• Tidak ada hasil yang ditemukan

LANGKAH LANGKAH DALAM MEMILIH DAN MENGEN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "LANGKAH LANGKAH DALAM MEMILIH DAN MENGEN"

Copied!
20
0
0

Teks penuh

(1)

1.0 PENGENALAN

Sejarah sememangnya merupakan disiplin sosial yang sangat penting sebagai satu bidang ilmu pengetahuan untuk mengkaji sesuatu peristiwa yang sudahpun berlalu. Kata dasar “sejarah” ini berasal dari bahasa melayu yang mengambil suku kata bahasa arab iaitu “sadjarah”. Bermacam-macam definisi yang telah dikemukakan mengenai maksud perkataan ini seperti “pohon, keturunan, asal-usul dan juga diidentitikan dengan riwayat dan salasilah.1 Selain itu, Carr. E.H mendefinisikan sejarah sebagai satu proses

perhubungan tidak putus-putus antara ahli sejarah dengan bahan-bahannya. Pendapat Carr ini menyatakan bahawa sejarah ini merupakan satu penyelidikan yang memerlukan pertimbangan fakta dan tafsiran berdasarkan maklumat yang diperoleh.2 Secara

keseluruhannya, sejarah ini boleh dianggap sebagai kajian terhadap satu peristiwa yang lampau melalui pembuktian kukuh dengan menggunakan sumber-sumber sejarah yang tepat.

Dalam satu penyelidikan sejarah, kajian yang dijalankan semestinya akan disudahi dengan penulisan sejarah. Sumber sejarah sangat memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan sebuah penulisan sejarah kerana ianya sedikit sebanyak membantu seorang penyelidik untuk mendapatkan kebenaran akan sesuatu peristiwa. Kesahihan sesuatu peristiwa sejarah amat sukar untuk dipercayai kerana sering dikaitkan dengan unsur-unsur dongeng, mitos dan juga khalayan semata-mata. Oleh itu, betapa pentingnya sumber-sumber sejarah untuk betindak menjadi bukti penyelidikan satu peristiwa sejarah. Terdapat pelbagai sumber-sumber sejarah yang boleh digunakan dalam penyelidikan dan penulisan sejarah. Penggunaan sumber dalam penulisan sejarah sangat penting untuk memastikan sebuah penulisan tersebut mempunyai mutunya tersendiri. Sumber sejarah ini dapat membuktikan satu penulisan sejarah supaya ianya dapat diakui dengan ketepatannya dan tidak mungkin akan berlaku penyelewangan fakta kepada sesuatu karya pensejarahan.

1 Drs. Sidi Gazlba, Pengantar Sedjarah sebagai ilmu, Bhratara Djakarta, 1966, Hlm., 1

(2)

Setelah sumber-sumber sejarah diperoleh, sejarawan seterusnya harus memillih dan mengendalikan sumber sejarah tersebut dengan tepat, kerana ianya dapat menghasilkan penulisan sejarah yang objektif. Secara umumnya, konsep penulisan objektif ini menjelaskan persembahan kajian sejarah yang tepat, yakni tiada penambahan atau bias

dan sebagainya.3 Selain itu, pengasas kepada aliran sejarah objektif iaitu Leopold Van

Ranke menyatakan bahawa konsep penulisan objektif merupakan satu kajian pensejarahan yang memaparkan fakta-fakta tulen dan sahih berasaskan kepada kajian ataupun penyelidikan yang mendalam terhadap sesuatu perisitwa-peristiwa yang telah berlaku.4 Hal ini bermakna seorang penulis sejarah akan cenderung kepada ketepatan

sesuatu fakta tanpa membuat sebarang bantahan walaupun sesuatu sumber itu tidak menepati kehendak yang diingini olehnya. Menyentuh perbincangan asal mengenai pemilihan dan pengendalian sumber sejarah yang tepat, seorang penulis atau penyelidik sejarah perlu mengikuti metod pengendalian sumber yang tepat mengikut proses-proses penelitian yang betul. Setelah mengikuti metod tersebut, maka seorang penulis sejarah akan dapat menghasilkan sebuah karya pensejarahan yang objektif.

(3)

2.0 LANGKAH-LANGKAH DALAM MEMILIH DAN MENGENDALIKAN SUMBER-SUMBER SEJARAH

Dalam memastikan sebuah penulisan sejarah yang objektif, sumber sejarah yang telah diperoleh haruslah melalui proses pemilihan dan pengendalian sumber sejarah yang tepat. Setelah sumber-sumber ini dapat dipilih dan dikendalikan dengan baik, maka barulah seorang penulis itu dapat menghasilkan sebuah penulisan yang objektif iaitu hanya mementingkan ketepatan fakta tanpa membuat sebarang percanggahan. Antara langkah yang perlu dilakukan dalam pemilihan dan pengendalian sumber sejarah adalah heuristik, kritikan, interprestasi dan historiografi. Langkah-langkah ini juga dikenali sebagai metod penyelidikan sejarah.

2.1 PROSES HEURISTIK

Bagi memulakan satu penulisan sejarah, seorang penulis itu tidaklah akan terus memulakan penulisan tanpa merujuk sebarang sumber rujukan. Oleh itu, bagi memulakan satu penyelidikan sejarah, seorang penyelidik seharusnya menjalani proses heuristik terlebih dahulu. Salah satu teknik yang membantu dalam pencarian kesan-kesan peninggalan bukti sejarah digelar heuristik dan perkataan ini berasal daripada perkataan greek “heuriskein” yang bermaksud mencari.5 Terdapat juga pendefinisian terhadap

proses heuristik sebagai satu teknik atau cara untuk menemukan sumber yang boleh didapati melalui carian kepustakaan, pengamatan secara langsung melalui kajian lapangan dan melalui wawancara untuk sejarah kontemporari.6 Proses heuristik ini

memerlukan seorang penyelidik bertindak untuk mencari sumber-sumber sahih yang dapat dijadikan sebagai sumber rujukan dalam penulisan yang akan dilakukan. Dalam proses ini, penulis haruslah mengenali sumber yang bakal digunakan, sama ada sumber tersebut sesuai serta menepati skop penulisan sejarah objektif. Untuk memastikan sumber-sumber tersebut sesuai ataupun sebaliknya untuk digunakan, seorang penulis

5 G.J. Renier, History Its Purpose and Method, George Allen & Unwin LTD, London, 1961, Hlm., 106.

6 Drs. Alian, M. Hum, Metodologi Sejarah dan Implemetasi dalam Penelitian,Indonesia,

(4)

perlu mengenalpasti sumber dari empat aspek iaitu jenis sumber, kesahan sumber, usia dan tarikh sumber dan sifat sumber.7 Dengan membuat penilaian terhadap keempat-empat

aspek ini barulah proses pencarian sumber dapat dipastikan kebenarannya.

Menurut Oxford English Dictionary, sumber atau “source” bermaksud sebuah karya dan lain-lain yang menyediakan maklumat atau bukti (khusus yang bersifat tulen atau asli) berkenaan sesuatu fakta, kejadian atau hal-hal tersebut.8 Dalam konteks sejarah,

sumber dapat didefiniskan sebagai bahan kajian yang sangat rapat dengan usaha penyelidikan sejarah dan ianya merupakan bahan yang sangat penting iaitu menjadi bahan asas bagi penyelidikan sejarah.9 Di samping itu, Yusof Ibrahim juga memberikan

pendefinisian terhadap sumber sebagai suatu ilham, iaitu sesuatu penulisan yang boleh menjadi punca kepada sesuatu kelahiran pemikiran ataupun penulisan.10 Hal ini

bermakna, sumber akan berfungsi sebagai kumpulan maklumat bagi penulis menjana idea untuk mencetuskan satu idea penulisan yang baharu. Secara tidak langsung perkara ini akan meningkatkan tahap kebergantungan para penulis terhadap sumber. Secara umumnya, sumber sejarah terdiri daripada empat jenis iaitu sumber primer, sumber sekunder, sumber arkeologi dan sumber lisan.11 Maka, perkara ini sangat penting bagi

seorang penulis untuk mengenal pasti jenis-jenis sumber sejarah yang hendak digunakan dalam penulisan sejarah.

a) Sumber Primer

Sumber primer merupakan sumber utama yang digunakan oleh para sejarawan yang mana boleh memenuhi keperluan mereka untuk memahami sesuatu perisitiwa sejarah. Tahap “reliable” sumber primer ini adalah sangat tinggi kerana ianya merupakan sumber yang masih mentah lagi iaitu satu sumber yang belum mengalami proses tafsiran ataupun

7 P. Sivarajan PhD, S. Malar Arasi, 2012, Hlm., 50.

8 R. Suntharalingam, Pengenalan kepada sejarah, Marican & Sons (M) Sdn, Bhd, Kuala Lumpur, 1985, Hlm., 28. 9 Ishak Saat, 2010, Hlm., 6-7.

10 Muhd Yusof Ibrahirn, 1997, Hlm., 155.

(5)

analisis. Sumber primer terdiri daripada sumber-sumber yang boleh didapati dalam bentuk catatan, rekod-rekod kerajaan, fail-fail rasmi, surat menyurat, tulisan dan saksi utama kejadian ataupun peristiwa lampau12 yang boleh diperoleh melalui keterangan

lisan. Kebiasaanya sumber-sumber yang berbentuk bertulis dan dokumen lebih mudah untuk diperoleh di perpustakaan, jabatan muzium dan arkib. Sumber primer ini sememangnya boleh dianggap sebagai satu sumber yang boleh dipercayai kerana ianya melibatkan melibatkan keterangan saksi atau diri sendiri yang terlibat dalam sesuatu perkara atau kejadian.13 Oleh itu, sumber ini dikatakan sumber yang mempunyai validity

yang tinggi berbanding dengan sumber sekunder iaitu sumber kedua.

b) Sumber Sekunder

Di samping itu, sumber sekunder juga dapat dijadikan sebagai sumber maklumat tepat bagi sebuah penulisan sejarah yang objektif. Sumber sekunder atau sumber kedua memberi maksud sumber yang terdiri daripada bahan atau dokumen yang dikaji melalui pembacaan bahan bertulis iaitu maklumat yang telah dicatatkan di tempat lain.14 Selain

itu, sumber sekunder juga dianggap sebagai kajian-kajian ataupun penulisan-penulisan yang telah dilaksanakan oleh seseorang mahupun sesebuah kumpulan tentang sesuatu peristiwa, tokoh dan sebagainya.15 Sumber ini merangkumi segala maklumat yang

diperoleh daripada buku, majalah, jurnal, ensiklopedia, akhbar, risalah, laporan tahunan jabatan dan blog.16 Sumber sekunder dianggap sebagai sumber kedua kerana ianya

merupakan tafsiran terhadap sumber primer yang telah diniliai oleh sejarawan. Sumber ini tidak semestinya mengandungi maklumat yang tulen dan asli seperti sumber primer kerana sumber ini sudah diproses menjadi satu bahan maklumat. Disebabkan sumber ini merupakan sumber yang sudahpun dihasilkan melalui satu penyelidikan, penulis sejarah seharusnya menitikberatkan ketepatan fakta dalam maklumat ini kerana sekiranya penulis

12 Ibid, Hlm., 36.

13 Abdul Rahman Haji Abdullah, Pengantar Ilmu Sejarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1994, Hlm., 74. 14 Ishak Saat, 2010, Hlm., 15.

15 Muhd Yusof Ibrahim, 1996, Hlm., 67.

(6)

tidak mengendalikan dan memilih sumber ni dengan tepat, maka penulisan sejarah yang bersifat objektif tidak dapat dihasilkan. Dikatakan juga, sumber bertulis yang terdapat dalam sumber sekunder tidak mempunyai ketepatan fakta yang tinggi. Apatah lagi sekiranya, sesuatu sumber bertulis itu terdiri daripada lebih daripada seorang penulis.

c) Sumber Arkeologi

Bagi sumber arkeologi pula, ianya juga membantu sedikit sebanyak dalam pengendalian dan pemilihan sumber yang tepat. Perkataan arkeologi berasal daripada perkataan Greek iaitu “arkhaiologia” yang membawa maksud barang-barang purba17 dan

bahan-bahan ini boleh dianggap sebagai sebuah artifak.18 Artikfak ini merupakan sumber

sejarah yang hanya peninggalan kejadian manusia menjadi serpihan seperti tembikar, duit syiling, manuskrip, buku, potret, setem, rambut dan bahan arkeologi dan antropologi yang lain.19 Sumber ini masih tergolong dalam sumber primer dan tahap

kebolehpercayaan terhadap sumber ini masih boleh dipertimbangkan. Bukti-bukti arkeologi juga didakwa sebagai testimoni sejarah yang lebih dipercayai (reliable)

daripada bukti-bukti lisan dan tulisan yang tertaluk kepada ruang dan waktu tertentu.20

Sumber arkeologi ini biasanya terdiri daripada tapak-tapak warisan ataupun bahan-bahan peninggalan sejarah yang sudah berusi bekurun lamanya. Sumber sebegini sangat memainkan peranan yang penting dalam meneliti tinggalan seumpama monumen, candi, kuil, masjid, istana, tembikar, prasati dan lain-lainnya.21 Tahap kebergantungan seorang

penyelidik sejarah terhadap sumber ini adalah sangat tinggi apabila sejarawan tersebut membuat satu kajian mengenai sejarah zaman kuno. Sebagai contoh, kajian dokumen berkaitan dengan penemuan arkeologi adalah mengenai batu bersurat di Terengganu yang dianggarkan berusia lebih kurang 700 tahun.22 Batu ini dikatakan ditemui oleh seorang

17 Paul Bahn, Archaeology: A Very Short Introduction, Oxford University Press, t.tp, 2012, Hlm., 2.

18 Artifak ialah bahan yang dibuat oleh manusia dan masyarakat. Lihat P. Sivarajan PhD, S. Malar Arasi, Pengantar

Sejarah,, Penerbitan Multimedia, Selangor, 2012, Hlm., 83.

19 Louis Gottschalk, Understanding History a Primer of Historical Method Second Edition, Alfred A. Knopf, INC., 1969, Hlm., 43.

20 Abdul Rahman Haji Abdullah, 1994, Hlm., 90. 21Ibid, Hlm., 90.

(7)

ahli perniagaan iaitu Saiyed Husin Ghulam al-Bukhari yang menjumpai batu bersurat ini separuh tenggelam selepas banjir surut di Tebih Sungai Tersat di Kuala Berang Hulu Terangganu pada tahun 1899.23 Selepas penemuan batu ini ianya telah menjadi bukti

kedatangan agama islam di Terengganu pada tahun 1303 Masihi.24 Jadi dapat dilihat

sumbangan sumber arkeologi ini yang dapat menghasilkan satu kajian terhadap peristiwa masa lampau dengan bukti catatan, peninggalan, tulisan dan sebagainya.

d) Sumber Lisan

Selain itu, sumber lisan juga boleh dijadikan sebagai sumber yang boleh membantu dalam penulisan sejarah yang objektif. Sumber lisan ini merupakan maklumat-maklumat yang diperoleh melalui penceritaan mereka yang terlibat dalam sesuatu peristiwa tertentu. Terdapat empat langkah dalam proses pengkajian sejarah lisan iaitu, penciptaan, pemprosesan, pengumpulan dan penggunaan.25 Kebiasaanya sumber lisan ini diperoleh

melalui sumber-sumber daripada individu yang mempunyai pengalaman berharga dalam satu perisitiwa lampau yang boleh diturunkan dari satu generasi ke satu generasi yang lain. Sumber tersebut boleh disampaikan dalam bentuk keterangan lisan melalui satu proses wawancara yang diadakan. Wawancara tersebut akan dijalankan secara individu ataupun berkelompok dengan menyediakan soalan-soalan yang berstruktur ataupun tidak berstruktur. Akan tetapi, perkara ini akan dikhuatiri menjadi satu penyelewengan dalam maklumat yang diturunkan kerana maklumat tersebut bukanlah diperoleh daripada sumber saksi mata yang benar-benar menyaksikan satu perisitiwa sejarah. Walaupun sumber ini mempunyai tahap kebolehpercayaan yang tinggi berbanding dengan sumber sekunder yang diperoleh melalui buku, majalah, blog dan sebagainya, namunya ianya memberikan kesulitan kepada para penyelidik untuk memperolehinya jika dibandingkan dengan sumber sekunder tersebut yang boleh dicapai dengan mudah melalui carian kepustakaan atapun secara atas talian.

23Ibid, Hlm., 10. 24Ibid, Hlm., 10.

(8)

Sumber lisan ini melibatkan pelaku persitiwa tersebut sama ada seorang saksi mata, seorang pendengar atau seorang pemegang tradisi yang akan menceritakan peristiwa berdasarkan ingatan, diari dan gambar.26 Dikatakan sumber lisan yang diperoleh secara

terus melalui keterangan saksi kejadian mempunyai tahap validity yang tinggi. Bahkan ianya sendiri dapat menampung keperluan sumber bertulis. Hal ini kerana, kuantiti sumber bertulis tidaklah banyak untuk digunakan dan tidak akan dapat memenuhi kehendak maklumat yang diinginkan oleh seorang penulis. Perkara ini dapat dibuktikan ketika zaman Rom lagi dengan kaedah yang digunakan oleh bapa sejarah dunia iaitu Herodotus. Sebagai contoh, beliau telah melakukan pengembaraan ke Parsi semata-mata untuk menjalankan kajian mengenai kebangkitan Empayar Parsi.27 Berdasarkan

pengembaraan Herodotus ini, dia telah mendapat maklumat yang banyak hasil dari keterangan lisan berbanding dengan sumber bertulis. Sememangnya, hal ini dapat dijadikan sebagai contoh terbaik bahawa keterangan lisan ini berkeupayaan untuk menampung sumber bertulis malah kesahihan sesuatu sumber itu akan terjamin.

Setelah mengenalpasti sumber-sumber yang bakal digunakan dalam penulisan sejarah yang berbentuk objektif, penulis haruslah mengesahkan kesahihan sumber tersebut kerana ianya sangat mempengaruhi mutu sebuah penulisan sejarah. Penyelidik terlebih dahulu seharusnya meneliti sumber tersebut sama ada boleh digunakan ataupun sebaliknya. Perkara ini patut dilakukan jika menginginkan sesuatu fakta itu tepat, dan penggunaan jenis sumber yang terbaik sangat penting untuk mengukur tahap kebenaran sesuatu fakta tersebut. Selepas itu, dalam mengesahkan sesuatu sumber itu sama ada tepat ataupun sebaliknya, penulis harus memahami dan meneliti usia dan tarikh sesuatu sumber. Penyelidik harus memastikan kerangka masa sesuatu sumber adalah sesuai dan tidak lari dari fokus penyelidikan yang telah ditetapkan. Ketepatan tarikh sesuatu peristiwa sejarah amat penting bagi ahli-ahli sejarah terutamanya dalam melihat susunan sesuatu kejadian sejarah.28 Akan tetapi terdapat beberapa cabaran yang akan dihadapi oleh

26 P. Sivarajan PhD, S. Malar Arasi, 2012, Hlm., 85.

27 Muhd. Yusof Ibrahim & Mahayudin Haji Yahaya, Sejarawan dan Pensejarahan Kotokohan dan Karya, Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia Kuala Lumpur, 1998, Hlm., 38.

(9)

penyelidik sejarah setelah mengenalpasti sumber sejarah seperti bahasa. Selain itu, ketepatan tarikh sesuatu sumber sejarah juga memberi ruang untuk ahli-ahli sejarah melihat kesinambungan dalam perjalanan sesuatu peristiwa sejarah dan mencari ketepatan fakta berkait sesuatu kejadian ataupun peristiwa sejarah.29 Setelah itu, barulah

penyelidik boleh mengenalpasti sifat sumber-sumber yang bakal digunakan dengan menilai keaslian sumber, sudut kandungan dan juga bentuk sumber sejarah.30 Setelah

melaksanakan proses heuristik ini iaitu tindakan mencari dan mengenalpasti sumber, barulah penyelidik sejarah boleh melaksanakan tindakan yang seterusnya. Keaslian fakta sangat penting terutama sekali sekiranya melibatkan penulisan sejarah yang berbentuk kronologi peristiwa untuk memastikan ianya mengikut satu turutan yang betul.

2.2 PROSES KRITIKAN SUMBER

Selepas menjalani proses heurisitik, langkah pemilihan dan pengendalian sumber yang tepat perlu dikuti dengan proses kritik. Seorang manusia itu, sememangnya tidak boleh lari daripada sifat ragu-ragu. Disebabkan oleh keraguan inilah yang mendorong manusia menjadi seorang pengkritik supaya tidak menerima kebenaran sesuatu perkara itu dengan mudah. Dalam falsafah, sikap kesangsian ini disebut sebagai skeptisme, yakni aliran faham yang meragui setiap fakta dan maklumat tentang sesuatu.31 Dalam konteks sejarah,

Marc Bloch menerangkan kesangsian tersebut merujuk kepada keterangan yang diberikan oleh saksi-saksi lampau menyebabkan proses dalam kalangan ahli sejarah tidak tepat.32

Oleh itu, penulis akan membuat pengujian terhadap sumber yang telah dipilih yang telah melahirkan proses kritikan. Penulis akan menilai sesuatu sumber tersebut adalah benar,

valid, mantap, dan di sini penulis akan menggunakan pengujian sumber iaitu melalui

kritikan dalaman (internal critic) dan kritikan luaran (external critic)33dalam memastikan

sumber yang digunakan tepat untuk menghasilkan penulisan sejarah yang objektif. Proses

29Ibid. Hlm., 53. 30Ibid. Hlm., 53.

31 Abdul Rahman Haji Abdullah, 1994, Hlm., 76. 32 P. Sivarajan PhD, S. Malar Arasi, 2012, Hlm., 60.

(10)

ini sangat penting bagi mengesan pemalsuan terhadap sumber supaya segala maklumat dapat dijaga kesempurnaannya daripada penyelewengan fakta.

a) Kritikan Dalaman

Kritikan dalaman adalah usaha untuk menentukan keaslian sumber dengan mengenalpasti kerangka masa dalam sesuatu sumber dan antara persoalan yang timbul adalah (1) Bolehkah sumber itu dipercayai? (2) Adakah individu tersebut berada di tempat peristiwa yang diceritakannya atau dia mendengarnya daripada orang lain dan (3) Adakah keterangan-keterangan sumber mengenai perlakuan orang-orang yang terlibat itu manasabah?34 Kritikan dalaman ini merujuk kepada isi-isi kandungan yang terkandung

dalam dokumen-dokumen yang telah dipilih. Setiap dokumen-dokumen yang diperoleh haruslah ditafsir tanpa sebarang pengecualian jika menginginkan ketepatan fakta sumber diketahui. Peraturan ini ditegaskan oleh Profesor Kitson Clark dengan menegaskan “tidak ada dokumen, dan tidak ada pernyataan, rasmi atau bukan rasmi yang tidak boleh disangsi.35 Maksud penegasan ini adalah, walaupun seorang sejarawan bertindak untuk

mentafsir keaslian sesuatu bahan seperti dokumen, surat-surat rasmi dan sebagainya, namun ianya tidaklah boleh dianggap sebagai sumber yang salah semata-mata. Melalui kritikan dalaman ini selalunya penulis akan menilai hasil tulisan atau sumber tersebut.

Bukan itu sahaja kritikan dalaman ini juga mementingkan kemunasabahan

(credibility) atau kewarasan sesuatu sumber itu.36 Selain itu, kritikan dalaman ini perlu

memastikan segala sumber yang diperoleh adalah tidak bersifat (bias) dan berat sebelah. Penulis perlu memastikan peniliaian penulis tidak dipengaruhi oleh faktor-faktor yang boleh menjejaskan ketepatan sesuatu fakta seperti emosi, persekitaran, budaya dan politik.37 Dengan mengambil contoh penyertaan politik, seorang penulis yang “partisan”

atau beraliran politik tertentu akan meletakkan sumber tertentu sebagai benar dan penting, sedangkan penulis yang beraliran politik yang lain akan menganggap sumber

34 Ibid, Hlm., 64.

35 R. Suntharalingam, 1985, Hlm., 41.

(11)

berkenaan sebagai tidak benar dan tidak penting, walaupun pada hakikatnya sumber tersebut adalah tepat.38 Dalam mengejar matlamat sebuah penulisan sejarah yang objektif

penulis harus bersifat adil, bertolak ansur dan rasional dalam peniliaian fakta. Penulis tidak boleh terbawa-bawa dengan pengaruh-pengaruh yang tidak profesional dalam etika penulisan sejarah objektif sehingga mengetepikan sumber yang tepat dan tulen semata-mata kerana ianya tidak sesuai dengan kehendak penulis.

b) Kritikan Luaran

Seterusnya, penulis juga akan membuat penilaian sejarah melalui kritikan luaran. Bagi kritikan luaran (external critic) pula, ianya membawa maksud usaha-usaha yang dijalankan oleh ahli-ahli sejarah untuk mengesahkan sesuatu sumber primer yang perlu dilakukan akibat daripada perbuatan memalsukan sumber-sumber primer.39 Di samping

itu, terdapat juga pendefinisan terhadap kritikan luaran ini sebagai usaha untuk menentukan keaslian sumber seperti dokumen, rekod, kesan sejarah lama (relic) dan sebagainya dengan mencari jawapan kepada beberapa persoalan dan antaranya persoalan tersebut adalah (1) Adakah ia tulen atau tiruan? (2) Adakah ia yang asal atau satu daripada set salinan? dan (3) Siapakah yang menulis, merekod atau mengucapkannya?40

Kebiasaanya kritikan luaran ini akan lebih memfokuskan kepada kerangka waktu sesuatu sumber sama ada ianya tepat mengikut zaman atau tempoh masa sesuatu peristiwa itu. Segala maklumat-maklumat yang diperoleh tidak boleh hanya dinilai dengan membuat penilaian sendiri, malah penulis perlu menjalankan ujian melalui ujian kimia dalam makmal, tulisan, bahasa dan bahan.

Semestinya kritikan luaran ini bukanlah satu perkara yang mudah untuk dilakukan kerana ianya melibatkan artifak dan bahan peninggalan sejarah yang boleh didapati melalui sumber arkeologi. Kebiasaanya tugas ini akan dilakukan oleh pakar kimia yang akan bekerjasama dengan penulis sejarah untuk menilai keaslian sumber primer tersebut.

38 Abdul Rahman Haji Abdullah, 1994, Hlm., 83. 39 P. Sivarajan PhD, S. Malar Arasi, 2012, Hlm., 60.

(12)

Pakar kimia akan mengambil kira keadaan kertas, dakwat dan cap dalam sesuatu dokumen tersebut akan berubah mengikut peredaran waktu dan juga zaman.41 Sebagai

contoh, dokumen yang berasal dari tahun 1700-an adalah berbeza dan tidak sama sekali dengan kertas yang dihasilkan pada tahun 1900-an.42 Ujian kimia ini adalah sangat

penting untuk dilakukan kerana ujian ini dilakukan ke atas bahan yang sudah mempunyai usia yang sudah lama dan salah satu cara untuk mengetahui ketulenan sumber tersebut adalah dengan menguji bahan tersebut di dalam makmal.

Selain itu terdapat juga bukti akan betapa pentingnya kritikan luaran ini supaya tidak lari daripada matlamat asal iaitu penghasilan penulisan sejarah yang objektif. Bukti tersebut adalah mengenai pemalsuan Buku Harian Hitler. Sumber mengatakan bahawa jika kertas yang digunakan sebelum tahun 1150 T.M, boleh dikatakan bahawa sumber ini adalah palsu kerana pada masa itu hanya kulit kambing sahaja yang digunakan sebagai kertas dokumen.43 Bukan itu sahaja, Buku Harian Hitler ini juga dikatakan dicetak pada

tarikh 1350 M, sedangkan teknik percetakan hanya dikeluarkan pada abad ke 15.44

Walaupun penemuan manuskrip ini mengandungi setiap tandangan Hitler pada setiap lembaran, namun bukti kimia telah membuktikan bahawa dokumen ini adalah palsu. Dalam ujian kimia yang dijalankan ini jugalah membuktikan bahawa betapa pentingnya ujian kimia yang merangkumi penelitian terhadap tulisan, bahasa dan bahasa dalam ujian makmal.

Secara keseluruhannya, kritikan dalaman dan luaran adalah proses yang dijalankan selepas proses heuristik dengan membuat ujian dan penilian ke atas sumber-sumber yang telah dipilih. Dapat dilihat kritikan dalaman berfungsi untuk menilai hasil tulisan atau sumber tersebut manakala kritikan luaran pula berfungsi untuk membuat penilaian terhadap keadaan fizikal sesuatu sumber. Penilaian sebegini tidak sepatutnya terlepas daripada pandangan seorang penulis kerana di zaman yang begitu canggih pada hari ini

41 P. Sivarajan PhD, S. Malar Arasi, 2012, Hlm. 62. 42Ibid, Hlm., 62.

(13)
(14)

2.3 PROSES INTERPRETASI

Proses ketiga merupakan proses interprestasi sumber yang dilakukan selepas proses heurisitik dan kritikan sumber. Menurut kamus dewan edisi keempat, interpretasi ini dapat dimaksudkan sebagai tafsiran dan penjelasan tentang makna, tujuan, implikasi dan sebagainya yang merujuk terhadap satu peristiwa.45 Dalam proses interprestasi ini,

sumber-sumber maklumat yang telah diperoleh sebelum ini akan ditafsir semula oleh penyelidik tentang fakta-fakta yang mungkin boleh terjadi bergantung kepada sudut pandangan sesorang untuk mentafsir sesuatu peristiwa sejarah selagi ianya tidak lari daripada ketepatan fakta. Para sarjana berpendapat tafsiran ini mempunyai hubungan-hubungan sebab yang membolehkan penjelasan terhadap kejadian manusia atau penyataan dan pertimbangan daripada pengarang atau penyelidik.46 Apa yang

dimaksudkan di sini adalah tindakan mentafsir ini telah menemukan penyelidik kepada sebab-sebab satu kejadian yang membawa kepada pertimbangan mereka terhadap peristiwa tersebut, sama ada ianya boleh diterima ataupun sebaliknya. Akan tetapi bagaimanakah jika seseorang itu tidak berupaya untuk membuat tafsirannya sendiri? Perkara ini sepatutnya dielakkan kerana sebagai seorang penulis sejarah, golongan ini seharusnya tahu dan mempunyai kemahiran dalam mentasifr sesuatu sumber sejarah. Kemahiran yang baik dalam pentafsiran bahan mungkin dapat mengelakkan perdebatan antara golongan sejarawan dan matlamat dalam penulisan objektif turut akan tercapai.

a) Tafsiran

Dalam menjalankan metod tafsiran ini, kebiasaanya sumber yang ditafsir adalah sumber yang terdiri daripada sumber primer dan semestinya bukanlah sumber sekunder. Pelbagai aspek penting yang perlu ditekankan oleh penulis sejarah jika hendak melakukan proses interpretasi seperti aspek bahasa. Aspek bahasa ini sangat memainkan

45 Kamus Dewan Edisi Keempat, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2008-2015, http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=interpretasi [ 24 November 2015].

(15)

peranan yang penting dalam proses intepretasi kerana dikhuatiri akan memesongkan fakta yang sebenar apabila ditafsir melalui penterjemahan dari satu bahasa ke satu bahasa yang lain. Hal ini dapat dibuktikan melalui puisi dalam bahasa Perancis yang diterbitkan pada akhbar The New York Times tahun 1940 yang menunjukkan kekaguman rakyat Perancis terhadap Hitler dan memberikan penghinaan kepada pihak Inggeris.47 Akan tetapi setelah

diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, ianya memberikan maksud yang sangat berbeza dengan mengagumi pihak Inggeris dan mengeji Hitler. Hal ini bermakna, ahli-ahli sejarawan itu perlu memiliki kemahiran yang tinggi berhubung pengaplikasian bahasa mengikut situasi.48 Bukan itu sahaja, penelitian terhadap penggunaan bahasa akan

membolehkan ahli-ahli sejarah memahami perkembangan sesuatu zaman dan juga dapat mengetahui punca sesuatu sumber itu diperoleh.49 Maka, jelaslah di sini akan pentingnya

kemahiran tafsiran melalui penguasaan bahasa seorang sejarawan dalam mentafsir sesuatu sumber sejarah.

b) Penjelasan

Setelah penafsiran maklumat dilakukan, penyelidik akan memberikan penjelasan terhadap tafsiran peristiwa yang dinyatakan dengan memberikan sebab dan akibat kejadian peristiwa tersebut. Penjelasan ini memberikan ruang dan peluang kepada sejarawan untuk mengutarakan pendapat melalui sudut pandangan mereka selagi ianya tidak tersasar jauh dari fakta yang sebenar. Kebiasaanya, pandangan yang baru muncul adalah disebabkan oleh kemunculan bukti-bukti baru. Seperti yang dinyatakan oleh Profesor M.M Postan iaitu “bukti baru muncul serentak dengan kemunculan pandangan yang baru”.50 Sebagai contoh, beliau ada menyebut bagaimana piagam-piagam yang

dikeluarkan dalam zaman pertengahan di Britain telah membantu kajian yang dijalankan baru-baru ini untuk mendapatkan bukti mengenai pengumpulan modal, satu perkara yang tidak terlintas dalam pemikiran ahli sejarah yang menggunakan sumber ini pada tahun

47 Louis Gottschalk, 1969, Hlm., 134.

48 P. Sivarajan PhD, S. Malar Arasi, 2012, Hlm., 56. 49Ibid, Hlm., 56.

(16)

1980-an.51 Hal ini bermakna, walaupun ahli sejarah bertindak untuk mengubah fakta yang

terkandung dalam sumber sebelum ini, ianya masih dianggap relevan sekiranya terdapat idea-idea baru yang dikemukan selagi ianya tidak lari dari fakta yang sebenar. Ketetapan fakta tersebut yang telah mencetuskan idea baharu semestinya perlu dibuktikan dengan penemuan sumber-sumber sahih. Oleh itu, penulis boleh melontarkan idea-idea baharunya dengan sokongan sumber-sumber yang boleh diakui. Setelah selesai memberikan tafsiran dan penjelasan dalam proses ini, penulis akan beralih ke tindakan yang terakhir iaitu proses historiografi.

(17)

2.4 PROSES HISTORIOGRAFI

Penulisan sejarah dianggap sebagai hasil laporan sesuatu kejadian52 dan proses

historiografi merupakan proses penulisan sejarah iaitu sebagai langkah terakhir dalam mengendalikan dan memilih sumber yang tepat. Proses ini dilakukan selepas proses heuristik, kritikan sumber dan interpretasi. Historiografi ini merupakan satu kisah pada masa lampau yang disusun semula oleh sejarawan berdasarkan fakta yang ada.53 Selain

itu, terdapat juga pendefinisian terhadap historiografi sebagai penulisan daripada masa lampau yang boleh digambarkan berdasarkan data yang diperoleh melalui beberapa proses54 iaitu heurisitik, kritikan dan interprestasi. Hasil penyelidikan yang diperoleh

melalui proses pemilihan dan pengendalian sumber, segala-galanya akan ditulis dengan menggunakan bahasa yang betul dan sistematik. Penulisan sejarah akan berkait rapat dengan kronologi sesuatu peristiwa dan menjadi satu kepentingan untuk penulis sejarah memastikan susunan kronologi sesuatu peristiwa itu mengikut susunan yang betul. Penulisan sejarah mengikut kronologi yang betul akan dapat mengelakkan kekaburan sekiranya susunan peristiwa tersebut teratur. Sususan peristiwa tersebut disusun berdasarkan segala fakta-fakta yang diperoleh setelah melalui proses kritikan sumber dengan mengenal pasti kerangka masa yang dijalankan dalam ujian kimia, bahasa, tulisan dan sebagainya. Bukan itu sahaja, kronologi peristiwa yang tepat dalam sebuah penulisan sejarah adalah bertujuan untuk memberikan bukti akan kebenaran sesuatu peristiwa tersebut benar-benar wujud dan bukanlah hanya rekaan semata-mata.

Dalam sebuah penulisan sejarah, seorang penulis itu perlu mengetahui tujuan dan objektif sebenar penulisan yang akan dihasilkan. Penyataan tujuan penulisan boleh memudahkan penulis untuk melontarkan segala idea-idea penulisan yang boleh disumbangkan ke dalam karya pensejarahannya. Memandangkan sejarah merupakan konteks ilmu sosial yang berkait rapat dengan peristiwa lampau, maka penulis sejarah

52 Drs. Hariyono, M.Pd., Mempelajari Sejarah Secara Efektif, Pustaka Jaya, Jakarta Indonesia, 1995, Hlm., 132. 53Ibid, Hlm., 102.

(18)

sememangnya akan mengeluarkan hujah penulisan berkaitan masa lalu. Oleh itu, penghujahan masa lalu ini bukan juga hanya semata-mata merujuk kepada peristiwa yang sudah berlalu pada masa lampau tetapi ianya juga boleh dikira sebagai pandangan terhadap peristiwa yang akan berlaku pada masa akan datang kesan daripada peristiwa lampau tersebut. Hujahan masa lalu dilakukan berdasarkan kemungkinan dan kebarangkalian melalui peristiwa sebelumnya dan kemungkinan serta kebarangkalian dengan diikuti satu tanggapan.55 Hal ini bermakna, sesuatu kejadian lampau itu boleh

memberikan kesan pada masa yang akan datang. Sesuatu kenyataan itu besar kemungkinan boleh menutup kesalahan individu tetapi berdasarkan peristiwa sebelumnya, yang kebiasaanya akan menghasilkan kesimpulan yang berbeza.56 Walaupun

penulisan yang dihasilkan boleh mencetuskan andaian yang akan berlaku pada masa akan datang, namun penulis sejarah tidak boleh terlalu ghairah dalam memberikan pandangan dan andaian mereka sehingga menimbulkan konflik dan percanggahan yang menonjolkan kepentingan diri sendiri. Sememangnya perkara ini seharusnya dielakkan jika masih menginginkan sebuah penulisan sejarah yang objektif akan dihasilkan.

Tindakan terakhir yang akan dilakukan oleh penulis adalah dengan menyusun struktur penulisan yang bakal dihasilkan. Tulisan dan bahasa yang digunakan oleh penulis perlu mempunyai kerangka yang jelas dengan tatabahasa yang baik supaya idea yang disampaikan menunjukkan idea yang tetap dan mempunyai fakta yang dihuraikan dengan jelas.57 Bahasa yang digunakan perlulah difahami oleh para pembaca dan penulis harus

memainkan perananya dalam penggunaan bahasa untuk memberikan kefahaman kepada orang lain dengan menggunakan bahasa yang mudah untuk difahami. Memandangkan penulisan yang ingin dihasilkan berpegang dengan konsep objektiviti, maka setiap isi kandungan yang terdapat dalam buku haruslah mempunyai hubungkait dengan topik utama yakni tidak lari daripada perbincangan asal supaya ianya tidak tersasar daripada ketepatan fakta. Kebiasaanya, perenggan dalam penulisan akan mempunyai pengenalan

55 Ishak Saat, 2010, Hlm., 89. 56Ibid, Hlm., 89.

(19)

dan kesimpulan yang akan terletak pada awal dan akhir perenggan.58 Tujuannya adalah

untuk menyatakan kepada pembaca tentang apa yang dilihat dan kemudian mengingkatkan tentang kepentingan penulisan yang dibaca.59 Penulisan sejarah tersebut

boleh dihasilkan sama ada dalam bentuk artikel, esei sejarah, buku dan sebagainya. Struktur penulisan sejarah ini boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu bahagian awal, isi dan akhir.60 Pada bahagian awal, penulis akan menyenaraikan isi kandungan,

senarai singkatan, senarai jadual, lampiran dan gambar jika ada. Selepas itu, pada bahagian isi pula penulis boleh membahagikan bahagian isi kepada lima bahagian iaitu pendahuluan, latar belakang, isi-isi perbincangan yang merangkumi dua bahagian serta kesimpulan di bahagian terakhir pada bahagian isi. Akhir sekali, pada bahagian akhir penulis akan menyenaraikan senarai lampiran, bibliografi, dan senarai rujukan.61 Setelah

selesai membahagian pembahagian penulisan tersebut, maka penulis telah berjaya menghasilkan sebuah karya pensejarahan yang objektif yang tetap berpegang dengan ketepatan fakta bermula dari proses heuristik sehingga ke proses historiografi.

58Ibid, Hlm., 135. 59Ibid, Hlm., 135.

(20)

3.0 KESIMPULAN

Referensi

Dokumen terkait

Pada variabel ini ditunjukkan bahwa semakin dekat daerah permukiman dengan jalan utama maka semakin besar pengaruhnya terhadap ketidaknyamanan di daerah permukiman

Bagaimana analisa untuk mendapatkan ukuran dan bentuk layar yang dapat bekerja secara optimal untuk menghasilkan Thrust terbesar pada KM Maju.. Sehingga dapat mengurangi

Atas kerjasama tersebut PARA PIHAK sepakat untuk membagi keuntungan bersama atas seluruh transaksi Jual Beli yang diperoleh setiap bulannya sesuai dengan Kontrak

Produk yang diharapkan akan dihasilkan melalui penelitian pengembangan berupa model sarana pembelajaran atletik alat lempar cakram melalui modifikasi ukuran berat,

PENGEMBANGAN PERANGKAT PEMBELAJARAN TEAMS GAMES TOURNAMENT (TGT) DENGAN PENDEKATAN SAINTIFIK PADA MATERI OPERASI ALJABAR SMP TAHUN PELAJARAN

Penelitian ini dilakukan untuk mengkategorikan dan menganalisis pandangan pengguna terhadap aplikasi Bukalapak dengan memanfaatkan data ulasan pengguna yang diambil dari

Untuk dapat mengetahi jumlah persediaan barang dengan tepat maka perlu dibangun sebuah perancangan prediksi persediaan barang atau produk, dimana perancangan ini dapat

Efusi pleural adalah pengumpulan cairan dalam ruang pleura yang terletak diantara permukaan visceral dan parietal, proses penyakit primer jarang terjadi tetapi biasanya merupakan