• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pelajar Baru Sesi Jun 2013

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Pelajar Baru Sesi Jun 2013"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

KM 22, JALAN MATANG BEG BERKUNCI 3094

93050 KUCHING 082-845596, 082-845597

Panduan Pendaftaran ini memuatkan (3) TIGA bahagian:

A: Maklumat Am B: Panduan Mendaftar

C: Peta Lokasi Politeknik Kuching Sarawak

ARAHAN:

1. Baca dengan teliti maklumat yang terkandung di dalam panduan ini, sila ambil tindakan yang berkaitan dengan segera.

2. Lengkapkan semua borang yang terdapat di dalam panduan ini.

3. Bawa Panduan Pendaftaran yang telah dilengkapkan semasa mendaftar diri di politeknik.

4. Borang Hal Ehwal Pelajar (HEP) boleh dicetak melalui laman sesawang www.politeknik.edu.my.

Pelajar Baru Sesi Jun 2013

Disediakan oleh:

Pejabat Hal Ehwal Pelajar, PKS Edisi ke-18(Jun 2013)

Jika ada cadangan sila kemukakan ke pejabat ini.

(2)

ISI KANDUNGAN

Page

Bahagian A: Maklumat Am 1

Bahagian B: Panduan Mendaftar 5

Pelan Lokasi Politeknik Kuching Sarawak 10

(3)

1 | P a g e

Bahagian A: MAKLUMAT AM

Baca maklumat berikut dengan teliti dan ambil tindakan yang sewajarnya.

1. PANDUAN UNTUK KE KAMPUS POLITEKNIK KUCHING SARAWAK (PKS) Sila rujuk pelan lokasi kampus PKS yang disertakan di bahagian belakang panduan ini.

2. PERINGATAN SEBELUM PENDAFTARAN

a) Bawa semua dokumen asal pada hari pendaftaran. Pendaftaran anda akan ditolak sekiranya anda gagal megemukakan dokumen-dokumen tersebut.

Politeknik KPT (Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia) berhak menarik balik tawaran belajar di PKS sekiranya terdapat percanggahan maklumat diantara dokumen asal dengan maklumat yang telah anda beri semasa memohon ke politeknik.

b) Lengkapkan semua borang yang terdapat di dalam Panduan Pendaftaran ini sebelum pendaftaran.

3. BAYARAN SEMASA PENDAFTARAN

Semua pelajar perlu menjelaskan bayaran berikut sebelum anda didaftarkan:- a) Yuran pengajian RM200.00 per semester.

Sila rujuk kaedah bayaran seperti yang diperincikan dalam Jadual Kutipan PKS (helaian berasingan)

b) Bayaran tambahan adalah seperti yang diperincikan dalam Jadual Kutipan PKS (helaian berasingan).

Sebarang aduan boleh juga dibuat dengan menggunakan email : pkualiti@poliku.gov.my 4. KEMUDAHAN TEMPAT TINGGAL/TAWARAN KAMSIS(ASRAMA)

Kemudahan kamsis adalah terhad. Walau bagaimanapun pihak politeknik berusaha menyediakan kemudahan tersebut kepada semua pelajar baru semester satu. Untuk semester berikutnya anda perlu bersedia mengatur sendiri penginapan anda jika tidak ditawarkan kamsis.

5. BANTUAN KEWANGAN

PKS TIDAK menjamin sebarang bantuan biasiswa/pinjaman kewangan kepada pelajar. Tawaran biasiswa/pinjaman adalah diluar bidang kuasa politeknik.

Adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk menyediakan wang perbelanjaan secukupnya untuk sara hidup, pengangkutan, alatan pembelajaran, buku dan lain-lain.

 Pinjaman daripada PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN) ditawar untuk pelajar Program Diploma.

(4)

2 | P a g e Pelajar yang layak memohon pinjaman PTPTN* dikehendaki membawa dokumen berikut;

(Semua salinan dokumen kertas bersaiz A4 warna putih hendaklah DISAHKAN terlebih dahulu oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A dan ke atas/ Penghulu dan yang setaraf)

i. Satu salinan MyKad pemohon.

ii. Satu salinan Mykad ibubapa kandung.

iii. Satu salinan surat tawaran kemasukan pemohon ke politeknik.

iv. Satu salinan slip keputusan SPM (2012)/Sijil bagi SPM tahun 2012 dan sebelumnya.

v. Satu salinan slip simpanan atau slip deposit Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB) yang mengandungi maklumat nama dan nombor akaun pemohon (hanya akaun BIMB sahaja yang diterima oleh PTPTN untuk pelajar politeknik)

vi. Satu salinan penyata pendapatan penjaga** ;

 Slip gaji atau Borang J yang terkini (bagi yang bermajikan) atau

 Surat pengesahan pendapatan yang disahkan oleh Penghulu atau Pegawai Kerajaan Kumpulan A (bagi yang bekerja sendiri)

vii. Salinan Sijil Kematian sekiranya ibu/bapa kandung telah meninggal dunia.

viii. Surat Akuan Sumpah sekiranya ibu/bapa kandung tidak dapat dikesan. Dalam surat akuan sumpah kepada PTPTN mestilah menerangkan ibu/bapa kandung TIDAK DAPAT

DIKESAN.

* Sila rujuk laman web PTPTN: www.ptptn.gov.my untuk maklumat lebih lanjut.

** Penjaga bergantung kepada individu yang diletakkan oleh pemohon dalam permohonan samaada ibu/bapa atau saudara yang lain.

6. RUPA DIRI

Tertakluk kepada semua peraturan bertulis di politeknik sepanjang berada di dalam kampus (bermula pada hari pendaftaran). Peraturan lain ada dinyatakan dalam buku peraturan berasingan.

Pelajar hendaklah sentiasa berpakaian kemas, bersih, sopan dan menutup aurat (bagi pelajar Islam).

Semua jenis pakaian yang menjolok mata adalah dilarang.

1. Pakaian dan Rupa Diri Pelajar Lelaki Baju

a) Baju kemeja berlengan panjang atau pendek / t-shirt berkolar.

b) Penggunaan tali leher digalakkan

c) Baju Melayu (Baju Kebangsaan) yang lengkap sepasang, bersamping, bersongkok hitam dan berkasut.

d) Baju hendaklah sentiasa “dibutangkan sepenuhnya” dan dimasukkan dalam seluar.

Seluar

a) Seluar “slack” panjang SAHAJA (warna gelap). Seluar “jeans” TIDAK DIBENARKAN!”

Kasut

a) Berkasut dan bersetokin sahaja.

b) Kasut berladam logam yang berbunyi bising adalah dilarang.

(5)

3 | P a g e Penutup Kepala

a) Songkok hitam SAHAJA (kecuali Sikh).

b) Pemakaian topi untuk kerja luar mengikut arahan pensyarah.

Rambut

a) Rambut pendek dan kemas. Aras belakang tidak melebihi paras kolar baju, aras tepi tidak melebihi setengah paras telinga dan aras depan tidak melebihi aras dahi.

b) Rambut berfesyen seperti “afro”, “punk”, berekor dan “diwarnakan” adalah dilarang.

c) Tidak botak kecuali yang disyariatkan agama.

Perhiasan

Sebarang bentuk perhiasan dilarang.

2. Pakaian dan Rupa Diri Pelajar Perempuan

a) Pakaian yang menutup aurat, bertudung kepala (pelajar Islam), bersih, kemas dan sopan.

b) Pakaian yang tidak menjolok mata (contoh pakaian yang menjolok mata ialah pakaian yang ketat, jarang, pendek, berbelah, nipis dan mendedahkan mana-mana bahagian badan seperti dada, bahu, perut, belakang dan peha.)

c) Pakaian hendaklah berlengan panjang sampai ke pergelangan tangan.

d) Skirt hendaklah melepasi lutut.

e) T-shirt berkolar sahaja.

Seluar

a) Seluar “slack” panjang dan tidak ketat. Seluar “jeans” TIDAK DIBENARKAN!”

Kasut

a) Hendaklah sesuai untuk kerja di pejabat.

b) Kasut yang berladam logam yang berbunyi bising dilarang.

Rambut

a) Hendaklah kemas dan beridentitikan seorang pelajar perempuan.

b) Rambut berfesyen seperti “afro”, “punk”, berekor dan “diwarnakan” dilarang.

Perhiasan

a) Tidak digalakkan memakai barang kemas yang berlebihan.

b) Mencukur bulu kening dan solekan yang berlebihan dilarang.

7. DOKUMEN PERJALANAN (PAS PELAJAR)

Pelajar dari Semenanjung dan Sabah dikehendaki oleh pihak Imigresen untuk membawa Dokumen Perjalanan. Sila rujuk kepada Pejabat Imigresen yang berhampiran. Permohonan untuk Pas Belajar perlu dibuat setelah mendaftar melalui Pejabat Hal Ehwal Pelajar PKS.

8. HAL-HAL LAIN

a) Pelajar hendaklah juga membawa pakaian sukan seperti “track-bottom”, baju T(keutamaan putih) dan berkolar, kasut dan stokin sukan. Pelajar Islam hendaklah sentiasa berpakaian sukan yang menutup aurat.

b) Pelajar Islam juga hendaklah membawa pakaian solat yang lengkap.

(6)

Panduan Mendaftar Pelajar Baru Sesi Jun 2013 (Tarikh Kemaskini: 20 Mei 2013)

5 | P a g e

Bahagian B: PANDUAN MENDAFTAR

Anda dinasihatkan supaya membaca maklumat dan arahan di bawah dengan teliti. Anda tidak akan didaftarkan sekiranya mana-mana perkara yang disebutkan di bawah tidak dipenuhi.

1. PENDAFTARAN SECARA ATAS TALIAN (ONLINE)

1.1 Pelajar baru dikehendaki untuk mendaftar secara atas talian sebelum mendaftar di Politeknik Kuching Sarawak.

1.2 Sila rujuk di laman web www.politeknik.edu.my untuk tarikh mula dan tarikh tutup pendaftaran secara atas talian. Setelah tempoh pendaftaran telah ditutup, anda tidak lagi boleh membuat pendaftaran. Sila hubungi Jab. Hal Ehwal Pelajar PKS sekiranya anda tidak sempat membuat pendaftaran online.

1.3 Pastikan anda telah membuat pembayaran yuran pengajian/asrama dan bayaran pendaftaran sebelum anda dibenarkan membuat pendaftaran online. (Lihat perkara 3.5)

1.4 Untuk perincian dan manual pendaftaran, sila rujuk Manual Pendaftaran Online Pelajar Baru.

2. HARI PENDAFTARAN

Tarikh dan waktu pendaftaran adalah seperti yang dinyatakan dalam surat tawaran daripada Bahagian Pengurusan Politeknik, Jabatan Pengurusan Politeknik. Maklumat tambahan ada dinyatakan dalam surat iringan daripada Politeknik Kuching.

(Jika anda tidak mendaftar pada tarikh, masa dan tempat yang telah ditetapkan bermakna anda menolak tawaran ini.)

3. DOKUMEN YANG MESTI DIBAWA PADA HARI PENDAFTARAN:- 3.1 BAGI CALON LEPASAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)

3.1.1 Mykad

3.1.2 Slip BIMB (Yuran Pengajian & Yuran Kamsis) dan slip Bayaran Pendaftaran (Tabung Amanah Pelajar dan Koperasi)

3.1.3 Surat Tawaran ke politeknik (Cetakan dari Internet: www.politeknik.edu.my) 3.1.4 Sijil atau Slip Keputusan Peperiksaan SPM/SPM(V)

3.1.5 Sijil Berhenti Sekolah

3.1.6 Dokumen ko-kurikulum yang berkaitan (terutamanya mewakili negara dan negeri) 3.1.7 Surat Akuan/Testimonial Sekolah (jika berkaitan)

3.1.8 Borang-borang Pendaftaran berikut yang telah lengkap diisi (Boleh diperolehi melalui web www.politeknik.edu.my ):-

a) HEP 1 Borang Maklumat Pelajar b) HEP 2 Laporan Pemeriksaan Doktor

c) HEP 3 Kebenaran Ibubapa / Penjaga Untuk Rawatan Pembedahan d) HEP 4 Ikrar Pelajar Dan Lepas Tanggung

e) HEP 5 Akuan Pelajar f) HEP 6 Aku Janji Pelajar

(7)

Panduan Mendaftar Pelajar Baru Sesi Jun 2013 (Tarikh Kemaskini: 20 Mei 2013)

6 | P a g e (Jika anda tidak mengemukakan dokumen-dokumen ASAL, pendaftaran anda DITOLAK)

3.2 BAGI CALON LEPASAN SIJIL POLITEKNIK MALAYSIA

3.2.1 Mykad

3.2.2 Slip BIMB (Yuran Pengajian & Yuran Kamsis) dan slip Bayaran Pendaftaran (Tabung Amanah Pelajar dan Koperasi)

3.2.3 Surat Tawaran ke politeknik (Cetakan dari Internet: www.politeknik.edu.my) 3.2.4 Transkrip keputusan peperiksaan atau slip peperiksaan (sem 1 – sem akhir) 3.2.5 Sijil Politeknik KPT (Sekiranya telah konvokesyen)

3.2.6 Dokumen ko-kurikulum semasa belajar di Politeknik KPT

3.2.7 Borang-borang Pendaftaran berikut yang telah lengkap diisi (Boleh diperolehi melalui web www.politeknik.edu.my ):-

a) HEP 1 Borang Maklumat Pelajar b) HEP 2 Laporan Pemeriksaan Doktor

c) HEP 3 Kebenaran Ibubapa / Penjaga Untuk Rawatan Pembedahan d) HEP 4 Ikrar Pelajar Dan Lepas Tanggung

e) HEP 5 Akuan Pelajar f) HEP 6 Aku Janji Pelajar

(Jika anda tidak mengemukakan dokumen-dokumen ASAL, pendaftaran anda DITOLAK)

3.3 BAGI CALON LEPASAN SIJIL KOLEJ KOMUNITI

3.3.1 Mykad

3.3.2 Slip BIMB (Yuran Pengajian & Yuran Kamsis) dan slip Bayaran Pendaftaran (Tabung Amanah Pelajar dan Koperasi)

3.3.3 Surat Tawaran ke politeknik (Cetakan dari Internet: www.politeknik.edu.my)

3.3.4 Transkrip keputusan peperiksaan atau slip peperiksaan (sem 1 – sem akhir) –dikeluarkan oleh bahagian Peperiksaan Kolej Komuniti KPT

3.3.5 Sijil Kolej Komuniti KPT (Sekiranya telah konvokesyen) 3.3.6 Dokumen ko-kurikulum semasa belajar di Kolej Komuniti KPT

3.3.7 Borang-borang Pendaftaran berikut yang telah lengkap diisi (Boleh diperolehi melalui web www.politeknik.edu.my ):-

a) HEP 1 Borang Maklumat Pelajar b) HEP 2 Laporan Pemeriksaan Doktor

c) HEP 3 Kebenaran Ibubapa / Penjaga Untuk Rawatan Pembedahan d) HEP 4 Ikrar Pelajar Dan Lepas Tanggung

e) HEP 5 Akuan Pelajar f) HEP 6 Aku Janji Pelajar

(8)

Panduan Mendaftar Pelajar Baru Sesi Jun 2013 (Tarikh Kemaskini: 20 Mei 2013)

7 | P a g e (Jika anda tidak mengemukakan dokumen-dokumen ASAL, pendaftaran anda DITOLAK)

3.4 Tiga (3) keping (termasuk yang dilekatkan pada borang) gambar warna yang terbaru ukuran paspot/lesen memandu. Semua pelajar lelaki hendaklah bertali leher dan berambut pendek ketika bergambar. Pelajar perempuan pula, berpakaian yang tidak mendedahkan bahagian bahu dan dada. Pelajar perempuan Islam hendaklah bertudung. Sila catatkan nama, no Mykad dan kursus anda di belakang setiap keping gambar.

3.5 Bayaran yang perlu dijelaskan sebelum pendaftaran.

Sila rujuk Jadual Kutipan PKS untuk mengetahui jumlah yang perlu dibayar sebelum pendaftaran.

Adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk menyediakan wang perbelanjaan secukupnya untuk sara hidup, pengangkutan, alatan pembelajaran, buku dan lain-lain.

4. AKTIVITI KAUNTER PENDAFTARAN

1. Pendaftaran dijalankan atas kepercayaan bahawa calon telah memberi maklumat dan salinan dokumen yang disahkan dengan jujur dan betul. Sekiranya didapati ada maklumat palsu dan bercanggah dengan dokumen asal pada bila-bila masa, maka pendaftaran akan dibatalkan dan wang bayaran tidak dikembalikan.

2. Kerjasama adalah diperlukan agar calon pelajar sahaja yang memasuki dewan pendaftaran, ibubapa dan pengiring boleh menunggu di tempat yang disediakan di luar dewan.

3. Pelajar hendaklah mengikut arahan Ahli Jawatankuasa Pendaftaran agar pendaftaran dapat dijalankan dengan lancar dan selesa kepada semua pihak.

4. Minggu Suaikenal (MSK)

a) Semua pelajar baru semester satu dan pelajar integrasi (lepasan Sijil Politeknik dan Kolej Komuniti) DIWAJIBKAN mengikuti program Minggu Suaikenal yang bermula pada petang hari pendaftaran. Ianya berlangsung selama tiga atau empat hari. Segala urusan lain hendaklah diuruskan diluar waktu program tersebut.

b) Pelajar lelaki dikehendaki memakai seluar “slack” hitam dan pelajar perempuan memakai kain sarung/skirt labuh hitam sewaktu sesi taklimat/ceramah.

c) Pakaian sukan juga perlu dibawa untuk aktiviti sukan.

d) Semua pelajar diwajibkan membawa payung sebagai persediaan menghadapi cuaca.

(9)

Panduan Mendaftar Pelajar Baru Sesi Jun 2013 (Tarikh Kemaskini: 20 Mei 2013)

8 | P a g e 5. Senarai Program mengikut jabatan

Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA)

Diploma Kejuruteraan Awam (DKA)

Diploma Kejuruteraan Perkhidmatan Bangunan (DPB)

Diploma Ukur Tanah (DUT)

Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM)

Diploma Kej. Mekanikal (DKM)

Diploma Kej. Mekanikal (Pembuatan) (DTP)

Diploma Kej. Mekanikal (Automatif) (DAD)

Diploma Kej. Mekanikal (Penyamanan Udara &

Penyejukbekuan) (DPU)

Jabatan Perdagangan (JP)

Diploma Akauntansi (DAT)

Diploma Pengajian Perniagaan (DPM)

Jabatan Kejuruteraan Petrokimia (JKPK)

Diploma Kejuruteraan Proses (Petrokimia) (DPE)

Jabatan Teknologi Maklumat &

Komunikasi (JTMK)

Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) (DIP)

Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian)(DNS)

Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE)

Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) (DKE)

(10)

Panduan Mendaftar Pelajar Baru Sesi Jun 2013 (Tarikh Kemaskini: 20 Mei 2013)

9 | P a g e 6. Senarai Nama Pegawai PKS

Untuk membantu anda mengenali dan mengingati pegawai-pegawai di peringkat pengurusan politeknik ini, sila catatkan nama-nama pegawai-pegawai berikut;

Pengarah

Timbalan Pengarah Akademik Timbalan Pengarah Sokongan Akademik

Ketua Jabatan Jabatan Perdagangan:

Jabatan Kejuruteraan Mekanikal:

Jabatan Kejuruteraan Elektrik:

Jabatan Kejuruteraan Awam:

Jabatan Matematik, Sains & Komputer:

Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi:

Jabatan Kejuruteraan Petrokimia:

Jabatan Pengajian Am:

Jabatan Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar

Pegawai Kanan Pegawai Hal Ehwal Pelajar:

(Pengambilan dan Data) Pegawai Hal Ehwal Pelajar:

(Kebajikan dan Disiplin) Pengetua Kamsis:

Pegawai Pengurusan Kualiti Pegawai Psikologi:

Pegawai Peperiksaan:

Pegawai Latihan & Pendidikan Lanjutan:

Pegawai Perhubungan & Latihan Industri:

Pegawai Sukan, Ko-Kurikulum & Kebudayaan:

Pegawai Perpustakaan:

Pegawai Sistem Maklumat : Pegawai Multimedia dan Sumber:

Pegawai Pembangunan & Senggaraan:

Pegawai Eksekutif Tertinggi:

Lain-lain Pegawai Pendaftaran Politeknik

Pegawai Disiplin Politeknik:

Pegawai Disiplin Jabatan anda:

Pegawai Biasiswa Politeknik:

Pegawai Biasiswa Jabatan anda:

Penasihat Akademik anda:

(11)

10 | P a g e

PELAN LOKASI POLITEKNIK KUCHING SARAWAK

Kampus Politeknik Kuching

KM 22 Jln. Matang

Kenderaan Awam:

(Tambang tertakluk kpd perubahan)

Teksi

a) Dari LTAB Kuching ke PKS RM40.00 b) Dari LTAB Kuching ke

Bandaraya Kuching RM29.00

Bas

a) Dari LTAB Kuching ke

Bandaraya (No. 12A “Hijau”) RM2.00 b) Dari Bandaraya Kuching ke

PKS (No.11 “Kuning”) RM1.80

Van Teksi

a) Dari Bandaraya Kuching ke

PKS RM4.00

S u n g a i S a r a w a k ke Telaga Air

S u n g a i C i n a

Red Bridge

PETRONAS

dari Bandaraya Kuching Jalan Matang

Sek. Men.

Teknik

Jambatan Satok Jalan Matang

Baru

Tmn Matang Jaya

Referensi

Dokumen terkait

Kegunaan dari abutmen ini adalah untuk membuat tegangan yang terjadi akibat dorongan lengkung menurun sampai pada titik yang bisa dipikul oleh tanah karena tanah mampu

Hal ini menyangkut obyek penelitian berupa minyak bumi dan gas kaitanya dengan pertumbuhan ekonomi, selain untuk melihat kerja ekspor bahan primer dalam pertumbuhan ekonomi suatu

stakeholders telah teridentifikasi delapan sub-elemen tujuan pengelolaan, yaitu (1) melindungi danau dari kerusakan ekologi, (2) pengaturan pemanfaatan

Variabel yang digunakan untuk penelitian yaitu Firm Value sebagai variabel dependen, Sedangkan Board Size, Separation of COB and CEO, Independent Board, Audit Committee,

Puji dan syukur penulis panjatkan Kehadirat Tuhan Yang Maha Kuasa atas segala berkat dan karunia-Nya, sehingga penulis dapat menyelesaikan skripsi ini yang berjudul : “Pelaksanaan

Rabu, 25 Juni 2014 Acara dialog publik 09.00 Wita Aula kantor bupati Wabup Rabu, 25 Juni 2014 Sosialisasi Bantuan Stimulan Perumahan Swadaya 14.00 Wita Kantor DEsa Mumbul

Akan tetapi, gereja non-Yahudi yang kemudian, telah gagal (sengaja atau tidak) untuk membedakan perbedaan yang signifikan antara kata “Tu[h]an” (“Lord”) yang

Tenaga Kerja Harian Lepas adalah Tenaga Kerja yang bekerja pada Pengusaha untuk melakukan pekerjaan tertentu yang berubah-ubah dalam hal waktu maupun kontinyuitas