• Tidak ada hasil yang ditemukan

DSK Teknologi Vokasional Sains Guru

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "DSK Teknologi Vokasional Sains Guru"

Copied!
19
0
0

Teks penuh

(1)

i KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH

PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL

TEKNOLOGI VOKASIONAL

- SAINS

TINGKATAN 2

(2)
(3)

iii

DOKUMEN STANDARD

PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL (PAV)

MODUL TEKNOLOGI VOKASIONAL

SAINS

TINGKATAN 2

(4)

iv

Copyright © 2013 Bahagian Pembangunan Kurikulum

Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 4-8, Blok E9, Kompleks E,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62600 Putrajaya

Cetakan Pertama 2013

(5)

v

KANDUNGAN

1. RUKUN NEGARA vi 2. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN vii 3. KATA PENGANTAR viii 4. PENGENALAN

4.1 Matlamat Pendidikan Asas Vokasional 4.2 Objektif Pendidikan Asas Vokasional 4.3 Kurikulum Berasaskan Kompetensi 4.4 Kurikulum Modular Berasaskan Standard

1 1 1 1 5. PELAKSANAAN

5.1 Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) 5.2 Penggunaan Teknologi Dalam P&P

2 2 6. DOKUMEN STANDARD KURIKULUM (DSK)

6.1 Matlamat Modul 6.2 Objektif Modul 6.3 Fokus Modul

6.4 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran 6.5 Organisasi Standard Kurikulum

6.6 Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Kriteria Pencapaian

(6)

vi

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh

masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat

dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dan

berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut

berdasarkan prinsip-prinsip berikut :

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

(7)

vii

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

(8)

viii

Kata Pengantar

Dokumen Standard Kurikulum (DSK) ialah dokumen yang bertujuan untuk memenuhi cita-cita murni dan semangat Falsafah

Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan murid menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad

ke-21.

Dokumen ini menyarankan strategi pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi pelbagai aktiviti dan penggunaan sumber.

Guru digalakkan menggunakan kreativiti untuk memilih, menyusun dan mengolah aktiviti mengikut kesesuaian murid. DSK ini

diharapkan dapat membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Dalam

melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru diharapkan dapat memberikan penekanan pada unsur bernilai tambah, iaitu

kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan

pelbagai, pembelajaran kontekstual, dan pembelajaran konstruktivisme. Di samping itu, nilai murni dan semangat patriotik dan

kewarganegaraan tetap diutamakan. Semua elemen ini diharapkan dapat memberikan keyakinan kepada murid dan boleh

diaplikasikan dalam kehidupan harian dan dunia pekerjaan.

DSK ini menjelaskan standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid berasaskan pendekatan masteri. Hasil pembelajaran

tersebut dinyatakan secara eksplisit mengikut tahap kesukaran isi kandungan dan tahap keupayaan murid. Kandungan DSK ini

menggariskan standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Pernyataan dalam Standard Pembelajaran memberikan

cabaran yang sesuai dengan murid pada tahap tertinggi dalam pendidikan sekolah menengah. DSK ini seharusnya dapat

membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Dalam menyediakan DSK yang dibangunkan ini banyak pihak yang terlibat terutama guru, pensyarah, penyelidik, eksekutif industri,

pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia dan individu yang mewakili badan-badan tertentu. Kepada semua pihak yang telah

memberikan sumbangan kepakaran, masa, dan tenaga sehingga terhasilnya DSK ini, Bahagian Pembangunan Kurikulum

merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih.

(Dr. MASNAH BINTI ALI MUDA)

Pengarah

(9)

1

PENGENALAN

Struktur Kurikulum Standard Pendidikan Asas Vokasional (PAV) digubal berlandaskan prinsip-prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Matlamat Pendidikan Asas Vokasional

Matlamat PAV adalah untuk menyediakan peluang kepada murid lepasan UPSR menjadi modal insan berkemahiran bekerja dan bersedia melanjutkan pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Objektif Pendidikan Asas Vokasional

Objektif PAV adalah untuk menjadikan aliran pendidikan vokasional sebagai pilihan selain daripada aliran perdana yang sedia ada. Ini bersesesuaian dengan murid berisiko untuk tercicir, agar dapat menimbulkan minat belajar yang berterusan terutama dalam bidang kerja tangan. PAV dilihat mampu menggilap potensi belajar murid melalui kurikulum yang dapat memberikan kemahiran generik asas dan kemahiran spesifik pekerjaan. Kemahiran ini, yang memang dituntut oleh majikan dan industri, akan menanam kemahiran yang menjadi asas kepada pembentukan sahsiah dan pembangunan karakter yang mantap. PAV turut menyediakan murid dengan pengetahuan dan kemahiran pekerjaan serta memberikan pendedahan dan bimbingan agar mereka kritis, kreatif dan inovatif. Melalui aktiviti yang menarik dan berkesan, murid dapat membuat keputusan dalam mencorakkan masa depan serta menerap dan mengembangkan kompetensi keusahawanan serta menjana budaya niaga.

Kurikulum Berasaskan Kompetensi

Kurikulum PAV adalah menggunakan konsep Kurikulum Berasaskan Kompetensi yang membenarkan murid mengulang semula kompetensi yang belum dicapai sehingga murid PAV kompeten sesuatu kemahiran yang di perlukan oleh Kriteria Pencapaian.

Kurikulum Modular Berasaskan Standard

Kurikulum Pendidikan Asas Vokasional digubal dalam bentuk pernyataan Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Kriteria Pencapaian yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti perlu dikuasai oleh murid.

Standard Kandungan

Pernyataan spesifik tentang disiplin ilmu yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Standard Pembelajaran

Satu penetapan kriteria untuk memastikan kualiti pembelajaran dan pencapaian bagi setiap Standard Kandungan

Kriteria Pencapaian

(10)

2

PELAKSANAAN

Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)

Waktu P&P modul ini diperuntukkan sebanyak 2 waktu seminggu selama 14 minggu menjadikan keseluruhan 28 waktu setahun.

Guru berlatarbelakang opsyen Sains paling sesuai mengajar modul ini. Pelaksanaan modul ini hendaklah menggunakan prasarana yang sedia ada. Jika sekolah mempunyai kekurangan prasarana, guru haruslah membuat perancangan supaya pengajaran ini dapat dilaksanakan sebaik mungkin.

Penggunaan Teknologi Dalam P&P

Dicadangkan, guru boleh menggunakan bahan/peralatan sebenar yang sedia ada untuk mengajar modul ini. Sekiranya kemahiran masih belum dapat dikuasai sepenuhnya maka ia boleh diperkukuhkan secara merentas kurikulum dalam disiplin ilmu lain. Guru perlulah kreatif dalam P&P yang melibatkan penggunaan bahan/peralatan di bilik

(11)

3

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM

TEKNOLOGI VOKASIONAL

(12)

4

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM (DSK) Matlamat Modul

Kurikulum Sains Pendidikan Asas Vokasional (PAV) bertujuan mengembangkan potensi individu agar berpemikiran logik, kritis, kreatif dan inovatif serta berketrampilan, mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran sains, matematik dan teknologi secara berkesan dan bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah serta membuat keputusan berlandaskan sikap saintifik dan nilai murni selaras dengan perkembangan sains dan teknologi untuk menangani cabaran abad ke-21.

Objektif Modul

Di akhir modul ini, murid akan dapat; .

1. menghubungkait aktiviti seharian dengan Sains

2. menghubungkaitkan peraturan-peraturan dalam makmal dengan langkah-langkah keselamatan 3. Mengenal pasti simbol beberapa contoh bahan berbahaya di dalam makmal

4. mengenal pasti langkah-langkah dalam penyiasatan saintifik 5. mengenal pasti radas dan fungsinya dalam makmal

6. menyatakan kuantiti asas iaitu panjang, jisim, masa, suhu, dan arus elektrik serta radas yang sesuai 7. menyatakan unit SI bagi setiap kuantiti asas

8. menyatakan kaedah pengukuran yang betul untuk mendapatkan bacaan yang persis dan jitu 9. menyatakan imbuhan unit kuantiti fizikal

10. menyedari kepentingan menggunakan unit SI 11. mengenal pasti sel haiwan dan sel tumbuhan 12. mengenal pasti jenis-jenis sel manusia

13. menyatakan bahawa sel membentuk tisu, organ dan sistem dalam badan manusia 14. mengenal pasti contoh mikroorganisma

15. mengenal pasti mikroorganisma unisel dan multisel

16. mengenal pasti kesan mikroorganisma dalam kehidupan harian 17. mengenal pasti pelbagai bentuk tenaga

18. mengenal pasti sumber pelbagai bentuk tenaga

19. mengenal pasti Matahari sebagai sumber tenaga utama

20. mengenal pasti perubahan bentuk tenaga dalam kehidupan harian 21. Mengenal pasti tiga keadaan jirim

(13)

5

Fokus Modul

Kurikulum Standard Pendidikan Asas Vokasional dalam bidang Sains memberi penekanan kepada asas pengetahuan berteraskan kepada perkembangan dan penggabungan domain pengetahuan kerjaya, kompetensi kemahiran teknikal dengan menerapkan aspek keselamatan, teknologi hijau dan keusahawanan.

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

Proses pengajaran dan pembelajaran adalah berpusatkan murid untuk menggalakkan pembelajaran, mengekalkan minat dan menimbulkan kesedaran murid supaya terus maju dengan menggunakan pendekatan holistik seperti berikut:

 Pendekatan modular berasaskan kompetensi

 Pendekatan pembelajaran berasaskan masalah, tugasan dan aktiviti

 Pendekatan pembelajaran melalui penghasilan produk

 Pembelajaran autentik (kontekstual dan konstruktif)

 Pembelajaran kolaboratif dan koperatif

 Pembelajaran masteri

 Integrasi TMK merentas kurikulum

 Integrasi keusahawanan merentas kurikulum

 Lawatan industri

 Pengurusan kewangan berhemah

Organisasi Standard Kurikulum

Standard Kurikulum modul ini disusun supaya mempunyai kesinambungan dengan pengetahuan dan kemahiran di Tingkatan 2 hingga 3.

Standard Kandungan mempunyai satu atau lebih Standard Pembelajaran yang dikonsepsikan berdasarkan bidang

pembelajaran tertentu. Standard Kandungan ditulis mengikut hierarki dalam domain kognitif dan afektif. Pernyataan Standard Kandungan ini merupakan pernyataan umum yang mengandungi unsur pengetahuan, kemahiran berfikir, sikap dan nilai murni yang sesuai dengan Standard Pembelajaran yang dihasratkan. Secara am, Standard Pembelajaran disusun mengikut hierarki dari mudah ke kompleks, sungguhpun begitu urutan Standard Pembelajaran dan Kriteria Pencapaian boleh diubahsuai

mengikut kesesuaian dan keperluan pembelajaran.

Aktiviti boleh dipelbagaikan untuk mencapai satu Standard Kandungan bagi memenuhi keperluan pembelajaran, sesuai dengan kebolehan serta gaya pembelajaran murid. Guru digalakkan merancang aktiviti yang dapat melibatkan murid secara aktif bagi menjana pemikiran secara analitis, kritis, inovatif dan kreatif di samping menggunakan teknologi sebagai wahana dalam mencapai Standard Kandungan tersebut dengan lebih berkesan. Selain daripada itu, kurikulum ini turut menerapkan elemen keusahawanan, kreativiti dan inovasi sebagai persediaan ke arah menyediakan modal insan yang berupaya

(14)

6

STANDARD

KANDUNGAN

STANDARD

PEMBELAJARAN

KRITERIA PENCAPAIAN

BIDANG: SAINS HAYAT

1.0 Memahami pembiakan manusia

1.1 menerangkan

kepentingan pembiakan

1.1.1 menyatakan maksud pembiakan. 1.1.2 mewajarkan kepentingan pembiakan. 1.2 mengenal pasti struktur

dan fungsi organ pembiakan manusia

1.2.1 melabelkan struktur dan memadakankan fungsi setiap struktur dalam organ pembiakan lelaki iaitu testis, skrotum, duktus sperma, zakar, uretra, kelenjar prostat dan vesikel semen.

(15)

7

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD

PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN

2.0 Memahami persenyawaan, kehamilan dan

pertumbuhan manusia

2.1 menyatakan proses persenyawaan

(

2.1.1 melukis sel pembiakan iaitu sperma dan ovum. 2.1.2 menyatakan maksud persenyawaan.

2.1.3 memerihalkan peringkat-peringkatperkembangan zigot sepanjang tempoh kehamilan

2.1 memerihalkan tumbesaran 2.1.1 menyusun rajah tumbesaran bayi hingga ke dewasa berdasarkan ciri-ciri perubahan fizikal yang berlaku. 2.1.2 menyatakan perubahan ciri-ciri fizikal semasa akil baligh

bagi remaja lelaki dan perempuan.

2.2 memerihalkan penjagaan diri semasa dan selepas kehamilan

2.2.1 menyatakan kepentingan mengamalkan cara hidup sihat sepanjang tempoh kehamilan

2.2.2 mengenal pasti amalan yang memudaratkan kehamilan 2.2.3 membincangkan kepentingan penyusuan susu ibu

2.3 memerihalkan kitar haid 2.3.1 menerangkan kejadian haid.

2.3.2 mengenal pasti fasa-fasa dalam kitar haid.

2.3.3 mewajarkan kepentingan mengurus kebersihan diri semasa haid.

2.4 menilai penyakit-penyakit jangkitan seksual (STD)

2.4.1 menjelaskan dengan contoh penyakit jangkitan seksual. 2.4.2 menghubungkaitkan perlakuan seks seperti sumbang

mahram, hubungan seks bebas atau luar nikah dan hubungan homoseksual dengan penularan penyakit jangkitan seksual.

2.4.3 2.5 menerangkan keperluan

pencegahan kehamilan

2.5.1 menyatakan keperluan mencegah kehamilan

(16)

8

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD

PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN

BIDANG: SAINS FIZIKAL

3 Memahami litar elektrik 3.1 membina litar elektrik lengkap

3.1.1 menyenaraikan komponen satu litar elektrik lengkap dengan mengaitkan penggunaan bahan penebat dan pengalir elektrik.

3.1.2 membina satu litar lengkap menggunakan wayar, sel, suis dan mentol.

3.2 membina litar bersiri 3.2.1 membina litar bersiri.

3.2.2 menyatakan kelebihan dan keburukan litar bersiri.

3.3 membina litar selari 3.3.1 membina litar selari.

3.3.2 menyatakan kelebihan dan keburukan litar selari.

3.3.3 membanding dan membezakan litar selari dan litar bersiri. 3.3.4 menghubungkaitkan penggunaaan litar bersiri dan litar selari

(17)

9

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD

PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN

BIDANG: SAINS BAHAN

4 Memahami pencemaran air

4.1 menyatakan sumber air semulajadi

4.1.1 mengumpul gambar-gambar sumber air semulajadi melalui aktiviti berkumpulan dengan pelbagai bentuk persembahan multimedia.

4.1.2 mengenal pasti bendasing yang larut dan tidak larut dalam sumber air semulajadi.

4.2 memerihalkan pencemaran air

4.2.1 menyatakan ciri-ciri air yang selamat diminum.

4.2.2 mengenal pasti bahan pencemar air dan sumbernya. 4.2.3 melakonkan watak-watak untuk memerihalkan isu

Pemeliharaan dan Pemuliharaan sumber air semulajadi. 4.3 memerihalkan

pembersihan air

4.3.1 meramal keadaan hidupan sekiranya tiada air yang bersih. 4.3.2 menyedari peranan manusia memelihara dan memulihara

sumber air semulajadi.

4.3.3 membina satu model penapis air yang berfungsi menggunakan kaedah penurasan air

5 Memahami komposisi udara

5.1 mengenal pasti komposisi udara

5.1.1 mentafsir maklumat carta pai mengenai komposisi udara. 5.1.2 membuktikan bahawa udara mengandungi wap air,

(18)

10

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD

PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN

6 Memahami syarat untuk pembakaran

6.1 mengenal pasti syarat-syarat pembakaran

6.1.1 membuktikan oksigen diperlukan untuk pembakaran selain daripada haba dan bahan api dengan menjalankan aktiviti. 6.1.2 melengkapkan laporan mengenai aktiviti pembakaran 6.1.3 menceritakan kesan pembakaran terbuka terhadap alam

sekitar melalui main peranan.

BIDANG: TEKNOLOGI DAN KEHIDUPAN LESTARI

7 Memahami kestabilan 7.1 menghubungkaitkan pusat graviti dan luas tapak dengan kestabilan

7.1.1 menentukan pusat graviti objek sekata dan objek tak sekata melalui aktiviti.

7.1.2 mengaitkan luas tapak objek dengan kestabilan.

7.1.3 menghubungkaitkan reka bentuk objek dalam kehidupan seharian dengan kestabilan

BIDANG: SAINS BUMI DAN ANGKASA

8 Memahami struktur Bumi

8.1 mengenalpasti struktur Bumi terdiri daripada litosfera, hidrosfera dan atmosfera

8.1.1 melabel struktur Bumi terdiri daripada litosfera, hidrosfera dan atmosfera.

8.1.2 melabel lapisan litosfera Bumi terdiri daripada kerak, mantel dan teras.

8.1.3 memerihal peranan lapisan ozon dalam atmosfera kepada manusia dan kehidupan lain menggunakan sumber multimedia

(19)

20

Referensi

Dokumen terkait

Nanopartikel mempunyai sifat unik yaitu : 1) mampu menembus membran; 2) menghantarkan obat tepat pada sasaran yang dituju; dan 3) efek samping minimal. Nanopartikel dapat

Dalam suatu perjanjian yang telah disepakati oleh kedua belah pihak, timbul hak dan kewajiban yang disebut dengan prestasi.Hak dan kewajiban adalah dua sisi yang saling

Meramalkan pesaing potensial bukanlah pekerjaan yang mudah, tetapi mereka seringkali dapat datang dari kelompok berikut yaitu, perusahaan- perusahaan yang tidak

 kontrol jangka panjang obat - kortikosteroid inhalasi bentuk   steroid sistemik digunakan untuk mendapatkan kontrol cepat penyakit ketika memulai dihirup tx - kromolin

Penulis sangat berterima kasih atas partisipasi dari berbagai pihak yang telah banyak membantu baik moril maupun materil sehingga penulis dapat menyelesaikan skripsi yang berjudul

tersebut berfungsi writeback.. Setelah melakukan pengaturan partisi harddisk pada aplikasi CCBoot , langkah selanjutnya adalah upload image sistem operasi dari

Pengaruh ini meliputi peningkatan kadar polimer PEI dalam larutan cetak dan temperatur pengadukan yang telah menciptakan membran PEI dengan porositas yang lebih tinggi

dikatakan naik, meskipun ada beberapa siswa yang justru mengalami peningkatan nilai. Hal ini bisa disebabkan karena daya serap dari masing– masing siswa itu