• Tidak ada hasil yang ditemukan

AMARAN! Ebook Ini Adalah Percuma. Bukan untuk Dijual atau Dibeli!

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "AMARAN! Ebook Ini Adalah Percuma. Bukan untuk Dijual atau Dibeli!"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

AMARAN! Ebook Ini Adalah Percuma. Bukan untuk Dijual atau Dibeli!

Saya, Danial Arif, selaku penulis ebook ini, tidak pernah berniat atau bercadang untuk menjual ebook ini.

Ebook ini hanya untuk tujuan edaran secara percuma. Ebook ini hanya sah diedarkan oleh saya atau wakil saya sahaja.

Jika anda membeli ebook ini, bermakna anda telah di-scam. Sila hubungi individu yang tidak bertanggungjawab yang menjual ebook ini dan mohon agar dipulangkan wang anda semula.

Jika anda berniat untuk menjual semula ebook ini, tolong hentikan angan-angan anda sekarang.

“Tapi, ebook ini saya dah download, ikut suka hati saya la nak buat apa pun.

Macam saya dapat roti Gardenia, ikut suka hati saya la nak makan sendiri atau nak jual”.

Suka saya ingatkan, Majlis Fatwa Kebangsaan telah bersidang dan menetapkan, harta intelek (idea, perisian, buku naskah digital, rakaman audio/video), tidak kira samada wujud secara fizikal atau maya, ianya diiktiraf sebagai harta yang sah dimiliki oleh individu yang mencipta produk tersebut.

Perbuatan mencetak-rompak dan mejual semula tanpa izin pencipta asal adalah sama seperti anda mencuri dan menjual harta yang telah dicuri.

“Tapi, idea dan ilmu milik Allah!”

Ya, begitu juga dengan rumah, kereta, telefon, anak, isteri dan segala yang anda miliki. Semuanya milik Allah.

Jadi, bolehkah saya ambil sahaja rumah, kereta, telefon, anak dan isteri anda untuk saya jual semula?

TITIK.

(2)

CASE STUDY - Strategi Jana UNTUNG RM9,819.59 Dengan Hanya Jual 1 Produk! 100% Guna Website E-Commerce!

(Yup, untung, bukan jualan!)

Ini case study salah satu projek tepi yang saya buat secara geli-geli masa puasa tahun lepas.

Sasaran utama hanya hendak hit & run sebab hendak kumpul “DUIT RAYA”

sahaja. Hehe…

(Selain dari projek geli-geli, saya juga ada bisnes ecommerce focus jual

barangan bayi. Ini adalah bisnes ecommerce utama dan ini projek jangka masa panjang. Saya jarang buat projek jenis hit & run sebenarnya)

Alhamdulillah, Saya berjaya buat jualan sebanyak RM21,500 dengan kos ads RM2,269.41.

(3)

Disebabkan projek ini hanya projek tepi, saya hanya ambil stok 500 unit sahaja. Produk ini saya beli dari pembekal di China.

AlhamduLillah, dalam masa seminggu berjaya habiskan semua stok.

Okay, cukup gula-gula. Jom, kita masuk ke bab teknikal ads.

Saya nak kongsikan macam mana cara saya buat.

Gerak kerja ini dipecahkan kepada 4 fasa.

(4)

FASA 1 - VALIDASI 1

(Ini produk yang saya jual)

Jika anda baru hendak mencari idea produk, saya sarankan anda guna tools/software Niche Scraper atau Ecom Hunt.

Ini antara tools yang saya guna untuk dapatkan idea nak jual produk apa.

Pada permulaan, selepas saya dapat idea nak jual produk apa, saya akan mulakan langkah dengan kaji tahap persaingan dulu.

Saya akan semak di Shopee untuk tengok berapa ramai yang jual produk ini.

Berita baiknya, hanya ada 1 orang seller dari China yang jual di Shopee.

…dan langsung tiada seorang Seller pun dari Malaysia jual produk ini.

Cara saya, saya akan jual produk yang belum ada local seller di Shopee. Supaya, tidak perlu risau tentang persaingan dan aktiviti "PEMBUANGAN HARGA".

Apabila saya dapati tiada local seller jual di Shopee, saya pun mula borong secara pukal sebanyak 80 unit.

Tujuannya saya nak buat validasi.

(5)

FASA 2 - VALIDASI 2

Pada fasa 2 ini, saya akan buat ads untuk uji samada permintaan untuk produk ini okay atau tak.

Setelah produk sampai, saya terus rakam video, edit dan jalankan iklan.

KPI saya, kalau saya dapat habiskan produk dalam masa seminggu...

...dan saya tidak rugi bayar iklan, saya boleh sahkan produk ini ada permintaan yang okay.

Dalam tempoh seminggu, saya buat split test ads dan sasarkan untuk habiskan stok 80 unit.

Dari segi targeting, saya split test 10 interest berbeza:

Adset 1: 25-35, interest IKEA (RM20/hari)

Adset 2: 25-45, interest Home Deco (RM20/hari) Adset 3: 25-45, interest Interior Design (RM20/hari) Adset 4: 25-45, interest Marriage (RM20/hari) Adset 5: 25-45, interest Prof Muhaya (RM20/hari)

(Gambaran struktur split testing interest dan ads)

(6)

Cukup saya senaraikan 5 ni je.

Apa pun, pokok pangkalnya, fasa awal tu kena split test target audience dulu.

Minima saya sarankan uji 5 interest. Tapi, kalau saya, memang saya akan terus buat split test uji 10 interest terus.

“Tuan saya nak jual produk supplement Ubi Kayu Korea. Nak guna interest apa ya?”

Jawapan saya, takde sorang pun tok bomoh dalam Malaysia ni boleh abaq dekat ampa interest apa yang boleh convert sales!

Nak tahu memang kena uji sendiri. Tiada jalan pintas!

Oh ya!

Biasanya, dari segi umur, untuk ads bawa pelanggan masuk beli di website ecommerce, biasanya saya sarankan target umur 25-45, sebab kita nak collect data umur berapa yang mudah convert.

Tapi, dalam situasi ini, memang saya dah pernah jual produk niche sama sebelum ini, jadi saya dah tahu target umur.

Jadi, saya letak terus umur yang targeted. Tak perlu test kalau memang dah tahu.

(7)

Selain interest, saya juga split test angle iklan.

Caranya, saya hasilkan 2 jenis video iklan:

Video #1: Demo produk boleh bersihkan kipas tanpa perlu panjat tangga

Video #2: Demo produk boleh bersihkan sawang pada siling rumah tanpa perlu panjat tangga.

(Gambaran struktur split testing interest dan ads)

Satu produk, sebenarnya, ada banyak angle mesej yang boleh kita sampaikan dalam iklan.

Contoh, krim kurus:

Angle 1: Krim boleh buang lemak pada perut Angle 2: Krim boleh buang lemak pada peha Angle 3: Krim boleh buang lemak bawah dagu

(8)

Contoh, toner untuk jerawat:

Angle 1: Hapuskan jerawat pada zone U Angle 2: Hapuskan jerawat pada zone T

Contoh, tudung:

Angle 1: Cari tudung baru sebab dah bosan dengan tudung lama Angle 2: Cari tudung untuk jadi bridesmaid masa wedding BFF

Contoh, spray putihkan kulit:

Angle 1: Hilangkan belak pada muka & sekatakan warna kulit semula

Angle 2: Putihkan balik tangan (tangan gelap sebab pakai baju lengan Panjang) Angle 3: Putihkan muka (sebab pakai tudung dan banyak buat kerja diluar)

Disebabkan kita bukan ahli nujum, maka kita tidak tahu iklan macam mana yang berkesan. Jadi, sebab itu kena buat uji kaji.

Berbalik pada topik case study projek saya ini.

Hasil dari split test 10 interest, saya dapat 7 interest yang boleh buat jualan padu.

Dari segi video pula, video demo bersihkan kipas yang win. Win ini maksudnya, hasil jualan lepas tolak ads dan kos produk, ada untung yang cukup.

(9)

Fasa 3 - Decision Making (Scale or die?)

Apabila telah berjaya capai sasaran yang ditetapkan pada fasa 2, saya akan buat kira-kira.

Kira-kira ini akan menentukan samada nak borong lebih banyak atau nak batalkan projek.

Cara saya, asalkan tidak rugi, saya teruskan.

Disebabkan fasa validasi 2 menunjukkan angka positif dari segi profit, jadi saya teruskan.

Saya beli terus pukal 500 unit dari pembekal di China.

Kali ini, saya berjaya runding untuk dapatkan harga yang lebih rendah. Sebab saya order lebih banyak dan sebelum ini dah pernah beli dari pembekal tersebut.

(10)

Fasa 4 - Scale

Disebabkan saya dah buat sekali split test iklan masa fasa 2, saya dah tahu interest apa dan iklan apa yang boleh berikan keuntungan tinggi.

Jadi, apabila produk saya sampai, saya boleh terus pam bajet besar pada interest yang win.

Masa fasa ini, saya dah mula belanja iklan RM500-RM1,000 per hari.

Bergantung pada hari.

Hari jualan nampak laju, saya naikkan belanja iklan sampai RM1,000.

Hari yang nampak jualan agak perlahan dan untung tidak berapa tebal, turunkan bajet kepada RM500 per hari.

Selagi tidak rugi, saya teruskan sahaja iklan.

Kita tidak boleh harapkan prestasi jualan sama kencang setiap hari.

Ianya normal jika ada hari jualan tinggi dan ada hari jualan lembab.

“Tuan boleh la ada banyak modal nak terus buat ads RM500 - RM1,000 sehari.”

Siapa kata saya buat ads guna duit sendiri?

Saya guna duit sendiri masa fasa split test dan validasi je.

Selepas itu, saya guna duit jualan yang masuk tu untuk cover kos iklan setiap hari.

Dalam bahasa yang mudah, saya tidak keluarkan duit sendiri pun untuk tampung kos iklan.

(11)

Sebab, duit jualan yang masuk setiap hari itulah kita pusing semula jadikan sebagai modal iklan.

Lagi pun, kenapa nak takut berbelanja pada iklan kalau dah dah jumpa iklan dan target interest yang win?

Haaa… Itulah sebab kenapa kita kena buat validasi dan split test dahulu. :) Split test dan valiasi ini bertujuan untuk uruskan risiko kita.

Berniaga memang sentiasa ada risiko. Kita tidak boleh nak elak, tapi, kita boleh uruskan dan kawal risiko kita.

Begitulah proses iklan berjalan berterusan sampailah stok habis.

Pengajaran Berharga Saya Belajar Dari Projek Ini

Projek ini saya hanya sempat buat tak sampai sebulan je. Rezeki saya hanya sempat jual 500 unit sahaja.

Sebab, pembekal saya tak dapat bekalkan lagi. Masa itu ada lockdown berlaku di tempat pembekal dan mereka hadapi masalah dari segi operasi dan lojistik.

Kalau saya nak cari pembekal lain pun tak sempat dah. Sebab tak sempat dah nak kejar produk sampai sebelum raya.

Saya belajar satu perkara berharga disini.

Kita mesti kena ada 2-3 lagi pembekal lain.

Andai kata pembekal utama ada masalah nak supply produk, kita boleh beli dari pembekal kedua atau ketiga.

(12)

Akhir Sekali, Saya Belanja Satu Lagi Tips Bonus.

Bila anda run store e-commerce, cuba masuk sekali channel lain seperti Shopee atau Lazada.

Dalam situasi saya, saya jual sekali di Shopee.

Impak dari iklan yang saya jalankan di FB, jualan di Shopee juga meningkat.

Sebab, akan ada prospek yang nampak ads kita tapi dia tak beli dari web kita.

Mereka akan cari dan beli di Shopee.

Disebabkan saya satu-satunya store local, memang confirm orang yang cari di Shopee akan jumpa store saya sahaja. =)

Kejayaan Bisnes Ecommerce Bukan Sekadar Bergantung Pada Setting Ads

Sebelum buat ads, kita kena kaji dulu perkara-perkara ini:

1.Produk ada banyak demand atau tak?

2.Adakah ramai pesaing lain jual produk sama?

3. Adakah margin untung anda cukup besar?

4. Copywriting ayat jualan di website menarik ke?

...dan banyak lagi perkara lain. Kalau nak senaraikan boleh buat buku terus.

Sebab itu saya terbitkan terus sebuah buku bertajuk "KITAB STRATEGI SULIT ECOMMERCE"

(13)

Saya kongsikan lebih banyak strategi dan tips berkaitan ecommerce dalam buku ini.

KITAB STRATEGI SULIT ECOMMERCE adalah buku fizikal! Bukan Ebook.

Setakat ini (11 Februari 2021), sudah tiga cetakan dibuat.

Itu pun cetakan ketiga dah nak habis.

Siapa lagi yang berminat untuk dapatkan buku ini, boleh rujuk info lanjut di web saya.

LINK : https://danialarif.com.my/kitab-strategi-sulit-ecommerce/ Klik link ini untuk ketahui lebih lanjut

NOTA KAKI:

(14)

Dalam Kitab Strategi Sulit Ecommerce, saya juga ada tunjukkan sampel contoh web ecommerce saya yang lain. Saya juga ada kongsikan template blueprint design web ecommerce yang boleh bantu naikkan kadar jualan anda. Boleh beli disini: https://beli.danialarif.com.my/order/form/KSSE-01/153

(Antara visual sampel dan template blueprint web serta iklan yang ada dalam buku)

Referensi

Dokumen terkait

Gambaran mengenai kondisi transportasi khususnya berjalan kaki di kawasan Pendidikan Yogyakarta sebagaimana yang telah dijelaskan di atas menjadi dasar perlunya dilakukan

Dari penelitian ini dapat diambil kesimpulan : 1) media perbanyakan in vitro yang terbaik untuk sambang colok adalah MS + BA 0,1 mg/l dengan jumlah tunas rata-rata

Hasil tes sensitifitas pada bakteri gram positif sampel biofilm negatif dimana Ciprofloxacin, Amoxicillin-Clavulanat, Cefotaxim dan Clindamicin merupakan antibiotik yang

Lakum (2009); Kencanawati dan Merdana (2012) serta Susanti (2003) juga melakukan penelitian dengan menggunakan abu sekam padi yang juga mengandung kandungan silica

Karyawan UD AFALIA JAYA, saya mohon kesediaannya untuk menjawab semua pernyataan yang diajukan untuk melengakapi data-data yang diperlukan sehubungan dengan penyusunan skripsi

(1) Badan Pelaksana, BU, dan BUT sebagaimana dimaksud dalam Pasal 2 ayat (2) huruf a dan huruf b yang telah mendapat persetujuan ekspor, serta BU dan Pengguna Langsung

Pelatihan dapat meningkatkan performance kerja pada posisi jabatan yang sekarang. Kalau level of performance-nya naik/meningkat, maka berakibat peningkatan

menjadi hal yang penting untuk diperhatikan sebagai upaya mempercepat kesembuhan pasien, sehingga peneliti tertarik untuk melakukan penelitian lebih lanjut terkait