• Tidak ada hasil yang ditemukan

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELANCONG KE PA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELANCONG KE PA"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELANCONG KE PAMERAN URANG SARAWAK DI MUZIUM SENI, SARAWAK

Muhammad KhairulAkmal bin Esa, Shaik Azahar Hussain

ABSTRACT

Faktor kehadiran pengunjung merupakan fokus utama kajian. Kajian ini bertumpu kepada para pelancong yang berkunjung ke Pameran Urang Sarawak di Muzium Seni, Sarawak. Sebanyak 350 set borang soal selidik telah diedarkan kepada responden di lokasi kajian. Penggunaan kaedah penyelidikan iaitu kaedah kuantitatif digunakan bagi mendapatkan hasil yang diiginkan melalui sumber yang sahih. Selain itu, faktor dalaman serta luaran merupakan faktor utama pengunjung hadir ke Pameran Urang Sarawak di Muzium Seni, Sarawak. Oleh itu, pengkaji mengharapkan kajian ini dapat membantu pengkaji akan datang untuk membuat kajian yang lebih terperinci berkaitan Muzium Seni Sarawak dengan lebih terperinci.

Keaywords: Pelancongan, Pameran, Warisan

1. Introduction

Seterusnya, menurut (UNWTO, 2010) mendefinisi pelancongan adalah merupakan sebarang aktiviti yang dilakukan oleh seseorang yang dikenalpasti sebagai seorang pelancong ataupun pelawat. Selain itu, World Tourism Organization (WTO) menyatakan bahawa definisi pelancongan adalah merupakan salah satu aktiviti pengembaraan yang dilaksanakan oleh seseorang individu di sesebuah tempat iaitu individu tersebut keluar daripada tempat asalnya bagi tujuan bersantai dalam

jangka masa tidak lebih daripada setahun.

(2)

Namun, terdapat beberapa sektor yang tidak menggunakan frasa pelancongan seperti sektor pekhidmatan iaitu panggung wayang gambar (pawagam) didalam bidang hiburan, sector pengangkutan lebih dikenali sebagai teksi. Ianya juga tidak diklasifikasikan sebagai firma pelancongan (Vanhove, 2008)

Pelancong pula, menurut Artikel 2(1) dalam Akta Industri Pelancongan 1992 yang asal memberi dua takrifan tentang “definisi pelancong” serta “definisi industri-industri pelancongan”.

Berdasarkan akta tersebut menyatakan bahawa mana-mana individu yang melawat mana-mana tempat di Malaysia atas dasar berikut sama ada individu tersebut warganegara Malaysia ataupun tidak : keseronokan, rekreasi atau percutian, kebudayaan, agama, melawat kawan atau saudara-mara, sukan, mesyuarat, persidangan, seminar atau konvensyen, pengajian atau penyelidikan, dan apa-apa maksud lain yang tidak berhubungan dengan suatu pekerjaan.

Pelancongan dan Warisan

Berdasarkan United Nation Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) dalam persidangan di Paris pada 17 Oktober 1972, warisan terbahagi kepada dua iaitu warisan kebudayaan dan warisan semulajadi.

Hall and Zeppel (1990) menyatakan bahawa pengalaman merupakan sebuah bentuk

pelancongan. Berdasarkan kenyataan tersebut terdapat pula menyatakan bahawa pelancongan warisan merujuk kepada pelancongan berbentuk pengalaman. Ini kerana pelancongan warisan berkaitan dengan tarikan secara visual, persembahan-persembahan kesenian, perayaan tradisi, dan pelawat juga akan melawat tapak, bangunan dan monument-monumen bersejarah.

Warisan dan Muzium

Muzium merupakan sebuah institusi yang tidak asing lagi di dalam dunia hari ini dimana ianya

(3)

Permulaan kewujudan muzium di Malaysia adalah sekitar pada tahun abad ke-19 diamana ianya bermula semasa zaman penjajahan British yang pertama di buka di Taiping, Perak dan diikuti oleh muzium di Selangor (Hasan, 2005).

Seterusnya, Jabatan Muzium Malaysia telah ditubuhkan tidak lama sejurus selepas Tanah Melayu memperolehi kemerdekaan pada tahun 1957 (Jabatan Muzium dan Antik, Malaysia, n.d.).

Pentadbiran Muzium di Malaysia dapat di kategorikan kepada beberapa bahagian iaitu

persekutuan negeri, jabatan muzium dan institusi, Jabatan Muzium Malaysia. Di setiap negeri dapat dikenalpasti bahawa terdapat muzium masing-masing.

Namun, tujuan sebenar penubuhan Jabatan Muzium Malaysia adalah sebagai salah satu tujuan pengajaran dan pendidikan. Perkara ini dapat dilihat dengan adanya muzium universiti, muzium geologi, muzium perhutanan, muzium pasukan bersenjata, dan muzium getah (Jabatan Muzium dan Antik, Malaysia, n.d.).

Muzium dan Pameran

Konvensyen secara besar-besaran mampu menarik bilangan pengunjung yang hadir. Konvensyen merupakan sebuah perhimpunan rasmi yang dilaksnakan dalam skala yang besar dimana ianya dilakukan bagu melaksanakan sebarang aktiviti pertemuan atau mesyuarat dalam satu-satu masa. Manakala pameran adalah sebuah tempat disediakan bagi mana-mana syarikat dalam

membentangkan produk secara komersial (Kirchgeorg, 2005).

Penyataan Masalah

Kajian ini dilaksanakan adalah untuk menyelesaikan beberapa masalah yang dapat di perolehi iaitu

antaranya ialah kurangnya kajian tentang penilaian terhadap pengunjung yang hadir ke pameran berkenaan. Dengan adanya kajian ini, diharap dapat membantu pengkaji di masa akan datang dalam menjalankan kajian sebagai rujukan tentang faktor kehadiran pengunjung ke muzium ini.

(4)

keunikannya. Perkara ini menyebabkan berlaku persaingan di dalam menarik pengunjung untuk berkunjung ke Pameran Urang Sarawak di Muzium Seni, Sarawak.

Selain itu, promosi tentang Pameran Urang Sarawak dilihat tidak standing dengan kehebatan

pameran tersebut. Info-info yang disalurkan pengkaji mendapati bahawa terlalu sedikit. Penguasaan medium media massa tidak di gunapakai secara meluas. Oleh itu, terdapat hanya sebilangan pelancong yang mengetahui tentang pameran ini.

Objektif Kajian

1)Mengenalpasti faktor yang mempengaruhi pelancong untuk berkunjung ke ke Pameran Urang Sarawak di Muzium Seni, Sarawak.

2)Menganalisis tahap kepuasan pelancong terhadap ke Pameran Urang Sarawak di Muzium Seni, Sarawak.

3)Untuk menilai pendapat pengunjung yang datang ke Pameran Urang Sarawak di Muzium Seni, Sarawak.

Sorotan Kesusasteraan Pameran.

Pameran merupakan salah satu acara yang dipertontonkan kepada umum atau secara individu bagi menerangkan sesuatu dengan lebih jelas. Hal ini dapat dilihat dimana pameran menjadi salah satu komponen terpenting di dalam Meeting, Incentive, Convention and Exhibition (MICE).

Menurut (Browning & Adams, 2012) pameran terbahagi kepada tiga bahagian ;

Pameran perdagangan merupakan sebuah pameran terbuka hanya kepada pelanggan dan pembekal

(5)

menjelaskan bahawa pameran ini kebiasaanya hanya dibuka kepada orang awam pada hari minggu manakala hari bekerja di buka kepada pengunjung yang menjalankan urusan jual beli.

Warisan

Strategi untuk pembangunan pelancongan warisan budaya di Kuching. Menurut Partners and Tourism (2011) sebagai permulaan : Bagaimana untuk menjayakan Warisan, ianya terdapat beberapa strategi di dalam membuatkan pelancongan warisan kebudayaan Berjaya iaitu bekerjasama, mencari kesesuaian, memberi tumpuan kepada kualiti dan kesahihan, memelihara

dan melindungi.

Metodologi Kajian Data Primer

Dalam mendapatkan data kajian ini, pengkaji akan menggunakan kaedah kuantitatif. Pengkaji perlu mendapatkan maklumat secara pengedaran boring soal selidik tentang Faktor Yang Mempengaruhi Pelancong ke Pameran Urang Sarawak di Muzium Seni, Sarawak.

Kaedah Kuantitatif

The quantitative researcher might then display the survey data in the form of statistics on a chart or graph. (Leavy, 2006). Selain kaedah kualitatif, kaedah kuantitatif juga digunakan dalam kajian ini kerana pengkaji juga ingin mendapatkan maklumat daripada pekerja biasa atau staf yang bekerja di lokasi kajian. Pengkaji akan menyediakan soalan yang hampir sama dengan dengan soalan temu bual yang dikemukakan kepada pengurus tetapi soalan ini berbentuk soalan soal selidik.

Data Sekunder

Data sekunder merupakan maklumat yang diperoleh daripada buku, jurnal, artikel, surat khabar

(6)
(7)
(8)

Kesimpulan

(9)

Rujukan

Andreansyah, R. B. (2015). Pengaruh Strategi Promosi Terhadap Keputusan Berkunjung Wisatawan Mancanegara. Jurnal Ilmu & Riset Manajemen, 3(6).

Bieger. (2009). Social network analysis in destination . University St. Gallen, 2.

Browning & Adams, 1. (2012). Visitor attendance motivations at consumer travel exhibitions. Tourism Management, 1236-1244.

Dann. (1981). Consumer behaviour and tourism demand. Dala, F. G. Cooper, Tourism Principles & Practice (p. 22). United Kingdom: Longman Group Limited.

Department of Museums and Antiques, Malaysia. (n.d.). Directory of Museums in Malaysia. Kuala Lumpur: Department of Museums and Antiques, Malaysia.

Fakeye, P. C., & Crompton, J. L. (1991). Image differences between prospective, first time, and repeat visitors to the Lower Rio Grande

Guidelines, U. s. (2010, May 14). tourism society. Dipetik daripada Tourism Definitions: http://www.tourismsociety.org/page/88/tourism-definitions.htm

Hassan, B. N. (2014). factors determining museum visitation decision among communities in kedah (Doctoral dissertation, University Malaysia Sarawak, UNIMAS).

Hunziker. (2008). Definitions. Dalam S. Pike, destination marketing (p. 21). United Kingdom: Butterworth-Heinemann.

International Council of Museum (ICOM), The ICOM Code of Profesional ethics, Maison de

l’UNESCO 1, rue Miollis 75732 Paris cedex 15-France 2019

Khan, S. (2008, september 15). Sheerazi Khan - Academia.edu. Retrieved december 12, 2016, from 5'A Tourism Development Novo8:

http://www.academia.edu/9370582/5_As_of_Tourism_Development_Nov08

(10)

Kirchgeorg, M. (2005), “Characteristics and forms of trade shows”, in Kirchgeorg, M.,Giese, W.

and Dornscheidt, W. (Eds), Trade Show Management: Planning,Implementing and

Controlling of Trade Shows, Conventions and Events, Gabler Verlag,Wiesbaden, pp. 33-

56.

Klenosky, D. B. (2002). The pull of tourism destinations: A means-endinvestigation. Journal of

Travel Research, 40(4), 385–395.

Leavy, S. N.-B. (2006). The Practice of Qualitative Research. London: Sage Publications.

Pearce. (1988). Understanding and Measuring Tourist. INTERNATIONAL JOURNAL OF TOURISM RESEARCH, 162.

Malaysia. 1992. Akta Industri Pelancongan, 1992 (Undang-undang Malaysia Akta 482). Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia.

Uysal, M., & Jurowski, C. (1994). Testing the push and pull factors.Annals of Tourism Research,

21(4), 844–846.

Vanhove. (2008). destination marketing. United States of America: Butterworth-Heinemann.

Var, G. &. (2002). Tourism Planning. New York : Taylor & Francis: Universiti Utara Malaysia.

Referensi

Dokumen terkait

|jejakseribupena.com, Soal dan Solusi Simak UI Matematika Dasar, 2009

Berdasarkan tabel 13 diatas dapat terlihat bahwa sub variabel dari dimensi kinerja yang terdiri dari kualitas, kuantitas, waktu kerja, kerja sama yang mendapat penilaian

Penelitian ini dilaksanakan pada bulan Desember 2010 sampai bulan September 2011 di perairan Pulau Barrang Lompo dengan tujuan untuk mengetahui produksi serasah dan laju

Pengaruh penggunaan media power point terhadap hasil belajar siswa Untuk melihat bagaimana pengaruh penggunaan media power point. terhadap hasil belajar dengan

/* IS: A terdefinisi tidak kosong, belum tentu urut PS: sort secara Bubble. FS: A tersortir

Oleh karena itu, pengolahan data elektronik adalah proses manipulasi dari data ke dalam bentuk yang lebih bermakna berupa suatu informasi dengan menggunakan suatu alat

Pengarah Tim Pengarah diketuai oleh Menteri Perencanaan Pembangunan Nasional/Kepala Bappenas (MenPPN/Ka Bappenas) dengan anggota terdiri atas Menteri Dalam Negeri, Menteri

yang peduli dengan kebudayaan mulai melakukan beberapa gerakan dalam bentuk. kegiatan-kegiatan dalam rangka melestarikan kebudayaan lokal dan