• Tidak ada hasil yang ditemukan

Eksistensialisme dan Lagu Gemuruh docx

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Eksistensialisme dan Lagu Gemuruh docx"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

Seminar Falsafah Malaysia ke 2, UniKL, 7-8 Feb, 2015

1

Eksistensialisme dan

Lagu ‘Gemuruh’

Fauzi Naeim Mohamed

Malaysian Institute of Information Technology–Universiti Kuala Lumpur [email protected]

Rock kapak memang terkenal dengan kejiwangannya. Kebanyakan temanya adalah cinta, cinta

dan cinta. Apabila asyik mendengarnya, ia jadi “tangkap lentok.” Jiwa jadi “karat.” Cintanya

ialah “cintun.” Mendayu-dayu penyanyinya – yang sememangnya kaum Adam –

mendendangkan kasih yang sama ada terputus di tengah jalan atau kasih yang tidak kunjung tiba.

Rindu kepada yang disayangi seperti lagu dendangan CRK, ‘Cinta dan Airmata’: “Sungguhku

begini, ketandusan rindu ini, mengapa ku mencari sang penghuni syurga jiwa. Berdendang suara

mengusap kalbu. Kulemas dalam terpesona. Kehadiranmu menerajang kekusutan, yang lama bertapak di sini.” Roh sang pendendang ialah ruang yang sentiasa kehausan, yang mana, cuma cintanya (satu cinta yang sentiasa ideal) yang mampu “menerajang kekusutan.” Saya sendiripun,

tanpa segan silu, terperangkap dalam wacana lagu kapak jiwang, ahem, masa muda-muda dahulu

di tingkatan. Dunia lagu rakan-rakan sekelas ibarat juga realiti bahasa yang saya gunapakai, dan

ya – satu zon selesa. Justeru mendengar lagu Amy Search Rozana sekarang – bermaksud roh

estetika saya jadi intim dengan bau lagunya. Gemaan lagu Awie - Taman Rashidah Utama

ialah pesona atmosfera yang mengasyikkan; ini kerana memori telah bersatu dengan realiti audio dan warna lirik “cintun.” Tumbesaran saya adalah sebati dengan lagu-lagu sekeliling sehingga lagu-lagu ini menjadi koma- noktah estetika dalam cerpen nyawa saya. Jiwa saya jadi terbiasa

dengan rock kapak. Dalam dunia rock 80–90an, alam tidak lagi semata-mata alam. Ia telah

bertukar, malah dijadikan pula sebagai satu perbandingan dengan yang tercinta (yang pastinya!)

tiada di disisi. Justeru apabila sang penyanyi menceritakan tentang “Lembut bayu membelai,

merdu burung berlagu,” alam sebegini kalah dengan cintanya kerana ia tidak “selembut

belaianmu, tiada semerdu kau berlagu”(Terrarossa, ‘Bunga Angkasa’). Karat, karat; cukup karat.

Besi pun tidak sekarat bahasa jiwang yang diluahkan. Dalam hal sebegini, jiwang bukan lagi

sebarang jiwang; ia rogolan bahasa kepada roh kita yang pernah mengenali cintun dan cinton.

Alam bukan sahaja dipertandingkan tetapi pada masa yang sama, dipersenyawakan bersama regu

(2)

Seminar Falsafah Malaysia ke 2, UniKL, 7-8 Feb, 2015

2 Walaubagaimanapun, bukannya semua lirik rock 80–90an berbangsa jiwang karat. Ada

juga yang mengasah minda dan roh (sambil melagukan gubahan muzik yang baik). Ini kita boleh

lihat di dalam lagu Di Ambang Wati (Wings), Patahnya Sayap Malam (Massa), Teguh (Search)

dan beberapa lagu lagi. Antara contoh terbaik, yakni subjek utama bagi makalah yang

dibincangkan di sini, ialah lagu Gemuruh nyanyian bersama Awie (kumpulan Wings) dan Amy

(kumpulan Search) dalam album Double Trouble (1992). Asal lagu oleh M. Nasir dan lirik

daripada Loloq.1 Mari kita perhatikan liriknya:

Di dalam gerimis penuh rahmat

Dia tersentuh

Cendawan akrab sesegar pagi

Nan permai damaikan

Tunggul di pinggir rimba

Lantas mendambakan

Cinta sempurna

Dari jiwa bakal surinya

Di dalam kelambu mendung ungu

Dia kesali

Hilang kayangan pedoman

Ikhtiar dan arah

Persis si buta mengangankan

Hidup sederhana

Menjamahi hari-hari

Mimpi-mimpinya

Sendiri meratapi

Sekalungan sengsara

1

(3)

Seminar Falsafah Malaysia ke 2, UniKL, 7-8 Feb, 2015

3 Dan menelan sisa

Pahit maung madah pujangga

Terbukti kasih

Kau hawa serampang bebisa

Menguntum gerigis besi kaca dan pawaka

Tak tersedar

Menyeresapi ke pusar keinsanan

Membibitkan

Titis-titis sepekat warna darah dan dosa

Secara peribadinya, saya amat menggemari lenggok bahasa dan melodi lagu di atas.

Pertama kali saya mendengarnya adalah semasa berasrama di Sekolah Menengah Gunung Rapat, Ipoh. Ada beberapa rakan di asrama rajin ‘menarik’ lagu Gemuruh – sampai deria saya sendiri pun tersangkut dengannya. Sememangnya komposisi lagu ini amat mudah dilayan – apatah lagi

kalau pendengarnya peminat rock kapak. Kadangkala saya dan rakan berdebat – mana lagi

sedap, suara Awie atau Amy? Ada juga saya tertanya-tanya semasa di tingkatan, apakah maksud

sebenar lagu ini? Pada ketika itu, saya sendiri pun tidak tahu tajuk lagu asal; saya lebih senang memanggilnya dengan lagu ‘Di dalam gerimis’ berdasarkan lirik awal. Senang untuk diingati.

Saya cuitkan perkara di atas supaya kita boleh bermukaddimah dengan baik, dalam

nostalgia, penyataan makalah ini; sebagai satu renungan eksistensialis kepada lagu Gemuruh.

Saya ajukan disini bahawa liriknya menawarkan keperistiwaan kewujudan kemanusiaan –

sebagai manusia yang subjektif, bebas untuk berkasih dan meratapi. Suasana pesimis Gemuruh

mewakili amat baik atmosfera eksistensialisme (dan juga sifat nihilisme)2 yang biasanya

dipenuhi dengan roh angst– kegelisahan – hasil daripada pertembungan manusia yang bebas dan

tanggungjawabnya kepada kebebasan tersebut. Sayugia: Bahasa kita dalam rencana ini ialah

2

(4)

Seminar Falsafah Malaysia ke 2, UniKL, 7-8 Feb, 2015

4 bahasa puitis. Hanya ini. Sekiranya tidak, tidak mungkin dapat kita merapati dan mengerumuni

istilah wujudiah bahasa dan keberadaan kita.

Eksistensialisme – atau juga, wujudiah– merupakan satu gerakan pemikiran yang berakar

umbi di Eropah-Barat. Secara amnya, ia adalah falsafah tentang kewujudan manusia sebagai

individu yang berperasaan di dunia. Zat manusia yang berperasaan diutamakan; kemudiannya

perkara lain. Antara pemikir-pemikir eksistensialis terkenal termasuklah Søren Kierkegaard

(1813-1855), Ivan Sergeyevich Turgenev (1818-1883), Fyodor Dostoyevsky (1821-1881),

Friedrich Nietzsche (1844-1900), Karl Jaspers (1883-1969), Martin Heidegger (1889-1976),

Jean-Paul Sartre (1905-1980), Simone de Beauvoir (1908-1986), Albert Camus (1913-1960) dan

sebagainya. Untuk mendefinisikan fahaman eksistensialisme ini secara terperinci bukanlah

mudah sebenarnya, kerana pemikir-pemikirnya mempunyai maksud mereka yang berbeza

tentang falsafah kewujudan yang mereka bawa. Camus, sebagai contoh, tidak mahu digelar

sebagai pemikir eksistensialis. Kierkegaard pula mungkin tidak menyedari bahawa penulisannya,

yang amat mengaitkan kehidupan manusia dengan agama, adalah antara pemula awal bagi

eksistensialisme. Namun, masih ada tema-tema yang yang menyatukan mereka ini – termasuklah

bahawa pendekatan eksistensialis mereka sebagai satu reaksi kepada pengaruh pemikiran

Pencerahan. Pada zaman Pencerahan, terdapat satu keadaan dalam falsafahnya yang mendakwa,

sekiranya manusia benar-benar mahu bekerja keras terhadapnya, manusia mampu memahami

dan menegakkan kebenaran tentang diri mereka. Dalam hubungan eksistensialisme, pendapat

Pencerahan begini tidak boleh pakai. Manusia bukanlah pengukur kebenaran yang terbaik kerana

manusia itu sendiri ialah senantiasa bias. Berlaku adil terhadap semua makhluk adalah mustahil.

Kebenaran adalah relatif kepada perbuatan seseorang itu dan bukannya sesuatu yang Eksistensialisme ialah “doktrin yang membolehkan kehidupan manusia dan juga mengesahkan bahawa semua kebenaran dan semua tindakan membayangkan satu persekitaran dan satu subjektiviti manusia” (Sartre, 2007: 18).

Sartre menyebut: “L'existentialisme est un humanism.” “Eksistensialisme ialah manusiawi.” Beliau menghujahkan lagi: “l'existence précède l'essence”: “Kewujudan

mendahului esensi” (2007: 20).3 Manusia itu pertama-tamanya wujud. Ia ada. Tiada orang yang

3

(5)

Seminar Falsafah Malaysia ke 2, UniKL, 7-8 Feb, 2015

5 mengganti tempatnya – sejauh mana ia berada. “Dia menjelma di dalam dunia, bertemu dirinya,

dan hanya selepas itu mendefinisikan dirinya” (Sartre, 2007: 22). Sekiranya kita tidak mampu

mendefinisikannya terlebih dahulu, sebelum penjelmaannya di dunia, ini kerana si dia sebelum

ini tiada. Manusia yang berzatkan wujud ini, pernah tertiada. Pemahaman Sartre tentang ini

menolak ketepi kewujudan Tuhan, sebab itu beliau boleh mengkategorikan dirinya sebagai

estetika eksistensialis. Penyataan “Kewujudan mendahului esensi” merupakan prinsip pertama

eksistensialisme. Manusia ialah “projek subjektif” (Sartre, 2007: 23). Kita mampu membuat

sesuatu di dunia ini kerana kita mempunyai kesedaran dan kebebasan untuk bernafas. Kita

bergerak menurut sesuatu yang kita mahu, walaupun apa yang kita mahukan tidak semestinya

apa yang kita dapat capai. Manusia di sini ialah subjek dan projek penting dalam duniawi

wujudiah, tidak seperti Jalaluddin Rumi, yang menggelar manusia seperti debu dalam karya

masyhurnya Masnawi.4 Apabila Sartre mengajukan wujudiah lebih penting daripada intipati

keberadaan kita, ini bermakna bahawa sebagai manusia, kita bertanggungjawab sebagai manusia

dan kepada manusia. Kita bukannya kelompokan manusia tetapi individu (yang mempunyai

pengalaman sendiri yang unik) yang meramaikan dunia.

Para pemikir eksistensialis meraikan falsafah mereka sebagai falsafah kehidupan. Falsafah wujudiah ini, jika dirujuk Karl Jaspers, “ialah untuk menangkap gambaran realiti dalam keasalannya dan mendapatkannya melalui suatu cara di mana aku, dalam fikrah, berhadapan

dengan diriku – di dalam aksi dalaman (1971:3). Falsafah wujudiah adalah seperti renungan

manusia – yang individu – ke dalam roh dan mengeluarkan renungan itu kembali sebagai satu

realiti. Lokasi wujudiah, ialah renungan – muhasabbah – hidup sebagai manusia (Kierkegaard,

2009: 300). Kesungguhan berfalsafah tentang kewujudan bersamaan keadaannya sehingga “pemikiran menjadi pengalaman tentang realiti itu sendiri” (Jaspers, 1971: 14). Eksistensialisme mengangkat kesedaran kita kepada “dimensi kewujudan manusia yang tidak rasional, termasuklah tabiat, perbuatan yang tidak disedari, emosi, dan semangat” (Dreyfus & Wrathall, 2009: 5).

4Sebagai contoh: “Yang bertaqwa tidak boleh terbakar oleh api dan berahi, Walaupun ia menysusutkan manusia lebih kecil dari debu (rangkap 865).

(6)

Seminar Falsafah Malaysia ke 2, UniKL, 7-8 Feb, 2015

6 Manusia wujud dan terwujud di dunia dengan sifatnya yang bukan sahaja penuh dengan

berkesedaran dan bersemangat, tetapi membawa bersamanya satu sifat ketiadaan. Dalam bahasa

Inggeris biasanya disebut sebagai Nothingness, tapi kita terjemahkan dalam makalah ini sebagai

ketiadaan (dan boleh juga; kekosongan). Menurut Sartre, “Entiti di mana ketiadaan muncul di

dunia ialah entiti yang sehingga di dalam entiti ini, ketiadaan entiti menjadi soalan. Ada di mana

ketiadaan muncul di dunia semestinya ialah ketiadaannya” (2003: 47). ‘Ada’ dan ‘tiada’

bertembung – bersengketa dan berdamai kerana ianya adalah satu perkara yang sama di dalam

entiti. “Tiada apa di langit atau bumi,”Hegel menulis, “di mana tidak terkandung di dalammya,

kedua-dua keberadaan dan ketiadaan” (2010: 61).5

Memahami wujudiah sesebuah teks memerlukan imaginasi yang tinggi lagi puitis. Jika

kita perhatikan bait pertama Gemuruh, “Di dalam gerimis penuh rahmat, dia tersentuh, cendawan

akrab sesegar pagi, nan permai damaikan,” kita boleh mendapati suasana alam yang berlangsung

di sekitar penyanyi. Hujan yang agak perlahan sudah turun, dan turunnya ia di suatu kawasan

hutan di waktu pagi dalam keadaan damai. Cendawan yang melata di celah-celah kayu dan tanah

kembang dengan baiknya. Air yang mengalir ke atas daun, kemudiannya jatuh ke bumi. Embun

pagi bersinaran terkena cahaya mentari pagi. Melihat keindahan ini, sang pemerhati, rohnya

jatuh ke bumi – tersentuh kerana pancaran Ilahi. Dalam keadaan pancaran keberadaan alam,

tunggul- tunggul kayu turut sama tunduk, mengangguk memandang tanah – bersatu dalam

kestatikan jisim mereka, untuk menggerakkan embun pagi dalam suasana damai.

Sekiranya senario awal lagu ini adalah kesyukuran alam pada kemunculan pagi, senario

kedua mengajak kita ke realiti lain. Kita masuk ke dalam rumah – objek yang manusia gubah

daripada alam dan tunggul – dan meredah ke dalam kelambu ungu. Di sini kita lihat beberapa

warna kontra, antara hijau-coklat rimba berlawanan (dan berkesepadanan) dengan warna ungu

dan bayang- bayangnya di dalam kelambu. Rasa ‘damba’ sudah hilang; ia diganti dengan ‘kesal.’

Di dalam mendung ungu, warna yang sendirinya campuran merah pekat dan biru tua – dia

menyesali tentang perbuatannya yang lampau. Kewujudannya seperti sang buta, mengagak- agak

jalan yang dilalui. Dalam hal begini, bukankah kita semua buta? Siapa yang benar-benar nampak

zaman mendatangnya? Membandingkan si buta itu mengangankan hidup sederhana samalah

(7)

Seminar Falsafah Malaysia ke 2, UniKL, 7-8 Feb, 2015

7 seperti mengangankan kehidupan yang tidak buta, yang nampak jalan, sambil mengangankan

kehidupan yang senang- lenang.

Dalam falsafah wujudiah, elemen kegelisahan bukannya sesuatu yang disembunyikan

tetapi dihadirkan kerana; manusia mana yang bisa tidak gelisah? Tidak bimbang? Tidak risau? Justeru, apabila Loloq menukil, “Sendiri meratapi sekalungan sengsara, dan menelan sisa pahit maung madah pujangga,” ini cumalah coretan dalaman, kesusasteraan eksistensialisme

manusiawi. Kesengsaraan muncul daripada pertembungan kebebasan yang berintipatikan di

dalam manusia dengan kesedaran bahawa kebebasan itu wujud. Pergerakan kesengsaraan itu

bertelingkah di alam sensasi dan kesedaran; lebih tinggi kesedaran manusia tentang betapa

bebasnya dia, bermakna bertambah statik pergerakannya. Fikrah menerawang hanya apabila

badan dalam statik, berkeadaan diam. Sebab itu orang yang bermeditasi biasanya ialah orang

yang sama menyenyapkan anggota badan. Hanya dengan ini, maka alam sedarnya mampu “menerajang kekusutan.”

“Kehidupan dengan sendirinya,” ujar Sartre, “ialah tiada apa sehingga ia dihidupkan, hanya kita yang memberikannya makna, dan nilai ialah tiada apa cuma makna yang kita berikan kepadanya” (2007: 51). Daripada sini kita boleh fahami bahawa kehidupan manusia mempunyai nilai kerana kita bebas untuk bernilai. Daripada nilai, maka kita mampu beretika. Kita bebas,

kata Sartre, bukan kerana kebebasan sebahagian daripada kita, tetapi kerana manusia itu ialah

kebebasan. Jatuhnya manusia ini ke bumi, kata Sartre lagi, disumpah sebagai bebas. Perhatikan

penyataan yang agak nihilis Sartre. Manusia bukannya seperti dikurniakan kebebasan tetapi

datang bersama kebebasan dalam keadaan merantai dan menjerut manusia kepada ruang alam

sedarnya. Ayat “sendiri meratapi sekalungan sengsara” amat cukup baik dalam menyatakan

antara konsep penting eksistensialisme, yakni kemunculan individu insan yang

bertanggungjawab penuh kepada keterbebasan emosinya dan etika tatcara hidupnya. Hanya yang

empunya diri yang mempunyi hak terbaik untuk “sendiri meratapi”; ratapan secara kolektif lagi

bermasyarakatan ialah ratapan yang hilang autentiknya, keasliannya.

(8)

Seminar Falsafah Malaysia ke 2, UniKL, 7-8 Feb, 2015

8 menguntum, memekar dan menguncup mengikut peredaran masa. Di tepi-tepi cinta-luka ini,

terkerumun gerigis besi kaca, yang mana masing-masing ini memainkan peranan penting

bukannya sahaja sebagai pengawal cinta-luka, tetapi lebih daripada itu, sebagai penambah seri

suri cinta-luka. Tajamnya besi dan kaca bukan lagi mencuar-cuar; ia juga memantul-mantul

biasan cahaya duka. Sebab itulah orang yang gagal bercinta, mempunyai nestapa yang

berlebih-lebihan, sentiasa bertokok-tambah, sentiasa lebih sudu dari kuah; gerigis yang mengawali

hatinya turut sama membantu mencucuk hatinya. Jika kita perhatikan kembali rangkapan awal

tentang damai yang akrab dan selepasnya, yakni, tentang mendung kekesalan, kita akan nampak

bagaimana penulis lirik bermain dengan apa yang disebut oleh Bachelard dalam The Poetics of

Space (1994), sebagai dialektik berkontra. Yang hitam digandingkan dengan yang putih,

manakala yang besar disempadankan dengan yang kecil. Di dalam Gemuruh, yang segar dan

yang damai dilawankan dengan yang mendung. Ini menaikkan imaginasi puitis pendengar. Apa

yang berlaku antara pertembungan kedamaian dengan kemendungan sebenarnya memberikan

impak realiti baru sepada sang pengelamun lagu seperti saya.

Maka, melalui persengketaan bahasa-bahasa yang kita bincang setakat ini, muncullah

tesis penting lagu Gemuruh: “Tak tersedar menyeresapi ke pusar keinsanan.” Ini penyataan yang

paling eksistensialis, yang paling ngam dengan jiwa dan jiwang makalah kita ini. Insan

Gemuruh, sebagai insan individu yang meraikan cinta-luka, bergerak di realitinya sebagai satu

pusat, yang metafizik roh dalamannya; pusar tanpa henti. Hanya kerana ia

berpusar-pusarlah maka manusia itu tiada henti sebagai insan. Hanya apabila ia berpusar-pusarlah, maka

realiti manusia dapat dipersenyawakan. Dan jurang pusaran ini tidak disedaripun kewujudannya.

Selalunya – hanya orang yang merenung ke dalam sahaja mungkin dapat menghidu lunaknya. “Pusar keinsanan” ini bukan sahaja menarik alam ke dalamnya, ia juga adalah apa yang memberikan rencah kepada alam. “Menyeresapi” bermaksud di sini bahawa “pusar keinsanan” seperti span atau magnet lembab yang menyedut emosi, keinginan, rasa dan hanya terus

menyedut mereka secara penuh konsisten. Inilah apa yang menyebabkan manusia boleh terus

berindividu di dunia, kerana ada satu perkakasan di dalam lurah insan yang mampu memberinya

imbangan untuk manusia meneruskan projek seharian. Pusar keinsanan bukan parasit, tidak, ia

adalah apa yang meresapkan projek manusia. Makanya; manusia boleh terus-menerus menjadi,

(9)

Seminar Falsafah Malaysia ke 2, UniKL, 7-8 Feb, 2015

9 Jurang pusaran ini membibitkan, melahirkan kelumit-kelumit warna merah darah, tetapi

sebenarnya, apa yang dimaksudkan di sini titis-titis darah sesal ini sendiri turut sama terserap ke

dalam pusaran itu. Kata- kata wujudiah Nietzsche di dalam Thus Spoke Zarathustra elok

dijadikan panduan untuk memahami lebih lanjut lagi: “Ini, ini ialah jurangku dan bahayaku,

yang pandanganku terjun ke dalam ketinggian dan tanganku akan mahu untuk memegang terus

dan menopang ia – oleh kedalamannya!” (2005: 123). Lingkaran pusaran yang berada di dalam

intipati insan mempunyai jurang yang dalam lagi menakutkan. Ia lebih tegun daripada ketinggian

langit. Jatuhnya manusia ke dalam lembah yang dalam bererti juga tangan kita naik ke atas

seolah hendak mencapai sesuatu. Jurang yang menarik perhatian Nietzsche adalah jurang yang

sama ia sama-sama terterjun dan terpaut. Tangan Nietzsche menular dan terpinga menangkap;

bukan lagi tebing atau akar kayu, tapi gelap dalamnya, dalam jurang itu. Ini kerana Nietzsche

sedar bahawa jurang dalam keberadaan manusia ialah situs yang sama tanahnya berpijak, yang

memberikannya sensasi keinsanan yang sejati. Pertelingkahan damai dan yang kelam, satu

dialektik yang saya sebut tadi berkontra (dan pada masa yang sama, berharmoni), meratakan dan

memanggil pusaran keinsanan ke depan manusia. Di dalam keheningan keperistiwaan sebegini,

pusar- pusaran yang dipenuhi dengan dialektik berkontra (pusaran yang juga ialah dialektik

berkontra); jurang dalamnya cumalah sepekat setitis darah merah yang jatuh ke kaca, namun

lautannya sedalam sesal.

Rujukan

Bachelard, Gaston. 1994. The Poetics of Space, terjemahan Maria Jolas. Boston: Beacon Press.

Dreyfus, Hubert L. & Wrathall, Mark A (penyunting). 2009. A Companion to Phenomenology and Existentialism. West Sussex: Wiley Blackwell

Flynn, Thomas R. 2006. Existentialism: A Very Short Introduction. New York: Oxford University Press.

Flynn, Thomas R. 1997. Sartre, Foucault, and Historical Reason Vol.1: Toward an Existentialist Theory of History. Chicago & London: The University of Chicago Press.

(10)

Seminar Falsafah Malaysia ke 2, UniKL, 7-8 Feb, 2015

10 Jaspers, Karl. 1971. Philosophy of Existence, terjemahan oleh Richard F. Grabay.

Kierkegaard, Søren. 2009. Concluding Unscientific Postscript, terjemahan oleh Alastair Hannay. New York & Cambridge: Cambridge University Press.

Nietzsche, Friedrich. 1968. The Will to Power, disunting oleh Walter Kaufman. New York: Vintage Books.

Nietzsche, Friedrich. 2005. Thus Spoke Zarathustra: A Book for Everyone and Nobody, terjemahan oleh Graham Parkes. New York: Oxford University Press.

Rumi. 2004. The Masnavi, terjemahan oleh Jawid Mojaddedi. New York: Oxford University Press.

Sartre, Jean-Paul. 2003. Being and Nothingness: An Essay on Phenomenological Ontology, terjemahan oleh Hazel E. Barnes. London & New York: Routledge.

Referensi

Dokumen terkait

Hal ini disebabkan karena motivasi belajar merupakan suatu daya pendorong seseorang untuk berbuat sesuatu, tindakan atau perbuatan untuk pencapaian tujuan ke arah yang lebih

Conservatoir Beslag ialah untuk menyimpan hak seseorang. Hal ini dimaksudkan untuk menjaga supaya Penggugat tidak dirugikan oleh perbuatan Tergugat. Yahya Harahap, 1993,

[2] Ia berkata: Di antara yang sering dikatakan oleh Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam kepada para sahabatnya ialah : "Adakah seseorang di antara kalian melihat

Kemampuan seseorang untuk melahirkan sesuatu yang baru, baik berupa gagasan maupun karya nyata yang relatif berbeda dengan yang telah ada sebelumnya (Conny

Kreativitas seseorang ditandai oleh kemampuannya dalam mencetuskan gagasan-gagasan yang relatif baru, dapat memecahkan masalah, dapat menguraikan sesuatu secara lancar

Pengaruh adalah suatu daya yang ada atau timbul dari sesuatu (orang, benda) yang ikut membentuk watak, kepercayaan, atau perbuatan seseorang. Media sosial sangat berpengaruh

Peran adalah sesuatu yang jadi bagian atau memegang pimpinan yang terutama dalam terjadinya hal atau peristiwa. Peran ialah suatu prilaku seseorang yang diharapkan dapat

Crawley dan Mountain (dalam Rahim, 2008: 20) mengemukakan bahwa motivasi ialah sesuatu yang mendorong seseorang belajar atau melakukan suatu kegiatan. Motivasi