• Tidak ada hasil yang ditemukan

Artikel Tekanan Guru Tekanan Guru

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Artikel Tekanan Guru Tekanan Guru"

Copied!
25
0
0

Teks penuh

(1)

SINOPSIS ARTIKEL

Artikel ‘Seksa Jadi Guru’ merupakan artikel yang ditulis oleh Khairul Azran

Hussin iaitu penulis artikel Berita Harian. Artikel pendidikan ini diterbitkan oleh surat

khabar Berita Harian pada 1 April 2010. Penulis menggarapkan mengenai tekanan

hidup yang dialami oleh guru dengan melakukan kerja yang berlebihan. Sebuah

jawatankuasa khas yang dipengerusi oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri

Alimuddin Mohd Dom dan dianggotai beberapa pengawai pelajaran dan wakil

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) ditubuhkan untuk mengkaji

beban tugas guru yang berlebihan selain daripada tugas mendidik pelajar. Penulis

juga menekankan aspek psikologi guru yang mana menurut pekeililing yang

dikeluarkan, guru diberikan bercuti pada Sabtu sebanyak dua kali sebulan tanpa

sebarang kerja. Namun, ada kebanyakkan sekolah tidak mengikuti panduan yang

telah diberi sehinggakan aduan terpaksa dibuat. Kesannya, guru dapat merasakan

diri mereka sukar untuk meluangkan masa terutamanya guru-guru yang sudah

mempunyai keluarga sendiri menyebabkan hubungan sesama mereka menjadi

renggang. Selain itu, tugas hakiki guru sebagai pendidik tidak boleh diganggu

tambah-tambah lagi disebabkan pelbagai beban tugas yang terpaksa dilakukan.

Tanggungjawab utama guru ialah mendidik pelajar bukannya tugas-tugas yang lain

perlu diutamakan terlebih dahulu. Jika tugas utama guru menjadi minoriti, kesannya

guru mengalami tekanan dan tidak dapat memberikan sumbangan 100 peratus

untuk mendidik pelajar menyebabkan pelajar tidak dapat menimba pelajaran dengan

sebaik mungkin di samping penghayatan nilai-nilai murni yang perlu diterapkan

dalam diri mereka kurang dititikberatkan. Tuntasnya, idea-idea para pemimpin dan

langkah alternatif daripada jawatankuasa khas diperlukan supaya guru tidak

(2)

SEBAB-SEBAB TERJADINYA ISU

Sistem pendidikan merupakan tunjang kepada matlamat kerajaan di mana semua

hasrat keraan bermula dalam bidang pendidikan. Semasa dalam bidang pendidikan

ini, organisasi pendidikan tidak akan terlepas dengan pelbagai perubahan dan

pembaharuan yang dilaksanakan. Khususnya, bila disebut tentang pendidikan,

pemikiran manusia terus melibatkan profesion keguruan. Golongan ini adalah

tunggak dalam proses pendidikan negara. Jadi, sebarang perubahan atau

pembaharuan yang dilaksanakan, secara tidak langsung, sedikit sebanyak akan

memberi kesan kepada guru seterusnya dalam bidang pendidikan negara ini.

Jika dilihat pada isu tekanan, sememangnya berlaku dalam setiap profesion.

Namun, isu tekanan profesion perguruan dapat dititikberatkan kerana kadar

pengaruhnya yang amat tinggi dalam bidang pendidikan. Kebanyakkan masyarakat

memandang remeh tentang ini dan menganggap sudah menjadi lumrah bagi

pengorbanan besar seorang guru. Namun, pada zaman kini, anggapan sebegini

sudah tidak bersesuaian dan tidak relevan jika dibandingkan dengan masa

terdahulu. Justeru, setiap pihak yang berkaitan perlu memberi perhatian dan

melaksanakan pendekatan terhadap penyelesaian isu ini supaya misi dan visi bidang

pendidikan dapat dijalankan dengan lancar.

Menurut Kyricaou dan Sutcliffle (1978), tekanan kerja guru ialah emosi negatif

yang dialami oleh seorang guru semasa menjalankan tugas. Emosi negatif

berkenaan umpamanya kemarahan,keresahan, ketegangan, kekecewaan dan

kemurungan yang dialami oleh seseorang guru itu. Keadaan ini dipersepsikan

sebagai ancaman terhadap psikologi dan fizikal. Berkaitan dengan isu yang telah

(3)

dikatakan menanggung beban tugas yang terlalu banyak. Antara tugas guru bukan

sahaja meliputi hal pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, malahan juga

ada guru yang terpaksa mengendalikan aktiviti kokurikulum, hal ehwal murid,

pentadbiran, pengkeranian serta beberapa kerja tambahan lain. Jelaslah di sini

bahawa guru masa kini memikul tugas yang berat dan guru yang mengalami tekanan

sudah pasti tidak mampu untuk mengutamakan tugasnya.

Terdapat beberapa sebab yang berkaitan dengan beban tugas guru dan

menyebabkan guru mengalami tekanan emosi yang kurang stabil. Pertamanya ialah

melibatkan guru dengan ibu bapa. Contohnya, isu ibu bapa kurang berkeyakinan

dan kurang kepercayaan terhadap guru, harapan yang tinggi daripada ibu bapa

pelajar dan hal-hal yang berurusan dengan ibu bapa pelajar. Secara amnya, ibu

bapa mana yang mahukan anak mereka menemui kegagalan? Ibu bapa yang mana

anaknya kurang pandai? Sudah semestinya para ibu bapa inginkan anak-anak

mereka berjaya. Justeru itu, ibu bapa sememangnya akan meletakkan harapan yang

tinggi pada guru-guru untuk merealisasikan hasrat mereka untuk melihat anak

mereka cemerlang dalam bidang akademik khususnya. Namun, adakala harapan ibu

bapa terhadap guru dikatakan tidak realistik sehingga menyebabkan guru berada

dalam tekanan emosi. Ini kerana harapan ibu bapa itu kadang-kadang melampaui

batas dan kemampuan guru dan anak-anak mereka. Apa yang penting bagi mereka

cuma ingin melihat anak-anak mereka berjaya tanpa mengenalpasti tahap

kemampuan anak-anak mereka terutamanya. Kesannya, jika ibu bapa tidak

memahami hal ini, mereka akan terus menyalahkan guru sekiranya berlaku salah

laku atau pencapaian akademik anak-anak mereka rendah. Selain itu, pada masa

kini, ibu bapa terlalu memanjakan anak-anak mereka dengan menurut segala

(4)

gajet-gajet yang berteknologi tinggi untuk bersosial. Segala kemahuan mereka akan dikuti

ibu bapa. Ini kerana ibu bapa terlalu menaruh kepercayaan yang tinggi terhadap

perilaku mereka. Kesannya, ibu bapa akan mempertikaikan tindakan guru apabila

berlakunya sesuatu yang tidak diingini di sekolah terutamanya apabila melibatkan

anak mereka sendiri. Tambahan pula, ada juga ibu bapa yang tidak mahu hadir ke

sekolah untuk berbincang tentang masalah anak-anak mereka. Justeru itu, hal-hal

sebegini akan menganggu tugas utama guru yang perlu melaksanakan tugas

pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas di samping menyebabkan tekanan

emosi yang dialami guru.

Selain itu, isu beban tugas yang seterusnya melibatkan guru itu sendiri.

Secara amnya, sekolah akan menerima jumlah murid yang bertambah untuk setiap

tahun. Setiap pengambilan jumlah murid-murid yang baru pada setiap tahun akan

bertambah dan menyebabkan perubahan dan pembaharuan yang perlu

dilaksanakan oleh pihak sekolah. Ini penting supaya murid-murid di sekolah dapat

menerima pengajaran dan didikan dalam keadaan yang selesa dan kondusif.

Contohnya, dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, suasana bilik darjah apabila

murid-murid yang bertambah akan menyebabkan kapasiti berlebihan daripada yang

sepatutnya. Kesannya, murid-murid tidak dapat belajar dalam keadaan yang selesa

menyebabkan mereka tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap

pengajaran guru di dalam kelas. Selain itu, ada sesetengah sekolah juga mempunyai

bilangan guru yang tidak mencukupi juga menyumbang kepada peningkatan tahap

beban guru-guru sedia ada di sekolah tersebut. Apa tidaknya, sekolah yang

mempunyai ramai murid memerlukan kawalan yang rapi daripada guru-guru sekolah

tersebut. Namun, apabila guru tidak mencukupi untuk mengawal murid yang ramai,

(5)

seseorang guru terjejas dan guru tidak dapat memberikan tumpuan sepenuhnya

ketika waktu pengajaran dan pembelajaran. Akibat terlalu penat dengan urusan

dalam bilik darjah, guru tidak mempunyai masa yang cukup untuk menyediakan alat

bantu mengajar bagi sesi pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya. Menurut

Mok Soon Sang (1991), Alat Bantu Mengajar (ABM) merupakan intipati dalam

membantu guru bagi melicinkan dan melancarkan pengajaran dalam usaha

memudahkan pelajar memahami konsep dan isi serta fakta dalam proses pengajaran

dan pembelajaran. Jadi, alat ini dapat membantu guru untuk menyampaikan

pengajaran mereka dengan lebih lancar dan berkesan. Namun, berbekalkan beban

tugas yang dimiliki guru masa kini, sukar bagi guru untuk mempersiapkan

perancangan pengajaran yang lebih baik disebabkan masa yang begitu terhad yang

perlu ditempuhi guru.

Akhir sekali, beban yang perlu dipikul berkaitan dengan tugas guru di

sekolah. Kebiasaanya, setiap orang guru akan diberi tanggungjawab untuk mengajar

lima hingga enam kelas pada setiap hari. Mereka juga terpaksa membuat persediaan

untuk mengajar, menyemak buku-buku latihan dan kerja-kerja lain yang berkaitan

dengan pengajaran dan pembelajaran. Selain kerja rutin, guru juga diwajibkan

menjalankan kerja-kerja pengkeranian seperti mengisi borang, menaip surat,

menyediakan minit mesyuarat serta menjadi penasihat-penasihat persatuan,

permainan, kelab dan sukan. Tambahan pula, bagi melahirkan guru-guru yang

berkualiti dan proaktif serta ikhlas dalam bidang profesionalisme perguruan ini,

guru-guru perlu menghadiri kursus, mesyuarat, bengkel dan perjumpaan yang terlalu

kerap ini juga amat membebankan guru. Beban tugas ini menjadi semakin berat dan

terpaksa dipikul oleh guru sehingga menyebabkan tidka dapat memberikan tumpuan

(6)

seterusnyaakan mendatangkan tekanan emosi kepada para guru. Sebagai contoh,

kesibukan gru yang terpaksa menghadiri pelbagai kursus dan perjumpaan di luar

sekolah semasa sesi persekolahan menyebabkan masa dan kelas guru tersebut

diganti dan diambil alih oleh guru yang lain. Seterusnya menjadikan jumlah waktu

mengajar dan tekanan masa yang terhad dalam tugas guru terbabit.

Kesimpulannya, isu tekanan emosi yang dialami guru melibatkan diri dan

tugas guru serta penglibatan guru dengan ibu bapa. Walau bagaimanapun, tugas

dan tanggungjawab guru tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna sekiranya para

guru menghadapi beban tekanan yang berlebihan menyebabkan guru menghadapi

(7)

IMPLIKASI ISU

Beban tekanan tugas guru mendatangkan pelbagai implikasi kepada guru dan juga

bidang pendidikan itu sendiri. Tugas seorang guru bukan sahaja di dalam bilik darjah

sahaja, namun pada masa kini, guru-guru diperlukan untuk melakukan pelbagai

perkara. Antaranya ialah menjadi kerani, setiausaha, bendahari, jurujual, jurutaip,

juruhias dan sebagainya. Sebagai informasi, bagi sesebuah sekolah yang yang

mendapat pengiktirafan kualiti persekolahan daripada pihak pendidikan seperti

tawaran baru (new deal), guru-guru di sekolah tersebut mempunyai tugasan yang

lebih berbanding guru-guru di sekolah yang biasa. Selain daripada menguruskan

fail-fail serta melakukan persediaan pengajaran yang lengkap, keadaan fizikal sekolah

juga diambil kira seperti sudut-sudut pembelajaran, keceriaan di dalam kelas dan

luar kelas, kebersihan, keselamatan serta sikap-sikap guru dan staff sokongan.

Kesemuanya diambil kira oleh pihak nazir yang datang menilai untuk memberikan

tawaran baru kepada sekolah yang terpilih. Khususnya, gred purata sekolah yang

paling menjadi keutamaan bagi sekolah yang terpilih untuk mendapat tawaran baru

ini. Keadaan ini menyebabkan guru memerlukan masa yang berlebihan untuk

melakukan persiapan termasuklah perlu bekerja pada hari cuti minggu Sabtu dan

Ahad. Saya berani menyatakan informasi ini kerana saya pernah merasai

pengalaman ini bersama-sama dengan guru sekolah ketika saya praktikum di

sekolah berkenaan.

Implikasi dapat kita lihat apabila memetik kata-kata Setiausaha NUTP, Lok Yim

Pheng, pertambahan beban tugas guru dikhuatiri akan menyebabkan hala tuju

sistem persekolahan negara lebih mementingkan keputusan berasaskan

peperiksaan, berbanding memupuk budaya mencintai ilmu dalam kalangan pelajar.

(8)

memberi tumpuan terhadap aspek kemahiran pelajar menjawab soalan peperiksaan

sahaja. Dalam katanya lagi, beliau menegaskan bahawa guru ingin memberi

tumpuan kepada core business iaitu mmengajar. Bagaimanapun katanya, guru lebih

menghabiskan masa menguruskan data, fail, rekod dan laporan, menguruskan

pelbagai pertandingan kurikulum dan kokurikulum serta program akademik dan

bukan akademik di luar sekolah. Lok menambah, guru kelas dibebankan dengan

pelbagai kerja pengkeraniaan dan hanya sedikit masa digunakan untuk tujuan

pesediaan alat bantu mengajar dan rancangan mengajar serta menyemak buku

latihan pelajar. Kesannya, guru kurang masa untuk berehat dan melakukan

tugas-tugas utama mereka disebabkan beban tugas-tugas guru yang berlebihan.

Ekoran daripada bebanan tugas yang berlebihan terpaksa dipikul oleh

guru-guru telah menyebabkan mereka tidak menyempurnakan tugas mereka dengan baik

dan seterusnya ditegur dan dimarahi oleh majikan . Lantaran itu, situasi ini boleh

menyebabkan seseorang itu mengalami ‘stress’. Stres merujuk kepada sebarang

gangguan sama ada dari segi fisologi seperti keletihan dan tekanan darah tinggi

mahupun psikologi seperti perasaan marah, kecewa, murung, sedih, dan rasa tidak

puas hati merupakan kesan daripada menjalankan tugas sebagai seorang guru.

Gangguan-gangguan ini adalah disebabkan oleh ketidakupayaan guru untuk

memenuhi kehendak atau permintaan ke atas dirinya dalam menjalankan

tugas-tugas di sekolah. Selain itu juga, guru yang mengalami tekanan ini juga akan

menhadapi ketegangan dalam hidup mereka secara berpanjangan. Secara tidak

langsung, keadaan ini boleh mempengaruhi psikologi mereka seperti hilang

keyakinan, cepat meradang, agresif dan hilang daya konsentrasi. Apabila mereka

mengalami keadaan yang sebegini, mereka tidak dapat menumpukan sepenuh

(9)

dipertanggungjawabkan kepada mereka oleh guru besar atau guru-guru lain,

hasilnya kurang berkualiti disebabkan daya konsentrasi mereka terhadap sesuatu

tugas menjadi berkurang, tidakupayaan untuk menyelesaikan tugasan dengan

sebaik mungkin dan mudah berasa marah apabila terdapat kesilapan-kesilapan

walaupun kesilapan yang kecil ketika sedang melakukan tugasan yang diberikan. Ini

menyebabkan seseorang guru itu kurang bersemangat dan tidak bermotivasi dalam

menjalankan tugasnya (Abdul Malik, 2000). Disebabkan bebanan yang berlebihan

yang telah diberikan telah mempengaruhi keletihan emosi guru. Itulah sebab

mengapa guru-guru mudah untuk berputus asa, kurang berusaha, tidak dapat

menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap tugasannya dan mudah untuk

meradang.

Menurut Blase’s (1982) berdasarkan jurnal yang ditulis oleh Kyriacou (1987),

sebilangan besar guru menunjukkan tahap penglibatan kerja yang rendah akibat

tekanan yang berlebihan. Tenaga mereka tidak digunakan dalam tugas utama

mereka iaitu berkaitan dengan pengajaran, sebaliknya disalahguna dengan

melepaskan tenaga mereka secara tindakan fizikal atau melepaskan geram terhadap

pelajarnya. Tekanan dalam kalangan guru menyebabkan potensi berlakunya

masalah salah guna kuasa guru tehadap pelajar terutamanya yang berlaku dalam

aspek hukuman yang boleh mengakibatkan penderaan. Dalam kata lain, guru ingin

melahirkan rasa ketidaksenangan mereka dengan melakukan penderaan terhadap

pelajarnya supaya dapat memuaskan hati guru tersebut. Hukuman boleh diberi tetapi

perlu setimpal dengan kesalahan-kesalahan yang telah dilakukan oleh pelajar

tersebut. Guru tidak boleh sesuka hati untuk memberi hukuman kepada pelajar tanpa

usul periksa terlebih dahulu. Di sekitar bulan Julai 2005 yang lalu, seorang bapa

(10)

tulang tapak tangannya selepas dipukul oleh seorang guru kerana bising di dalam

kelas. Demikian menunjukkan bagaimana sikap kerja seorang guru yang mengalami

tekanan kerana suasana kebisingan dalam kelas. Akhirnya tekanan tersebut

memberi kesan terhadap tindakan silap guru tersebut. Melalui peristiwa ini, kita dapat

menilai bahawa guru tersebut telah melakukan kesalahan yang besar dengan

melanggar kod etika profesional keguruan iaitu tanggungjawab terhadap pelajar

dengan melakukan penderaan atau hukuman sedemikian. Namun, di sebalik

kejadian yang belaku ini, tidak adil bagi kita untuk menilai dari segi tindakan guru itu,

tetapi dari sudut mengapa kejadian ini berlaku perlu diambil kira. Berdasarkan

peristiwa yang berlaku ini, dapat dikenalpasti bahawa tekanan yang berlebihan yang

diberikan kepada guru tersebut sehingga guru tersebut bertindak di luar kawalan dan

tidak dapat mengawal emosinya yang sedang marah dan ketidakpuasan hati. Selain

itu juga, ada sesetengah orang guru yang tidak melepaskan geram pula bertindak

dengan tidak hadir ke sekolah akibat tekanan guru yang berlebihan. Apabila keadaan

ini berlaku, secara tidak langsung dapat memberikan masalah kepada guru-guru lain

yang perlu mengantikan kelas yang diajar serta melakukan tugasan yang

dipertanggungjawabkan kepada guru tersebut. Ini dapat memberikan bebanan yang

lain pula kepada guru-guru yang lain yang mana masing-masing sudah mempunyai

tugasan yang dipertanggungjawabkan untuk menyempurnakannya.

Kesimpulannya, pelbagai implikasi yang dapat dikenalpasti apabila terjadinya

isu bebanan kerja yang berlebihan yang mana menyebabkan tekanan emosi yang

dialami guru. Antaranya ialah, guru tidak mempunyai masa yang secukupnya untuk

berehat dan melaksanakan persiapan untuk mengajar, hasil tugasan yang diberikan

oleh majikan tidak berkualiti dan tidak menepati ciri-ciri yang diinginkan dan

(11)

guru sanggup melakukan sesuatu di luar jangkaan yang mana menyalahi kod-kod

etika sebagai seorang guru. Berdasarkan implikasi yang telah dibincangkan, jelaslah

kepada kita bahawa guru mempunyai tugas harian, mingguan dan tahunan yang

penuh mencabar dan profesion perguruan adalah sukar dan meletihkan (Faridah

(12)

CADANGAN-CADANGAN UNTUK MENGATASI ISU

Isu beban tugas guru bukanlah satu perkara baru dalam dunia pendidikan di

Malaysia, namun ia kembali diperkatakan sejak kebelakangan ini berikutan bebanan

tugas yang berlebihan sehingga bukan sahaja menganggu tugas hakiki guru, malah

menyebabkan sesetengah guru hidup dalam tekanan kerja yang berlebihan.

Implikasinya, golongan pendidik ini tidak dapat memberikan sepenuh komitmen

kepada kualiti dan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Namun,

setiap masalah yang timbul, ada cara untuk mengatasinya. Begitu juga dengan

masalah isu yang seringkali diperdebatkan dan menjadi hangat pada dada-dada

akhbar sehinggakan ada yang menjadi tajuk utama bagi akhbar tersebut. Oleh

kerana tanggungjawab dan tugas guru di sekolah yang terlalu banyak, maka setiap

pihak perlulah memperhalusi dan mengkaji semula setiap tugas yang diberi

tanggungjawab untuk disempurnakan agar tugas tersebut tidak menjadi bebanan

yang tidak mampu dipikul oleh guru. Pelbagai cadanagn serta cara disarankan oleh

pihak-pihak yang tertentu bagi mengurangkan masalah isu ini.

Salah satunya ialah cadangan yang disarankan oleh pihak kementerian yakni

telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Bagi menangani Isu Beban Tugas Guru

(JKPMITBTG). Jawatankuasa ini telah mencadangkan sebanyak 28 perakuan bagi

menangani isu ini. Salah satu perakuannya ialah bagi memastikan pelaksanaan

aktiviti pada hari Sabtu diadakan secara berjadual serta tidak melebihi dua kali

sebulan, satu surat siaran telah dikeluarkan oleh kementerian untuk memastikan

pihak sekolah mematuhi Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 8/2005: Pelaksanaan Bkerja

Lima Hari Seminggu. Secara tidak langsung, berikutan rungutan para guru berkaitan

tidak cukup rehat kerana terpaksa bertugas setiap hari Sabtu secara berjadual serta

(13)

mempunyai tugas di sekolah malahan juga perlu menguruskan keluarga serta

memerlukan masa untuk bersama keluarga masing-masing.

Berdasarkan skop proforma EDU 3093, Guru dan Cabaran Semasa iaitu tajuk

Tekanan Emosi Dalam Kalangan Guru, terdapat beberapa langkah yang boleh

digunakan bagi mengatasi masalah isu tekanan ini. Salah satunya ialah melakukan

aktiviti beriadah. Sebagai seorang guru, kita tidak terlepas daripada menghadapi

tekanan dalam kehidupan terutamanya di sekolah. Kehidupan yang terlalu sibuk

menyebabkan kita sering melupakan kegiatan yang sangat berfaedah ini untuk

kesihatan fizikal, mental dan psikologi kita. Kegiatan beriadah ialah aktiviti yang

sering dilakukan pada waktu lapang terutamanya pada hujung minggu. Antara

aktiviti-aktiviti beriadah yang boleh dijalankan ialah berbasikal, joging, bermain futsal,

bermain badminton, bersiar-siar di taman reksreasi dan berjalan-jalan. Kepenatan

dapat dirasakan apabila peluh mengalir membasahi tubuh setelah melakukan

aktiviti-aktiviti fizikal. Selepas mandi dan membersihkan diri, kita perlu berehat buat

sementara waktu untuk melepaskan lelah. Keadaan akan menjadi lebih baik apabila

kita dapat melelapkan waktu juga buat seketika. Oleh sebab kepenatan melakukan

aktiviti beriadah, kita akan dapat tidur dengan lena. Kita dapat merasakan kehilangan

sebentar masalah yang membelenggu diri membolehkan kita menghindarkan

tekanan dan akhirnya fikiran kita akan menjadi lapang dan tenang. Di samping itu

juga, kita boleh melakukan aktiviti beriadah ini bersama-sama keluarga mahupun

sahabat handai . Peluang keemasan ini dapat kita gunakan sepenuhnya untuk

melakukan perbincangan dan perkongsian sama ada yang berkaitan dengan

masalah peribadi, mahupun masalah tekanan semasa bertugas. Kita sebagai guru,

perlu mengambil masa yang terluang setelah melakukan pelbagai jenis tugasan

(14)

membantu guru untuk mengurangkan tekanan emosi dalam diri di samping dapat

meningkatkan ksihatan diri.

Selain itu, cara kita berfikir juga dapat mempengaruhi kesihatan diri

terutamanya kesihatan mental dan emosi. Lantas, bagi memastikan kita memiliki

kesihatan yang baik tanpa menghadapi tekanan, kita perlu sentiasa berfikiran positif

apabila berhadapan dengan situasi yang kritikal dan sukar. Contohnya, semasa kita

kita diberi kritikan dan teguran, kita perlu menerimanya dengan hati dan minda yang

terbuka dan menganggapnya sebagai satu kritikan yang membina. Di sebalik kritikan

yang diterima itu, kita perlu melakukan muhasabah diri lalu memperbaiki segala

kekurangan yang ada agar kita tidak menerima kritikan yang sama pada masa yang

lain pula. Sekiranya kita tidak dapat menerima kritikan dan teguran tersebut, fikiran

kita akan menjadi tidak menentu dan kusut lalu menyebabkan kita akan terjerat

dalam kancah tekanan yang melampau. Contohnya yang berlaku kepada guru yang

tidak dapat mengawal emosinya lalu memukul tapak tangan muridnya sehingga

patah tulang tersebut. Berdasarkan peristiwa yang berlaku ini, kita sebagai guru

perlu mengambil iktibar daripada peristiwa tersebut dengan mengaplikasikan langkah

yang telah dibincangkan ini supaya kita mudah untuk mengawal emosi kita daripada

melepaskan geram kepada orang lain. Natijahnya, kita perlu menghadapi tekanan

dengan fikiran yang terbuka dan sentiasa positifkan diri.

Akhir sekali, muzik dapat mencetuskan perasaan gembira dan ceria walaupun

terdapat muzik yang mengundang kesedihan dan kedukaan. Oleh kerana itu, muzik

yang bersesuaian perlu dipilih supaya sesuai dengan emosi yang dialami. Hal ini

bertepatan dengan pandangan ahli-ahli psikologi bahawa muzik merupakan salah

satu wahana terapi yang efisien dan sumber ketenangan fikiran yang sering

(15)

di luar kesedaran diri, kita seperti berada di alam yang lain. Muzik yang rancak akan

menyebabkan kaki bergoyang, manakala muzik sentimental pula akan menjadikan

diri dibuai perasaan. Seni katanya yang penuh bermakna akan menyumbang ke arah

penghayatan yang tinggi seolah-olah kita turut merasakan perasaan yang sedang

dialami oleh pelantun lagu tersebut. Tekanan emosi yang dihadapi kita tanpa disedari

kita telah melupakan sebentar tekanan tersebut dengan bantuan muzik. Ketika

berada di sekolah, kita boleh mengaplikasikan cara ini ketika terdapat masa-masa

yang senggang iaitu ketika guru sedang menanti untuk masuk ke dalam kelas untuk

memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Secara tidak langsung, guru dapat

melepaskan emosi tegangnya melalui terapi muzik supaya dapat memberi

ketenangan untuk memulakan sesi pengajarannya. Selain itu juga, guru boleh

menggunakan terapi muzik ini untuk diterapkan dalam sesi pengajaran guru supaya

dapat membina suasana yang gembira bersama-sama dengan murid. Oleh itu,

muzik bukan sahaja dapat menghiburkan hati, malah muzik seperti memiliki magis

yang beruapaya mengurangkan tekanan yang dihadapi guru seiring dengan

perubahan dan pembaharuan dalam bidang pendidikan yang dihadapinya.

Konklusinya, profesion guru adalah satu tugas yang memerlukan

pengorbanan yang tinggi. Sememangnya ternyata bahawa tekanan emosi daripada

bebanan tugasan kerja yang berlebihan akan menganggu gaya hidup seseorang

guru itu. Secara tidak langsung, keadaan ini seterusnya dapat memberikan masalah

kepada guru untuk menunjukkan prestasi kerja yang berkualiti dalam bidang

pendidikan yang diceburinya. Namun, sebagai seorang guru, perlu mempunyai sikap

yang sentiasa inginkan kejayaan dan menanamkan sikap yang sentiasa positif dalam

diri supaya dapat mengharungi cabaran-cabaran dalam bidang pendidikan yang

(16)

guru untuk mengelakkan diri daripada mengalami tekanan emosi yang negatif dan

tidak menjejaskan profesionnya sebagai seorang guru. Bagi merealisasikannya,

bantuan dan sokongan daripada segenap pihak amatlah diperlukan bagi

(17)
(18)

perhatian terhadap tugas hakiki mereka iaitu mengajar.

Mac - April Pelan Tindakan 2

Isu bebanan tugas guru sudah wujud sekian lama. Namun, seiring dengan perubahan dan persekolahan. Kesannya, guru-guru terpaksa meninggalkan tugas utama mereka iaitu mengajar samping itu juga, kerjasama dengan para ibu bapa pelajar boleh dilaksanakan sewaktu mengadakan aktiviti-aktiviti kokurikulum seperti merentas desa, hari sukan sekolah dan aktiviti-aktiviti membersih dan menceriakan suasana sekolah. Tugas yang boleh dibantu oleh para ibu bapa seperti mengawal keadaan pelajar, menguruskan aktiviti-aktiviti dan

(19)
(20)

sekolah. pengurusan masa yang berkesan di mana sama ada dengan berjumpa kaunselor atau menghadiri mengakibatkan sesetengah guru mendapat lebihan kerja yang menyebabkan dia terbeban dari

(21)
(22)
(23)
(24)
(25)

Referensi

Dokumen terkait

Dengan ini kami beritahukan bahwa berdasarkan evaluasi Kualifikasi Pengadaan Belanja Bahan Produk Untuk Balita Gizi Buruk, yang dilakukan oleh Panitia Pengadaan Barang dan Jasa

INFORMASI Pada zaman modern sekarang dalam kantor telah lazim bahwa pejabat pimpinan dari suatu perusahaan, instansi atau lembaga lainnya dibantu oleh seorang pegawai yang

Proceeding of the 12 th International Conference on QiR (Quality in Research) Faculty of Engineering, University of Indonesia, Depok, Indonesia, 4-7 July 2011 ISSN

Data pendukung dalam penelitian ini didapat dari Dinas Perhubungan Kota Surakarta, yang berguna untuk memudahkan dalam pelaksanaan penelitian.Hasil penelitian menunjukkan

The objective of this research are to analyze antibacterial activity of Temu Kunci essential oil and use the oil as antibacterial agent in sago starch edible film. Compound of

[r]

Seperti yang dibahas di atas, strategi yang dapat diambil antara lain adalah Bank harus melaksanakan pengendalian risiko nilai tukar yang bertujuan untuk melindungi nilai

Dalam rangka pelaksanaan ketentuan Pasal 27 ayat (1) Peraturan Pemerintah Nomor 19 Tahun 2005 tentang Standar Nasional Pendidikan, perlu menetapkan Peraturan Menteri