• Tidak ada hasil yang ditemukan

Perjanjian Usahasama PUSH(draft)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Perjanjian Usahasama PUSH(draft)"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

DERAF .

PERJANJIAN USAHASAMA

PERJANJIAN INI DIPERBUAT pada tarikh dan tahun sepertimana yang dinyatakan dalam Seksyen 1 didalam Jadual Pertama didalam Perjanjian ini DIANTARA pihak yang nama, butiran lengkap dan alamatnya seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 2 didalam Jadual Pertama (selepas ini disebut sebagai “Pihak Pertama”) di satu pihak DAN pihak yang nama , butiran lengkap serta alamat seperti yang diyatakan dalam Seksyen 3 dalam Jadual Pertama {selepas ini disebut sebagai “Pihak Kedua”) disatu pihak yang lain

BAHAWASANYA

A Pihak Pertama adalah seorang ahli berdaftar didalam Persatuan Usahawan Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia (No. Pendaftaran 1669-07-KDH) yang beroperasi di alamat No. 123, Lorong Putra A/1, Pusat Perniagaan Putra, Kilang Lama, 09000 Kulim, Kedah (selepas ini di rujuk sebagai “PUSHPIAM”).

B. Pihak Kedua ialah sebuah syarikat yang mempunyai kepakaran dan secara aktif menjalankan perusahaan dan memperkembangkan projek industri agropolitan pembangunan dan pengembangan “membudidayakan” (“cultivation”), pengumpulan dan pengambilan Sarang Burung Layang-Layang. Walit “Swiflet” (juga dikenali sebagai “Aerodramus Fuciphagus”).

C. Pihak Kedua telah menyediakan satu laporan berkaitan Projek tersebut kepada PUSHPIAM dan pada dasarnya PUSHPIAM bersetuju dan berminat dengan unjuran laporan yang disediakan yang pada asasnya adalah untuk membantu ahli-ahli yang berdaftar dibawah PUSHPIAM yang menawarkan Pakej Usahasama secara bijak kepada ahli-ahli berdaftarnya yang berminat (selepas ini disebut sebagai “Pakej Usahasama”).

D. Melalui satu Perjanjian , PUSHPIAM telah bersetuju dan melantik pihak Kedua sebagai Pengurus Projek khas untuk membina , menjalankan , mengurus dan menyempurnakan Projek Pembangunan dan Pengembangan “membudidayakan” dan Pengambilan Sarang Burung Layang-Layang Walit (selepas ini disebut sebagai “Projek “) sebagai salah satu daripada program aktiviti PUSHPIAM.

E. Kos keseluruhan untuk satu (1) unit Bangunan Rumah Burung didalam Projek tersebut adalah berjumlah sebanyak Ringgit Malaysia: SERATUS LAPAN PULUH RIBU (RM180,000-00) sahaja dan ianya tidak termasuk pemilikan keatas tanah dimana Unit Bangunan Rumah Burung Layang-layang tersebut dibina. F. Pihak Kedua dengan ini menyatakan dan menawarkan pembahagian tawaran Pakej Usahasama dalam bentuk pembahagian SERATUS (100) unit Lot perkongsian yang berjumlah Ringgit Malaysia: SERIBU LAPAN RATUS (RM1,800-00) sahaja bagi setiap satu (1) unit Lot (selepas ini disebut sebagai “Lot”).

(2)

G. Pihak Kedua juga adalah pemilik berdaftar (selepas ini disebut sebagai “Pemilik Berdaftar”) keatas tanah yang dikenali sebagai yang mempunyai keluasan seluas ekar (selepas ini dirujuk sebagai “Tanah”) dan diatas persetujuan PihakKedua dan dipersetujui oleh PUSHPIAM, Bangunan Rumah Burung Layang-layang untuk Projek tersebut akan dibina diatas Tanah tersebut (selepas ini disebut sebagai “Tapak Projek”).

H. *Melalui satu perjanjian Pajakan, Pemilik Berdaftar tanah telah bersetuju dan telah memberi pajakan Tanah yang dikenali sebagai geran No. PT/Lot No.

Mukim Daerah

yang mempunyai keluasan sebanyak ekar/relong/hektar

(selepas ini disebut sebagai “Tapak Projek”) untuk membolehkan Pihak Kedua untuk menjalankan Projek tersebut diatas Tapak Projek untuk tempoh selama 30 tahun sahaja yang berkuatkuasa dari (tarikh????)

I. Pihak Pertama berminat dan bersetuju untuk melabur dan menyertai Projek tersebut tertakluk kepada Pakej Usahasama yang ditawarkan dan akan tertakluk kepada syarat-syarat dan terma-terma yang dipersetujui didalam Perjanjian ini

MAKA DENGAN INI ADALAH DIPERSETUJUI seperti

berikut:-PERSETUJUAN DAN BALASAN

1.1 Pihak Pertama dengan rela hati bersetuju untuk menyertai pelaburan dalam Pakej Usahasama yang ditawarkan oleh Pihak Kedua dan Pihak Kedua dengan ini besetuju untuk menerima penyertaan pelaburan Pihak Pertama dalam Pakej Usahasama didalam Projek ini tertakluk kepada syarat-syarat dan terma-terma yang terkandung dalam Perjanjian ini.

1.2 *Sebagai balasan sebanyak Ringgit Malaysia: SERIBU LAPAN RATUS (RM1,800-00) sahaja yang di berikan/dibayar oleh Pihak Pertama kepada Pihak Kedua, (Penerimaannya diakui oleh Pihak Kedua) Pihak Pertama dengan ini menyertai pelaburan dalam Projek tersebut dan Pihak Kedua menyatakan dengan ini akan menjalankan tugas-tugas dan tanggungjawab Pihak Kedua seperti yang dinyatakan dalam Perjanjian ini

(3)

TEMPOH PERJANJIAN

2.1 Kedua-dua pihak bersetuju dan mengaku bahawa tempoh Perjanjian ini ialah selama Dua Puluh (20) tahun sahaja ATAU selagi Bangunan Rumah Burung Layang-layang tersebut masih mengeluarkan hasil untuk tuaian, mana-mana yang terdahulu.

2.2 Kedua-dua pihak dengan ini bersetuju dan tertakluk kepada peruntukan perenggan 2.1 diatas, bahawa selepas tamat tempoh seperti yang dinyatakan didalam perenggan 2.1 diatas, Perjanjian ini akan disambung untuk tempoh selama sepuluh (10) tahun sahaja lagi yang berkuatkuasa dari tarikh tamat tempoh tersebut dan akan tertakluk kepada syarat-syarat dan terma seperti yang termaktub dalam Perjanjian ini.

2.3 Selepas tamat tempoh yang dinyatakan diatas perjanjian ini akan dianggap terbatal dan Bangunan Rumah Burung Layang-Layang tersebut akan diserahkan kepada dan akan diambil alih oleh PUSPIAM/Pihak Kedua perlu membayar apa-apa bayaran kepada Pihak Pertama.

BANGUNAN RUMAH BURUNG LAYANG-LAYANG

3. Kedua-dua pihak dengan ini bersetuju dan mengaku bahawa Bangunan Rumah Burung Layang-layang tersebut dimana Pihak Pertama menyertai Pakej Usahasama tersebut adalah dikenali sebagai Bangunan ________ seperti mana yang tertera dalam Lampiran “B” yang dilampirkan bersama dalam Perjanjian ini. (Selepas ini dirujuk sebagai “Rumah Burung Layang-Layang”).

SIJIL PERAKUAN PEMILIKAN

4. Pihak Kedua juga akan mengeluarkan satu Sijil Perakuan Pemilikan kepada Pihak Pertama menyatakan jumlah Lot yang disertai oleh Pihak Pertama dalam Pakej Usahama didalam Projek ini.

PENGAKUAN DAN PERSETUJUAN PIHAK PERTAMA

5. Pihak Pertama dengan ini bersetuju dan mengaku seperti

berikut:-(i) Pihak Pertama adalah ahli yang berdaftar dan aktif dalam PUSHPIAM.

(ii) Bagi melayakkan diri dalam penyertaan ini Pihak Pertama telah memberitahu PUSHPIAM akan keinginannya untuk menyertai Projek ini dan telah mendapat keizinan dari PUSHPIAM.

(4)

(iii) Seperti yang dinyatakan oleh Pihak Kedua, Pihak Pertama mengaku dan bersetuju bahawa Projek akan mula dilaksanakan apabila kutipan dana untuk jumlah keseluruhan kos sebanyak RM180,000-00 sahaja tersebut diperolehi dan setelah tapak yang bersesuaian dikenalpasti oleh Pihak Kedua.

(iv) Pihak Kedua telah memberi taklimat dan penerangan tentang perjalanan dan urusan Projek ini kepada Pihak Pertama dan Pihak Pertama dengan ini faham dan bersetuju untuk menyertai Pakej Usahasama didalam Projek ini dengan rela hati dan faham akan risiko-risiko (sekiranya ada) yang perlu diambil dalam menyertai Projek ini.

(v) Pihak Pertama dengan ini menyerahkan segala urusan berkaitan Bangunan Rumah Burung Layang-layang tersebut akan dilaksanakan oleh Pihak Kedua selama tempoh yang dipersetujui didalam Perjanjian ini dan Pihak Pertama tidak akan membatalkan Perjanjian ini selagi Pihak Kedua menjalankan dan melaksanakan tanggungjawab Pihak Kedua dalam melaksanakan Projek ini.

PENGAKUAN DAN PERSETUJUAN PIHAK KEDUA

6. Pihak Kedua dengan ini bersetuju dan mengaku seperti

berikut:-(i) Pihak Kedua mempunyai pengetahuan dan kepakaran dan selama ini menjalankan perusahaan pertanian agropolitan dalam pembangunan dan memperkembangkan “membudidayakan” dan pengambilan Sarang Burung Layang-Layang Walit (“Swiflet”) (selepas ini dirujuk sebagai “Burung Walit”) untuk tujuan komersil

.

(ii) Projek akan dimulakan berdasarkan kepada apabila kesemua kos berjumlah sebanyak RM180.000-00 tersebut telah terkumpul dari ahli-ahli PUSHPIAM yang berkongsi dalam Pakej Usahasama dalam Projek tersebut untuk melengkapkan satu Bangunan Rumah Burung Layang-layang tersebut dan satu tapak dikawasan yang mempunyai taburan Burung Walit tersebut dikenalpasti dan disahkan bersesuaian untuk Projek ini untuk dijadikan Tapak Projek.

(iii) Pihak Kedua akan melaksanakan Projek dengan membina unit Bangunan Rumah Burung Layang-layang tersebut diatas Tapak Projek tersebut dan akan menjalankan segala urusan pembangunan dan pengembangan “membudidayakan” (“cultivation”), penjagaan semasa dan pengambilan hasil dan

(5)

AKAN MEMBELI hasil tuaian sarang burung layang-layang tersebut pada harga pasaran semasa dan segala urusan tersebut akan di pantau oleh PUSHPIAM dan/atau oleh mana-mana orang atau wakil yang dilantik oleh PUSHPIAM.

(iv) Segala rekod pengambilan hasil tuaian dan jualan sarang burung didalam Unit bangunan tersebut akan direkodkan dan dikemukakan kepada PUSHPIAM dan Pihak Pertama untuk tujuan pemantauan.

(v) Pihak Kedua akan membeli hasil setiap pengambilan hasil tuian sarang burung tersebut pada harga pasaran semasa yang tertakluk kepada penjenisan gred masing-masing dan ini juga akan di pantau oleh PUSHPIAM.

(vi) Pihak Kedua akan mangambil insuran kebakaran keatas Bangunan Rumah Burung Layang-layang ini.

(vii) Sebagai pihak yang mempunyai kepakaran dalam industri pembangunan dan memperkembangkan “membudidayakan” (“cultivation”) dan pengambilan sarang Burung Walit ini Pihak Kedua akan menjalankan tugas dan kewajipannya seperti sediakala dan akan memastikan tahap penyelangaraan yang optimum dilaksanakan dan antara bidang kerja adalah meliputi secara umumnya seperti yang dinyatakan dalam Lampiran “A”.

PENGAKUAN DAN PERSETUJUAN KEDUA-DUA PIHAK 7. Kedua-dua pihak dengan ini bersetuju seperti

berikut:-(i) Penyertaan perkongsian Pihak Pertama didalam Projek ini tertakluk kepada bahawa Pihak Pertama ialah ahli berdaftar didalam PUSHPIAM.

(ii) Kos keseluruhan untuk memulakan operasi Projek ini adalah RM180,000-00 sahaja dan kemasukan Pihak Pertama dalam Pakej Usahasama ini tertakluk kepada apabila keseluruhan kos sebanyak RM180,000-00 sahaja tersebut dapat dikumpulkan melalui penyertaan ahli-ahli PUSHPIAM dalam perkongsian ini.

(iii) Pembinaan dan pemulaan pembinaan setiap unit Bangunan Rumah Burung Layang-layang didalam Projek ini akan dimulakan sebaik sahaja tabung kutipan mencapai jumlah RM180,000-00 sahaja seperti yang dinyatakan

(6)

(iv) Setiap penyertaan modal dalam Pakej Usahasama sebanyak RM1,800-00 sahaja adalah mewakili satu (1) unit yang juga bagi tujuan Perjanjian ini dirujuk sebagai satu (1) Lot untuk tujuan Pakej Usahasama ini dan setiap unit Lot yang terbabit akan dikenalpasti dan satu sijil perakuan akan dikeluarkan berkaitan dengannya.

(v) Penyertaan usahasama Pihak Pertama hanya terpakai dan merujuk kepada unit Bangunan Rumah Burung Layang-layang yang telah ditetapkan sahaja dan tidak merangkumi lain-lain unit Bangunan Rumah Burung Layang-layang secara keseluruhannya yang ada dirikan didalan Projek ini dan tidak juga melayakkan Pihak Pertama keatas pemilikan tanah dimana Bangunan Rumah Burung Layang-layang tersebut didirikan, (vi) *Bangunan Rumah Burung Layang-layang tersebut akan

didirikan diatas tanah persendirian milik Pihak Kedua/pihak ketiga yang telah memajakkan Tanah tersebut kepada Pihak Kedua.

(vii) *Tanah dimana Bangunan Rumah Burung Layang-layang tersebut akan didirikan adalah kepunyaan Pihak Kedua/pihak ketiga.

(viii) Sebagai balasan kepada Pihak Kedua bertindak sebagai Pengurus Projek/Perunding (“Consultant”) yang melaksanakan dan menjalankan operasi pembinaan (“design and build”), penyelengaraan dan tuaian keatas Bangunan Rumah Burung Layang-layang yang terbabit, Pihak Pertama bersetuju bahawa bayaran yang mewakili sebanyak DUA PULUH PERATUS (20%) dari hasil setiap tuaian akan diberikan/dibayar kepada Pihak Kedua.

(ix) Setiap kali tuaian/pengambilan sarang burung hendak dilakukan, setiap ahli Pakej Usahasama didalam Bangunan Rumah Burung Layang-layang tersebut akan diberitahu dan segala rekod hasil tuaian/pengambilan Sarang Burung tersebut akan direkodkan dan dikemukakan pada setiap ahli yang terlibat didalam Pakej Usahasama ini termasuk PUSHPIAM.

PINJAMAN TEKUN/PEMBIAYAAN INSTITUSI KEWANGAN

8. *Pihak Pertama terlibat dalam skim pinjaman yang dikeluarkan oleh Yayasan Tekun Nasional (selepas ini disebut sebagai “TEKUN”) iaitu sebuah organisasi yang ditubuhkan dibawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi/Institusi Kewangan dan Pihak Pertama telah menerima pembiayaan dari TEKUN/Institusi Kewangan tersebut sebanyak

(7)

RM20,000-00 sahaja sebagai pinjaman modal untuk menyertai Pakej Usahasama didalam Projek ini dan tertakluk kepada skim bayaran balik seperti yang ditetapkan oleh TEKUN/Institusi Kewangan berkaitan tersebut.

PEMBAYARAN BALIK PINJAMAN TEKUN

9. *Atas persetujuan Pihak Pertama dan direstui oleh PUSHPIAM, Pihak Kedua dengan ini diberi kuasa untuk menggunakan pendapatan dari hasil tuaian sarang burung Layang-layang yang berkaitan untuk tujuan bayaran balik pinjaman/pembiayaan yang dinyatakan tersebut kepada TEKUN menurut Jadual Pembayaran Balik yang telah ditetapkan dan dipersetujui oleh Pihak TEKUN dan Pihak Pertama.

KAEDAH PENYELESAIAN PERTIKAIAN

10.1Pihak Pertama dan Pihak Kedua dengan pemantauan dan nasihat PUSHPIAM hendaklah menyelesaikan apa-apa pertikaian yang mungkin timbul daripada atau berkaitan dengan mana-mana peruntukan dalam Perjanjian ini melalui proses rundingan.

10.2 Jika kaedah penyelesaian yang disebutkan dalam perenggan 10.1 diatas tidak dapat menyelesaikan pertikaian maka perkara ini hendaklah dirujuk kepada seorang Penimbangtara (“Arbitrator”) yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak untuk bertindak sebagai penimbangtara. Rujukan kepada timbangtara adalah dalam erti Akta Timbangtara 1952 (Semakan – 1972)

PEMAKAIAN UNDANG-UNDANG

11. Perjanjian ini hendaklah ditafsirkan dan dikawal oleh Undang-undang Malaysia.

UNDANG-UNDANG ALAM SEKITAR 1974

12. Projek ini yang akan dijalankan adalah mematuhi Undang-undang Penjagaan Alam Sekitar di bawah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974.

BENCANA ALAM/‘FORCE MAJEURE”

13.1Pihak Kedua adalah tidak bertanggungjawab bagi sebarang tindakan ,

ketinggalan atau kegagalan dalam menjalankan tanggungjawab seperti yang dinyatakan dalam Perjanjian ini jika tindakan, ketinggalan atau kegagalan itu timbul daripada keadaan yang tergolong dibawah ‘Force Majeure” seperti kerusuhan, kekacauan awam, mogok, kebakaran, banjir, gempa bumi,

(8)

peperangan dan sebab-sebab lain yang seumpamanya yang tidak dapat dikawal olehnya.

13.2.Sekiranya “Force Majeure” berlaku, perlaksanaan Perjanjian ini hendaklah ditangguhkan setakat mana berlakunya “Force Majeure” atau Perjanjian ini boleh ditamatkan dengan persetujuan kedua-dua pihak didalam Perjanjian ini.

PENEPIAN

14. Kegagalan mana-mana pihak dalam Perjanjian ini untuk melaksanakan atau menguatkuasakan apa-apa hak, remedi atau peruntukan yang terkandung dalam Perjanjian ini pada bila-bila masa tidak boleh dianggap sebagai penepian hak, remedi atau peruntukan seperti yang telah dinyatakan dalam Perjanjian ini

.

BUKAN PENEPIAN

15. Apa-apa penepian mana-mana hak pihak-pihak didalam Perjanjian ini adalah tidak sah melainkan ianya dibuat secara bertulis dan ditandatangani oleh mana-mana pihak dalam Perjanjian ini.

PERPINDAHAN HAKMILIK

16. Pihak Pertama tidak boleh serahhak atau memindah hak kepada mana-mana pihak Ketiga keseluruhan atau sebahagian faedah bagi unit Lot yang dimiliki tanpa mendapat kelulusan bertulis dari PUSHPIAM.

PERJANJIAN BUKAN PERKONGSIAN

17. Perjanjian ini tidak mewujudkan sebarang perkongsian antara pihak-pihak dalam Perjanjian ini.

MASA

18. Masa apabila disebut dalam Perjanjian ini adalah merupakan intipati dan penting dalam Perjanjian ini.

(9)

19. Jadual-jadual dan Lampiran-lampiran yang dirujuk didalam Perjanjian ini hendaklah diambil, dianggap, dibaca, ditafsirkan dan dijadikan sebagai bahagian yang penting kepada Perjanjian ini dan mengikat kedua-dua pihak.

NOTIS

20. Sebarang notis/surat/dokumen atau pemberitahuan makluman, permintaan atau tuntutann di dalam Perjanjian ini hendaklah dilakukan secara bertulis dan hendaklah dianggap sebagai penyampaian yang cukup dan sempurna

jika::-a. dihantar oleh mana-mana pihak atau peguamcara melalui surat pos berdaftar kealamat pihak yang satu lagi seperti yang tersebut dalam Perjanjian ini dan ianya hendaklah disifatkan sebagai telah sempurna penyampaiannya apabi;a surat berdaftar tersebut boleh disampaikan mengikut perjalanan dan cara amalan pos biasa ; atau

b. Jika diberi oleh mana-mana pihak atau peguamcara kepada pihak yang satu lagi atau secara serahan tangan.

PERTUKARAN ALAMAT

21. Sebarang pertukaran alamat oleh mana-mana satu pihak dalam Perjanjian ini hendaklah diberitahu kepada pihak yang satu lagi dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh pertukaran alamat itu.

KOS DAN YURAN PENYEDIAAN PERJANJIAN

22. Segala dan kos guaman termasuk duti setem Perjanjian ini haruslah ditanggung oleh Pihak Pertama

PERJANJIAN MENGIKAT

23. Perjanjian ini mengikat dan terikat kepada semua pengganti hakmilik dan penerima serah hak “successor in title” serta kesemua waris-waris dan wasi dan orang-orang yang dilantik bagi kedua-dua belah pihak.

.

****************************************************************** Ruangan Ini Adalah Sengaja Dibiarkan Kosongkan

(10)

DALAM MENYAKSIKAN PERJANJIAN INI maka dengan ini diperturunkan tandatangan dan/atau cap mohor kedua-dua pihak.

Ditandatangani oleh Pihak Pertama }

dihadapan }

} } }

Ditandatangani oleh Pihak Kedua }

Di hadapan }

} } }

(11)

JADUAL PERTAMA

(Yang perlu dibaca dan dianggap sebagai intipati dalam Perjanjian ini)

Seksyen Perkara Butir-Butir

1. Tarikh dan Tahun Perjanjian ini

2. Butir-butir Pihak Pertama

(12)

LAMPIRAN “A”

PENYELENGARAAN STRUKTUR BANGUNAN (“MIANTENANCE OF BUILDING STRUCTURE”)

(i) Kerja-kerja Plaster Khas Luaran (“External Special Plaster Work”) . (ii) Kerja-kerja Plaster Khas Dalaman (“Internal Special Plaster Work”). (iii) Penyelengaraan Sistem Pengairan /Takungan Dalaman

(“Maintenance of Internal Water Reservoir System”).

(iv) Sistem Aliran Air Luaran dan Dalaman (“Internal and External Piping System”)

(v) Sistem Pengudaraan Dalaman (“Internal Ventilation System”). (vi) Sistem Elektrik Dalaman & Luaran (“Internal and External Electrical

System”).

(vii) Sistem Keselamatan Luaran dan Dalaman (“Internal and External Security System”)

(viii) Kerja-kerja Struktur Kayu Dalaman (“Internal Wood Work”).

PENYELANGARAAN DAN KAWALAN TEKNIKAL MAINTENANCE OF TECHNICAL PERIPHERAL

(i) Kawalan dan Pemantauan Suhu (“Internal Temperature Control and Monitoring”)

(ii) Kawalan dan Pemantauan Humiditi Dalaman {“Internal Humidity Control and Monitoring”)

(iii) (“Internal Lux Control and Monitoring”)

(iv) Kawalan Pengudaraan Dalaman {“Internal Air Flow Control”)

(v) Kawalan dan Pemantauan Sistem Pengaliran Air Dalaman dan Luaran (“Internal and External Water Pump System Control & Monitoring”) (vi) Sistem Peralatan Elektronik Dalaman (“Internal Electronic Equipments

System”).

(vii) Sistem Kawalan dan Pemantauan Keselamatan (“Security Control & Monitoring System”).

PERKHIDMATAN KERJAKERJA PENUAIAN (“HARVESTING SERVICE”)

(13)

(i) Tenaga Kerja yang Berpengelaman (“Experience Manpower Labour Team”)

(ii) Kawalan Kuantiti Sarang Burung (“Nest Quantity Monitoring”) (iii) Kawalan Kualiti Sarang Burung(“Nest Quality Monitoring”) (iv) Pengredan Sarang Burung (“Nest Grading”)

(v) Kawalan/Penandaan Sarang Burung dan Boleh Tuai dan Tak Boleh Tuai (“Nest Marking and Harvestable and Non Harvestable Nest”)

(vi) Sistem Penggantian Sarang Burung (“Nest Replacement System”) (vii) Sistem Pengkelasan Telur (“Eggs Deduction System”)

(viii) Pemantauan Penolakan Telur (“Eggs Rejection Precautions”) (ix) Sistem Penggantian Telur (“Eggs Adoption System”)

PERKHIDMATAN KAWALAN

PEST CONTROL AND PRECAUTION SERVICE (i) Anai-anai (“White Ants”)

(ii) Semut Merah/Semut Api (“Red Ants”) (iii) Lipas (“Cockroaches”)

(iv) Fleas, Tick and Mites

(v) Larva Nyamuk (“Larvae (Mosquito) “Aedes””) (vi) Cicak (“Lizards”)

(vii) Tikus (“Rodents”) (viii) Burung Hantu (“Owls”)

(ix) Burung Helang dan Burung-burung Pemangsa (“Eagles and Predatory Birds”)

(x) Ular (“Snakes”)

(xi) Ancaman Manusia (“Human Predators”)

(Tertakluk kepada pertukaran yang mana difikirkan patut oleh Tetuan Aeroswift Consultancy Sdn. Bhd.)

(14)

Referensi

Dokumen terkait

Bahwa PIHAK PERTAMA akan menyewakan TANAH tersebut di atas kepada PIHAK KEDUA. Bahwa PIHAK KEDUA benar-benar telah menyatakan persetujuannya untuk menyewa TANAH dari

PIHAK PERTAMA dan PIHAK KEDUA selanjutnya secara bersama - sama disebut PARA PIHAK; sepakat untuk mengikatkan diri dalam suatu perjanjian dalam hal Pinjam Pakai

Isi perjanjian yang begitu singkat dan tidak lengkap ditambah minimnya pengetahuan pemilik tanah, ternyata banyak sekali merugikan pihak pemilik tanah, pihak

MANAKALA Pihak diinsuranskan yang disebut dalam Jadual dikepilkan bersama telah membuat dengan Liberty Insurance Berhad (selepas ini dikenali sebagai “Syarikat”)

a) PIHAK PERTAMA berkewajiban menyediakan dana investasi yang memadai – Tepat waktu untuk pelaksanaan teknis di lapangan yang diperlukan Proyek PIHAK KEDUA sesuai dengan

Nama : Mika Kumayanti, S.STP Jabatan : Sekretaris Kecamatan Selanjutnya disebut pihak Pertama Nama : Kusairi, AP Jabatan : Camat Bayan Selanjutnya disebut pihak Kedua Pihak Pertama

dan selanjutnya disebut PIHAK PERTAMA Nama : Pekerjaan : Alamat : Nomor KTP : Dalam hal ini bertindak untuk dan atas nama pribadi dan selanjutnya disebut PIHAK KEDUA Kedua belah

Lenteng Agung Nomor KTP : 31.7409.151086.1001 Selanjutnya dalam surat perjanjian ini disebut PIHAK KEDUA; Kedua belah pihak, yaitu PIHAK PERTAMA dan PIHAK KEDUA telah sepakat