• Tidak ada hasil yang ditemukan

SEJARAH PELABURAN GETAH BRITISH DI SEMEN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "SEJARAH PELABURAN GETAH BRITISH DI SEMEN"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

Sejarah Pelaburan Getah British di Semenanjung Tanah Melayu 1909-1911

Abstrak

Kajian ini akan melihat dan menganalisis pelaburan getah British di Semenanjung Tanah

Melayu pada tahun 1909-1911. Kaedah kajian yang digunakan adalah berdasarkan kaedah

penelitian terhadap sumber-sumber yang diperolehi di perpustakaan. Kajian ini akan melihat

faktor-faktor yang menyumbang kepada pelaburan British, dan juga pihak-pihak yang terlibat

dalam menjayakan pelaburan ini. Selain itu, kajian ini juga akan melihat dasar kerajaan

British dalam membantu penguasaan mereka ke atas sektor getah di Semenanjung Tanah

Melayu. Kajian menunjukkan bahawa ledakan harga getah tahun 1909-11 telah menimbulkan

minat pelabur British untuk melabur.

Kata Kunci : Pelaburan, Getah, British, Syarikat Perdagangan, Rumah Agensi

1. Pendahuluan

Kajian ini akan melihat dan menganalisis pelaburan getah British di Semenanjung Tanah

Melayu pada tahun 1909-1911. Kaedah kajian yang digunakan adalah berdasarkan kaedah

penelitian terhadap sumber-sumber yang diperolehi di perpustakaan. Sumber-sumber tersebut

akan dikumpul dan dipilih dari awal tahun kajian ini iaitu pada tahun 1909 sehingga tahun

1911, iaitu bersesuaian dengan tempoh kajian ini. Objektif kajian ialah melihat faktor-faktor

yang menyumbang kepada pelaburan British, pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan

pelaburan, dan dasar kerajaan British dalam membantu penguasaan mereka ke atas sektor

(2)

Dalam tulisan P.J. Drake,1 beliau menyatakan pembangunan ekonomi Semenanjung

Tanah Melayu boleh dibahagikan kepada tiga tahap. Pertama ialah tahap pertumbuhan dan

perkembangan pesat industri sumber asli seperti getah dan bijih timah bermula pertengahan

abad ke-19 sehingga tahun 1914. Kedua ialah tahap pengembangan sumber asli dalam

tempoh Perang Dunia Pertama dan Kedua. Ketiga ialah penggabungan dan penyeragaman

industri sumber asli bersama dengan kepelbagaian ekonomi selepas tahun 1945.2 Kajian ini

dipilih kerana ia membantu penulis untuk memahami sejarah ekonomi Semenanjung Tanah

Melayu semasa zaman kolonial.3

Mengenai sejarah penglibatan British dalam sektor penanaman getah di Semenanjung

Tanah Melayu antara tahun 1909-1911, ia ada disentuh sepintas lalu oleh beberapa orang

penulis. Antara kajian yang dilihat penting ialah Poroor Radhakrishnan dalam tulisan The

Role of Rubber in the West Malaysian Economy,4 Voon Phin Keong dalam tulisan Western

Rubber Enterprise in Southeast Asia 1876-19215 dan J.H. Drabble dalam tulisan Investment

in the Rubber Industry in Malaya c. 1900-1922.6 Kesemua sumber-sumber ini membantu

Hubungan Eksport Terhadap Peningkatan Produktiviti Sektor Pembuatan di Malaysia: Satu Kajian Granger Causality, Projek Penyelidikan, Februari 2006, Universiti Teknologi MARA Cawangan Terengganu, Dungun, 2006, hlm. 10-14.

3Untuk maklumat tambahan, sila lih. Institute of Asian Economic Affairs, Economic Development in the Federation of Malaya and the State of Singapore, Institute of Asian Economic Affairs, Tokyo, 1962.

4Poroor Radhakrishnan, The Role Of Rubber In The West Malaysian Economy, Tesis Doktor Falsafah, Stanford University, California, 1974.

5Voon Phin Keong, Western Rubber Planting Enterprise in Southeast Asia, 1876-1921, Kuala Lumpur:

University Malaya Press, Kuala Lumpur, 1976.

6J.H. Drabble. 1968. Investment in the Rubber Industry in Malaya c. 1900-1922 dlm. Paper presented at

(3)

Pada zaman kolonial, pelaburan utama British adalah dalam sektor getah.7 Pelaburan

British tertumpu kepada kerja pengekstrakan dan pengeluaran komoditi utama8 kerana

ekonomi Semenanjung Tanah Melayu ketika itu bergantung kepada penghasilan komoditi

utama. Semenanjung Tanah Melayu ketika itu diperintah oleh dua lapisan kerajaan,

metropolitan dan tempatan.9 Pejabat Kolonial adalah jabatan utama kerajaan imperialis pusat

di Britain dan mempunyai kuasa tertinggi untuk menjalankan kuasa penuh ke atas hal ehwal

luar negeri di dalam empayar British.10

7 Untuk maklumat mengenai pembangunan industri getah Semenanjung Tanah Melayu, sila lih. J.H.

Drabble, Rubber in Malaya 1876-1922: The Genesis of the Industry, Oxford University Press, Kuala Lumpur, 1973. Lih. juga J.H. Drabble, Malayan Rubber: The Interwar Years, Macmillan, London, 1991. Lih. juga P.T. Bauer, The Rubber Industry: A Study in Competition and Monopoly, Longman, London, 1948. Lih. juga Voon Phin Keong, Western Rubber Planting Enterprise in Southeast Asia, 1876-1921, University Malaya Press, Kuala Lumpur, 1976.

8 V. Kanapathy, Foreign Investment in Malaysia: Experience and Prospects, Nanyang University, Singapore, 1971 hlm. 2. Lih juga Hla Myint, Export and Economic Development of Less Developed Countries dlm. Carl K. Eicher & John M. Steaz, Agricultural Development in the Third World, The Johns Hopkin University Press, Baltimore.

9 Shakila Yacob, The United States and the Malaysian Economy, Routledge, London, 2008, hlm. 7.

Pentadbiran kolonial British mengambil pelbagai bentuk di Semenanjung Tanah Melayu. Untuk Petempatan Selat, sila lih. R. Emerson, Malaysia: A Study in Direct and Indirect Rule, University of Malaya Press, Kuala Lumpur, 1964. Untuk Sistem Residen, sila lih. J.M. Gullick, Malaya, Ernest Benn, London, 1964, hlm. 41. Lih. juga J.M. Gullick, Rulers and Residents: Influence and Power in the Malay States, 1870-1920, Oxford University Press, Singapore, 1992. Untuk Negeri-negeri Melayu Bersekutu, sila lih. E. Chew, Swettenham and British Residential Rule in West Malaya dlm. Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society 5, Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society, Kuala Lumpur, 1974, hlm. 165-178. Untuk Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu, sila lih. Shakila Yacob, The United States and the Malaysian Economy, Routledge, London, 2008, hlm. 8, 73. Untuk Persekutuan Tanah Melayu 1948, sila lih. C.H. Ding, History of the Straits

Settlements Foreign Trade, 1870-1915, National Museum, Singapore, 1978. Lih. juga W.G. Huff, The

Economic Growth of Singapore: Trade and Development in the Twentieth Century, Cambridge University Press, Cambridge, 1994. Lih. juga T.N. Harper, The End of Empire and the Making of Malaya, Cambridge

Journal of Imperial and Commonwealth History, Vol. 21, Routledge, London, 1993, hlm. 66-68.

(4)

Sumber utama modal bagi sektor getah datangnya dari pasaran modal British.

Perubahan dalam revolusi pengangkutan di Eropah telah membawa kepada penemuan dan

penciptaan motokar. Hal isi secara tidak langsung menyebabkan berlakunya permintaan yang

tinggi terhadap getah yang digunakan sebagai tayar berangin bagi kenderaan tersebut.11

Semasa ledakan harga getah pada tahun 1909-11,12 syarikat getah British meraih keuntungan

besar yang membolehkan mereka untuk membayar dividen setinggi 30 ke 40 peratus.13

Dividen besar ini menimbulkan minat pelabur British untuk melabur dalam syarikat getah di

pasaran modal British.14

Terdapat pertubuhan perdagangan yang memainkan peranan dalam mempengaruhi

pembuatan keputusan ekonomi Semenanjung Tanah Melayu. Pada tahun 1910, Agensi

Maklumat Semenanjung Tanah Melayu ditubuhkan untuk menyediakan maklumat tentang

peluang perniagaan dan menyelesaikan isu berhubung perdagangan dan pelaburan antara

11P.J. Drake, Currency, Credit and Commerce: Early Growth in Southeast Asia, Ashgate Publishing Limited, Hampshire, 2004, hlm. 34, 56. Lih juga Lee Sheng-yi, The Monetary and Banking Development of

Singapore and Malaysia, Singapore University Press, National University Of Singapore, Singapore, 1974, hlm.

41.

12 Yoshimura Mako, Japan‟s Economic Policy for Occupied Malaya dlm. Akashi Yoji & Yoshimura

Mako (edit.), New Perspectives on the Japanese Occupation in Malaya and Singapore, 1941-1945, NUS Press, Singapore, 2008, hlm. 121. Lht. juga Muhamad Ridzuan Amin, Perkembangan Ekonomi di Malaysia, Mika Cemerlang Sdn. Bhd, Subang Jaya, 2009, hlm. 11.

13Poroor Radhakrishnan, The Role Of Rubber In The West Malaysian Economy, Tesis Doktor Falsafah, Stanford University, California, 1974, hlm. 35. Lih. Juga D.M. Figart, The Plantation Rubber Industry in the Middle East, Government Printing Office, Washington, D.C., 1925, hlm. 93. Lih. juga Li Dun Jen, British Malaya: An Economic Analysis, 2nd Edition, Institute of Social Analysis, Petaling Jaya, 1982. Menurut Li Dun Jen, dalam tahun 1910 sesetengah syarikat getah British di Semenanjung Tanah Melayu telah membayar dividen setinggi 300%.

(5)

British dan Semenanjung Tanah Melayu.15 Pertubuhan British Semenanjung Tanah Melayu

ditubuhkan pada tahun 1920 bagi menjaga kepentingan British di Petempatan Selat dan

Negeri-negeri Melayu.16 Pertubuhan Penanaman Getah ditubuhkan pada tahun 1907 untuk

mengawal industri getah Semenanjung Tanah Melayu.17

2. Syarikat Perdagangan

Syarikat-syarikat perdagangan British memainkan peranan penting dalam mempromosikan

industri getah di kalangan pelabur British. Syarikat-syarikat perdagangan ini bertindak

sebagai saluran untuk modal British mengalir ke dalam industri getah Semenanjung Tanah

Melayu.18 Mereka juga memastikan bahawa modal itu digunakan sewajarnya.

Syarikat-syarikat perdagangan seperti Harrison and Crosfield, Bousted Buttery Estate Agency, Guthrie

and Company, Barlow and Company, dan Sime Darby19 telah terlibat dalam perdagangan

eksport dan import Semenanjung Tanah Melayu selama beberapa dekad sebelum pengenalan

15K.M. Stahl, The Metropolitan Organization of British Colonial Trade, Faber and Faber, London, 1951,

hlm. 71-73.

16Lih. ibid., hlm. 76-78. Lih. juga Yeo Kim Wah, The Politics of Decentralisation: Colonial Controversy

in Malaya 1920-29, Oxford University Press, Kuala Lumpur, 1982, hlm. 340.

17Lih. Shakila Yacob, The United States and the Malaysian Economy, Routledge, London, 2008, hlm. 7. Ahlinya adalah Semenanjung Tanah Melayu, Sri Lanka, Indonesia, Burma, Niferia dan Ghana, mengawal 1.75 juta hektar ladang getah menjelang tahun 1950-an. Agensi getah lain ialah United Planting Association of

Malayayang yang ditubuhkan di Semenanjung Tanah Melayu pada tahun 1934. Lih. juga N.J. White, Business,

Government, and the End of Empire: Malaya, 1942-1957, Oxford University Press, Kuala Lumpur, 1996, hlm.

30-33.

18 Lih. Muhamad Ridzuan Amin. Perkembangan Ekonomi di Malaysia. Mika Cemerlang Sdn. Bhd. Subang Jaya. 2009. Hlm. 12. Selaras dengan dasar British yang mengalakkan penglibatan syarikat British untuk membuka ladang di Semenanjung Tanah Melayu, banyak insentif ditawarkan seperti kadar sewa tanah dan tarif cukai yang rendah, serta pemberian dividen 4% kepada syarikat pengusaha getah dan pengecualian cukai eksport selama 50 tahun. Hal ini telah menyebabkan begitu banyak ladang getah baru dibuka meliputi kawasan-kawasan hutan di Semenanjung Tanah Melayu seperti di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. 19Poroor Radhakrishnan, The Role Of Rubber In The West Malaysian Economy, Tesis Doktor Falsafah, Stanford University, California, 1974, hlm 35. Lih. juga Muhamad Ridzuan Amin, Perkembangan Ekonomi di

Malaysia, Mika Cemerlang Sdn. Bhd, Subang Jaya, 2009, hlm. 12. Lih. juga P.J. Drake, Currency, Credit and

(6)

getah lagi. Syarikat-syarikat ini telah membina reputasi dalam integriti kewangan di British

dan Semenanjung Tanah Melayu.20 Tambahan lagi, mereka juga mempunyai jaringan dengan

komuniti penanaman Eropah, pegawai-pegawai pemerintah, dan keadaan ekonomi di

Semenanjung Tanah Melayu.

Syarikat-syarikat perdagangan ini menjadi pengantara antara sumber modal asing,

pelabur British, dan pengguna modal asing iaitu industri perladangan di Semenanjung Tanah

Melayu. Rumah-rumah agensi mengapungkan syarikat-syarikat kecil di London Stock

Exchange dan pasaran saham yang lain seperti Mincing Lane Tea dan Rubber Brokers

Association.21 Integriti dan reputasi syarikat-syarikat ini menjamin keselamatan dan

kestabilan kepada pelaburan British di Semenanjung Tanah Melayu. Pengapungan ini

diterima baik oleh pelabur British, dan jumlah modal yang besar mengalir dari British ke

Semenanjung Tanah Melayu.

Semua dana ini pada mulanya digunakan untuk memperolehi ladang getah bagi orang

Eropah. Kemudian, dana ini telah digunakan untuk memperolehi tanah yang sudah ditanam

getah oleh orang Asia dan untuk membuka kawasan hutan bagi tujuan penanaman. Lebih

daripada separuh ladang-ladang getah yang berkeluasan 100 ekar, iaitu 1.1 juta ekar, dimiliki

20 Lih. P.J. Drake, Currency, Credit and Commerce: Early Growth in Southeast Asia, Ashgate Publishing Limited, Hampshire, 2004, hlm. 56, 57. Syarikat-syarikat perdagangan ini sudah mempunyai pengetahuan pemasaran, pembiayaan dan jaringan perhubungan yang kuat di British, dan mempunyai pengalaman dan agensi dalam perkapalan dan insurans. Tambahan pula, mereka dalam beberapa tahun telah terlibat dengan pembukaan Semenanjung Tanah Melayu untuk pertanian komersil berskala besar. Apa paling penting, imej baik mereka di jaringan perdagangan London memberikan jaminan untuk masyarakat British melabur dalam syarikat-syarikat getah baru yang ditubuhkan dengan bantuan syarikat-syarikat perdagangan. 21 Lih. Poroor Radhakrishnan, The Role Of Rubber In The West Malaysian Economy, Tesis Doktor Falsafah, Stanford University, California, 1974, hlm. 36. Lih. juga Voon Phin Keong, Western Rubber

Enterprise in Souteast Asia 1876-1921, University of Malaya Press, Kuala Lumpur, 1976, hlm. 168. Lih. juga

(7)

oleh syarikat-syarikat British.22 Selain pelabur British, pelabur dari Eropah turut melabur

ketika harga getah melambung, malah termasuk juga syarikat industri Barat yang berasaskan

getah, walaupun penglibatannya kurang ketara.23

British juga telah membawa masuk secara beramai-ramai orang India ke Semenanjung

Tanah Melayu bagi membekalkan buruh yang murah kepada sektor getah. Pada tahun 1908

sejumlah 43,515 orang buruh India di ladang-ladang getah di Negeri-negeri Melayu

Bersekutu. Kehadiran buruh dengan jumlah yang besar ini telah membolehkan

pemodal-pemodal Eropah membuka ladang-ladang getah yang lebih besar.

3. Rumah Agensi

Rumah agensi dikekalkan sebagai ejen pengurusan syarikat British di Semenanjung Tanah

Melayu.24 Ejen pengurusan bertanggungjawab untuk menjalankan hal ehwal syarikat di

Semenanjung Tanah Melayu. Mereka mengupah pengurus dan kakitangan yang sesuai untuk

22 Lih. Malcolm Caldwell, The British “Forward Movement”, 1874-1914 dlm. Mohamed Amin &

Malcolm Caldwell (edit.), Malaya : The Making of a Neo-colony. Spokesman Books,London. 1977, hlm. 39. Ladang getah orang Eropah bertambah dari 168,000 ekar pada tahun 1907 kepada 1,050,000 ekar pada tahun 1918, manakala ladang getah milik orang Asia meningkat dari 2,000 ekar kepada 836,000 ekar dalam tempoh yang sama.

23 Voon Phin Keong, Western Rubber Enterprise in Southeast Asia 1876-1921, University of Malaya Press, Kuala Lumpur, 1976, hlm. 150. Daripada 1,034 orang pengarah syarikat getah di Semenanjung Tanah Melayu pada tahun 1914-15, seramai 1,025 orang daripada mereka adalah warganegara British, sementara Sembilan orang pengarah yang lain terdiri daripada warganegara Belgium dan Perancis.

(8)

estet syarikat, membekalkan input yang diperlukan oleh ladang-ladang, memasarkan getah

yang dihasilkan, dan memastikan dana tidak disalahgunakan25. Untuk perkhidmatan ini,

rumah agensi mendapat bayaran bagi kawasan yang diuruskan dan komisen atas input-input

yang dibekalkan dan pemasaran getah. Biasanya, rumah agensi diwakili dalam lembaga

pengarah syarikat dan sering kali rumah agensi akan memegang saham dalam

syarikat-syarikat yang mereka uruskan.

Sistem rumah agensi juga menyeragamkan sumber pengurusan yang terhad di

Semenanjung Tanah Melayu dengan membenarkan sumber-sumber ini dikongsi oleh

sebilangan besar syarikat-syarikat kecil.26 Seterusnya, rumah-rumah agensi telah berkembang

dan mengukuhkan kedudukan mereka di Semenanjung Tanah Melayu untuk muncul sebagai

salah satu institusi yang paling penting dari segi pemilikan dan kawalan dalam ekonomi.27

Menjelang akhir tahun 1910, kawasan getah Semenanjung Tanah Melayu adalah 541,000

ekar, yang mana 337,000 ekar adalah milik orang Eropah dan 164,000 ekar milik orang Development of Singapore and Malaysia, Singapore University Press, National University Of Singapore, Singapore, 1974, hlm. 54. Memandangkan rumah agensi Barat menguasai sebahagian besar eksport getah dan bijih timah dan import barang-barang pembuatan di zaman British, bil-bil perdagangan ini biasanya akan pergi melalui bank-bank Barat dan kerana itu bank-bank Barat menyediakan kebanyakan pinjaman dan pendahuluan. Untuk maklumat lebih lengkap, sila rujuk buku J.J. Puthucheary, Ownership and Control in the Malayan Economy, Singapore: Eastern Universities Press, 1960.

26Poroor Radhakrishnan, The Role Of Rubber In The West Malaysian Economy, Tesis Doktor Falsafah, Stanford University, California, 1974, hlm. 37. Lih. juga G.C. Allen & A.G. Donnithorne, Western Enterprise in

Indonesia and Malaya, George Allen and Unwin, London, 1957, hlm. 53. Lih. juga P.J. Drake, Currency, Credit

and Commerce: Early Growth in Southeast Asia, Ashgate Publishing Limited, Hampshire, 2004, hlm. 35.

27Poroor Radhakrishnan, The Role Of Rubber In The West Malaysian Economy, Tesis Doktor Falsafah, Stanford University, California, 1974, hlm. 37. Lih. juga Lih. J.J. Puthucheary, Ownership and Control in the

Malayan Economy, Eastern University Press, Singapore, 1960, hlm. xiii.

(9)

4. Sistem Pengangkutan

Selain modal dalam sektor getah, British juga melabur dalam bidang pengangkutan30 untuk

memastikan hasil getah dapat dieksport. Sebelumnya, sungai telah digunakan untuk

mengangkut bijih timah ke pantai dan bekalan kepada pelombong. Tetapi pengembangan

besar dan pesat industri perlombongan telah membawa kepada lalu lintas sibuk, yang

seterusnya memberikan bebanan terhadap kapasiti sistem sungai. British mendapati landasan

keretapi ialah pengangkutan yang lebih cekap.

Antara tahun 1885 dan 1895, empat landasan telah diletakkan, setiap satunya

menyambungkan sebuah pelabuhan pantai dengan lombong bijih timah di Utara-Barat atau

Barat-Tengah Semenanjung Tanah Melayu.31 Menjelang tahun 1903 landasan Utara-Selatan

telah menghubungkan bandar-bandar perlombongan, dan menjelang tahun 1910 landasan ini

yang dibiayai sepenuhnya daripada hasil Negeri-negeri Melayu Bersekutu, telah

menghubungkan Prai dan Johor Bahru.32 Pembinaan landasan keretapi terus menggalakkan

penanaman getah dengan mengurangkan kos. Ia memberikan pendapatan besar kepada

kerajaan dalam bentuk duti eksport getah serta pendapatan mereka sendiri.

28J.H. Drabble, Investment in the Rubber Industry in Malaya c. 1900-1922 dlm. Paper presented at the

International Conference on Asian History, Kuala Lumpur, Ogos 1968, hlm. 253.

29 Poroor Radhakrishnan, The Role Of Rubber In The West Malaysian Economy, Tesis Doktor Falsafah, Stanford University, California, 1974, hlm. 37. Lih. juga J.H. Drabble, Investment in the Rubber Industry in Malaya c. 1900-1922 dlm. Journal of Southeast Asian Studies, 3(2), National University of Singapore, Singapore, 1972, hlm. 260.

30P.J. Drake, Currency, Credit and Commerce: Early Growth in Southeast Asia, Ashgate Publishing Limited, Hampshire, 2004, hlm. 41.

31Ibid., hlm. 27.

(10)

5. Kesimpulan

Ledakan harga getah tahun 1909-11 telah menimbulkan minat pelabur British untuk melabur.

Pertubuhan Penanaman Getah ditubuhkan pada tahun 1907 untuk mengawal industri getah

Semenanjung Tanah Melayu Syarikat-syarikat perdagangan British memainkan peranan

penting dalam mempromosikan industri getah di kalangan pelabur British dan Eropah.

Rumah agensi dikekalkan sebagai ejen pengurusan syarikat British di Semenanjung Tanah

Melayu. Selain modal dalam sektor getah, British juga melabur dalam bidang pengangkutan

untuk memastikan hasil getah dapat dieksport.

Rujukan

A.J. Stockwell. 1979. British Policy and Malay Politics during the Malayan Union

Experiment, 1942-48. Kuala Lumpur: Malayan Branch of Royal Asiatic Society, Kuala

Lumpur.

A.J. Stockwell. 1993. “A Widespread and Long-concocted Plot to Overthrow the

Government in Malaya”?: The Origins of the Malayan Emergency dlm. Journal of Imperial

and Commonwealth History, Vol. 21. London: Routledge, London.

Chai Hon Chan. 1967. The Development of British Malaya, 1896-1909. Kuala Lumpur:

Oxford University Press.

C.H. Ding. 1978. History of the Straits Settlements Foreign Trade, 1870-1915. Singapore:

(11)

D.M. Figart. 1925. The Plantation Rubber Industry in the Middle East. Washington, D.C.:

Government Printing Office.

E. Chew. 1974. Swettenham and British Residential Rule in West Malaya dlm. Journal of the

Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society 5. Kuala Lumpur: Malaysian Branch of the

Royal Asiatic Society.

E. Thio. 1969. British Policy in The Malaya Peninsula, 1880-1910. Singapore: University of

Malaya Press.

G.C. Allen & A.G. Donnithorne. 1962. Western Enterprise in Indonesia and Malaya: a study

in economic development. London: Allen and Unwin.

Hla Myint. 1984. Export and Economic Development of Less Developed Countries dlm. Carl

K. Eicher & John M. Steaz, Agricultural Development in the Third World. Baltimore: The

Johns Hopkin University Press.

J.H. Drabble. 1973. Rubber in Malaya 1876-1922: The Genesis of the Industry. Kuala

Lumpur: Oxford University Press.

J.H. Drabble. 1991. Malayan Rubber: The Interwar Years. London: Macmillan.

J.H. Drabble. 1968. Investment in the Rubber Industry in Malaya c. 1900-1922 dlm. Paper

(12)

J.H. Drabble. 1972. Investment in the Rubber Industry in Malaya c. 1900-1922 dlm. Journal

of Southeast Asian Studies, 3(2). Singapore: National University of Singapore.

J.J. Puthucheary. 1960. Ownership and Control in the Malayan Economy, Singapore: Eastern

Universities Press.

J.M. Gullick. 1964. Malaya. London: Ernest Benn.

J.M. Gullick. 1992. Rulers and Residents: Influence and Power in the Malay States,

1870-1920. Singapore: Oxford University Press.

K.M. Stahl. 1951. The Metropolitan Organization of British Colonial Trade. London: Faber

and Faber.

K. Ramakrishna. 2001. „Transmogrifying‟ Malaya: the impact of Sir Gerald Templer (1952

-54) dlm. Journal of South East Asian Studies. Vol. 32. Singapore: History Department,

National University of Singapore, Singapore.

Lee Sheng-yi. 1974. The Monetary and Banking Development of Singapore and Malaysia.

Singapore: Singapore University Press, National University Of Singapore.

Li Dun Jen. 1982. British Malaya: An Economic Analysis. 2nd Edition. Petaling Jaya: Institute

(13)

Lim Chong Yah. 1967. Economic Development of Modern Malaya. Kuala Lumpur: Oxford

University Press.

Malcolm Caldwell. 1977. The British “Forward Movement”, 1874-1914 dlm. Mohamed

Amin & Malcolm Caldwell (edit.), Malaya: The Making of a Neo-colony. London:

Spokesman Books.

Muhamad Ridzuan Amin. 2009. Perkembangan Ekonomi di Malaysia. Subang Jaya: Mika

Cemerlang Sdn. Bhd.

N.J. White. 1996. Business, Government, and the End of Empire: Malaya, 1942-1957. Kuala

Lumpur: Oxford University Press.

P.J. Drake. 2004. Currency, Credit and Commerce: Early Growth in Southeast Asia.

Hampshire: Ashgate Publishing Limited.

Poroor Radhakrishnan. 1974. The Role Of Rubber In The West Malaysian Economy. Tesis

Doktor Falsafah. California: Stanford University.

P.T. Bauer. 1948. The Rubber Industry: A Study in Competition and Monopoly. London:

Longman.

R. Emerson. 1964. Malaysia: A Study in Direct and Indirect Rule. Kuala Lumpur: University

(14)

Shakila Yacob. 2008. The United States and the Malaysian Economy. London: Routledge.

T.N. Harper. 1999. The End of Empire and the Making of Malaya. Cambridge: Cambridge

University Press.

V. Kanapathy. 1971. Foreign Investment in Malaysia: Experience and Prospects. Singapore:

Nanyang University.

Voon Phin Keong. 1976. Western Rubber Planting Enterprise in Southeast Asia, 1876-1921,

Kuala Lumpur: University Malaya Press.

W.G. Huff. 1994. The Economic Growth of Singapore: Trade and Development in the

Twentieth Century. Cambridge: Cambridge University Press

Yeo Kim Wah. 1982. The Politics of Decentralisation: Colonial Controversy in Malaya

1920-29. Kuala Lumpur: Oxford University Press.

Yoshimura Mako, Japan‟s Economic Policy for Occupied Malaya dlm. Akashi Yoji &

Yoshimura Mako (edit.). 2008. New Perspectives on the Japanese Occupation in Malaya and

Referensi

Dokumen terkait

palmifolia dari 6 lokasi yang berbeda yaitu Srengat Blitar Jawa Timur, Tawangmangu Karanganyar Jawa Tengah, Cijeruk Bogor Jawa Barat, Balikpapan Balikpapan Kalimantan Timur,

Dengan pembentukan Unit Pengumpul Zakat (UPZ) dilanjutkan Rapat Kerja, maka segala bentuk pembayaran zakat akan lebih mudah dilakukan melalui UPZ di lingkungan SKPD

Berdasarkan hasil penelitian disarankan, pertama kepada guru agar menerapkan metode pemberian tugas menganyam kertas dan melipat kertas (origami) pada proses

Bantuan moratorium bersasar yang diumumkan oleh Kerajaan melalui Bank Negara Malaysia telah berjaya mengurangkan beban 1.4 juta peminjam individu dan PKS yang terjejas,

Responden yang paling sedikit adalah responden yang memiliki tingkat pengetahuan baik tentang metode kontrasepsi pria dan mempunyai sikap yang cukup terhadap keikutsertaan menjadi

Perlawanan dengan kekerasan dan nonkekerasan yang diperlihatkan oleh PKL Sampangan dan Basudewo dapat dipahami, karena mereka dalam memperjuangkan keinginan dan

1) Bank Indonesia u.p. Direktorat Pengawasan Bank Perkreditan Rakyat, Bank Indonesia, Jalan M.H.. wilayah Daerah Khusus Ibukota Jakarta Raya, Kabupaten/Kota Bogor,

Berdasarkan hasil validasi oleh ahli materi dan ahli media, hasil uji lapangan oleh pendidik dan peserta didik, serta penilaian karakteristik modul oleh para ahli, dapat