• Tidak ada hasil yang ditemukan

BagaimanaAndaBolehMenjadiKaya

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "BagaimanaAndaBolehMenjadiKaya"

Copied!
37
0
0

Teks penuh

(1)SIRI PANDUAN PENGURUSAN KEKAYAAN Rahsia Menjadi Kaya Blogger Motivasi Kekayaan, Kewangan & Peribadi www.PemikirKaya.com. Thinkerich.

(2) BAGAIMANA ANDA BOLEH MENJADI KAYA Kuasai Hidup Dan Bina Masa Depan Anda SEKARANG!. Bagaimana Anda Boleh Menjadi KAYA Kuasai Hidup Dan Bina Masa Depan Anda SEKARANG!. Khairulnahar a.k.a THINKERICH. www.RahsiaMenjadiKaya.com. Hakcipta Terpelihara ©www.RahsiaMenjadiKaya.Com. 2.

(3) BAGAIMANA ANDA BOLEH MENJADI KAYA Kuasai Hidup Dan Bina Masa Depan Anda SEKARANG!. THINKERICH ENTERPRISE BAGAIMANA ANDA BOLEH MENJADI KAYA Kuasai Hidup Dan Bina Masa depan Anda SEKARANG!. Oleh Penerbit Blog Website. : : : :. Khairulnahar a.k.a Thinkerich Thinkerich Enterprise www.PemikirKaya.com www.RahsiaMenjadiKaya.com. Hakcipta © oleh Khairulnahar Jamaluddin a.k.a Thinkerich Edisi Pertama Mei 2011 Hakcipta Terpelihara tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian, artikel, ilustrasi, isi kandungan laporan ini, dalam apa-apa juga bentuk dan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain, sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada penerbit. Pihak kami akan bertindak TEGAS melalui saluran undang-undang jika didapati anda melanggar hakcipta ini.. [BOLEH] diberikan percuma kepada orang lain melalui www.RahsiaMenjadiKaya.com [TIDAK BOLEH] dipakejkan di website/email anda [TIDAK BOLEH] diberikan sebagai hadiah atau bonus [TIDAK BOLEH] diletakkan di dalam web forum, portal & komuniti [TIDAK BOLEH] dijual semula sebagai Master Resale Rights,PLR atau RR [TIDAK BOLEH] mengedit apa jua isi kandungan dalam ebook ini [TIDAK BOLEH] copy/paste isi kandungan ebook ini ke tempat lain [TIDAK BOLEH] dijual semula di web lelong atau shopping cart. Kandungan eBook ini dihasilkan untuk memberi pengajaran dan maklumat umum mengenai subjek yang dibincangkan. Ia tidak boleh dianggap sebagai mengandungi nasihat kewangan atau konsultansi profesional. Strategi yang dibincangkan mungkin tidak sesuai untuk setiap individu dan tidak dijamin dapat menghasilkan kesan tertentu kepada semua pihak. Penulis serta penerbit tidak bertanggungjawab atas apa-apa risiko kehilangan, liabiliti, sama ada secara peribadi atau tidak, yang berlaku akibat penggunaan dan aplikasi kandungan buku ini, secara langsung ataupun tidak langsung. Sekiranya nasihat atau bantuan pakar diperlukan, sila dapatkan nasihat dan khidmat profesional dari pakar yang berkelayakan. Untuk pelbagai info Motivasi : Kekayaan, Kewangan & Peribadi yang lebih berinspirasi, sila lawati www.PemikirKaya.com. Hakcipta Terpelihara ©www.RahsiaMenjadiKaya.Com. 3.

(4) BAGAIMANA ANDA BOLEH MENJADI KAYA Kuasai Hidup Dan Bina Masa Depan Anda SEKARANG!. PROFIL PENULIS Khairulnahar Jamaluddin a.k.a Thinkerich merupakan Blogger Motivasi Kekayaan, Kewangan & Peribadi yang banyak berkongsi idea. dan. penulisannya. di. www.PemikirKaya.com.. Merupakan. seorang Konsultan Motivasi & Kewangan, usahawan dan penulis buku dan ebook yang prolifik. Sehingga kini beliau telah menulis lebih 20 buah ebook bertemakan motivasi, kekayaan dan kewangan peribadi. Ebook. pertama. beliau. „7. Cara. Mengatasi. Masalah. Kekurangan Wang‟ telah mendapat kepercayaan pihak penerbit untuk diterbitkan semula dalam bentuk buku fizikal oleh TrueWealth Sdn. Bhd., syarikat penerbitan yang dimiliki oleh penulis buku kewangan nombor 1 MalaysiaAzizi Ali!. Versi buku diberi judul „Bajet Wang‟ dan ianya. begitu laris dan kini telah diulang cetak buat kali kedua! Beliau juga berpengalaman dalam bidang kejurujualan seperti MLM, Insurans Hayat/Takaful, Unit Amanah, perniagaan konvensional dan pemasaran internet. Beliau merupakan Perancang Kewangan Berdaftar, Affiliate Registered Financial Planner (RFP) bersama Majlis Perancang Kewangan Malaysia atau Malaysian Financial Planning Council (MFPC). Turut aktif memberikan khidmat nasihat kewangan dan menjalankan ceramah dan seminar kewangan di jabatan-jabatan serta agensi kerajaan mahu pun swasta. Sehingga kini beliau telah menulis lebih 20 buah ebook (jumlahnya terus bertambah sepanjang masa) dan beberapa buah buku sedang dalam proses penerbitan di antaranya;-. Hakcipta Terpelihara ©www.RahsiaMenjadiKaya.Com. 4.

(5) BAGAIMANA ANDA BOLEH MENJADI KAYA Kuasai Hidup Dan Bina Masa Depan Anda SEKARANG!.  Bajet Wang – 7 Cara Untuk Mengatasi Masalah Kekurangan Wang (Buku) – www.BajetWang.com terbitan TrueWealth Sdn. Bhd.  Panduan Wang Gaji – www.WangGaji.com.  Panduan Bebas Hutang - www.PanduanBebasHutang.com.  Tips Bagaimana Hendak Menguruskan Wang Dengan Lebih Efektif – www.Tips.KewanganPeribadi.com.  Bijak Mengurus Wang – www.Ebook.KewanganPeribadi.com  5 Cara Menetapkan Matlamat Yang Power!  8 Cara Mudah Untuk Jimatkan Wang Anda.  Bagaimana Untuk Mencapai Kekayaan.  Kewangan Peribadi – Suatu Pendedahan! – www.KewanganPeribadi.com.  Bagaimana Untuk Menghapuskan Hutang Dengan Lebih Cepat.  Rahsia Mengurus Hutang Kad Kredit.  Wang, Anda & Hutang.  Teknik Manipulasi Hutang. Hakcipta Terpelihara ©www.RahsiaMenjadiKaya.Com. 5.

(6) BAGAIMANA ANDA BOLEH MENJADI KAYA Kuasai Hidup Dan Bina Masa Depan Anda SEKARANG!.  Kunci Kebebasan Kewangan – www.Rancang.KewanganPeribadi.com  Teknik Mudah Hapus Hutang – www.Teknik.PanduanBebasHutang.com.  Kajian. Kes. :. Skim. Pinjaman. Pelaburan. ASB. –. Adakah. Ianya. Menguntungkan? – www.KewanganPeribadi.com/asbloan.  Kajian Kes : Akaun Pelaburan Emas – Bagaimana Menjana Keuntungan Melaluinya? – www.Emas.KewanganPeribadi.com.  Bagaimana Anda Boleh Menjadi Kaya.  Rahsia Menjadi Kaya – www.RahsiaMenjadiKaya.com.  Bagaimana Bebas Kewangan Daripada Masalah Hutang.  Rahsia Pelabur Jutawan.  Kunci Menuju Kekayaan.  Tips Kewangan Jutawan.  Lahirnya Seorang Billionaire.  Formula Mencipta Kekayaan.  7 Tindakan Paling Berkesan Untuk Menjadi Kaya. Hakcipta Terpelihara ©www.RahsiaMenjadiKaya.Com. 6.

(7) BAGAIMANA ANDA BOLEH MENJADI KAYA Kuasai Hidup Dan Bina Masa Depan Anda SEKARANG!. PENDAHULUAN Assalamualaikum wrt dan salam sejahtera, Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda kerana sudi mendapatkan Siri Panduan Pengurusan Kekayaan, - Rahsia Menjadi Kaya, siri pertama - „Bagaimana Anda Boleh Menjadi Kaya‟. Pada mulanya saya bercadang untuk melancarkan ebook ini di pasaran internet dan mengenakan bayaran seperti ebook-ebook saya yang lain sebelum ini. Namun saya ubah fikiran dan bersetuju untuk memberikannya secara PERCUMA! Kenapa saya berbuat demikian? Ini kerana tujuan saya hanyalah satu, saya mahu lebih ramai orang menguasai kehidupan mereka dan mula membina masa depan yang lebih baik dengan menyelesaikan masalah kewangan mereka melalui apa yang saya kongsikan dalam panduan ini. Jika saya tanya kepada semua, pasti ramai yang mempunyai keinginan dan impian untuk menjadi kaya. Betul tak? Namun masalahnya tidak ramai yang tahu bagaimana untuk mencapainya. Ramai yang menganggap kekayaan itu hanya bergantung kepada nasib dan hanya mampu diperolehi oleh orang tertentu sahaja. Namun ternyata pendapat sedemikian adalah tidak tepat. Sebenarnya semua orang di muka bumi ini berpeluang dan mampu menjadi kaya. Ya, termasuk anda yang sedang membaca panduan ini sekarang, sekiranya anda tahu cara dan tindakan yang betul untuk menjadi kaya. Rahsia kekayaan sebenarnya tidak mudah didedahkan oleh mereka yang bergelar jutawan kerana mereka tiada masa untuk memberitahu orang lain dan keduanya mereka tidak mahu kehidupan mereka diganggu oleh pihak tertentu. Apa yang akan diterangkan dalam ebook ini bukanlah suatu panduan muktamad. Ianya juga tak menjamin anda menjadi kaya raya dengan cepat. Panduan ini tak mengajar anda untuk menang loteri atau menyertai Skim Cepat Kaya, sebaliknya ianya sebuah maklumat berharga yang perlukan tindakan daripada anda. Hakcipta Terpelihara ©www.RahsiaMenjadiKaya.Com. 7.

(8) BAGAIMANA ANDA BOLEH MENJADI KAYA Kuasai Hidup Dan Bina Masa Depan Anda SEKARANG!. Hanya anda sahaja yang boleh buat pilihan, sama ada mahu bertindak atau sebaliknya. Dalam dunia hari ini, ramai orang tahu bagaimana untuk lakukan sesuatu tetapi tidak berjaya mencapainya hanya kerana mereka gagal untuk bertindak! Suatu perkara yang ingin saya ingatkan, panduan ini tidak akan mengajar anda cara menjadi kaya secara khusus sebaliknya apa yang akan saya kongsikan di sini lebih kepada proses yang perlu anda lakukan. Ya, anda perlu bertindak dan melalui proses belajar, berfikir, mendapatkan idea dan bertindak sebagaimana orang kaya dan saya lakukan ketika ini. Setiap orang daripada kita mempunyai kecenderungan, minat, matlamat dan impian yang berbeza. Apa yang mereka harapkan dengan apa yang boleh mereka terima dalam hidup ini adalah berbeza antara seorang individu dengan seorang individu yang lain. Jadi sudah tentulah apabila saya menulis ebook ini, saya tidak akan sekali-kali menyentuh apa jua cara dan kaedah yang melibatkan unsur-unsur penipuan, skim cepat kaya, dan perjudian. Sebagaimana penulisan saya di blog, ebook dan juga buku saya sebelum ini, saya hanya akan berkongsi info dan ilmu yang bermanfaat untuk anda semua. Sekiranya anda ingin tahu bagaimana anda boleh menjadi kaya, apa kata kita mula mencari jawapannya sekarang! Salam kekayaan,. Khairulnahar a.k.a Thinkerich Perunding Motivasi & Kewangan Blogger Motivasi Kekayaan, Kewangan & Peribadi www.PemikirKaya.com. www.WangGaji.com |www.BajetWang.com | www.PanduanBebasHutang.com| www.KewanganPeribadi.com | www.AkaunEmas.com |www.RahsiaMenjadiKaya.com |www.PilihanPakar.com www.Tips.KewanganPeribadi.com www.Ebook.KewanganPeribadi.com Hakcipta Terpelihara ©www.RahsiaMenjadiKaya.Com. 8.

(9) BAGAIMANA ANDA BOLEH MENJADI KAYA Kuasai Hidup Dan Bina Masa Depan Anda SEKARANG!. ADAKAH ANDA MERANCANG UNTUK MENJADI KAYA?. Assalammualaikum dan Salam sejahtera, Saya mulakan dengan bertanyakan anda mengenai soalan di atas. Adakah anda merancang untuk menjadi kaya? Kebanyakan orang tidak merancang untuk menjadi kaya sebaliknya ramai yang merancang untuk kekal miskin. Saya bukannya bercakap kosong tetapi ada asasnya. Saya melihat terlalu ramai melakukan sesuatu ke atas wang mereka untuk membuatkan orang lain menjadi bertambah kaya dan secara tak sengaja membuatkan diri mereka menjadi bertambah miskin. Ramai yang tidak merancang untuk masa depan. Mereka fikir apabila mereka bersara, mereka boleh hidup dengan selesa dengan wang pencen yang bakal mereka terima. Bagi yang lain pula, mereka fikir wang tabungan KWSP mereka itu boleh menampung kehidupan selesa mereka apabila bersara kelak. Namun hakikatnya, fakta menunjukkan sebaliknya.. Hakcipta Terpelihara ©www.RahsiaMenjadiKaya.Com. 9.

(10) BAGAIMANA ANDA BOLEH MENJADI KAYA Kuasai Hidup Dan Bina Masa Depan Anda SEKARANG!. Mari kita lihat kepada FAKTA berikut .... "72% Pencarum KWSP menghabiskan wang simpanan mereka dalam masa 3 tahun sahaja..." - Tan Sri Abdul Halim Ali, Mantan Pengerusi Lembaga KWSP. 79% Rakyat Malaysia Berbelanja melebihi 10% daripada pendapatan tahunan mereka... Manakala 15% lagi berbelanja melebihi 40% daripada pendapatan tahunan mereka..." - Kajian Oleh Mastercard Worldwide ke atas Indeks Keutamaan Pembelian Pengguna. “Adalah dianggarkan 9 daripada 10 penduduk di Malaysia ini mempunyai hutang…” - Abd. Aziz Ibrahim, CFP. Hakcipta Terpelihara ©www.RahsiaMenjadiKaya.Com. 10.

(11) BAGAIMANA ANDA BOLEH MENJADI KAYA Kuasai Hidup Dan Bina Masa Depan Anda SEKARANG!. “…25 % daripada jumlah orang yang diisytiharkan Muflis dalam negara ini adalah pengguna Kad Kredit…” - Datin Fauziah Mohd Ramly, Mantan Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri. Kira-kira 60 peratus daripada pemilik kad kredit di negara ini menjelaskan pinjaman mereka mengikut masa ditetapkan. Selebihnya, 40 peratus pemilik kad kredit di negara ini gagal menjelaskan tunggakan pinjaman yang mencecah RM18.6 bilion (statistik Oktober 2006). Pemilik kad kredit yang gagal melunaskan hutang dalam tempoh ditetapkan berdepan dengan tindakan mahkamah dan kemungkinan diisytiharkan muflis. Kira-kira 30 peratus kes muflis membabitkan pemegang kad kredit. Kebanyakan pemilik kad kredit yang muflis ialah eksekutif muda berusia bawah 30 tahun. Sumber : Bank Negara Malaysia. Hakcipta Terpelihara ©www.RahsiaMenjadiKaya.Com. 11.

(12) BAGAIMANA ANDA BOLEH MENJADI KAYA Kuasai Hidup Dan Bina Masa Depan Anda SEKARANG!. "Ramai yang tiada dana kewangan untuk hari tua..." -Kajian Oleh CIMB Aviva. Hari ini terlalu ramai yang memenuhi kehendak dan kemahuan mereka dengan berhutang. Bahkan ada kalanya mereka juga berhutang untuk menyelesaikan hutang sebelumnya. Membayar hutang menggunakan hutang bukanlah satu tindakan atau perancangan yang terbaik. Itu hanyalah penyelesaian sementara sahaja. Ini kerana apabila seseorang itu berada dalam masalah hutang, mereka fikir masalah kewangan mereka berpunca daripada kurangnya wang yang mereka dapat. Namun sebaliknya pendapat itu kurang tepat!. Masalah kewangan bukannya berpunca daripada kurangnya wang yang anda dapat tetapi disebabkan oleh bagaimana anda membelanjakannya. Ramai orang, sebaik mendapat wang mereka membelanjakannya untuk mendapatkan liabiliti dan bukannya untuk mendapatkan aset yang boleh memberikan pulangan wang kepada mereka. Idea simpan dahulu, belanja kemudian tidak berada dalam kamus kebanyakan orang sebaliknya mereka lebih gemar untuk belanja dahulu, simpan kemudian. Malangnya sebaik mereka berbelanja terlebih dahulu, mereka akhirnya sedar yang mereka tak pernah mempunyai baki wang untuk disimpan! Pernahkan anda mendengar idea, “Untuk menjadi kaya, anda perlu dapatkan lebih banyak wang! Jadi untuk dapatkan lebih banyak wang, maka anda perlukan wang!” Itulah antara idea yang digunapakai oleh ramai orang yang telah menjadi miskin. Mereka fikir dengan merancang mencari wang yang banyak boleh menyelesaikan masalah kewangan mereka dan seterusnya dapat membantu mereka menjadi lebih kaya. Hakcipta Terpelihara ©www.RahsiaMenjadiKaya.Com. 12.

(13) BAGAIMANA ANDA BOLEH MENJADI KAYA Kuasai Hidup Dan Bina Masa Depan Anda SEKARANG!. Malangnya perkara sebaliknya berlaku. Tanpa disedari, mereka mendapati wang yang banyak menyebabkan mereka terus berada dalam „perlumbaan kehidupan‟. Dapat wang yang banyak, belanja semakin besar, hutang juga bertambah. Jadi untuk mengatasi masalah ini, mereka cari lebih banyak wang lagi. Sebenarnya, idea „anda perlukan wang untuk mendapatkan lebih banyak wang‟ adalah idea yang kurang berkesan untuk menjadi kaya! Hakikatnya ramai yang menggunakan idea tersebut sebagai „alasan‟ mencari wang untuk hidup „biar papa asalkan bergaya‟. Ini kerana „rahsia sebenar‟ bagi kebanyakan orang kaya, bukannya „wang untuk membuat lebih banyak wang‟ sebaliknya ada perkara lain yang lebih UTAMA daripada wang! Saya akan jelaskan dalam ebook siri kedua nanti- Rahsia Menjadi Kaya. Ketahuilah hanya orang miskin dan golongan pertengahan sahaja yang memerlukan wang untuk membuat lebih banyak wang! Bezanya si kaya tahu cara sebenar untuk menjadi kaya, manakala si miskin dan golongan pertengahan hanya tahu „bergaya‟ seperti orang kaya. Si kaya merancang hidup mereka, manakala si miskin sebaliknya. Persoalannya sekarang adakah anda merancang untuk menjadi kaya? Jika jawapan anda adalah ya, maka sudah tiba masanya untuk anda memilih untuk menjadi kaya. Ini kerana kehidupan anda adalah pilihan anda. Tiada seorang pun yang akan membuat pilihan untuk anda. Hanya diri anda sahajalah yang berhak menentukan pilihan dan masa depan anda.. Tahukah Anda? Orang kaya tahu, wang yang banyak sahaja tidak akan dapat membantu mereka menjadi kaya jika mereka tidak „bijak‟ menukarkannya kepada aset yang dapat menghasilkan lebih banyak wang untuk mereka!. Hakcipta Terpelihara ©www.RahsiaMenjadiKaya.Com. 13.

(14) BAGAIMANA ANDA BOLEH MENJADI KAYA Kuasai Hidup Dan Bina Masa Depan Anda SEKARANG!. HIDUP ADALAH TENTANG PILIHAN. Apabila kita hidup di dunia ini, kita diberi pilihan sama ada untuk memilih kejayaan atau kegagalan, kesedihan atau kegembiraan, susah atau senang, miskin atau kaya. Sewaktu kita kecil, ibu bapa, keluarga atau penjaga kita yang membantu membuat pilihan untuk kita. Namun, apabila kita sudah mulai meningkat remaja dan dewasa, kita mula belajar membuat pilihan dan memilih apa yang kita mahukan dalam kehidupan kita. SEKARANG tibalah masanya untuk anda membuat pilihan, sama ada untuk kekal dengan keadaan sekarang atau mula mengurus hidup dengan mengawal kewangan anda bagi menjadikan diri anda seorang yang kaya raya! Mungkin menjadi seorang JUTAWAN!. Hakcipta Terpelihara ©www.RahsiaMenjadiKaya.Com. 14.

(15) BAGAIMANA ANDA BOLEH MENJADI KAYA Kuasai Hidup Dan Bina Masa Depan Anda SEKARANG!. Dalam siri yang pertama ini, saya akan dedahkan sebahagian daripada asas dan permulaan yang akan membimbing anda untuk mendapatkan beberapa kemahiran agar anda boleh menjadi kaya. Anda akan perolehi strategi yang lebih terperinci dalam ebook siri kedua berjudul „Rahsia Menjadi Kaya‟. Baiklah kita teruskan untuk siri pertama dahulu melalui ebook ini. Sebenarnya kita semua mempunyai kuasa untuk memilih. Sama ada anda memilih untuk menjadi kaya dengan belajar proses yang betul atau hanya sekadar beranganangan untuk menjadi kaya dengan bertindak dengan cara yang salah. Sedarkah anda bahawa apa sahaja keputusan atau hasil yang anda terima hari ini adalah hasil daripada pilihan anda. Jika anda hidup miskin ketika ini, ianya adalah kerana anda memilihnya. Jika anda boleh buat pilihan, kenapa tidak pilih untuk menjadi kaya sahaja? Ubah pilihan hidup anda, dan bertindak! Saya memilih untuk menjadi kaya dan setiap hari saya membuat pilihan dengan melakukan proses yang boleh membantu saya menjadi kaya pada masa depan. Setiap kali ada masa terluang saya akan fikirkan apa yang saya lakukan itu boleh mendatangkan manfaat atau tidak? Saya sering bertanya pada diri sendiri, “Adakah masa yang saya laburkan hari ini dapat memberi manfaat dan pulangan kepada saya atau sebaliknya?” Ini kerana saya tahu masa itu emas, maka saya gunakannya sebaik mungkin untuk menjana keuntungan pada masa hadapan. Buatlah kerja pada hari ini untuk mendapatkan pulangan pada masa hadapan. Mulai sekarang, saya mahu anda lakukan perkara yang sama sebagaimana yang saya lakukan. Ingat! Apa yang anda lakukan hari ini akan menentukan apa yang akan anda dapat pada masa depan. Apa yang anda semai hari ini, anda akan tuainya pada masa depan. Kehidupan anda hari ini adalah disebabkan oleh apa yang anda lakukan sebelum ini. Cuba Hakcipta Terpelihara ©www.RahsiaMenjadiKaya.Com. 15.

(16) BAGAIMANA ANDA BOLEH MENJADI KAYA Kuasai Hidup Dan Bina Masa Depan Anda SEKARANG!. lihat bagaimana kedudukan kewangan anda sekarang? Baik atau buruk? Bagaimana pula kehidupan anda sekarang ini, kaya, sederhana atau miskin? Cuba anda renungkan dan lihat kembali pada masa lalu, apa yang telah anda lakukan dengan masa dan hidup anda 5 tahun yang lepas. Apa yang telah anda buat dengan wang anda? Anda belanjakannya untuk kekayaan atau sebaliknya? Anda simpan dan laburkannya, atau anda gunakannya untuk buat hutang semata-mata untuk memenuhi kemahuan dan keinginan anda yang sementara. Adakah anda beli aset atau anda membeli liabiliti yang anda sangka aset?. Semuanya terletak pada pilihan yang telah anda buat pada masa lalu. Anda semai benih padi maka anda akan tuai padi sebagai hasilnya. Jika anda semai benih lalang, maka akan tumbuh lalang! (lalang sebenarnya tak perlu semai benihnya, ianya tumbuh dengan mudah kerana hanya bergantung nasib kepada angin yang membawanya!). Hakcipta Terpelihara ©www.RahsiaMenjadiKaya.Com. 16.

(17) BAGAIMANA ANDA BOLEH MENJADI KAYA Kuasai Hidup Dan Bina Masa Depan Anda SEKARANG!. Persoalannya sekarang ramai orang menjadi miskin kerana hidup mereka sebelum ini tak ubah seperti lalang, yang hanya mengikut ke mana sahaja angin membawanya. Mereka tidak membuat pilihan yang tepat untuk diri mereka sendiri sebaliknya mengikut apa yang orang lain lakukan. Hakikatnya lebih ramai daripada kita lebih mudah mencontohi kehidupan orang kebanyakan dan bukannya meniru strategi kehidupan orang kaya! Suatu perkara yang ingin saya ingatkan kepada anda, apabila anda telah memilih untuk menjadikan kekayaan sebagai pilihan dalam hidup anda, maka anda perlu berpegang pada prinsip berikut: “Kejayaan dan Kekayaan itu merupakan suatu perjalanan dan bukannya destinasi.” Ini bermakna apabila kita memilih untuk menjadi kaya, apa yang penting di sini adalah PROSES bukannya matlamat semata-mata. Sebabnya ramai yang mempunyai matlamat dan impian untuk menjadi kaya tetapi TIDAK TAHU „proses‟ yang betul dalam mencapai kekayaan yang diimpikan itu. Dengan kata lain, jika kita ingin menjadi kaya, memahami PROSES untuk menjadi kaya itu lebih penting daripada MATLAMAT. Hanya setelah berjaya menguasai PROSES dalam menjana kekayaan (perjalanan untuk mencapai impian kita), maka adalah lebih mudah untuk kita mengulangi proses yang sama untuk menjana kekayaan yang seterusnya.. Hakcipta Terpelihara ©www.RahsiaMenjadiKaya.Com. 17.

(18) BAGAIMANA ANDA BOLEH MENJADI KAYA Kuasai Hidup Dan Bina Masa Depan Anda SEKARANG!. KEKAYAAN SUATU PERJALANAN BUKANNYA DESTINASI. Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza tentang kekayaan. Untuk menjadikan perkara ini mudah dan dapat diterima oleh kebanyakan orang, maka saya telah mengambil keputusan untuk menulis ebook ini dengan menyediakan beberapa tip ringkas untuk memberikan gambaran tentang kekayaan yang sebenar! Tujuan saya menulis ebook ini dan mengedarkannya secara PERCUMA adalah bertujuan untuk membantu menyelesaikan masalah kewangan ramai orang supaya mereka dapat menjadi kaya. Hanya dengan menjadi kaya sahajalah masalah kewangan mereka dapat diselesaikan.. Hakcipta Terpelihara ©www.RahsiaMenjadiKaya.Com. 18.

(19) BAGAIMANA ANDA BOLEH MENJADI KAYA Kuasai Hidup Dan Bina Masa Depan Anda SEKARANG!. Satu perkara yang perlu anda ketahui di sini, apabila anda berimpian dan bercita-cita untuk mencapai kekayaan, anda perlu berpegang pada prinsip berikut:“Kekayaan itu suatu perjalanan dan bukannya destinasi!” Maka wajarlah bagi kita semua untuk berpegang pada falsafah dan prinsip di atas! Hakikatnya pada hari ini, terlalu ramai yang cuba untuk menjadi kaya dengan cara yang mudah, hanya semata-mata untuk sampai ke destinasi kekayaan yang mereka idam-idamkan. Tak hairanlah pada hari ini kita dapat lihat terlalu ramai yang terjebak dengan penyelewangan, pecah amanah, rasuah, perjudian, skim cepat kaya dan pelbagai lagi bentuk yang dipengaruhi oleh wang, harta dan kekayaan. Jadi perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah dengan bertanya pada diri sendiri terlebih dahulu ; “Apakah maksud sebenar kekayaan pada diri anda?” Kaya adalah sesuatu yang bersifat relatif atau dengan maksud lainnya mempunyai perbandingan yang berbeza-beza di antara seorang individu dengan individu yang lain. Seorang yang miskin dan tinggal di pondok usang pada hari ini mungkin merasakan diri mereka kaya sebaik sahaja memiliki sebuah rumah kos sederhana. Seseorang yang berpendapatan sederhana pada hari ini mungkin akan merasakan diri mereka lebih kaya dari jiran sebelah rumahnya hanya kerana. Hakcipta Terpelihara ©www.RahsiaMenjadiKaya.Com. 19.

(20) BAGAIMANA ANDA BOLEH MENJADI KAYA Kuasai Hidup Dan Bina Masa Depan Anda SEKARANG!. mampu memiliki sebuah kereta baru berbanding jirannya yang hanya memandu sebuah kereta lama yang telah berusia 10 tahun. Seseorang yang sebelum ini mempunyai hutang keliling pinggang dan kini mempunyai simpanan tunai RM100,000 dalam tangan, mungkin sudah merasakan diri mereka cukup kaya! Anda juga mungkin lebih kaya berbanding keluarga, rakan sekerja mahu pun jiran tetangga anda! Jika sekiranya anda menjadikan mereka sebagai ukuran kekayaan anda, ianya mungkin suatu ukuran yang kurang tepat! Ini kerana mungkin ada di antara keluarga atau jiran anda yang lebih kaya daripada anda! Jawapan yang paling tepat di sini apabila anda ingin mengukur tahap. kekayaan anda, maka seharusnya diukur dengan kedudukan kewangan dan taraf hidup yang anda mahukan dari masa ke semasa dan bukannya dengan membandingkannya dengan orang lain! Bandingkan dengan tahap pencapaian anda sahaja. Masihkan anda ingat? Prinsip kekayaan yang saya nyatakan sebelum ini?. INGAT! “Kekayaan itu suatu perjalanan dan bukannya destinasi!” ~THINKERICH. Hakcipta Terpelihara ©www.RahsiaMenjadiKaya.Com. 20.

(21) BAGAIMANA ANDA BOLEH MENJADI KAYA Kuasai Hidup Dan Bina Masa Depan Anda SEKARANG!. KEKAYAAN ADALAH SUATU „PROSES‟ BUKANNYA WANG. Kaya bukan setakat berjaya mengumpul RM1 juta, sebaliknya PROSES atau. perjalanan untuk mengumpul RM1 juta itu lebih penting daripada jumlah RM1 juta tersebut. Anda tentu pernah dengar tentang kisah mereka yang berjaya dapat wang yang banyak tetapi tidak lama kemudian kembali hidup seperti biasa. Bahkan ada yang jadi lebih miskin! Kenapa perkara sedemikian boleh berlaku? Jawapannya kerana mereka tidak mempunyai KEMAHIRAN yang cukup untuk mengurus sumber kewangan untuk dijadikan sumber kekayaan seterusnya. Mereka tidak memahami PROSES yang boleh membantu menjadikan mereka kaya. Mereka hanya fokus untuk mendapatkan jumlah wang yang banyak (sekadar berjaya mencapai matlamat) sebaliknya gagal untuk mengekalkannya atau menggandakan apa yang telah mereka miliki kerana mereka tidak tahu cara yang betul. (proses untuk menjana kekayaan).. Hakcipta Terpelihara ©www.RahsiaMenjadiKaya.Com. 21.

(22) BAGAIMANA ANDA BOLEH MENJADI KAYA Kuasai Hidup Dan Bina Masa Depan Anda SEKARANG!. Jadi mulai hari ini, cubalah kita kuasai hidup kita dengan mempelajari dan memahami „proses‟ untuk menjadi kaya, bukan lagi sekadar berimpian dan bercita-cita ingin menjadi kaya sahaja tetapi „tidak tahu‟ untuk melaksanakan proses yang betul untuk menjadi kaya. Anda boleh belajar banyak proses-proses kekayaan dalam siri kedua Panduan Pengurusan Kekayaan melalui ebook Rahsia Menjadi Kaya. Dalam ebook tersebut satu persatu proses dan tindakan yang telah digunapakai oleh orang kaya didedahkan langkah demi langkah untuk membantu memudahkan tindakan anda.. Hakcipta Terpelihara ©www.RahsiaMenjadiKaya.Com. 22.

(23) BAGAIMANA ANDA BOLEH MENJADI KAYA Kuasai Hidup Dan Bina Masa Depan Anda SEKARANG!. UBAH CARA ANDA BERFIKIR. “Kekayaan Adalah Apa Yang Anda Fikirkan, Ubah Cara Berfikir Dan Anda Boleh Menjadi Kaya Sekarang” -. THINKERICH. Saya pasti anda mendapatkan dan membaca panduan ini adalah kerana anda ingin merubah hidup anda dan seterusnya menjadi kaya. Tahniah saya ucapkan kerana anda mempunyai keinginan dan kemahuan untuk berjaya dalam hidup. Namun begitu, sebelum anda merubah hidup anda, perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah dengan merubah cara anda berfikir. Apa yang kita percaya dan fikirkan dalam hidup ini memberi kesan yang amat mendalam kerana kita adalah apa yang kita fikirkan.. Hakcipta Terpelihara ©www.RahsiaMenjadiKaya.Com. 23.

(24) BAGAIMANA ANDA BOLEH MENJADI KAYA Kuasai Hidup Dan Bina Masa Depan Anda SEKARANG!. Ramai yang lebih suka untuk menidakkan keupayaan diri sendiri untuk menjadi kaya sebaliknya lebih suka memberikan alasan daripada bertindak dan berusaha untuk TIDAK menjadi kaya. Kata-kata seperti :. “Saya Takut Nak Melabur, Nanti Rugi Macamana?” “Saya, Tak Ada Duit Nak Melabur.” “Saya Dah Banyak Kali Cuba, Tapi Tak Pernah Berjaya.” “Apa Boleh Jadi Kaya? Tak Payah Mengarutlah, Kerja Makan Gaji, Mana Boleh Kaya?.” “Saya Tak Pandai Cari Wang Lebih.” “Saya Nak Mula Berniaga Tetapi Keluarga Saya Tak Izinkan, kalau Rugi macamana?” “Saya Nak Cari Duit Lebih, Tetapi Suami Saya Tak Benarkan” “Apa Kata Kawan Saya Nanti, Kalau Saya Buat Bisnes/Kerja Part Time?” “Saya Masih Muda, Masih Banyak Masa Lagi.” “Ianya Dah Terlambat Buat Saya. Usia saya dah lanjut…” “Saya Tak Boleh Lakukannya.” “Saya dah ditakdirkan hidup miskin.” “Biarlah hidup miskin, asalkan bahagia..tak payah susah-susah nak jadi kaya..” (Hmm..ada ke orang hidup miskin bahagia?). Dan macam-macam kata-kata lagi yang memberikan seribu satu alasan untuk tidak bertindak untuk menjadi kaya. Jika anda masih kekal berfikiran begini, adalah mustahil untuk anda menjadi kaya. Hakcipta Terpelihara ©www.RahsiaMenjadiKaya.Com. 24.

(25) BAGAIMANA ANDA BOLEH MENJADI KAYA Kuasai Hidup Dan Bina Masa Depan Anda SEKARANG!. “Minda dan fikiran kita sepatutnya membantu kita untuk menjadi kaya dan bukannya menghalang kejayaan hidup kita.” - THINKERICH. Apabila kita mempercayai sesuatu, ianya akan menghasilkan tabiat atau sikap. Dari tabiat atau sikap tersebut ianya akan menghasilkan tindakan. Dan sebagai maklumbalas ke atas tindakan tersebut maka kita akan mendapat hasilnya. Sebagai contoh apabila anda percaya anda tidak akan gagal, apa yang akan anda lakukan? Sudah pasti anda mempunyai sikap atau tabiat untuk tidak putus asa dan terus. bertindak. dan. berusaha. sehingga. berjaya. mencapai hasilnya!. Begitu juga jika saat ini anda percaya yang anda seorang yang miskin dan hanya sekadar hidup sederhana, cukup makan, cukup pakai dari bulan ke sebulan (kadang-kadang adakalanya tak cukup langsung), maka anda akan mempunyai tabiat untuk tidak bertindak atau berusaha langsung. Hasilnya anda tak memperoleh apa-apa yang menguntungkan anda! Jadi jika anda boleh berubah untuk berfikir dan percaya untuk menjadi kaya, mengapa tidak anda memilih untuk menjadi kaya? Kenapa membiarkan diri anda mempercayai untuk hidup sederhana dan miskin sepanjang hayat anda?. Hakcipta Terpelihara ©www.RahsiaMenjadiKaya.Com. 25.

(26) BAGAIMANA ANDA BOLEH MENJADI KAYA Kuasai Hidup Dan Bina Masa Depan Anda SEKARANG!. Anda berhak menjadi kaya jika itu yang anda pilih untuk mempercayainya! Ingat kepercayaan menghasilkan tabiat dan sikap, manakala sikap pula menghasilkan tindakan dan tindakan pula akan membuahkan hasil! Kepercayaan yang positif menghasilkan sikap dan tindakan yang positif. Sebaliknya percaya negatif hasilnya pun negatif. Takkan lah pulak tanam lalang tumbuh padi kan! Jadi awaslah dengan apa yang anda percayai. Berfikirlah untuk menjadi kaya!. Tahukah Anda?. Dengan merubah cara anda berfikir, anda mempunyai kuasa memilih dan mengubahnya. Apabila anda berkata, “Saya seorang yang miskin” ianya menunjukkan yang anda berfikir bahawa anda telah ditakdirkan untuk hidup miskin! Sebaliknya, apabila anda ubahnya dan berkata, “Saya memilih untuk hidup miskin”, anda mengakui andalah yang menyebabkan anda miskin! Perkara yang sama jika anda fikir, “saya tak ada duit” tukar kepada “Saya pilih untuk tak ada duit”. KENAPA PULA PILIH TAK ADA DUIT? Bukankah lebih baik pilih ada duit kan? Jadi mulai sekarang fikirlah, “SAYA MAHU BANYAK DUIT!” Apabila anda tahu yang anda boleh pilih untuk jadi miskin atau kaya, banyak wang atau sikit, bahagia atau sedih, berjaya atau gagal, maka InsyaAllah, anda sebenarnya berkuasa untuk mengawal dan menentukan apa sahaja masa depan anda! Ingat! Anda sepatutnya menggunakan akal fikiran dan minda anda untuk membantu anda dan bukannya mengagalkan anda! Oleh itu, ubah cara anda berfikir, maka dunia anda juga akan berubah!. Hakcipta Terpelihara ©www.RahsiaMenjadiKaya.Com. 26.

(27) BAGAIMANA ANDA BOLEH MENJADI KAYA Kuasai Hidup Dan Bina Masa Depan Anda SEKARANG!. LABURKAN WANG ANDA, BIARKAN IANYA BEKERJA UNTUK ANDA. Pelabur terkaya di dunia, Warren Buffet, pernah berkata; “Janganlah berfikiran bahawa anda boleh menjadi seorang KAYA sebelum anda menjadi seorang pelabur. Anda perlu BELAJAR untuk menjadi seorang Pelabur jika anda ingin menjadi seorang KAYA!” Jadi untuk mencapai kekayaan apa yang perlu anda lakukan sekarang adalah memulakan pelaburan anda. Hari ini ramai yang tidak dapat mencapai kekayaan kerana tidak memulakan pelaburan dalam perancangan kewangan mereka. Bagaimana nak melabur jika tak ada modal? Jawabnya mudah! Anda perlu sediakan modal! Untuk mendapatkan modal sudah tentulah anda perlu membuat simpanan terlebih dahulu. Ramai yang memberi alasan tiada modal hanya kerana mereka Hakcipta Terpelihara ©www.RahsiaMenjadiKaya.Com. 27.

(28) BAGAIMANA ANDA BOLEH MENJADI KAYA Kuasai Hidup Dan Bina Masa Depan Anda SEKARANG!. tidak ada wang simpanan. Jika sekiranya tidak ada, langkah pertama yang perlu diambil adalah dengan memulakan simpanan. Simpan dan labur adalah pasangan kembar yang perlu dan sentiasa bersama dalam kamus kewangan peribadi anda. Ramai juga yang takut untuk melabur hanya kerana takut mengalami kerugian. Kerugian dalam pelaburan adalah sesuatu yang biasa. Begitu juga dengan keuntungan. Sebagaimana simpanan dan pelaburan, keuntungan dan kerugian juga merupakan pasangan kembar yang serasi terutama sekali apabila melibatkan urusan perniagaan dan pelaburan. Untuk mengurangkan kos kerugian dan memaksimakan keuntungan dalam pelaburan, anda perlukan ilmu! Bagaimana nak dapatkan ilmu? Sudah tentulah anda perlu belajar! Sebab itu, Warren Buffet dalam petikan ungkapannya di atas pernah berkata, “…untuk menjadi kaya kita perlu belajar untuk menjadi pelabur..” dan bukannya mencari wang! Ini kerana dalam dunia pelaburan risiko kerugian itu adalah sesuatu yang pasti ada! Tak kira sama ada ianya kecil, sederhana mahu pun besar. Jika tidak ada risiko kerugian, itu bukan pelaburan namanya! Oleh itu, untuk melabur apa yang perlu anda lakukan adalah dengan mewujudkan lebihan tunai. Ingat! Prinsip ini :“Melabur bilamana anda mempunyai lebihan tunai di tangan” Sebabnya pelaburan berhadapan dengan risiko yang tidak pasti. Walau bagaimanapun, anda tidak boleh menjadikannya satu alasan untuk tidak. Hakcipta Terpelihara ©www.RahsiaMenjadiKaya.Com. 28.

(29) BAGAIMANA ANDA BOLEH MENJADI KAYA Kuasai Hidup Dan Bina Masa Depan Anda SEKARANG!. melabur hanya kerana anda tak mempunyai lebihan wang! Jika sekiranya anda tidak mempunyai lebihan wang pada masa ini, anda perlu wujudkannya! Ya, anda perlu berusaha untuk mewujudkan lebihan wang bagi membolehkan anda melabur dan seterusnya mendapatkan pulangan yang menguntungkan. Jika tidak, anda tak mungkin dapat mencapai kekayaan. Tak kiralah sebesar mana pun wang atau pendapatan yang anda perolehi. Jika anda gagal untuk simpan dan labur, sampai bila-bila pun anda tak akan berjaya mencapai apaapa kekayaan. Ada yang kata untuk jadi jutawan adalah dengan berusaha mendapatkan pendapatan RM1 juta, namun bagi saya itu kurang tepat dan tidak betul sama sekali! Ini kerana ramai yang mampu mendapatkan jumlah wang dan pendapatan yang lumayan sepanjang hidup mereka namun begitu hakikatnya kenapa masih ada di kalangan mereka yang berdepan dengan masalah kewangan? Wang yang diperolehi walau sebanyak mana sekalipun, jika tiada ilmu dan jahil pasal kewangan, ianya tak akan berada lama dalam tangan kita. Ini kerana hampir kesemuanya akan dibelanjakan dan dihabiskan begitu sahaja! Jadi bagi menyelesaikan masalah ini, saya sediakan satu panduan yang khusus untuk membantu ramai orang mempelajari selok belok kewangan dan strategi rahsia untuk menjadi kaya melalui ebook Rahsia Menjadi Kaya!. Hakcipta Terpelihara ©www.RahsiaMenjadiKaya.Com. 29.

(30) BAGAIMANA ANDA BOLEH MENJADI KAYA Kuasai Hidup Dan Bina Masa Depan Anda SEKARANG!. KEBEBASAN KEWANGAN. Ramai yang bercita-cita untuk mencapai kebebasan kewangan dalam hidup mereka. Namun tidak ramai yang berjaya mencapainya. Kenapa dan mengapa? Jawapannya, ramai yang masih keliru dengan maksud sebenar kebebasan kewangan ini. Ada yang beranggapan kebebasan kewangan itu bilamana mereka mempunyai wang yang banyak, mungkin pendapatan mencecah RM1 juta dan kemudian boleh berbelanja dengan sesuka hati! Kenyataan itu sebenarnya kurang tepat! Maksud sebenar kebebasan kewangan di sini ialah bila mana anda mempunyai aset atau portfolio yang mampu menyumbang atau menghasilkan sejumlah pendapatan yang besar untuk menampung gaya hidup anda sepanjang masa tanpa perlu anda bekerja lagi untuk mendapatkan wang! Pada tahap ini, bekerja bukan lagi satu kemestian buat anda. Anda boleh pilih sama ada untuk bekerja atau tidak, kerana ketika ini wang telah bekerja kuat untuk anda. Berdasarkan kajian, didapati hanya 5 peratus sahaja daripada populasi penduduk dunia yang mampu mencapai hingga ke tahap ini. Hakcipta Terpelihara ©www.RahsiaMenjadiKaya.Com. 30.

(31) BAGAIMANA ANDA BOLEH MENJADI KAYA Kuasai Hidup Dan Bina Masa Depan Anda SEKARANG!. Kebebasan kewangan bukan pula bermaksud anda bersara daripada melakukan pekerjaan sebaliknya jawapan yang paling tepat adalah berkaitan dengan keupayaan anda untuk membuat keputusan dan pilihan. Ya, ketika itu anda boleh pilih sama ada untuk terus bekerja atau pun tidak! Ini kerana wang bukan lagi penyebab atau faktor utama! Sebaliknya anda bekerja kerana anda minat dan suka melakukannya! Dalam usaha untuk mencapai kebebasan kewangan, memang tidak dinafikan bahawa anda perlu berusaha mendapatkan wang dan pendapatan yang lumayan. Jika tidak impian untuk mencapai kebebasan kewangan adalah mustahil! Dalam ebook Rahsia Menjadi Kaya, saya dedahkan bagaimana anda boleh mempelajari dan seterusnya mempraktikkan/melaksanakan proses untuk mencapai kebebasan kewangan dengan strategi yang betul. Apabila saya sebutkan strategi yang betul, bukannya bermakna dengan berusaha mencari wang yang banyak sahaja sebaliknya anda perlu faham yang strategi dan rahsia menjadi kaya bukannya terletak pada jumlah wang yang anda dapat, sebaliknya anda perlu tahu proses yang betul! Anda akan dapat pelajari „proses‟ tersebut melalui siri kedua -Siri Panduan Pengurusan Kekayaan, - Rahsia Menjadi Kaya – “Anda Tak Perlukan Wang Untuk Menjadi Kaya…”. Hakcipta Terpelihara ©www.RahsiaMenjadiKaya.Com. 31.

(32) BAGAIMANA ANDA BOLEH MENJADI KAYA Kuasai Hidup Dan Bina Masa Depan Anda SEKARANG!. Keratan Akhbar Berita Harian Edisi 13 Mei 2011 Memaparkan Kisah Bagaimana Ketamakan Mencari Wang Semata-Mata Menyebabkan Seseorang Itu Mudah Terjebak Ke Kancah Jenayah! Bukti Menunjukkan Untuk Menjadi Kaya Bukannya Terletak Pada Jumlah Wang Yang Anda Dapat, Sebaliknya Untuk Menjadi Kaya, Kita Perlu Mengetahui Proses Yang Betul Seperti Yang Didedahkan Dalam Ebook Rahsia Menjadi Kaya!. Hakcipta Terpelihara ©www.RahsiaMenjadiKaya.Com. 32.

(33) BAGAIMANA ANDA BOLEH MENJADI KAYA Kuasai Hidup Dan Bina Masa Depan Anda SEKARANG!. PENUTUP Baiklah kita sudah sampai ke „page‟ yang terakhir, namun sebenarnya masih banyak yang perlu anda pelajari dari masa kesemasa dalam menguasai ilmu kekayaan dan kewangan peribadi ini. Sebagaimana dunia dan teknologi berubah pantas, maklumat dan ilmu kewangan juga perlu dikuasai dengan cepat dan pantas! (tetapi ingat jangan tergopoh gapah pulak ye) Sebelum kita berpisah, saya ada satu soalan buat anda. “Adakah impian menjadi kaya merupakan satu kemestian untuk anda atau sebaliknya?” Bagi kebanyakan orang mencapai kekayaan bukannya satu kemestian, ianya hanyalah sekadar impian atau angan-angan kosong sahaja. Mereka suka apabila mereka mempunyai banyak harta dan juga wang tetapi jika sekiranya tak ada pun, tak mengapa :P Apabila sesuatu perkara bukan menjadi KEMESTIAN, memang ramai orang tidak berupaya mencapainya. Ini kerana kita akan sentiasa mencari alasan bagi menunda-nunda hal itu atau pun terus melupakannya apabila kita bertemu dengan halangan atau pun masalah. Namun begitu cuba anda bayangkan jika sekiranya anda memilih untuk MESTI menjadi kaya, adakah anda akan berhenti atau putus asa setiap kali bertemu dengan halangan dan kegagalan? Saya yakin jawapan anda pastinya tidak. Begitulah orang kaya menjadi kaya sebab mereka memilih untuk mesti menjadi kaya bukannya hanya sekadar berangan-angan kosong. Jika anda benar-benar memilih untuk menjadi kaya, saya harap proses pembelajaran anda tidak terhenti setakat ini sahaja. Ini kerana lebih banyak rahsia, strategi, dan proses untuk menjadi kaya didedahkan dengan lebih terperinci dalam siri kedua – Rahsia Menjadi Kaya. Sebenarnya banyak lagi kemahiran dan strategi orang kaya yang tidak diketahui oleh kebanyakan orang. Ianya kekal menjadi rahsia di kalangan mereka yang kaya raya dan bergelar jutawan, dan hartawan sahaja. Hakcipta Terpelihara ©www.RahsiaMenjadiKaya.Com. 33.

(34) BAGAIMANA ANDA BOLEH MENJADI KAYA Kuasai Hidup Dan Bina Masa Depan Anda SEKARANG!. Namun kini, ianya bukan rahsia lagi kerana segalanya telah didedahkan dan dibongkarkan dalam ebook Rahsia Menjadi Kaya! Kerana jika anda SERIUS ingin menjadi kaya, anda tidak perlukan wang untuk menjadi kaya, sebaliknya anda perlu tahu RAHSIA disebaliknya! Dapatkan ebook pertama seumpamanya yang mendedahkan Rahsia yang tak pernah didedahkan oleh orang kaya sebelum ini.. Semoga saya dan anda dapat bertemu lagi dalam siri berikutnya. Salam kekayaan, Sahabat Kewangan Peribadi Anda,. Khairulnahar a.k.a Thinkerich Founder PemikirKaya.Com | WangGaji.Com | BajetWang.Com | PanduanBebasHutang.Com | KewanganPeribadi.Com | AkaunEmas.Com | RahsiaMenjadiKaya.Com. Hakcipta Terpelihara ©www.RahsiaMenjadiKaya.Com. 34.

(35) BAGAIMANA ANDA BOLEH MENJADI KAYA Kuasai Hidup Dan Bina Masa Depan Anda SEKARANG!. www.KewanganPeribadi.com. www.Emas.KewanganPeribadi.com. www.WangGaji.com. Hakcipta Terpelihara ©www.RahsiaMenjadiKaya.Com. 35.

(36) BAGAIMANA ANDA BOLEH MENJADI KAYA Kuasai Hidup Dan Bina Masa Depan Anda SEKARANG!. www.Teknik.PanduanBebasHutang.com. www.BajetWang.com. www.Rancang.KewanganPeribadi.com. www.Teknik.PanduanBebasHutang.com. Hakcipta Terpelihara ©www.RahsiaMenjadiKaya.Com. 36.

(37) BAGAIMANA ANDA BOLEH MENJADI KAYA Kuasai Hidup Dan Bina Masa Depan Anda SEKARANG!. www.Tips.KewanganPeribadi.com. www.KewanganPeribadi.com/asbloan/. www.Ebook.KewanganPeribadi.com. www.PanduanBebasHutang.com. Hakcipta Terpelihara ©www.RahsiaMenjadiKaya.Com. 37.

(38)

Referensi

Dokumen terkait

Penelitian ini bertujuan untuk menguji hubungan antara locus of control internal dan penyesuaian diri di perguruan tinggi pada mahasiswa tahun pertama.. Hipotesis yang

Personil ICS mempunyai tugas menyusun dokumen yang diperlukan untuk memenuhi persyaratan sertifikasi dengan pola ICS seperti data petani, status lahan, status

Tujuan penelitian ini adalah untuk mengidentifikasi gambaran pengetahuan ibu mengenai sibling rivalry pada anak usia toddler di Kelurahan Cikutra Kecamatan

Kesimpulan dari penciptaan karya ini yaitu menjelaskan tentang menentukan strategi kreatif yang tepat bagi perusahaan Abi Denim untuk meningkatkan brand awareness

Mahasiswa memiliki hubungan yang baik dengan seluruh civitas akademika STMIK Bina Patria. Hubungan pertemanan antar mahasiswa juga terjalin sangat baik. Komunikasi

Sepertimana yang saya nyatakan di dalam Majlis perjumpaan dengan Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Gred Utama C dan Gred Khas C/ setaraf pada 24 Januari 2014,

Bila jarak kedua pusat lingkaran tersebut 15 cm dan panjang jari-jari lingkaran kecil 4 cm, maka perbandingan luas lingkaran kecil dengan luas lingkaran besar adalah …

Berdasarkan hasil uji beda, emisi formaldehida terbaik dicapai pada papan partikel yang menggunakan campuran arang aktif yang diperoleh pada suhu aktivasi 800 C selama 60 menit ke