• Tidak ada hasil yang ditemukan

Analisis Ayat CTU

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Analisis Ayat CTU"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

ANALISIS AYAT 16-30

SURAH AS-SAJJADAH

MUHAMMAD DANISH YUSOFF BIN AHMAD SHUKRI

2014452852

E6

(2)

Tafsir Ibn Kathir Jilid -7

Ayat 16, Melalui Kitab Tafsir Ibn Kathir Jilid ke-7, lambung mereka jauh dari tempat tidurnya bermaksud bangun malam serta meninggalkan tempat tidur bagi mengerjakan ibadah solat di malam hari iaitu solat diantara solat Isya’ dan solat Subuh untuk berdoa kepada Allah SWT dengan rasa takut terhadap bencana hukuman-Nya dan berdoa untuk memperolehi limpahan pahala dan menyatukan antara perbuatan ibadah yang lazim (bermanfaat untuk peribadi) dan yang muta’addi (bermanfaat untuk umum). Pada Ayat ke-17, ayat tersebut

bermaksud tidak ada seorang pun yang mengetahui besarnya kenikmatan tempat tinggal di dalam Syurga yang menjadi rahsia Allah SWT, serta pelbagai kelazatan yang tidak ditunjukkan kepada seorang manusia pun dan orang-orang yang beramal dengan Allah SWT, Allah SWT

memberikan balasan pahala yang setimpal dengan amal ibadah yang mereka kerjakan. Al-Bukhari meriwayatkan sebuah hadis sehubungan dengan firman Allah SWT pada ayat ke-17. Dari Abu Hurairah ra, bahawa Rasullullah SAW bersabda:

“Allah Ta’ala berfirman: ‘Aku telah mempersiapkan untuk hamba-Ku yang shalih

sesuatu yang belum pernah dilihat oleh mata, tidak pernah terdengar oleh telinga dan tidak terlintak dalam benak hati manusia.”

Ayat-18 dan 19, bermaksud orang yang beriman tidak sama dengan orang yang fasik di sisi Allah SWT. ‘Atha’ bin Yasar, as-Suddi dan lain-lain berkata bahawa ayat ini turun pada ‘Ali bin Abi Thalib dan ‘Uqbah bin Abi Mu’ith, dan memperincikan bahawa, hati orang-orang yang beriman kepada Allah SWT dan ayat-ayat Al-Quran akn mendapat rumah-rumah, ruangan-ruangan yang besar dan megah di Syurga. Dan orang-orang yang lalai dan fasik akan mendapat hukuman api Neraka. Tafsir Ibn Kathir mentafsirkan ayat-20 dengan menceritakan bahawa orang yang tidak taat kepada Allah SWT akan kembali ke tempat asal usul mereka iaitu mendapat azab di api Neraka dan jika mereka cuba untuk keluar mereka akan dihumban semula ke dalam api Neraka menjadikan usaha mereka untuk lari dari hukuman Allah hanya sia-sia sahaja, kerana Allah SWT telah menetapkan yang tempat tinggal mereka adalah Neraka kerana pendustaan mereka yang menafikan Allah dan rasul-Nya. Pada ayat 21, dalam Tafsir Ibn Kathir, Ibnu ‘Abbas berkata bahawa azab di dunia adalah musibah dunia, yang berupa kesakitan dan bencana yang

diturunkan oleh Allah SWT sebagai ujian. Ini bertujuan untuk mereka bertaubat kepada Allah SWT sebelum terlambat iaitu apabila nyawa mereka berada di halkum dan pada masa itu Allah tidak lagi menerima segala taubat mereka. Pada ayat-22 Tafsir Ibnu Katsir memberi penjelasan tiada perkara yang lebih zalim daripada orang yang t tidak mengendahkan langsung dan mengingkari apa yang telah Allah ceritakan seperti tidak mengetahuinya, seperti yang sudah diterangkan dalam firman Allah pada ayat 22. Oleh itu, Allah telah memberi ancaman kepada orang-orang yang memperlakukan sedemikian dengan memberi pembalasan kepada mereka yang berdosa dengan seksaan yang amat berat. Ayat yang ke-33, menerangkan bahawa Allah telah menurunkan kitab Taurat kepada rasul-Nya yang terdahulu iaitu Nabi Musa. Qatadah berkata bahawa Rasulullah SAW berjumpa dengan Nabi Musa pada malam Isra’. Rasullulah SAW bersabda bahawa Allah menjadikan Nabi Musa sebagai petunjuk bagi Bani Israil. Seterusnya,

(3)

Allah menurunkan kitab Taurat sebagai petunjuk kepada Bani Israil seperti di dalam surah al-Isra’, dan pada ayat ke-24 Allah SWT menjelaskan bahawa pemimpin yang sabra dalam

menjalankan tugas mereka seperti yang diperintahkan oleh Allah SWT dan menhindari larangan-Nya, meyakini para rasul,dan pasti mereka akan menjadi pemimpin yang memerintah ke jalan kebenaran iaitu ke jalan Allah SWT. Mereka akan mengalmalkan Ma’ruf dan Melarang kemungkaran.

Pada ayat ke-25, Tafsir Ibnu Katsir menerangkan bahawa sebahagian Ulama’ yakin dengan kesabaran dan keyakinan dalam para pemimpin necaya imamah di dalam agama dapat tercapai. Allah SWT akan memberi keputusan atas apa yang para pemimpin dan Ulama’ perselisihkan padahari kiamat iaitu pelbagai akidah dan amal perbuatan. Seterusnya pada ayat ke-26. Ayat tersebut menjelaskan bahawa orang-orang yang mendustakan para rasul terdahulu telah dibinasakan oleh Allah dan dijadikan pengajaran. Ummat yang terdahulu dibinasakan sehingga tiada yang terselamat daripada azab Allah. Peristiwa di mana kaum dan ummat terdahulu hilang disebabkan azab Allah yang menimpa mereka kerana mendustakan para rasul. Namun orang-orang yang beriman yang terselamat menjadi pengajaran dan bukti kepada ummat sekarang. Pada ayat ke-27, melalui tafsiran Ibn Kathir, dalam ayat ini kita dapat melihat kasih sayang Allah SWT kepada setiap makhluk ciptaan-Nya dengan mengurniakan air, sama ada datang daripada langit mahupun dari sumber mata air yang turun dibawa oleh sungai atau yang mengalir dari pergunungan ke tanah-tanah yang memerlukan air iaitu ke tanah yang kekeringan dan tidak mempunyai tumbuhan untuk tumbuh di atasnya. Ayat ke-28 menjelaskan bahawa orang-orang kafir bertanya kepada Rasulullah SAW, bilakah baginda akan menang. . Seterusnya mereka berkata bahawa Baginda mempunyai masa untuk mengalahkan mereka untuk memberi hukuman kepada mereka tetapi bilakah masa itu. Mereka berkata bahawa hanya melihat Baginda dan sahabat-sahabat Baginda hanya duduk dalam ketakutan dan kehinaan. Ayat ke-29 Ibn Kathir menjelaskan dalam ayat ini bahawa jika berlaku musibah dan bencana di dunia atau di akhirat, , sesiapa yang bersangka bahawa yang dimaksudkan kemenangan itu adalah Fat-hu Makkah maka mereka salah kerana pada hari tersebut Rasulullah SAW menerima orang-orang yang dibebaskan iaitu hampir 2000 orang dan nescaya mereka tidak memeluk Islam jika ia adalah Fat-hu Makkah. Selain itu, maksud al-fat-h adalah ketetapan dan keputusan seperti firman Allah SWT yang mengadakan keputusan di antara Allah dan mereka. Berdasarkan tafsir Ibn Kathir pada ayat terkahir surah as-Sajdah, iaitu ayat ke-30, berpaling daripada orang-orang yang musyrik dan sampaikan apa yang telah Allah SWT turunkan kepada orang-orang yang beriman sesungguhnya Allah telah berjanji bahawa akan memberi pertolongan atas orang yang memusuhi orang-orang yang beriman dan Allah maha Besar tidak akan memungkiri janji-Nya. Allah memrintahkan orang-orang beriman untuk tunggu sedangkan orang-orang musyrik yang turut menunggu hanya mendapat musibah iaitu azab Allah SWT kerana Allah akan memberikan pertolongan-Nya kepada orang-orang yang beriman. Orang-orang beriman yakin bahawa Allah adalah sebaik-baik Pemelihara.

(4)

Tafsir Mubin Jilid 5

Ayat 16-17 surah as-Sajdah menerangkan, Perihal orang yang beriman dan sifat-sifat mereka yang terpuji, iaitu apabila mereka mendengar ajaran kitab Al-Quran, mereka segera menirama dan mengamalkannya lalu sujud sebagai bersyukur kepada Allah SWT yang telah mengurniakan mereka dengan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya. Semuanya itu menjadikan mereka beroleh sebaik-baik balasan dan tiada seorang yang tahu akan rahsia segala nikmat yang telah disediakan oleh Allah kepada mereka yang telah melaksanakan segalan amal soleh dan nikmat tersebut setimpal dengan amalan mereka bahkan lebih daripada itu. Ayat 18-19 menerangkan tentang keadilan Allah iaitu bagi golongan fasik dan golongan yang beriman kepada Allah terdapat perbezaan iaitu orang-orang yang beriman akan mendapat ganjaran di syurga kerana amalan yang dilakukannya manakala bagi orang-orang yang fasik tidak akan mendapat ganjaran yang sama seperti orang yang beriman kerana mereka ingkar kepada kepada Allah dan rasul-Nya tambahan pula mereka memusuhi kekasih Allah dan ganjaran bagi orang-orang yang beriman kepada Allah SWT dengan mempercayai ayat-ayat Allah serta

mengamalkannya. Ganjaran tersebut adalah rumah yang indah, kawasan-kawasan yang indah serta tempat tidur yang selesa dan mewah kepada orang yang mengerjakan amal soleh di syurga kelak. Ganjaran yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka adalah sebab mereka tidak putus-putus beramal kepada Allah.

Ayat 20, Tafsir Mubin menerangkan menerangkan kata-kata Al-Fudhail bin ‘Iyadh yang mengatakan bahawa tangan serta kaki orang-orang yang mendustakan Allah SWT akan diikat. Mereka akan dibaham oleh api neraka dan dipukul oleh para malaikat. Di sini dapat dilihat bahawa orang-orang yang fasik tidak dapat melarikan diri kerana tempat tinggal mereka adalah neraka. Semasa kehidupan mereka di dunia yang mendustakan Allah SWT dan Rasulullah SAW di akhirat kelak mereka akan dijemput ke dalam neraka. Manakala ayat 21 pula menerangkan kata-kata Al-Hasan yang mengatakan bahawa apa yang dimaksudkan dengan azab di dunia ialah malapetaka dan bencana di dunia. Allah memberi ujian ini dengan tujuan mereka bertaubat kepada-Nya. Selain itu, pendapat Mujahid berbeza daripada Al-Hasan iaitu azab di dunia

bermaksud pembunuhan dan kelaparan serta di akhirat mereka akan dihumban ke dalam neraka. Ini juga dapat dibuktikan pada zaman jahiliah dulu penduduk Makkah yang ditimpa kemarau dan kebuluran yang sanggup memakan bangkai, tulang dan anjing sedangkan mereka tidak sedar itu adalah azab Allah yang sedikit didunia berbanding azab Allah di neraka. Pada ayat 22-23, menerangkan golongan yang derhaka akan mendapat azab seksa di akhirat kelak bahkan mereka akan ditimpa dengan azab di dunia. Ini bertujuan supaya mereka bertaubat dan jika mereka masih meneruskan berdusta dan mengikari Allah SWT maka mereka adalah antara golongan yang zalim dan pastilah mereka akan ditimpa azab yang setimpal dengan kezaliman mereka semasa kehidupan mereka di dunia.

(5)

Tafsir Mubin menerangkan bahawa terdapat beberapa pendapat mufassir iaitu maksud:

“Maka jangan ragu-ragu” tersebut ialah Rasulullah SAW tidak was-was untuk bertemu dengan Nabi Musa dan maksud “Dan menerimanya” ialah kitab al-Quran. Seterusnya, Allah

menerangkan bahawa turunnya wahyu adalah perkara yang pernah berlaku sebelum ini seperti Nabi Musa yang mendapat wahyu kitab Taurat. Selain itu, kitab-kitab yang diturunkan oleh Allah adalah sebagai hidayah dan petunjuk seperti juga kitab Taurat yang menjadi petunjuk kepada Bani Israil dan sesiapa yang dikurniakan kitab tersebut hendaklah dijadikan sebagai pemimpin hanya jika dia berusaha dan bersabar.

Ayat 24, menerangkan bahawa Ibnu al-Jauzi menyatakan Allah telah memberikan amaran kepada orang-orang Quraisy jikalau mereka beriman kepada Allah SWT necaya Allah akan melantik pemimpin dari kalangan mereka dan ayat 25 pula Mubin menerangkan tentang mereka bertelagah dalam masalah yang berkaitan hal-hal agama seperti kiamat, pahala dan dosa yang dikatakan oleh al-Tabari. Ayat seterusnya iaitu ayat ke-26, tafsir Mubin menceritakan

menceritakan kenapa kaum orang-orang kafir masih lagi berdegil dan mendustakan Allah SWT serta mendustakan agama yang di bawa oleh Nabi Muhammad SAW walaupun mereka berada berdekatan dengan negeri-negeri di mana yang telah dibinasakan Allah atas kederhakaan penduduknya kepada Allah. Tambahan pula, mereka sendiri dapat melihat sisa-sisa dan bukti peninggalan kaum-kaum terdahulu yang dibinasakan oleh Allah. Ayat 27-28 Tafsir Mubin pula menerangkan tentang orang-orang kafir Makkah dengan yakin mengejek dan menghina

Rasulullah SAW tetang kemenangan orang Islam ke atas orang kafir yang masih tidak berlaku lagi. Namun Allah SWT telah berfirman bahawa kemenangan orang Islam pasti akan berlaku. Ayat 29-30, mengikut tafsiran Mubin, menceritakan hari kemenangan umat Islam ialah pada hari kiamat di mana orang-orang kafir yang hendak beriman dan meminta kemaafan kepada Allah SWT pada hari tersebut namun Allah tidak lagi menerima taubat mereka sedangkan mereka telah mengejek dan mencemuh Rasulullah SAW tentang kemenangan Baginda dan umat Islam ke atas mereka. Tetapi telah Allah berfirman bahawa hari kemenangan tersebut pasti akan tiba iaitu hari kiamat. Al-Qurtubi berkata bahawa azab yang akan menimpa orang-orang yang kafir akan berlaku kekal abadi, bermulanya dari dunia ini sehinggalah ke hari akhirat.

(6)

Tafsir al-Maraghiy Jilid ke-11

Berdasarkan Tafsir al-Maraghiy Jilid ke-11, ayat 17-16 menerankan tentangkan, mereka yang sentiasa menjauhkan diri dari tempat tidur, sentiasa berdoa kepada Allas SWT, kerana takutkan kemurkaan-Nya bagi mengharapkan keampunan-Nya serta mengharapkan nikmat dan rahmat-Nya. Mereka menafkahkan sebahagian rezeki yang kami berikan kepada mereka pada jalan kebaikan dengan menunaikan hak-hak Allah SWT yang diwajibkan terhadap harta-harta milik mereka dengan berzakat dan cara lain.

Anan Ibn Malik pula menceritakan bahawa ayat ini turun berkaitan dengan kami orang Ansar, yang ketika itu kami sedang menunaikan sembahyang Maghrib, tetapi kami tidak segera kembali ke kenderaan kerana menanti untuk melakukan sembayang Isya’.

Mu’adh ibn Jabal pula menceritakan sebuah hadith darpada Rasulullah SAW yang berkaitan dengan firman-Nya:

“Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur”

Beliau berkata demikian memberi makna seorang yang mengerjakan sembahyang pada awal malam,

Imam Ahmad meriwayatkan sebuah hadith daripada Ibn Mas’ud r.a., bahawasanya Nabi SAW bersabda: “Tuhan berasa ta’jub terhadap dua hamba-Nya, seorang yang merenggangkan diri dari tempat tidurnya dan keluarganya untuk mengerjakan sembahyang bagi mengharapkan pahala-Nya dan takutkan Kemurkaan Allah SWT sehinggan gugur di medan pertempuran. Kemudian Allah SWT berfirman kepada para malaikat “Lihatlah hamba-Ku itu, dia maju terus

ke medan perang kerana mengharapkan pahala-Ku dan takutkan Kemurkaan-Ku sehingga darahnya mengalir keluar (gugur)”

Ibn Jarir, Hakim dan Ibn Mardawayh meriwayatkan dalam sebuah hadith daripada Mu’adh Ibn Jabal katanya, “Aku pernah bersama Nabi semasa dalam perjalanan. Dalam

perjalanannya itu aku bertanya. “Wahai nabi Allah, ceritakanlah kepadaku perkara yang dapat

memasukkanku ke dalam syurga dan menjauhkan diriku daripada api Neraka.” Kemudia

Rasulullah SAW menjawab, “sesungguhnya engkau bertanya suatu perkara besar yang mudah

dilakukan orang yang mendapat kemudahan daripada-Nya. Kamu hendaklah menyembah Allah SWT sahaja, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, puasa di bulan Ramdhan dan

menunaikan haji ke Baytullah.”

Ayat 18, persoalan yang timbul iaitu persamaan orang fasik yang tidak mempercayai Allah dan berdusta kepada-Nya dengan orang yang beriman kepada Allah SWT. Jawapannya sudah tentu tidak kerana bagi Allah orang yang fasik tidak dapat dibandingkan dengan orang yang beriman. Ini kerana perbezaan dari segi amalan dan sifat di antara dua golongan ini yang jelas berbeza. Tafsir al-Maraghiy menceritakan ayat 19 tentang orang-orang yang sebelum ini mengingkari Allah SWT dan Rasulullah SAW yang telah bertaubat dan melakukan amalan baik akan mendapat tempat di syurga. Allah akan menyediakan untuk mereka tempat tinggal, taman yang indah, bilik yang megah sebagai ganjaran atas amalan mereka di dunia ini.

(7)

Ayat ke-20 tafsir al-Maraghiy mengatakan , bagi orang yang mendustakan Allah dengan perbuatan mereka yang zalim dan keji yang hanya menambahkan dosa mereka Allah telah sediakan tempat bagi mereka iaitu tempat tinggal yang amat digeruni dan neraka lah tempat tersebut. Seterusnya, mereka yang melarikan diri dengan gelisah kerana ketakutan serta terseksa dan begitu hampir dengan pintu neraka, mereka akan dihumban kembali ke dalam neraka. Allah SWT telah memberi ancaman kepada mereka, hamba-hamba-Nya semasa di dunia bahawa Allah akan melemparkan bagi mereka yang mendustakan Allah ke dalam neraka beserta azab yang tidak tertanggung untuk mereka. Sedangkan azab ini semua adalah atas amalan dan perbuatan orang-orang fasik itu sendiri semasa kehidupan di dunia. Ayat 21-30, Allah akan menguji mereka dengan pelbagai ujian dan bencana di dunia seperti kekurangan makanan, terbunuh dan pelbagai lagi. Ujian yang diberikan oleh Allah SWT ini telah ditekan sebagai pengajaran supaya mereka tidak mengulangi perbuatan yang mendatangkan dosa dan bertaubat. Allah memberi ujian lebih awal kerana Allah telah menyediakan azab yang lebih besar dan dahsyat di akhirat kelak iaitu azab neraka. orang yang paling zalim adalah orang yang telah diperingati oleh Allah SWT dengan keterangan-keterangan ayat Allah melalui rasul-Nya, namun masih ingkar dengan pengajaran daripadanya. Sedangkan mereka berpura-pura tidak mengetahui keterangan-keterangan ayat Allah. Seterusnya, Allah akan memberi pembalasan yang besar kepada orang yang sentiasa melakukan dosa dan maksiat. Tafsir al-Maraghiy juga menerangkan yang Allah telah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa setelah Allah menurunkan kitab al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW dan Allah juga menurunkan wahyu kepada NabI Musa

sebagaimana Allah turunkan wahyu kepada Baginda, dan telah Allah firman janganlah Baginda ragu-ragu apabila menerima al-Quran. Allah menyebut Nabis Musa kerana zaman Nabis Musa adalah zaman yang paling hampir dengan zaman Rasulullah SAW dan Allah tidak menyebut Nabi Isa kerana terdapat orang Yahudi yang tidak mengaku kenabian Nabi Isa sedangkan orang Nasrani mengaku kenabian Nabi Musa. Allah juga menyebut Nabi Musa untuk hiburan Nabi Muhammad SAW dalam menghadapi kaumnya yang berpaling dan menghiraukan Baginda, dan peristiwa yang sama berlaku kepada Nabi Musa. Oleh itu, Allah menyayangi kekasih-Nya Rasulullah SAW dan menjadikan peristiwa Nabi Musa sebagai hiburan untuk Baginda tidak bersedih ketika diganggu oleh kaumnya. Allah menjadikan dalam kalangan Bani Israil pemimpin-pemimpin yang dapat membimbing ke arah kebaikan, petunjuk kepada pengikut-pengikut mereka. Pemimpin ini menjadi Imam yang diberi bantuan oleh Allah untuk

melaksanakan segala perintah dan mentaati Allah SWT sehingga mereka ini lupa akan kelekaan dunia dan nafsu mereka. Di sini terdapat petunjuk bahawa al-Quran yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW akan menjadi petunjuk kepada seluruh umat Baginda sebagaimana pemimpin di kalangan Bani Israil yang dapat membimbing Bani Israil. pada hari kiamat Allah SWT akan mengadili persilisihan di kalangan hamba-Nya ketika kehidupan di dunia yang berkaitan dengan hal-hal agama, pahala, dan seksa. Allah akan memutuskan sama ada mereka akan masuk ke dalam syurga bagi mereka yang benar atau neraka bagi mereka yang sesat dan salah. orang-orang kafir tersebut masih tidak jelas dengan kebenaran kisah umat-umat yang terdahulu yang telah dibinaskan oleh Allah. Sedangkan mereka sentiasa melalui daerah-daerah yang telah dibinasakan Allah tersebut, namun mereka tetap tidak mengendahkannya. Walhal mereka dapat melihat bukti sisa-sisa runtuhan kaum terdahulu seperti kaum ‘Ad, kaum Thamud dan kaum Lut. Oleh itu, semua itu dijadikan sebagai petunjuk kepada orang-orang yang

(8)

mendustakan Allah dan rasul-Nya sebagaimana kaum terdahulu juga mendustakan Allah dan rasul-Nya. mereka tidak percaya wujudnya hari kiamat di mana manusia dibangkitkan daripada mati. Allah juga mampu menjadikan sebuah tempat yang tandus kekeringan tanpa air dihujani dengan air. Seterusnya, menjadikan kawasan itu tumbuh dengan tumbuhan dan dikelilingi dengan haiwan yang dapat mereka jadikan tanaman. Sesungguh nya ini adalah kekuasaan Allah SWT. Orang-orang musyrik mengejek dan menghina Rasulullah SAW tentang pada masa bila Baginda akan mengalahkan mereka sebagaimana yang telah Rasulullah SAW katakan. Mereka dengan yakin memohon agar azab yang akan dijatuhkan kepada mereka oleh Allah SWT dipercepatkan sedangkan mereka tidak tahu bahawa Allah telah menetapkan azab tersebut pada hari kiamat iaitu neraka Jahanam bagi mereka. orang-orang kafir yang meminta azab supaya dipercepatkan dengan mempersekutukan Allah sedangkan hari kiamat pasti akan tiba. Di saat itu mereka yang hendak beriman tidak lagi diterima oleh Allah. Percubaan mereka untuk bertaubat tidak berjaya mereka mencuba untuk meminta kepada Allah supaya menangguhkan azab yang dijatuhkan kepada mereka, namun Allah tidak mengendahkan mereka. Nabi Muhammad SAW yang ditindas dan diejek serta dituduh oleh orang-orang kafir Makkah tetap meneruskan

perjuangan Baginda meneruskan dakwah menegakkan Islam kerana Allah SWT akan menolong Baginda dan menghapuskan mereka pada hari akhirat iaitu azab nereka yang kekal abadi.

(9)

Tafsir al-Quran di Radio (Juz 21)

Dalam kitab tafsir ini, Allah menyebutkan sifat-sifat orang Mukmin iaitu, Mereka selalu berenggang dari tempat tidur Maksudnya kurang tidurnya di malam hari, malahan selalu bangun beribadat dan sembahyang malam dengan berdoa kepada Allah, kerana takutkan kemurkaan-Nya dan seksaan-Nya. Mereka juga memohonkan Rahmat Allah dan Keampuana-Nya.

Mengikut kata Anas bin Malik dia meriwayatkan: bahawa ayat ini ditujukan kepada kaum Ansor.

Kata Mu’adz bin Jabal meriwayatkan dari Nabi:

Baginda menerangkan “Itulah sembahyangnya seorang hamba di permulaan malam.” Ada pula sebuah riwayat dari Imam Ahmad Iaitu dari Ibnu Mas’ud bahawa Nabi SAW, telah bersabda : Tuhan kami merasa kagum terhadap amalan dua orang lelaki iaitu

Pertama, seorang lelaki yang bangkit dari tempat tidur dan selimutnya meninggalkan

isteri kesayangannya untuk mendirikan sembahyang semata-mata ingin mengharapkan pahala daripada Allah

Kedua, Seorang lelaki yang berperang pada jalan Allah sehingga kalah. Dia tahu tidak

boleh lari dan tidak boleh kembali. Akhirnya dia kembali sehingga badannya bermandi darah dan mengharapkan pahala dari Allah SWT.

Allah telah merahsiakan nikmat cahaya mata yang sangat menyenangkan lagi

menakjubkan seakan-akan apabila orang mukmin tersebut menerima nikmat ini, mereka tidak dapat menggambarkan kegembiraan dan kesenangan mereka. Seterusnya, orang-orang mukmin tersebut yang beramal ibadah pada waktu malam iaitu solat sunat tahajud dan lain-lain mereka melakukan ibadah ini secara sembunyi maka pahala dan nikmat yang dikurniakan kepada mereka sengaja Allah SWT sembunyikan daripada diketahui yang lain. Allah menerangkan tentang keadaan orang yang soleh dan keadaan orang fasik maka persoalan yang timbul iaitu adakah golongan orang yang soleh dan golongan orang fasik sama. Lalu dengan pantas dijawab oleh orang yang bijak pandai sudah tentu tidak sama di sisi Allah SWT kerana perbezaan antara orang yang soleh dan orang fasik amat ketara. Oleh yang demikian, Allah tidak menyamakan ganjaran kepada orang yang beriman kepada-Nya dan orang yang berdusta kerpada-Nya. Allah SWT telah menerangkan tentang keadaan bagi dua golongan ini iaitu golongan orang yang beriman dan golongan orang yang fasik. Pada ayat ini, Allah menerangkan tentang ganjaran yang bakal diterima oleh orang yang beriman iaitu menjadi tetamu yang terhormat di dalam syurga. Syurga yang ditempatkan untuk mereka juga amat istimewa iaitu syurga yang bernama Jannatul Ma’wa. Syurga ini amat menyenangkan. Allah memberi nikmat ini kepada mereka adalah sebagai balasan amal soleh mereka kepada Allah SWT.

(10)

Orang-orang yang fasik yang mendustakan serta mengingkari Allah, mereka akan dimasukkan ke dalam neraka untuk tinggal di sana dan neraka tersebut akan menjadi tempat tinggal yang kekal abadi untuk mereka sedangkan ianya tempat tinggal yang seburuk-buruk untuk mereka. Di dalam ayat ini telah menggambarkan bahawa betapa buruknya dan zalimnya yang akan mereka rasai apabila masuk ke dalam neraka. Setiap percubaan mereka untuk keluar dari neraka kerana tidak mampu dengan hukumannya, setiap kali itulah mereka akan ditarik ke dalam neraka sedangkan mereka sangka sungguh senang untuk melarikan diri daripada neraka. Dalam sebuah riwayat, digambarkan apabila orang-orang fasik ini hampir di pintu neraka, api neraka yang menjulang tinggi akan melemparkan mereka ke dasar neraka yang lebih dalam. Lalu mereka akan dicaci serta dicerca yang seksanya ditambah lagi. Mereka telah mendustakan neraka semasa kehidupan di dunia dan Allah telah sediakan azab dan tempat untuk mereka yang syirik. seksa di akhirat kelak akan ada pendahuluannya iaitu orang-orang yang mendustakan Allah akan menerima azab terlebih dahulu di dunia sebelum dihumban ke dalam neraka. Antara azab

tersebut adalah pelbagai jenis penyakit, kelaparan dan pembunuhan. Contohnya, peristiwa orang kafir Makkah yang pernah ditimpa azab kelaparan selama 7 tahun sehingga mereka terpaksa makan bangkai, tulang dan anjing. Seterusnya, orang-orang kafir ini juga mengalami kekalahan di medan perang Badar di mana mereka dibunuh. Ujian dan azab yang diberikan oleh Allah semasa di dunia adalah untuk mereka bertaubat dengan meninggalkan segala perbuatan yang keji dan berdosa serta bertakwa kepada Allah SWT. Allah memberi ujian dengan lebih awal kerana mahu mereka tidak dijatuhkan azab yang lebih dahsyat iaitu seksa neraka yang tidak terperi sakitnya.

Orang yang ingkar dengan keterangan-keterangan Allah selepas diterangkan kepada mereka keadaan orang yang mentaati kata-kata Allah. Orang yang mentaati ini sujud dan memuji Tuhan mereka iaitu Allah SWT selepas diterangkan kepada mereka. Seterusnya tiada orang yang lebih aniaya berbanding orang yang telah diterangkan dengan keterangan-keterangan Allah dan pengajaran yang dibawa oleh rasul-Nya di dalam al-Quran, dan mereka tidak memperdulikan keterangan ini bahkan ingkar dan tidak mahu mengikuti pengajaran. Sesungguhnya mereka adalah orang yang paling zalim. Di janjikan oleh Allah bahawa azab seksa akan ditimpa kepada mereka orang-orang yang musyrik. Kitab al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW dan kitab Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa a.s sudah pastinya datang daripada Allah SWT. Allah berfirman bahawa Rasulullah SAW yang diturunkan wahyu tidak perlu meragui untuk bertemu Nabi Musa yang juga diturunkan wahyu. Sedangkan kitab Taurat Allah jadikan sebagai petunjuk kepada Bani Israil dan Rasulullah SAW serta kitab al-Quran sebagai petunjuk kepada umat Baginda. Ayat ‘menemui’ di sini mempunyai pelbagai maksud menurut Ahli Tafsir iaitu menemui Nabi Musa, kitab Taurat, menemui malaikat maut atau menemui Allah SWT atau menemui pelbagai halangan dari kaum Baginda seperti halangan yang ditemui oleh Nabi Musa. Antara kaum Bani Israil terdapat segelintir pemimpin ke arah kebaikan yang dapat dicontohi. Pemimpin itu adalah para nabi daripada kalangan Bani Israil atau orang yang

mengikuti mereka. Para pemimpin ini yang berhati sabar ketika ditempuh ujian dan ditindas oleh mush-musuh mereka iaitu Firaun dan tenteranya di Mesir tetapi mereka tetap yakin terhadap keterangan-keterangan Allah.

(11)

Allah akan mengadili di hari kiamat tentang perkara berkaitan dengan agama, pahala dan seksa di mana mereka telah bertelingkah semasa kehidupan di dunia. Allah akan mengadili mereka dan akan memasukkan mereka sama ada di syurga bagi yang benar atau neraka bagi mereka yang salah. Allah bertanya bahawa tidakkah orang yang kufur itu diterangkan perkara-perkara yang benar. Umat-umat terdahulu yang dengan senang berjalan dan leka untuk

mengingati Allah yang telah memberi nikmat tersebut telah Allah binasakan dengan turunnya pelbagai bencana sebagai azab sehingga hanya tinggal saki baki runtuhan kota seperti yang terjadi kepada kaum ‘Ad, kaum Thamud dan kaum Lut. Walaupun runtuhan ini jelas dapat dilihat namun orang kafir itu masih tidak mengendahkannya. Allah maha esa yang berkuasa

menghidupkan dan mendatangkan kemakmuran kepada sesuatu individu atau umat.

Sesungguhnya Allah yang telah menjadikan bumi ini daripada yang kering dan tandus tanpa tumbuhan hijau telah Allah kurniakan tanaman, tumbuhan dan mata air. Namun mereka tetap tidak mengendahkan perkara ini. pada hari kiamat akan adanya pengadilan di mana orang-orang kafir akan dihumban ke dalam neraka dan orang-orang yang beriman akan bersenang lenang dalam syurga atas amalan dan taat kepada Allah SWT dan rasul-Nya. Namun mereka tidak mempercayai kemenangan orang Islam ke atas mereka dan mereka mencemuh dan mengejek Rasulullah SAW di mana Baginda telah berkata bahawa orang Islam akan menang dan mereka akan kalah. Apabila orang-orang kafir ini dibunuh oleh malapetaka dan bencana didunia, di akhirat kelak di mana mereka hendak beriman kepada Allah dan meminta untuk menangguhkan azab mereka namun sia-sia sahaja usaha mereka kerana Allah tidak akan mengendahkan mereka. Allah tidak melayani usaha mereka itu kerana masa untuk mereka bertaubat telah Allah berikan sebelum mereka mati lagi. Nabi Muhammad SAW tidak memperdulikan ejekan dan cemuhan orang-orang kafir dan hanya meneruskan perjuangan Baginda dalam menyampaikan Islam kerana sudah pasti Allah SWT akan menjatuhkan azab kepada mereka dalam bentuk bencana. Allah SWT pasti akan menolong Rasulullah SAW dalam mengalahkan mereka dan Baginda yakin kepada Allah kerana sesungguhnya Allah tidak pernah memungkiri janji.

(12)

Tafsir Muyassar Jilid 3 Juz 17-24

Di dalam tafsir Muyassar jilid ke-3, orang-orang yang soleh hanya tidur sedikit sahaja kerana takut akan kermurkaan Allah SWT dan mendirikan solat tahajud di tengah-tengah malam di mana orang-orang kafir serta munafik nyenyak tidur yang digambarkan seperti tidur mereka iaitu orang munafik bagaikan bangkai kering. Orang-orang soleh berjaga malam semata-mata bagi mengingati dan beribadah kepada Allah SWT. Pada waktu ini mereka dengan gelisah memohon kepada Allah SWT untuk dijauhi azab kemurkaan Allah SWT dan meminta

dikurniakan pahala dengan penuh harapan. Selain itu, mereka juga menyedekahkan sebahagian daripada harta dan rezeki kurniaan Allah SWT ke arah jalan Allah SWT.

Tiada satu roh pun yang tahu akan nikmat yang Allah sediakan bagi orang-orang yang soleh di syurga kelak. Di syurga yang penuh kesenangan, kenikmatan, rezeki dan kebahagiaan dijanjikan kepada mereka. Ini setimpal dengan amalan yang telah mereka lakukan iaitu tanpa dilihat oleh sesiapa seperti mengerjakan solat sunat pada waktu malam seperti ayat sebelum ini. , jelas berbeza di antara orang yang beriman kepada Allah iaitu mengikuti rasul-Nya,

membenarkan janji dan ancaman Allah dengan orang yang fasik yang mendustakan Allah dan rasul-Nya serta ingkar kepada Allah. Dalam Tafsir Muyassar jilid ke-3 yang dikarang oleh Dr. ‘Aidh al-Qarni menerangkan bahawa orang yang beriman kepada Allah akan kembali ke syurga yang telah Allah SWT sediakan penuh dengan nikmat seperti ketenangan dan kesenangan. Mereka akan disambut dengan istimewa sekali. Ganjaran pahala juga dikurniakan oleh Allah kepada mereka yang soleh atau solehah. Orang yang derhaka kepada Allah SWT dan rasul-Nya akan pulang ke neraka yang telah Allah janjikan kepada mereka yang mendustakan Allah. Ketika di dalam neraka, sedang mereka cuba melepaskan diri dari api neraka dan begitu dekat dengan pintu neraka, Allah akan menarik mereka kembali ke dalam dasar neraka. Allah berfirman bahawa atas semua perbuatan yang mendustkan-Nya semasa di dunia maka rasakanlah azab Allah iaitu api neraka Jahanam, dimana seksaannya amat dahsyat. Sesungguhnya Allah telah menyediakan azab bagi orang kafir di dunia iaitu musibah, bencana, bala, gempa bumi, ujian dan pelbagai jenis penyakit sebelum mereka menerima azab yang lebih dahsyat di neraka Jahanam. Ini bertujuan supaya mereka muhasabah diri dan bertaubat kepada Allah yang telah mereka dustakan.

Tafsir Muyassar menerangkan orang yang paling kejam adalah orang yang telah diberi nasihat melalui ayat-ayat Allah yang telah diturunkan menerusi rasul-Nya, namun mereka masih meninggalkan nasihat tersebut dan berpaling kepadanya. Lantasan itu, Allah akan membalas perbuatan dosa dan keji mereka itu yang tidak mengamalkan dan beriman kepada ayat Allah dengan seksa yang amat dahsyat. Allah telah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa sebagaimana Allah telah menurunkan kitab al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW. Allah berfirman supaya Nabi Muhammad SAW tidak ragu-ragu pertemuan dengan Nabi Musa di malam Isra’ dan Mi’raj. Allah telah menurunkan kitab Taurat sebagai petunjuk kepada Bani Israil sebagaimana kitab al-Quran sebagai petunjuk umat Rasulullah SAW. Allah telah menjadikan para penyeru kebaikan dalamkalangan Bani Israil yang diikuti oleh umat manusia ke arah kebaikan dan kebajikan. Para pemimpin ini menyeru untuk mentaati Allah sentiasa dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mereka membenarkan keterangan-keterangan Allah dan

(13)

meyakininya di dalam hati mereka. Kesabaran dan yakin mereka menahan nafsu syahwat dan seterusnya mereka memperoleh kepimpinan dalam agama. Allah akan memutuskan di antara orang-orang yang beriman dan kafir pada hari kiamat dengan adil dan saksama tentang perselisihan yang berlaku tentang syariat-syariat dan agama. Allah akan memberi pahala bagi orang yang benar dan patuh atau dosa bagi orang yang salah dan derhaka.

Tafsir Muyassar juga menerangkan betapa banyaknya Allah telah binasakan kaum-kaum terdahulu yang mendustakan Allah, sedangkan mereka berjalan melalui sisa-sisa runtuhan kaum-kaum yang dibinasakan. Bukti-bukti tersebut dengan jelas dapat dilihat oleh mereka bagaimana kesan runtuhan tersebut adalah kesan kaum yang dibinasakan oleh Allah seperti kaum Hud a.s, kaum Shalih a.s dan kaum Luth a.s. Sisa-sisa tersebut menjadi petunjuk sebagai keterangan bahawasanya keburukan kaum terdahulu yang kafir. Orang-orang kafir tidak mengendahkan bahawa Allah yang telah menurunkan nikmat air ke bumi yang kekeringan ini dan

menumbuhkan tumbuh-tumbuhan serta haiwa untuk dijadikan makanan kepada mereka. Namun mereka masih tidak melihat kekuasaan Allah SWT ini. Mereka meminta hukuman dan azab mereka disegerakan sedangkan mereka sangka bahawa azab itu mustahil kepada mereka. pada hari akhirat di mana pengadilan Allah akan berlaku dan pada masa itulah mereka yang hendak beriman tidak lagi Allah menerima dan tidak pula Allah membernarkan mereka untuk

menangguh azab mereka. Sesungguhnya pada hari kiamat sudah terlewat untuk sekalian manusia untuk bertaubat. Nabi Muhammad SAW diperintahkan untuk tidak mengendahkan orang-orang kafir yang memaki dan mencemuh Rasulullah SAW dan menunggu atas apa yang bakal menimpa mereka. Sedangkan mereka juga menunggu sesuatu menimpa orang Islam.

(14)

Rujukan

 Tafsir Ibn Kathir Jilid 7, Dr. Abdullah bin Muhammad bin ‘Abdurrahman bin Ishaq Alu Syaikh, Mu-assasah Daar al-Hilaal Kairo

 Tafsir Mubin Jilid 5 Juz 21-25, Salahuddin Abdullah, Omar Khalid, Dewan Bahasa dan Pustaka

 Tafsir al-Maraghiy Jilid 11 Juz 21-22, Ahmad Mustafa al-Maraghiy, Dewan Bahasa dan Pustaka

 Tafsir al-Quran di Radio, Ahmad Sonhadji Mohamad, Pustaka Al-Mizan

Referensi

Dokumen terkait

Untuk mewujudkan masa depan yg lebih baik dari masa sebelumnya di lingkungan suatu organisasi banyak pe rubahan yang harus dilakukan secara proaktif melalui

Temuan terkait pengaruh Size terhadap ROA bank dalam penelitian ini memperkuat hasil penelitian Pupik Damayanti dan Dhian Andanarini Minar Savitri tahun 2012 bahwa

dan n %u %u&u &u. ;ntu& itu< &ami menghara,&an &e&urangan dan masih !auh dari &esem,urnaan.. #alah satu su% sistem &esehatan nasional

Sampel penelitian ini adalah tanaman Sargassum sp. yang dibudidayakan di dalam rakit yang berbeda.. menggunakan dua sistem budidaya yaitu rakit lepas dasar yang diikat

Alternatif bekisting terbaik untuk gedung low rise building (gedung Sekolah Anak Panah) apabila bobot biaya lebih besar atau sama besar dari bobot waktu adalah bekisting semi

Hal tersebut terbukti bahwa banyak dari orang tua belum punya banyak pengalaman dalam melakukan praktik pencegahan cedera pada anak karena merupakan pengalaman pertama

Bela negara tidak harus dengan mengangkat senjata atau perang, tetapi dapat dilakukan dengan mewaspadai dan mengatasi berbagai macam ancaman, gangguan, hambatan, tantangan

Hasil penelitian ini dapat dipakai sebagai acuan penelitian selanjutnya untuk mengetahui dosis efektif ekstrak buah naga merah dalam menurunkan kadar MDA pada