• Tidak ada hasil yang ditemukan

Model Pengurusan Islam Berasaskan Ayat Pertama Surah al-Fatihah

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Model Pengurusan Islam Berasaskan Ayat Pertama Surah al-Fatihah"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 319

MODEL PENGURUSAN ISLAM BERASASKAN AYAT PERTAMA SURAH AL-FATIHAH

Ahmad Azrin Adnan1, Ahmad Amirul Ihsan2 & Abdul Hakim Abdullah3

[email protected] , [email protected] , [email protected] 1,3

Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Islam (INSPIRE) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

2

Fakulti Pengajian Kontempori Islam Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Abstrak

Walaupun kaedah pengurusan Islam diakui bersifat komprehensif dan mendepani masa, ia tidak berupaya meyakinkan pemimpin dalam kalangan negara Islam dan institusi yang berimejkan Islamik untuk mengaplikasikannya. Begitu juga dalam konteks penyelidikan bila mana kerangka pengurusan lazim tekal memandu kajian berkaitan Islam. Tidak dinafikan bahawa kaedah pengurusan lazim lebih diyakini berdasarkan perolehan pengiktirafan antarabangsa. Dalam masa yang sama, kerangka pengurusan Islam yang boleh dirujuk sebenarnya amat terhad. Kertas ini cuba mengemukakan model pengurusan Islam berasaskan surah al-Fatihah. Ia memberi tumpuan khusus kepada ayat pertama surah al-Fatihah. Untuk itu, kertas ini mengandungi dua intipati utama. Pertama ialah keperluan dan kedudukan perkaedahan pengurusan Islam. Kedua pula ialah hubungan ayat pertama surah al-Fatihah dengan prinsip pengurusan. Kedua-dua intipati ini diyakini melahirkan model pengurusan yang bertunjangkan kerangka dan acuan Islam.

(2)

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 320

PENGENALAN

Perubahan struktural dunia pada abad ke-21 telah melahirkan pelbagai konsep dan perkaedahan pengurusan bagi menangani pelbagai isu dan cabaran. Kelembapan ekonomi global, terorisme, peperangan, perubahan iklim, kemiskinan, kemusnahan flora dan fauna serta kelestarian sumber minyak dan gas merupakan antara isu dominan yang tentunya perlu ditangani secara sistematik melalui kaedah pengurusan yang betul.

Tidak sedikit konsep dan perkaedahan pengurusan yang wujud. Sebahagian besarnya didominasi oleh pemikir dan ahli falsafah Barat misalnya Frederick W. Taylor, Henri Fayol, Elton Mayo, Peter F. Drucker, W. Edward Deming (Kontz, Weihrch & Cannice, 2002). Segala penemuan mereka ini tidak sekadar dijadikan panduan untuk tujuan praktis malah menjadi kerangka untuk menjalankan sesuatu penyelidikan. Mintzberg misalnya memberi panduan berkaitan tindakan pengurus sebagai seorang usahawan. Frederick W. Taylor pula menyarankan empat prinsip untuk meningkatkan kecekapan pekerja yang boleh menambahbaik produktiviti.

Segala konsep dan perkaedahan pengurusan yang diketengahkan ini wadihnya tidak sempurna. Ia mungkin berjaya dijelaskan secara teoretikal, namun tidak mampu menjadi remedi kepada sesuatu permasalahan. Tidak hairanlah mengapa terdapat sesetengah konsep, teori atau model pengurusan dikritik dari segi ketepatannya memahami sesuatu fenomena. Ditambah pula dengan realiti bahawa fenomena yang dikaji amat berbeza dari segi pandangan sarwajagat, epistemologi, aksiologi dan ontologinya misalnya fenomena yang ada kena mengena dengan Islam. Dengan kata lain, jika fenomena Islam yang dikaji, konsep dan perkaedahan Islam jugalah yang harus diaplikasi. Biarpun sesetengah teori atau model lazim kelihatan tidak bertentangan syarak, falsafah sandarannya tetap berbeza dan sekali gus tidak berupaya menjelaskan realiti sebenar Islam.

Di sebalik kedudukan ini, walaupun kaedah pengurusan Islam diakui sebagai satu kaedah yang lengkap dan mendepani masa, ia tidak berupaya meyakinkan pemimpin dalam kalangan negara Islam dan institusi yang berimejkan Islamik untuk mengaplikasikannya. Begitu juga dalam konteks penyelidikan bila mana teori pengurusan lazim tekal memandu kajian berkaitan Islam. Tidak dinafikan bahawa kaedah pengurusan lazim lebih diyakini berdasarkan perolehan pengiktirafan antarabangsa. Dalam masa yang sama, kaedah pengurusan Islam yang boleh dirujuk sebenarnya amat terhad. Kertas ini cuba mengemukakan model pengurusan Islam berasaskan surah al-Fatihah. Ia memberi tumpuan khusus kepada ayat pertama surah al-Fatihah.

KEPERLUAN KONSEP DAN PERKAEDAHAN PENGURUSAN ISLAM Konsep pengurusan lazim lahir kerana wujudnya falsafah ekonomi rasional yang bergantung sepenuhnya kepada kemampuan akal selain mengutamakan nilai memaksimumkan produktiviti, kualiti dan keuntungan. Takrifan tentang pengurusan kelihatan tidak banyak berbeza dalam kalangan Sarjana. Mudahnya ia difahami sebagai usaha pencapaian objektif organisasi melalui sumber manusia dan sumber teknikal dengan cara yang paling efektif (Boone dan Kurtz, 2011; Robbins et al., 2012; Leonard, 2013).

(3)

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 321

Asas kepada takrifan ini sebenarnya merujuk kepada pengertian ekonomi lazim, iaitu pengurusan sumber daya material individu, masyarakat dan negara untuk meningkatkan kesejahteraan hidup manusia dalam suasana sumber yang terhad dan kemahuan manusia yang tidak terbatas. Oleh sebab itu, terdapat empat fungsi utama dalam pengurusan yang perlu diberi penekanan bagi mencapai sesuatu matlamat organisasi iaitu perancangan, penyusunan, kepimpinan dan pengawalan (Heinz Weihrich & Harold Koontz, 2005).

Berdasarkan pendefinisian di atas, tiada pula kelihatan elemen yang bertentangan syarak. Tiada salahnya bagi organisasi yang berorientasikan keuntungan memberi keutamaan kepada produktiviti, kualiti dan keuntungan. Sektor kerajaan kini juga mula melaksanakan hal yang sama melalui ungkapan seperti ‘value for money’ dan ‘no wrong door policy’. Namun begitu, setidak-tidaknya terdapat dua alasan kenapa perlunya dibina konsep dan perkaedahan pengurusan Islam. Pertama, tidak dinafikan bahawa konsep dan perkaedahan pengurusan lazim telah memberi sumbangan besar kepada badan pengetahuan bidang pengurusan dan pengamalannya. Namun begitu, falsafah sandarannya jauh sekali membawa semangat dan roh Islam. Jika merujuk salah satu karya terkini yang mengupas 100 model pengurusan oleh Trompenaars dan Coebergh (2014), mereka mengkategorikan model-model pengurusan kepada sembilan perkara, iaitu (1) kelestarian, (2) inovasi dan keusahawanan, (3) strategi dan posisi, (4) kepelbagaian budaya, (5) pelanggan, (6) pengurusan sumber manusia, (7) tanda aras dan keputusan, (8) kepimpinan dan komunikasi, dan (9) model pelaksanaan. Salah satu teori yang dikupas mereka ialah Situational Crisis Communication Theory binaan Coombs (1995). Teori ini cuba memahami bagaimana organisasi perlu berkomunikasi sewaktu menghadapi krisis. Teori ini besar sumbangannya dalam memahami aspek pengurusan bencana. Walau bagaimanapun ada dua perkara yang menjadikannya berbeza menurut perspektif Islam. Perkara pertama ialah tentang falsafah krisis yang ditegaskan Coombs sebagai perkara yang amat negatif. Walhal Islam memandangnya dari sudut musibah yang terkandung hikmah kebaikan sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui” (Surah al-Baqarah, 2:216). Perkara kedua ialah tentang ketiadaan domain amar ma’ruf nahi mungkar dalam keseluruhan domain komunikasi selain domain dakwah, tabligh dan akhlak. Perkara-perkara sebeginilah yang menjadikan teori atau model pengurusan lazim tidak tepat menurut Islam, malah dalam sesetengah keadaan boleh membahayakan akidah seperti teori Darwin yang mendakwa manusia dan kera berasal dari satu nenek moyang yang sama.

Kedua, perlu diakui bahawa cendekiawan Pengurusan Islam yang tidak hanya arif dalam bidang pengurusan, tetapi juga arif dalam bidang pengajian Islam agak sukar ditemui. Oleh kerana terhadnya cendekiawan sebegini, maka ilmu pengurusan Islam dilihat tidak banyak berbeza dengan ilmu pengurusan lazim. Kalau pun berbeza, ia sekadar mengemukakan justifikasi al-Qur`an dan Hadis, sedangkan falsafah dan kerangkanya masih berdasarkan falsafah dan kerangka pengurusan lazim. Oleh sebab itu, terdapat beberapa kajian yang dianggap mendalami fenomena tentang Islam, sebaliknya memakai kerangka lazim. Syed Shah Alam dan Nazura Mohamed Sayuti (2011) misalnya mendalami fenomena pembelian barangan halal menggunakan

(4)

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 322

TPB dan Theory of Reasoned Action (TRA) binaan Fishbein & Ajzen (1975) juga berfungsi sebagai kerangka kajian Noresma Jahya dan Yuserrie Zainuddin (2006), Fauziah Md. Taib et al. (2008) dan Yuserrie Zainuddin et al. (2004). Walaupun TPB dan TRA kerap muncul dalam pelbagai kerangka penyelidikan, ia tidak sesuai berfungsi sebagai kerangka dalam kajian berkaitan Islam kerana salah satu pembolehubah dalam TPB dan TRA, iaitu niat didefinisikan dengan cara yang berbeza berbanding pengertian niat menurut syarak. TRA misalnya mengandaikan apabila seseorang mempunyai niat untuk bertindak, dia akan memiliki kebebasan untuk bertindak tanpa batasan. Andaian ini tentu sekali menafikan batasan syarak ke atas individu Muslim. Akibatnya, dapatan dan rumusan sesuatu penyelidikan itu menjadi tidaklah tepat sebagaimana yang sepatutnya dalam konteks Islam.

KEDUDUKAN PERKAEDAHAN PENGURUSAN ISLAM

Kesedaran tentang betapa perlunya dibina konsep dan perkaedahan pengurusan Islam telah memperlihatkan beberapa usaha pengkaji. Ia boleh difahami dalam tiga bentuk. Pertama, terdapat usaha yang memperihalkan pengurusan Islam dari sudut falsafahnya. Naceur Jabnoun (2008) misalnya memperincikan budaya, perancangan, motivasi, pengawalan, persaingan, pengurusan konflik dan pengurusan sumber manusia dari sudut pandang Islam. Beliau juga turut menghubungkan kepimpinan Islam dengan Khalifah Umar Al-Khattab r.a. yang merupakan Khalifah ke-2 dalam sistem pemerintahan Islam selepas wafatnya Baginda Rasulullah SAW. Azman Che Omar (2002) pula membincangkan konsep asas dan teori yang merangkumi aspek-aspek penting dalam pengurusan seperti kemahiran dan peranan pengurus, evolusi perkembangan pengurusan, organisasi, kepimpinan, motivasi dan kawalan berdasarkan contoh-contoh budaya tempatan dan kepentingan komunikasi dalam amalan pengurusan. Beliau berpendapat bahawa pandangan Barat dan Islam harus digabung jalin dalam melaksanakan tugasan seharian. Karya-karya lain misalnya usaha Ahmad Ibrahim Abu Sin (1991), Mustafa Daud (1995), Masita (2004), Abbas Ali (2005), Ab. Mumin Ab.Ghani (2006) dan Auni Abdullah (2010)juga dilihat tidak banyak berbeza dengan kedua-dua karya di atas dari segi kupasan tentang falsafah pengurusan yang bertunjangkan al-Quran, hadis, ijmak dan qiyas.

(5)

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 323

Kedua, terdapat juga kajian empirikal yang dijalankan untuk memahami perkaedahan pengurusan Islam. Mohamed Sulaiman et al. (2014) misalnya melakukan kajian tentang pemahaman amalan pengurusan Islam dalam kalangan Pengurus Muslim di Malaysia. Mereka mendapati bahawa tahap pemahaman responden dalam hal ini amat baik. Md. Anowar Hossain Bhuiyan et al. (2013) pula cuba meneliti amalan pengurusan Islam dalam syarikat insurans hayat Islam di Bangladesh. Kajian mereka membuktikan bahawa majoriti pekerja dalam sektor ini begitu berminat untuk mengamalkan pengurusan yang berteraskan Islam. Selain itu, kajian Fadzila Azni Ahmad (2010) mendedahkan penemuan yang agak devian. Kajian tentang kaedah pengurusan institusi-institusi pembangunan berteraskan Islam di Malaysia telah

mendapati sebahagian besar institusi Islam memakai kaedah Total Quality

Management (TQM) dalam pengurusan mereka. TQM yang dijadikan subjek penelitian seterusnya dalam kajian beliau didapati tidak selari dengan tasawwur, epistemologi, ontologi dan aksiologi Islam. TQM yang ditemui tidak selari dengan prinsip Islam inilah yang banyak diamalkan oleh institusi pembangunan berteraskan Islam di Malaysia. Fadzila Azni Ahmad bagaimanapun tidak cuba mengetengahkan model pengurusan Islam yang lahir dari pandangan sarwajagat Islam.

Ketiga, terdapat juga usaha yang konsisten daripada para Sarjana untuk mengemukakan model, prinsip dan ramuan baharu tentang pengurusan Islam. Antara pelopor terawal dalam mengemukakan teori pengurusan Islam menurut perspektif moden ialah Ahmad Ibrahim Abu Sinn (1986). Beliau mengkritik teori pengurusan Barat yang disifatkannya sebagai gagal. Kegagalan teori pengurusan Barat disebabkan oleh beberapa faktor seperti kegagalannya memenuhi keperluan fizikal dan mental pekerja, menfokus kepada dimensi organisasi sahaja tanpa melihat dalam dimensi yang lebih besar iaitu masyarakat dan menjadikan ganjaran materialistik sebagai insentif utama pekerjaan. Selain itu, modal insan yang berkualiti adalah aset yang sangat berharga dan memainkan peranan yang cukup besar dalam melonjakkan kecemerlangan organisasi, masyarakat dan negara. Merekalah yang akan memanipulasikan segala input bagi mencapai sasaran organisasi. Teori pengurusan Barat tidak menyediakan satu falsafah dan pandangan yang holistik tentang modal insan.

Pelbagai usaha lain dapat dilihat menerusi kajian Fontaine (2008) yang mengetengahkan model penyelesaian masalah. Model ini kemudiannya menjadi asas kepada penawaran kursus kepimpinan Islam oleh pihak universiti kepada klien korporat. Gohar Zaman et al. (2013) pula menjalankan kajian literatur bagi mengutarakan prinsip Islam dan pengurusan khususnya dalam urusan berkaitan gelagat kerja organisasi. Branine dan Pollard (2010) meneroka sifat dan ciri amalan pengurusan Islam dan implikasinya terhadap pengurusan sumber manusia. Wafa El Garah et al. (2012) menghubungkan tradisi Islam dalam aspek pengurusan kontemporari. Antara perkara menarik yang ditemui dalam kajian ini ialah keprihatinan Islam dalam menjaga keadilan di pihak penjual dan pembeli secara serentak. Muhammad al-Buraey (2001), Hamidi (2006) dan Abdus Sattar Abbasi et al. (2010) melakukan usaha yang lebih berani dengan mengemukakan model pentadbiran Islam, model pengurusan Islam dan pendekatan ZIKR-PIKR-MIKR masing-masing.

(6)

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 324

Kesemua usaha yang dinyatakan ini jelasnya menolak pandangan Wan Liz Osman Wan Omar (1996) yang menegaskan bahawa karya-karya lepas tentang pengurusan Islam sekadar mengulang apa yang sedia ada. Beliau merasakan para pengkaji belum dapat mengemukakan idea-idea baharu yang asli dan sekali gus memantapkan khazanah pemikiran sedia ada. Namun begitu, hujah beliau yang menyebut tentang betapa terhadnya kewujudan model pengurusan Islam ada benarnya. Kita sekadar boleh menyebut beberapa model pengurusan Islam seperti Model Pengurusan Ilahiyyah, Model Pengurusan Tauhidik dan Model Pengurusan Syura.

Secara spesifiknya, Model Pengurusan Ilahiyyah yang dibina oleh A. Riawan Amin (2006) mengandungi 12 ciri iaitu iman, fitrah, istiqamah, natijah, regeneratif, perkongsian maklumat, perkongsian ilmu, perkongsian kuasa, perkongsian kekayaan, mujahadah, kompetitif dan intelek. Kesemua nilai ini dizahirkan melalui tiga prinsip iaitu ibadah, kekayaan dan perjuangan. Model Pengurusan Tauhidik pula menggunakan pendekatan tauhid dalam tiga bidang utama, iaitu hakikat kejadian insan, hakikat amal dan hakikat organisasi (Mohd Affandi Hassan, 1992). Ilmu aqli dan naqli digabung jalin dalam menguruskan sesuatu perkara. Di samping itu, Model Pengurusan Syura tidak banyak berbeza dengan Model Pengurusan Tauhidik. Sedikit kelainannya, ia mengutamakan pembentukan sistem nilai berasaskan tauhid melalui penekanan kepada iman (sebagai asas sistem nilai), ilmu (untuk memberi perspektif yang betul kepada penggunaan akal, dengan itu membina sikap intelektual yang cintakan kebenaran), dan amal (penyaluran tenaga hawa nafsu dan syahwat melalui kemahiran yang dimanfaatkan untuk mengerjakan amal soleh). Oleh yang demikian. falsafah pentadbiran Pengurusan Syura mencerminkan hakikat keinsanan. Falsafah pentadbirannya bermatlamatkan untuk melahirkan para pekerja yang cekap, kreatif, jujur dan amanah, tekun dan rajin, sabar dan bijaksana, tegas dan berani, mempunyai harga diri yang tinggi, sederhana dan tidak tamak, tenang menghadapi cabaran, ikhlas dalam niat, kata-kata dan perbuatan, bekerjasama dan bertanggungjawab, sentiasa menjaga kesihatan spiritual, mental dan fizikalnya, mahir dalam tugas dan sentiasa bersedia mengajarkan kemahirannya kepada orang lain, dan yang paling penting iaitu tidak keliru dalam menentukan keutamaan (priority). Untuk mencapai hasrat ini, kompenan kedua dalam Pengurusan Syura mengunakan konsep ihsan. Dalam kompenan ketiga, hakikat amal dan hakikat organisasi dizahirkan melalui musyawarah, muafakat dan bekerjasama. Dengan kata lain, pelaksanaan Pengurusan Syura ini mampu mencapai tiga matlamat, iaitu (1) menetapkan falsafah pengurusan berteraskan Islam, (2) melahirkan pengurus yang berakhlak dan beradab serta mempunyai kemahiran yang tinggi, dan (3) menjadikan pengurusan tersebut sebagai alat mencapai al-falah iaitu kesejahteraan dunia dan akhirat.

Kedudukan tentang kebergantungan kepada perkaedahan lazim juga ditegaskan oleh Mohd Zaid Ismail dan Mohd Sani Badron (2012) dengan berkata walaupun dalam Islam terdapat interpretasi yang lebih komprehensif dan lengkap tentang pengurusan yang baik, namun masyarakat Islam lebih banyak terdedah dengan pendekatan atau kaedah pengurusan Barat.

Ketiga-tiga bentuk usaha ini menunjukkan bahawa tidak sedikit usaha yang telah dibuat untuk memahami konsep dan perkaedahan pengurusan Islam. Paling banyak yang diberi tumpuan ialah aspek falsafah. Usaha ini bagaimanapun tidak dilanjutkan kepada pembinaan suatu model pengurusan Islam yang bertitik tolak dari premis Islam.

(7)

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 325

MODEL PENGURUSAN ISLAM BERASASKAN SURAH AL-FATIHAH Latar Surah

Surah al-Fatihah merupakan surah makkiyyah1 yang mengandungi tujuh ayat

(Qurtubi, 1964; Al-Suyuti, 1974). Antara sifat surah makkiyyah, ia terdiri daripada ayat-ayat yang ringkas kerana kumpulan sasaran untuk surah ini adalah golongan Arab yang paling baligh dan fasih berbahasa Arab. Walaupun kandungannya ringkas, ia memberi makna yang besar. Kebanyakan ayat-ayatnya menyentuh perkara-perkara usul dalam agama biarpun dalam bentuk yang mujmal, iaitu belum diperincikan (Rashid Rida, 1990). Selain itu, surah Fatihah mengandungi semua makna al-Quran, sesuai dengan gelaran surah ini sebagai Ummul Quran kerana ia merupakan asal al-Quran (Al-Baghawi, 1999). Dengan kata lain, semua makna al-Quran terdapat di dalam surah ini dan semua objektif al-Quran sebenarnya terkumpul dalam tujuh ayat ini.

Kitab al-Quran secara keseluruhannya berkisar tentang tiga perkara pokok yang menjadi keperluan manusia untuk beriman kepada Allah iaitu akidah, ibadah dan manhaj hidup. Istimewanya surah al-Fatihah kerana ia mengandungi kesemua perkara pokok ini. Aspek akidah disentuh di dalam ayat نيملعلا بر لله دمحلا . Tauhid dan beriman dengan hari akhirat merupakan asas akidah Islam. Aspek ibadah disebut pada نيعتسن كايإو دبعن كايإ dan manhaj hidup pula disebut pada طارص ميقتسملا طارصلا اندها نيلاضلا لاو مهيلع بوضغملا ريغ مهيلع تمعنأ نيذلا . Ayat-ayat al-Quran yang lain selepas surah al-Fatihah kesemuanya sama ada menerangkan aspek akidah sebagai mentafsir makna نيملعلا بر لله دمحلا , makna ميحرلا نمحرلا dan makna نيدلا موي كلم atau menerangkan bagaimana kita menyembah Allah SWT نيعتسن كايإو دبعن كايإ atau menceritakan tentang manhaj di muka bumi, gaya hidup orang-orang yang zalim dan gaya hidup orang-orang yang terselamat. Dengan demikian, terdapat banyak ayat yang menerangkan makna ميقتسملا طارصلا اندها (‘Amr Khalid, 2004).

Kandungan seperti inilah yang menjadi antara hikmah kenapa surah al-Fatihah dipilih untuk diulang-ulang pada setiap rakaat solat dan hikmah kenapa terbatalnya solat sekiranya tidak dibaca al-Fatihah. (Sayyid Qutb, 1992). Hal ini ditegaskan di dalam hadis ‘Ubadah Bin Al-Samit:

" باتكلا ةحتافب أرقي مل نمل ةلاص لا "

Maksudnya: “tiada solat bagi sesiapa yang tidak membaca Fatihah Al-Kitab (Surah al-Fatihah)” (Bukhari, 1:723)

Oleh kerana istimewanya surah ini, tentulah terkandung garis panduan yang amat penting dalam mengurus kehidupan duniawi dan manusiawi, sekali gus menjadi tunjang kepada pembinaan model pengurusan yang benar-benar lahir daripada tasawur dan epistemologi Islam. Bagi maksud kertas ini, tumpuan diberikan secara khusus kepada ayat pertama surah al-Fatihah.

1Makkiyah ialah ayat-ayat yang turun sebelum Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah. Turunnya surah-surah Makiyyah berlaku selama 12 tahun, 5 bulan, 13 hari, dimulai pada 17 Ramadhan (Februari 610 M), saat Nabi Muhammad SAW berusia 40 tahun.

(8)

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 326

HUBUNGAN AYAT PERTAMA SURAH AL-FATIHAH DENGAN PRINSIP PENGURUSAN

Ayat Pertama:

ِمي ِح َّرلا ِنَمْح َّرلا ِالله ِمْسِب

Maksudnya: Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Secara umumnya, para ilmuan Islam berbeza pandangan tentang kedudukan ayat ini sama ada termasuk dalam surah Al-Fatihah atau sebaliknya. Malik, Al-Awza’iy, para fuqaha Madinah, Sham dan Basrah misalnya berpendapat bahawa ayat ini bukan sebahagian daripada surah al-Fatihah, manakala Shafi’i dalam salah satu pandangannya, Ahmad, Ishaq, Abu Thawr, Fuqaha Mekah dan Kufah berpandangan sebaliknya. Abdullah Mubarak dan Shafi’i dalam satu pandangan yang lain mengira bahawa ia merupakan ayat bagi semua surah al-Quran kecuali surah At-Tawbah (Ibn ‘Ashur, 1984).

Berdasarkan ayat pertama ini, setidak-tidaknya terdapat dua perkara penting yang boleh difahami untuk membentuk prinsip dan nilai pengurusan Islam.

Pertama, para mufassirin telah berbahas panjang berkenaan huruf ب yang terdapat pada kalimah basmalah. Antara persoalan yang ditimbulkan ialah adakah ب

merupakan ba’ silah yang sekadar menghubungkan kalimah “bacalah” dengan “nama

Tuhanmu” yang akhirnya menjadikan makna ayat “bacalah nama Tuhanmu” disebut pada permulaan semua surah kecuali surah At-Tawbah. Ada juga yang berpendapat bahawa ب bermakna ىلع iaitu dengan maksud atas nama Tuhanmu (Muhammad Al-Shanqiti, 1995). Selain itu, al-Qurtubi (1964) dan al-Razi (1999) berpendapat bahawa huruf ب bermaksud قاصللإا (menghubungkan). Ia bererti menghubungkan suatu perbuatan yang tidak dinyatakan secara zahir (mahzuf) yang membawa makna ‘dengan nama Allah aku melakukan demi melaksanakan segala ketaatan’. Al-Razi (1999) menambah bahawa ia bagaimanapun menghubungkan hamba dengan Tuhannya. Al-Baydawi (1997) pula menyatakan bahawa ia mempunyai rangkai kata yang terselindung secara zahir, manakala secara hakikinya bermaksud ‘dengan nama Allah (aku membaca)’. Sekiranya si pelaku membaca bismillah pada permulaan pengajarannya, maka bismillah di sini bermaksud ‘dengan nama Allah aku mengajar’ dan begitulah perbuatan-perbuatan yang lain (Baydawi, 1997). Menurut al-Baydawi (1997) lagi, huruf ب ini membawa maksud ةبحاصم (mengiringi), iaitu bacaan yang mengiringi sesuatu perbuatan bagi mendapatkan keberkatan agar seseorang hamba sentiasa mengetahui bagaimana mendapat keberkatan Ilahi, memuji-Nya di atas nikmat yang dikurniakan dan memohon rezeki-Nya. Al-Sabuni (1997) pula menjelaskan bahawa huruf ب merujuk kepada memohon pertolongan Allah SWT. Al-Qurtubi (1964) juga mengemukakan pandangan yang sama bahawa basmalah dibaca pada setiap permulaan sesuatu perbuatan sebagai memohon pertolongan Allah SWT agar diberi taufiq dan keberkatan-Nya. Beliau selanjutnya menegaskan bahawa hukum memulakan segala perlakuan dengan membaca basmalah adalah sunat (al-Qurtubi, 1964).

(9)

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 327

Terdapat juga pelbagai sarjana lain yang menghubungkan kalimah ini dengan amalan seharian individu. Al-Tabari (2001) misalnya menjelaskan basmalah pada permulaan al-Quran adalah pengajaran Ilahi kepada Rasul-Nya agar memulakan sebarang bentuk urusan seperti pertuturan, kiriman surat, penulisan buku dan sebarang hajat yang lain dengan menyebut nama-nama Allah SWT. Al-Qurtubi (1964) pula berpendapat bahawa ‘bismillah’ (dengan nama Allah) bermaksud ‘billah’ (dengan Allah), iaitu dengan penciptaan-Nya dan ketentuan-Nya maka akan terjadi apa yang telah ditentukan-Nya.

Al-Andalusi (1999) mengemukakan makna ب yang lebih luas menerusi ayat ini antaranya bermaksud قاصللإا (menghubungkan), ةناعتسلاا (memohon pertolongan), مسقلا (kata sumpah), ببسلا (sebab), لاحلا (keadaan), ةيفرظلا (latar tempat atau masa), لقنلا (perpindahan). Beliau mengemukakan pelbagai contoh ayat bagi menerangkan makna-makna tersebut dan merajihkan pandangan ahli Basrah yang mengatakan bahawa مسا berasal daripada kalimah ومس .

Al-Qurtubi (1964) bagaimanapun menjelaskan bahawa مسا yang terdapat di dalam ayat merupakan ةدئاز ةلص berdasarkan pandangan Abu ‘Ubaidah Ma’mar Bin Al-Muthanna. Ia mengambil dalil daripada perkataan Labid yang berbunyi: مسا مث لوحلا ىلإ رذتعا دقف لاماك لاوح كبي نمو امكيلع ملاسلا . Dalam syair ini, Labid menyebutkan مسا hanya sebagai tambahan, padahal yang dimaksudkannya adalah ملاسلا sahaja. Justeru, para ulamak menggunakan dalil ini sebagai menyokong pendapat mereka bahawa مسلاا itu sendiri merupakan ىمسملا . Al-Baghawi (1999) juga berpendapat sedemikian tetapi berdalilkan firman Allah SWT: ىيحي همسا ملاغب كرشبن انإ yang bermaksud “sesungguhnya Kami memberikan khabar yang menggembirakanmu dengan mengurniakan seorang anak lelaki bernama Yahya”.

Tambahan pula, beliau berpendapat bahawa konsep idhafah ini lebih banyak digunapakai di dalam Al-Quran berbanding penggunaan lafzul jalalah sahaja. Beliau menyimpulkan bahawa kalimah مسا disebut sebagai mengajar hamba-Nya tentang bagaimana memulakan bacaan. Muhammad ‘Abduh sebaliknya menolak pandangan ini. Menurut beliau, ia bukan bermakna memulakan dengan tujuan mengambil keberkatan dan meminta pertolongan melalui bacaan ayat ini. Bahkan beliau berpendapat bahawa ayat ini adalah dituntut dengan sendirinya. Beliau berhujah sekiranya benar ayat ini dimulakan atas tujuan mengambil keberkatan, sudah tentu ia lebih tepat dibaca dengan ميحرلا نمحرلا للهاب bukannya الله الرحمن الرحيم مسب . Atas sebab ini, timbul persoalan tentang motif kewujudan kalimah مسا di tengah ungkapan ini. Sebenarnya ungkapan seperti ini sudah agak lazim dalam kelompok tertentu misalnya golongan Arab. Apabila mereka mahu melakukan sesuatu perkara kerana perintah daripada pihak pemerintah ataupun pihak atasan, mereka akan berkata, “ هلمعأ نلاف مساب “ yang bermaksud “aku lakukannya dengan nama fulan” iaitu dengan menyebut nama pemerintah ataupun pemimpin tersebut. Mereka memulakan dengan ungkapan ini sebagai mengelak diri daripada menyatakan bahawa perkara tersebut dinisbahkan kepadanya ataupun datang daripadanya. Ia seolah-olah bermaksud “perkara ini merupakan hakcipta fulan, kalau tidak kerananya sudah tentu aku tidak melakukannya”.

(10)

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 328

Oleh itu, “Aku memulakan perkara ini dengan الله الرحمن الرحيم مسب“ bermaksud “bahawa perkara ini dilakukan atas perintah Allah SWT dan aku lakukan untuk-Nya, bukan untuk kepentingan diriku” (Rashid Rida, 1990). Hujah ini disokong oleh Muhammad Al-Shanqitiy (1995) yang berpandangan bahawa konsep ini juga digunapakai dalam tamadun semasa seperti dalam kenyataan undang-undang atau dengan nama lain, iaitu شرعلا باطخ . Tatkala penyampai ingin mengeluarkan kenyataan undang-undang, dia akan berkata: “dengan nama raja, mengikut undang undang negara” iaitu dengan nama kerajaan yang daripadanya datangnya perundangan dan kenyataan politik.

Biarpun terdapat perbezaan dalam kupasan di atas, kesemua pandangan ini jika dihubungkan dengan aspek pengurusan sebenarnya terarah kepada suatu pemahaman, iaitu pengurusan berteraskan Islam amat menitik beratkan elemen spiritual yang sentiasa bergantung harap dengan Allah pada setiap masa. Oleh kerana matlamat pengurusannya berorientasikan keredhaan Allah SWT, apa jua keputusan dan amalannya bertitik tolak dari falsafah “buat apa yang disuruh-Nya dan tinggalkan apa yang dilarang-Nya. Dengan demikian, visi dan misi yang hendak dicapai oleh sesebuah organisasi mestilah memiliki semangat dan roh yang Islamik. Kedua, dalam konteks kalimah ميحرلا نمحرلا yang bererti ‘Yang Maha Pemurah lagi Pengasih’, Al-Baydawi (1997) menjelaskan bahawa dua perkataan tersebut mempunyai nilai mubalaghah (memberi maksud bersangatan) yang berkaitan dengan sifat penyayang. Sifat al-Rahman lebih umum kerana ia menggambarkan Allah SWT melimpahkan rahmat-Nya kepada semua makhluk di dunia dan akhirat sama ada kepada mukmin atau sebaliknya dalam bentuk kelapangan hidup, rezeki tanaman, kesihatan badan, kecerdasan fikiran dan lain-lain. Sifat al-Rahim pula menggambarkan sifat Allah SWT yang memberikan rahmat khusus kepada para mukmin sahaja yang mencakupi petunjuk untuk melakukan ketaatan, keimanan, melaksanakan suruhan dan meninggalkan larangan-Nya semasa di dunia, dan nikmat yang terkemudian, iaitu kehidupan yang kekal abadi dengan kejayaan yang nyata di syurga (al-Tabari, 2001; al-Qurtubi, 1964). Ia menggambarkan sifat Allah SWT Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang yang perlu diingati dan dipuji oleh setiap hamba-Nya kerana Dialah sumber hakiki yang berkuasa memberikan segala nikmat kepada semua makhluk. Disebut dalam ayat pertama supaya manusia mengetahui serta mengingati bahawa hanya Allah sahaja yang patut dimohon pertolongan dalam segala urusan kerana hanya Dialah yang berkuasa memberi nikmat (al-Baydawi, 1997).

Dalam perspektif yang lain dengan merujuk kitab Taysir Karimir Rahman fi Tafsir Kalamil Mannan karya Syaikh Abdurrahman bin Nashir Sa’dy, al-Rahman bermaksud Dzat yang memiliki kasih sayang yang mencakupi seluruh alam maya dan semua bentuk ciptaan-Nya. Kasih sayang Allah SWT dalam hal ini bersifat umum. Al-Rahim pula bererti Tuhan yang memiliki sifat kasih sayang yang hanya ditujukan kepada hamba-hamba-Nya yang beriman dalam kalangan Nabi, Malaikat,

Siddiq, Syuhada dan orang-orang yang soleh.

Kupasan di atas telah menemukan bahawa pengurusan berteraskan Islam amat mengutamakan konsep berjemaah, semangat setiakawan dan bekerja sebagai satu pasukan.tanpa mengira latar demografi. Jemaah yang dibentuk ini harus disuburkan dengan budaya berkasih sayang dan saling melengkapi antara satu sama lain. Tidak

(11)

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 329

cukup sekadar itu, jemaah ini harus ditunjangi asas akidah yang benar menurut syarak, sekali gus mendatangkan sifat taqwa untuk tunduk patuh kepada Allah SWT dan dalam masa yang sama bersikap mesra-ciptaan Allah SWT (Allah’s creation friendly).

KESIMPULAN

Telah ditegaskan bahawa surah al-Fatihah merupakan induk kepada al-Quran dan menjadi pedoman kepada umat Islam dalam menjalani tugas sebagai hamba dan khalifah-Nya di muka bumi ini. Kekuatan surah al-Fatihah ini jelasnya terletak pada ayat Bismillah. Kekuatan ayat Bismillah pula ialah pada kalimah ب sebagaimana kupasan para Sarjana. Ayat pertama surah ini jika dihubungkan dengan aspek pengurusan, jelasnya terfokus kepada dua prinsip penting, iaitu pergantungan mutlak kepada Allah SWT dalam setiap perancangan pengurusan dan pengurusan kolektif yang disuburkan dengan budaya berkasih sayang. Kedua-dua prinsip inilah yang menjadi intipati kepada keseluruhan model pengurusan Islam.

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi yang membiayai geran penyelidikan yang menghasilkan kertas ini melalui pembiayaan

Fundamental Research Grant Scheme (FRGS) [FRGS/1/2014/SS05/UNISZA/02/2]. RUJUKAN

Al-Quran Al-Karim

Ab. Mumin Ab.Ghani. (2006). Sistem pengurusan Islam: Tinjauan menyeluruh dari aspek konsep. Dlm. Ab. Mumin Ab. Ghani & Fadillah Mansor (Eds.).

Dimensi pengurusan Islam : Mengurus kerja dan mengurus modal insan. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Abdus Sattar Abbasi, Kashif Ur Rehman & Amna Bibi. (2010). Islamic management model. African Journal of Business Management, 4(9), 1873-1882.

Ahmad Ibrahim Abu Sinn. (1997). Pengurusan dalam Islam (Ed. 2), Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ajzen, I. (1991). The theory of planned behavior. Organizational Behavior and Human Decision Processes, 50, 179-211.

Al-Andalusi, Abu Hayyan Muhammad Bin Yusuf. (1999). Al-Bahrul Muhit fil Tafsir Jil. 1 , Beirut: Darul Fikr.

Baghawi, Abu Muhammad Husayn Bin Mas’ud Bin Muhammad Bin Al-Farra’. (1999). Ma’alim Al-Tanzil fi Tafsir Al-Quran (Ed. 1) , Beirut: Dar Ihya Al-Turath Al-Arabi.

Al-Baydhawi, Nasirul Din Abu Sa’id Abdullah Bin ‘Umar. ( 1997). Anwarul Tanzil wa Asrarul Ta’wil Jil. 1 (Ed. 1) , Beirut: Dar Ihya Al-Turath Al-Arabi.

Qurtubi, Abu Abdillah Muhammad Bin Ahmad Bin Abi Bakr Bin Farah Al-Ansari Al-Khazraji Shamsul Din. (1964). Al-Jami’ li Ahkamil Quran Jil. 1 (Ed. 2) , Kaherah: Darul Kutub Al-Masriyyah.

Al-Razi, Abu Abdillah Muhammad Bin ‘Umar Bin Al-Hasan Bin Al-Husayn. (1999). Mafatihul Ghaib, Al-Tafsir Al-Karim Jil. 1 (Ed. 3) , Beirut: Dar Ihya Al-Turath Al-Arabi.

(12)

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 330

Al-Sabuni, Muhammad ‘Ali. (1997). Safwatul Tafasir (Ed. 1) , Kaherah: Darul Sabuni.

Al-Shanqiti, Muhammad Al-Amin Bin Muhammad Al-Mukhtar Bin Abdil Qadir. (1995). Adhwaul Bayan fi Idhahil Quran bil Quran Jil. 9 , Beirut: Darul Fikr. Al-Sharibi, Sayyid Qutb Ibrahim Husayn. (1992). Fi Zilalil Quran Jil. 1 (Ed. 17) ,

Beirut: Darul Shuruq.

Al-Suyuti, Abdul Rahman Bin Abi Bakr Jalaluddin. (1974). Al-Itqan fi Ulumil Quran Jil. 1 , Kaherah: Al-Haiah Al-Masriyyah Al-Ammah lil Kitab.

Al-Tabari, Muhammad Bin Jarir. (2001). Tafsir Al-Tabari, Jami’ul Bayan an Ta’wil Ayil Quran Jil. 1 (Ed. 1) , Kaherah: Dar Hijr.

‘Amr Khalid. (2004). Khawatir Quraniyyah (Ed. 1) , Beirut: Al-Darul Arabiyyah lil Ulum.

Auni Abdullah. (2010). Teras utama sistem pengurusan Islam, Kuala Lumpur: Alam Raya Enterprise.

Azman Che Omar. (2002). Pengurusan di Malaysia dari perspektif Islam, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Boone, L. E. & Kurtz, D. L. (2011). Contemporary marketing (Ed. 14), John Wiley & Sons.

Branine, M. & Pollard, D. (2010). Human resource management with Islamic management principles: A dialectic for a reverse diffusion in management,

Personnel Review, 39(6), 712-727.

Coombs, W. T. (1995). Choosing the right words: The development of guidelines for the selection of the appropriate crisis response strategies, Management Communication Quartely, 8, 447-476.

Fadzila Azni Ahmad. (2010). Kaedah pengurusan institusi-institusi pembangunan berteraskan Islam di Malaysia, Selangor: Penerbit Universiti Teknologi MARA.

Fishbein, M. & Ajzen, I. (1975). Belief, attitude, intention and behavior: An introduction to theory and research. Reading, MA: Addison-Wesley.

Fontaine, R. (2008). Islamic moral responsibility in decision-making, Journal of Economics and Management, 16(2), 165-185.

Gohar Zaman, Fahad Khan Afridi & Maimoon Saleem. (2013). Islam and management principles: Evidence from literature, Journal of Managerial Sciences, 7(2), 207-212.

Kontz, H., Weihrich, H. & Cannice, M. V. (2002). Management: A global and entrepreneurial perspective (3rd ed.)

M. Luthfi Hamidi. (2006). The theory and practice of Islamic management style: The experience of Bank Muamalat, Review of Islamic Economics, 10(2), 115-131. Md. Anowar Hossain Bhuiyan, Md. Belal Hossain & Md. Khalilur Rahman. (2012).

Islamic management practices in Islamic life insurance companies of Bangladesh, Journal of Novel Applied Sciences, 1(4), 128-136.

Mohamed Sulaiman, Nur Arfifah Abdul Sabian & Abdul Kadir Othman. (2013). The understanding of Islamic management practices among Muslim managers in Malaysia, Asian Social Science, 10(1), 189-201.

Mohd Affandi Hassan. (1992). The Tawhidic approach in management and public administration: Concepts, principles and an alternative model, Kuala Lumpur: National Institute of Public Administration Malaysia.

Muhammad A. Al‐Buraey. (2001). The Islamic model of administration: strategy, implementation and implications, Managerial Finance, 27(10/11), 5-24.

(13)

9th ISDEV International Islamic Development Management Conference

(IDMAC2015) 331

Muhammad Tahir Bin Muhammad Bin Muhammad Tahir Bin ‘Ashur Al-Tunisi. (1984). Al-Tahrir wal Tanwir , Tahrirul Ma’nal Sadid wa Tanwirul ‘Aqlil Jadid min Tafsiril Kitabil Majid Jil. 1 , Tunis: Al-Darul Tunisiyah lil Nashr.

Naceur Jabnoun. (2008). Islam and management, International Islamic Publishing House.

Noresma Jahya & Yuserrie Zainuddin. (2006). Engaging in Islamic banking facilities: Determinants of Muslim consumers’ intention. Kertas yang

dibentangkan di INCEIF Islamic Banking and Finance Educational

Colloquium, 3-5 April 2006.

Riawan Amin. (2006). The Celestial Management, Jakarta: Bening Publishing. Syed Shah Alam & Nazura Mohamed Sayuti. (2011). Applying the theory of planned

behavior (TPB) in halal food purchasing, International Journal of Commerce and Management, 21(1)), 8-20.

Trompenaars, F. & Coebergh, P. H. (2014). 100+ Management models: How to understand and apply the world’s most powerful business tools, McGraw-Hill.

Wafa El Garah, Rafik I. Beekun, André Habisch, Gilbert Lenssen & Cristian Loza Adaui. (2012). Practical wisdom for management from the Islamic tradition,

Journal of Management Development, 31(10), 991-1000.

Wan Liz Ozman Wan Omar. (1996). Pengurusan Islam abad ke-21, Kuala Lumpur:

Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Weihrich, H. & Koontz, H. (2005). Management: A global perspective (Ed. 11), McGraw-Hill.

Muhammad A. Al‐ Engaging in Islamic banking facilities: Determinants of Muslim consumers’ intention. Wafa El Garah, Rafik I. Beekun, André Habisch, Gilbert Lenssen & Cristian Loza Adaui

Referensi

Dokumen terkait

Kedudukan wanita muslimah dalam kehidupan sosial merupakan hal yang sangat berarti untuk bisa berintraksi dengan lingkungan masyarakat di sekitarnya, dan bisa bekerja sama dalam

Trend serupa terjadi di Kabupaten Sikka di mana tahun 1985, industri serupa memiliki rata-rata 67 pekerja per unit perusahaan, sedangkan di tahun 2011, turun menjadi 60 [Figure 2]..

Pengertian secara etimologis dari Taman Bermain dan Belajar Anak-anak di Manado adalah suatu tempat yang mewadahi aktifitas atau kegiatan utama anak-anak yaitu bermain

Hasil penelitian menunjukkan bahwa: terdapat pengaruh secara signifikan motivasi berprestasi terhadap kinerja guru di SMP Negeri se-Kecamatan Candi Sidoarjo dibuktikan dengan

Lemak abdomen sapi {tallow) merupakan limbah yang belum termanfaatkan dengan baik dan hanya dibuang begitu saja di rumah potong hewan (RPH) yang keberadaannya sering

Prinsip pengembangan pembelajaran eksploratif adalah semua aktivitas belajar harus terfokus pada penggunaan information process skills dari pengamatan dengan sintesis dan

Adapun kebijakan atau program yang dikeluarkan pemerintah Kabupaten Grobogan untuk mewujudkan Kabupaten Layak Anak pada Bidang Pendidikan adalah sebagai berikut : (1)

Proses tuntutan pemekaran daerah otonomi bari ini sangat panjang yang telah lama dicita-citakan masyarakat Pesisir Barat sehingga terwujud cita-cita tersebut pada