• Tidak ada hasil yang ditemukan

Tasik Chini. Kenali Rizab Biosfera UNESCO yang pertama di Malaysia

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Tasik Chini. Kenali Rizab Biosfera UNESCO yang pertama di Malaysia"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

Tasik Chini

Kenali Rizab Biosfera UNESCO

(2)

Lagenda Tasik Chini

Mengikut lagenda Orang Asli, tasik misteri ini didiami oleh seekor

naga iaitu Naga Sri Gumum yang bersisik besi. Ada yang juga

merujuk naga ini sebagai gergasi Loch Ness di Malaysia.

Malah, kawasan tasik yang berbukit-bukau turut dikatakan

menyerupai bahagian belakang seekor naga. Walaupun terdapat

beberapa laporan kemunculan naga ini dari semasa ke semasa,

namun semuanya tidak pernah dibuktikan secara saintifik.

Rizab Biosfera yang pertama di Malaysia

Tasik Chini telah dianugerahkan status Rizab Biosfera oleh UNESCO

pada Mei 2009.

Status Rizab Biosfera ini penting untuk dikekalkan kerana ia

akan membantu melonjakkan imej Tasik Chini sebagai satu destinasi

eko-pelancongan utama di negara, di samping meningkatkan

kese-daran orang ramai terhadap usaha pemeliharaan dan

pemuliharaan di Tasik Chini.

Kaya Dengan Warisan Alam Semulajadi

Di sini, terdapat sekurang-kurangnya:

87

spesies

ikan

air tawar

304

spesies

haiwan

189

daripadanya

spesies

burung

(3)

Satu khazanah alam negara yang wajar dihargai,

dilindungi dan dikagumi.

Tasik Chini adalah sebuah ekosistem dan rizab hidupan liar yang penting dan hak milik segenap lapisan masyarakat untuk dinikmati bersama sebagai tempat rekreasi dan mencari rezeki, selain menjadi tempat tinggal Orang Asli kaum Jakun dan Semai.

Tasik Chini bertambah seri

dengan bunga teratai yang berkembang mekar dari bulan Jun hingga Januari setiap tahun. Pelbagai usaha pemuliharaan dan peningkatan kualiti air yang baik telah berjaya mengembalikan keindahan bunga-bunga teratai di Tasik Chini.

Destinasi pendidikan dan

penyelidikan biodiversiti yang unggul

Ada berapa banyak rizab biosfera UNESCO di dunia?

Terdapat 669 tapak yang mewakili 120 buah negara

Apakah Rizab Biosfera Tasik Chini?

Rizab Biosfera Tasik Chini adalah merupakan gabungan ekosistem tanah bencah air tawar tropika dan hutan hujan tropika tanah pamah dipterokarpa yang diiktiraf oleh Program UNESCO `Manusia dan Biosfera’

Bilakah Tasik Chini menjadi tapak “Manusia dan Biosfera”UNESCO?

Pada tahun 2009

Apakah keluasan kawasan Tasik Chini? Sekitar 69.22 km2 Sg. Melai Sg. Chini Sg. Jemberau Sg. Kura-kura Sg. Paya Merapuh Sg. Cendahan Sg. Gumum 7 Stesen Pemantauan 1 2 3 4 5 6 7

Kualiti air di Tasik Chini telah bertambah baik di mana aktiviti-aktiviti rekreasi air kini boleh dijalankan dengan selamat.

Aktiviti-aktiviti penyelidikan oleh

Universiti Kebangsaan Malaysia dipergiatkan dengan pembangunan kemudahan dan fasiliti oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) seperti Kompleks Makmal Kajian Air Tawar dan kemudahan asrama bagi para penyelidik dan pelancong.

Sg. Chini Kg. Cendahan Kg. Tg. Puput Pusat Penyelidikan Tasik Chini Saiz Tasik: 202 ha (musim biasa)

300 ha (musim tengkujuh) Titik paling dalam: Laut Gumum 3 m (musim biasa) 6 m (musim tengkujuh) Kg. Melai Puncak tertinggi Bukit Chini 641m Kg. Gumum 5 1 2 6 7 4 3 1 2 3 4

Perkampungan Orang Asli 1 2 3 Kg. Cendahan Kg. Tg. Puput Kg. Melai Kg. Gumum 4 Bunga teratai

ikon utama Tasik Chini

Tiga kelompok masyarakat utama yang tinggal di sekitar Tasik Chini iaitu Orang Asli kaum Jakun dan Semai, orang Melayu tempatan dan penduduk Felda. Orang Jakun mewakili 88% kaum pribumi yang tinggal di Tasik Chini.

Hutan di sekitar tasik memainkan peranan penting untuk menstabilkan alam sekitar, memulihara kepelbagaian biodiversiti, tadahan air dan sumber genetik asas flora dan fauna. Oleh itu, penanaman semula pokok hutan telah dan sedang giat dijalankan untuk memulihara khazanah warisan dunia, serta mengurangkan pelepasan karbon dioksida ke udara.

Sumber kehidupan untuk Orang Asli di Tasik Chini

Kualiti air Tasik Chini sentiasa dipantau

(4)

Usaha-usaha pemuliharaan dan pemeliharaan Tasik Chini seperti pembersihan sungai, penstabilan cerun,

penanaman semula pokok serta pemulihan flora dan fauna telah dilaksanakan secara berterusan bagi

mengekalkan status Rizab Biosfera di Tasik ini.

Satu Pelan Pelaksanaan Strategik untuk Tasik Chini juga telah dimuktamadkan dengan kerjasama pihak

berkepentingan dan komuniti tempatan sebagai garis panduan untuk menjamin kelestarian dan kemampanan

Tasik Chini.

Tasik yang indah dan penuh misteri ini akan menggamit sesiapa sahaja untuk meneroka

kekayaan sumber alam yang terdapat di sini. Namun, perlindungan Tasik Chini harus menjadi

tanggungjawab setiap lapisan masyarakat supaya generasi akan datang dapat terus berpeluang

menikmati segala keindahan dan keistimewaan tasik air tawar tropika semula jadi ini.

Pengambilan sampel bagi kawalan kualiti air Pembinaan sangkar ikan telah meningkatkan

populasi ikan seperti lampam, sebarau dan kelah Penanaman semula pokok teratai untukmemulihkan ikon Tasik Chini

Penanaman semula pokok hutan di sekitar

Tasik Chini Program kesedaran mengenai Tasik Chini bersama para pelajar Komuniti tempatan termasuk golonganOrang Asli juga turut terlibat

Berkayak dan memancing adalah antara aktiviti

yang popular di Tasik Chini Kanak-kanak turut aktif dalam usahapemuliharaan dan pemeliharaan tasik Kampung-kampung Orang Asli turut dijadikan tarikan baharu pelancong menerusi projek inap desa dan penjualan kraftangan tempatan

(5)

Majlis Pembangunan

Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC)

Tingkat 22, Menara 3 PETRONAS Kuala Lumpur City Centre 50088 Kuala Lumpur, MALAYSIA Tel : +603-2035 0021 Faks : +603-2035 0020

Email : secretariat@ecerdc.com.my Laman Web : www.ecerdc.com.my

Kunjungi dan Hayati Keindahan Tasik Chini

1. Melawat Pusat Penyelidikan Tasik Chini

Pusat ini dibuka kepada pelawat dan pemelihara alam sekitar yang mahu mendapat maklumat lanjut mengenai Tasik Chini serta kepelbagaian flora dan faunanya.

2. Menaiki Bot

Pelawat boleh menaiki bot untuk melawat 12 buah tasik yang berlainan di sekitar Tasik Chini dan mengunjungi

perkampungan Orang Asli di Kampung Gumum, Kampung

Puput dan Kampung Cendahan.

3. Bersantai

Tasik ini memiliki persekitaran yang cantik dan mendamaikan. Oleh itu adalah penting untuk para pengunjung untuk memulihara dan memelihara keindahan tasik ini demi generasi akan datang.

4. Inap Desa

Untuk merasai sendiri kehidupan sebenar di tepi sungai, pelawat boleh menginap di Inap Desa Kampung Baru Salong, yang terletak di sebelah selatan Sungai Pahang.

Sebagai satu destinasi eko-pelancongan yang menarik, terdapat banyak aktiviti-aktiviti menarik. Ini termasuk:

Lokasi Tasik Chini

• Tasik Chini salah satu destinasi pelancongan menarik di Pahang, terletak kira-kira 250 km dari Kuala Lumpur dan 100 km dari Kuantan, ia boleh diakses melalui jalan raya iaitu melalui Lebuhraya Karak atau Lebuhraya Segamat.

• Pelawat juga boleh ke sini dengan menaiki bot merentasi

Sungai Pahang dari Kampung Belimbing dan mudik ke arah hulu Sungai Chini.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.pahangtourism.org.my atau

mush@ukm.edu.my

Program untuk penduduk tempatan

Tasik Chini

Penduduk tempatan termasuk golongan Orang Asli berpeluang

mempertingkatkan kemahiran untuk menceburi bidang keusahawanan, melalui Latihan Kemahiran dan Keusahawanan empower ECER dan

entrepreneur ECER yang ditawarkan oleh ECERDC. Selain itu, para

pelajar di Tasik Chini juga berpeluang mengikuti program Latihan Akademik empower ECER supaya boleh mencapai keputusan akademik yang lebih memberangsangkan.

Di samping itu juga, usaha memajukan industri eko-pelancongan lestari di Tasik Chini akan bakal diterajui oleh penduduk tempatan, khasnya kepada kaum Orang Asli. Eko-pelancongan lestari akan menjana

pekerjaan dan meningkatkan pendapatan komuniti tempatan, di samping meningkatkan kesedaran awam terhadap kepelbagaian biologi dan budaya tradisional di kawasan ini.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi ECERDC atau UKM.

Sempadan Tasik (50 m) Cadangan Dek Menara Tinjau Menara Tinjau Gumum Jeti

Denai Tasik Chini

Pintu Masuk Pusat Pentadbiran Taman Biosfera Tasik Chini Pusat Pelawat Taman Biosfera Tasik Chini Pusat Kecemerlangan Penyelidikan dan Inovasi Penyelidikan dan Pembangunan Dan Hutan Rekreasi

A

B

C

D

E

F

G

H

I

Eco Resort Pusat Kraftangan (Tg. Puput) Program Inap Desa (Kg. Gumum) Perhutanan Semula PUSAT KECEMERLANGAN

PENYELIDIKAN DAN INOVASI

PUSAT PENTADBIRAN TAMAN BIOSFERA TASIK CHINI PERKAMPUNGAN BUDAYA ORANG ASLI

• Dewan Komuniti • Pusat ICT

• Pusat Penterjemahan Orang Asli • Pusat Budaya

ECO RESORT

PUSAT KRAFTANGAN Pusat Informasi Pelancong

Pusat Penyelidikan Tasik Chini Universiti Kebangsaan Malaysia

Jalan Tasik Chini, 26690 Pekan, Pahang Tel : +603-8921 3291

Masyarakat Orang Asli di Tasik Chini

Tapak Karavan

Eco Resort

Jeti

Denai Tasik Chini

Wellness Hall

Perkampungan Budaya Orang Asli

Aktiviti Riadah

Konsep cadangan pembangunan Tasik Chini: Tasik Chini akan terus dilindungi dan dibangunkan sebagai satu destinasi eko-pelancongan untuk manfaat orang ramai.

Sempadan Tasik (50 m) C2 C1 C3 C4 C5 Sempadan Tasik (50 m) Sempadan Tasik (50 m) Ke Bandar Chini Ke Kg. Salong

Jalan Bandar Chini

Ke Kg. Ulu Gurun/Kg. Salong

Cadangan Dek Menara Tinjau

Resort Tasik Chini

Resort Tasik Chini

Tg. Puput Tg. Puput Kg. Gumum Kg. Gumum Menara Tinjau Gumum Pemuliharaan Dataran Banjir Jemberau Denai Tasik Chini

Denai Tasik Chini

Eco Resort Eco Resort Petunjuk Pusat Kraftangan Tasik

PUSAT PELAWAT TAMAN BIOSFERA TASIK CHINI

C1 Pintu Masuk & Pusat Informasi Pelancong

Park & Ride

C2 Tapak Karavan C3 Ecoseum C4 Gastro Hall C5 Wellness Hall

Referensi

Dokumen terkait

Tidak lama kemudian, timbullah perdebatan karena mereka tidak dapat memutuskan siapa yang terbesar di antara mereka, tetapi mereka berbicara dengan suara

Hasil penelitian ditemukan yang tidak memberikan imunisasi campak 42,2% diwilayah kerja puskesmas Padang Pasir, tingkat pendidikan responden rendah

Stabilisasi suhu atau #aga agar suhu badan bayi tetap hangat dengan #alan membungkus badan dengan kain selimut atau pakaian kering dan hangat memakai tutup kepala

Seperti pada initial crack 400, hal yang sama didapati pada initial crack 200 mm dimana distribusi tegangan unsymetric berbeda dengan symetric (unidirectional) dengan

Jika skor rata-rata terletak pada kategori rendah, maka perangkat eksperimen perlu dilakukan revisi berdasarkan saran-saran guru dan siswa sehingga perlu diuji kepraktisan

Az elképzelések arról, hogy Kárpátalja – akkor még a Magyar Rusz, ahogyan azt a helyi ruszinok vagy a cári oroszok nevezték – melyik állam kötelékébe fog

Jika dikaitkan dengan kinerja enzim pada saluran pencernaan ikan, dosis probiotik yang diberikan diduga juga berpengaruh terhadap nilai efisiensi pakannya karena

[r]