• Tidak ada hasil yang ditemukan

KEMPEN PB JOURNEY JUNIOR SAVERS TERMA DAN SYARAT

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "KEMPEN PB JOURNEY JUNIOR SAVERS TERMA DAN SYARAT"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

KEMPEN PB JOURNEY JUNIOR SAVERS TERMA DAN SYARAT

Kempen PB Journey Junior Savers (“Kempen”) ini dilancarkan oleh Public Bank Berhad No. Pendaftaran Syarikat 196501000672 [6463-H] (“PBB”). Terma dan syarat yang berikut akan

mengawal Kempen ini:- 1. Tempoh Kempen

1.1 Kempen ini akan berlangsung dari 2 Ogos 2021 hingga 30 November 2021, termasuk kedua-dua tarikh, atau tarikh lain yang ditentukan oleh PBB (“Tempoh Kempen”). 1.2 Kempen ini boleh didapati di semua cawangan PBB di Malaysia.

2. Kelayakan

2.1 Kempen ini terbuka kepada semua pemegang Akaun Simpanan WISE di bawah

umur 18 tahun (“Kanak-kanak”) yang mana ibu atau bapa/penjaga Kanak-kanak akan mengambil bahagian bagi pihak Kanak-kanak (“Peserta yang Layak”).

2.2 Mereka yang berikut TIDAK layak untuk mengambil bahagian bagi pihak

Kanak-kanak dalam Kempen ini:

a) kakitangan tetap dan/atau kontrak PBB, Public Islamic Bank Berhad (“PIBB”) dan/atau Public Investment Bank Berhad;

b) pelanggan bukan individu iaitu keempunyaan tunggal, perkongsian, entiti korporat, persatuan, kelab, sekolah dan pertubuhan;

c) orang yang tidak waras;

d) orang yang telah diisytiharkan bankrap atau mempunyai prosiding guaman dalam apa jua bentuk terhadapnya; dan

e) orang yang akaunnya yang dipegang dengan PBB culas atau tidak disenggara dengan memuaskan seperti yang ditetapkan oleh PBB.

(2)

3. Mekanisme Kempen

3.1 Produk yang Layak dalam Tempoh Kempen ini adalah seperti yang berikut:-

Bil. Produk yang Layak

1 Akaun Simpanan WISE (WISE)*

2 Deposit Tetap PLUS (PLUS FD)*

3 Aplikasi Mudah Alih PB Journey (PB Journey APP)#

* WISE dan PLUS FD dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia setakat

RM250,000 bagi setiap pendeposit.

# PB Journey APP ialah aplikasi mudah alih bukan kewangan yang dilancarkan

oleh PBB yang boleh dimuat turun daripada Apple App Store, Google Play Store dan HUAWEI AppGallery.

3.2 Sepanjang Tempoh Kempen, Peserta yang Layak yang memenuhi kriteria di bawah ini layak untuk menikmati kadar faedah promosi yang dinyatakan dalam Jadual A di bawah bagi peletakan mereka dalam PLUS FD:-

a) bagi Peserta yang Layak yang tidak mempunyai WISE dengan PBB, perlu membuka satu WISE dengan deposit pembukaan awal sebanyak RM500 (“Amaun Deposit”);

b) bagi Peserta yang Layak yang mempunyai WISE yang sedia ada dengan PBB, perlu menambah nilai sebanyak RM500 dalam WISE yang sedia ada (“Amaun Tambah Nilai”); dan

c) Amaun Deposit dan Amaun Tambah Nilai, mengikut keadaan, akan diuntukkan oleh PBB bagi tempoh selama 4 bulan (“Tempoh Untukkan”). Jadual A

Tempoh

Kadar Faedah Promosi (% setahun) Bukan Pengguna

PB Journey APP

Pengguna PB Journey APP*

(3)

3.3 Peserta yang Layak dikehendaki memberi arahan untukkan mengenai Amaun Deposit atau Amaun Tambah Nilai di cawangan di mana WISE diselenggara. 3.4 Pemegang akaun bagi kedua-dua WISE dan PLUS FD mestilah dalam nama

individu yang sama.

3.5 Peletakan PLUS FD tertakluk pada had minimum dan maksimum seperti yang

berikut:

Peletakan PLUS FD

Minimum Maksimum

RM5,000 setiap resit RM5,000,000

setiap Peserta yang Layak

3.6 Semua wang atau dana yang diletak di bawah Kempen ini mestilah dana baharu.

“Dana baharu” merujuk dana yang bukannya daripada dana sedia ada yang disimpan dalam akaun deposit Peserta yang Layak sama ada dipegang sendiri atau secara bersama-sama dengan seorang lagi yang dikekalkan dengan PBB atau PIBB. Peserta yang Layak mesti melaksanakan peletakan deposit dalam tempoh tujuh (7) hari kalendar mulai tarikh wang atau dana yang dipindahkan atau dikreditkan dalam akaun Peserta yang Layak, jika tidak wang atau dana tidak lagi dianggap sebagai “Dana baharu”.

3.7 Peserta yang Layak dibenarkan untuk membuat beberapa peletakan PLUS FD tertakluk pada had minimum dan maksimum yang dinyatakan pada Fasal 3.5 di atas selagi beliau mempunyai satu (1) Amaun Deposit atau Deposit Tambah Nilai yang diuntukkan di bawah Kempen ini.

3.8 Faedah dikira berdasarkan bilangan hari sebenar.

3.9 Sekiranya Amaun Deposit atau Amaun Tambah Nilai yang diuntukkan dalam WISE dibatalkan, dikeluarkan atau dilepaskan sebelum berakhirnya Tempoh Untukkan bagi apa-apa juga sebab, Peserta yang Layak dikehendaki mengeluarkan semua peletakan PLUS FD yang dibuat di bawah Kempen ini pada hari yang sama walaupun peletakan PLUS FD itu belum matang dan tiada faedah akan dibayar bagi peletakan PLUS FD berkenaan.

(4)

3.10 Sekiranya Peserta yang Layak ingin menutup WISE sebelum peletakan PLUS FD itu matang, Peserta yang Layak dikehendaki mengeluarkan Amaun Deposit atau Amaun Tambah Nilai yang diuntukkan, menutup WISE, mengeluarkan semua peletakan PLUS FD yang dibuat di bawah Kempen ini pada hari yang sama WISE ditutup walaupun peletakan PLUS FD itu belum matang dan tiada faedah akan dibayar bagi peletakan PLUS FD berkenaan.

3.11 Peletakan PLUS FD hanyalah untuk 4 bulan sahaja. Kadar faedah promosi hanya diterima pakai untuk satu (1) kitaran sahaja. PLUS FD akan diperbaharui secara automatik bagi tempoh 4 bulan pada kadar faedah kaunter semasa PBB dan Peserta yang Layak boleh memilih untuk faedah PLUS FD ditambah pada amaun pokok atau dikreditkan dalam WISE yang ditentukan apabila matang berdasarkan peraturan pengoperasian biasa PBB bagi pengkreditan faedah PLUS FD kepada WISE.

3.12 Apa-apa peletakan PLUS FD yang dibuat di bawah Kempen ini dan dikeluarkan sebelum tarikh matang tidak layak untuk mendapat apa-apa faedah.

Syarat di atas masih diterima pakai selepas pembaharuan peletakan PLUS FD. 3.13 Pengeluaran sebahagian peletakan PLUS FD tidak dibenarkan.

3.14 Semua arahan bagi pengeluaran peletakan PLUS FD mesti dibuat dengan memberi arahan bertulis yang jelas dan tepat dan ditandatangani dengan sewajarnya oleh pemegang akaun mengenai pengeluaran dan pelupusan peletakan. PBB berhak untuk menolak / mengelak daripada melaksanakan arahan tersebut sekiranya tandatangan pada dokumen seumpama itu, pada pandangan PBB, berbeza daripada tandatangan contoh dalam sistem PBB, mengikut keadaan. Semua pindaan dalam arahan tersebut hendaklah disahkan dengan tandatangan seperti mana tandatangan contoh dalam sistem PBB.

3.15 Semua peletakan deposit yang dibuat di bawah Kempen ini tidak boleh dicagarkan sebagai cagaran untuk apa overdraf, kemudahan tunai-i atau apa-apa kemudahan atau pembiayaan lain.

3.16 Kempen ini tidak sah dengan promosi produk lain yang ditawarkan serentak oleh PBB selain daripada Kempen PB Journey APP.

(5)

4. Terma dan Syarat Am

4.1 Dengan mengambil bahagian dalam Kempen ini, Peserta yang Layak bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat ini, terma dan syarat yang mengawal Produk yang Layak, terma dan syarat yang mengawal PB engage dan terma dan syarat yang mengawal PB Journey APP (termasuk apa-apa pindaan, perubahan dan/atau semakan semula terma dan syarat berkenaan) [secara kolektif dipanggil sebagai “Terma dan Syarat Lain”]. Sekiranya terdapat percanggahan antara terma dan syarat ini dengan terma dan syarat yang mengawal Produk yang Layak, terma dan syarat ini akan diterima pakai bagi tujuan Kempen ini.

4.2 Peserta yang Layak mengaku dan bersetuju bahawa rekod urus niaga yang disenggara oleh PBB dan keputusan PBB berkaitan dengan Kempen ini adalah muktamad, konklusif dan mengikat ke atas mereka. PBB tidak akan melayani apa-apa rayuan atau surat-menyurat daripada mana-mana Peserta yang Layak.

4.3 Peserta yang Layak bersetuju dan memberi keizinan mereka kepada PBB untuk memproses, mengumpul, menggunakan dan menyimpan semua maklumat mereka berkaitan dengan Produk yang Layak dan Produk yang Diinsuranskan yang Layak bagi tujuan Kempen ini.

4.4 PBB tidak akan dipertanggungjawabkan dan/atau bertanggungjawab bagi apa-apa bentuk apa sekali pun yang timbul atau dialami oleh Peserta yang Layak dan/atau pihak ketiga yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung daripada Kempen ini, kecuali dibuktikan bahawa ia disebabkan kecuaian atau salah laku yang disengajakan oleh PBB berkaitan dengan Kempen ini.

4.5 PBB tidak akan dipertanggungjawabkan dan/atau bertanggungjawab bagi apa-apa salah tafsiran atau salah gambaran fakta oleh pihak ketiga yang tidak dibenarkan berkaitan dengan Kempen ini.

4.6 Sejauh mana dibenarkan oleh undang-undang, PBB secara nyata mengecualikan dan menolak apa-apa representasi, jaminan atau pengesahan, secara nyata atau tersirat, bertulis atau lisan, tanpa pengehadan bagi yang disiarkan dalam media massa, bahan pemasaran atau pengiklanan yang berkaitan dengan Kempen ini. 4.7 Sekiranya terdapat ketidakseragaman antara terma dan syarat ini dengan apa-apa

iklan, kempen, promosi, publisiti dan bahan lain yang berkaitan dengan Kempen ini, terma dan syarat Kempen ini akan diterima pakai.

(6)

4.8 PBB berhak untuk:

a) membuat penambahan, memotong atau mengubah terma dan syarat ini, dari semasa ke semasa, sepenuhnya atau sebahagiannya, dengan memberi notis awal selama dua puluh satu (21) hari kalendar terlebih dahulu kepada Peserta yang Layak melalui penulisan di laman web PBB, mempamerkan notis di cawangan PBB atau kaedah lain yang akan ditentukan oleh PBB dari semasa ke semasa.

b) membatalkan, menarik balik, menggantung atau menamatkan Kempen ini sebelum berakhirnya Kempen ini, sepenuhnya atau sebahagiannya, dengan memberi notis awal selama dua puluh satu (21) hari kalendar terlebih dahulu kepada Peserta yang Layak melalui penulisan di laman web PBB, mempamerkan notis di cawangan PBB atau kaedah lain yang akan ditentukan oleh PBB dari semasa ke semasa. Bagi mengelakkan keraguan, apa-apa pembatalan, penarikan balik, penggantungan atau penamatan tidak akan melayakkan Peserta yang Layak untuk apa-apa tuntutan atau ganti rugi terhadap PBB bagi mana-mana atau semua kerugian atau ganti rugi yang ditanggung atau dialami oleh Peserta yang Layak.

c) menyemak semula kadar faedah promosi di bawah kempen ini dengan memberi notis awal kepada Peserta yang Layak dengan menulis dalam laman web PBB, mempamerkan notis di cawangan PBB atau kaedah lain yang akan ditentukan oleh PBB dari semasa ke semasa.

4.10 Terma dan syarat ini akan dibaca dan ditafsir menurut undang-undang Malaysia, dan Peserta yang Layak bersetuju untuk mematuhi bidang kuasa bukan eksklusif mahkamah di Malaysia.

4.11 Peserta yang Layak boleh membaca Notis Kerahsiaaan PBB yang menyatakan bagaimana PBB menggunakan maklumat mereka melalui www.pbebank.com atau mana-mana cawangan PBB.

*********************************************************************** Ruang Selebihnya pada Muka Surat ini Sengaja Dibiarkan Kosong

Referensi

Dokumen terkait

Pada diagnosa ketiga menyusun intervensi untuk mengatasi masalah kurang aktivitas bermain adalah kaji aktivitas yang di sukai klien seperti bermain, bercerita dan belajar

Adapun tujuan penelitian ini dilakukan adalah untuk mengetahui apakah hasil belajar kognitif siswa dengan menggunakan strategi pembelajaran aktif tipe course review

Model logit regresi ZIP menjelaskan bahwa probabilitas penderita TBC dalam satu rumah tangga tidak dipengaruhi oleh jumlah anggota rumah tangga dengan jenis pekerjaan utama

7.1 Dengan mengambil bahagian dalam Program ini, Peserta yang Layak bersetuju untuk mematuhi terma dan syarat ini, terma dan syarat yang mengawal Akaun

KERJA JENIS HIDANGAN YANG PENYAJIAN... Perintis Kemerdekaan

5.1 Dengan menyertai Kempen ini, Pelanggan yang Layak dan/atau mana-mana pihak yang dinyatakan di sini memberi kebenaran dan bersetuju untuk terikat dengan terma dan

4.1 Dengan mengambil bahagian dalam Program Ganjaran ini, Peserta yang Layak bersetuju untuk mematuhi terma dan syarat ini, terma dan syarat yang mengawal Produk

a) Menambah, memotong atau mengubah terma dan syarat ini, dari semasa ke semasa, sepenuhnya atau sebahagiannya, dengan memberi notis awal selama dua puluh satu (21)