• Tidak ada hasil yang ditemukan

AKUAN KEASLIAN DAN HAK MILIK

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "AKUAN KEASLIAN DAN HAK MILIK"

Copied!
48
0
0

Teks penuh

(1)

AKUAN KEASLIAN DAN HAK MILIK

TAJUK : MESIN PENGECAT BENDUL JALAN

SESI : JUN 2019

1. Kami, 1. TENGKU AHMAD AFZAL BIN TENGKU MAZUKI (02DKM17F1046)

2. SYED FAIZZUL NAIM BIN SYED FAUZI (02DKM171107) 3. MUHAMMAD FAIZ AKMAL BIN MAHADI (02DKM17F1005) 4. NURUL SUFHIA BINTI JAMARUS (02DKM17F1058)

Adalah pelajar tahun akhir Diploma Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan

Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, yang beralamat

di Semambu, 25350 Kuantan, Pahang. (Selepas ini dirujuk sebagai “Politeknik tersebut’)

2. Kami mengakui bahawa ‘Projek tersebut di atas’ dan harta intelek yang ada di dalamnya adalah hasil karya/ reka cipta asli kami tanpa mengambil atau meniru mana-mana harta intelek daripada pihak-pihak lain.

3. Kami bersetuju melepaskan pemilikan harta intelek ‘Projek tersebut’ kepada ‘Politeknik tersebut’ bagi memenuhi keperluan untuk penganugerahan Diploma Kejuruteraan

Mekanikal kepada kami.

Diperbuat dan dengan sebenar-benarnya diakui Oleh yang tersebut;

a) TENGKU AHMAD AFZAL

………

(No. Kad Pengenalan:-990205-06-5197) TENGKU AHMAD AFZAL

b) SYED FAIZZUL NAIM ………

(No. Kad Pengenalan:-990318-01-5751) SYED FAIZZUL NAIM

c) MUHAMMAD FAIZ AKMAL ………

(No. Kad Pengenalan:-990326-06-5089) MUHAMMAD FAIZ AKMAL

d) NURUL SUFHIA ………

(No. Kad Pengenalan:-990527-06-5376) NURUL SUFHIA Di hadapan saya, MOHD SAFIAN BIN MUDA

(691228065069) ………

(2)

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Mengecat adalah proses dimana kita meratakan cat ke atas sesuatu permukaan. Mengecat juga bertujuan untuk melindungi sesuatu permukaan atau bahan daripada hakisan, karat, dan melindungi sesuatu permukaan dari cuaca yang tak menentu untuk memanjangkan jangka hayat sesuatu permukaan atau bahan. Proses mengecat juga bertujuan untuk mencantikkan sesuatu supaya ia kelihatan menarik.Contohnya, kita mengecat dinding rumah untuk kelihatan menarik. Mengecat juga adalah satu seni yang kebiasaannya diolah oleh pelukis, ini adalah proses lukisan.

Mengecat sebenarnya sudah bermula dari awal peradaban manusia dimana manusia pada masa itu sudah mulai menggunakan bahan-bahan berwarna untuk membuat gambar-gambar pada dinding gua yang bertujuan untuk menggambarkan suatau keadaan atau objek tertentu. Warna pada saat itu dihasilkan dari mencampur bahan-bahan dari alam seperti arang. Kapur, dan warna tanah serta warna-warna alam lainnya dan kemudian dicampur dengan air.Kerja – kerja itu terlihat sangat mudah dan tidak rumit tetapi cat itu tahan lama. Ini terbukti hingga saat ini kita masih dapat melihat coretan yang pernah dibuat pada 600 tahun yang lalu seperti pada rajah 1.1yang diambil di Serra Da Capivara.

(3)

2 | P a g e

Rajah 1.1: contoh lukisan pada dinding gua

1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

Pada hari ini, banyak alat-alat atau mesin-mesin yang direka oleh manusia untuk melakukan proses mengecat di Malaysia atau diluar negara. Seterusnya, terdapat banyak mesin di Malaysia yang digunakan untuk mengecat sesuatu permukaan ataupun coating terutamanya dalam industri-industri kecil ataupun di bengel-bengkel. Selain itu, kos untuk membeli alat ini agak tinggi dan ini menyebabkan alat-alat ini kurang popular. Mesin ini bernilai tinggi kerana mesin mengecat menghasilkan kualiti cat yang sangat cantik dan kemas.Statistik yang dikaji, ramai orang masih gemar mengecat dengan menggunakan cara yang manual iaitu dengan menggunakan berus cat. Ini kerana mereka beranggapan dengan menggunakan cat berus, maka kerja mengecat sesuatu permukaan atau objek akan menjadi lebih senang. Masalah yang menjadi keutamaan adalah alatan tidak mempunyai pelbagai kelengkapan dan kebolehan dengan adanya pelbagai fungsi untuk pengguna untuk menggunakan alatan ini.

(4)

3 | P a g e

1.3 PENYATAAN MASALAH

Kerja mengecat merupakan kerja yang penting kerana mengecat amat diperlukan untuk setiap benda seperti mengecat rumah , mengecat kereta dan mengecat pagar . Oleh itu , terdapat masalah yang dialami oleh para pekerja untuk melakukan kerja mengecat. Masalah yang sering berlaku dalam proses mengecat ialah kekurangan tenaga kerja dan memerlukan alatan mengecat yang banyak seperti berus cat. Proses mengecat perlu dilakukan untuk melindungi permukaan bahan daripada hakisan. Masalah sering berlaku di tempat yang terdedah dengan cuaca yang tidak menentu. Antara pernyataan masalah yang kami nyatakan ialah :

i. Memerlukan peralatan yang banyak untuk menyiapkan kerja mengecat bendul jalan. ii. Mengambil masa yang lama untuk menyiapkan kerja-kerja mengecat bendul jalan. iii. Tiada kekemasan ketika membuat proses mengecat bendul jalan.

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

Bagi melaksanakan projek ini, beberapa objektif utama yang ingin dicapai. Ia bertindak sebagai garis panduan bagi tujuan projek dihasilkan, ia merujuk kepada penyataan masalah yang berlaku untuk mencari penyelesaian kepada masalah tersebut. Ini bertujuan supaya projek kami mengikut kriteria yang dikehendaki. Antara objektif yang kami kaji adalah seperti berikut : i. Mereka bentuk Mesin Mengecat Bendul Jalan.

ii. Membina mesin mengecat bendul jalan menggunakan sistemangin mampatan. iii. Menguji mesin tersebut dari segi kadar alir dan halaju bendalir.

(5)

4 | P a g e

1.5 SKOP KAJIAN

Secara umumnya projek ini bertujuan untuk memberi kemudahan kepada pekerja dan juga untuk mendapatkan hasil kerja yang berkualiti, berinovasi, canggih dan pastinya ia boleh digunakan dengan selamat. Skop kajian ini meliputi kaedah dan teori, terutamanya pada aspek fungsi dan keselamatan. Dalam menghasilkan produk ini, proses penyelidikan harus dijalankan sebelum kerja-kerja penghasilan produk dijalankan. Ini bertujuan untuk mengenal pasti, menganalisa, membuat kajian dan seterusnya membuat keputusan untuk mewujudkan satu kronologi yang lengkap dalam menghasilkan sesuatu projek.

Bagi melaksanakan sesuatu projek supaya nampak sempurna dan berjalan dengan lancar, skop projek atau had-had pelaksanaan projek amat penting bagi menghasilkan projek yang baik. Ini bertujuan untuk memastikan hasil projek tidak terkeluar dari skop yang ditetapkan. Antaranya ialah :

i. Projek ini khusus menggunakan satu warna dalam satu masa.

ii. Projek ini untuk mengurangkan tenaga kerja ketika proses mengecat bendul jalan. iii. Projek ini hanya untuk digunakan dalam kawasan Polisas.

iv. Projek ini hanya boleh menggunakan 3 liter cat sahaja pada sesuatu masa.

v. Berat mesin perlu berada diantara 5kg hingga 10kg supaya ia boleh digalas dengan mudah. vi. Mesin hanya perlu menggunakan battery bersaiz 12v dan ringan.

vii. Kerangka mesin perlu diperbuat daripada besi hollow supaya kerangka lebih gelap. viii. Mesin perlu menggunakan hos berdiameter 0.5 cm supaya aliran cat lancer.

ix. Tangki simpanan cat perlulah diperbuat daripada besi untuk menahan tekanan compressor.

(6)

5 | P a g e

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 PENGENALAN

Kajian yang dijalankan termasuklah dari internet, buku-buku rujukan, pemerhatian serta pengalaman.Kajian ini dijalankan dengan mengkaji sistem dan konsep mekanikal yang pernah dihasilkan sebelum ini. Mesin-mesin yang berada di pasaran pada ketika ini bagus tetapi masih terdapat kekurangan daripada segi harga serta saiz mesin yang dihasilkan. Saiz mesin yang terdapat dipasaran sekarang terlalu besar serta harga yang amat mahal. Saiz sesuatu mesin mestilah bergantung kepada ruang yang disediakan untuk meletak mesin. Harga juga mestilah berpatutan serta sesuai dengan fungsi serta kos yang digunakan untuk menghasilkan mesin tersebut.

Kajian yang telah dijalankan mestilah dibandingkan kesemua datanya untuk memperoleh maklumat yang benar-benar boleh diguna pakai. Ianya bertujuan untuk memastikan projek yang akan dihasilkan dapat memberi manfaat kepada pengguna.

2.2 SEJARAH

Sebelum ciptaan bijak dua rakyat Amerika yang terkenal pada abad ke-19, semua lukisan di Amerika Syarikat telah dicat dengan menggunakan berus. Berus digunakan untuk mengecat bangunan, perabot, gerabak kuda dan lain-lain. Ia mengambil masa yang lama untuk menyiapkan kerja.

(7)

6 | P a g e

Ia hanya menjadi tugas yang mudah apabila Joseph Binks mencipta mesin mengecat dinding. Pada tahun 1887, Binks ialah seorang penyelia penyelenggaraan untuk kedai Jabatan Marshall Field di Chicago. Marshall Field mempunyai dinding di bawah tanah dan dia perlu memastikan dinding itu berwarna putih. Idea ini timbul apabila Binks menghantar pekerjanya untuk melakukan kerja dengan berus dan baldi, dan ia memerlukan beberapa minggu sebelum mereka selesai. Dalam usaha untuk mempercepatkan tugas, Binks menggabungkan pam kendalian tangan, sebuah bekas untuk menyimpan cecair di bawah tekanan dengan muncung di hujung, seperti penyembur pam taman yang digunakan pada masa kini.

Rajah 2.1

Beberapa tahun kemudian, Binks mendapat satu lagi peluang untuk menggunakan ciptaannya iaitu mesin semburan cat air sejuk, semasa “Colombia Extravaganza” diadakan pada tahun 1893. Beliau berjaya mengecat sejumlah besar bangunan dalam tempoh tiga hari. Hasilnya adalah sangat mengagumkan sehingga akhbar tempatan menamakannya 'The White City. Ini bermula revolusi lukisan semburan.

(8)

7 | P a g e

Rajah 2.2

Pada tahun 1888, Doktor Allen De Vilbiss mencipta pengabus untuk pesakitnya. Selepas itu, anaknya membangunkan peranti yang sama, yang digunakan dalam industri perabot. Pistol penyembur mengandungi pelbagai ciri-ciri canggih yang membolehkan kandungan cecair mudah keluar daripada bekas. Bekas diisi dengan udara termampat yang bertindak mengeluarkan (atomised material) bahan terkabus ke permukaan melalui (atomised material) tiub tenggelam. Ciptaan ini mempunyai hasil yang sama dengan ketara mengurangkan masa yang diambil untuk bekerja pada permukaan. Pada masa tertentu, proses pembuatan menggunakan air sebagai bahan penyejuk, dan ini membawa kepada perkembangan teknologi (nozzle) muncung.

Kemudian, Binks mengubahsuai ciptaannya dengan menggabungkan pelbagai konsep bentuk dan saiz muncung. Binks membuat kajian tentang teknologi penyejukan air yang digunakan oleh kilang pembuatan untuk menyejukkan mesin mereka. Proses penyejukan menukarkan udara air ke dalam bentuk kabus untuk membebaskan haba. Dia menggunakan konsep ini pada ciptaan pertamanya, iaitu mesin semburan cat air sejuk. Beliau membangunkan konsep cat semburan dan ia menjadi lebih mudah apabila beliau melancarkan mesin semburan tangan asal pada tahun 1919. Pistol semburan (spray gun) ini menggunakan udara termampat untuk melepaskan cat ke permukaan.

(9)

8 | P a g e

Rajah 2.3

2.3 KONSEP

Mesin Mengecat Bendul Jalan mempunyai beberapa konsep yang penting semasa mengecat. Berikut adalah informasi yang diperolehi daripada melayari laman sesawang :

I. Mengecat II. Kaedah spray

i. Mengecat

Dalam proses mengecat, kekemasan yang sempurna selalunya tidak diberikan keutamaan. Tetapi jika dengan menggunakan peralatan yang betul, proses mengecat akan menjadi lebih kemas dan cantik. Terdapat beberapa cara dan tips-tips yang boleh dilakukan sebelum proses mengecat. Antaranya ialah memastikan tempat atau permukaan yang hendak dicat bersih daripada bendasing seperti karat, sampah, minyak, gris, air, cat lama dan debu. Gunakan berus dawai, kertas pasir, kain alas, atau kertas pasir untuk mendapatkan permukaan yang sempurna. Gunakan sedikit alkohol sekiranya terdapat minyak. Apabila langkah ini selesai, elakkan daripada memegang permukaan dengan tangan kerana ia boleh meninggalkan kesan terhadap permukaan.

(10)

9 | P a g e

Seterusnya, lindungilah kawasan-kawasan bagi item yang tidak mahu dicat. Pita pelekat mungkin sesuai untuk kerja ini bagi mendapatkan hasil yang sempurna. Potong pita yang berlebihan dengan menggunakan pisau cukur dan bukannya dengan pisau mata biasa. Memakai sarung tangan semasa proses ini boleh mengelakkan permukaan daripada tercemar.

Semburan cat dilakukan dalam persekitaran yang sempurna tanpa gangguan cahaya matahari terik ataupun angin yang boleh meniup habuk ke tempat kerja. Magnet berfungsi dengan sempurna ketika mengecat kerja logam. Ini kerana magnet boleh menukarkan kedudukan bahan kerja tanpa menyentuhnya.

Gunakan warna primer sebelum mengecat. Ini kerana, ia mampu meningkatkan ketahanan serta jangka hayat sebelum warna menjadi pudar serta membuatkan proses menjadi lancar. Pakai gear keselamatan iaitu googles atau cermin mata. Kemudian buka penutup spray gun dan menggoncangkannya selama 45 ke 60 saat. Goncangkan tin cat setiap 1 minit ketika melakukan kerja.

ii. Kaedah Spray

Menggunakan pistol semburan sebenarnya agak mudah, tetapi sebelum melakukan proses semburan, baca dahulu buku panduan atau operasi manual serta mengkaji semua langkah-langkah keselamatan. Ambillah sedikit masa untuk mempraktikkannya dengan menggunakan air. Pilih kawasan yang selamat atau permukaan yang lebar untuk menyembur dengan air. Dengan menggunakan air , ikut semua prosedur yang sama seperti menggunakan cat. Apabila tangki telah dipenuhi dengan air, tutup balik tangki itu dengan penutupnya.Gunakan tombol kawalan tekanan untuk menetapkan tekanan yang dikehendaki untuk menghasilkan corak semburan yang berkualiti.Apabila tekanan ditetapkan dengan betul, corak semburan cat tidak akan lari dan corak akan menjadi cantik. Mulakan dengan tekanan yang rendah dan tekan picu pistol semburan dengan cepat.

(11)

10 | P a g e

Dapatkan keselesaan ketika memegang pistol semburan dan kekalkan jarak semasa mengecat. Seeloknya jarak daripada tempat mengecat dengan permukaan yang di cat sebanyak 12 inci dan bersudut tepat.

2.4 KAJIAN SPESIFIKASI REKABENTUK DI PASARAN

Mesin pengecat sentiasa belaku inovasi. Inovasinya dalam keadan semi automatik dan juga automatik. Pada masa kini, dipasaran telah mempunyai pelbagai rekaan mesin mengecat yang telah dicipta;

(12)

11 | P a g e

a. Paint Zoom Sprayer

Jadual 2.1 : Spesifikasi Paint Zoom Sprayer

PERKARA SPEFIKASI

NILAI VOLTAN 220-240V

KUASA 650W

MUNCUNG 1.0mm

KAPASITI BEKAS 800ml

BAHAN BEKAS ALUMINIUM

PANJANG HOS 1.5mm

DIMENSI 24cm (Panjang) x 19cm (Tinggi)

12cm (Lebar)

b. TrueCoat

(13)

12 | P a g e

Jadual2.2:spefikasi mesin TrueCoat

c. Gmax II 7900

Rajah 2.6 : GMAX II 7900

PERKARA SPEFIKASI

AMPERE MAKSIMUM 4 amps

BERAT 5 kg

TEKANAN BOLEH LARAS (16N673,17C810)

1000-2000psi

KABEL KUASA 18 AWG, 3wire, 18

in

DIMENSI 32cm panjang x 13cm lebar x 15cm

(14)

13 | P a g e Perkara Spesifikasi Enjin Honda GX20 Kuasa @ 3600rpm 6.5 Kuasa Kuda

Tekanan Kerja Maksimum 3300

Penghantaran Maksimum 2.2

Kapasiti bahan api 0.95

Gelen seminit 2.2

Berat 15 kg

Maksimum Panjang Hos 300

Kuasa Bunyi 105 a per ISO 3744

Jadual 2.3 : Spesifikasi Mesin GMAX II 7900

2.5 Rumus

Terdapat beberapa teori yang diguna pakai dalam projek ini. Teori ialah salah satu langkah untuk mendapatkan sesuatu ukuran atau membuktikan suatu fakta dengan jalan kerja serta pengiraan.Berikut adalah teori yang digunakan sepanjang perlaksanaan projek. Antaranya ialah :

a) Hukum Boyle

Hukum Boyle (kadang kala dirujuk sebagai Hukum Boyle-Mariotte) adalah satu daripada beberapa hukum gas dan kes khusus bagi hukum gas ideal (ideal gas law).Hukum Boyle menggambarkan hubungkait kadar songsang antara tekanan dan isipadu mutlak gas, jika suhu dikekalkan sekata dalam sistem tertutup.Bagi jumlah tetap gas ideal dikekalkan pada suhu tetap, P [tekanan - "pressure"] dan V [Isipadu - volume] adalah berkadar

(15)

14 | P a g e

songsang (ketika satu meningkat, yang lain menurun).Hukum Boyle digunakan untuk meramalkan tekanan gas apabila isipadu berubah (atau sebaliknya).

Pernyataan Hukum Boyle:

Di mana :

P - mewakili tekanan pada sistem. V - mewakili isipadu gas.

k - mewakili nilai malar mewakili tekanan dan isipadu sistem. b) Persamaan Gas Ideal

Persamaan gas ideal adalah persamaan keadaan suatu gas ideal. Persamaan ini merupakan pendekatan yang baik untuk karakteristik beberapa gas pada keadaan tertentu. Rumus bagi gas ideal ialah :

PV=nRT

Dimana :

P - adalah tekanan mutlak pada gas V - adalah isi padu

(16)

15 | P a g e

n - adalah jumlah partikel pada gas T - adalah suhu

R - adalah gas pemalar

c) Persamaan Bernoulli

Persamaan Bernoulli adalah kesinambungan dari persamaan keselanjaran dengan keadaan dimana :

i. Kelikatan adalah kosong.

ii. Bendalir tidak boleh dimampatkan Rumus Bernoulli ialah :

𝟏 𝟐

𝒑𝒗

𝟐

+ pgh + p = constant

Di mana, ρ (rho) = ketumpatan V = halaju bendalir g = gravity h = ketinggian P = tekanan d) Tekanan

(simbol: P) ialah sukatan daya yang bertindak ke atas luas permukaan sentuh, atau daya per unit luas dalam arah yang berserenjang dengan permukaan berkenaan. Semakin kuat

(17)

16 | P a g e

daya yang bertindak ke atas permukaan yang diberikan, semakin tinggi tekanan. Begitu juga semakin kecil luas permukaan yang disentuh oleh daya berkenaan, maka lebin tinggi tekanan. Sementara tekanan boleh diukur dalam mana-mana unit tekanan dibahagi kepada mana-mana unit luas, unit SI bagi tekanan (newton per meter padu) tetap dipanggil pascal (Pa). Rumus bagi tekanan ialah :

Di mana :

𝒑 =

𝑭

𝑨

P=tekanan adalah daya yang bertindak dengan luas permukaan F= daya

A= luas permukaan

e) Arus Elektrik

Arus elektrik bergantung, berdasarkan konteks penggunan, aliran caj elektrik (fenomena atau kadar aliran caj elektrik ( "quantiti"). Caj elektrik mengalir ini biasanya dibawa oleh elektron bergerak, dalam pengalir elektrik seperti wayar; dalam Elektrolit, ia sebaliknya dibawa olehion, dan dalam Plasma, oleh kedua-duanya. Unit Sistem Antarabangsa bagi mengukur kadar aliran caj elektrik adalah ampere. Arus elektrik diukur menggunakan ammeter. Arus elektrik sebagai aliran merupakan satu kuantiti dalam sains yang menerangkan kadar pengaliran cas elektrik. Unit SI bagi arus ialah ampere yang sama dengan coulomb sesaat. Arus, I boleh ditakrifkan sebagai:

Di mana :

Q - ialah cas elektrik t - ialah masa

(18)

17 | P a g e

2.6 KAJIAN KOMPONEN YANG DIGUNAKAN

Kajian komponen telah dijalankan terhadap projek Mesin Mengecat Bendul Jalan .Setelah merujuk daripada pelbagai sumber seperti laman sesawang, penyelia, dan ahli kumpulan, komponen telah dipilih mengikut kesesuaian. Jadual 2.4 hingga jadual 2.9 menunjukkan komponen-komponen yang digunakan dalam projek.

Jadual 2.4: Jenis berus roller

Jenis Berus Roller

Penerangan

Short pile Untuk kehalusan dan permukaan rata

Medium pile Untuk dinding licin (tetapi sesuai untuk semua

(19)

18 | P a g e

Long pile Untuk setiap permukaan yang mempunyai

tekstur, atau permukaan di luar rumah

Foam roller Apabila anda menggunakan cat selesai gloss

atau varnis.

Radiator roller Tempat yang sukar untuk dijangkau atau

kawasan kecil dan mereka adalah berguna untuk kawasan di mana terdapat perabot tetap.

(20)

19 | P a g e

Jadual 2.5 :Jenis kompressor

Jenis pump

Penerangan

Mini pump 12v

* Bekalan kuasa: DC 12V

* Silinder diameter: 30mm, jumlah keluaran: 30L / min

* Mengangkut jenis kereta biasa dalam 3min (> 30PSI)

* Hos udara: hos getah 0.75m atau 1m

* Kord kuasa: kord 3m dengan pemetik api yang lebih ringan

* Tekanan Max: 150PSI * Max amperage: 14A

* Aksesori: 2 penyesuai muncung dan 1 jarum sukan

* Saiz produk: 17 * 9 * 15cm

Jadual 2.6.:Jenis bateri

Jenis bateri

Penerangan

GP Back Up Battery 12V 7.0AH or 7.2 AH 

-percuma

-lain tujuan umum sehingga 3 tahun

(21)

20 | P a g e

prolink battery 12v/8.2ah -100% sebelum pengujian penghantaran, stabil dan boleh dipercayai

- jangka panjang kualiti

Formula aloi grid yang dipatenkan dan dikemaskinikan

-manufacturing teknik

Sepenuhnya dimeteraikan dan diselenggara- percuma, rendah diri,

pelepasan

-Pengisian hebat dan pengisian semula penerimaan

-Selamat hayat:> 260 kitaran pada 100% DOD

-Penggunaan & penggunaan siap sedia: 3-5 tahun

-Suhu Pengendalian Udara

-Dimension: 15.1cm x 6.5cm x 9.5cm -Weight: 2KG

(22)

21 | P a g e

Jadual 2.7:Jenis batang besi

Jenis batang besi

Penerangan

Deformed bar

Bar keluli biasa yang biasanya terbentuk daripada keluli karbon, dan diberikan

kelebihan untuk konkrit bertetulang mekanikal yang lebih baik. Bar deformed biasanya digunakan sebagai peranti tegangan dalam konkrit bertetulang dan struktur batu bertetulang yang memegang konkrit dalam mampatan.

Hollow bar

Ciri-ciri tahan kakisan

Permohonan

Bahagian Pembedahan & Perubatan

Hollow rectangular bar

Hollow Rectangular bar diperbuat daripada keluli karbon dan lebih kukuh daripada bar besi

padu oleh kerana mempunyai bentuk

rectangular.

(23)

22 | P a g e

Jadual 2.8:Jenis tangki

Jenis tangki Penerangan

Tangki petrol 2 liter

Berkapisiti 2 liter dan diperbuat daripada plastic

Tangki plastik hidraulik

Berkapisiti 5 liter dan diperbuat daripada plastik

Tangki motosikal

Berkapisiti 4 liter dan diperbuat daripada besi.

(24)

23 | P a g e

Jadual 2.9: Jenis suis

Jenis Suis Penerangan

Suis Push Button

Suis ini hanya akan berfungsi apabila kita menekan butang suis tersebut.

Suis on/off

Suis ini akan berfungsi sekiranya kita menekan butang ON dan tidak akan berfungsi jika kita menekan butang OFF.

Suis toggle

Suis ini berfungsi sama seperti suis on/off. Sekiranya tombol berada di ON, suis akan berfungi. Tombol pada OFF, suis tidak berfungsi

(25)

24 | P a g e

BAB 3

METADOLOGI

3.1 PENGENALAN

Langkah-langkah kerja diatur mengikut kronologi yang bersesuaian bagi memastikan pelaksaan projek mengikut tatacara yang disediakan. Untuk melaksanakan projek ini kajian literatur , lukisan inventor, pemilihan bahan pemasangan projek, pelaksanaan projek, pengujian projek dan pembaikan keatas projek dan pembaikan keatas projek perlu dilakukan.

Langkan-langkah akan diterangkan secara terperinci dari permulaan projek hingga selesai. Ketika proses pembikinan projek, faktor-faktor keselamatan amatlah dititik beratkan bagi memastikan tiada sebarang permasalahan yang berlaku sama ada masalah yang timbul ketika pembikinan atau semasa aplikasi pengguna. Faktor keselamatan juga dapat memastikan perlaksaan projek dapat dipatuhi.

Bagi melaksanakan projek ini, ia dibahagikan kepada beberapa fasa yang berkaitan. Antara fasa tersebut adalah idea dan konsep asal, penyediaan bahan dan peralatan tangan, pembikinan projek, penyelesaian masalah yang timbul, analisis dan ujikaji. Setiap ujikaji akan dicatatkan keputusan dan permasalah yang dihadapi serta cara penyelesaian yang sesuai.

(26)

25 | P a g e

3.2 Konsep Kerja PRIME

Konsep kerja PRIME merupakan langkah-langkah bagi memudahkan untuk melaksanakan sesebuah projek serta dapat membantu untuk menghasilkan proses pelaksanaan projek dengan teratur. Maksud konsep PRIME adalah :

I. P = Problem (Permasalahan / Isu) II. R = Research (Penyelidikan)

III. I = Invention (Ciptaan / Pembuatan ) IV. M = Modification (Pengubahsuaian ) V. E = Evolution (Penilaian )

3.2.1 PENYATAAN MASALAH (Problem)

Kerja mengecat bendul jalan dilakukan dengan menggunakan berus.Kaedah ini sedikit sebanyak mempunyai kekurangan antaranya:

(27)

26 | P a g e

a.Masa

Mengambil masa yang lama untuk menyiapkan kerja di kawasan kerja.Sebagai contoh apabila menggunakan berus pekerja perlu mencelup berus ke dalam cat untuk melakukan proses mengecat.

Rajah 3.2: Proses mengecat bendul jalan 2

b.Kos

Memerlukan kos yang tinggi untuk melakukan kerja mengecat bendul jalan.Sebagai contoh memerlukan kon untuk memberi amaran kepada pengguna jalan.

(28)

27 | P a g e

c.Pekerja

Pekerja akan mengalami masalah sakit pinggang akibat bercangkung terlalu lama semasa melakukan proses mengecat bendul jalan.

Rajah 3.4: Proses mengecat bendul jalan 4

3.2.2 PENYELIDIKAN(Research)

Didapati projek yang akan dibina ini dapat memudahkan pekerja untuk melakukan kerja dengan cepat dan mudah . Pekerja tidak perlu lagi untuk duduk bercangkung untuk mengecat bendul jalan . Selain itu, ianya sekaligus dapat mengatasi masalah sakit pinggang yang dialami oleh pekerja.

3.2.3 PEMBUATAN (Invention)

Memulakan projek dengan maklumat yang ada melalui hasil pencarian yang dilakukan.

3.2.4 PENGUBAHSUAIAN (Modification)

Pengubahsuaian dilakukan bagi memperbaiki kelemahan pada mesin. Pengubahsuaian dilakukan bermula daripada meneliti rekabentuk projek jika terdapat alat-alat yang tidak perlu digunakan bagi mengurangkan kos dan berat mesin. Pengubahsuaian ini amat penting

(29)

28 | P a g e

bagi memastikan produk yang dihasilkan memuaskan serta mengikut aspek yang telah ditetapkan. Jika produk yang dihasilkan mengikuti spesifikasi yang betul, keselamatan yang tinggi serta memudahkan pengguna, ia mungkin dapat dipasarkan. Produk yang berpatutan harga serta memenuhi kehendak pengguna mampu memasuki pasaran negara dengan mudah jika ianya menjadi suatu tarikan dan tidak mustahil mampu menguasai pasaran dunia lantas, mendatangkan hasil yang lumayan kepada pelabur.

3.2.5 PENILAIAN (Evaluation)

Proses pengujian adalah amat penting dalam proses penghasilan sesuatu rekabentuk projek. Pengujian juga menentukan kestabilan, keupayaan, kebolehgunaan, objektif yang ditetapkan dan keselamatan projek yang dihasilkan. Kerja-kerja pemasangan dan ujikaji bagi projek ini adalah dilakukan selepas proses pengukuran dan proses pemotongan dilakukan. Kerja pemasangan yang dilakukan adalah mengikut perancangan yang dilakukan pada peringkat awal. Selain itu, ujikaji adalah amat penting dan bertujuan untuk memstikan setiap pengukuran yang dilakukan adalah tepat dan menjamin kestabilan dan keselamatan struktur projek.

3.3 PERCAMBAHAN IDEA

Percambahan idea adalah satu teknik perbincangan bagi meningkatkan kreativiti sesuatu produk. Kaedah ini dijalankan secara kumpulan di mana idea–idea baru akan dibincangkan dan idea tersebut diaplikasikan ke atas produk tertentu. Percambahan idea adalah amat penting, ini kerana kita dapat melihat pelbagai jenis rekabentuk dan konsep. Hal ini adalah amat penting untuk menghasilkan sesuatu produk.

Analisis Konsep Rekabentuk

Analisis konsep ini dilakukan untuk memilih konsep rekabentuk projek yang terbaik.terdapat 3 konsep rekabentuk iaitu:

(30)

29 | P a g e

I. Konsep Rekabentuk 1

Rajah 3.5 Lakaran 1

Konsep rekabentuk 1 ini menggunakan sistem mekanikal.Sistem ini menggunakan gerakan daripada tayar untuk menghasilkan tekanan.

II. Konsep Rekabentuk 2

Rajah 3.6 Lakaran 2

Konsep rekabentuk 2 menggunakan sistem pam.Tangki dan pam yang digalas menghasilkan daya gravity untuk menolak cat ke roller dan pam membantu mengalirkan cat ke roller.

(31)

30 | P a g e

III. Konsep Rekabentuk 3

Rajah 3.7 Lakaran 3

Konsep rekabentuk 3 juga menggunakan sistem pam seperti rekabentuk 2 tetapi berbeza dari segi rekabentuk dan saiz.

3.4 PEMILIHAN IDEA

Jadual Penilaian Bermatrik

Penilaian dan pemilihan konsep dibuat secara perbandingan dengan konsep rekabentuk yang lain.Dengancara ini dapat membezakan dari setiap sudut kelebihan dan kekurangan yang ada pada setiap lakaran konsep.Melalui kaedah penjadualan lebih mudah untuk memahami konsep mana yang akan dipilih.

(32)

31 | P a g e

Jadual 3.1:Jadual penilaian bermatrik

Kriteria

Konsep 1

Konsep 2

Konsep 3

Kos penghasilan

+

+

-

Penyelenggaraan

-

+

+

Struktur binaan

+

+

+

Berat

+

-

-

Mudah alih

-

+

-

Jumlah

5

15

-5

Skala: + = 5 ˗ = - 5

Berpandukan jadual tersebut ternyata konsep rekabentuk 2 mempunyai banyak kebaikan dan kelebihan.Malahan hanya sedikit kekurangan yang ada.Konsep 2 memperoleh skor yang tertinggi kerana, kami dapat lihat ia adalah rekabentuk yang paling praktikal.Kami memilih rekabentuk 2 adalah kerana ia dipercayai menepati segala aspek yang kami ketengahkan .Oleh yang demikian konsep rekabentuk 2 dipilih sebagai konsep utama berbanding dengan konsep lakaran lain.

(33)

32 | P a g e

3.4.1 Lukisan terbantu Komputer

Gambar rajah 3.8: Pandangan sisi

(34)

33 | P a g e

Gambar rajah 3.10: Pandangan isometrik

3.5 PEMILIHAN BAHAN

Dalam proses menghasilkan projek, peralatan dan bahan projek hendaklah dipilih dengan betul dan teliti mengikut kesesuaian bahan yang hendak digunakan.Bahan dan komponen yang kami gunakan adalah seperti pada jadual 3.2

(35)

34 | P a g e

Roller Paint Brush

 Alat yang digunakan untuk meratakan cat

pada sesuatu permukaan dengan menggunakan daya.  Proses mengecat lebih cepat

 Permukaan cat menjadi cat

Spesifikasi

25cmx30cm

Mini Pump 12V

 Alat yang digunakan untuk membekalkan angina.  Kebolehan menyembur angin sehingga 300psi

Spesifikasi

12v, 14cmx16cmx8.5cm

Rechargeble Battery

 Alat yang digunakan untuk membekalkan tenaga untuk enghidupkan pam

 Boleh dicas semula berulang kali

Spesifikasi

(36)

35 | P a g e

Tank

 Untuk menyimpan cat

 Cat boleh disimpan dengan kuantiti yang mencukupi

Spesifikasi

15.5cmx16.3cm.7.3cm

Suis

 Digunakan untuk menghidup dan mematikan Mesin

Spesifikasi

(37)

36 | P a g e

3.6 ANGGARAN KOS

Jadual 3.3: Anggaran kos

Senarai bahan Kuantiti Harga

Roller Paint Brush 3 Rm 6.00 x3

Mini Pump 12v 1 Rm 50.00 Rechargeble Battery 1 Rm 50.00 Steel Rod 1 Rm 35.00 Tank 1 Rm30.00 Shoulder Strap 1 Rm 18.00 Jumlah Rm 201.00

(38)

37 | P a g e

3.7 PROSES PEMBINAAN

Rajah 3.11: Mesin pengecat bendul jalan

a.Lukisan Berbantu Komputer

Proses pertama untuk memulakan pembinaan projek ialah dengan membuat lakaran bagi memudahkan untuk melakukan sesuatu perlaksaan projek kami ini. Lukisan atau lakaran bagi setiap bahagian asas tersebut telah dilukis dalam Software Autodesk Inventor supaya lakaran atau lukisan tersebut nampak lebih jelas dan menarik. Dalam proses melakar tersebut ukuran projek ini telah dikeluarkandan dicatat dengan lebih tepat dan terperinci. Setiap ukuran dan juga dimensi mestilah tepat supaya tidak berlaku perkara yang dapat menghalang perlaksanaan projek ini.

(39)

38 | P a g e

b.Proses Menampal Kebocoran Tangki Simpanan

Proses menampal kebocoran pada tangki simpanan cat kerana tangki yang digunakan telah diguna pakai dan terdapat sedikit kebocoran pada tangki tersebut. Tangki ini diambil daripada tangki minyak motosikal yang telah digunakan. Kami melakukan proses menampal kebocoran pada tangki itu dengan menggunakan Welding MIG.

Rajah 3.1.2 Proses menampal kebocoran

Rajah 3.1.3: Proses meratakan permukaan

(40)

39 | P a g e

c. Proses Membuat Kerangka Mesin Mengecat Bendul Jalan

Proses membuat kerangka mesin mengecat bendul jalan ini , kami memilih untuk membuat seperti beg galas . Konsep ini merupakan satu proses kerja yang merumitkan kerana memerlukan ukuran yang tepat untuk meletakan Pam, Bateri dan Tangki Simpanan Cat di tempat yang sesuai. Kerangka tersebut direka daripada besi mengikut bentuk dilakar yang telah dibincangkan. Proses ini ,kami menggunakan kerusi besi yang terpakai kerana kerusi tersebut mempunyai bentuk kerangka projek yang kami inginkan . Bentuk melengkung daripada kerusi tersebut menjadikan rangka mesin lebih kukuh, dan dapat menampung berat yang agak tinggi.

(41)

40 | P a g e

Rajah 3.15 Proses Mencanai Permukaan Berkarat

Rajah 3.16: Proses Menebuk Lubang

(42)

41 | P a g e

d.membuat roller

Proses membuat roller ini , kami menggunakan batang cat stainless steel untuk dicantumkan pada roller cat agar dapat memudahkan proses mengecat bendul jalan . Seterusnya , kami menebuk dua belas lubang kecil pada berus roller dengan menggunakan gerudi mudah alih . Kami menebuk lubang pada berus roller tersebut supaya cat yang terkandung di dalam berus roller dapat mengalir keluar.kami menggunakan hos getah untuk menyalurkan cat daripada tangki terus ke dalam berus roller.

Rajah 3.17: Proses Membuat Lubang Pada Roller e.Proses memasang suis

Proses pemasangan suis ini dilakukan bagi memudahkan lagi penggunaan mesin ini.Tujuan suis ini dipasang adalah untuk mengawal tekanan di dalam tangki agar tidak berlaku tekanan berlebihan dan untuk menghalang cat daripada keluar secara berterusan.Suis ini dipasang pada batang roller bagi memudahkan penggunaannya.

(43)

42 | P a g e

Rajah 3.18: Proses Pemasangan Suis

f. Proses memasukan kompenen

Proses ini merupakan proses yang terakhir sebelum projek mesin mengecat bendul jalan dapat diuji . Oleh itu , kami perlu memasukan segala komponen yang penting kedalam rangka mesin mengecat bendul jalan seperti bateri dan “mini air compressor”. Setelah proses memasukan komponen kedalam rangka selesai , barulah mesin mengecat bendul jalan dapat diuji dengan sepenuhnya .

(44)

43 | P a g e

g. Melakukan ujikaji terhadap mesin

Proses ini adalah proses yang paling penting. Kami perlu menguji keupayaan mesin ini untuk memenuhi objektif kami. Kami menjalankan beberapa ujian terhadap mesin untuk memastikan mesin dapat berfungsi seperti yang dijangkakan sebelum kami membuat ujikaji yang sebenar bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Rajah 3.20: Proses ujikaji

3.8 BORANG UJIKAJI

3.8.1.Menguji ketumpatan cat. Alatan yang diperlukan : a. Bikar penyukat (2 liter) b. Penimbang elektronik Langakah – langkah ujikaji

(45)

44 | P a g e

b. Proses ini dimulakan dengan menambah 0.15 ℓ air ke dalam 1 ℓ cat. c. Ujikaji ini diulang dengan mengguakan isipadu air 0.30 ℓ dan 0.60 ℓ

Jadual 3.4:Rekod yang terhasil dari ujikaji Isipadu cat : 1 liter

BIL

Isipadu Cat Yang

Digunakan (ℓ)

Isipadu Air Yang

Digunakan (ℓ)

1

1

2

1

3

1

p

m

v

3.8.2 Menguji kadar alir dan halaju bendalir menggunakan cat Alatan yang diperlukan :

a.Mini kompresor b.Bateri

(46)

45 | P a g e

d.Hos

Langkah – langkah ujikaji :

a. Proses ujikaji ini dimulakan dengan menggunakan isipadu cat 1.1 ℓ. b. Masa diambil untuk menghabiskan isipadu dalam tangki simpanan. c. Ujikaji ini diulang dengan isipadu cat 1.25 ℓ dan 1.55 ℓ .

Jadual 3.5: Kadar alir cat

Halaju Bendalir

Alatan yang diperlukan : a. .Mini kompresor b.Bateri

c.Tangki

BIL

Uji kaji

Isipadu Cat Yang

Digunakan (ℓ)

Masa Yang Diambil (s)

1

Ujikaji pertama

2

Ujikaji kedua

(47)

46 | P a g e

d.Hos

Langkah – langkah ujikaji

a . Proses ujikaji ini menggunakan nilai kadar alir yang dikira pada ujikaji diatas.

Jadual 3.6: Halaju bendalir

BIL Ujikaji Kadar Alir cat (g/cm3

) Panjang hos (m) Diameter hos (m)

1 Ujikaji pertama

2 Ujikaji kedua

(48)

Gambar

Gambar rajah 3.8: Pandangan sisi
Gambar rajah 3.10: Pandangan isometrik  3.5 PEMILIHAN BAHAN

Referensi

Dokumen terkait

Para mahasiswa diharapkan dapat mengetahui tentang Proses Pelaksanaan Perubahan Hak Atas Tanah Untuk Rumah Tinggal dari Hak Guna Bangunan menjadi Hak Milik, dan bagi pihak Kantor

Menetapkan : KEPUTUSAN KEPALA BADAN PERTANAHAN NASIONAL TENTANG PERUBAHAN HAK PAKAI MENJADI HAK MILIK ATAS TANAH-TANAH YANG TELAH DIBERIKAN KEPADA PARA TRANSMIGRAN...

Hal ini sesuai dengan pepatah yang menyatakan bahwa tanah ulayat itu bersifat samporono (sempurna) habis. Sementara tanah ulayat rajo, sudah tidak diketemukan lagi pada

Namun oleh museum peralatan serta proses tenun diberikan makna yang berbeda yakni ketika peralatan tersebut telah dipilih menjadi koleksi museum maka peralatan tersebut

ii LEMBAR PENGESAHAN PROTOTIPE SISTEM KONTROL MONITORING PENGISIAN DAYA AKI KERING MENGGUNAKAN PANEL SURYA PADA MOBIL LISTRIK BERBASIS INTERNET OF THINGS Oleh : NAUFAL YUSUF

Tetapi tidak semua Pegawai Negeri dapat mengajukan permohonan Peralihan Hak Pakai atas Rumah Jabatan menjadi Hak Milik karena terbentur beberapa kendala yang menjadi pertimbangan suatu

FORMULASI STRATEGI UNIT BISNIS JASA PENGIRIMAN PERALATAN PERBANKAN STUDI KASUS PT ANUGERAH PERDANA MANDIRI RENDIKA APRIZKIAJI EDITIYANTO Tesis Sebagai salah satu syarat untuk

Kekurangan pengembangan e- modul selama proses pembelajaran yakni siswa memerlukan waktu untuk terbiasa dalam menyelesaikan masalah kontekstual yang diberikan menggunakan indikator