Hassan Hanafi dan Pemikiran Kiri Islam
Wan Muhammad Akhyar bin Ab Shatar P85138
ABSTRAK
Hassan Hanafi bukanlah satu nama yang asing dalam ruang lingkup pemikiran Islam. Tokoh yang berasal daripada Mesir ini memainkan peranannya yang tersendiri dalam memberikan sumbangan terhadap keilmuan Islam, khususnya yang bertemakan tentang teori kebangkitan dan kemodenan. Menurut Hassan Hanafi, kebangkitan Islam merupakan kebangkitan rasional akal untuk
menghidupkan semula (revitalization) khazanah turath Islam, di samping dapat memberikan hujjah balas terhadap wacana dan pemikiran yang berasaskan kepada Barat (Hassan Hanafi. 2000). Beliau mengambil inisiatif dengan mewujukan suatu gagasan yang menyeru kepada perkembangan wawasan kehidupan yang progresif dengan dimensi pembebasan. Menurut beliau, dengan gagasan tersebut umat Islam tidak akan berada dalam keadaan yang rigid lagi jumud disebabkan terikat dengan Islam semata-mata, akan tetapi masyarakat Islam akan mempunyai kekuatan berdaya saing dalam
menghadapi perkembangan semasa masyarat dengan teori-teori revolusioner yang meliputi semua aspek ajaran Islam. Teori tersebut dikenali dengan teori “Pemikiran Kiri Islam”.
Kata Kunci: Kiri Islam, Pascamodenisme, Pasca-Islamisme
BIOGRAFI & RIWAYAT HIDUP
Beliau dilahirkan pada 13 Pebruari 1935 di Kaherah, Mesir. Pendidikan awal beliau bermula di peringkat sekolah rendah. Beliau kemudian menyambung pengajian menengahnya di Madrasah Thanawiyah Khalil Agra dan tamat pengajian pada tahun 1952. Semasa beliau mendapatkan pendidikan menengah, beliau sudah mula melibatkan diri dengan mengikuti usrah kumpulam
Ikhwanul Muslimin dan mendalami pemikiran Sayyid Qutub berkenaan aktiviti serta keadilan sosial. Melalui pembelajarannya, beliau tidak berasa puas hati dengan kaedah berfikir belia Islam semasa yang sempit lagi kolot (M. Saiful. 2003).
Hanafi meneruskan pengajiannya di Universiti Kaherah dalam bidang falsafah. Semasa tempoh pengajian beliau di sini, terjadinya beberapa siri-siri peperangan antara kumpulan Ikhwan dan kumpulan gerakan revolusi. Disebabkan beliau sendiri hidup pada ketika itu dan menyaksikan sendiri pertelingkahan yang berlaku antara golongan lama (Ikhwan) dengan golongan baru (revolusionist), maka beliau nekad untuk menjadi seorang pemikir, seorang pembaharu dan seorang reformis dengan mengelakkan konflik daripada terus terjadi. Pada tarikh 19 Oktober 1956, beliau kemudiannya berhijrah ke Perancis untuk menyambung pengajian peringkat sarjana di Universiti Sorbonne dan tinggal di sana dalam tempoh lebih kurang 10 tahun (Asep Usman. 2003).
Di Perancis, beliau cenderung mendalami idealogi Hegel dan Karl Marx. Di samping itu juga, beliau giat mendalami berbagai disiplin ilmu, antaranya adalah Ilmu Mantiq. Beliau juga mendalami ilmu perubahan dan sejarah daripada Gitton, seorang reformis Katolik Rome. Beliau juga mempelajari fenomenologi dari Paul Ricour, dan beliau juga mempelajari analisa Edmund Husserl yang
berteraskan teori pengetahuan dan kenyataan serta mempelajari bidang perubahan daripada Massignon (Abdul Qodir, 2001).
Pada tahun 1985 sehingga tahun 1987, beliau dilantik sebagai penasihat program Universiti PBB di Jepun. Beliau juga pernah menjadi pensyarah Universiti Los Angeles, dan Univesiti Cape Town. Setelah beliau pulang dari berbagai negara dunia untuk misi pendidikan baik sebagai pelajar mahupun sebagai tenaga pengajar, beliau kembali mengajar di Fakulti Sastera Universiti Kaherah, lalu dilantik sebagai Ketua Jabatan Falsafah hingga beliau diberhentikan pada tahun 1995 (M Aunul Abid Shah, 2001). Selain dari pelbagai kesibukan didalam dunia akademik, beliau masih tetap bergiat aktif dalam organisasi kemasyarakatan seperti menjadi setiausaha umum persatuan masyarakat falsafah Mesir, menjadi anggota ikatan penulis se-Asia Afrika, menjadi anggota gerakan solidariti Asia-Afrika serta menjadi presiden persatuan masyarakat Arab (John L. Esposito & Issa. J. Boulatta. 1995)
FASA PERKEMBANGAN DAN METODE PEMIKIRAN
Secara ringkasnya, perkembangan pemikiran Hassan Hanafi dapat dibahagikan kepada 3 fasa. Fasa pertama adalah fasa tahun 1960-an. Pada awalnya, pemikirannya banyak dipengaruhi oleh fahaman-fahaman yang berkembang di Mesir yang berkaitan dengan sosialistik, nasionasiltik dan popularistik yang mana berkisarkan kepada teori Pan-Arabik. Pada ketika ini, beliau membentuk pemikiran Islam yang mana pada hematnya sedang mengalami krisis. Beliau melakukan penelitian terutamanya terhadap metode penginterpretasian sebagai upaya pembaharuan usul fiqh dan
menomenologi sebagai metode untuk memahami agama dalam konteks realiti kontemporari. Setelah penelitian, demi penelitian dilakukan (Abdurrahman Wahid. 1994).
Fasa kedua adalah ketika pada tahun 1970-an, di mana beliau banyak membicarakan tentang permasalahan semasa sebagai upaya untuk mencari jawapan atas kekalahan umat Islam ketika perang melawan Israel tahun 1967. Dalam hal ini beliau cuba menggabungkan antara semangat keilmuan dan kerakyatan. Namun beliau menyadari bahawa seorang ilmuwan tidak akan hanya duduk dan berfikir, tapi juga harus memberikan jalan keluar ketika masyarakat sedang mengalami kesulitan. Dalam fasa ini, Hassan Hanafi banyak menerbitkan tulisan, antaranya adalah Qadhaya Muasirah fî Fikrina al-Muasir I pada tahun 1976 (Yudian W. Asmin. 1999). Beliau kemudiannya menulis Qadhaya Muashirah fî Fikri al-Gharbi II pada tahun 1977.
Konflik yang terjadi antara pemerintah Mesir dan golongan radikal Islam yang membawa kepada pembunuhan presiden Anwar Sadat pada tahun 1981 memberikan ilham kepada beliau untuk menghasilkan buku beliau sebanyak 8 jilid yang merupakan himpunan artikel beliau sejak tahun 1976 yang bertajuk al-Dîn wa al-Tsawrah fî Mishr 1952-1981. Ia diterbitkan pada tahun 1987. Selain itu, antara karyanya ketika fasa ini adalah Religious Dialogue and Revolution (1972-1976) dan Dirasah Islamiyah yang diterbikan pada tahun 1981 (M. Najib B. 2000).
Fasa ketiga pula ketika tahun 1980-1990-an yang mana berlatarbelakangkan pemerintahan yang stabil di Mesir berbanding pemerintahan sebelumnya yang penuh konflik. Pada fasa ini, beliau menulis al-Yasar al-Islami, dan 5 jilid buku yang bertajuk al-Aqidah ila al-Tsawrah pada tahun 1988. Pada tahun 1985-1987, beliau sempat menghasilkan buku yang bertajuk Religion, Ideology, and Development. (Yudian W. Asmin. 2001).
Metode pemikiran Hassan Hanafi dapat dibahagikan kepada 4 metode. Meode pertama beliau adalah tradisi pemikiran falsafah Marxisme melalui metode dialektik. Metode kedua beliau adalah metode hermeneutik. Metode ketiga beliau merupakan metode fenomenologi. Manakala metode pemikiran beliau yang keempat adalah metode dialektik (Ahmad Hasan Ridwan. 1998).
LATAR BELAKANG PEMIKIRAN KIRI ISLAM
mana pada ketika itu merupakan kemuncak kepada pergolakan politik di Mesir. Penulisan beliau ini diterbitkan setelah terbitnya tulisan Khomeini yang bertajuk Jihad an-Nafs (Kazuo Shimogaki. 2001). Artikel pertama beliau dalam jurnal Kiri Islam, Hassan Hanafi membicarakan beberapa isu berkaitan teori kebangkitan Islam. Secara ringkasnya, kiri Islam didasari tiga tunjang utama dalam rangka merealisasikan kebangkitan Islam, revolusi tauhid dan kesatuan umat. Yang pertamanya adalah revitalisasi khazanah Islam. Yang keduanya adalah perlunya penentangan terhadap peradaban Barat. Dan yang ketiganya adalah analisis terhadap realiti semasa dunia Islam (Hassan Hanafi. 1989).
Menurut beliau, revitalisasi khazanah Islam memerlukan rasional akal dalam memahami dan menafsirkan semula mutiara-mutiara warisan ilmuan terdahulu. Penentangan terhadap peradaban Barat memerlukan umat Islam untuk mengingat kembali akan bahaya penjajahan baik dari sudut negara dan penjajahan sosio budaya yang mana berperanan besar dalam membunuh pemikiran serta keilmuan Islam. Dalam hal ini, Kiri Islam menawarkan konsep 'oksidentalisme' bagi menolak konsep 'orientalisme' dalam rangka mengakhiri mitos peradaban Barat. Dari aspek analisis realiti semasa, Hassan Hanafi mengkritik kaedah tradisional yang rigid pada teks Qur’an dan Hadith dan
mencadangkan metode baharu agar realiti semasa umat Islam dapat berarah kepada yang lebih baik. Dalam memilih ayat Qur’an, beliau tidak melakukan penafsiran per ayat, akan tetapi beliau cenderung memilih ayat-ayat yang dirasakan dapat memberi penyelesaian kepada permasalahan semasa umat (Kazuo Shimogaki. 2001).
SEBAB-SEBAB PENULISAN KIRI ISLAM
Hanafi berkata, beliau mendapat inspirasi untuk menghasilkan Kiri Islam hasil dari kejayaan revolusi Islam akbar Iran yang mengejutkan dunia, dimana rakyat Muslim bersatu melawan tekanan
pemerintahan askar dan menumbangkan rejim atas nama “Islam” dan “kekuatan Allah Maha Besar”. Revolusi ini dapat disamaratakan dengan dua revolusi besar lain, iaitu revolusi Perancis dan juga revolusi Bolsyevik di Rusia. Kiri Islam juga merupakan kesinambungan daripada gerakan-gerakan Muslimin di Afghanistan, Melayu, Filipina, Pakistan, dan revolusi Algeria untuk memartabatkan Islam sebagai khazanah nasional, yang memelihara ketulenan dan kreativiti kaum Muslim serta memperjuangkan kepentingan mereka dan mendonamisasi masyarakat Muslim di setiap tempat (Abad Badruzzaman. 2005).
DASAR INTIPATI KIRI ISLAM
Secara umumnya, realiti umat Islam sudah jauh ketinggalan dalam pelbagai aspek berbanding dengan Barat. Dalam hal ini, Hassan Hanafi tampil dengan Kiri Islam dan menyarankan solusi beliau dalam menangani permasalahan tersebut. Beliau dilihat cuba untuk membentuk kembali mentaliti umat Islam melalui penulisannya. Dalam tulisannya, beliau mengkritik kecenderungan umat Islam yang hanya mementingkan kejayaan ukhrawi. Dalam hal ini, beliau dilihat menentang konsep teologi yang dibawa oleh Asy’ari dan konsep tasawuf yang dibawa oleh al-Ghazali yang mana menurut beliau lebih memilih ibadah memikirkan akhirat berbanding memikirkan maslahat keduniaan (Listiyono Santoso. 2014).
Seterusnya dalam Kiri Islam, Hassan Hanafi ingin membuktikan bahawa bahaya Liberalisme terhadap Islam yang hanya mementingkan kepentingan golongan atasan dengan mengerah
sekadar menjadi omongan, akhirnya membawa kepada keburukan rakyat sendiri (Khoirur Rizal Umami. 2014).
REVITALISASI KHAZANAH ISLAM
Kiri Islam dilihat dapat membentuk semula khazanah ilmu terdahulu. Tujuannya tidak lain tidak bukan adalah untuk membangunkan semula paradigm ilmu pengetahuan Islam setelah sekian lama masyarakat Islam berada dalam keadaan mundur. Proses menghidupkan semula tradisi keilmuan bererti mengembalikan semula zaman kegemilangan umat Islam suatu ketika dahulu. Dengan tidak merealisasikan tradisi keilmuan bermakna kita memerlukan upaya untuk menjadikannya satu kenyataan dengan mengadakan reformasi dan penambahbaikan (Kamran As’ad & Mufliha W. 2003)
Menurut beliau lagi, Turath bukan sekadar ilmu zaman dahulu kala, namun Turath merupakan ilmu klasik yang berubah mengikut zaman dan perkembangan sejarah. Ia merupakan sebahagian daripada realiti semasa. Oleh yang demikian dakwa Hassan Hanafi melalui Kiri Islamnya, umat Islam akan mampu membentuk semula disiplin Turath dan menambah baik kandungan sedia ada seperti ilmu mantiq, ilmu usuluddim, ilmu hikmah, ilmu tasawuf dan sebagainya (M. Aunul Abid Shah. 2001). Dalam bidang usuluddin, Kiri Islam bertindak sebagai paradigma yang berdiri secara tunggal, yang mana menyamakannya dengan Muktazilah yang merupakan releksi kepada rasionalisme dan naturalisme manusia. Kiri Islam mengagungkan konsep Usul Khamsah Muktazilah dan mengikuti aliran mazhab Maliki yang mana mengaplikasikan Masalih Mursalah dalam membincangkan perihal umat (ibid).
Dalam bidang falsafah, Kiri Islam dilihat selaras dengan pandangan Ibnu Rusyd yang mengelakkan perbahasan metafizik dengan menggunakan rasional untuk menganalis peraturan alam. Dengan demikian, Kiri Islam menegaskan penggunaan rasionalistik hikmah berbanding dengan kepercayaan spiritual secara mapan. Dari segi tasawuf pula, Kiri Islam menolak penggunaannya disebabkan ia menyebabkan kemunduran umat yang mengagung-agungkan tokoh-tokoh tasawuf seperti Ibnu Taimiyah dan lain-lain lagi (Kamran As’ad & Mufliha W. 2003). Dalam bidang hadith pula, Kiri Islam lebih mementingkan kepada maknawi hadith, bukan kepada rantaian perawinya, disamping lebih mementingkan kalam nabi itu sendiri berbanding peribadi. Dalam bidang tafsir al-Qur’an, Kiri Islam tidak menggunakan metode historis, akan tetapi beliau menggunakan metode tafsiran perspektif. Dalam bidang fiqh pula, Kiri Islam lebih mementingkan aspek muamalah daripada ibadah (Ilham Saenong. 2002).
PENENTANGAN PERADABAN BARAT
Kiri Islam diterbitkan untuk menentang dan menggantikan pengaruh kedudukan Barat. Jika al-Afghani mengingatkan kepada kita bahaya pemerintahan imperialisme, maka kita pada ketika ini sedang menghadapi ancaman implerialisme kebudayaan. Kiri Islam bertujuan untuk
memperkukuhkan umat Islam dari segi tradisinya baik kelilmuan dan peradaban dan menuntun umat untuk bangkit menentang penjajahan yang asalnya untuk melenyapkan kebudayaan nasional dan memperkukuhkan dominasi barat.
Umat Islam perlu mengetahui bahawa kekuatan Barat terletak pada falsafah “Aku berfikir, maka aku ada”. Dengan ini, Barat menjadikan diri mereka sebagai subjek pengetahuan dan Timur sebagai objek pengetahuan. Semasa Barat mewujudkan pengajian oriental, maka Timur perlulah mewujudkan pengajian oksidential yang mana mengkaji segala aspek kebaratan seperti sumber peradabannya, sejarahnya, struktur pembinaan dan masa depannya. Jika Barat boleh melihat diri mereka melalui perspektif Timur, mengapa tidak Timur bertindak sedemikian demi memahami dan menjalani budaya yang berbeza daripada mereka. Walaupun begitu, oksidentalisme yang
dimaksudkan oleh Hassan Hanafi bukanlah lawan ataupun beza kepada orientalis, namun demikian apa yang dimaksudkan oleh beliau dalam Kiri Islam adalah hubungan dialektik yang saling
melengkapi serta mengkritik antara satu sama lain sehingga dapat mengelakkan perkaitan hegemonic dan dominatif dari mana-mana pihak (Abad Badruzzaman. 2005).
ANALISIS REALITI SEMASA DUNIA
Dalam Kiri Islam, Hassan Hanafi menggambarkan situasi dunia Islam tidak secara normatif. Beliau memberikan pandangan beliau tentang realiti dunia semasa. Menurut beliau, pemikiran keagamaan umat Islam selama ini hanya menumpukan kepada pengintegrasian seperti proses Islamisasi. Bagi beliau, pendekatan tersebut mempunyai banyak kelemahan.
Menurut beliau, al-Qur’an adalah teks (skriptur). Ia bukanlah realiti semasa, tidak lain hanya sebagai penulisan berbentuk linguistik terhadap apa yang diturunkan (nuzul ayat). Berbeza halnya dengan rasional dan ekperimentasi yang mana menjadikan akal manusia sebagai kayu ukur untuk menentukan apa-apa permasalahan. Argumentasi teks hanya terpakai kepada yang mempercayainya sahaja. Bagaimana keadaannya untuk berhujah dengan golongan yang menolaknya? Teks hanya menumpukan kepada konteksnya sahaja bukan kepada rasional akal (Ilham Saenong. 2002). Tambah beliau lagi, teks adalah sesuatu yang asing kerana ia bukan dating daripada realiti masyarakat semasa. Teks juga bersifat unilateral yang mana berkaitan dengan teks-teks lain, tiada originaliti. Menurutnya lagi, posisi sosial seorang penafsir menjadi asas kepada pemilihan teks dalam realiti, berbanding dengan rasionalnya kepada seluruh umat manusia. Teks juga hanya berkisarkan kepada aspek
keimanan, emosi keagamaan dan pelbagai janji-janji manis terhadap mereka yang beriman. Teks juga hanya bertindak sebagai nasihat berbanding kepada pembuktian (ibid).
Metode teks hanya akan memberikan pandangan tanpa menyatakan data kuantitatif,
sedangkan metode kiri Islam menggunakan metode kuantitatif dengan dapata angka dan statistik yang mana realiti akan dapat berbicara tentang dirinya sendiri tanpa pergantungan kepada skrip. Teks hanya berkisarkan asbab nuzul, berbeza dengan Kiri Islam yang secara lansung merujuk kepada objektif permasalahan semasa dan mendatangkan data-data yang lebih mapan berbanding sekadar penceritaan abstrak Qur’an (ibid)
KESIMPULAN
RUJUKAN
Abad Badruzzaman. 2005. Kiri Islam Hassan Hanafi: Menggugat Kemapanan Agama dan Politik. Yogyakarta: Tiara Wacana
Abdurrahman Wahid. 1994. Pengantar dalam Kazuo Shimogaki, Kiri Islam Antara Modernisme dan Posmodernisme: Telaah atas Pemikiran Hassan Hanafi. Yogyakarta: Penerbit LKis
Yogyakarta
Abdurrahman Wahid. 2001. Kata Pengantar beliau dalam Kiri Islam; Antara Modernisme dan Postmodernisme Telaah Kritis Pemikiran Hassan Hanafi. Yogyakarta: Penerbit LKis
Abdul Qodir. 2001. Konsep Oksidentalisme Hassan Hanafi. Bandung: disertasi Fakulti Ushuluddin Jurusan Aqidah Filsafat Universiti Islam Negeri Sunan Gunung Djati.
Ahmad Hasan Ridwan. 1997. Pemikiran Hassan Hanafi: Studi Gagasan Reaktualisasi Tradisi Keilmuan Islam. Yogyakarta: Tesis Universiti Islam Negeri Sunan Kalijaga
Ahmad Hasan Ridwan. 1998. Reformasi Intelektual Islam; Pemikiran Hassan Hanafi tentang Reaktualisasi Tradisi dan Keilmuan Islam. Yogyakarta: Ittaqa Press
Asep Usman. 2003. Terjemahan kitab Dari Akidah ke Revolusi: Sikap Kita Terhadap Tradisi Lama. Jakarta: Percetakan Buku Paramadina
Hassan Hanafi. 1989. al-Yasar al-Islami Wa al-Wahdah al-Wathaniyah. Kaherah: Maktabah Madbuli
Ilham Saenong. 2002. Hermeneutika Pembebasan: Metodologi Tafsir al-Qur’an Menurut Hassan Hanafi. Jakarta: Teraju Press
John L. Esposito & Issa. J. Boulatta. 1995. The Encyclopedia of The Modern Islamic World. New York: Oxford University Press
Kamran As’ad & Mufliha W. 2003. Terjemahan kitab Hassan Hanafi bertajuk Aku Bagian dari Fundamentalisme Islam. Yogyakarta: Penerbitan Islamika
Kazuo Shimogaki. 2001. Kiri Islam Antara Modernisme dan Posmodernisme: Telaah kritis Pemikiran Hassan Hanafi. Yogyakarta: Penerbit LKiS
Listiyono Santoso. 2014. Epistemologi Kiri (Seri Pemikiran Tokoh). Yogyakarta: Ar-Ruzz Media
M. Aunul Abid Shah. 2001. Islam Garda Depan, Mosaik Pemikiran Islam Timur Tengah. Bandung: Pustaka Mizan Press
M. Najib B. 2000. Oksidentalisme: Sikap Kita terhadap Tradisi Barat. Jakarta: Percetakan Paramadina
Yudian W. Asmin. 1999. Gerakan Pemikiran Kiri Islam: Studi atas Pemikiran Hassan Hanafi. Jurnal Hukum Islam al-Mawarid edisi VII. Yogyakarta: Universitas Islam Indonesia.