• Tidak ada hasil yang ditemukan

Isu Penyeludupan Barangan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Isu Penyeludupan Barangan"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

ISU PENYELUDUPAN BARANGAN

Pengenalan :

Penyeludupan barangan membawa maksud kepada perbuatan membawa masuk barang-barang bercukai atau larangan ke Malaysia atau keluar dari Malaysia secara tidak sah.Jenis-jenis komoditi utama diseludup adalah seperti rokok, minuman keras, gula, minyak diesel dan sebagainya.

1. Faktor berlakunya penyeludupan

a. Kemiskinan dan kesempitan hidup

- menyebabkan segolongan manusia yang naif dan kurang terpelajar ini mengambil jalan mudah untuk mencari kekayaan.

- keghairahan manusia untuk mendapat wang yang banyak dengan cara yang mudah.

- Para penyeludup melihat kegiatan ini sebagai satu perniagaan yang menguntungkan.

- Mereka tidak perlu membayar sewa kedai yang mahal.

- Yang diperlukan hanyalah wang untuk membeli barang tersebut dan kenderaan untuk mengangkutnya.

- Contoh : Penyeludupan minyak, beras dan diesel

b. Undang-undang kawalan perdagangan yang berbeza antara negara yang bersempadan

- Perbezaan undang-undang kawalan perdagangan negara serantau

- Malaysia melarang eksport kayu balak mentah atau yang belum diproses - Ada negara jiran pula yang membenarkan aktiviti dan dan perdagangan

sedemikian

- Kesannya berlakulah penyeludupan kayu balak mentah yang belum diproses dari hutan Malaysia ke negara jiran

- Penyeludupan ini bagi memenuhi permintaan kayu balak mentah di pasaran antarabangsa di samping dalam mengelakkan pembayaran cukai eksport yang tinggi

- Pasukan keselamatan dan penguatkuasaan negara seperti kastam dan polis tidak mempunyai kuasa untuk merampas barang yang ada dalam sungai kerana terikat dengan undang-undang perairan antarabangsa.

- Tindakan ini juga dapat mengurangkan kos pengangkutan dan pemprosesan kayu

c. Perbezaan harga barangan antara dua buah negara yang bersempadan

- Harga barang yang rendah di sesebuah negara membuatkan ada usaha membawa keluar barangan berkenaan untuk dijual di negara jiran yang tinggi harganya.

- Produk-produk yang menerima subsidi kerajaan atau dikawal harganya oleh kerajaan lazimnya jauh lebih murah di negara kita

- permintaan dari pengguna menyebabkan masalah ini berlarutan dan sukar dikawal.

- penyeludup mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan akibat perbezaan harga yang berlaku dengan harga yang ditetapkan oleh pihak berkuasa

- Sebagai contohnya, harga beras di Thailand yang lebih rendah membawa kepada penyeludupan beras dari Thailand memasuki Malaysia. Misalnya harga gula, minyak masak dan minyak petrol yang lebih rendah di Malaysia

(2)

- Contoh lain : Terdapat barang yang lebih murah di Brunei seperti diesel dijual dengan harga yang mahal di Malaysia. Perbezaan ini membolehkan penyeludup membawa diesel ke Malaysia untuk dijual dengan harga yang lebih rendah daripada harga biasa.

d. Faktor kekayaan flora dan fauna serta kepelbagaian sumber dalam negera

- Malaysia menjadi pilihan pemburu haram sebagai hab penyeludupan hidupan liar.

- Malaysia tersenarai bersama beberapa negara lain seperti Filipina, Indonesia, Singapura, Amerika Syarikat dan Vietnam sebagai pusat transit utama

penyeludupan hidupan liar.

e. Rangkaian pengangkutan darat yang baik dan operasi pelabuhan cekap

- menjadikan Malaysia sebagai pusat transit pilihan negara serantau untuk menyeludup keluar haiwan eksotik yang dilindungi.

f. Kawalan sempadan

- Sempadan yang panjang kawasan hutannya, ditambah dihubungkan dengan laut.

- Menyebabkan terdapat banyak lorong tikus di kawasan sempadan Negara misalnya di Kedah, Kelantan, Sabah dan Sarawak

- Kawasan berhampiran lorong tikus menjadi pusat transit barangan yang ingin diseludup

- Memudahkan persembunyian sebelum dibawa ke pasaran

- Ini menyebabkan penyeludupan barangan keperluan harian dan barangan larangan seperti senjata api, mercun , dadah dan organ binatang , malah pemerdagangan orang mudah dijalankan

g. Faktor geograf

- antara Malaysia dengan Negara jiran merupakan salah satu punca yang menyebabkan berlakunya penyeludupan,seperti yang berlaku di sempadan negara Malaysia dengan Thiland yang hanya dipisahkan oleh sebatang sungai yang berkelebaran beberapa meter.

h. Kos pengeluaran dan kos bahan mentah

- barang yang dikeluarkan dengan kos pengeluaran dan kos bahan mentah yang rendah boleh dipasarkan pada harga yang lebih murah.

- Perbezaan harga yang berlaku menyebabkan penyeludup mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan lebih.

- Kos pengeluaran dan bahan mentah yang digunakan menentukan harga rokok. Harga minimun kerajaan yang tinggi menyebabkan peniaga mengambil jalan mudah dengan menjual rokok tidak sah yang lebih murah. keuntungan yang diperolehi lebih tinggi berbanding menjual rokok yang disahkan oleh kerajaan.

i. Populasi penduduk

- peningkatan jumlah penduduk menyediakan peluang pasaran yang lebih luas. - Faktor ini menyebabkan penyeludup berpeluang mendapatkan lebih

keuntungan.

- Populasi penduduk yang merokok, makin tinggi populasi penduduk yang merokok di sesebuah negara ditambah pula cukai rokok yang tinggi, makin berminat sindiket penyeludupan membawa masuk rokok tidak sah.

(3)

j. Permintaan yang tinggi

- Permintaan tinggi terhadap beberapa tubuh haiwan tertentu yang dipercayai mempunyai nilai perubatan tradisional yang tinggi terutama di China serta tabiat pemakanan masyarakat hari ini yang semakin pelik dan permintaan tinggi restoran yang menghidangkan makanan eksotik menyebabkan sesetengah haiwan dilindungi sentiasa menjadi buruan.

- Permintaan terhadap rokok pada harga rendah, kedatangan ramai pendatang dari Indonesia yang menghisap rokok keretek yang harga murah di negara mereka. Di sini permintaan terhadap rokok tersebut tinggi dan menyumbang kepada penyeludupan rokok tersebut.

- Semasa musim perayaan seperti Hari Raya dan Tahun Baru Cina, permintaan terhadap barangan tertentu akan meningkat

- Sering kali barangan yang diperlukan tidak mencukupi dalam pasaran tempatan

- Contohnya, pada musim perayaan haji, banyak binatang ternakan seperti lembu dan kambing cuba dibawa masuk dari sempadan utara Malaysia. - Begitu juga dengan bekalan mercun dan produk makanan dari China dibawa

masuk secara haram menjelang Tahun Baru Cina

k. Kekurangan sumber di salah sebuah negara atau negara yang bersempadan

- Apabila berlaku kekurangan sumber maka harga barangan akan meningkat. - Peningkatan harga di 2 buah negara yang berkongsi sempadan darat,

memudahkan barangan menyeberangi sempadan secara tidak sah atau menggunakan lorong tikus bagi memenuhi kekurangan barangan.

- Produk yang sering mengalami keputusan sumber adalah bekalan makanan atau keperluan harian terutama pada musim perayaan atau apabila salah sebuah negara mengalami malapetaka / krisis alam

- Kekurangan sumber ini perlu ditampung apatah lagi kalau melibatkan barang keperluan makanan.

l. Tindakan mengelak cukai import dan cukai eksport yang tinggi dalam sesebuah negara

- Harga barangan import meningkat naik kerana kadar cukai yang dikenakan oleh kerajaan tinggi

- Tanpa cukai, suatu barangan boleh dijual dengan harga yang lebih murah dan akan mendapat permintaan yang tinggi, contohnya penyeludupan produk rokok, barangan elektronik, barangan mewah dan minuman keras

- Bagi mendapatkan permintaan yang tinggi, barangan diseludup untuk mengelak daripada dijual dengan harga yang tinggi.

- Selain itu, penjualan barangan yang diseludup juga boleh meningkatkan margin keuntungan peniagaan kerana modalnya rendah

m. Kawalan sempadan yang longgar

- Penguatkuasaan undang-undang yang terlalu longgar juga menyebabkan para penyeludup semakin berani dan berleluasa.

- Ketidakcekapan dan penerimaan rasuah memburukkan keadaan.

- Pihak kastam, polis dan imigresen yang menjaga sempadan seharusnya memeriksa setiap kenderaan dengan teliti.

n. gejala rasuah

-yang menjadi budaya sesetengah ahli masyarakat kita

-Jadi, bagaimana kuat sekalipun undang-undang dan peraturan yang kita

(4)

tetapi apabila gejala rasuah masih menjadi sebahagian amalan kita, maka agak sukar untuk kita mengatasi masalah penyeludupan.

- Amalan rasuah yang dianggap biasa dalam kehidupan seharian oleh sesetengah pihak pada masa ini menyebabkan usaha mengatasi masalah penyeludupan terus menghadapi jalan buntu. –

- Masalah ini ditambah pula dengan kecanggihan teknologi kini hingga menyebabkan masalah penyeludupan terus berlaku.

- Apatah lagi manusia sekarang nampaknya lebih ‘cerdik’ untuk melepasi pemeriksaan kastam, imigresen dan sebagainya tanpa diketahui mereka membawa bagasi yang berisi barangan seludup

- Malah perkhidmatan penghantaran kini juga menyebabkan mereka boleh memastikan penghantaran barangan mereka sampai ke destinasinya. 2. KESAN PENYELUDUPAN

a. Spesies flora dan fauna mengalami gangguan untuk membiak dan

bilangan mereka kini semakin berkurangan.

b. Negara yang terbabit akan mengalami kerugian dari segi ekonomi - negara kehilangan pendapatan daripada hasil cukai

- akan memberi impak kepada pembangunan sosial dan ekonomi. - Negara kehilangan aset yang diseludup begitu sahaja tanpa kawalan - Kadar cukai yang diperoleh boleh digunakan untuk merangsang kegiatan

ekonomi lain.

c. Menjejaskan kesihatan dan kebersihan

- kerana barang yang diseludup tidak melalui proses saringan oleh pihak berkuasa, ini mendedahkan rakyat terhadap risiko penyakit dan penggunaan barangan yang tercemar.

- Penyakit haiwan ternakan dari negara jiran, iaitu penyakit kuku dan mulut telah menular semula di negara kita sedangkan penyakit ini berjaya dikawal di dalam negara.

- Penyebaran penyakit ini berpunca daripada ternakan yang diseludup masuk. - Pemeriksaan kesihatan dan jaminan bebas penyakit tidak dapat dilakukan.

d. Menggagalkan usaha dan dasar kerajaan

- penyeludupan yang berleluasa akibat perbezaan harga yang ditetapkan oleh pihak kerajaan menyebabkan usaha itu gagal dilaksanakan.

- Penyeludupan rokok akan menggagalkan usaha kerajaan menjual rokok pada harga minimum, harga rokok minimum di Malaysia jauh lebih tinggi dari harga rokok di negara-negara jiran ASEAN. Penyeludupan akan menyebabkan saranan ketetapan harga yang dikuatkuasakan oleh kerajaan akan gagal.

- Menggagalkan usaha kerajaan mengurangkan bilangan perokok. Rokok seludup pada harga murah menyebabkan ramai orang mampu membeli, ini akan

menambahkan bilangan perokok.

e. Menggalakkan jenayah terancang

- sindiket penyeludupan adalah satu jenayah terancang, jika dibiarkan jenayah lain yang berkait dengan aktiviti penyeludupan juga boleh berlaku.

- penyeludupan rokok merupakan satu jenayah terancang. Jika dibiarkan,, mungkin jenayah lain berkaitan penyeludupan juga boleh berlaku pada bila-bila masa.

(5)

- Imej negara yang seolah-olah membenarkan jualan barangan dari negara jiran tanpa izin.

- Menggambarkan ketidakupayaan negara menangani masalah penyeludupan. / kawalan sempadan

- Penyeludupan juga melibatkan barangan tiruan, maka akan berlaku lambakan barangan kerana tidak boleh dijual di tempat rasmi.

- Menggambarkan berlakunya krisis keselamatan dalam sesuatu negara

g. Negara menghadapi risiko menularnya jenayah penyeludupan yang berbahaya

- Kelonggaran kawalan sempadan boleh ditafsirkan sebagai tidak sukar untuk menembusi barangan lain.

- Ini akan membuka ruang kepada penyeledupan barangan larangan yang lebih serius seperti penyeludupan manusia / senjata api / dadah

- Negara kemungkinan besar akan dijadikan pusat transit kegiatan penyeludupan antarabangsa

h. Berisiko mengeruhkan hubungan antara dua negara

- Menjejaskan hubungan baik antara dua negara yang berjiran kerana

membenarkan harta intelek negara mereka dirompak dan ‘dijual’ di Malaysia. - Penyeludupan kain batik Indonesia telah menimbulkan situasi yang tidak baik

kerana dijual dengan harga yang berbeza sedangkan mutu dan jenis barangan adalah sama.

- Keadaan akan mengundang tindakan memboikot dan protes daripada

pengeluar batik negara jiran sehingga mewujudkan keadaan yang tidak baik antara peniaga atau pedagang antara kedua- dua buah negara.

i. Kemasukan barangan yang tidak bermutu

- Barangan tidak bermutu sekiranya melibatkan barang untuk kesihatan dan kosmetik berisiko mendatangkan masalah kesihatan kepada rakyat Malaysia. - Barangan seperti barangan elektrik yang standard penggunaannya tidak sama

antara dua buah negara ( contoh Malaysia dengan Thailand) juga

mendatangkan risiko berlakunya lebihan tenaga yang boleh menyebabkan kebakaran.

LANGKAH MENANGANI MASALAH PENYELUDUPAN

a. Memperketatkan undang-undang

- hukuman yang lebih berat perlu diberikan kepada pesalah supaya memberi kesedaran kepada penyeludup itu sendiri mahupun orang ramai.

b. Mengambil langkah secara proaktif

- dengan memantapkan logistik melalui perolehan bot laju dan kereta peronda baru jenis BMW, mengikuti latihan mengendali kenderaan melalui kursus pemanduan secara defensif dan latihan tempur tanpa senjata.

- Contoh Kastam Diraja Malaysia (KDRM) mengambil langkah proaktif bagi membanteras kegiatan penyeludupan secara habis-habisan yang didapati semakin mencabar.

- sebuah kereta anggota Pasukan Gerak Cepat Kastam terbakar akibat dirempuh oleh kenderaan penyeludup.

(6)

- beberapa strategi turut disusun bagi menjamin penyeludupan dapat dibendung seperti melalui operasi pemutihan bersepadu di kawasan terbabit

d. Menggalakkan dan melibatkan pihak bukan pertubuhan kerajaan (NGO)

- terlibat dalam program pemulihan dan rawatan

-Bersedia untuk menyokong dan bekerjasama dalam apapun usaha kerjasama untuk menghapuskan dadah

-Malaysia juga bersedia menjadi penaja:

# Draft Resolution on International Cooperation Against the World Drug Problem # Central Coordinating Agency on Drugs: National Anti-Drugs Agency (NADA) # Thailand-Malaysia Meeting on Narcotics Control Cooperation

# Thailand-Malaysia- Cross Border Cooperation Mechanism

-Dalam situasi ini kerjasama anatara Thailand dan Malaysia juga bernaung di bawah panji-panji ASEAN

Kesimpulan/Rumusan :

Konklusinya, penyeludupan di negara ini semakin berleluasa, maka pihak kerajaan dan orang ramai harus bekerja sama dan berganding bahu untuk

membanteras kegiatan yang membawa kesan buruk kepada sistem perdagangan dan ekonomi negara. Para penyeludup harus dikenakan hukuman yang berat seperti penjara dan bukan setakat didenda dengan wang. Melentur buluh biarlah dari rebungnya,peribahasa ini sesuai digunakan untuk memupuk sikap benci akan barangan seludup. Masyarakat perlu membantu pihak berkuasa untuk membanteras masalah ini sekaligus menjadikan negara kita aman dan berdaulat

Referensi

Dokumen terkait

Remiantis šiuo įstatymu, saugomos teritorijos yra steigia- mos, siekiant apsaugoti gamtinio ir kultūrinio paveldo teritorinius kompleksus ir objektus, kraštovaizdį ir

Penelitian Tindakan Kelas (PTK) penulis laksanakan pada 2 siklus dengan 3 kali pertemuan untuk melihat peningkatan hasil belajar dan aktipitas siswa dalam

Salah satu risiko yang sulit diprediksi dan paling berbahaya yang dihadapi pegawai di dalam laboratorium adalah kadar racun berbagai bahan kimia. Di laboratorium kimia, tidak ada

Model sinyal besar disebut juga model nonlinier, karena pada eksitasi sinyal besar, linieritas kerja transistor sudah tidak dapat dijamin lagi.. Model nonlinier

Dari hasil ini akan diambil 2 efikasi dengan nilai terbesar dari setiap kelompok yang dianggap dominan untuk dikaitkan hubungannya dengan tanaman yang dianggap dominan

Penulisan tugas akhir berjudul “Pengaruh Kepuasan Kerja dan Komitmen Organisasional Terhadap Turnover Intention Karyawan Restoran Tunjungan Plaza Surabaya” Ini untuk memenuhi

Berdasarkan hasil observasi pendahuluan yang telah dilakukan peneliti diperoleh data komunikasi dan aktivitas belajar siswa dari indikator yang akan diteliti. Indikator

Ayat ini sesungguhnya telah memberikan kepada kita sebuah gambaran hubungan antara persekutuan jemaat mula-mula dan dampaknya kepada kesaksian hidup mereka yang membawa