• Tidak ada hasil yang ditemukan

Tahap SM5. Gurindam & Seloka

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Tahap SM5. Gurindam & Seloka"

Copied!
20
0
0

Teks penuh

(1)

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Atas

Edubest

Tahap SM5

Gurindam & Seloka

(2)
(3)

Gurindam : Beberapa Petua Hidup

Fikir dan Kata

Kurang fikir, kurang siasat, Tentu dirimu kelak tersesat. Fikir dahulu sebelum berkata, Supaya terelak silang sengketa. Perkataan tajam jika dilepas, Ibarat beringin, racun dan upas. Kalau mulut tajam dan kasar, Boleh ditimpa bahaya besar.

Silang Sengketa

Siapa menggemari silang sengketa, Kelaknya pasti berdukacita.

Silang selisih jangan dicari, Jika tersua janganlah lari.

Ilmu

Jikalau ilmu tiada sempurna, Tiada berapa ia berguna.

Ilmu kepandaian boleh dikejar, Asal mahu rajin belajar.

Dunia Pergaulan

Bahasa

Melayu

(4)

Hendaklah pilih sahabat dan taulan. Manusia dikenal sifat budinya, Dengan dilihat siapa kawannya. Burung yang sama corak dan bulu, Selalu sekumpul ke hilir ke hulu.

Sifat-sifat yang Baik

Jikalau kamu bersifat budiman, Dipandang sebagai bunga di taman. Jikalau kamu bersifat dermawan, Segala orang dapat kau tawan. Jikalau kamu bersifat pemurah, Segala manusia datang menyerah.

Perbuatan yang Baik

Barang siapa berbuat jasa, Mulia namanya segenap masa. Menolong sesama wajib dan perlu, Tetapi tolonglah dirimu dahulu.

Sifat-sifat yang Jahat

Telunjuk lurus kelengkeng berkait, Hati sesama menjadi pahit.

Barang siapa berbuat khianat,

Tuhan kelak memberi laknat.

Bahasa

Melayu

(5)

Za'ba

Antologi Sejadah Rindu,

Maksud

Rangkap 1: Peringatan kepada pembaca sekiranya kurang berfikir dan kurang

menyelidik terlebih dahulu, pasti akan menyebabkan hidup menjadi sesat.

Rangkap 2: Saranan agar berfikir dahulu sebelum berkata-kata untuk

mengelakkan sebarang salah faham dan sengketa sesama manusia.

Rangkap 3: Kata-kata yang kesat dan kurang sopan jika dituturkan boleh

memudaratkan hidup masyarakat.

Rangkap 4: Sekiranya seseorang berbicara dengan kata-kata yang pedas dan

kurang sopan boleh menyebabkan dia mengalami masalah yang besar.

Rangkap 5: Seseorang yang gemar hidup bermusuh akan sentiasa bermasalah. Rangkap 6: Saranan agar pembaca tidak menimbulkan persengketaan tetapi

jika perkara itu berlaku perlulah diterima dengan tabah.

Rangkap 7: Ilmu yang tidak dipelajari dengan sempurna kurang lengkap dan

kurang sesuai untuk diamalkan.

Rangkap 8: Ilmu pengetahuan dan kemahiran boleh dituntut selagi rajin untuk

menuntut ilmu.

Rangkap 9: Saranan agar bijak memilih sahabat dan taulan di dunia yang di

dalamnya mengandungi berbagai-bagai kerenah dan sifat manusia.

Rangkap 10: Sifat budi pekerti seseorang boleh dikenal melalui rakan taulan

yang didampinginya.

Bahasa

Melayu

(6)

Rangkap 11: Lazimnya, seseorang akan memilih dan mencari kawan yang

sama sifat dan fiilnya untuk memudahkan mereka bekerjasama dan bergaul mesra.

Rangkap 12: Seseorang yang bersifat budiman akan sentiasa dipandang dan

disanjung tinggi.

Rangkap 13: Seseorang yang bersifat dermawan akan dapat menawan hati

orang di sekelilingnya.

Rangkap 14: Seseorang yang bersifat pemurah akan memudahkannya untuk

mendapat bantuan dan pertolongan.

Rangkap 15: Nama seseorang yang membuat jasa akan disanjung pada setiap

masa.

Rangkap 16: Saranan agar pembaca memperbaik kelemahan diri terlebih

dahulu sebelum menolong sesama manusia.

Rangkap 17: Perbuatan mengadu domba dan membuat fitnah boleh

menyebabkan hubungan sesama manusia tidak harmoni.

Rangkap 18: Peringatan agar tidak melakukan perbuatan khianat sesama

manusia kerana Tuhan pasti melaknati orang yang berbuat demikian.

Tema

Gurindam "Beberapa Petua Hidup" bertemakan nilai-nilai murni yang dapat

dijadikan pegangan dalam kehidupan manusia sehari-hari. Nilai-nilai

murni yang positif serta diamalkan ini nescaya dapat melahirkan insan yang bersahsiah dan berdisiplin.

Bahasa

Melayu

(7)

Persoalan

1. Kegigihan dalam membudayakan nilai-nilai murni dalam kehidupan harian manusia.

2. Kesungguhan dalam mengamalkan nilai-nilai murni. 3. Rasional dalam membuat sebarang tindakan.

4. Ketekunan dalam menuntut ilmu.

5. Sanjungan masyarakat terhadap orang yang berjasa dan berhati mulia. 6. Kerjasama dan budaya tolong-menolong sesama manusia.

7. Keadilan Tuhan terhadap setiap tindak-tanduk manusia.

Bentuk Gurindam

1. Gurindam "Beberapa Petua Hidup" ialah puisi terikat/tidak bebas. 2. Gurindam ini terdiri daripada lapan belas rangkap.

3. Bilangan baris dalam setiap rangkap adalah sama, iaitu dua baris serangkap. Baris pertama ialah syarat dan baris kedua pula ialah jawab.

4. Bilangan kata dalam setiap baris hampir sama, iaitu antara tiga hingga enam patah perkataan dalam sebaris.

5. Bilangan suku kata dalam setiap baris terdiri daripada sembilan hingga dua

belas suku kata.

6. Rima akhir gurindam ialah aa.

Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi

1. Antara unsur gaya bahasa yang terdapat dalam gurindam "Beberapa Petua Hidup" termasuklah:

(a) kata arkaik (kata klasik). Contohnya: upas

(b) kata pinjaman bahasa Arab. Contohnya: khianat; laknat

(c) perulangan atau repetisi. Contohnya: Kurang fikir, kurang siasat,

Bahasa

Melayu

(8)

(d) Peribahasa. Contohnya: Telunjuk lurus kelengkeng berkait (e) Simile. Contohnya: Ibarat beringin, racun dan upas.

(f) Metafora. Contohnya: mulut tajam dan kasar; taman pergaulan (g) Inversi. Contohnya: Tentu dirimu kelak tersesat.

2. Antara unsur keindahan bunyi yang digunakan dalam gurindam "Beberapa Petua Hidup" termasuklah:

(a) asonansi. Contohnya:

i. perulangan bunyi vokal a:

Perkataan tajam jika dilepas

Dalam contoh ini, terdapat perulangan bunyi vokal a sebanyak tujuh kali.

ii. perulangan bunyi vokal i:

Manusia dikenal sifat budinya

Dalam contoh ini, terdapat perulangan bunyi vokal i sebanyak empat kali.

(b) aliterasi. Contohnya:

i. perulangan bunyi konsonan s:

Supaya terelak silang sengketa

Dalam contoh ini, terdapat perulangan bunyi konsonan s sebanyak dua kali.

ii. perulangan bunyi konsonan t:

Tetapi tolonglah dirimu dahulu.

Dalam contoh ini, terdapat perulangan bunyi konsonan t sebanyak dua kali.

Nilai

1. Nilai kebijaksanaan. Contohnya, kita perlu bijak dalam memilih sahabat dan taulan di dunia yang diibaratkan sebagai sebuah taman pergaulan.

Bahasa

Melayu

(9)

2. Nilai rasional. Contohnya, kita dinasihatkan agar berfikir dahulu sebelum berkata-kata untuk mengelakkan sebarang salah faham dan sengketa sesama manusia.

3. Nilai kesopanan. Contohnya, kita dituntut agar menjaga tutur kata supaya tidak menggores hati orang lain.

4. Nilai kerajinan. Contohnya, kita dinasihatkan agar rajin belajar untuk menambahkan ilmu dan kemahiran.

5. Nilai mengenang jasa. Contohnya, seseorang yang berjasa akan dikenang sepanjang masa.

6. Nilai kerjasama. Contohnya, sifat suka membantu dan menolong sesama insan perlu diamalkan.

7. Nilai baik hati. Contohnya, kita dituntut agar sentiasa berbudi sesama manusia.

8. Nilai setia kawan. Contohnya, seorang sahabat yang baik akan sentiasa mendorong rakannya ke arah kebaikan.

Pengajaran

1. Kita hendaklah berfikir secara rasional dan mendalam terlebih dahulu sebelum menuturkan kata-kata untuk mengelakkan salah faham.

2. Kita mestilah bijak memilih sahabat yang dapat memimpin kita ke jalan yang lurus dan benar.

3. Kita perlulah menjaga tutur kata apabila berbicara dengan orang lain untuk

mengelakkan sengketa.

4. Kita mestilah rajin belajar dengan sungguh-sungguh untuk menambahkan pengetahuan.

5. Janganlah kita mengadu domba dan membuat fitnah sehingga boleh menjejaskan hubungan baik sesama manusia.

Bahasa

Melayu

(10)

6. Janganlah kita berlebih-lebihan menolong orang lain sedangkan pada waktu itu diri sendiri berada dalam kesusahan.

7. Kita hendaklah sentiasa berbudi sesama manusia agar dikenang orang.

Latihan

(i) Apakah maksud rangkap kedua gurindam di atas? [2 markah] ___________________________________________________________ ___________________________________________________________ ___________________________________________________________

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu berwaspada ketika menuturkan

kata-kata kepada seseorang?

Nyatakan tiga alasan anda. KBAT [3 markah] ___________________________________________________________

___________________________________________________________ ___________________________________________________________

(iii) Jelaskan dua nilai murni yang terkandung dalam gurindam tersebut. [4 markah] ___________________________________________________________ ___________________________________________________________ ___________________________________________________________ ___________________________________________________________

Bahasa

Melayu

Edubest

(11)

Seloka : Berbuat Istana Zaman Dahulu

Baginda menitahkan orang besar empat, Membuat istana puri berkota;

Lalu dipanggil Pawang Raja. Pawang mengerah orang bekerja, Empat puluh empat tukang dan utas, Siang malam tidak berhenti.

Tujuh bulan tujuh purnama, Istana siap dengan alatnya; Besar tersergam sembilan ruang, Sepuluh dengan rembat guntung, Sebelas dengan pancung serong, Dua belas dengan anjung tinggi. Tiga sudut menteri delapan, Tiang panjang maharaja lela, Tiang tengah syukur menanti; Galang-galangnya ular berang, Kasau kecil puteri menyembah, Kasau lentik helang berbega. Berbunga sawa mengelempai, Bertakuk bersedelinggam, Berjenang berbatu kawi, Berselimpat ukir Jawa, Lilit-melilit akar Cina; Garam sebuku sisa jeragan,

Bunga kenanga dimakan ular,

Bahasa

Melayu

(12)

Istana siap tukang pun mati, Tiada orang dapat meniru:

Dipersembahkan kepada baginda suami isteri.

Za'ba

Antologi Sejadah Rindu,

Maksud

Rangkap 1: Raja menitahkan orang besar berempat untuk membina sebuah

istana yang dikelilingi parit dan tembok. Keempat-empat orang besar yang setia dan taat terhadap perintah raja itupun memanggil Pawang Raja. Kemudian, Pawang Raja telah mengerahkan empat puluh empat tukang yang mahir bekerja siang dan malam untuk menyiapkan sebuah istana.

Rangkap 2: Setelah mengambil masa selama tujuh bulan dan tujuh purnama,

akhirnya istana yang dilengkapi dengan segala kemudahan itu siap dibina. Istana yang besar tersergam itu mempunyai sembilan ruang utama, sepuluh rembat guntung, sebelas pancung serong, dan dua belas anjung tinggi.

Rangkap 3: Istana yang dibina itu juga mempunyai tiga sudut yang

menempatkan lapan orang menteri. Sudut itu mempunyai reka bentuk dan seni ukiran yang amat unik buatannya, iaitu bertiang panjang maharaja lela dan bertiang tengah syukur menanti. Selain itu, galang-galang istana bermotifkan ular berang, kasau kecil bermotifkan puteri menyembah, dan kasau lentik bermotifkan helang terbang.

Rangkap 4: Keunikan seni ukiran dinding istana itu terletak pada corak hiasan

dindingnya yang bermotifkan tumbuh-tumbuhan berbunga dan unsur semula jadi. Ukiran seni bina Jawa dan Cina turut digunakan di samping motif haiwan dan tumbuh-tumbuhan seperti ular, layang-layang, dan sebuku garam.

Bahasa

Melayu

(13)

Rangkap 5: Sebaik-baik sahaja istana itu siap dibina, tukang yang ditugaskan

untuk membina istana itu telah meninggal dunia. Tiada seorang pun tukang yang lain dapat meniru kehebatannya menghasilkan seni ukiran dan corak tersebut. Istana yang hebat itu telah diserahkan kepada raja dan permaisuri.

Tema

Seloka "Berbuat Istana Zaman Dahulu" bertemakan ketaatan dan kesetiaan

rakyat kepada pemerintah. Rakyat yang setia bersungguh-sungguh

menjunjung titah raja dengan membina dan menyiapkan istana raja. Istana itu dikelilingi dengan parit dan tembok yang mengambil masa selama tujuh bulan tujuh purnama untuk disiapkan. Istana agam raja yang tersergam itu juga dihiasi dengan kehalusan seni ukiran dan keunikan seni binanya yang tiada tolok bandingnya pada zaman itu.

Persoalan

1. Kegigihan dalam melakukan tugas.

2. Kesetiaan rakyat tanpa berbelah bahagi kepada pemerintah. 3. Kehalusan seni ukiran dan keunikan seni bina.

4. Tanggungjawab seorang pemerintah terhadap rakyat. 5. Ketelitian dalam reka bentuk istana.

Bentuk

1. Seloka "Berbuat Istana Zaman Dahulu" ialah puisi berbentuk bebas. 2. Seloka ini terdiri daripada lima rangkap.

3. Bilangan baris dalam rangkap pertama hingga rangkap ketiga ialah enam

baris, rangkap keempat ialah lapan baris, dan rangkap kelima ialah tiga baris.

Bahasa

Melayu

(14)

5. Bilangan suku kata dalam setiap baris terdiri daripada lapan hingga tujuh

belas suku kata.

6. Rima akhir seloka ini ialah rangkap pertama: abbbcd, rangkap kedua: aabcde, rangkap ketiga: abcdeb, rangkap keempat: abcddefa dan rangkap kelima: aba.

Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi

1. Antara unsur gaya bahasa yang terdapat dalam seloka "Berbuat Istana Zaman Dahulu" termasuklah:

(a) Kata arkaik (kata klasik). Contohnya: utas, berbega, bersedelinggam (b) Perulangan atau repetisi. Contohnya: Empat puluh empat tukang dan

utas;

Tujuh bulan tujuh purnama.

(c) Responsi. Contohnya: Sepuluh dengan rembat guntung,

Sebelas dengan pancung serong, Dua belas dengan anjung tinggi.

(d) Anafora. Contohnya: Tiang panjang maharaja lela,

Tiang tengah syukur menanti;

(e) Personifikasi. Contohnya: Tiang tengah syukur menanti; Lilit-melilit akar

Cina.

(f) Metafora. Contohnya: Tiang tengah; anjung tinggi (g) Inversi. Contohnya: Garam sebuku sisa jeragan

2. Antara unsur keindahan bunyi yang digunakan dalam seloka "Berbuat Istana Zaman Dahulu" termasuklah:

(a) asonansi. Contohnya: i. perulangan bunyi vokal a:

Galang-galangnya ular berang

Dalam contoh ini, terdapat perulangan bunyi vokal a sebanyak tujuh kali. ii. perulangan bunyi vokal u:

Bahasa

Melayu

(15)

Tujuh bulan tujuh purnama

Dalam contoh ini, terdapat perulangan bunyi vokal u sebanyak enam kali. (b) aliterasi. Contohnya:

i. perulangan bunyi konsonan k:

Kasau kecil puteri menyembah

Dalam contoh ini, terdapat perulangan bunyi konsonan k sebanyak dua kali.

ii. perulangan bunyi konsonan b:

Berjenang berbatu kawi

Dalam contoh ini, terdapat perulangan bunyi konsonan b sebanyak dua kali.

Nilai

1. Nilai ketaatan. Contohnya, orang besar berempat menjunjung titah raja untuk membina dan menyiapkan sebuah istana yang dikelilingi parit dan tembok.

2. Nilai kebijaksanaan. Contohnya, raja menitahkan orang besar berempat untuk membina dan menyiapkan sebuah istana yang dikelilingi parit dan tembok untuk tujuan keselamatan.

3. Nilai tanggungjawab. Contohnya, empat puluh empat tukang yang mahir bertanggungjawab untuk menyiapkan istana.

4. Nilai kerajinan. Contohnya, empat puluh empat tukang yang mahir begitu rajin untuk menyiapkan istana raja dengan sanggup bekerja siang dan malam. 5. Nilai kasih sayang. Contohnya, raja membina sebuah istana yang dikelilingi parit dan tembok untuk melindungi permaisuri daripada musuh.

6. Nilai kerjasama. Contohnya, empat puluh empat tukang yang mahir bekerjasama dan saling membantu untuk menyiapkan istana raja.

7. Nilai kegigihan. Contohnya, empat puluh empat tukang yang mahir gigih menyiapkan istana raja walaupun terpaksa bekerja siang dan malam.

Bahasa

Melayu

(16)

Pengajaran

1. Kita hendaklah setia akan pemerintah yang berkuasa.

2. Sebagai rakyat, kita mestilah taat dan patuh akan perintah ketua atau pemimpin demi keharmonian sesebuah negara.

3. Sebagai rakyat, kita mestilah menjalankan tanggungjawab yang telah

diamanahkan dengan penuh integriti.

4. Kita mestilah rajin bekerja dengan sungguh-sungguh untuk memastikan segala perancangan yang dibuat berjaya membuahkan hasil.

5. Kita haruslah mengamalkan sikap kerjasama dan bantu-membantu dalam melakukan sesuatu pekerjaan.

6. Kita hendaklah gigih berusaha tanpa mengenal erti penat dan lelah.

Latihan

(i) Berikan maksud Istana siap dengan alatnya. [2 markah] ___________________________________________________________ ___________________________________________________________

(ii) Sekiranya anda jurubina rumah, apakah ciri-ciri yang sepatutnya diambil kira sewaktu membina kediaman untuk sebuah keluarga?

Nyatakan tiga ciri kediaman tersebut. KBAT [3 markah] ___________________________________________________________ ___________________________________________________________ ___________________________________________________________

Bahasa

Melayu

(17)

(iii) Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam seloka ini. [4 markah] ___________________________________________________________ ___________________________________________________________ ___________________________________________________________ ___________________________________________________________

Bahasa

Melayu

Edubest

(18)
(19)
(20)

Pelan Lokasi

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650

Referensi

Dokumen terkait

(3) langkah pelaksanaan, Pelaksanaan proses pembelajaran meliputi 3 tahapan : a) Tahap Pemberian Materi Dasar (Tahap I) Pada tahap pemberian materi dasar, materi yang

ISI Solo menjadi sebuah deskripsi mengenai seni pertunjukan yang terjadi. 513), hal ini dapat terjadi karena pemaknaan yang diterima seperti keyakinan, makna, dan

Dengan berbagai aspek – aspek dalam iklan produk YZF R25 yang dibuat YIMM diharapkan dapat membangun citra merek yang baik atau positif dibenak konsumen

Puji syukur penulis panjatkan kepada Allah SWT, yang telah melimpahkan berkah dan rahmat-Nya, dan memberi kesempatan kepada penulis untuk dapat menyelesaikan penulisan

Hasil penelitian menunjukkan bahwa di Desa Sidorejo Kecamatan Keluang Kabupaten Musi Banyuasin memiliki program kampung KB yang terdiri dari berbagai kegiatan yaitu dari kegiatan

Denar Regata Akbi, S.Kom., M.Kom Universitas Muhammadiyah Malang Eko Budi Cahyono, S.Kom., M.T Universitas Muhammadiyah Malang Evi Dwi Wahyuni, S.Kom., M.Kom

Biogas adalah salah satu bahan bakar yang bersifat renewable(dapat diperbarui) yang diperoleh dari aktivitas anaerobik atau fermentasi bahan-bahan organik termasuk

ESWL merupakan litotripsi untuk batu empedu dimana dasar  terapinya adalah disintegrasi batu dengan gelombang kejut sehingga menjadi partikel yang lebih