• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENGARUH KEPEMIMPINAN TRANSFORMASI PENGETUA TERHADAP EFIKASI GURU DI TIGA JENIS SEKOLAH MENENGAH AGAMA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "PENGARUH KEPEMIMPINAN TRANSFORMASI PENGETUA TERHADAP EFIKASI GURU DI TIGA JENIS SEKOLAH MENENGAH AGAMA"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

875

PENGARUH KEPEMIMPINAN TRANSFORMASI PENGETUA TERHADAP EFIKASI GURU DI TIGA JENIS SEKOLAH MENENGAH

AGAMA

Mohd Nor Jaafar Jazmi Md Isa

Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Kolej Sastera dan Sains, Universiti Utara Malaysia, 06010 Sintok, Kedah

Abstrak

Kajian ini bertujuan mengenalpasti hubungan kepemimpinan transformasi pengetua dengan efikasi kendiri guru-guru sekolah agama di negeri Kedah. Kajian juga bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor dalam kepemimpinan transformasi seperti karisma, bertimbang rasa secara individu, merangsang intelek dan motivasi inspirasi yang paling kuat mempengaruhi pembolehubah bebas efikasi kendiri guru. Alat ukur efikasi kendiri guru menggunakan soal selidik Teacher Sense of Efficacy Scale (TSES) yang dibina oleh Tschannen-Moran dan Woolfolk Hoy (2001) yang mengandungi 12 soalan. Semua data dikumpuldari 607 respondenmerangkumi 16 buah SAR, 14 buah SABK dan 12 buahMaktab Mahmud. Keputusan analisis data melalui ujian korelasi Pearson dan analisis regresi linear berbilang Step wise menunjukkan tingkah laku kepemimpinan transformasi pengetua mempunyai hubungan yang signifikan dan sederhana dengan efikasi kendiri guru. Manakala hanya factor karisma pengetua dalam pembolehubah bebas kepemimpinan transformasi pengetua dilihat dominan dalam mempengaruhi efikasi kendiri guru berbanding factor bertimbang rasa secara individu, merangsang intelek dan motivasi inspirasi.

Kata kunci: Kepemimpinan transformasi; efikasi kendiri guru dan sekolah agama negeri Kedah

LATAR BELAKANG

Kepemimpinan sekolah hari ini menjadi suatu profesion yang amat mencabar.Sebagai pemimpin yang dilantik secara formal dalam organisasi sekolah, pengetua memainkan peranan penting sebagai pemimpin dan pengurus di sekolah.Kejayaan sesebuah sekolah mempunyai kaitan rapat dengan gaya kepemimpinan pengetua (Abdul Shukor,1995). Ini bermaksud peranan pengetua bukan sahaja setakat memastikan kesinambungan struktur dan sistem sekolah sahaja tetapi juga mampu menggerakkan para guru untuk berubah supaya sekolah berkenaan lebih sensitif dan bergandingan bagi menangani arus perubahan yang melanda sistem pendidikan. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, Wan Zahid (1994) telah menegaskan untuk merealisasikan wawasan pendidikan negara sejajar dengan wawasan 2020, pemimpin dalam bidang pendidikan perlu mempunyai ilmu pengetahuan yang luas, sahsiah dan akhlak yang baik, serta keberanian mencuba dan mengambil risiko. Aminudin (1990) mendapati bahawa hubungan positif antara pengetua dengan guru-guru akan memberi impak yang

(2)

876

besar kepada tingkah laku guru di sesebuah sekolah dan seterusnya memberi impak kepada pencapaian pelajar.

PERNYATAAN MASALAH

Hasil kajian lampau menunjukkan bahawa kualiti kepemimpinan pengetua memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan dan keberkesanan sesebuah sekolah (Hills, 1982; Powell, Farrar dan Cohen, 1985; Etzioni, 1998).Selain itu, pemimpin sekolah yang mempunyai hubungan baik dengan guru mampu mendapat kerjasama yang baik daripada guru untuk membantu mencapai matlamat organisasi (Owens 1995; Hoy & Miskel 1996; Lunenberg & Ornstein, 2000).Menurut Zaidatul Akmaliah (2005) kepemimpinan transformasi dapat merangsang orang lain supaya yakin kepada kebolehan dan potensi yang ada pada dirinya. Pengetua yang mengamalkan kepemimpinan transformasi dapat meningkatkan tahap efikasi-kendiri guru.Penggunaan kebolehan tersebut secara tidak langsung dapat membawa sekolah ke arah yang lebih cemerlang.Berdasarkan pandangan Bass dan Avolio (1990) pula kepemimpinan transformasi pengetua dilihat mampu mengangkat efikasi kendiri guru ke arah pengeluaran hasil di luar jangkaan.Di samping itu Tschannen-Moran (1998) turut mencadangkan satu model baru yang meramalkan kepemimpinan pengetua yang boleh mempengaruhi efikasi-kendiri guru.

OBJEKTIF KAJIAN

Tujuan utama kajian ini ialah untuk melihat adakah kepemimpinan transformasi pengetua dan efikasi kendiri guru diamalkan di sekolah agama.Kajian juga bertujuan untuk meninjau sejauh mana pengaruh kepemimpinan transformasi pengetua terhadap efikasi kendiri.

Secara khusus objektif kajian ini adalah untuk:

I. Mengkaji tingkah laku kepemimpinan transformasi pengetua berdasarkan perbezaan tiga jenis sekolah agama.

II. Mengkaji tingkah laku efikasi kendiri guru berdasarkan perbezaan tiga jenis sekolah agama.

(3)

877

III. Mengkaji pengaruh kepemimpinan transformasi pengetua terhadap efikasi kendiri guru di sekolah agama.

SOALAN KAJIAN

Berdasarkan objektif kajian yang dinyatakan, soalan-soalan kajian adalah seperti berikut:

I. Adakah tingkah laku kepemimpinan transformasi pengetua berbeza berdasarkan jenis sekolah agama.

II. Adakah tingkah laku efikasi kendiri guru berbeza berdasarkan jenis sekolah agama.

III. Adakah kepemimpinan transformasi pengetua boleh mempengaruhi efikasi kendiri guru di sekolah agama.

TINJAUAN LITERATUR

Terdapat pelbagai nama dan teori tentang kepemimpinan (Bass,1990). Salah satu daripadanya ialah kepemimpinan transformasi.Konsep kepemimpinan transformasi mula diperkenalkan oleh Burns (1978) dan kemudiannya dikembangkan oleh Bass (1985). Bass (1990) menggambarkan kepemimpinan transformasi ini sebagai memiliki prestasi dan keupayaan membangkitkan kesedaran pengikutnya ke arah merealisasikan kepentingan organisasi di samping membantu mereka meneroka dan menjangkau lebih dari kepentingan peribadi.Burns(1978) dalam pengamatannya terhadap kepemimpinan membuat kesimpulan yang menarik apabila menyatakan bahawa pemimpin sekolah merupakan antara contoh kepemimpinan transformasi kerana berupaya membawa perubahan kepada sebahagian besar tingkah laku guru-guru dan murid-muridnya.

Leithwood (1992) telah memberikan pandangan berkaitan pemimpin transformasi sekolah dengan menyatakan bahawa kepemimpinan transformasi di sekolah banyak memberikan penekanan untuk mencapai tiga matlamat utama iaitu membantu guru membentuk, memperkembang, dan juga mengekalkan budaya kerja professional dan semangat bekerjasama, memupuk perkembangan profesional guru dan membantu menyelesaikan masalah secara efektif.Hipp (1996) pula berpandangan bahawa para pengetua berperanan dalam

(4)

878

mempengaruhi tingkah laku efikasi kendiri guru, dan guru pula mempunyai pengaruh yang positif ke atas pencapaian matlamat sekolah (Hipp, 1996).

Manakala menurut Bandura (1997) pula banyak kajian tentang perkaitan antara kepercayaan guru dengan tingkah laku telah dijalankan. Natijahnya, kepercayaan boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu kepercayaan tentang efikasi yang merujuk kepada keberkesanan pengajaran dan keupayaan untuk melaksanakan sesuatu tugas (Bandura,1997) dan kedua ialah kepercayaan terhadap pengajaran dan pembelajaran.

Sejak berdekad yang lalu para penyelidik telah mengenal pasti efikasi kendiri guru, iaitu sejauh mana seseorang guru yakin bahawa mereka mempunyai pengaruh ke atas prestasi murid (Ashton, 1984) atau kepercayaan dan keyakinan terhadap kekuatan, kebolehan dan keupayaan diri untuk mengajar (Gibson &

Dembo, 1985). Solomon (2007) dalam kajiannya berkaitan hubungan antara kepemimpinan pengetua dengan efikasi kolektif guru dan pencapaian pelajar di Missouri mendapati bahawa apabila dikawal faktor sosioekonomi, dapatan kajian menunjukkan kepemimpinan transformasi pengetua mempunyai hubungan dengan efikasi guru dan pencapaian pelajar. Melalui analisis regresi berbilangyang dijalankan olehSolomon (2007)menunjukkan efikasi guru dan kepemimpinan transformasi merupakan penyumbang utama kepada pencapaian pelajar.

Gibson dan Dembo (1985) menyatakan untuk memahami efikasi seseorang guru dengan lebih mendalam, beberapa faktor perlu dikaji seperti pendidikan dan tahap sosialisasi guru, serta organisasi sekolah. Ashton (1984) menegaskan bahawa efikasi guru boleh dan perlu dibina kerana guru sangat memerlukan ketrampilan untuk digunakan dalam pengajaran supaya pengajarannya menjadi lebih berkesan. Ashton (1984) menyatakan dari segi faktor yang terdapat di dalam organisasi akan menyebabkan tahap efikasi guru akan meningkat.

Faktor-faktor tersebut ialah pengiktirafan dan sokongan pengetua, pengetua meletakkan harapan yang tinggi ke atas para guru dan pengetua memberi peluang kepada guru untuk melibatkan diri dalam proses membuat keputusan.Sementara faktor organisasi yang boleh meningkatkan tahap efikasi guru ialah gaya pengetua berinteraksi dan berhubung dengan gurunya dan memberi peluang kepada guru untuk sama sama membuat keputusan (Gibson & Dembo, 1985).

(5)

879 KAEDAH KAJIAN

Kajian yang dijalankan ini hanya menumpukan kepada mengkaji amalan kepemimpinan transformasi pengetua dengan efikasi kendiri guru di tiga jenis sekolah menengah agama negeri Kedah iaitu SAR, SABK dan Maktab Mahmud.Di samping itu kajian juga ingin melihat sejauh manatingkah laku kepemimpinan transformasi pengetua mempengaruhi tingkah laku efikasi kendiri guru di tiga jenis sekolah menengah agama.Kajian ini menggunakan kaedah persampelan rawak berlapis (strata) kerana elemen dalam rangka persampelan bersifat heterogenous.Sebanyak 607 orang responden telah mengembalikan soal selidik mereka.Instrumen untuk menilai kepemimpinan transformasi pengetua adalah berdasarkan soal selidik kepemimpinan transformasi pengetua yang disesuaikan dari skala MLQ (Multi Factor Leadership Questionnaire) Form 5X- Rater (Bass & Avolio, 1991). Soal selidik ini adalah semakan dari MLQ-Form 5 yang asalnya diperolehi daripada Bass (1985). Soal selidik ini mengandungi 34 item berdasarkan empat faktor utama. Manakala instrumen untuk menilaiefikasi kendiri guru pula menggunakan soal selidik Teacher Sense of Efficacy Scale yang dibina oleh Tschannen-Moran dan Woolfolk Hoy (2001). Soal selidik ini mengandungi 12 soalan berdasarkan 3 faktor utama.

Secara spesifiknya, kepemimpinan transformasi pengetua dalam kajian ini merujuk kepada empat faktor utama iaitu karisma, bertimbang rasa secara individu, merangsang intelek dan motivasi inspirasi. Manakala efikasi kendiri guru dalam kajian ini merujuk kepada tiga faktor utama(Tschannen-Moran &

Woolfolk Hoy, 2001) iaitu efikasi terhadap strategi pengajaran, efikasi terhadap pengurusan bilik darjah dan efikasi terhadap penglibatan pelajar. SAR, SABK dan Maktab Mahmud telah dipilih sebagai sampel penyelidikan memandangkan kajian berkaitan kepemimpinan lebih tertumpu kepada Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Kebangsaan sahaja. Kajian ini menggunakan kaedah persampelan rawak berlapis (strata).Pendekatan ini dijalankan apabila elemen dalam rangka persampelan atau sampling frame bersifat heterogenous. Keadaan heterogenous di sini ialah kepelbagaian jenis sekolah agama yang terdiri dari tiga jenis sekolah yang berbeza.

(6)

880 ANALISIS DATA

Data-data dan maklumat yang diperolehi dari soal selidik yang dijawab oleh guru-guru dan diproses dengan menggunakan pengaturcaraan Statistical Package For the Social Sciences (SPSS) 15.0 Windows (2003). Analisis data melibatkan penggunaan statistik deskriptif dan statistik inferensi. Ujian deskriptif ANOVA telah digunakan bagi mengukur tahap amalan kepemimpinan transformasi pengetua dan efikasi kendiri guru.Manakala ujian regresi linear berbilang Stepwise digunakan bagi mengukur pengaruh kepemimpinan transformasi pengetua terhadap efikasi kendiri guru.Aras signifikan yang ditetapkan ialah 0.05 (p < 0.05).Aras signifikan ini secara umumnya diterima dalam membuat keputusan statistik oleh kebanyakan pengkaji (Sekaran, 1992).

Jadual 1. Ujian Deskriptif ANOVA ke Atas Tingkah Laku Kepemimpinan Transformasi Pengetua di Sekolah Agama

Jenis

Sekolah Jumlah

Sampel Min

Sisihan Piawai

Ralat Piawai

95% Selang Keyakinan Untuk Min

Had Bawah Had Atas

SAR 202 3.3231 .59760 .04205 3.2402 3.4060

SABK 204 3.5278 .47275 .03310 3.4626 3.5931

Maktab Mahmud

201 3.7903 .63220 .04459 3.7024 3.8782

Jumlah 607 3.5466 .60141 .02441 3.4987 3.5946 Berdasarkan jadual 1 di atas menunjukkan min skor kepemimpinan transformasi pengetua yang paling tinggi ialah di Maktab Mahmud (3.7903) diikuti dengan SABK (3.5278) dan SAR (3.3231). Begitu juga dengan selang keyakinan 95 % untuk min kepemimpinan transformasi pengetua mendapati di Maktab Mahmud (3.7024-3.8782) paling tinggi diikuti dengan SABK (3.4626- 3.5931) dan SAR (3.2402-3.4060).

(7)

881

Jadual 2. Ujian Deskriptif ANOVA ke Atas Tingkah Laku Efikasi Kendiri Guru di Sekolah Agama

Jenis

Sekolah Jumlah

Sampel Min

Sisihan Piawai

Ralat Piawai

95% Selang Keyakinan Untuk Min

Had Bawah Had Atas

SAR 201 3.6534 .50384 .03554 3.5833 3.7235

SABK 204 3.8427 .40210 .02815 3.7872 3.8982

Maktab Mahmud

201 3.9780 .43728 .03084 3.9172 4.0388

Jumlah 606 3.8248 .46803 .01901 3.7875 3.8621

Dapatan dari jadual 2menunjukkan min skor efikasi kendiri guru yang tertinggi ialah di Maktab Mahmud iaitu (3.9780) diikuti oleh SABK (3.8427) dan SAR (3.6534). Begitu juga dengan selang keyakinan 95% untuk min efikasi kendiri mendapati had bawah dan had atas Maktab Mahmud (3.9172-4.0388) paling tinggi diikuti oleh SABK (3.7872-3.8982) dan SAR (3.5833-3.7235).

Jadual 3. Pengaruh Kepemimpinan Transformasi Pengetua terhadap Efikasi Kendiri Guru di Sekolah Agama Melalui Ujian Regresi Linear Berbilang Stepwise

Model Pembolehubah Masuk

Pembolehubah Keluar

Anova β

Sub-KTP dengan EK

Karisma BRSI, M-Intelek, M-Inspirasi.

p=0.001 0.107 0.328

Sub-KTP dengan StrategiP

Karisma BRSI, M-Intelek, M-Inspirasi.

p=0.001 0.067 0.259

Sub-KTP dengan Pengurusan B.D

Karisma BRSI, M-Intelek, M-Inspirasi.

p=0.001 0.116 0.341

Sub-KTP dengan Penglibatan P

Karisma BRSI, M-Intelek, M-Inspirasi.

p=0.001 0.076 0.275

(8)

882

Berdasarkan jadual 3 hasil analisis data menunjukkan kepemimpinan tranformasi pengetua mempengaruhi efikasi kendiri guru denganhanya faktor karisma yang mewakili kepemimpinan transformasi pengetua mempengaruhi efikasi kendiri guru di tiga jenis sekolah agama yang dikaji berbanding dengan faktor bertimbang rasa secara individu, merangsang intelek dan motivasi inspirasi para pengetua terhadap guru secara keseluruhannya.

Rumusannya ialah tingkah laku kepemimpinan transformasi pengetua dan tingkah laku efikasi kendiri guru diamalkan di setiap tiga jenis sekolah agama yang berbeza. Tahap amalan di setiap jenis sekolah agama adalah amat berbeza dan signifikan. Perbezaan dapat dilihat pada SAR dimana kepemimpinan transformasi dan efikasi kendiri guru di SAR adalah paling rendah berbanding dengan kepemimpinan transformasi pengetua dan efikasi kendiri guru di SABK dan Maktab Mahmud. Tingkah laku kepemimpinan transformasi pengetua dan efikasi kendiri guru di Maktab Mahmud adalah paling tinggi.Faktor karisma dalam kepemimpinan transformasi pengetua dilihat dominan mempengaruhi efikasi kendiri guru di tiga jenis sekolah agama.

PERBINCANGAN DAN CADANGAN

Hasil analisis data menunjukkan tingkah laku kepemimpinan transformasi pengetua dan tingkah laku efikasi kendiri guru ada diamalkan di tiga jenis sekolah agama di negeri Kedah. Namun amalan kepemimpinan transformasi pengetua dan efikasi kendiri guru menunjukkan tahap perbezaan yang signifikan dengan Maktab Mahmud yang tertinggi diikuti dengan SABK dan SAR. Dari sudut pengaruh kepemimpinan transformasi pengetua terhadap efikasi kendiri guru pula menunjukkan kepemimpinan transformasi pengetua mempengaruhi efikasi kendiri guru di tiga jenis sekolah agama dengan faktor karisma dalam pemboleh ubah bebas dilihat dominan dalam mempengaruhi efikasi kendiri guru berbanding tiga faktor yang lain iaitu bertimbang rasa secara individu, merangsang intelek dan motivasi inspirasi. Walaupun terdapatnya hubungan yang signifikan antara kepemimpinan transformasi pengetua dengan efikasi kendiri guru, namun hubungan ini berada pada tahap sederhana di mana nilai korelasi Pearson antara kedua pemboleh ubah hanya .320. Hubungan hubungan ini walaupun signifikan

(9)

883

tetapi berdasarkan analisis data terhadap hubungan antara sesama faktor antara pemboleh ubah bebas dan pemboleh ubah bersandar pula menunjukkan terdapatnya perbezaan dari sudut sederhana dan lemah.Dapatan kajian menunjukkan hanyafaktor karisma pengetua lebih dominan memainkan peranan dalam mempengaruhi tingkah laku efikasi kendiri guru

KESIMPULAN

Kajian ini diharap dapat menambahkan lagi nilai dan kualiti kepemimpinan di sekolah-sekolah di Malaysia. Kajian penambahbaikan bidang kepemimpinan amat perlu dititik beratkan memandangkan bidang kepemimpinan merupakan suatu bidang yang akan menentukan hala tuju sesebuah negara yang bermula dari kepemimpinan di peringkat sekolah.Pihak berwajib haruslah sentiasa memantau tahap kepemimpinan pengetua sekolah agar wujudnya hubungan dua hala di mana pengetua sekolah berjaya melakukan perubahan positif dan guru-guru mencapai tahap kepuasan dalam kerjanya. Kepemimpinan yang baik bakal melahirkan permuafakatan seluruh warga sekolah yang terdiri dari pemimpin dan pentadbir, guru-guru dan staf sokongan. Keadaan ini akhirnya akan melahirkan iklim sekolah yang kondusif seterusnya akan mencapai kecemerlangan.

BAHAN RUJUKAN

Abdul Shukor Abdullah. (1995).Membina sekolah berkesan: Aplikasi dasar.

Seminar Sekolah Efektif anjuran Kementerian Pendidikan pada 13-14 Julai 1995, Institut Aminudin Baki.

Aminuddin Mohd Yusuf. (1990). Kepimpinan: Satu Analisa Psikologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ashton, P. (1984). Making a difference: Teacher's sense of efficacy and student achievement. New York: Longman.

Bandura, A. (1997). Self-efficacy: The exercise of control. New York: Freeman.

Bass, B.M. (1990). Handbook of Leadership. A Survey of Theory and Research.

New York: Free Press.

Bass, B.M. & Avolio, B.J. (1990). Transformational leadership: A response to critiques. Leadership Theory and Research Review, p 49-80, San Diego:

Academic Press, Inc.

(10)

884

Bass, B., & Avolio, B. (1991). Multifactor Leadership Questionnaire (Form 5X- Rater). Binghamton University, Center for Leadership Studies.

Becker, H.S. (1960). Note on the concept of commitment. American Journal of Sociology. 66, 32-34.

Burns, J.M. (1978). Leadership.. New York: Harper & Row.

Edmonds, R.R. (1979). Effective school for the urban poor. Educational Leadership Journal, Vol 37, m/s 15-24.

Enochs, L.G. & Riggs, I. M. (1990). Further development of an elementary science teaching efficacy belief instrument: A preservice elementary scale.

School Science and Mathematics Journal, 90(8), 695-706.

Etzioni, A. (1964). Social Change. New York: Basic Books.

Gibson, S. & Dembo, M.H. (1985). Teachers sense of efficacy: An important factor in school. Elementary School Journal, 86, 173-184.

Hipp, K.A. (1996). Teacher efficacy: Influence of principal leadership behavior.

Paperpresented at the annual Meeting of the American Educational Research

Association, New York: ED396409.

Hills, P.J. (1982). A Dictionary of Education. London: Routledge & Kegan Paul.

Hoy, W. K. & Miskel, C. G. (1996). Educational administration: Theory research, and practice. New York, NY: McGraw Hill, Inc.

Leithwood, K.A. (1992). The move towards transformational leadership.

Educational Leadership Journal, Vol 49 (5), Feb 1992, m/s 8-12.

Lunenberg, F.C. & Ornstein, A.C. (2000). Educational administration concepts and Practices, 3rd edition. Belmont, CA: Wadsworth Thomson Learning.

Othman bin Mohd Yunus. (1994). Kesan kepemimpinan transaksi dan transformasi ke atas hubungan antara budaya organisasi dengan jiwa polis, prestasi kerja dan tekanan kerja: Satu kajian di kalangan anggota polis Di Raja Malaysia. Tesis Ph.D, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Owens, R.G. (1995). Organizational Behaviour in Education, 5th edition.

Needham Heights. MA : Allyn And Bacon.

Powel, Farrar, & Cohen. (1985). The shopping mall high school. Boston:

Houghton Mifflin Company.

(11)

885

Solomon, C. (2007). The relationships among middle level leadership, teacher commitment, teacher collective efficacy and student achievement. Doctoral Thesis, University of Missouri-Columbia..

Tschannen-Moran, M. & Woolfolk-Hoy, A. (2001). Teacher efficacy: capturing an elusive construct. Teaching and Teacher Education, 17, 783-805.

WanMohdZahidWanMohd Noordin. (1994). Wawasan pendidikan: Agenda pengisian. Kuala Lumpur: Cahaya Pantai Publishing (M) Sdn. Bhd.

Yukl, G. (2002). Leadership in organizations. 5th edition, Upper Saddle, New Jersey: Prentice Hall.

Zamri Ahmad. (2007). Kepimpinan dalam Islam. Dicapai pada 18 Disember 2012 dari http://ustaz-Zamri.Com.

Zainuddin.(2002). Komitmen Organisasi.Dicapai pada Ogos 2012 dari www.e- psikologi.com.

Zaidatol Akmaliah Lope Pihie. (2001). Perancangan strategik untuk memperkasakan sekolah. Kuala Lumpur: Pustaka Cipta Sendirian Berhad.

Zaidatol Akmaliah Lope Pihie. (2005). Asas Kepemimpinan Transformational dalam Pendidikan: Satu bab dalam Zaidatol Akmaliah Lope Pihie dan Foo Say Fooi. Pengurusan dan Kepemimpinan: Satu Langkah Ke hadapan.

UPM Serdang.

Referensi

Dokumen terkait

Teorema Morley pada segiempat layang-layang adalah tentang trisektor yang dibentuk pada setiap sudut layang- layang akan saling berpotongan dan membentuk trapesium

yang dilakukan tidak berjalan secara maksimal karena masih ada faktor-faktor yang mempengaruhi strategi pelaksanaan pembinaan tersebut seperti kurangnya anggaran

Bahan pewarna Rhodamine B untuk warna merah dan Metanil Yellow untuk warna kuning, merupakan zat pewarna sintesis yang dilarang untuk produk makanan karena dalam bahan

Dalam Kitab Epos Mahabrata kisah ini memiliki nilai-nilai yang sangat bermanfaat bagi anak untuk membentuk karakteristik yang pantang menyerah dan rela berkorban

Manfaat SKUTER selain menjadi usaha yang potensial juga memiliki manfaat dalam segi ekonomi sosial, antara lain yaitu SKUTER mampu memenuhi kebutuhan masyarakat

Hasil penelitian menunjukan bahwa pengalaman kerja dan pembagian kerja berpengaruh positif terhadap produktivitas karyawan, sedangkan pemberdayaan tidak pengaruh

Jika melihat definisi dari diskresi yang terdapat dalam Pasal 1 angka 9 UU Administrasi Pemerintahan, maka bentuk diskresi terbatas hanya pada keputusan dan/atau

(5) Apabila dalam jangka waktu yang telah ditetapkan Walikota atau pejabat yang ditunjuk untuk membongkar bangunan yang menyimpang dengan dokumen perencanaan kota