• Tidak ada hasil yang ditemukan

KAEDAH-KAEDAH TENAGA BOLEH BAHARU (MENDAPATKAN WANG OLEH PEMEGANG LESEN PENGAGIHAN) 2011

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "KAEDAH-KAEDAH TENAGA BOLEH BAHARU (MENDAPATKAN WANG OLEH PEMEGANG LESEN PENGAGIHAN) 2011"

Copied!
18
0
0

Teks penuh

(1)

30 November 2011 30 November 2011

P.U. (A) 388

WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN

FEDERAL GOVERNMENT

GAZETTE

KAEDAH-KAEDAH TENAGA BOLEH BAHARU

(MENDAPATKAN WANG OLEH PEMEGANG LESEN

PENGAGIHAN) 2011

RENEWABLE ENERGY (RECOVERY OF MONEYS BY

DISTRIBUTION LICENSEE) RULES 2011

DISIARKAN OLEH/

PUBLISHED BY

JABATAN PEGUAM NEGARA/

(2)

P.U. (A) 388 AKTA TENAGA BOLEH BAHARU 2011

KAEDAH-KAEDAHTENAGABOLEHBAHARU(MENDAPATKANWANGOLEHPEMEGANG LESENPENGAGIHAN)2011

____________

SUSUNAN KAEDAH-KAEDAH ___________

Kaedah

1. Nama dan permulaan kuat kuasa

2. Tuntutan bagi mendapatkan wang daripada Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu

3. Pihak Berkuasa menentusahkan tuntutan 4. Tuntutan yang berlebih-lebihan

5. Penemuan tuntutan yang berlebih-lebihan oleh pemegang lesen pengagihan 6. Tuntutan berlebih-lebihan oleh pemegang lesen pengagihan dengan sengaja 7. Penemuan tuntutan yang terkurang oleh pemegang lesen pengagihan 8. Pembayaran tuntutan

9. Pembayaran balik bayaran yang terlebih 10. Pembayaran bagi kekurangan

(3)

P.U. (A) 388 AKTA TENAGA BOLEH BAHARU 2011

KAEDAH-KAEDAHTENAGABOLEHBAHARU(MENDAPATKANWANGOLEHPEMEGANG LESENPENGAGIHAN)2011

PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 19 dan perenggan 61(e) Akta

Tenaga Boleh Baharu 2011 [Akta 725], Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia membuat kaedah-kaedah yang berikut:

Nama dan permulaan kuat kuasa

1. (1) Kaedah-kaedah ini bolehlah dinamakan Kaedah-Kaedah Tenaga Boleh Baharu (Mendapatkan Wang oleh Pemegang Lesen Pengagihan) 2011.

(2) Kaedah-Kaedah ini mula berkuat kuasa pada 1 Disember 2011.

Tuntutan bagi mendapatkan wang daripada Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu

2. (1) Seorang pemegang lesen pengagihan hendaklah, tidak lewat dari hari ketujuh pada setiap bulan, mengemukakan suatu tuntutan bertulis kepada Pihak Berkuasa bagi mendapatkan daripada Kumpulan Wang suatu jumlah yang bersamaan dengan perbezaan antara—

(a) jumlah tariff galakan yang dibayar oleh pemegang lesen pengagihan kepada pemegang kelulusan galakan mengikut seksyen 16 Akta; dengan

(b) kos yang selainnya kena ditanggung oleh pemegang lesen pengagihan itu untuk menjana amaun elektrik yang sama dengan yang dijana oleh pemegang kelulusan galakan itu berdasarkan kos pembekalan yang ditentukan mengikut kaedah 11,

(4)

P.U. (A) 388 (2) Seseorang pemegang lesen pengagihan yang membuat suatu tuntutan di bawah subkaedah (1) hendaklah menberikan maklumat yang berikut kepada Pihak Berkuasa:

(a) butir-butir tentang tarif galakan yang dibayar oleh pemegang lesen pengagihan itu kepada setiap pemegang kelulusan galakan di bawah seksyen 16 Akta bagi bulan yang terdahulu;

(b) butir-butir tentang kuantiti elektrik yang dibeli oleh pemegang lesen pengagihan daripada setiap pemegang kelulusan galakan sebagai balasan bagi tarif galakan yang disebut dalam perenggan (a);

(c) pengiraan pemegang lesen pengagihan tentang perbezaan antara jumlah tarif galakan yang disebut dalam perenggan (a) dan kos yang selainnya kena ditanggung oleh pemegang lesen pengagihan itu untuk menjana kuantiti elektrik yang sama yang dibeli di bawah perenggan (b) berdasarkan kos pembekalan yang terpakai pada masa pembelian itu sebagaimana yang ditentukan mengikut kaedah 11; dan

(d) apa-apa maklumat lain yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa. (3) Walau apa pun subkaedah (1), jika seseorang pemegang lesen pengagihan tidak membuat suatu tuntutan pada atau sebelum hari ketujuh bulan itu, pemegang lesen pengagihan itu boleh memasukkan jumlah yang tidak dituntut itu pada atau sebelum hari ketujuh pada bulan yang berikutnya.

Pihak Berkuasa hendaklah menentusahan tuntutan

3. Pihak Berkuasa hendaklah menentusahkan apa-apa tuntutan yang dibuat oleh seorang pemegang lesen pengagihan di bawah subkaedah 2(1) sebelum pembayaran dibuat kepada pemegang lesen pengagihan itu daripada Kumpulan Wang di bawah kaedah 7.

(5)

P.U. (A) 388 Tuntutan yang berlebih-lebihan

4. (1) Apabila tuntutan di bawah kaedah 3 ditentusahkan, jika Pihak Berkuasa mendapati bahawa seseorang pemegang lesen pengagihan telah menyatakan berlebih-lebihan tuntutan yang dibuat di bawah subkaedah 2(1), Pihak Berkuasa boleh meminta pemegang lesen pengagihan itu untuk menjelaskan secara bertulis mengenai tuntutan yang berlebih-lebihan itu dalam suatu tempoh yang dinyatakan dalam permintaan itu atau apa-apa lanjutan masa yang diberikan oleh Pihak Berkuasa.

(2) Apabila permintaan di bawah subkaedah (1) diterima, pemegang lesen pengagihan itu hendaklah memberikan penjelasan itu dalam tempoh yang dinyatakan dalam permintaan itu atau apa-apa lanjutan masa yang diberikan oleh Pihak Berkuasa.

(3) Apabila habis tempoh yang dinyatakan dalam permintaan itu atau apa-apa lanjutan masa yang diberikan di bawah subkaedah (1), Pihak Berkuasa hendaklah membuat suatu keputusan tentang tuntutan itu dengan mengambil kira perkara yang berikut:

(a) penjelasan yang diberikan oleh pemegang lesen pengagihan, jika ada;

(b) sama ada pemegang lesen pengagihan itu telah bertindak dengan suci hati; dan

(c) apa-apa perkara lain difikirkan berkaitan oleh yang Pihak Berkuasa. (4) Keputusan Pihak Berkuasa di bawah subkaedah (3) adalah muktamad dan hendaklah, dengan notis bertulis, dimaklumkan kepada pemegang lesen pengagihan itu.

Penemuan tuntutan yang berlebih-lebihan oleh pemegang lesen pengagihan 5. (1) Jika seseorang pemegang lesen pengagihan, pada bila-bila masa, mendapati bahawa ia telah menyatakan berlebih-lebihan tuntutan yang dibuat di bawah subkaedah 2(1), pemegang lesen pengagihan itu hendaklah memberitahu Pihak

(6)

P.U. (A) 388 Berkuasa secara bertulis dan menyatakan jumlah yang dinyatakan berlebih-lebihan itu dalam pemberitahuan itu.

(2) Apabila menerima pemberitahuan di bawah subkaedah (1), Pihak Berkuasa hendaklah menentusahkan tuntutan berlebih-lebihan itu.

(3) Pihak Berkuasa boleh, bagi maksud penentusahan di bawah subkaedah (2), meminta pemegang lesen pengagihan untuk memberikan apa-apa maklumat dan dokumen sokongan lain dalam suatu tempoh yang dinyatakan dalam permintaan itu atau apa-apa lanjutan masa yang diberikan oleh Pihak Berkuasa.

(4) Apabila permintaan di bawah subkaedah (3) diterima, pemegang lesen pengagihan hendaklah memberikan maklumat dan dokumen sokongan lain itu dalam tempoh yang dinyatakan dalam permintaan itu atau apa-apa lanjutan masa yang diberikan oleh Pihak Berkuasa.

(5) Apabila habis tempoh yang dinyatakan dalam permintaan itu atau apa-apa lanjutan masa yang diberikan oleh Pihak Berkuasa dan selepas penentusahan di bawah subkaedah (2) dijalankan dengan mengambil kira maklumat dan apa-apa dokumen sokongan lain yang disebut dalam subkaedah (3), jika ada, Pihak Berkuasa hendaklah membuat suatu keputusan tentang tuntutan itu.

(6) Keputusan Pihak Berkuasa di bawah subkaedah (5) adalah muktamad dan hendaklah, dengan notis bertulis, dimaklumkan kepada pemegang lesen pengagihan itu.

(7) Jika Pihak Berkuasa memutuskan di bawah subkaedah (5) bahawa pemegang lesen pengagihan itu telah menyatakan berlebih-lebihan tuntutan di bawah subkaedah 2(1), Pihak Berkuasa hendaklah—

(a) jika pembayaran masih belum dibuat kepada pemegang lesen pengagihan itu, memotong jumlah yang dinyatakan berlebih-lebihan itu daripada tuntutan itu; atau

(7)

P.U. (A) 388 (b) jika pembayaran yang terlebih telah dibuat kepada pemegang lesen

pengagihan itu, Pihak Berkuasa boleh—

(i) memotong jumlah yang dinyatakan berlebih-lebihan itu daripada tuntutan yang berikutnya yang dibuat di bawah subkaedah 2(1); atau

(ii) menghendaki pemegang lesen pengagihan itu untuk membayar balik jumlah yang dinyatakan berlebih-lebihan itu kepada Pihak Berkuasa tanpa apa-apa bunga dalam tiga puluh hari dari tarikh notis bertulis di bawah subkaedah (6).

Tuntutan yang berlebih-lebihan oleh pemegang lesen pengagihan dengan sengaja 6. Walau apa pun kaedah 4 dan 5, seseorang pemegang lesen pengagihan yang menyatakan tuntutan yang berlebih-lebihan dengan sengaja melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Penemuan tuntutan pernyataan yang terkurang oleh pemegang lesen pengagihan 7. (1) Jika seseorang pemegang lesen pengagihan, pada bila-bila masa, mendapati bahawa ia telah menyatakan terkurang tuntutan yang dibuat di bawah subkaedah 2(1), pemegang lesen pengagihan itu boleh memberitahu Pihak Berkuasa secara bertulis dan menyatakan jumlah yang terkurang dinyatakan itu dalam pemberitahuan itu.

(2) Apabila pemberitahuan di bawah subkaedah (1) diterima, Pihak Berkuasa hendaklah menentusahkan tuntutan yang terkurang itu.

(3) Pihak Berkuasa boleh, bagi maksud penentusahan di bawah subkaedah (2), meminta pemegang lesen pengagihan untuk memberikan apa-apa maklumat dan dokumen sokongan lain dalam tempoh yang dinyatakan dalam permintaan itu atau apa-apa lanjutan masa yang diberikan oleh Pihak Berkuasa.

(8)

P.U. (A) 388 (4) Apabila permintaan di bawah subkaedah (3) diterima, pemegang lesen pengagihan hendaklah memberikan maklumat dan dokumen sokongan lain itu dalam tempoh yang dinyatakan dalam permintaan itu atau apa-apa lanjutan masa yang diberikan oleh Pihak Berkuasa.

(5) Apabila habis tempoh yang dinyatakan dalam permintaan itu atau apa-apa lanjutan masa yang diberikan oleh Pihak Berkuasa dan selepas penentusahan di bawah subkaedah (2) dijalankan dengan mengambil kira maklumat dan apa-apa dokumen sokongan lain yang disebut dalam subkaedah (3), jika ada, Pihak Berkuasa hendaklah membuat suatu keputusan tentang tuntutan itu.

(6) Keputusan Pihak Berkuasa di bawah subkaedah (5) adalah muktamad dan hendaklah, dengan notis bertulis, dimaklumkan kepada pemegang lesen pengagihan itu.

(7) Jika Pihak Berkuasa memutuskan di bawah subkaedah (5) bahawa pemegang lesen pengagihan itu telah menyatakan terkurang tuntutan di bawah subkaedah 2(1), pemegang lesen pengagihan itu boleh memasukkan jumlah yang terkurang dinyatakan itu dalam tuntutannya yang berikut di bawah subkaedah 2(1).

Pembayaran tuntutan

8. Tertakluk kepada kaedah 3, perenggan 5(7)(a) dan subperenggan 5(7)(b)(i), Pihak Berkuasa hendaklah membuat pembayaran bagi tuntutan di bawah subkaedah 2(1) kepada pemegang lesen pengagihan tidak lewat daripada hari terakhir bagi bulan yang tuntutan itu dikemukakan.

(9)

P.U. (A) 388 Pembayaran balik bayaran yang terlebih

9. (1) Jika Pihak Berkuasa mendapati bahawa terdapat suatu bayaran yang terlebih kepada seseorang pemegang lesen pengagihan daripada Kumpulan Wang, Pihak Berkuasa hendaklah, dengan secepat yang mungkin, memberitahu pemegang lesen pengagihan itu secara bertulis tentang bayaran yang terlebih itu dan meminta pemegang lesen pengagihan itu supaya membayar balik bayaran yang terlebih itu kepada Kumpulan Wang.

(2) Pemegang lesen pengagihan itu hendaklah membayar bayaran yang terlebih di bawah subkaedah (1) itu tanpa apa-apa bunga dalam masa tiga puluh hari dari tarikh penerimaan pemberitahuan oleh pemegang lesen pengagihan itu.

(3) Jika pemegang lesen pengagihan mendapati bahawa terdapat suatu bayaran yang terlebih kepadanya daripada Kumpulan Wang selain bayaran yang terlebih disebabkan pernyataan terlebih oleh tuntutan yang berlebih-lebihan di bawah perenggan 5(7)(b), pemegang lesen pengagihan itu hendaklah, dengan secepat yang mungkin, memberitahu Pihak Berkuasa secara bertulis tentang bayaran yang terlebih itu dan membayar balik bayaran yang terlebih itu kepada Kumpulan Wang tanpa apa-apa bunga dalam masa tiga puluh hari dari tarikh pemberitahuannya kepada Pihak Berkuasa.

(4) Seseorang pemegang lesen pengagihan yang tidak mematuhi subkaedah (2) atau (3) melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Pembayaran bagi kekurangan

10. (1) Jika Pihak Berkuasa mendapati bahawa terdapat kekurangan dalam bayaran kepada seseorang pemegang lesen pengagihan daripada Kumpulan Wang, Pihak Berkuasa hendaklah, dengan secepat yang mungkin, memberitahu pemegang lesen pengagihan itu secara bertulis tentang kekurangan dalam bayaran itu dan membayar kekurangan itu tanpa bunga kepada pemegang lesen pengagihan dalam masa tiga puluh hari dari tarikh kekurangan itu ditemui oleh Pihak Berkuasa.

(10)

P.U. (A) 388 (2) Jika seseorang pemegang lesen pengagihan mendapati bahawa terdapat kekurangan dalam bayaran kepadanya daripada Kumpulan Wang, pemegang lesen pengagihan itu boleh memberitahu Pihak Berkuasa secara bertulis, dengan secepat yang mungkin, tentang kekurangan dalam bayaran itu dan kekurangan itu hendaklah dibayar oleh Pihak Berkuasa tanpa bunga kepada pemegang lesen pengagihan itu dalam masa tiga puluh hari dari tarikh kekurangan itu ditentusahkan oleh Pihak Berkuasa.

Kos pembekalan

11. (1) Tertakluk kepada subkaedah (2), kos pembekalan—

(a) berkenaan dengan suatu pepasangan tenaga boleh baharu yang disambungkan kepada suatu talian bekalan pada voltan yang bersamaan dengan atau melebihi 1,000 volt arus ulang-alik, ialah 0.1900 ringgit bagi setiap kilowatt jam; dan

(b) berkenaan dengan suatu pepasangan tenaga boleh baharu yang disambungkan kepada suatu talian bekalan pada voltan yang kurang daripada 1,000 volt arus ulang-alik, ialah 0.2641 ringgit bagi setiap kilowatt jam.

(2) Berikutan daripada tiap-tiap semakan semula tarif yang dikenakan oleh seseorang pemegang lesen pengagihan di bawah subseksyen 26(1) Akta Bekalan Elektrik 1990 [Akta 447] selepas tarikh permulaan kuat kuasa Kaedah-Kaedah ini, nilai kos pembekalan yang dinyatakan dalam subkaedah (1) hendaklah disemak secara bersamaan oleh Pihak Berkuasa, dengan persetujuan Suruhanjaya, bagi menunjukkan perubahan dalam tarif yang disebabkan oleh perubahan dalam kos bahan api dan pengendalian pemegang lesen pengagihan

Dibuat 29 November 2011 [SEDA:SS007; PN(PU2)693/II]

TAN SRI DR FONG CHAN ONN Pengerusi

(11)

P.U. (A) 388 RENEWABLE ENERGY ACT 2011

RENEWABLEENERGY(RECOVERYOFMONEYSBY DISTRIBUTIONLICENSEE)RULES2011

_________________________________ ARRANGEMENT OF RULES ________________________________ Rule

1. Citation and commencement

2. Claim for recovery of moneys from Renewable Energy Fund 3. Authority to verify claim

4. Overstatement of claim

5. Discovery of overstatement of claim by distribution licensee 6. Overstatement of claim by distribution licensee intentionally 7. Discovery of understatement of claim by distribution licensee 8. Payment of claim

9. Refund of overpayment 10. Payment of shortfall 11. Displaced cost

(12)

P.U. (A) 388 RENEWABLE ENERGY ACT 2011

RENEWABLEENERGY(RECOVERYOFMONEYSBYDISTRIBUTIONLICENSEE)RULES 2011

IN exercise of the powers conferred by section 19 and paragraph 61(e) of the Renewable Energy Act 2011 [Act 725], the Sustainable Energy Development Authority Malaysia makes the following rules:

Citation and commencement

1. (1) These rules may be cited as the Renewable Energy (Recovery of Moneys by Distribution Licensee) Rules 2011.

(2) These Rules come into operation on 1 December 2011. Claim for recovery of moneys from Renewable Energy Fund

2. (1) A distribution licensee shall, not later than the seventh day of each month, submit a written claim to the Authority for the recovery from the Fund a sum equivalent to the difference between—

(a) the amount of feed-in tariffs paid by the distribution licensee to feed-in approval holders in accordance with section 16 of the Act; and

(b) the cost which the distribution licensee would have otherwise had to incur to generate the same amount of electricity generated by such feed-in approval holders based on the displaced cost which is determined in accordance with rule 11,

in respect of such sum incurred in the previous month.

(2) A distribution licensee who makes a claim under subrule (1) shall provide the Authority with the following information:

(13)

P.U. (A) 388 (a) details of the feed-in tariffs paid by the distribution licensee to each feed-in approval holder under section 16 of the Act for the previous month;

(b) details of the quantity of electricity purchased by the distribution licensee from each feed-in approval holder in consideration of the feed-in tariffs referred to in paragraph (a);

(c) the distribution licensee’s calculation of the difference between the amount of the feed-in tariffs referred to in paragraph (a) and the cost which it would have otherwise had to incur to generate the same quantity of electricity purchased under paragraph (b) based on the applicable displaced cost at the time of such purchase as determined in accordance with rule 11; and

(d) such other information as may be determined by the Authority. (3) Notwithstanding subrule (1), if a distribution licensee fails to make a claim on or before the seventh day of the month, the distribution licensee may include the unclaimed amount on or before the seventh day of the following month.

Authority to verify claim

3. The Authority shall verify any claim made by a distribution licensee under subrule 2(1) before payment is made to the distribution licensee from the Fund under rule 7.

Overstatement of claim

4. (1) Upon verification of a claim under rule 3, if the Authority finds that a distribution licensee has overstated a claim made under subrule 2(1), the Authority may request the distribution licensee to explain in writing regarding the overstatement of claim within a period specified in the request or any extension of time granted by the Authority.

(14)

P.U. (A) 388 (2) Upon receiving the request under subrule (1), the distribution licensee shall provide the explanation within the period specified in the request or any extension of time granted by the Authority.

(3) Upon the expiry of the period specified in the request or extension of time granted under subrule (1), the Authority shall make a decision on the claim having regard to the following matters:

(a) the explanation provided by the distribution licensee, if any; (b) whether the distribution licensee acted in good faith; and (c) such other matters as the Authority may deem relevant.

(4) The decision of the Authority under subrule (3) shall be final and shall, by written notice, be informed to the distribution licensee.

Discovery of overstatement of claim by distribution licensee

5. (1) If a distribution licensee, at any time, finds that it has overstated a claim made under subrule 2(1), the distribution licensee shall notify the Authority in writing and specify the overstated amount in the notification.

(2) Upon receipt of the notification under subrule (1), the Authority shall verify the overstatement of claim.

(3) The Authority may, for the purpose of verification under subrule (2), request the distribution licensee to provide any information and other supporting documents within a period specified in the request or any extension of time granted by the Authority.

(4) Upon receiving the request under subrule (3), the distribution licensee shall provide such information and other supporting documents within the period specified in the request or any extension of time granted by the Authority.

(15)

P.U. (A) 388 out by taking into consideration the information and other supporting documents referred to in subrule (3), if any, the Authority shall make a decision on the claim.

(6) The decision of the Authority under subrule (5) shall be final and shall, by written notice, be informed to the distribution licensee.

(7) If the Authority decides under subrule (5) that the distribution licensee has overstated the claim under subrule 2(1), the Authority shall—

(a) if payment has not been made to the distribution licensee, deduct the overstated amount from the claim; or

(b) if overpayment has been made to the distribution licensee, the Authority may–

(i) deduct the overstated amount from the subsequent claim made under subrule 2(1); or

(ii) require the distribution licensee to refund the overstated amount to the Authority without any interest within thirty from the date of the written notice under subrule (6).

Overstatement of claim by distribution licensee intentionally

6. Notwithstanding rules 4 and 5, a distribution licensee who intentionally overstates a claim commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding three hundred thousand ringgit or to an imprisonment for a term not exceeding three years or to both.

Discovery of understatement of claim by distribution licensee

7. (1) If a distribution licensee, at any time, finds that it has understated a claim made under subrule 2(1), the distribution licensee may notify Authority in writing and specify the understated amount in the notification.

(16)

P.U. (A) 388 (2) Upon receipt of the notification under subrule (1), the Authority shall verify the understatement of claim.

(3) The Authority may, for the purpose of verification under subrule (2), request the distribution licensee to provide any information and other supporting documents within the period specified in the request or any extension of time granted by the Authority.

(4) Upon receiving the request under subrule (3), the distribution licensee shall provide such information and other supporting documents within the period specified in the request or any extension of time granted by the Authority.

(5) Upon the expiry of the period specified in the request or any extension of time granted by the Authority and after the verification under subrule (2) is carried out by taking into consideration the information and other supporting documents referred to in subrule (3), if any, the Authority shall make a decision on the claim.

(6) The decision of the Authority under subrule (5) shall be final and shall, by written notice, be informed to the distribution licensee.

(7) If the Authority decides under subrule (5) that the distribution licensee has understated the claim under subrule 2(1), the distribution licensee may include the understated amount in its subsequent claim under subrule 2(1).

Payment of claim

8. Subject to rule 3, paragraph 5(7)(a) and subparagraph 5(7)(b)(i), the Authority shall make the payment of the claim under subrule 2(1) to the distribution licensee not later than the last day of the month in which the claim was submitted.

(17)

P.U. (A) 388

Refund of overpayment

9. (1) If the Authority discovers that there has been an overpayment to a distribution licensee from the Fund, the Authority shall, as soon as possible, notify the distribution licensee in writing of the overpayment and request the distribution licensee to refund the overpayment to the Fund.

(2) The distribution licensee shall pay the overpayment under subrule (1) without any interest within thirty days from the date of receipt of the notification by the distribution licensee.

(3) If a distribution licensee discovers that there has been an overpayment to it from the Fund other than an overpayment under paragraph 5(7)(b), the distribution licensee shall, as soon as possible, notify the Authority in writing of the overpayment and refund the overpayment to the Fund without any interest within thirty days from the date of its notification to the Authority.

(4) A distribution licensee who fails to comply with subrule (2) or (3) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding three hundred thousand ringgit or to an imprisonment for a term not exceeding three years or to both. Payment of shortfall

10. (1) If the Authority discovers that there has been a shortfall in the payment to a distribution licensee from the Fund, the Authority shall, as soon as possible, notify the distribution licensee in writing of the shortfall in the payment and pay the shortfall without interest to the distribution licensee within thirty days from the date of the shortfall being discovered by the Authority.

(2) If a distribution licensee discovers that there has been a shortfall in the payment to it from the Fund, the distribution licensee may notify the Authority in writing, as soon as possible, of the shortfall in the payment and such shortfall shall be paid by the Authority without interest to the distribution licensee within thirty days from the date of the shortfall being verified by the Authority.

(18)

P.U. (A) 388

Displaced cost

11. (1) Subject to subrule (2), the displaced cost—

(a) in respect of a renewable energy installation connected to a supply line at a voltage equal to or exceeding 1,000 volts alternating current, shall be 0.1900 ringgit per kilowatt hour; and

(b) in respect of a renewable energy installation connected to a supply line at a voltage less than 1,000 volts alternating current, shall be 0.2641 ringgit per kilowatt hour.

(2) Following every revision in the tariffs levied by a distribution licensee under subsection 26(1) of the Electricity Supply Act 1990 [Act 447] after the date of coming into operation of these Rules, the displaced cost values specified in subrule (1) shall be correspondingly revised by the Authority, with the concurrence of the Commission, to reflect the change in tariffs due to changes in the fuel and operational costs of the distribution licensee.

Made 29 November 2011 [SEDA: SS007; PN(PU2)693/II]

TAN SRI DR FONG CHAN ONN Chairman

Referensi

Dokumen terkait

Soesilo dalam bukunya yang berjudul Kitab Undang-Undang Hukum Pidana (KUHP) Serta Komentar-Komentarnya Lengkap Pasal Demi Pasal, menjelaskan bahwa yang dinamakan

Penanggungjawab mempunyai kewajiban sebagaimana tercantum dalam lampiran Rekomendasi Kepala Dinas Lingkungan Hidup Kabupaten Kendal tentang Persetujuan Upaya Pengelolaan

Penelitian kepuasan pelanggan dilakukan terbatas pada layanan santunan yang dilakukan divisi santunan atau klaim PT Jasa Raharja cabang Bandung pada periode

Penelitian tersebut menduga bahwa sesudah ligasi varises pada awal tindakan, saluran utama varises telah mengalami trombosis sehingga angka komplikasi untuk sesi skleroterapi

Hasil penelitian ini dapat dijadikan sebagai sumber informasi mengenai seberapa besar proporsi bagian edible dan inedible itik Rambon dan Cihateup generasi ke-3

Individu yang mempunyai emosi yang matang yaitu individu yang mampu mengendalikan dirinya dengan baik, melakukan upaya mengatasi stres dengan cara menggunakan

Setelah pada bulan sebelumnya dilakukan aktivitas pembuatan dan pemasangan ajir (batang bambu penyangga mangrove), juga setelahnya adalah penanaman, maka di bulan Juli

2) Kawasan sempadan sungai sebagaimana dimaksud pada ayat (1) huruf a adalah kawasan sepanjang kanan kiri sungai, termasuk sungai buatan, kanal, dan saluran irigasi