• Tidak ada hasil yang ditemukan

SSekitar 1400 tahun dahulu, ketika Rasulullah S.A.W berhijrah dari Mekah ke

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "SSekitar 1400 tahun dahulu, ketika Rasulullah S.A.W berhijrah dari Mekah ke"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA

Edisi7/2009

1

SOAL JAWAB AGAMA ADAB ISLAMIAH 3 6 6&7 8 FAKTA SEJARAH

Azaty Supply & Print D/A Yuz & Shah, No. 66A, Jalan 6/21D, Medan Idaman

Business Centre, Batu 5, Jalan Gombak, 53100

Kuala Lumpur.

Tel: 03-4024 9001 Fax: 03-4024 3001 H/P: 013-3707390 E-mail: azaty7179@yahoo.com

SALAM AIDIL FITRI

SEJARAH BERMULA HARI RAYA 2 KARNIVAL ZAKAT 09

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERKIM BAHAGIAN NEGERI PAHANG 13 H / 634 M

Peperangan Ajnadin Di Palestin

Saidina Abu Bakar As -Siddiq meninggal dunia

14 H / 635 M

D a s m a s k u s d i b e b a s k a n d a r i jajahan

Perang di Hearosmaks, Syria. Tentera Islam menang.

AMALAN SUNAT 1 SYAWAL

3

KURSUS REMAJA

4

perayaan yang diwarisi secara turun temurun daripada datuk nenek mereka. Rasulullah S.A.W menyatakan kepada orang Arab Madinah bahawa, Islam menggantikan dua hari raya yang mereka raikan itu dengan dua hari yang lebih bermakna iaitu Hari Raya korban atau Aidiladha dan Hari Raya Fitrah atau Aidilfitri. Disinilah bermulanya sejarah sambutan kedua-dua hari raya tersebut.

Kita sebagai seorang mukmin seharusnya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana telah menemukan kita sekali lagi dengan bulan Ramadhan yang penuh berkat dan Syawal yang penuh keistimewaan, peluang yang tidak lagi dapat dinikmati oleh insan-insan lain yang telah lebih awal pergi meninggalkan kita di dunia ini.

Telah dirakamkan dalam Al-Quran dan juga Hadith, bulan-bulan tersebut telah dijanjikan Allah dengan pahala yang berlipatkali ganda jika kita mengisinya dengan pelbagai amalan wajib dan sunat dengan penuh keikhlasan. Kita di dalam sebuah badan dakwah, adalah sebagai seorang Da'i dan warga PERKIM seharusnya menjadi contoh kepada masyarakat di luar amnya dan kepada warga saudara muslim yang baru mengenal Islam khasnya.

Oleh yang demikian, janganlah kita lupakan kepada mereka yang bergelar 'Muallaf' di hari yang mulia ini. Berilah kepada mereka kesempatan untuk sama-sama menyambut kemeriahan Syawal. Kebanyakan dari mereka ini seperti yang kita maklum, mungkin telah 'kehilangan' ahli keluarga selepas memeluk Islam dan menghadapi pelbagai tekanan.

Walaupun kita sentiasa mengadakan majlis sambutan hari raya sebelum ini, ianya masih tidak mencukupi. Ini kerana, kesedaran masyarakat dalam 'penerimaan' mereka terhadap golongan mualaf ini masih ditahap sederhana. Kesedaran inilah menjadi tanggungjawab PERKIM untuk membina satu 'jambatan' yang utuh diantara keduanya sebagaimana yang telah diamalkan oleh Rasulullah S.A.W semasa Baginda menyatukan kaum Ansar dan Muhajirin di Madinah.

Sebagai salah seorang ahli dibarisan kepimpinan PERKIM, saya bagi pihak Yang DiPertua, Naib-Naib Yang DiPertua, Setiausaha Agung Kehormat, Ahli Majlis Kebangsaan, dan seluruh warga PERKIM dengan ini mengucapkan selamat menyambut hari raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.

Datuk Haji Hasbullah L. Isa

Penolong Setiausaha Agung Kehormat PERKIM.

SALAM AIDILFITRI

PROGRAM AMBANG RAMADHAN, BENGKEL PUASA DAN SOLAT TERAWIH

5

S

Sekitar 1400 tahun dahulu, ketika Rasulullah S.A.W berhijrah dari Mekah ke

Madinah, Baginda mendapati, terdapat dua hari raya yang disambut oleh bangsa Arab pada masa itu. Kemudian, Rasulullah S.A.W bertanya kepada mereka apakah dua hari raya itu? Mereka menjawab bahawa dua hari raya

(2)

Motivasi

Oleh : Ustaz Mohd Mustaqim Asmuji (Pegawai Dakwah Dan Penyelidikan)

Diberitakan bahawa sejarah hari raya dalam Islam bermula ketika Rasulullah S.A.W berhijrah ke Madinah. Baginda mendapati ada dua hari raya yang disambut oleh bangsa Arab pada masa itu. Apabila Rasulullah bertanya kepada mereka apakah dua hari raya itu, mereka menjawab bahawa dua hari raya itu adalah perayaan yang diwarisi secara turun temurun daripada datuk nenek mereka. Lalu Rasulullah menyatakan kepada orang Arab M a d i n a h b a h a w a I s l a m menggantikan dua hari raya yang kamu raikan itu dengan dua hari yang lebih bermakna iaitu Hari Raya korban atau Aidiladha dan Hari Raya Fitrah atau Aidilfitri. Konsep hari raya dalam Islam jelas menunjukkan bahawa ia adalah p e r a y a a n k e a g a m a a n . I n i bermakna jika ia disambut di atas landasan agama, maka hari raya yang diraikan itu adalah satu ibadat. Aidilfitri disambut sebagai suatu kemenangan bagi orang yang dapat mengerjakan ibadat p u a s a R a m a d a n d e n g a n sempurna. Kemenangan itu bukan saja menang kerana berjaya mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan pada siang hari sepanjang Ramadan, malah kejayaan menghalang diri daripada melakukan perkara dilarang, di mana jika dilakukan akan terbatal puasanya. Kerana itu Allah menganugerahkan satu hari untuk k i t a s a m a - s a m a m e r a i k a n kejayaan daripada kemenangan itu.

Kalimat 'fitri' sendiri bermaksud fitrah iaitu dengan kejayaan manusia balik kepada fitrah yang asal. Fitrah asal ini sebenarnya suatu permulaan kejadian manusia y a n g s e m e m a n g n y a b e r s i h daripada dosa dan noda. Oleh

Sejarah Bermula

kerana ia dikatakan sebagai perayaan keagamaan, maka cara menyambut hari raya itu sendiri p e r l u l a h m e n g i k u t a d a b d a n peraturan tertentu. Apabila saja d i u m u m k a n h a r i r a y a , m a k a mulakanlah malamnya dengan a k t i v i t i i b a d a t . I n i s e p e r t i memperbanyakkan solat sunat, bertasbih, bertakbir dan bertahmid sebagai tanda kesyukuran.

Hadis yang diriwayatkan Tabrani dari Ubadah bin Soib menyatakan b a h a w a : " S e s i a p a y a n g

menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidiladha dengan amalan yang baik dan ikhlas kerana Allah, maka tidak akan mati hatinya pada hari semua hati-hati akan mati, iaitu hari kiamat."

Pada pagi hari raya dimulakan dengan membersih diri, bersiap-siap untuk ke masjid menunaikan solat sunat Aidilfitri dan seterusnya menghidupkan ukhwah dengan kunjung mengunjung di kalangan saudara mara dan sahabat handai. Islam tidak pernah mengajar u m a t n y a b e r l e b i h - l e b i h a t a u melampau batas dalam menyambut apa saja perayaan. Ini bermakna Islam menegah umatnya melakukan pembaziran dalam menyambut hari raya seperti boros berbelanja semata-mata untuk bergaya dengan pakaian mahal dan kuih muih terlalu banyak. Pada zaman Rasulullah, datang seorang sahabat kepada baginda dengan berpakaian yang b u r u k , k a t a s a h a b a t i n i : Ya Rasulullah, pada tahun ini saya tidat dapat menyambut Aidilfitri." Lalu baginda segera bertanya: "Kenapa wahai saudaraku?" Lelaki itu berkata: Kerana saya tidak ada baju baru. Rasulullah kemudian bertanya kepada beberapa sahabat lain, agar sesiapa yang mempunyai baju baru dapat diberikan kepada lelaki tadi. Ini bermakna Islam tidak melarang sesiapa saja untuk bergaya dengan baju baru. Tetapi pengajaran daripada kisah tadi ialah dalam

menyambut hari raya tidak semua bernasib baik dengan mempunyai pakaian baru. Lalu, digalak sesiapa yang ingin membuat kebajikan dengan bersedekah apa saja kepada orang yang tidak berupaya. Konsep hari raya selalunya dikaitkan dengan pembaziran. Membelanjakan wang ringgit untuk membeli secara berlebihan atau m e m b e l i s e s u a t u y a n g memudaratkan seperti mercun dan bunga api yang salah di sisi agama. Mungkin pembaziran ini berlaku kerana masyarakat kita hidup dalam kemewahan. Sepatutnya rezeki yang lebih itu disumbangkan kepada saudara seagama lain y a n g m u n g k i n t i d a k d a p a t merayakan hari raya seperti kita. Satu lagi budaya yang lazim berlaku dalam sambutan hari raya ialah pemberian duit raya. Islam tidak melarang pemberian ini, asalkan tidak melampaui konsep pemberiannya itu. Usahlah kita mendidik anak-anak supaya berkunjung ke rumah jiran semata-mata dengan harapan anak akan diberi duit raya ini. Jika sebaliknya, maka pelbagai anggapan dan prasangka buruk diberikan kepada sesiapa yang tidak melazimkan pemberian itu. Misalnya, dikatakan kedekut, tangkai jering dan bakhil. Menyentuh soal wang ini, satu kewajipan yang perlu ditunaikan oleh semua umat Islam menjelang Aidilfitri ialah zakat fitrah. Wang zakat ini adalah sumbangan yang akan diberikan kepada golongan yang tidak berupaya, miskin, fakir dan sebagainya mengikut lapan asnaf yang ditetapkan syariat. Jika A i d i l f i t r i d i s a m b u t d e n g a n kegembiraan yang melampau tanpa melihat beberapa pengisian yang disebutkan tadi, pasti tujuan a s a l n y a j a u h m e n y i m p a n g . Kedatangan Syawal sepatutnya menginsafkan Muslimin di sebalik makna kemenangan dan kejayaan dalam sambutan Aidilfitri, kita tidak sepatutnya melupakan tuntutan agama.

Hari Raya

Sumber : www.tokeikedai.net.my/ Ehsan: Wan Marzuki Wan Ramli

(3)

BERITA PERKIM

KUANTAN JULAI 2009 - Pihak Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang dan Pusat Kutipan Zakat telah menganjurkan Program Karnival Zakat 2009 di Pusat Membeli belah yang terkenal di Kuantan iaitu Kuantan Parade. Pelbagai aktiviti yang dilaksanakan s e l a m a 3 h a r i d i l a k u k a n antaranya tayangan multimedia, ceramah perdana, pertandingan k e s i h a t a n , p e r s e m b a h a n nasyid, pertandingan mewarna dan majlis penyerahan zakat ushawan dan koperasi serta agihan zakat sempena karnival zakat 2009.

Pada majlis penutupan tersebut acara perasmian penutup disempurnakan oleh YDH Dato' Sri Hj. Wan Abdul Wahid b. Wan Hassan Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang dan turut hadir Pengerusi PERKIM Bahagian Negeri Pahang.

Pada majlis tersebut terdapat 6 pembayar zakat pada hari tersebut iaitu Pusat Rawatan Keluarga MUIP, Affin Fund Management Berhad, Public Islamic Bank Berhad, Koperasi LKPP Pahang, Koperasi Chini K o p e r a s i P e r k h i d m a t a n

KARNIVAL ZAKAT 09 (MAJLIS PENYERAHAN

ZAKAT USAHAWAN DAN KOPERASI

SERTA AGIHAN ZAKAT)

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERKIM

BAHAGIAN NEGERI PAHANG KALI 37

R O M P I N J U L A I 2 0 0 9 - Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PERKIM Bahagian Negeri Pahang kali ke 37 telah selamat d i a d a k a n d e n g a n d e n g a n jayanya di Summerset Resort Sdn Bhd, Kuala Rompin, P a h a n g . M e s y u a r a t i t u berlangsung selama 2 hari dan pelbagai program dilakukan iaitu C e r a m a h M o t i v a s i y a n g disampaikan oleh Ustaz Jasni Bin Ajong, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Pejabat Agama Islam Negeri Sembilan dan Lawatan Muhibah di Kampung Orang Asli di Bukit Lepas, Rompin.

Seramai 90 orang peserta yang terdiri daripada Jawatankuasa PERKIM Bahagian Negeri Pahang, Perwakilan dan juga pemerhati. Pada MAT ini tiada p e m i l i h a n J a w a t a n k u a s a diadakan dan hanya pemilihan Juruaudit iaitu YM Tg. Mohamad bin Tg. Jaafar dan Hj. Mohamed

pemerhati. Pada MAT ini tiada p e m i l i h a n J a w a t a n k u a s a diadakan dan hanya pemilihan Juruaudit iaitu YM Tg. Mohamad bin Tg. Jaafar dan Hj. Mohamed Salim bin Mohamad dikekalkan sebagai Juruaudit bagi tahun 2009.

Mesyuarat tersebut dirasmikan oleh YDH Dato' Sri Haji Wan Abdul Wahid bin Wan Hassan, Timb. Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang yang mana teks ucapan beliau telah dibacakan oleh Ustaz Muhammad Hafidz bin Abdul Halim, Pegawai Hal Ehwal Islam MUIP. Di dalam

bersendirian tetapi membantu pelbagai Pertubuhan Agama bagi menjayakan setiap program yang dijalankan oleh pertubuhan tersebut. Dengan itu, pihak MUIP t e l a h m e n g u m u m k a n peruntukkan sebanyak RM 3 0 , 0 0 0 . 0 0 u n t u k P E R K I M Bahagian Negeri Pahang dalam melaksanakan pelbagai program yang akan dilaksanakan kelak. Pendidikan Guru-guru dengan jumlah terkumpul RM 630,036.50 sahaja dan pihak PERKIM Bahagian Negeri Pahang telah menerima zakat sebanyak RM 30,000.00 dan penyampaian mok cek diterima oleh YH Dato' Sri Abdul Rashid b. Hj Abdul Rahman s e l a k u P e n g e r u s i P E R K I M Bahagian Negeri Pahang.

(4)

Soalan 4:

Bapa saya memceritakan kepada kita yang dia adalah islam, akan tetapi semasa saya membesar dia tidak pernah mengajar atau menerapkan ajaran serta cara hidup islam kepada saya, saya cuma belajar pendidikan islam di sekolah.dalam kelas juga saya ada mengucap "dua kalimah sahadah" bersama Ustaz saya pada masa itu. akan tetapi, saya banyak bergaul dengan orang b u k a n i s l a m d a n b e l a j a r a g a m a l a i n . memandangkan keadaan itu apabila saya membesar saya tidak tahu apa agama saya, dan menjadi "free thinker" tetapi dalam perasaan saya, saya seorang Islam. abang dan kakak saya semuanya islam. Pada pendapat Ustaz adakah saya masih seorang islam atau sebaliknya?

Soalan 5:

Assalamualaikum,sempena bulan ramadhan yg mulia ini,saya ingin bertanya ,bakal suami saya baru memeluk islam,adakah dia patut membayar kan zakat fitrah utk ibunya yg bukan beragama islam,dan saya ingin kan kepastian buat masa ini dia tinggal bersama ibu dan kakak nya (hindu),adakah boleh dia makan masakan yang di masak oleh ahli keluarganya?buat pengetahuan, ahli keluarganya tidak memakan khinzir dan tidak meminum arak. Sekian.

Soalan 6:

sebenarnya saya berminat ingin memeluk islam, tetapi beberapa kemusykilan. Jika saya telah masuk islam, adakah saya masih boleh meneruskan tanggungjawab saya dengan menyara, memberi duit sara kepada ahli keluarga(seperti ibu bapa, suami/bini ataupun anak yang bukan islam)? adakah dalam undang-undang sekarang melarangkannya? Terima kasih.Selamat Berpuasa kepada semua warga muslim.

apakah yang terkandung dalam dua kalimah syahadah. Setiap ucapan itu tidak akan sempurna/ sah melainkan mematuhi beberapa syarat,

antaranya:-1- Ilmu (mengtahui apakah isi kandungan

syahadah itu) 2- Yakin dengansegala tuntutan syahadah iaitu Allah adalah Esa dan Muhammad adalah pesuruhnya 3- Mengakui serta menerima dengan hati, lidah dan buat dengan anggota. 4- Patuh dan taat dengan segala perintahnya tanpa membuat sesuatu

y a n g b o l e h m e m b a t a l k a n s y a h a d a h .

5- Membenarkan hati dengan apa yang

diucapkan oleh lidah 6- Ikhlaskan diri dengan apa yang diucapkan serta menjauhi perkara yang membawa kepada kesyirikan. 7- Mencintai segala tuntutan dan ajaran kalimah syahadah itu. 8- Menolak serta mengengkari segala yang bersalahan dengan syara'. Kesimpulannya, kalau sekadar ucapan bukan cukup lagi untuk mengatakan kita ini seorang muslim. walaubagaimanapun, bagi yang telah dilahirkan sebagai seorang Islam, berusahalah mudah mudahan menjadi seorang hamba yang mentaati ajarannya.

Jawapan: Salam sejahtera. Alhamdulillah. Jika

tuan dilahirkan dalam keadaan Islam, dan tuan juga selalu mengucapkan dua kalimah syahadah maka secara zahirnya tuan adalah beragama Islam. Oleh itu tuan perlu patuh pada semua ajaran yang telah ditetapkan oleh syariat Islam. Adalah dinasihatkan agar tuan mempelajari asas asas fardhu ain dari mana mana tempat pusat pembelajaran, samaada di masjid atau di tempat2 kuliah yang telah disediakan .

J a w a p a n : W a a l a i k u m u s s a l a m

warahmatullah. Terima kasih kerana sudi bertanya. Zakat adalah wajib bagi semua orang yang beragama Islam. Bagi ibu mertua termasuk keluarga suami puan yang bukan beragama islam maka mereka tidak diwajib mengeluarkan zakat. Berkenaan dengan masaalah masakan, selagi mana masakan itu tidak terlibat dengan adanya sumber yang haram maka makanan itu halal dimakan. Didalam Islam, siapa yang memasak tidak menjadi masaalah, yang penting bahan kandungannya, dan masakan itu mestilah mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh syariat Islam.

Jawapan: Salam sejahtera.. Seseorang yang

beragama Islam haruslah berbuat baik bukan sahaja sesama Islam, bahkan seluruh makhluk tuhan yang ada. Walaupun keluarga tuan b u k a n b e r a g a m a I s l a m , t u a n j u g a bertanggungjawab keatas keluarga tuan.Tak salah bagi tuan untuk memberi mereka sedikit sara hidup sebagaimana tuan sebelum beragama Islam. Adalah digalakkan tuan untuk berbuat sedemikian.

(5)

8

9/2009

Sebarang Aktiviti Tertakluk Kepada Perubahan. Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi Ibu Pejabat PERKIM , Kuala Lumpur.

"Dan bahawa sesungguhnya masjid-masjid itu untuk (ibadat kepada) Allah semata-mata; maka janganlah kamu seru dan sembah sesiapapun bersama-sama Allah." Masjid merupakan rumah Allah serta tempat

beribadah yang paling mulia. Justeru, menjadi kewajipan setiap kita agar menjaga adab dan tatasusila bagi memuliakan masjid itu sendiri. Terdapat beberapa contoh adab yang perlu dilakukan oleh kita semua.

Berwangi-wangian, tetapi janganlah sampai berlebih-lebihan sehigga mengganggu orang lain.

Mulai dengan kaki kanan ketika keluar dari rumah menuju ke masjid.

ADAB-ADAB DI MASJID

KETIKA MENUJU KE MASJID

1

2

Berjalan dengan tenang dan tidak tergesa-gesa

Mulai dengan kaki kanan ketika keluar dari rumah menuju ke masjid.

3

4

5

KETIKA MASUK DALAM MASJID

Sampai sahaja di masjid hendaklah terlebih dahulu membuak kasut dan

Masuk dengan mendahulukan kaki kanan. Ketika masuk masjid bacalah doa ini : " Ya Allah, bukakanlah untukku pinti rahmat-Mu. "

Memberi salam kepada sesiapa yang berada dalam masjid. Sekiranya tiada orang dalam masjid tersebut maka ucapkanlah :

"Selamat ke atas kami dan atas hamba Allah yang soleh."

Membersihkan diri dengan mengambil air sembahyang.

1

3

2

KETIKA DI DALAM MASJID

Duduk menghadap qiblat. .

" Sahaja aku ber 'iktikaf' dalam masjid ini sunat kerana Allah SWT " Mengerjakan solat sunat Tahiyyatul Masjid ( Menghormati Masjid )

Sentiasa menyebut nama Allah. Membaca ayat-ayat suci al-Quran dengan betul tajwidnya.

Berzikir dengan suara yang perlahan supaya tidak mengganggu jemaah yang lain.

Solat secara berjemaahjika telah masuk waktu solat di masjid tersebut.

Berniat ' iktikaf ' ketika berada di dalam masjid

1

3

5

2

4

6

7

Sebelum pergi ke masjid pastiakn adik-adik dalam keadaan bersih serta memakai pakaian yang cantik, bersih dan suci serta bersesuaian.

(6)

BERITA PERKIM

PERKIM sebagai salah sebuah b a d a n d a k w a h a m a t m e n i t i k b e r a t k a n a s p e k kefahaman dan penghayatan Islam yang tinggi terutama kepada Saudara Muslim selepas m e r e k a m e m e l u k I s l a m . Pelbagai kaedah, pendekatan dan cara digunakan bagi membantu golongan muallaf ini untuk lebih memahami dan menghayati Islam.

A n t a r a a t a u c a r a y a n g digunakan adalah melalui pembelajaran didalam kelas, perkhemahan Ibadah, lawatan sambil belajar, majlis kera'ian dan keramaian , (seperti majlis berbuka puasa dan sambutan hari raya), perkahwinan silang budaya, ceramah dan forum, kuliah dan sebagainya.

Baru-baru ini, dua hari sebelum u m a t I s l a m m e n y a m b u t R a m a d h a n , P E R K I M Kebangsaan sekali lagi telah mengadakan Program Ambang Ramadhan, Bengkel Puasa dan Solat Tarawih yang bertempat di surau PERKIM, Blok Podium, Bangunan PERKIM, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Program yang telah berlangsung selama dua hari bermula pada 15 Ogos yang lalu, telah dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Naib Yang diPertua PERKIM, Y.Bhg. Prof. Emeritus Dato' Dr Ariffin Suhaimi.

P R O G R A M A M B A N G R A M A D H A N ,

BENGKEL PUASA DAN SOLAT TARAWIH.

Bengkel Puasa Ramadhan merupakan acara seterusnya pada hari tersebut, yang telah d i s a m p a i k a n o l e h U s t a z Zahazan Mohammed, kemudian t e l a h d i s a m b u n g d e n g a n bengkel Solat Tarawih, yang telah disampaikan oleh Ustaz Azhar Yahya.

Pada hari berikutnya, telah diadakan Majlis Penyampaian H a d i a h d a n S i j i l P e l a j a r Cemerlang dan Penyampaian Cenderahati kepada Guru-Guru pada sebelah pagi. Ini diikuti pula dengan Forum Perdana yang telah dipengerusikan oleh Ustaz Haslin Bahrin, manakala ahli panel jemputan adalah Ustaz Kamarudin Abdullah (IPSI) dan Ustaz Dr. Mohd Fuad Yeoh Abdullah (MACMA).

Majlis juga telah dimeiahkan dengan acara cabutan bertuah sebelum para hadirin di jamu dengan makan tengah hari. Majlis berakhir kira-kira jam dua petang.

(7)

BERITA PERKIM

Sempena musim cuti sekolah yang lalu, PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan melalui Biro Dakwah,Pendidikan dan Penerbitan telah menganjurkan program kursus remaja "aspirasi anak cemerlang" bertempat di S u r a u B a n g u n a n B a l a i Islam,PERKIM pada 19 Mac 2009(Khamis).

Program ini mensasarkan peserta daripada kalangan anak-anak saudara muslim di sekitar Wilayah Persekutuan. Seramai 55 orang peserta daripada remaja lelaki dan perempuan telah mengikuti d e n g a n j a y a n y a p r o g r a m separuh hari ini.

Terdapat 2 slot bimbingan ceramah yang bertajuk 'Solat membina minda' dan 'aspirasi anak yang berjaya' di dalam tentatif kursus ini. Bagi slot 'solat membina minda', peserta didedahkan dengan budaya kepentingan solat, kefahaman bacaan-bacaan di dalam solat, penerangan mengenai azab bagi yang meniggalkan solat d a n p e r k a r a - p e r k a r a l a i n berkaitan dengan solat. Bagi slot kedua 'aspirasi anak yang berjaya', peserta didedahkan hal-hal yang berkaitan dengan tanggungjawab sesama insan, bermula dengan peranan anak kepada ibu bapa, guru-guru, r a k a n t a u l a n , j i r a n d a n seterusnya.

K e d u a - d u a s l o t i n i t e l a h disampaikan oleh Ustaz Zul B a h a r u d i n A b u B a k a r , Perunding Motivasi Darul Falah. Pada sebelah petang pula, sesi latihan solat secara amali

PROGRAM : KURSUS REMAJA " ASPIRASI ANAK CEMERLANG” TARIKH : 19 Mac 2009 (KHAMIS)

TEMPAT : SURAU BALAI ISLAM PERKIM.

ANJURAN : PERKIM BHG. WILAYAH PERSEKUTUAN

idijalankan. Para peserta m e n d a p a t p e n d e d a h a n megenai cara solat yang sempurna bermula dengan m e n g a m b i l w u d u ' , takbirratulihram, bacaab al-f a t i h a h , r u k u k , s u j u d , s e h i n g g a l a h b a c a a n d o a selepas solat.

Program ini telah diakhiri dengan ucapan penutupan dan penyampaian sijil penyertaan oleh Bendahari Koehormat PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan, Encik Md. Shukor bin Aziz. Dalam ucapannya, Beliau berharap program seperti ini akan terus dianjurkan oleh p i h a k P E R K I M B a h a g i a n W i l a y a h P e r s e k u t u a n , d i samping dapat membantu m e n a m b a h k a n i l m u pengetahuan fardu ain kepada anak-anak saudara muslim yang kurang kemampuan, ianya juga akan menjadi salah satu aktiviti berfaedah kepada anak-anak remaja di musim cuti sekolah.

Antara peserta program Kursus Remaja "Aspirasi Anak Cemerlang". Ustaz Zul Baharudin Abu Bakar menyampaikan ceramah dalam slot "Solat Membina Minda".

KURSUS REMAJA

" ASPIRASI ANAK CEMERLANG”

Bendahari Kehormat PERKIM Bhg. Wilayah Persekutuan, En. Md. Shukor bin Aziz bergambar kenangan bersama perserta dan urusetia Program Remaja " Aspirasi Anak Cemerlang".

(8)

BERITA PERKIM

Amalan sunat pada 1 Syawal seperti :

a) M e m b a y a r z a k a t f i t r a h s e b e l u m menunaikan Solat Aidil Fitri

b) Menghias diri dan tempat tinggal supaya kelihatan bersih dan cantik

c) Mandi Sunat Aidilfitri pada pagi harinya d) Menjamah sedikit makanan sebelum keluar

menuju masjid

e) Keluar menuju ke masjid dengan satu jalan dan bila pulang menggunakan jalan lain

AMALAN SUNAT 1 SYAWAL

f) Lebih afdal dengan berjalan kaki ke masjid g) Mengumandangkan takbir, tahmid dan

tahlil bermula malam 1 Syawal hinggalah terbenam matahari pada hari raya tersebut. Berpuasa 6 hari dalam bulan Syawal (Sunat Syawal) Rasulullah saw bersabda yang maksudnya " Sesiapa yang berpuasa di bulan

Ramadhan dan kemudian diikuti dengan 6 hari dibulan Syawal maka perumpamaannya seperti ia berpuasa sepanjang tahun."

J i k a a n d a m e m p u n y a i s e b a r a n g kemusykilan, sila layari laman web rasmi PERKIM; www.perkim.net.my

www.perkim.net.my

Pegawai Dakwah, Unit Penyelaras Perpaduan Email: nik@perkim.net.my

Soalan 1:

Assalamualaikum. Ada beberapa perkara yang ingin saya tanyakan. Antaranya: 1) Jika seseorang telah masuk Islam, tetapi anak dan isterinya tidak masuk Islam, adakah mereka masih lagi sah sebagai suami isteri? atau diberikan tempoh kepada isteri tersebut untuk belajar dan mempelajari islam? 2) Kalau isterinya setuju untuk masuk Islam, adakah mereka perlu bernikah semula? 3) adakah apabila si ayah dah masuk Islam maka anaknya automatik juga masuk Islam? Terima kasih.

Soalan 2

Adakah sah puasa kita jika kita berhadas besar dan kita belum mandi hadas sehingga masuk waktu subuh? Sampai bilakah waktunya? Adakah sebelum imsak atau masuk waktu subuh?

Jawapan. Salam sejahtera diucapkan.. Hukum puasa bagi orang yang berhadas besar adalah sah. Ini berdalilkan dari satu hadis dari Aisyah yang mana diriwayatkan bahawa sesungguhnya Nabi saw. dalam keadaan junub sampai waktu Subuh sedang beliau sedang dalam keadaan puasa, kemudian mandi. (H.R : Al-Bukhari dan Muslim ).

Soalan 3

Adakah hanya dengan melafazkan 2 kalimah syahadah , seseorang itu baru dikatakan memeluk islam? Sebab saya pernah bertanya kepada pelbagai orang islam, orang tempatan ataupun orang luar negara, pandangan mereka berlainan. Ada yang kata bahawa seandainya seseorang itu telah membaca 2 kalimah syahadat itu sendiri tanpa lafaz di depan orang, orang itu tetap dikatakan sudah islam. Contoh lain ialah apabila seseorang itu menuliskannya melalui internet. Mereka kata apabila orang lain telah baca artikel itu, maka ia diertikan seperti lafaz di depan orang. Adakah begitu? Terim kasih ustaz.

Jawapan. Waalaikum salam warahmatullah.1.

Jika seseorang telah memeluk agama Islam, maka dia dikira bercerai dengan isterinya. Tempoh iddah bagi seorang wanita ialah selama 3 kali suci. Ini bermakna jika tuan memeluk agama Islam, dan isteri tuan enggan mengikutinya, isteri tuan boleh tinggal bersama sama dan mendapat nafkah & tempat tinggal selama tempoh iddah yang telah dinyatakan tadi. 2. Jika isteri tuan bersetuju memeluk agama Islam ( alhamdulillah) , tuan tidak perlu untuk berkahwin sekali lagi, cukup atau memadai tuan melaporkannya di pejabat agama Islam daerah masing masing. 3. Apabila si ayah memeluk agama Islam, maka usahakanlah agar anak tuan juga memeluk agama Islam. Kerana anak ini dilahirkan dalam keadaan fitrah, dan ibubapalah yang memainkan peranan untuk memberi didikan agama kepada mereka.

Jawapan. Salam sejahtera diucapkan.. Hukum

puasa bagi orang yang berhadas besar adalah sah. Ini berdalilkan dari satu hadis dari Aisyah y a n g m a n a d i r i w a y a t k a n “ b a h a w a

sesungguhnya Nabi saw. dalam keadaan junub sampai waktu Subuh sedang beliau sedang dalam keadaan puasa, kemudian mand”i. (H.R :

Al-Bukhari dan Muslim ).

Jawapan. Salam sejahtera.. Sebelum

seseorang memeluk agama Islam, dia mesti mengerti apakah yang dimaksudkan atau

Referensi

Dokumen terkait

Hal ini merupakan bagian penting bagi aspek sosial anak pada tahap perkembangan selanjutnya karena interaksi dengan teman sebaya akan memotivasi dan mendukung

Puji syukur penulis panjatkan kepada Tuhan Yang Maha Esa, karena telah melimpahkan berkat dan karunia-Nya sehingga penulis dapat menyelesaikan penulisan skripsi

Jadi Modal Intelektual dan Ukuran Dewan secara bersama-sama memberikan pengaruh sebesar 27,5% terhadap Return on Asset pada perusahaan Manufaktur yang Listing di Bursa Efek Indonesia

Unsur maintainability dalam pengembangan software dalam menjalani perubahan .Setelah sebuah software berhasil dikembangkan dan diinflementasikan,akan terdapat berbagai hal yang

Jadi, sangat dibutuhkan sebuah peraturan pemerintah yang bisa menegaskan bahwasanya pemuda daerah sangat dipentingkan bisa ikut andail jika saja di daerahnya terjadi sebuah

Adapun hipotesis dalam penelitian ini adalah penggunaan metode snowball throwing dapat meningkatkan prestasi belajar siswa dan pencapaian KKM mata pelajaran IPS materi

Tombol bergambar papan bertuliskan "Pengertian Tajwid" untuk masuk ke halaman menu pengertian tajwid dan ketika tombol ditekan akan keluar suara serta ada

"roses pengeluaran sputum dari paruparu, bronkus dan trakea yang dihasilkan oleh klien "roses pengeluaran sputum dari paruparu, bronkus dan trakea yang dihasilkan oleh