Percubaan SPM 2017 – Negeri Kedah (Jadual Persamaan Perakaunan) BCL-KKPP 2017
6 (b) Maklumat berikut diperoleh daripada buku perniagaan Indah Jaya Enterprise pada 30 April 2017.
RM
Lengkapan 15 000
Kenderaan 35 000
Penghutang 5 560
Stok 16 750
Overdraf bank 3 140
Modal 57 520
Untung bersih 4 390
Pemiutang 7 260
Urus niaga di bawah berlaku sepanjang bulan Mei 2017.
i. Pemilik membawa masuk tunai RM5 000 sebagai modal tambahan dan dibankkan.
ii. 10% daripada stok barang niaga dijual dengan harga RM2 080. Cek diterima.
iii. Menerima bayaran daripada penghutang dengan cek bernilai RM2 235 setelah memberi diskaun RM325.
iv. Membeli barang niaga RM2 250 secara kredit.
v. Lengkapan lama berjumlah RM1 785 dijual pada harga RM1 590 dengan cek.
Anda dikehendaki merekod urus niaga bulan Mei dalam jadual di Lampiran 2.
[10 markah]
HURAIAN KESAN URUS NIAGA:
i. Pemilik membawa masuk tunai RM5 000 sebagai modal tambahan dan dibankkan. Kesan urus niaga: Bank bertambah RM5 000, Modal bertambah RM5 000.
ii. 10% daripada stok barang niaga dijual dengan harga RM2 080. Cek diterima.
Kesan urus niaga: Stok berkurang RM1 675 (RM16 750 x 10%), Bank bertambah RM2 080 dan Untung bersih bertambah RM405 (RM2 080 – RM1 675).
iii. Menerima bayaran daripada penghutang dengan cek bernilai RM2 235 setelah memberi diskaun RM325.
Kesan urus niaga: Bank bertambah RM2 235, Untung bersih berkurang RM325 dan Penghutang berkurang RM2 560 (RM2 235 + RM325).
iv. Membeli barang niaga RM2 250 secara kredit.
Kesan urus niaga: Stok meningkat RM2 250 dan pemiutang meningkat RM2 250.
v. Lengkapan lama berjumlah RM1 785 dijual pada harga RM1 590 dengan cek.
Percubaan SPM 2017 – Negeri Kedah (Jadual Persamaan Perakaunan) BCL-KKPP 2017
Jawapan 6(b)
Aset Liabiliti dan Ekuiti Pemilik
Lengkapan Kenderaan Penghutang Stok Bank Pemiutang Modal Untung Bersih
Baki 15 000 35 000 5 560 16 750 (3 140) 7 260 57 520 4 390
(i) 5 000 5 000
(ii) (1 675) 2 080 405
(iii) (2 560) 2 235 (325)
(iv) 2 250 2 250
(v) (1 785) 1 590 (195)