilmu fardu ain dan fardu kifayah. Kedua- dua ilmu ini tidak boleh dipisahkan dan berkait rapat dengan konsep perhambaan dan pengurusan kepemimpinan di
bumi Allah SWT.
Dalam usaha meletakkan paradigma tauhid sebagai falsafah kepemimpinan ini, gambaran (worldview) tentang tauhid perlu difahami terlebih dahulu. Dalam paradigma tauhid terdapat tiga perkara asas, iaitu iman (kepercayaan), ilmu (pengetahuan) dan amal (perlakuan). lman sangat penting kerana kepercayaan dari hati tanpa ragu-ragu akan memberikan kesan kepada pemikiran, tingkah laku dan kelakuan manusia dalam kehidupan seharian.
llmu pula ialah pengetahuan yang sebenar hasildaripada kepercayaan (iman)yang sebenar, manakala amal (perlakuan) yang dibataskan dengan ilmu dan iman itu akan dihitung oleh Allah SWT sebagai ibadah.
Apabila paradigma tauhid difahami dengan jelas dan diterapkan dalam aspek kepemimpinan,
lslam akan dihayati dengan mudah. Oleh itu, segala perubahan yang berlaku dalam aspek kepemimpinan akan menjurus kepada penghayatan lslam. Paradigma tauhid menekankan ketaatan kepada Allah SWT dan Rasuluttah SAW sebagai nilai utama yang mengatasi segala nilai lain yang diwujudkan dalam sistem organisasi kepemimpinan. Hal ini memberikan implikasi bahawa setiap pekerjaan adalah untuk kebaikan manusia dengan matlamat mendapat keredaan Allah SWT, bukan untuk meraih sanjungan manusia dan harta kekayaan.
Allah SWT berfirman yang bermaksud, "Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat; dan janganlah engkau melupakan
bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmat-Nya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berbuat kerosakan." (Surah al- Qasas 28:77).
Kepemimpinan berasaskan paradigma mampu melahirkan ,impin yang berilmu dan beriman kepada Allah SWT.
Dalam menunaikan tanggungjawab ini, pemimpin Muslim mestilah memperlengkapkan diri dengan ilmu fardu ain dan fardu kifayah. Kedua-dua ilmu initidak boleh dipisahkan dan berkait rapat dengan konsep perhambaan dan pengurusan kepemimpinan di bumi Allah SWT. Seseorang pemimpin Muslim diwajibkan mempelajari dan menguasai ilmu fardu ain seperti akidah (tauhid), fiqah dan akhlak supaya mampu menjadi seorang hamba yang baik dan taat kepada Allah SWT. Demikian juga mereka diwajibkan
mempelajari ilmu fardu kifayah seperti kepemimpinan dan pembangunan bagi melengkapkan diri untuk mengurus dan membangunkan bumiAllah SWT ini.
Oleh itu, kedua-dua ilmu ini perlu dikuasai secara seimbang dengan kefahaman yang betul. llmu yang
benar menjadi asas kepada amal manusia. Pemimpin Muslim yang mengambil kira konsep tauhid (ilmu fardu ain) akan memastikan ilmu kepemimpinan (ilmu fardu kifayah) yang dimiliki dapat meningkatkan kualiti ibadah dan menjadi hamba yang bersyukur dan diredai Allah SWT.
Keyakinan dan ilmu sebegini seterusnya membawa kepada amal soleh yang diterjemahkan dalam hubungan manusia dengan Allah SWT (habl min Allah), sesama manusia (habl min al-nas), dan juga hubungan dengan alam semesta. Nilai ketuhanan dan kemanusiaan yang bersifat intrinsik (dalaman) mahupun ekstrinsik (luaran) seperti beriman, takwa, berilmu, adil dan amanah yang terkandung dalam akhlak lslam akan mendasari
Pemimpin yang beriman tidak meniadikan pangkat dan kedudukan sebagai plAtfoim untuk mendapatkan kesenangan dan saniungan.
perlakuan pemimpin Muslim dan segala tindakan mereka dalam aktiviti kepemimPinan.
Segala perlakuan dan aktiviti kepemimpinan dilingkungi dengan elemen pahala dan dosa. Dengan perkataan lain, konsep ubudiyyah (perhambaan) menjadi teras kepada perlakuan dan aktiviti pemimpin Muslim.
Peletakan tauhid sebagai tunjang kePada aspek kepemimpinan akan memberikan implikasi terhadaP empat aspek yang berikut:
-..tC
Pertama: Akhlak..ry
Paradigma tauhid yang menunjangi sistem kepemimpinan lslam berperanan sebagai acuan kepada pembentukan tingkah laku dan segala tindakan Yang bakal dilakukan. Dalam hal ini, pemimpin Muslim meyakini hakikat penciptaan manusia sebagai khalifah di muka bumi dan tanggungjawab besar yang perlu dilaksanakan.
Dengan itu, wujud rasa
tanggungjawab dalam diri untuk menyempurnakan amanah yang telah diberikan.
Prinsip yang terkandung dalam paradigma tauhid juga dapat membimbing dan
menjadi benteng yang teguh dalam diri seseorang pemimpin Muslim supaya tidak melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syarak seperti tidak terlibat dengan aktiviti rasuah, penipuan, perjudian,
penindasan dan segala aktiviti yang jelas diharamkan dalam lslam. Sebaliknya, nilai Positif dan akhlak mahmudah (terPuji) akan lahir dari dalam diri mereka seperti amanah, jujur, adil, bertanggungjawab dan prihatin.
f x"au.: Rohani -
\_ .4.q
lslam tidak memisahkan antara urusan kepemimpinan dengan nilaiagama. Oleh itu, melalui paradigma tauhid, tuntutan rohani dan spiritual pemimpin Muslim dapat diharmonikan.
Matlamat akhir difokuskan ke arah mencapai keredaan Allah SWT. Allah SWT berfirman yang bermaksud, "Katakanlah:
Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
Tiada sekutu bagi-Nya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku (antara seluruh umatku) adalah orang lslam yang awal pertama
- (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintah- Nya)." (Surah al-An'am 6:162- 163).
I t- Ketiga: lntelek
Kepemimpinan berasaskan-
paradigma tauhid juga mampu melahirkan pemimpin yang berilmu dan beriman kepada Allah SWT. Seseorang yang mendalami ilmu fardu ain dan fardu kifayah mampu
menjadikannya seorang pemimpin yang bukan sahaja mengetahui selok-belok hukum yang berkaitan ibadah, malah segala yang berkaitan aktiviti kepemimpinan seperti perkara yang dibenarkan dan diharamkan dalam lslam.
I t- Keempat: Jasmani_
Kepemimpinan berasaskan paradigma tauhid berupaya melahirkan pemimpin yang berjaya di dunia dan akhirat. Sumber kekayaan diuruskan secara cekap dan berkesan demi mengelakkan pembaziran dan memperoleh keuntungan. Paradigma tauhid mengajar manusia pendekatan berharmoni dalam perhubungan mereka dengan segala kejadian Allah SWT yang lain sepefiisumber alam, tumbuhtumbuhan dan sebagainya. Meskipun semua kejadian di bumi dicipta untuk keperluan dan kegunaan manusia, namun manusia mesti menggunakannya dengan beretika supaya tidak mendatangkan akibat buruk terhadap kehidupan manusia sendiri.
Kesimpulannya,
dapatlah dirumuskan bahawa meletakkan paradigma tauhid sebagai falsafah kepemimpinan lslam itu merupakan
suatu kewajipan. Hal ini bagi memastikan sesuatu kepemimpinan itu sebagai ibadah melalui pendekatan fiqah. Bukan setakat itu, bahkan kepemimpinan itu juga dapat dilaksanakan dengan penuh jujur, amanah dan bertanggungjawab melalui pendekatan akhlak. Maka, terbentuklah suatu kerangka kepemimpinan yang kukuh dan jitu, diredaiAllah SWT, dan seterusnya mendapat kejayaan (al-falah) di dunia dan di akhirat.Ia
leuanTamadunlslam Sfl norir. 2o16