• Tidak ada hasil yang ditemukan

0 Peranan Guru Biasa Di Sekolah Anda Mel

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "0 Peranan Guru Biasa Di Sekolah Anda Mel"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

1.0 Peranan Guru Biasa Di Sekolah Anda Melalui Aktiviti – Aktiviti Yang Dilaksanakan Secara Kolaboratif Dengan Guru Bimbingan Dan Kauseling.

PENDAHULUAN

Guru biasa dan guru bimbingan kaunseling merupakan dua orang individu yang merupakan rakan kongsi dalam pembentukan watak kanak – kanak. Ini bermakna guru biasa dan guru bimbingan dan kaunseling hendaklah berkolaborasi sesama mereka. Sebagai contoh mudah yang biasa diperhatikan, guru biasa seperti guru kelas akan memberikan maklumat atau data tertentu mengenai tingkah laku murid di dalam kelas kepada guru bimbingan kaunseling. Hal ini bertujuan untuk membantu guru bimbingan kaunseling membuat rujukan dan tindakan susulan ke atas murid tersebut.

Peranan guru biasa ini lebih kepada pemudahcara guru bimbingan dan kaunseling untuk membantu murid – murid menjadi modal insan dan masyarakat yang sejajar dengan kehendak negara. Dalam waktu yang sama, guru biasa tidak boleh mengambil alih tugas hakiki guru bimbingan dan kaunseling.

Guru biasa hanya boleh membimbing murid – muridnya. Sebagai contoh bimbingan terhadap minat, bakat, keperluan, kelebihan dan kelemahan seseorang. Berbeza dengan guru kaunseling yang mempunyai kuasa untuk mempengaruhi perubahan tingkah laku muridnya.

Namun, guru biasa juga memainkan peranan yang penting dalam menjalankan tugas – tugas dengan membekalkan maklumat mengenai murid. Guru biasa selalunya lebih arif dengan tingkah laku murid di dalam kelas.

PERANAN GURU BIASA

Antara peranan guru biasa di sekolah ialah membantu dan membimbing murid yang mempunyai masalah berkaitan pembelajaran, sosial dan keluarga misalnya. Sebagai contoh, murid yang berada di kelas tahun empat biasanya mengalami peralihan dari Tahap 1 ke Tahap 2. Pada tahun empat, akan ada segelintir murid mengalami masalah dalam pembelajaran. Hal ini wujud kerana tajuk pembelajaran yang lebih rumit.

(2)

Selain itu, di Sekolah Kebangsaan Temenggong Abdul Rahman 2, guru bimbingan dan kaunseling serta kerjasama guru kelas dan yang lain telah mewujudkan satu aktiviti yang diberi nama Orientasi Tahun Empat. Orientasi ini sebagai langkah permulaan dalam membantu murid mengenal Tahap 2 mengenai subjek – subjek yang terbaru seperti Sejarah dan Reka Bentuk dan Teknologi.

Program ini sangat membantu murid menyesuaikan diri dengan persekitaran sosial. Melalui program ini murid didedahkan dengan kerja atau latihan dalam kumpulan. Pada tahap dua, murid diberi pendedahan mengadaptasikan diri bekerja dan belajar menyemai nilai – nilai melalui kerja kumpulan.

Melalui program ini juga kami sebagai guru biasa membantu murid melaksanakan kerja dalam kumpulan mereka. Selain itu, murid terdedah dengan hubungan sosial yang lebih baik dalam menjaga silaturrahim antara satu sama lain disamping menyemai sifat – sifat positif. Kita dapat lihat bagaimana peranan guru biasa di sekolah – sekolah membantu murid meningkatkan hubungan sosial melalui aktiviti yang dilaksanakan secara kolaboratif dengan guru bimbingan dan kaunseling.

Selain itu, peranan guru biasa juga melibatkan bakat dan kepimpinan. Guru biasa juga berperanan menerapkan semangat serta ilmu kepimpinan kepada murid. Sebagai contoh, kepimpinan yang paling biasa dapat dilihat dalam sekolah ialah pengawas. Ilmu kepimpinan ini amat penting sebagai ilmu asas kepada murid – murid.

Sebagai contoh, sekolah mengadakan kem kepimpinan pengawas bagi pengawas di sekolah. Ini bertujuan memimpin pengawas sekolah mempunyai sifat berwibawa, berkeyakinan dan sebagainya. Sebagai guru biasa, sifat ini boleh diterapkan di dalam kelas melalui proses pengajaran dan pembelajaran.

Peranan guru biasa melalui aktiviti yang dirancang oleh unit bimbingan dan kaunseling ini ialah guru sebagai fasilitator menerapkan sifat dan ciri kepimpinan yang perlu ada pada seorang pengawas. Sebagai contoh, dalam kem ini, murid diperdengarkan dengan ceramah kepimpinan serta latihan dalam kumpulan. Melalui aktiviti ini guru akan menggunakan kemahiran asas kaunseling seperti penyoalan kepada murid tentang aktivtii yang dilaksanakan.

(3)

semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Guru akan mengesan murid yang berada di tahap lemah, sederhana dan baik.

Peranan ini guru boleh disediakan dengan kepelbagaian dalam pengajarannya. Sebagai contoh, semasa menjalankan pengajaran pendidikan Seni Visual, guru menggunakan pembelajaran abad ke -21. Kaedah ini secara tidak langsung akan membantu murid mengembangkan mindanya,serta kebolehannya berfikir tanpa diberi bulat – bulat oleh guru. Dengan menyediakan pelbagai aktiviti yang mencabar pemikiran murid, murid secara langsung akan terlibat secara aktif dalam pembelajaran. Ini telah menunjukkan peranan guru biasa tersebut melalui aktiviti pembelajaran di dalam kelas.

Apabila seorang guru membuat aktiviti seperti di atas, murid yang lemah akan lebih rasa dihargai kerana mereka juga boleh turut terlibat. Pembelajaran ini akan meminta murid memberi penerangan serta menjawab penyoalan dari rakan dan guru – guru. Dorongan demi dorongan oleh guru biasa yang memainkan peranannya akan mengembangkan kebolehan murid dari semua aspek yang digariskan dalam pendidikan negara iaitu jasmani, rohani, emosi, intelek dan sosial.

Seterusnya, peranan guru biasa yang boleh dihuraikan ialah membantu guru bimbingan dan kaunseling menilai tingkah laku murid. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, guru kelas atau guru biasa lebih banyak menghabiskan masa dengan murid di dalam kelas. Maka, secara tidak langsung guru biasa boleh melihat dan menilai tingkah laku serta perubahan terhadap murid.

Penilaian tingkah laku murid ini memerlukan guru membuat pemerhatian di dalam kelas. Sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, guru akan memerhati tingkah laku serta tindak balas murid di dalam kelas. Jika berlaku sebarang perubahan tingkah laku yang menjurus kepada sifat negatif, guru biasa akan mula memainkan peranannya.

(4)

PENUTUP

(5)

2.0 INVENTORI MINAT KERJAYA MURID

Mengikut teori Holland, manusia dan persekitaran kerjaya boleh dibahagikan kepada enam jenis iaitu:

Berdasarkan hasil dapatan inventori minat kerjaya murid Tahun 6, saya mendapati keseluruhan murid seramai 11 orang bagi kelas Tahun 6 Wira lebih kepada sosial. Pada pendapat saya, murid Tahun 6 ini sudah mencapai tahap umur akil baligh. Sifat mereka lebih suka pada berkawan dan kurang pada persekitaran yang mendesak. Jika diperhatikan, cara pengajaran guru terhadap murid Tahun 6 ini, guru lebih bersifat berkawan. Hal ini kerana mereka sudah mula lebih kepada menjaga perasaan, maruah dan sebagainya.

Selain itu, saya dapati berdasarkan hasil dapat ujian inventori minat kerjaya murid Tahun 6 mempunyai minat terhadap tema kerjaya artistik. Memandangkan kelas Tahun 6 Wira terakhir, selalunya saya dapati mereka lebih cenderung kepada daya imaginasi dan nilai estetika yang tinggi. Berdasarkan semasa kelas Pendidikan Seni Visual Tahun 6 Wira, saya dapat lihat mereka lebih suka membuat ekspresi kendiri melalui hasil karyanya. Mereka lebih kreatif menunjukkan idea dan pendapat dalam mengekspresikan idea.

Realistik

Investigatif

Artistik

Sosial Daya usaha

(6)

HASIL DAPATAN INVENTORI MINAT KERJAYA Bil.

Murid R S A C E I

1 / / /

2 / / /

3 / / /

4 / / /

5 / / / /

6 / / / / /

7 / /

8 / / /

9 / / /

10 / / /

11 / / /

Berdasarkan dapatan di atas, unit bimbingan dan kaunseling boleh membuat aktiviti yang menjurus kepada minat kerjaya mereka. Sebagai contoh, kecenderungan murid Tahun 6 lebih kepada tema sosial, maka guru boleh membuat lawatan sambil belajar yang melibatkan masyarakat. Antara contoh, lawatan ke Kid Zania di Damansara. Murid didedahkan dengan pekerjaan yang dekat persekitaran sosial dan masyarakat.

Referensi

Dokumen terkait

Pengelolaan kelas merupakan kegiatan guru yang meliputi menata lingkungan fisik kelas, mengelola tingkah laku siswa dalam kelas, menciptakan iklim sosio emosional dan

ANALISIS PEMBELAJARAN MATEMATIKA PADA KELAS BERKEBUTUHAN KHUSUS SEKOLAH LUAR BIASA NEGERI SURAKARTA DITINJAU DARI AKTIVITAS

Sistem pengelolaan pengetahuan guru dapat dijadikan sebagai salah satu cara untuk mengatasi masalah yang ada di sekolah luar biasa tunarungu saat ini, dimana para guru nantinya

Kelas Murid Lulusan Mengulang Putus Sekolah Kecamatan Sekolah Jml Rombel Guru.. Kelas Murid

Metode keteladanan merupakan metode pembelajaran yang didasarkan pada contoh tingkah laku yang ditunjukkan oleh guru. Peserta didik lebih mudah menerapkan ilmu yang

Atas izin-Nya penulis dapat menyelesaikan skripsi ini dengan judul “Interaksi Simbolik Dalam Komunikasi Guru dan Murid di Sekolah Dasar Luar Biasa (SDLB) Nurasih

Kegiatan pengabdian kepada Masyarakat tentang “Pelatihan Penulisan Proposal Penelitian Tindakan Kelas (PTK) Bagi Guru-Guru Sekolah Luar Biasa (SLB) Negeri Wonogiri” dapat

Implikatur Percakapan Siswa dan Guru di Sekolah Luar Biasa Negeri Tamanagung 261 IMPLIKATUR PERCAKAPAN SISWA DAN GURU DI SEKOLAH LUAR BIASA SLB NEGERI TAMANAGUNG Elisa Kurnia