• Tidak ada hasil yang ditemukan

SYARAT YANG MEMPERMUDAHKAN PENGGUNAAN KO (5)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "SYARAT YANG MEMPERMUDAHKAN PENGGUNAAN KO (5)"

Copied!
76
0
0

Teks penuh

(1)

102

BAB IV

DAPATAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti kekerapan penggunaan

komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru

sekolah menengah serta kewujudan kondisi Ely dalam persekitaran

sekolah yang dikaji. Perkara-perkara yang dibincangkan dalam bab ini

meliputi penganalisisan data-data yang dikumpul melalui soalselidik yang

disebarkan.

Sebanyak 512 set soal selidik telah diedarkan kepada responden kajian

yang terpilih manakala sebanyak 429 telah berjaya diperolehi kembali.

Jumlah ini merupakan 83.79% daripada keseluruhan soal selidik yang

diedar. Menurut Ary, Jacobs dan Razaveih (2002), matlamat kajian soal

selidik biasanya untuk mendapatkan sebanyak 75 hingga 90 peratus

pulangan. Ini bermakna, jumlah pulangan soalselidik telah mencapai

peratus yang diperlukan dan ini membolehkan penyelidik menjalankan

analisis data seterusnya.

Tiga bahagian dalam set soal selidik mengemukakan maklumat yang

berkaitan dengan (a) latar belakang responden, (b) kekerapan penggunaan

komputer dalam pengajaran dan pembelajaran, dan (c) kewujudan kondisi

Ely dalam persekitaran sekolah yang dikaji. Penulisan dalam bab ini akan

(2)

103 responden, (b) penganalisisan pengujian mengikut turutan persoalan

kajian, dan (c) penganalisisan pengujian mengikut turutan hipotesis.

Maklumat Latar Belakang Responden

Maklumat berkaitan latar belakang responden adalah sebagaimana berikut:

Jantina

Jadual 5 menunjukkan majoriti responden terdiri daripada guru perempuan.

Ini dapat dilihat melalui peratusan guru perempuan iaitu sebanyak 78.8%

berbanding guru lelaki (21.1%).

Jadual 5: Kekerapan Dan Peratusan Responden Berdasarkan Jantina

Jantina N %

Lelaki 91 21.1

Perempuan 338 78.8

Jumlah 429 100

Umur

Berdasarkan data yang diperolehi, min umur responden adalah 35.74

tahun, (S.P = 6.9) di mana umur tertinggi responden adalah 56 tahun

manakala umur terendah adalah 28 tahun. Untuk meringkaskan

(3)

104 Didapati majoriti (61.74%) responden berusia antara 30 hingga 43 tahun

manakala paling sedikit (2.34%) responden berusia antara 51-56 tahun.

Jadual 6 : Kekerapan Dan Peratusan Responden Berdasarkan Umur

Umur N %

23 – 29 101 23.54

30 – 36 137 31.93

37 – 43 128 29.84

44 – 50 53 12.36

51 – 56 10 2.33

Jumlah 429 100.0

Kelulusan Akademik Tertinggi

Bagi aspek kelulusan akademik tertinggi responden, analisis data dalam

Jadual 7 menunjukkan majoriti responden adalah guru yang memegang

Ijazah Sarjana Muda (80.4%). Jumlah ini diikuti dengan golongan

pemegang Ijazah Sarjana sebagai kelulusan tertinggi yang mencatat

peratusan sebanyak 16.8% (n = 72). Seramai 11 orang guru merupakan

lepasan Diploma Perguruan Malaysia (2.6%) manakala hanya seorang

(4)

105

Jadual 7 : Kekerapan Dan Peratusan Responden Berdasarkan Kelulusan Akademik Tertinggi

Kelulusan Akademik Tertinggi N %

Ijazah Doktor Falsafah 1 0.2

Ijazah Sarjana 72 16.8

Ijazah Sarjana Muda 345 80.4

Diploma Perguruan Malaysia 11 2.6

Jumlah 429 100.0

Pengalaman Mengajar

Dapatan menunjukkan min bagi pengalaman mengajar responden adalah

10.38, (S.P = 6.66). Jadual frekuensi berkumpul yang dibina

menunjukkankebanyakan responden telah berpengalaman dalam

pengajaran (Jadual 8). Walau bagaimanapun, sisihan piawai yang besar

(6.66 tahun) menunjukkan responden adalah heterogenous (pelbagai) dari segi pengalaman mengajar mereka. Ini dapat diperhatikan melalui julat

pengalaman minimum (1 tahun) dan maksimum (30 tahun) yang sangat

(5)

106

Jadual 8 : Kekerapan Dan Peratusan Responden Berdasarkan Pengalaman Mengajar

Pengalaman Mengajar N %

1 – 6 tahun 155 36.13%

7 - 12 tahun 123 28.67%

13 – 18 tahun 96 22.38%

19-24 tahun 40 9.32%

25 – 30 tahun 15 3.50%

Jumlah 429 orang 100.0%

Bidang Pengajaran

Terdapat empat bidang pengajaran utama di sekolah-sekolah iaitu Bidang

Kemanusiaan, Teknikal, Bahasa dan Sains. Jadual 9 memaparkan

pengagihan taburan responden berdasarkan bidang pengajaran

masing-masing. Jika diperhatikan, jumlah tertinggi responden adalah mereka yang

mengajar dalam Bidang Bahasa iaitu sebanyak 28.4% (n = 122) dan diikuti

oleh Bidang Sains iaitu seramai 117 orang (27.3%). Jumlah paling sedikit

(6)

107

Jadual 9: Kekerapan Dan Peratusan Responden Berdasarkan Bidang Pengajaran

Bidang Pengajaran N %

Bahasa 122 28.4

Sains 117 27.3

Kemanusiaan 98 22.8

Teknikal 92 21.4

Jumlah 429 100.0

Subjek Yang Diajar

Berdasarkan Jadual 10 , majoriti responden adalah dalam kalangan guru

mata pelajaran Bahasa Inggeris iaitu sebanyak 12.59% (n = 54). Skor

kedua tertinggi pula terdiri daripada guru mata pelajaran Bahasa Melayu

iaitu sebanyak 11.42% (n = 49) dan jumlah ini diikuti oleh guru mata

pelajaran Matematik iaitu seramai 38 orang (8.86%). Jumlah guru bagi

matapelajaran Pendidikan Islam dan Sejarah masing-masing mencatat nilai

yang sama iaitu 8.4% (n = 36). Skor terendah adalah bagi mata pelajaran

Pengajian Kejuruteraan Elektrik, Automotif, Pendidikan Seni, Teknologi

(7)

108

Jadual 10 : Kekerapan Dan Peratusan Responden Berdasarkan Subjek Yang Diajar

Subjek Yang Diajar n %

Bahasa Inggeris 54 12.6

Bahasa Melayu 49 11.4

Matematik 38 8.7

Pendidikan Islam 36 8.4

Sejarah 36 8.4

Kemahiran Hidup 31 7.2

Biologi 19 4.4

Kimia 17 3.9

Sains 16 3.7

Fizik 15 3.5

Pendidikan Jasmani 13 3.0

Bahasa Arab 12 2.8

Matematik Tambahan 12 2.8

Pengajian Kejuruteraan Awam 8 1.9

Ekonomi Rumahtangga 8 1.9

Pengajian Kejuruteraan Mekanikal 6 1.4

Lukisan Kejuruteraan 6 1.4

Geografi 5 1.2

Pendidikan Moral 5 1.2

Perdagangan 5 1.2

Ekonomi 5 1.2

Pengajian Kejuruteraan Elektrik 4 0.9

Bahasa Cina 3 0.7

Seni Visual 3 0.7

Muzik 3 0.7

Perakaunan 3 0.7

Bahasa Perancis 2 0.5

Bahasa Jepun 2 0.5

Penyejukan Dan Penyaman Udara 2 0.5

Sains Pertanian 2 0.5

Pola Pakaian 2 0.5

(8)

109

Subjek Yang Diajar n %

Pendidikan Seni 1 0.2

Teknologi Maklumat 1 0.2

Katering 1 0.2

Jumlah 429 100.0

Jenis Sekolah

Jadual 11 menunjukkan taburan kekerapan dan peratusan responden

berdasarkan jenis sekolah. Agihan responden adalah agak seimbang

antara keempat-empat jenis sekolah. Bilangan tertinggi dicatat oleh guru

Sekolah Menengah Berasrama Penuh iaitu sebanyak 28.7% (n = 123)

manakala peratus kedua tertinggi adalah Sekolah Menengah Agama iaitu

sebanyak 23.8% (n = 102). Ini diikuti oleh guru Sekolah Menengah Teknik

iaitu 25.6% (n = 110). Peratus terendah adalah guru Sekolah Menengah

Harian yang menunjukkan peratus sebanyak 21.9% (n = 94).

Jadual 11 : Kekerapan Dan Peratusan Responden Berdasarkan Jenis Sekolah

Sekolah Menengah N %

Berasrama Penuh 123 28.7%

Agama 102 23.8%

Teknik 110 25.6%

Harian 94 21.9%

(9)

110

Lokasi Sekolah

Majoriti responden adalah dari sekolah bandar iaitu seramai 274 orang

(63.9%) manakala bakinya adalah dari sekolah luar bandar iaitu 36.1%

(155 orang). Jadual 12 menggambarkan pecahan responden berdasarkan

lokasi sekolah.

Jadual 12 : Kekerapan Dan Peratusan Responden Berdasarkan Lokasi Sekolah

Lokasi Sekolah N %

Bandar 274 63.9

Luar bandar 155 36.1

Jumlah 429 100.0

Kehadiran Ke Kursus Pra-Perkhidmatan Berkaitan Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Kehadiran ke kursus yang berkaitan dengan komputer dibahagikan kepada

dua kategori iaitu Kursus Pra-Perkhidmatan dan Kursus Dalam

Perkhidmatan. Jadual 13 menunjukkan majoriti responden tidak pernah

mengikut Kursus Pra-Perkhidmatan (55.9%, n = 240) manakala 44.1% (n =

(10)

111

Jadual 13 : Kekerapan Dan Peratusan Responden Berdasarkan Kehadiran Ke Kursus Pra-Perkhidmatan Berkaitan Penggunaan

Komputer Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Kehadiran ke kursus n %

Tidak Pernah 240 55.9

Pernah 189 44.1

Jumlah 429 100.0

Kehadiran Ke Kursus Dalam Perkhidmatan Berkaitan Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Selain Kursus Pra-Perkhidmatan, kehadiran responden ke Kursus Dalam

Perkhidmatan turut dikaji. Didapati majoriti responden (68.3%)

mengatakan pernah mengikut kursus terbabit manakala 31.7% tidak

pernah mengikutinya (Jadual 14). Jumlah ini adalah lebih tinggi sedikit

daripada mereka yang menghadiri Kursus Pra-Perkhidmatan, namun

peratusan yang tidak mengikutinya masih tinggi.

Jadual 14: Kekerapan Dan Peratusan Responden Berdasarkan Kehadiran Ke Kursus Dalam Perkhidmatan Berkaitan Penggunaan

Komputer Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Kehadiran ke kursus n %

Tidak Pernah 136 31.7

Pernah 293 68.3

(11)

112

Kekerapan Menghadiri Kursus Dalam Perkhidmatan Berkaitan Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Kajian turut mendapatkan maklumat tentang bilangan kekerapan

responden mengikuti kursus dalam perkhidmatan berkaitan penggunaan

komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Min kekerapan yang

diperolehi adalah (M= 1.15) dengan nilai sisihan piawai sebanyak (S.P =

1.11). Jadual 15 menunjukkan majoriti responden (58.2%) pernah

mengikuti kursus Dalam Perkhidmatan sebanyak satu hingga dua kali,

manakala 7.5% (n = 32) pernah mengikuti kursus tersebut sebanyak tiga

kali. Hanya seorang responden (0.2%) pernah mengikut Kursus Dalam

Perkhidmatan berkaitan sebanyak lapan kali manakala selebihnya

sebanyak empat hingga lima kali.

Jadual 15 : Kekerapan Dan Peratusan Responden Berdasarkan Bilangan Kehadiran Ke Kursus Dalam Perkhidmatan Berkaitan

Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Bilangan Hadir n %

0 136 31.7

1 158 36.8

2 92 21.4

3 32 7.5

4 4 0.9

5 6 1.4

8 1 0.2

(12)

113

Kekerapan Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Analisis ini dilakukan untuk menjawab persoalan kajian pertama iaitu :

Apakah kekerapan penggunaan komputer dalam pengajaran dan

pembelajaran dalam kalangan guru sekolah menengah?

Terdapat 22 item yang merujuk kepada penggunaan aplikasi komputer

dalam pengajaran dan pembelajaran dalam soal selidik yang memerlukan

responden menjawab sama ada ”Pernah” atau ”Tidak Pernah”

menggunakan aplikasi yang dinyatakan. Item-item tersebut terbahagi

kepada tiga fungsi komputer dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu (a)

komputer sebagai ’alat’ (item 1-15 dalam soal selidik), (b) komputer

sebagai ’guru’ (item 16 – 20 dalam soal selidik) dan (c) komputer sebagai

’pelajar’ (item 20 – 21 dalam soal selidik).

Penggunaan komputer sebagai ’alat’ merangkumi beberapa tujuan

antaranya adalah untuk menyediakan rancangan pengajaran, nota edaran,

soalan peperiksaan, mengira markah pelajar, mendapatkan bahan dari

internet dan berhubung melalui mel elektronik. Penggunaan komputer

sebagai ’guru’ pula mencakupi penggunaan komputer untuk tujuan latih

tubi, tutorial, simulasi, permainan dan penyelesaian masalah. Sementara

penggunaan komputer sebagai ’pelajar’ pula melibatkan penggunaan

komputer untuk membina laman web dan menghasilkan bahan pengajaran

(13)

114 Sebelum kekerapan penggunaan komputer dibentangkan, terlebih dahulu

dikemukakan taburan peratusan responden yang menggunakan aplikasi

komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Jadual 16 menunjukkan

taburan kekerapan dan peratusan responden yang menyatakan pernah

menggunakan aplikasi komputer dalam pengajaran dan pembelajaran bagi

setiap aplikasi terbabit. Taburan peratusan yang dikemukakan adalah

mengikut susunan kekerapan dan peratusan daripada yang tertinggi

kepada yang terendah.

Jadual 16 : Kekerapan Dan Peratusan Responden Yang Menggunakan Komputer Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Pernah Tidak Pernah

Aplikasi Komputer n % n %

1 Menyediakan soalan peperiksaan menggunakan

Pemprosesan Perkataan (alat) 407 94.9 22 5.1

2 Menyediakan nota ringkas untuk pelajar

menggunakan Pemprosesan Perkataan (alat) 359 83.7 70 16.3

3 Mencari bahan dari laman-laman web tentang

maklumat yang perlukan untuk pengajaran (alat) 328 76.5 101 23.5

4 Menyampaikan isi pengajaran menggunakan

Perisian Persembahan (alat) 296 69.0 133 31.0

5 Menyediakan rancangan pengajaran

menggunakan Pemprosesan Perkataan (alat) 291 67.8 138 32.2

6 Membuat pengiraan markah peperiksaan pelajar

menggunakan Helaian Hamparan Elektronik (alat) 280 65.3 147 34.4

7 Menyampaikan isi pengajaran menggunakan

perisian kursus (courseware) yang berkaitan

dengan topik pengajaran (alat)

231 53.8 198 46.2

8 Mendapatkan rancangan pengajaran melalui

Internet (alat) 214 49.9 215 50.1

9 Menghasilkan nota edaran untuk pelajar

menggunaan Perisian Persembahan (alat) 192 44.8 237 55.2

10 Menggunakan perisian kursus (courseware) jenis

Latih Tubi untuk mengukuhkan pemahaman pelajar (guru)

(14)

115

Pernah Tidak Pernah

Aplikasi Komputer n % n %

11 Menggunakan perisian kursus (courseware) jenis

Simulasi untuk meningkatkan pemahaman pelajar (guru)

134 31.2 295 68.8

12 Menggunakan aplikasi Helaian Hamparan

Elektronik dalam pengajaran seperti untuk menghasilkan graf (alat)

128 29.8 301 70.2

13 Menggunakan perisian kursus (courseware) jenis

Tutorial untuk menyampaikan pengajaran (guru) 117 27.3 312 72.7

14 Menggunakan perisian kursus (courseware) jenis

Permainan untuk menarik minat pelajar (guru) 104 24.2 325 75.8

15 Menggunakan perisian kursus (courseware) jenis

Penyelesaian Masalah untuk meningkatkan kemahiran berfikir pelajar (guru)

101 23.5 328 76.5

16 Menggunakan mel elektronik untuk berhubung

dengan guru-guru lain untuk berbincang tentang topik yang diajar (alat)

95 22.1 334 77.9

17 Menghasilkan nota edaran untuk pelajar

menggunakan Peralatan Grafik (alat) 90 21.0 339 79.0

18 Menghasilkan soalan latihan untuk pelajar

menggunakan Peralatan Grafik (alat) 77 17.9 352 82.1

19 Menghasilkan lukisan mekanikal untuk pengajaran

menggunakan Peralatan Grafik (alat) 45 10.5 384 89.5

20 Menggunakan mel elektronik untuk berhubung

dengan pelajar-pelajar untuk berbincang tentang topik yang dipelajari (alat)

42 9.8 387 90.2

21 Membina laman web berkaitan dengan mata

pelajaran atau topik yang diajar (pelajar) 22 5.1 407 94.9

22 Menghasilkan bahan multimedia untuk pengajaran

menggunakan perisian seperti Hyperstudio,

Director, atau LOGO (pelajar)

16 3.7 413 96.3

(N= 429)

Nota: (alat) – komputer sebagai ’alat’

(guru) –komputer sebagai ’guru’

(15)

116 Didapati majoriti guru pernah menggunakan Pemprosesan Perkataan

untuk menyediakan soalan peperiksaan (94.9%, n = 407). Sebanyak

83.7% (n = 359) menggunakan Pemprosesan Perkataan untuk penyediaan

nota ringkas. Jumlah ketiga tertinggi adalah penggunaan komputer untuk

pencarian bahan dari laman-laman web tentang maklumat yang diperlukan

(76.5%, n = 328).

Sebanyak 69.0% daripada responden pernah menggunakan komputer

untuk menyampaikan pengajaran menggunakan Perisian Persembahan,

67.8% menyediakan rancangan pengajaran menggunakan Pemprosesan

Perkataan, 65.3% membuat pengiraan markah peperiksaan pelajar

menggunakan Helaian Hamparan Elektronik, sementara 53.8%

menyampaikan isi pengajaran menggunakan perisian kursus yang

berkaitan. Kurang daripada separuh responden menggunakan komputer

untuk aplikasi lain sebagaimana yang boleh dilihat dalam Jadual 17.

Secara keseluruhan dapatan ini menunjukkan lebih ramai guru

menggunakan komputer sebagai ’alat’ berbanding komputer sebagai ’guru’ atau ’pelajar’. Ini dapat dilihat dalam sembilan aplikasi yang mencatatkan

bilangan pengguna tertinggi adalah di bawah kategori komputer sebagai ’alat’. Bilangan pengguna yang menggunakan komputer sebagai ’guru’

walaupun tidak seramai pengguna komputer sebagai ’alat’, namun lebih

baik berbanding penggunaan komputer sebagai ’pelajar’. Sebanyak 38.5%

daripada responden (n = 165) pernah menggunakan perisian Latih Tubi,

(16)

117 lagi (n = 117) pernah menggunakan perisian Tutorial. Manakala bagi

perisian Permainan dan Penyelesaian Masalah, masing-masing mencatat

24.2% (n = 104) dan 23.5% (n = 101).

Bilangan pengguna yang menggunakan komputer sebagai ’pelajar’ adalah

paling rendah. Hanya sejumlah 5.1% daripada responden (n = 22) pernah

membina laman web berkaitan mata pelajaran yang diajar dan hanya 3.7%

(n = 16) sahaja pernah menghasilkan bahan pengajaran menggunakan

perisian multimedia seperti Hyperstudio, Director atau LOGO.

Bagi responden yang menjawab ”Pernah” bagi mana-mana item berkaitan

penggunaan aplikasi komputer dalam Bahagian B soal selidik, mereka

diminta untuk menyatakan kekerapan penggunaan (kali setahun) bagi

tempoh sepanjang tahun 2006 untuk setiap aplikasi yang berkenaan.

Manakala bagi responden yang menjawab ”Tidak Pernah”, skor kekerapan

penggunaan komputer mereka adalah kosong (0). Jadual 17 memaparkan

min kekerapan penggunaan dan sisihan piawai bagi setiap aplikasi

terbabit.

Min kekerapan penggunaan komputer secara keseluruhan adalah 97.81

kali setahun (sepanjang tahun 2006), (S.P = 125.63). Min kekerapan yang

dihasilkan untuk penggunaan komputer sebagai ’alat’ adalah 88.68 kali

setahun, (S.P = 155.42), komputer sebagai ’guru’ pula 8.81 kali setahun, S.P = 18.79) manakala komputer sebagai ’pelajar’ sebanyak .33, iaitu

(17)

118 yang paling kerap digunakan adalah bagi kategori komputer sebagai ’alat’,

diikuti komputer sebagai ’guru’, manakala aplikasi komputer sebagai

’pelajar’ merupakan aplikasi yang paling jarang digunakan oleh para

responden, iaitu purata tidak sampai satu kali dalam setahun.

Jadual 17 : Min Kekerapan Penggunaan Bagi Setiap Kategori Penggunaan Komputer

Aplikasi Komputer Min S.P

Komputer sebagai ’alat’ 88.68 155.42

Komputer sebagai ’guru’ 8.81 18.79

Komputer sebagai ’pelajar’ .33 1.75

Min keseluruhan = 97.81, (S.P = 125.63)

Jadual 18 menunjukkan min kekerapan penggunaan bagi 22 aplikasi yang

terbabit. Didapati skor min kekerapan penggunaan tertinggi adalah bagi

penyediaan rancangan pengajaran menggunakan Pemprosesan Perkataan

(M = 27.75, S.P = 64.67). Ini bermakna, secara puratanya guru-guru

menyediakan rancangan pengajaran menggunakan Pemprosesan

Perkataan sebanyak 28 kali setahun. Skor min kedua tertinggi adalah bagi

penyediaan nota ringkas menggunakan Pemprosesan Perkataan (M =

13.74, S.P = 26.68) dan ini bermakna, guru-guru menyediakan nota

ringkas untuk pelajar menggunakan komputer sebanyak 14 kali setahun.

Aplikasi yang menunjukkan min kekerapan terendah adalah bagi

penggunaan komputer untuk membina laman web berkaitan mata

(18)

119 min kekerapan penggunaan komputer untuk menghasilkan bahan

pengajaran multimedia adalah sebanyak .18 kali setahun (S.P = .89). Ini

menunjukkan penggunaannya yang tidak sampai sekali dalam setahun

atau dengan erti kata lain, boleh dikatakan guru-guru hampir tidak

menggunakannya langsung.

Jadual 18 : Kekerapan Penggunaan Setiap Aplikasi Komputer (Kali Setahun)

Aplikasi Komputer

M S.P

1 Menyediakan rancangan pengajaran menggunakan

Pemprosesan Perkataan (alat) 27.75 64.67

2 Menyediakan nota ringkas untuk pelajar menggunakan

Pemprosesan Perkataan (alat) 13.70 26.68

3 Menyampaikan isi pengajaran menggunakan Perisian

Persembahan (alat) 10.10 27.56

4 Menyampaikan isi pengajaran menggunakan perisian

kursus (courseware) yang berkaitan dengan topik

pengajaran (alat)

9.41 25.12

5 Mencari bahan dari laman-laman web tentang

maklumat yang perlukan untuk pengajaran (alat) 7.69 13.7

6 Menyediakan soalan peperiksaan menggunakan

Pemprosesan Perkataan (alat) 4.66 6.54

7 Menghasilkan nota edaran untuk pelajar menggunaan

Perisian Persembahan (alat) 3.48 12.42

8 Mendapatkan rancangan pengajaran melalui Internet

(alat) 2.67 5.63

9 Membuat pengiraan markah peperiksaan pelajar

menggunakan Helaian Hamparan Elektronik (alat) 2.65 3.59

10 Menggunakan perisian kursus (courseware) jenis Latih

Tubi untuk mengukuhkan pemahaman pelajar (guru) 2.43 6.74

11 Menggunakan perisian kursus (courseware) jenis

Simulasi untuk meningkatkan pemahaman pelajar (guru)

(19)

120

(N = 429)

Nota: (alat) – komputer sebagai ’alat’

(guru) –komputer sebagai ’guru’

(pelajar) –komputer sebagai ’pelajar”

Aplikasi Komputer

M S.P

12 Menggunakan mel elektronik untuk berhubung dengan

guru-guru lain untuk berbincang tentang topik yang diajar (alat)

1.75 5.39

13 Menggunakan perisian kursus (courseware) jenis

Tutorial untuk menyampaikan pengajaran (guru) 1.69 4.60

14 Menghasilkan nota edaran untuk pelajar menggunakan

Peralatan Grafik (alat) 1.61 6.80

15 Menggunakan perisian kursus (courseware) jenis

Permainan untuk menarik minat pelajar (guru) 1.43 4.45

16 Menggunakan aplikasi Helaian Hamparan Elektronik

dalam pengajaran seperti untuk menghasilkan graf (alat)

1.34 3.54

17 Menggunakan perisian kursus (courseware) jenis

Penyelesaian Masalah untuk meningkatkan kemahiran berfikir pelajar (guru)

1.16 2.83

18 Menghasilkan soalan latihan untuk pelajar

menggunakan Peralatan Grafik (alat) 1.05 4.36

19 Menggunakan mel elektronik untuk berhubung dengan

pelajar-pelajar untuk berbincang tentang topik yang dipelajari (alat)

.41 1.96

20 Menghasilkan lukisan mekanikal untuk pengajaran

menggunakan Peralatan Grafik (alat) .39 1.44

21 Menghasilkan bahan multimedia untuk pengajaran

menggunakan perisian seperti Hyperstudio, Director,

atau LOGO (pelajar)

.18 .89

22 Membina laman web berkaitan dengan mata pelajaran

(20)

121

Kewujudan Kondisi Ely Yang Membantu Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Persoalan kedua kajian adalah seperti berikut:

Sejauh manakah tahap kewujudan kondisi Ely yang membantu penggunaan

komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru sekolah

menengah?

Item-item di Bahagian C soal selidik adalah untuk mengukur persepsi guru

terhadap tahap kewujudan lapan kondisi yang dikemukakan oleh Ely (1999).

Responden diminta memberi respon kepada setiap kondisi dengan memilih

salah satu daripada skala Likert yang disediakan dalam soal selidik, iaitu 1 =

Sangat Tidak Setuju, 2 = Tidak Setuju, 3 = Tidak Pasti, 4 = Setuju dan 5 =

Sangat Setuju. Respon bagi setiap penyataan item yang berbentuk

penyataan negatif dikodkan semula mengikut susunan yang songsang iaitu 5

kepada 1, 4 kepada 2, 2 kepada 4 dan 1 kepada 5.

Kewujudan setiap kondisi ditentukan berdasarkan jumlah skor min respon

terhadap penyataan-penyataan item bagi setiap kondisi. Julat min bagi

setiap kondisi adalah dari 5.00 sehingga 25.00 (atau 1.00 sehingga 5.00 bagi

skala 1 hingga 5). Skor 5.00 hingga 25.00 merupakan skor keseluruhan bagi

setiap item yang dikemukakan. Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan

perbandingan dengan lebih mudah, laporan turut memuatkan skor bagi skala

(21)

122 Jumlah skor yang melebihi 17.50 (atau 3.50 bagi skala 1 hingga 5)

menunjukkan bahawa responden cenderung mempersetujui bahawa kondisi

tersebut wujud dalam persekitaran sekolah. Skor yang berjumlah kurang

dari 12.5 (atau 2.50 bagi skala 1 hingga 5) pula menunjukkan responden

lebih cenderung bertanggapan bahawa kondisi terbabit tidak wujud. Skor di

antara 12.50 hingga 17.50 (atau 2.50 hingga 3.50 bagi skala 1 hingga 5)

menunjukkan ketidakpastian responden tentang kewujudan kondisi. Ini juga

menunjukkan tahap kewujudan yang rendah bagi kondisi terbabit.

Secara umumnya persepsi responden terhadap kewujudan kondisi Ely tidak

begitu positif. Sebagaimana yang dapat dilihat dalam Jadual 19, min bagi

kelapan-lapan kondisi tidak mencapai 20.00 atau 4.00 iaitu ”Setuju” pada

skala 1 hingga 5. Tiga kondisi yang agak cenderung dipersetujui responden

sebagai wujud dengan min melebihi 17.50 (3.50) ialah (a) ”Komitmen

Daripada Mereka Yang Terlibat”, (M = 18.59, S.P = 2.64) ) atau (M = 3.72,

S.P = .53), (b) Wujudnya Kepemimpinan”, (M = 18.48, S.P = 3.33) atau (M =

3.68, S.P = .61), dan (c) ”Adanya Ilmu Pengetahuan Dan Kemahiran”, (M =

17.78, S.P = 3.43) atau (M = 3.58, S.P = .69).

Manakala lima lagi kondisi memperolehi min yang kurang dari 17.50 tetapi

lebih dari 12.50 ialah : (a) ”Adanya Ganjaran Dan Insentif Untuk Peserta” M

= 15.70, S.P = 1.84) atau (M = 3.16, S.P = .62), dan (b) ”Sumber Yang

Diperlukan Boleh Didapati” (M = 15.66, S.P = 3.52 atau (M = 3.12, S.P =

.73), (a) ”Ketidakpuasan Dengan Keadaan Semasa” (M = 14.94, S.P = 3.14)

(22)

123 (M = 14.69, S.P = 3.39) atau (M = 2.89 , S.P = .43), serta (c) ”Masa Yang

Diperlukan Ada” (M = 13.62, S.P = 3.65) atau (M = 2.61, S.P = .75). Ini

menunjukkan kewujudan yang rendah bagi lima kondisi terbabit. Secara

keseluruhannya, dapat dilihat bahawa sisihan piawai bagi setiap kondisi

adalah berbeza antara satu sama lain. Ini mungkin disebabkan sampel

kajian ini sendiri yang terdiri guru-guru yang berbeza jenis sekolah dan

bidang, serta berbeza dari sudut kekerapan penggunaan komputer dalam

pengajaran dan pembelajaran. Perbezaan dari sudut penggunaan komputer

ini juga boleh menghasilkan persepsi yang berbeza dalam kalangan guru

tentang kewujudan kondisi yang dikaji.

Secara kesimpulannya, kewujudan kondisi Ely masih lagi rendah dalam

persekitaran sekolah kajian. Ini dapat dilihat daripada min yang diperolehi

bagi semua kondisi yang tidak mencapai 20.00 atau 4.00 iaitu ”Setuju” pada

skala 1 hingga 5. Dapatan juga menunjukkan walaupun dalam kadar yang

rendah, kesemua kondisi Ely adalah wujud dalam persekitaran sekolah

kajian. Ini dapat dilihat di mana min yang diperolehi bagi setiap kondisi

adalah melebihi 10.00 atau 2.00 iaitu ”Tidak Setuju” pada skala 1 hingga 5

(23)

124

Jadual 19 : Skor Min Bagi Kondisi Ely

Skor Keseluruhan

Skor mengikut

Skala 1 – 5

Kondisi Ely M S.P M S.P

1 Komitmen Daripada Mereka Yang Terlibat

18.59 2.64 3.72 .53

2 Wujudnya Kepemimpinan 18.48 3.33 3.68 .61

3 Adanya Ilmu Pengetahuan Dan Kemahiran

17.78 3.43 3.58 .69

4 Adanya Ganjaran Dan Insentif Untuk Peserta

15.70 1.84 3.16 .62

5 Sumber Yang Diperlukan Boleh Didapati

15.66 3.52 3.12 .73

6 Ketidakpuasan Dengan Keadaan Semasa

14.94 3.14 2.92 .74

7 Penglibatan Adalah Diharap Dan Digalakkan

14.69 3.39 2.89 .43

(24)

125

Skor Min Bagi Setiap Kondisi Ely

Jadual 20 hingga 27 memaparkan dapatan kajian daripada respon

terhadap penyataan berkaitan setiap kondisi Ely.

Ketidakpuasan Dengan Keadaan Semasa

Kondisi ”ketidakpuasan dengan keadaan semasa” memperolehi min

keseluruhan sebanyak 14.94 (S.P = 3.14) atau 2.92 (S.P = .74) pada skala

1 hingga 5. Hasil penelitian ke atas skor min bagi setiap item untuk kondisi

ini (Jadual 20) menunjukkan bahawa responden tidak pasti sama ada

mereka berasa perlu mengubah cara pengajaran atau tidak (M = 2.90, S.P

= 1.06) di mana min bagi item ini adalah menghampiri 3.00. Responden

juga didapati tidak pasti sama ada mereka berpuas hati dengan pengajaran

mereka atau sebaliknya (M = 3.38, S.P = 1.00). Namun demikian,

responden lebih bersetuju bahawa pelajar-pelajar berminat dengan

pengajaran mereka (M = 3.65, S.P = .89) serta lebih bersetuju bahawa

mereka perlu beralih kepada penggunaan komputer dalam aktiviti

pengajaran dan pembelajaran (M = 3.86, S.P = .98). Berdasarkan min

keseluruhan pula iaitu 14.94 atau 2.92 (pada skala 1 hingga 5), dikatakan bahawa tahap kewujudan kondisi ”ketidakpuasan dengan keadaan

semasa” adalah rendah di mana min menghampiri 15.00 (atau 3.00) yang

(25)

126

Jadual 20 : Kekerapan Dan Peratusan Respon Terhadap Penyataan

Berkaitan ”Ketidakpuasan dengan Keadaan Semasa”

Kenyataan kondisi STS n % TS n % TP n % S n % SS n %

M S.P

A1 Pelajar tidak

berminat dengan cara pengajaran sekarang. 43 10.0% 262 61.6% 67 15.6% 45 10.5% 12 2.8%

3.65 .89

A2 Tidak berpuas hati dengan cara pengajaran sekarang. 34 (7.9%) 216 (50.3%) 70 (16.3%) 98 (22.8%) 11 (2.6%)

3.38 1.00

A3 Berasa perlu untuk mengubah cara pengajaran.¹ 34 (7.9%) 121 (28.2% 132 (30.8%) 113 (26.3%) 44 (10.3%)

2.90 1.06

A4 Tidak wujud keperluan untuk beralih kepada penggunaan komputer dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.² 5 (1.2%) 47 (11.0%) 69 (16.2%) 189 (44.1%) 112 (27.7%)

3.86 .98

A5

Bahan-bahan pengajaran sedia ada tidak dapat membekalkan maklumat yang terkini kepada para pelajar. 13 (3.0%) 90 (21.0%) 90 (21.0%) 178 (41.5%) 57 (13.3%)

3.41 1.06

¹ Seorang responden tidak menjawab item ini ² Dua orang responden tidak menjawab item ini STS – Sangat Tidak Setuju

TS – Tidak Setuju TP – Tidak Pasti S – Setuju

SS – Sangat Setuju

Adanya Ilmu Pengetahuan Dan Kemahiran

Kondisi ”adanya ilmu pengetahuan dan kemahiran” memperolehi min

sebanyak 17.78 (S.P = 3.43) atau 3.58 (S.P = .69). Penelitian ke atas min

bagi setiap item untuk kondisi ini (Jadual 21) menunjukkan bahawa

(26)

127 pengajaran (M = 3.47, S.P = .90), mempunyai pengetahuan tentang

peranan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran (M = 4.03, S.P =

.63) serta boleh menyediakan bahan pengajaran menggunakan komputer

(M = 3.89, S.P = .77). Walau bagaimanapun, bagi segi pengetahuan untuk

mengintegrasikan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran, dapatan

menunjukkan responden masih kekurangan pengetahuan dari aspek

tersebut (M = 2.51, S.P = .99) serta kekurangan kemahiran untuk

merancang penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran

mereka (M = 2.82, S.P = 1.09). Berdasarkan min keseluruhan pula iaitu

17.78 atau 3.58, dikatakan bahawa tahap kewujudan kondisi ” adanya ilmu

pengetahuan dan kemahiran” adalah masih rendah di mana min lebih

hampir kepada 20.00 (atau 4.00) yang menunjukkan responden bersetuju

(27)

128

Jadual 21 : Kekerapan Dan Peratusan Respon Terhadap Penyataan Berkaitan ” Adanya Ilmu Pengetahuan Dan Kemahiran”

Kenyataan kondisi STS n % TS n % TP n % S n % SS n %

M S.P

B1 Mempunyai

kemahiran yang cukup untuk menggunakan komputer dalam pengajaran saya. 11 (2.6%) 62 (14.5%) 96 (22.4%) 234 (54.5%) 26 (6.1%)

3.47 .90

B2 Mempunyai

pengetahuan tentang peranan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. 0 (0.0%) 19 (4.4%) 21 (4.9%) 315 (73.4%) 74 (17.2%)

4.03 .63

B3 Mempunyai

pengetahuan tentang bagaimana untuk mengintegrasikan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. 10 (2.3%) 70 (16.3%) 106 (24.7%) 183 (42.7%) 59 (13.8%)

2.51 .99

B4 Boleh menyediakan

bahan pengajaran menggunakan komputer. 3 (0.7%) 31 (7.2%) 43 (10.0%) 284 (66.2%) 69 (15.9%)

3.89 .77

B5 Mempunyai

kemahiran yang mencukupi untuk merancang penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. 16 (3.4%) 126 (29.4%) 105 (24.5%) 129 (30.1%) 53 (12.4%)

2.82 1.09

STS – Sangat Tidak Setuju TS – Tidak Setuju TP – Tidak Pasti S – Setuju

(28)

129

Sumber Yang Diperlukan Boleh Didapati

Min bagi kondisi ”sumber yang diperlukan boleh didapati” adalah sebanyak

15.66 (S.P = 3.52) atau 3.12 (S.P = .73). Secara keseluruhan, didapati

kebanyakan respon yang diberikan lebih cenderung kepada tidak pasti. Ini

berdasarkan min yang diperolehi bagi setiap item bagi kondisi ini adalah

lebih menghampiri 15.00 atau 3.00 (Jadual 22).

Dapatan menunjukkan responden hampir tidak pasti dengan kenyataan

bahawa mereka dapat mengakses kemudahan komputer di sekolah tanpa

sebarang masalah (M = 3.22, S.P = .94). Responden juga didapati tidak

pasti sama ada sekolah mereka mempunyai peralatan komputer yang

mencukupi untuk digunakan dalam pangajaran atau tidak (M = 3.15, S.P =

1.03). Begitu juga dengan kewujudan perisian (M = 3.34, S.P = .91), serta

peruntukan untuk menyokong penggunaan komputer dalam pengajaran

dan pembelajaran di sekolah mereka (M = 3.22, S.P = 1.03). Berdasarkan

min keseluruhan pula iaitu 15.66 atau 3.12 dikatakan bahawa tahap

kewujudan kondisi ”sumber yang diperlukan boleh didapati” adalah masih

rendah di mana min menghampiri 15.00 (atau 3.00) yang menunjukkan

(29)

130

Jadual 22 : Kekerapan Dan Peratusan Respon Terhadap Penyataan Berkaitan” Sumber Yang Diperlukan Boleh Didapati”

Kenyataan kondisi STS

n % TS n % TP n % S n % SS n %

M S.P

C1 Dapat mengakses

kemudahan untuk menggunakan komputer bagi pengajaran di sekolah tanpa sebarang masalah. 16 (3.7%) 83 (19.3%) 145 (33.8%) 161 (37.5%) 24 (5.6%)

3.22 .94

C2 Sekolah mempunyai

peralatan komputer yang mencukupi untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. 26 (6.1%) 101 (23.5%) 108 (25.2%) 170 (39.6%) 24 (5.6%)

3.15 1.03

C3 Terdapat perisian

(courseware) yang sesuai di sekolah untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.¹ 11 (2.6%) 73 (17.0%) 129 (30.1%) 191 (44.5%) 24 (5.6%)

3.34 .91

C4 Sekolah mempunyai peruntukan mencukupi untuk menyokong penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. 39 (9.1%) 150 (35.0% 126 (29.4%) 94 (21.9%) 20

(4.7%) 3.22 1.03

C5 Boleh menggunakan

makmal komputer apabila diperlukan tanpa masalah. 29 (16.8%) 73 (17.0%) 133 (31.0%) 172 (40.1%) 22 (5.1%)

3.20 1.00

¹ Seorang responden tidak menjawab item ini STS – Sangat Tidak Setuju

TS – Tidak Setuju TP – Tidak Pasti S – Setuju

(30)

131

Adanya Ganjaran Dan Insentif Untuk Peserta

Kondisi ”adanya ganjaran dan insentif untuk peserta” mencatatkan min

sebanyak 15.79 (S.P = 1.84) atau 3.16 (S.P = .62) bagi skala 1 hingga 5.

Min yang diperolehi menunjukkan lebih banyak respon yang menghampiri

”Tidak Pasti” iaitu skor 15.00 atau 3.00 bagi skala 1 hingga 5 (Jadual 23).

Dapat diperhatikan bahawa responden mempunyai tanggapan yang hampir

tidak pasti terhadap aspek insentif kewangan terhadap guru daripada

Kementerian Pelajaran Malaysia (M = 2.98, S.P = 1.14). Ini berdasarkan

min yang menghampiri nilai 3.0. Responden juga boleh dikatakan hampir

tidak pasti terhadap aspek insentif daripada pihak sekolah kepada

guru-guru yang menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran

mereka (M = 3.20, S.P = 1.02). Begitu juga dengan pengiktirafan rasmi

daripada pihak sekolah terhadap guru yang menggunakan komputer dalam

pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun, dapatan

menunjukkan responden cenderung untuk bersetuju bahawa pihak

Kementerian Pelajaran Malaysia memberi peluang kepada guru-guru untuk

mempelajari penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran

(M = 3.78, S.P = .99). Berdasarkan min keseluruhan pula iaitu 15.79 (S.P

= 1.84) atau 3.16 (S.P = .62), dikatakan bahawa tahap kewujudan kondisi ”adanya ganjaran dan insentif untuk peserta” adalah masih rendah di

mana min menghampiri 15.00 (atau 3.00) yang menunjukkan responden

(31)

132

Jadual 23 : Kekerapan Dan Peratusan Respon Terhadap Penyataan Berkaitan” Adanya Ganjaran Dan Insentif Untuk Peserta”

Kenyataan kondisi STS n % TS n % TP n % S n % SS n %

M S.P

D1 Pihak sekolah menyediakan insentif kepada guru-guru yang menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. 32 (7.5%) 159 (37.1%) 122 (28.5%) 94 (21.9%) 22 (5.1%)

3.20 1.02

D2 Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan insentif kewangan kepada guru yang menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran.¹ 5 (12.8%) 100 (23.5%) 90 (21.0%) 163 (38.0%) 20 (4.7%)

2.98 1.14

D3 Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia memberi peluang kepada guru mempelajari penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. 7 (1.6%) 46 (10.7%) 30 (7.0%) 293 (68.3%) 53 (12.4%)

3.78 .99

D4 Pihak sekolah memberikan pengiktirafan kepada guru yang menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. 23 (5.4% 164 (38.2%) 135 (31.5%) 82 (19.1%) 25 (1.6%)

3.18 .99

D5 Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia memberikan peruntukan tambahan untuk menggalakkan penggunaan komputer dalam P&P 18 (4.2%) 60 (14.0%) 82 (19.1%) 241 (56.2%) 28 (6.5%)

3.47 .96

¹ Seorang responden tidak menjawab item ini STS – Sangat Tidak Setuju

TS – Tidak Setuju TP – Tidak Pasti S – Setuju

(32)

133

Masa Yang Diperlukan Ada

Kondisi ” masa yang diperlukan ada” mencatatkan min persepsi sebanyak

13.62 (S.P = 3.65) atau 2.61 (S.P = .75). Penelitian ke atas min setiap item

(Jadual 24) menggambarkan responden lebih cenderung mempersetujui

bahawa mereka mempunyai masa untuk mempelajari teknik baru dalam

penggunaan komputer (M = 3.58), mempunyai masa untuk merancang

penggunaan komputer dalam pengajaran (M = 3.58, S.P = .90) serta

mempunyai masa untuk menyediakan bahan pengajaran menggunakan

komputer (M = 3.64, S.P = .90). Walau bagaimanapun, responden kurang

pasti terhadap penyataan yang mereka mempunyai masa untuk

mendapatkan bantuan daripada guru yang lebih berpengalaman berkaitan

penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran (M = 2.83, S.P

= .99). Responden juga didapati kurang pasti dengan penyataan yang

mereka mempunyai masa yang cukup untuk melaksanakan pengajaran

menggunakan komputer (M = 2.82, 1.08). Ini berdasarkan min yang

menghampiri 3.0. Berdasarkan min keseluruhan bagi kondisi ini iaitu 13.62

(S.P = 3.65) atau 2.61 (S.P = .75), dikatakan bahawa kewujudan kondisi

(33)

134

Jadual 24 : Kekerapan Dan Peratusan Respon Terhadap Penyataan Berkaitan” Masa Yang Diperlukan Ada”

Kenyataan kondisi STS

n % TS n % TP n % S n % SS n %

M S.P

E1 Mempunyai masa

yang cukup untuk mendapatkan bantuan daripada guru yang lebih berpengalaman untuk menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. 29 (6.8%) 154 (35.9%) 122 (28.4%) 109 (25.4%) 15 (3.5%)

2.83 .99

E2 Mempunyai masa

yang cukup untuk mempelajari teknik baru dalam penggunaan komputer. 43 (10.0%) 234 (54.5%) 91 (21.2%) 51 (11.9%) 10 (2.3%)

3.58 .90

E3 Mempunyai masa

yang cukup untuk merancang penggunaan komputer dalam pengajaran. 22 (5.1%) 227 (52.9%) 63 (14.7%) 108 (25.2%) 9 (2.1%)

3.58 .91

E4 Mempunyai masa

yang cukup untuk melaksanakan pengajaran menggunakan komputer. 23 (5.0%) 200 (46.6%) 63 (14.2%) 117 (27.3%) 26 (6.1%)

2.82 1.08

E5

Mempunyai masa yang cukup untuk menyediakan bahan pengajaran menggunakan komputer untuk pelajar.¹ 50 (11.7%) 235 (54.8%) 95 (22.1%) 34 (7.9%) 14 (3.3%)

3.64 .90

¹ Seorang responden tidak menjawab item ini STS – Sangat Tidak Setuju

TS – Tidak Setuju TP – Tidak Pasti S – Setuju

(34)

135

Penglibatan Adalah Diharap Dan Digalakkan

Kondisi ”penglibatan adalah diharap dan digalakkan” memperolehi min

sebanyak 14.69 (S.P = 3.39) atau 2.89 (S.P = .43). Hasil penelitian ke

atas min yang diperolehi bagi setiap item bagi kondisi ini (Jadual 25)

mendapati responden tidak begitu pasti sama ada mereka mempunyai

wakil dalam jawatankuasa sekolah untuk menyampaikan cadangan

berkaitan penggunaan komputer di sekolah (M = 2.94, S.P = .96). Begitu

juga dengan penyataan sama ada mereka terlibat dalam proses membuat

keputusan tentang penggunaan komputer dalam pengajaran dan

pembelajaran (M = 2.60, S.P = 1.03) serta bagi penyataan sama ada

mereka diberi peluang untuk memberi pendapat dalam proses membuat

keputusan berkaitan penggunaan komputer (M = 3.04, S.P = .95). Ini

dapat diperhatikan berdasarkan min yang menghampiri 3.00. Walau

bagaimanapun, responden didapati lebih bersetuju yang mereka

membincangkan isu-isu penggunaan komputer dalam pengajaran dengan

rakan-rakan guru (M = 3.52 S.P = .86) di mana min menghampiri 4.00.

Berdasarkan min keseluruhan pula iaitu 14.69 (S.P = 3.39) atau 2.89 (S.P

= .43), dikatakan bahawa tahap kewujudan kondisi ”penglibatan adalah diharap dan digalakkan” adalah masih rendah di mana min menghampiri

15.00 (atau 3.00) yang menunjukkan responden tidak begitu pasti dengan

(35)

136

Jadual 25 : Kekerapan Dan Peratusan Respon Terhadap Penyataan Berkaitan ” Penglibatan Adalah Diharap Dan Digalakkan”

Kenyataan kondisi STS

n % TS n % TP n % S n % SS n %

M S.P

F1 Terlibat dalam proses membuat keputusan tentang penggunaan

komputer di sekolah.

52 (12.1%) 177 (41.3%) 100 (23.3%) 86 (20.0%) 12 (2.8%)

2.60 1.03

F2 Mempunyai wakil

dalam jawatankuasa sekolah untuk menyampaikan cadangan berkaitan penggunaan komputer. 11 (2.6%) 127 (29.6%) 142 (33.1%) 121 (28.2%) 27 (6.3%)

2.94 .96

F3 Membincangkan

isu-isu pelaksanaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dengan pengetua. 21 (4.9%) 196 (45.7%) 97 (22.6%) 90 (21.0%) 25 (5.8%)

3.23 1.02

F4 Diberi peluang untuk

terlibat dalam proses membuat keputusan berkaitan

penggunaan

komputer di sekolah.

17 (4.0%) 132 (30.8%) 154 (35.9%) 105 (24.5%) 21 (4.9%)

3.04 .95

F5 Membincangkan

isu-isu pelaksanaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dengan rakan guru.

8 (1.9%) 61 (14.2%) 81 (18.9%) 260 (60.6%) 19 (4.9%)

3.52 .86

¹ Dua orang responden tidak menjawab item ini STS – Sangat Tidak Setuju

TS – Tidak Setuju TP – Tidak Pasti S – Setuju

(36)

137

Komitmen Daripada Mereka Yang Terlibat

Kondisi ”komitmen daripada mereka yang terlibat” menunjukkan min

sebanyak 18.59 (S.P= 2.64) atau 3.72 (S.P = .53) bagi skala 1 hingga 5.

Hasil penelitian ke atas min yang diperolehi bagi setiap item bagi kondisi ini

(Jadual 26) mendapati responden bersetuju dengan komitmen daripada

pihak Kementerian Pelajaran Malaysia yang memberi penekanan terhadap

penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran (M = 4.12, S.P

= .59). Selain daripada komitmen pihak kementerian, penekanan daripada

pihak pentadbir sekolah terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran

dan pembelajaran turut dipersetujui oleh responden di mana min yang

diperolehi menghampiri 4.00 (M = 3.69, S.P = .86). Responden juga turut

menyatakan komitmen mereka terhadap penggunaan komputer dalam

pengajaran dan pembelajaran (M = 3.63, S.P = .72).

Walau bagaimanapun, respon yang diterima bagi penyataan berkaitan

komitmen daripada rakan guru sekolah terhadap penggunaan komputer

dalam pengajaran dan pembelajaran (M = 2.43, S.P = .84) adalah rendah.

Hal yang sama dapat dilihat pada respon untuk penyataan yang pihak

sekolah memberikan sokongan terhadap penggunaan komputer dalam

pengaajran dan pembelajaran (M = 2.40, S.P = .92). Berdasarkan min

keseluruhan pula iaitu 18.59 (S.P= 2.64) atau 3.72 (S.P = .53), dikatakan

bahawa tahap kewujudan kondisi ”komitmen daripada mereka yang

terlibat” adalah agak tinggi di mana min menghampiri 20.00 (atau 4.00)

(37)

138

Jadual 26 : Kekerapan Dan Peratusan Respon Terhadap Penyataan Berkaitan” Komitmen Daripada Mereka Yang Terlibat”

Kenyataan kondisi STS

n % TS n % TP n % S n % SS n %

M S.P

G1 Pihak pentadbir

sekolah memberikan sokongan terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran.¹ 6 (1.4%) 35 (8.2%) 160 (37.3%) 149 (34.7%) 77 (17.9%)

2.40 .92

G2

Pihak pentadbir sekolah menekankan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. 5 (1.2%) 42 (9.8%) 89 (21.0%) 238 (55.5%) 55 (12.8%)

3.69 .86

G3

Rakan guru di sekolah memberi sokongan terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. 1 (0.2%) 35 (8.2%) 174 (40.6%) 157 (36.6%) 62 (14.5%)

2.43 .84

G4 Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia memberikan penekanan terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. 0 (0.0%) 8 (1.9%) 30 (7.0%) 293 (68.3%) 98 (22.8%)

4.12 .59

G5 Komited dengan penggunaan komputer dalam pengajaran.² 2 (0.5%) 21 (4.9%) 147 (34.3%) 222 (51.7%) 36 (8.4%)

3.63 .72

¹ Dua orang responden tidak menjawa item ini ² Seorang responden tidak menjawab item ini

STS – Sangat Tidak Setuju TS – Tidak Setuju TP – Tidak Pasti S – Setuju

SS – Sangat Setuju

Wujudnya Kepemimpinan

Min persepsi responden kedua tertinggi adalah bagi kondisi ”wujudnya

kepemimpinan” adalah sebanyak 18.48 (S.P = 3.33) atau 3.68 (S.P = .61).

Penelitian ke atas min bagi setiap item untuk kondisi ini (Jadual 27)

(38)

139 pentadbir sekolah mereka sentiasa memastikan latihan yang sesuai

diberikan kepada guru berkaitan penggunaan komputer dalam pengajaran

dan pembelajaran (M = 3.52, S.P = .78), dan sentiasa memastikan

kemudahan untuk menggunakan komputer dalam pengajaran dan

pembelajaran boleh didapati dengan mudah (M = 3.57, S.P = .85). Ini

berdasarkan min yang menghampiri 4.00. Responden juga bertanggapan

bahawa pentadbir sekolah mereka bersedia membincangkan masalah yang

dihadapi oleh guru berkaitan penggunaan komputer dalam pengajaran dan

pembelajaran (M = 3.76, S.P = .70). Responden juga cenderung

mempersetujui bahawa guru-guru di sekolah mereka mendapat sokongan

daripada pihak pentadbir untuk menggunakan komputer dalam pengajaran

dan pembelajaran (M = 3.83, S.P = .71). Walau bagaimanapun, respon bagi

penyataan bahawa pengetua sekolah memberi galakan yang diperlukan

untuk menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran hanya

mencatat min sebanyak 2.26 (S.P = .93) dan ini menggambarkan responden

lebih cenderung untuk tidak bersetuju dengan penyataan tersebut.

Berdasarkan min keseluruhan pula iaitu 18.48 (S.P = 3.33) atau 3.68 (S.P =

.61), dikatakan bahawa tahap kewujudan kondisi ”wujudnya kepemimpinan”

adalah agak tinggi di mana min menghampiri 20.00 (atau 4.00) yang

(39)

140

Jadual 27 : Kekerapan Dan Peratusan Respon Terhadap Penyataan Berkaitan” Wujudnya Kepemimpinan ”

Kenyataan kondisi STS

n % TS n % TP n % S n % SS n %

M S.P

H1 Pihak pentadbir

sekolah memastikan latihan diberikan kepada guru berkaitan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. 7 (1.6%) 35 (8.2%) 135 (31.5%) 232 (54.1%) 20 (4.7%)

3.52 .78

H2 Pihak pentadbir

sekolah memastikan kemudahan menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran boleh didapati dengan mudah.¹ 10 (2.3%) 42 (9.8%) 98 (2.8%) 249 (58.0%) 29 (6.8%)

3.57 .85

H3 Guru-guru di sekolah

mendapat sokongan pihak pentadbir untuk menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. 3 (0.7%) 23 (5.4%) 61 (14.2%) 297 (69.2%) 45 (10.5%)

3.83 .71

H4 Pentadbir sekolah

bersedia

membincangkan masalah guru yang menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. 2 (0.5%) 23 (5.4%) 88 (20.5%) 277 (64.6%) 39 (9.1%)

3.76 .70

H5

Pengetua sekolah memberi galakan yang diperlukan untuk menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran saya. 7 (1.6%) 21 (4.9%) 150 (35.0%) 148 (34.5%) 105 (24.0%)

2.26 .93

¹ Seorang responden tidak menjawab item ini STS – Sangat Tidak Setuju

TS – Tidak Setuju TP – Tidak Pasti S – Setuju

(40)

141

Kewujudan Kondisi Selain Kondisi Ely

Item yang berbentuk soalan terbuka di dalam set soal selidik adalah

bertujuan untuk mengenalpasti sama ada wujud kondisi lain selain

daripada apa yang dikemukakan oleh Ely (1990a, 1999). Soalan ini

memberi peluang kepada guru-guru untuk menyatakan kondisi atau aspek

lain yang dirasakan telah membantu atau menggalakkan mereka

menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Seramai 76 responden (17.72%) telah memberi respon kepada soalan

tersebut. Respon-respon yang diterima telah dianalisa serta dikategorikan

mengikut tema yang berkaitan.

Jadual 28 menunjukkan ringkasan daripada respon yang dikemukakan

oleh responden bagi item tersebut. Dapatan kajian menunjukkan

kebanyakan respon yang diterima secara umumnya mempunyai

persamaan dengan kondisi yang dikemukakan oleh Ely (1990a, 1999).

Kondisi yang paling kerap dikemukakan adalah ”wujudnya kemudahan

sumber”. Seramai 28 orang guru menyatakan kewujudan sumber yang

diperlukan di sekolah telah menggalakkan penggunaan komputer dalam

pengajaran dan pembelajaran. Antara contoh respon yang diberi adalah :

(a) ”makmal komputer yang boleh digunakan bila-bila masa untuk

pengajaran”, (b) ”kemudahan internet membolehkan saya mencari bahan

berkaitan”, (c) ”bekalan CD dari Kementerian untuk pengajaran Sains

dalam Bahasa Inggeris”. Ini merangkumi aspek kewujudan sumber sebagai

(41)

142 perisian terutama bagi guru yang terlibat dengan Pengajaran dan

Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Seramai 12 orang menyatakan respon berkaitan ”ketidakpuasan dengan

keadaan semasa” sebagai kondisi yang membantu mereka menggunakan

komputer dalam pengajaran. Antara contoh respon bagi kondisi ini adalah:

(a) ”cara pengajaran kurang menarik jika tidak menggunakan komputer”,

(b) ”permintaan daripada pelajar agar guru menggunakan komputer”, dan

(c) ”pengajaran sekarang memerlukan penggunaan komputer”.

Seramai 11 orang responden menyatakan aspek pengetahuan dan

kemahiran sebagai kondisi yang membantu mereka menggunakan

komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Contoh respon bagi

kondisi ini adalah : (a) ”kemahiran yang diperolehi dari kursus dan latihan”,

dan (b) ”pendedahan awal tentang komputer banyak membantu penggunaan dalam pengajaran”. Kondisi lain yang turut dinyatakan adalah

berkaitan ”masa yang diperlukan ada” (satu orang), sokongan daripada

pentadbir (satu orang) dan insentif untuk guru (satu orang). Kesemua

kondisi yang dinyatakan ini mempunyai persamaan dengan apa yang

dikemukakan oleh Ely.

Selain itu, didapati wujud satu lagi kondisi yang tidak termasuk dalam lapan

kondisi Ely. Kondisi yang dimaksudkan adalah ciri-ciri atau atribut

komputer yang dikemukakan oleh seramai 20 orang responden. Antara

(42)

143 disimpan dan diguna semua”, (b) ”penggunaan komputer menarik minat

pelajar”, (c) ”penggunaan komputer membantu pelajar lebih faham topik

yang diajar” dan (d) ”komputer menjimatkan masa dan mempercepatkan

pengajaran”. Ciri-ciri atribut inovasi ini telah disarankan dalam Teori Difusi

Inovasi oleh Rogers (2003).

Jadual 28 : Kekerapan Dan Peratusan Kewujudan Kondisi Selain Kondisi Ely

* kondisi yang termasuk di bawah kondisi Ely

Bil. Kondisi n %

1 *Sumber yang diperlukan boleh didapati 28 6.52

2 Ciri-ciri atribut komputer 20 4.66

3 *Ketidakpuasan dengan keadaan semasa

12 2.80

4 *Adanya ilmu dan kemahiran 11 2.56

5 *Masa yang cukup 1 .23

6 *Sokongan daripada pentadbir 1 .23

(43)

144

Perbezaan Kekerapan Penggunaan Komputer Berdasarkan Bidang Pengajaran

Analisis yang dijalankan adalah untuk menjawab hipotesis penyelidikan

yang pertama (Ha1) iaitu:

Ha1 Terdapat perbezaan yang signifikan dalam kekerapan penggunaan

komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru

sekolah menengah berdasarkan bidang pengajaran.

Sebelum pengujian hipotesis tersebut dijalankan, terlebih dahulu

dibentangkan dapatan perbandingan deskriptif (min dan sisihan piawai)

bagi setiap bidang. Jadual 29 menunjukkan guru-guru bidang Sains

merupakan golongan yang paling kerap menggunakan komputer bagi

keseluruhan aplikasi (M = 124.66 kali setahun, (S.P = 134.49). Min kedua

tertinggi adalah dalam kalangan guru bidang Teknikal iaitu 105.48 kali

setahun, (S.P = 132.00) diikuti oleh bidang Bahasa (M = 96.53, S.P =

134.26) manakala guru bidang Kemanusiaan merupakan golongan yang

paling kurang menggunakan komputer bagi keseluruhan aplikasi (M =

(44)

145

Jadual 29 : Min dan Sisihan Piawai Kekerapan Penggunaan Keseluruhan Aplikasi Komputer Berdasarkan Bidang Pengajaran

Bidang Bilangan Min

(Kali setahun)

Sisihan Piawai

Sains 117 124.66 134.49

Teknikal 92 105.48 132.00

Bahasa 122 96.53 134.26

Kemanusiaan 98 60.16 82.59

Untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas, pembahagian telah dibuat

mengikut kategori penggunaan komputer iaitu sebagai ’alat’, guru’ dan

’pelajar’. Penggunaan komputer sebagai ’alat’, menyaksikan guru-guru

bidang Sains memperolehi min kekerapan tertinggi iaitu 106.15 kali

setahun (S.P = 117.92). Guru bidang Kemanusiaan pula memperolehi min

kekerapan terendah (M = 57.09, S.P = 79.24). Dapatan lengkap adalah

sebagaimana yang dipaparkan dalam Jadual 30.

Bagi kategori penggunaan komputer sebagai ’guru’ juga, sekali lagi

memperlihatkan guru-guru bidang Sains memperolehi min kekerapan

tertinggi iaitu 18.18 kali setahun (S.P = 27.24). Ini bermakna guru-guru

bidang Sains lebih banyak menggunakan perisian khusus untuk

pengajaran berbanding guru-guru dari bidang lain. Guru-guru bidang

Teknikal mencatat min sebanyak 6.90 kali setahun (S.P = 15.86) diikuti

oleh bidang Bahasa (M = 6.36, S.P = 14.18). Min kekerapan terendah

(45)

146 Bagi kategori komputer sebagai ’pelajar’, didapati tidak wujud banyak

perbezaan antara min penggunaan antara bidang bagi kategori ini di mana

masing-masing mencatatkan min yang kurang daripada nilai 1. Ini

menggambarkan penggunaan komputer untuk tujuan ini adalah sangat

minima dalam kalangan guru.

Jadual 30 : Min dan Sisihan Piawai Kekerapan Penggunaan Komputer

Sebagai ’Alat’, ’Guru’ dan ’Pelajar’ Berdasarkan Bidang Pengajaran

Bidang Bilangan

Alat Guru Pelajar

M S.P M S.P M S.P

Kemanusiaan 98 57.09 79.24 2.44 5.14 .62 3.25

Teknikal 92 98.29 123.63 6.90 15.86 .29 1.02

Bahasa 122 90.06 126.85 6.36 14.18 .10 .54

Sains 117 106.15 117.92 18.18 27.24 .32 1.08

Analisis ANOVA telah dijalankan untuk melihat sama ada wujud perbezaan

yang signifikan dalam kekerapan penggunaan komputer bagi aplikasi

komputer sebagai ’alat’, ’guru’ dan ’pelajar’ serta aplikasi keseluruhan

antara bidang pengajaran.

Walau bagaimanapun, untuk mengelakkan dari berlakunya Ralat Jenis I

(menolak hipotesis nul yang benar), penyelidik telah menetapkan aras

signifikan yang lebih kecil kerana menurut Mohd Majid Konting (2004),

untuk mengurangkan risiko Ralat Jenis I, aras signifikan haruslah lebih

kecil kerana semakin kecil aras signifikan yang ditentukan, maka

(46)

147 Salah satu cara untuk menentukan aras signifikan yang lebih kecil adalah

dengan menggunakan pengubahsuaian Benferroni (Pallant, 2006) iaitu

dengan membahagikan nilai alpha yang normal ( .05) kepada jumlah

pembolehubah yang digunakan. Dalam penganalisan ini, terdapat tiga

pemboleh ubah yang dikaji iaitu komputer sebagai ’alat’, komputer sebagai

’guru’ dan komputer sebagai ’pelajar’. Oleh itu, nilai alpha .05 dibahagikan

kepada tiga menjadikan nilai signifikan yang bari adalah .0166 atau .017.

Berdasarkan aras signifikan sebanyak .017, ujian ANOVA telah dijalankan.

Sebagaimana yang boleh dilihat dalam Jadual 31 didapati wujud

perbezaan yang signifikan antara guru berlainan bidang dalam penggunaan komputer sebagai ’alat’, F (3,418) = 3.54, p < .017 (Partial Eta

Squared = .04). Perbandingan post-hoc menggunakan ujian Tukey HSD menunjukkan skor min bagi guru-guru dari bidang Kemanusiaan (M =

60.16, S.P = 82.59) adalah berbeza secara signifikan dengan guru-guru

dari bidang Sains (M = 124.66, S.P = 134.49). Dapatan ini menunjukkan

wujudnya jurang yang ketara dalam kekerapan penggunaan bagi

keseluruhan aplikasi komputer antara guru bidang Sains dengan guru dari

(47)

148

Jadual 31 : Ujian ANOVA Kekerapan Penggunaan Komputer Sebagai

‘Alat’ Berdasarkan Bidang Pengajaran

Jumlah kuasa dua

Dk Min kuasa

dua

F Partial Eta Squared

Antara kumpulan

127168.79 3 42389.60 3.54* .04

Dalam kumpulan

5007877.15 418 11980.56

Jumlah

5135045.95 421

** p < .017 (2-tailed)

Bagi kategori penggunaan komputer sebagai ’guru’, hasil analisis ANOVA

mendapati wujud perbezaan yang signifikan dalam kekerapan penggunaan

komputer sebagai ’guru’ antara bidang pengajaran, F(3,425) = 25.30, p <

.017 (Partial Eta Squared = 0.15) sebagai mana dalam Jadual 32. Untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang kumpulan mana yang

menyebabkan perbezaan signifikan (Chua, 2006) perbandingan post-hoc

menggunakan ujian Tukey HSD telah digunakan. Dapatan menunjukkan

skor min bagi guru-guru dari bidang Sains (M = 18.18, S.P = 27.24) adalah

berbeza secara signifikan dengan guru-guru dari semua bidang. Ini secara

tidak langsung memberi gambaran bahawa guru-guru bidang Sains adalah

(48)

149

Jadual 32 : Ujian ANOVA Kekerapan Penggunaan Komputer Sebagai

‘Guru’ Berdasarkan Bidang Pengajaran

Jumlah kuasa dua

Dk Min kuasa

dua

F Partial Eta Squared

Antara kumpulan

142.27 3 47.42 25.30* .15

Dalam kumpulan

796.49 425 1.87

Jumlah

938.77 428

** p < .017 (2-tailed)

Walau bagaimanapun, dapatan menunjukkan tidak wujud perbezaan yang

signifikan dalam kekerapan penggunaan komputer sebagai ’pelajar’ antara

guru-guru berlainan bidang pengajaran, F(3,425) = 1.59, p > .017 (Jadual

33) . Ini bermakna penggunaan komputer bagi aplikasi tersebut adalah

sama bagi kesemua guru dari keempat bidang. Penggunaannya juga

adalah sangat rendah iaitu tidak sampai sekali dalam setahun.

Jadual 33 : Ujian ANOVA Kekerapan Penggunaan Komputer Sebagai

‘Pelajar’ Berdasarkan Bidang Pengajaran

Jumlah

kuasa dua dk

Min kuasa

dua F

Partial Eta Squared

Antara kumpulan 14.58 3 4.861 1.59 .01

Dalam kumpulan

1295.38 425 3.048

Jumlah

(49)

150

Perbezaan Kekerapan Penggunaan Komputer Berdasarkan Jenis Sekolah

Analisis yang dijalankan adalah untuk menjawab hipotesis penyelidikan

yang kedua (Ha2) iaitu:

Ha2 Terdapat perbezaan yang signifikan dalam kekerapan penggunaan

komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru

sekolah menengah berdasarkan jenis sekolah.

Sebelum pengujian hipotesis tersebut dijalankan, terlebih dahulu

dibentangkan dapatan perbandingan deskriptif (min dan sisihan piawai)

bagi kekerapan penggunaan komputer dalam pengajaran dan

pembelajaran bagi setiap jenis sekolah. Jadual 34 menunjukkan guru-guru

Sekolah Menengah Berasrama Penuh memperolehi min kekerapan

penggunaan aplikasi keseluruhan yang tertinggi iaitu 150.38 kali setahun,

(S.P = 150.60). Min kedua tertinggi adalah dalam kalangan guru Sekolah

Menengah Teknik iaitu 82.09 kali setahun, (S.P = 105.04) diikuti oleh

Sekolah Menengah Agama (M = 80.69, S.P = 118.01) manakala min

terendah adalah bagi guru Sekolah Menengah Harian adalah 66.02, (S.P

= 97.66). Ini bermakna guru-guru Sekolah Menengah Berasrama Penuh

paling kerap menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran

berbanding guru-guru dari tiga jenis sekolah yang lain. Manakala guru dari

Sekolah Menengah Harian pula merupakan golongan yang paling kurang

(50)

151

Jadual 34 : Min Dan Sisihan Piawai Kekerapan Penggunaan Keseluruhan Aplikasi Komputer Berdasarkan Jenis Sekolah

Sekolah Menengah N Min

(Kali setahun)

S.P

Asrama Penuh 123 150.38 150.60

Teknik 110 82.09 105.04

Agama 102 80.69 118.01

Harian 94 66.02 97.66

Analisis ANOVA yang dijalankan menunjukkan perbezaan yang signifikan

dalam kekerapan penggunaan komputer antara keempat jenis sekolah, F

(3,425) = 11.13, p < .05 (Jadual 35). Oleh itu, hipotesis penyelidikan

kedua (Ha2) diterima. Saiz kesan yang dihasilkan adalah kecil (Partial Eta Squared = .07). Perbandingan post-hoc menggunakan ujian Tukey HSD menunjukkan skor min bagi guru-guru dari Sekolah Menengah Berasrama

Penuh (M = 150.38, S.P = 150.60) adalah berbeza secara signifikan

dengan skor min guru-guru Sekolah Menengah Harian (M = 66.02, S.P =

97.66), guru-guru Sekolah Menengah Agama (M = 80.69, S.P = 118.01)

dan juga dengan guru-guru Sekolah Menengah Teknik (M = 82.09, S.P =

(51)

152

Jadual 35 : Ujian ANOVA Kekerapan Penggunaan Komputer Berdasarkan Jenis Sekolah

Jumlah kuasa dua

dk Min kuasa dua

F Partial Eta Squared

Antara kumpulan (Between)

491994.151 3 163998.050 11.127** .07

Dalam kumpulan (Within)

6263815.667 425 14738.390

Jumlah

6755809.818 428

** p < .01 (2-tailed)

Perbezaan Kekerapan Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Berdasarkan Lokasi Sekolah

Analisis yang dijalankan adalah untuk menjawab hipotesis penyelidikan

yang ketiga (Ha3) iaitu:

Ha3 Terdapat perbezaan yang signifikan dalam kekerapan penggunaan

komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru

sekolah menengah berdasarkan lokasi sekolah.

Sebelum pengujian hipotesis dijalankan, terlebih dahulu dibentangkan

dapatan perbandingan deskriptif (min dan sisihan piawai) kekerapan

penggunaan keseluruhan aplikasi komputer bagi guru-guru sekolah bandar

dan luar bandar. Jadual 36 menunjukkan guru-guru dari sekolah luar

bandar lebih kerap menggunakan komputer (M = 115.49) berbanding

(52)

153 Hasil ujian-t tidak bersandar yang dijalankan menunjukkan terdapat

perbezaan signifikan dalam tahap kekerapan penggunaan keseluruhan

aplikasi komputer antara guru-guru di sekolah bandar dengan guru-guru di

sekolah luar bandar, t (427) = -2.20, p < .05. Oleh itu, hipotesis

penyelidikan ketiga (Ha3) adalah diterima. Namun demikian, walaupun

perbezaan yang wujud adalah signifikan, saiz kesannya adalah sangat

kecil (Partial Eta Squared = .01).

Jadual 36 : Ujian-t untuk Perbezaan Kekerapan Penggunaan Komputer Berdasarkan Lokasi Sekolah

Lokasi Sekolah

Bandar (n = 273)

Luar Bandar (n = 155) Min

(Kali Setahun)

S.P Min

(Kali setahun)

S.P t Eta

Squared

Kekerapan Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

87.81 120.49 115.49 132.81 -2.20* .01

(53)

154

Perbezaan Kekerapan Penggunaan Komputer Berdasarkan Kehadiran ke Kursus Pra-Perkhidmatan Berkaitan Penggunaan Komputer Dalam

Pengajaran Dan Pembelajaran

Analisis yang dijalankan adalah untuk menjawab hipotesis penyelidikan

yang keempat (Ha4) iaitu:

Ha4 Terdapat perbezaan yang signifikan dalam kekerapan penggunaan

komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru

sekolah menengah berdasarkan kehadiran ke Kursus Pra-

Perkhidmatan berkaitan.

Sebelum hasil analisis ujian-t dibentangkan, terlebih dahulu dikemukakan

hasil analisis deskriptif berkaitan penggunaan keseluruhan aplikasi

komputer antara kumpulan yang pernah mengikuti Kursus

Pra-Perkhidmatan dengan yang tidak pernah mengikutinya. Didapati kumpulan

yang pernah mengikuti kursus terbabit lebih kerap menggunakan komputer

(M = 103.50) berbanding kumpulan yang tidak pernah mengikutinya (M =

126.99) (Jadual 37).

Seterusnya, ujian-t tidak bersandar yang dijalankan menunjukkan tidak

Referensi

Dokumen terkait

Di Kabupaten Timor Tengah Selatan (TTS) biji asam telah digunakan masyarakat secara terbatas sebagai pakan babi, yakni limbah fabrik asam kawak yang berdiri sejak 2008 dengan

Pihak rumah sakit telah mempunyai dokumen dan catatan yang diperlukan oleh sistem manajemen dan Standar OHSAS tetapi tidak dikontrol. Organisasi akan melaksanakan dan

Guru atau orang tua dapat mengetahui tingkat minat siswa terhadap pelajaran yang diberikan guru. Dapat digunakan sebagai bahan pertimbangan menentukan program

Jejaring sosial berdasarkan birdging sosial capital pada keluarga pak KL terbentuk karena pak KL mendapatkan kepercayaan koordinator LO, koordinator LO adalah bos

Maka dalam penelitian ini dijelaskan bagaimana membuat animasi dengan menggunakan prinsip animasi, yaitu salah satunya adalah metode pose to pose, serta mengimplementasikan

Sedangkan untuk peralatan lain selain kedua alat tersebut, pelatihan dapat dilakukan sewaktu-waktu oleh teknisi peralatan medis bagi pengguna yang memerlukan. Pelatihan pemeliharaan

Ibu rumah tangga tersebut mengatakan bahwa sangat sulit untuk membuat perencanaan keuangan keluarga karena penghasil tidak tetap sehingga pengeluaran berdasarkan

1) Adopsi, kejadian-kejadian dan peristiwa yang terjadi berulang-ulang dan terus menerus, yang lama kelaman secara bertahap diserap oleh individu dan mempengaruhi suat