• Tidak ada hasil yang ditemukan

Saya taknak beli rumah lagi sebab tak tahu nak settle down kat mana. Lagipun nak beli rumah sekarang mahal. Baik menyewa je. - X

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "Saya taknak beli rumah lagi sebab tak tahu nak settle down kat mana. Lagipun nak beli rumah sekarang mahal. Baik menyewa je. - X"

Copied!
27
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

Hina ke menyewa ni?” - A

“Saya taknak beli rumah lagi sebab tak tahu nak settle down kat mana. Lagipun nak beli rumah sekarang mahal. Baik menyewa je.” - X

“Takutlah nak beli rumah! Dah lah banyak pakai duit nak beli rumah.

Baik menyewa je dulu.” - K

Ini antara respon yang kami dapat bila tanya kenapa orang menyewa. Ya beli rumah ni nampak macam leceh namun sebenarnya bila ada ilmu dan tahu kemampuan kewangan sendiri, insyaAllah boleh.

Tapi, tak hina pun menyewa. Bagi yang baru mulakan kerjaya, mestilah memilih untuk menyewa dulu sebelum beli rumah. Cuma, ada diantara kita yang tak tahu macam mana nak cari rumah sewa yang betul. Ada yang

(3)

kena tipu dengan tuan rumah dan ejen. Ada yang kena game siap duit hilang.

Bayar sewa bulanan punya tinggi tapi bilik yang dapat tak seperti nilai yang di bayar. Ada yang dalam iklan nampak cantik. Bila masa viewing, eh lain pula.

Macam - macam hal.

Jadi, ebook Hina Ke Menyewa ni bertujuan untuk berkongsi ilmu dengan anda yang mungkin sedang mencari bilik / rumah sewa yang sesuai dan tak mencekik poket anda di hujung bulan.

“Habis tu kalau saya ni tuan rumah tak boleh ke baca ebook ni?”

Mestilah boleh. Kami berikan juga panduan asas strategi penyewaan kepada anda yang bergelar tuan rumah supaya anda dapat tahu berapa kadar sewa yang sepatutnya anda tetapkan dan juga apa strategi sewaan yang anda boleh pakai.

Matlamat kami bila anda dah habis baca ebook ini nanti, anda dah boleh tahu dah macam mana nak cari rumah sewa yang betul dan juga macam mana nak jadi tuan rumah dari syurga.

Tanpa berlengah ayuh kita baca ebook ini sampai habis.

(4)

Apa yang anda kena tengok semasa survey rumah sewa?

Nak pilih bilik untuk disewa ni, bukannya boleh main pilih. Silap pilih, memang tak best nak menyewa. Ramai orang lebih suka menyewa berbanding dengan beli rumah kerana bagi mereka, menyewa lebih fleksible dan mereka boleh pilih kat mana mereka tinggal.

Dalam memilih bilik / rumah untuk disewa, ada beberapa perkara yang anda boleh tengok.

1. Lokasi sewaan

Perkara pertama yang anda perlu tengok sebelum buat keputusan untuk menyewa adalah lokasi unit yang bakal anda sewa. Bagi yang sedang bekerja, rumah sewa tak terlalu jauh dari tempat kerja. Anda tentu tak mahu habiskan berjam lamanya semata - mata untuk ulang alik ke tempat kerja.

Bagi yang masih belajar pula, anda patut memilih rumah sewa yang dekat dengan kampus pengajian.

Selain itu, anda juga boleh membuat kajian berkenaan lokasi rumah sewa anda tu. Adakah ianya dekat dengan pengangkutan awam contohnya LRT, MRT, Monorel dan bas? Adakah wujud kemudahan awam yang berdekatan? Adakah wujud kedai di kawasan sekitar?

(5)

2. Apa nak buat bila survey rumah sewa?

Dah survey rumah sewa, tiba masanya untuk anda pergi melawat rumah sewa anda tu.

Anda boleh pergi waktu petang dan tengok sama ada unit tersebut mengadap matahari ataupun tidak. Ini bagi memberi gambaran sama ada unit anda akan panas atapun tidak.

Kalau anda jenis telinga lintah dan mudah terjaga bila dengar bunyi, lawat rumah sewa

tersebut pada waktu malam dan tengok jiran sekeliling anda bising ataupun tidak.

3. Kawasan kejiranan - sekuriti

Semasa lawat rumah sewa tu juga, cuba anda semak adakah ianya selamat jika anda berjalan sendirian pada waktu malam. Adakah di kawasan tu cerah ataupun gelap? Sangat penting untuk anda semak tambah lagi kalau anda perempuan. Anda tentu tak mahu pulang pada waktu malam berjalan dalam gelap kan? Selain itu juga, anda boleh tengok di kawasan tersebut sesak ataupun tidak.

Traffic jam di sesetengah tempat memang dah menjadi perkara biasa. Jadi pastikan anda alert juga.

(6)

4. Tawaran sewa

Sebelum bersetuju dengan harga sewa yang ditetapkan, tengok dulu adakah harga sewa tersebut munasabah ataupun tidak. Anda boleh semak purata kadar sewa yang sepatutnya anda bayar supaya anda tak bayar terlalu tinggi daripada harga yang sepatutnya.

5. Caj lain yang perlu dibayar

Semasa lawat rumah sewa, anda juga boleh bertanya bayaran lain yang perlu anda bayar selain daripada sewa bulanan. Bil elektrik, bil air, dan tempat parking kereta adakah akan dikenakan caj yang berbeza daripada sewa bulanan? Ada pemilik rumah yang dah masukkan sekaligus dalam sewa yang anda perlu bayar. Ada pemilik rumah yang asingkan. Pastikan anda betul - betul jelas dengan apa yang anda perlu bayar untuk elakkan salah faham bila dah bersetuju untuk sewa rumah nanti.

Selain itu juga, anda juga bakal dikenakan duti setem. Pastikan anda tanya berapa yang anda perlu dibayar. Di Malaysia, duti setem untuk perjanjian sewa adalah:

(7)

Duti bagi setiap RM250 bagi sewa yang melebihi RM2,400 (tahunan) Kurang dari 1 tahun: RM1

Antara 1-3 tahun: RM2 Melebihi 3 tahun: RM3

Katakan anda menyewa rumah dengan bayaran bulanan RM2,500 (jumlah tahunan RM30,000), duti setem bagi tempoh sewaan setahun adalah:

(Yuran tahunan - RM2,400) / 250 x RM1

= (RM30,000 – RM2,400) / RM250 X 1

= RM110.40

(8)

6. Deposit jaminan

Pernah tak anda dengar ayat ini

“Jadi menyewa, kan? Nanti bayar 2 + 1 kat saya sebagai duit deposit ya.”

Anda tahu tak apa kegunaannya ni?

Ini adalah duit yang disimpan oleh pemilik rumah sebagai jaminan jika penyewa langgar perjanjian sewa (contohnya dah keluar dari rumah sewa dan merosakkan barang dalam rumah). Kalau tak ada apa - apa kerosakan (rumah elok dan normal macam sebelum penyewa masuk), duit deposit akan dipulangkan kepada penyewa selepas perjanjian sewaan tamat.

(9)

Setiap rumah sewa berbeza berapa jumlah deposit yang perlu dibayar. Jadi pastikan anda tanya berapa deposit yang dikenakan. Biasanya deposit yang dikenakan adalah 2 + 1. Ada yang hanya minta 1 + 1.

7. Rumah sewa

Kalau anda dah berkenan dengan rumah sewa tersebut, pastikan anda alert dengan dengan apa yang ada dalam rumah sewa tersebut. Tengok perabot yang ada dalam rumah tak rosak. Contohnya kipas, peti sejuk, mesin basuh berfungsi dengan elok. Jika masa anda view rumah bersama tuan rumah dan anda dapati ada barang tak boleh guna, tanyakan sama ada barang tersebut boleh dibaiki ataupun tidak.

Anda mestilah tak nak berhabis wang yang banyak masa masuk pindah rumah kan.

(10)

8. Barang rumah rosak, siapa yang akan tolong?

Semasa view rumah sewa juga anda boleh tanyakan soalan ini. Jika barang seperti peralatan dan paip tidak berfungsi, adakah tuan rumah akan baiki atau penyewa perlu baiki sendiri?

Pastikan anda tahu apa yang perlu anda bayar sendiri jika rosak dan apa yang tuan rumah akan tolong baiki. Hal ini sangat penting supaya jika berlaku kerosakan di masa hadapan, anda boleh bersedia.

Yelah bukan semua orang reti baiki peralatan rumah dan tahu mana nak cari orang untuk baiki.

9. Perjanjian sewa

Ini yang paling penting. Pastikan anda tandatangan perjanjian sewa bertulis. Jangan hanya berjanji mulut je. Perjanjian sewa ini sangat penting supaya penyewa dan tuan rumah jelas dengan syarat perjanjian. Jika terjadi apa - apa yang tidak diingini, kedua - dua pihak boleh rujuk balik perjanjian sewa ini.

Jika anda ingin menyewa, pastikan anda baca perjanjian sewa dengan teliti sebelum anda tandatangan. Ada

details yang anda tak jelas, tanya terus semasa anda baca perjanjian sewa tu. Nampak macam tak penting je baca perjanjian sewa ni namun

(11)

percayalah bila anda sendiri baca dan jelas dengan apa yang anda sign, anda akan lebih alert dengan hak sebagai penyewa.

10. Peraturan rumah sewa

Selain itu juga, tanyakan juga apa peraturan rumah sewa yang anda kena ikut dan tak boleh langgar. Boleh tak anda masak? Boleh tak anda letakkan barang peribadi di ruang tamu? Adakah haiwan dibenarkan dalam rumah sewa? Contohnya boleh ke pelihara kucing dalam rumah? Sesetengah pemilik rumah tidak benarkan pelihara haiwan dalam rumah sewa.

Ada beberapa perkara yang biasanya menjadi peraturan rumah sewa:

Jaga kebersihan rumah sewa

- Hormat privasi penyewa rumah yang lain

- Jaga barang - barang peribadi anda. Jika barang rumah rosak, boleh hubungi tuan rumah.

- Jangan ambil barang penyewa lain

- Jangan parti dalam rumah sewa sehingga mengganggu penyewa lain

(12)

- Pastikan bayar sewa bulanan on-time.

Jadi, sebelum anda bersetuju untuk sewa rumah, pastikan anda tengok dulu mengikut cadangan kami ni. Tak semestinya anda wajib kena buat semua cadangan. Yang penting, anda pilih betul - betul rumah sewa yang anda ingin duduki dan tahu hak anda sebagai penyewa.

Kami harap anda mendapat serba sedikit maklumat yang bermanfaat dengan topik. Jemput habiskan ebook ini. Ada banyak lagi yang kami akan kongsikan.

(13)

Klausa perjanjian sewa - apa yang anda kena tahu supaya tak kena tipu dengan owner rumah sewa?

Dah berkenan dengan rumah sewa, jangan terus main tandatangan je.

Tahu lah kita dah puas hati masa view rumah tersebut. Namun tunggu dulu. Perjanjian sewa bukan sesuatu yang kita boleh buat main. Kena teliti dulu segala terma dan syarat. Ini untuk membantu kita sebagai penyewa juga. Bila anda dapat perjanjian sewa, tengok ada tak terma dan syarat yang anda keliru dan tak berapa faham.

Bahaya kalau anda terus tandatangan benda yang anda tak faham. Jadi kali ini, kami akan kongsikan terma dan syarat yang anda perlu tengok betul - betul.

Sebelum tu, perjanjian sewa rumah ni apa?

Perjanjian sewa rumah adalah kontrak antara tuan rumah dan penyewa.

Tanggungjawab tuan rumah dan penyewa ada di dalam perjanjian sewa rumah. Kebiasaanya, perjanjian sewa rumah akan disediakan oleh tuan rumah. Penyewa tinggal tandatangan je.

Jadi, anda sebagai penyewa perlulah membaca apa yang terkandung dalam perjanjian sewa tersebut supaya anda sedar apa yang anda tandatangan.

Apa yang perlu anda ambil serius?

1. Bila sewa ditamatkan?

Anda perlu teliti tentang penamatan sewa. Contohnya kalau anda berhasrat nak tamatkan sewa awal dari tempoh, ada tak apa - apa kesan?

Kalau ada syarat tambahan yang menyebabkan perjanjian sewa tersebut tamat, tuan rumah perlulah menulis secara jelas dalam perjanjian sewaan supaya tak timbul masalah kelak. Mana - mana pihak boleh tamatkan perjanjian lebih awal jika salah satu pihak melanggar syarat.

(14)

2. Boleh pilih nak perbaharui kontrak ataupun tak?

Perhatikan ada tak syarat ini di dalam perjanjian sewaan anda. Klausa ini membolehkan tuan rumah dan anda meneliti kembali perjanjian sewaan semasa tempoh penyewaan dah nak tamat tempoh nanti. Jika anda ingin tinggal lagi lama, anda boleh cuba untuk nego perkara - perkara tambahan (jika berkenaan).

3. Boleh ke anda nak sewakan unit kepada orang lain?

Katakan anda menyewa rumah sewa yang ada 3 bilik daripada tuan rumah. Satu bilik anda sewa. Lagi 2 bilik anda berniat nak sewakan kepada orang lain. Tanya dulu adakah tuan rumah setuju ataupun tidak. Ini dinamakan sebagai sublet. Ada tuan rumah yang benarkan. Ada yang tak benarkan. Jadi sebelum anda kantoi buat kerja belakang dan kena halau dari rumah sewa, baik anda tanya dulu tuan rumah.

4. Boleh bawa haiwan peliharaan ke dalam rumah sewa?

Klausa untuk pelihara haiwan perlu jelas dalam perjanjian sewa sebab ada tuan rumah tidak benarkan haiwan dalam rumah sewa. Untuk mengelakkan masalah dengan penyewa yang lain, pastikan anda jelas dengan syarat boleh bawa haiwan masuk ataupun tidak.

5. Kalau tuan rumah bertukar, adakah perjanjian sewa masih sah?

Anda tak tahu berapa lama tuan rumah akan miliki rumah yang anda sewa tu. jadi, pastikan anda tanya terus kalau dia nak jual kepada tuan rumah yang baru, adakah perjanjian sewaan anda itu sah. Jika tidak, pastikan tuan rumah beritahu anda cepat - cepat supaya anda pun boleh bersedia.

6. Kalau barang dalam rumah rosak, siapa yang akan baiki?

Dalam surat perjanjian, anda perlu teliti syarat siapa yang baiki kerosakan dalam rumah sewa. Contohnya rosak grill pintu rumah, tingkap, kipas, biasanya tuan rumah akan bertanggungjawab. Kalau penyewa yang menyebabkan kerosakan tu maka penyewa yang akan bertanggungjawab.

7. Boleh ke tuan rumah halau saya keluar tanpa alasan kukuh?

(15)

Jawapannya tak boleh. Tuan rumah tidak boleh menghalau anda tanpa sebarang alasan kukuh. Malah, tuan rumah juga tidak boleh menukar kunci tanpa sebab.

Namun, kalau anda sendiri buat jenayah sehingga membahayakan penyewa yang lain, tuan rumah berhak untuk membatalkan perjanjian sewa dan halau anda.

-

7 perkara ini antara klausa yang anda harus teliti semasa baca perjanjian sewa rumah. Kami nasihatkan anda supaya tidak gopoh - gapah tandatangan perjanjian sewa rumah walaupun anda suka gila dengan rumah tersebut. Sabar dulu. Baca perjanjian sewa dan buatlah keputusan yang terbaik untuk anda.

(16)
(17)
(18)

Apa perbezaan antara unit sewa kosong, partially furnished, fully furnished dan co - living?

Bagi anda yang masih blur tentang perbezaan unit sewa kosong, partially furnished dan juga fully furnished, kami akan kongsikan apa perbezaannya.

Unit sewa kosong

Ini bermaksud anda sewa dalam keadaan asas tanpa sebarang perabot. Tuan rumah tidak letakkan perabot extra contohnya sofa, meja makan dan sebagainya. Unit seperti ini sesuai untuk mereka yang berkeluarga atau anda yang tak kisah tak ada perabot dalam rumah sewa.

Unit sewa partially furnished Bagi unit sewa seperti ini, tuan rumah kebiasaannya dah sediakan kemudahan separa lengkap yang diperlukan oleh penyewa.

Kemudahan yang disediakan oleh tuan rumah adalah berdasarkan faktor permintaan oleh penyewa serta untuk menarik perhatian bakal penyewa.

Unit fully furnished

Untuk unit ini, tuan rumah dah sediakan rumah sewa lengkap dengan perabot seperti sofa, TV, meja makan, dapur, peti ais, mesin basuh dan jeriji keselamatan. Unit seperti ini biasanya sewa lagi tinggi berbanding unit sewa partially furnished dan unit sewa kosong. Penyewa cuma perlu bawa baju dan barang - barang peribadi je. Kadang - kadang siap ada seterika, microwave, meja study dan cermin. Serba lengkap.

(19)

Unit co - living

Anda pernah dengar konsep co - living? Apa perbezaan di antara menyewa biasa dengan coliving dan menyewa biasa? Bagi anda yang pertama kali mendengar konsep ini, boleh baca sampai habis. Co - living merupakan satu konsep di mana para penyewa berkongsi ruang komunal contohnya ruang makan komuniti, ruang aktiviti sebagai satu komuniti. Bilik tidur masih lagi milik penyewa kerana ianya privasi.

Konsep co - living ini boleh dikatakan ala - ala asrama universiti yang berkongsi ruang komunal bersama penyewa yang lain.

Namun, co - living adalah untuk mereka yang dah bekerja dan tinggal di dalam satu bangunan. Mereka boleh buat aktiviti bersama - sama. Malah ada ruang bekerja yang mereka boleh digunakan. Ala - ala konsep co-working space.

Apa perbezaan di antara co - living dengan sewa bilik biasa?

Co -living mengetengahkan konsep perkongsian dalam komuniti penyewa namun ianya setaraf hotel. Manakala sewa bilik hanyalah anda sewa bilik je tanpa kelebihan ada common area dan aktiviti bersama penyewa yang lain. Jika anda sukakan aktiviti bersosial atau mungkin anda keseorangan di tengah - tengah bandar, co - living sesuai untuk anda. Komponen kemasyarakatan yang ditawarkan melalui konsep co-living ini merupakan wow factor yang membezakan ia daripada sewaan bilik kebanyakan di luar sana.

Ada co - living yang menawarkan perkhidmatan bersihkan unit rumah sewa setiap minggu. Ini bergantung kepada tawaran co - living yang anda pilih.

Betul ke ada konsep co - living kat Malaysia?

Jawapannya ya, ada. Konsep co-living kini kian bercambah walaupun masih belum meluas. Di kawasan Lembah Klang, anda boleh jumpa

(20)

dengan unit sewaan yang menawarkan konsep co - living. Kebiasaannya co - living hanya terhad kepada orang yang masih single dan sedang bekerja. Kalau untuk mereka yang dah berkahwin, itu terpulang kepada perbincangan pihak co - living sama ada mereka benarkan ataupun tidak.

Perbezaan antara unit sewa kosong, partially furnished, fully furnished dan co - living

Unit kosong Unit partial Unit fully

furnish Co - living

Deposit 2 + 1 2 + 1 2 + 1 1+1 / zero deposit

Range harga

sewa RM700 RM260 (bilik

single) RM400 (bilik

sharing) Bawah RM500

(bilik single) Apa yang ada

dalam rumah sewa?

Unit rumah sewa kosong

Hanya ada perabot asas dalam rumah sewa

Lengkap dengan perabot tinggal nak bawa diri dan pakaian

Lengkap dengan perabot tinggal nak bawa diri dan pakaian Kelebihan Boleh hias

rumah ikut kesesuaian dan selera individu

Sesuai untuk mereka yang baru nak mulakan hidup.

Tak perlu keluarkan duit untuk beli perabot

1.Tak perlu fikir nak beli perabot apa dan boleh buat aktiviti dengan penyewa yang lain.

2. Dapat servis bersihkan rumah sewa setiap bulan 3. Aktiviti bersama penyewa setiap minggu

4. Akses ekslusif kepada common area dan fasiliti di unit sewa

Kekurangan Hanya dapat unit rumah sewa yang kosong

Hanya dapat unit rumah sewa

Hanya dapat rumah sewa yang lengkap yang perabot

Tak dapat pilih housemate kecuali masuk bersama.

(21)

Macam mana nak cari rumah sewa yang sesuai?

Nak cari rumah sewa ni boleh jadi nightmare untuk sesetengah orang.

Mungkin ada yang first time nak cari rumah sewa. Mungkin juga ada yang dah ada pengalaman tak best menyewa sebelum ni. Jadi nak cari rumah sewa ni boleh jadi perkara yang renyah untuk sesetengah orang.

Tak kira lah anda pertama kali nak menyewa atau tengah nak cari rumah sewa baru, anda boleh buat langkah - langkah ni. Jom baca lebih lanjut.

1. Lokasi bekerja anda kat mana?

Katakan anda bekerja di KL Sentral. Rumah sewa yang anda bakal cari mestilah berdekatan dengan kawasan KL Sentral supaya anda boleh pergi ke tempat kerja dengan mudah. Perjalanan dari rumah sewa ke tempat kerja mestilah kurang daripada sejam perjalanan. Anda mestilah tak nak terlalu lama spend masa dalam perjalanan ke tempat kerja kan? Lama - kelamaan, anda bakal penat dan burnout jika rumah sewa jauh dari tempat kerja.

Pilih lokasi rumah sewa yang buatkan anda rasa selamat dan mudah ke mana - mana. Ini sangat penting untuk anda yang masih bujang. Ye lah katakan anda terpaksa balik malam daripada tempat kerja, anda tak nak lalu kawasan yang merbahaya kan. Buat survey di kawasan yang bakal anda tinggal dan tengok apa kemudahan yang ada, akses jalan raya, sekolah, kawasan kejiranan dan keselamatan.

2. Berapa bajet sewaan anda?

Sebelum nak cari bilik atau rumah sewa, pastikan anda tahu dulu berapa bajet yang anda sanggup letakkan untuk bayar bulanan sewa. Katakan bajet yang anda ada hanyalah RM500, jadi cari bilik sewa yang tawarkan ikut bajet anda. Sewa ikut kemampuan kewangan anda. Ada je bilik sewa yang berharga RM500 sebulan siap ada fasiliti gym, aktiviti setiap minggu lagi.

(22)

Anda juga perlu pastikan sewa yang anda bayar tidak terlalu tinggi sehingga menelan 50% daripada pendapatan bulanan anda. Contohnya gaji RM3,000. Jangan pula sewa bulanan anda RM1,500. Tinggi sangat tu.

Buat bajet dulu berapa yang anda bayar setiap bulan untuk sewa bulanan, bil elektrik, bil air, bulanan kereta dan komitmen lain. Dari sini sebenarnya anda dah boleh tengok berapa banyak duit anda habis setiap bulan.

Selain itu juga, lebih baik anda memilih unit yang dah fully furnished berbanding dengan unit kosong. Walaupun unit kosong lebih murah sewa bulanannya, namun perbelanjaan untuk membeli perabot dan hias rumah boleh tahan besar jumlahnya.

Katakan anda ada pilihan di antara unit kosong sewa RM400 sebulan dengan unit fully furnish RM600 sebulan, yang mana satu patut anda pilih?

Lebih baik anda pilih unit fully furnish RM600 sebulan. Nampak macam mahal RM200 berbanding dengan unit kosong. Namun anda perlu mengambil kira kos yang diperlukan untuk beli perabot asas.

Kebiasaannya kos untuk beli perabot dan hias rumah boleh menelan sehingga RM5,000.

Bila anda menyewa unit yang dah fully furnish, anda boleh pindah bila - bila masa tanpa perlu bersusah payah cari jalan macam mana nak angkut perabot sekali dengan anda.

3. Gaya hidup anda macam mana?

Adakah anda sukakan shopping atau makan di luar? Atau anda merupakan seorang yang suka bersendiri dan buat hal sendiri? Ataupun anda merupakan seorang yang aktif?

Kenapa gaya hidup ni sangat penting? Supaya anda boleh memilih unit rumah yang ada ciri - ciri yang anda nak. Contohnya katakan anda seorang yang suka makan luar, anda perlulah mencari unit rumah sewa yang berdekatan dengan pusat membeli - belah (senang nak cari tempat makan dan beli barang). Malah cari juga yang berdekatan dengan stesen LRT atau MRT.

(23)

Katakan anda merupakan seorang yang bersendiri dan tak ramai kawan.

Mungkin anda tak tahu nak buat apa di hujung minggu. Nak ajak kawan keluar pun tak tahu nak buat apa. Jadi, cari rumah sewa yang menawarkan aktiviti hujung minggu bersama penyewa.

Untuk orang yang aktif dan fitness person, kemudahan seperti gym dan kolam renang memang antara ciri yang perlu di ambil kira. Kalau anda jumpa rumah sewa yang ada gym dan kolam renang, tanyakan sama ada anda boleh guna tak kemudahan tersebut atau perlu di bayar. Ada rumah sewa yang berikan akses ekslusif kepada penyewa untuk gunakan kemudahan yang ada di bangunan rumah sewa (gym dan kolam renang).

Tak payah dah anda bayar yuran gym kat luar.

4. Jenis rumah sewa

Ada banyak jenis rumah sewa yang anda boleh pilih. High rise dan juga landed. Adakah anda nak menyewa di flat, apartment, semiD ataupun teres? Setiap jenis rumah ni berbeza berapa kadar sewa yang ditetapkan.

Ada tuan rumah yang tetapkan harga tinggi untuk flat A, dan ada tuan rumah yang tetapkan harga biasa untuk flat B. Walaupun masuk dalam kategori flat, harga masih bergantung kepada tuan rumah untuk tetapkan.

Tak kisahlah rumah high rise ataupun landed, setiap rumah sewa ada kebaikan dan keburukan masing - masing. Sebelum bersetuju untuk menyewa, tengok betul - betul tau!

-

4 tips ini anda boleh gunakan dalam mencari bilik sewa yang bersesuaian dengan kewangan anda. Jangan main setuju je dengan tawaran bilik sewa sehingga anda tengok sendiri bilik tu sama ada melalui online (view melalui zoom) ataupun pergi sendiri ke unit rumah sewa tersebut. Selain itu, carilah rumah sewa yang dekat dengan tempat kerja anda supaya anda dapat jimat masa perjalanan ke sana. Ada banyak rumah sewa yang berdekatan

(24)

dengan stesen LRT dan MRT sesuai untuk anda yang menggunakan kemudahan pengangkutan awam.

Ada orang menyewa sampai mati. Ada orang boleh menyewa sambil dapat miliki rumah yang tengah disewa. Untuk miliki rumah sendiri ni kalau tak ada ilmu dan strategi yang betul, memang nampak impossible je nak dapat. Namun, bagi orang yang dah belajar macam mana nak dapatkan rumah sambil menyewa, possible je.

Anda nak tahu lebih lanjut? Teruskan baca ebook ni sampai habis.

(25)

Perbezaan antara menyewa dekat apartment medium cost dengan kondominium Y yang ada konsep co - living

Anda dah baca tentang apa yang anda kena buat bila survey rumah dan apa yang kena tengok sebelum bersetuju menyewa.

Kali ni kami nak kongsikan pula perbezaan antara jika anda ada 2 pilihan rumah sewa iaitu:

- Apartmen medium cost

- Kondominium Y yang ada konsep co - living

Jom tengok jadual ini dan lihat apa kelebihan dan kekurangan setiap jenis rumah sewa.

Apartment medium cost Kondominium Y ada Co - living

Deposit 2 + 1 1 + 1

Kadar sewa RM550 (bilik single) Bawah RM500 bilik single (tak kongsi dengan orang lain) Tempoh menyewa

(kalau tak nak kehilangan deposit)

Minimum setahun 6 bulan(extend tanpa kos tambahan)

Bil utiliti (elektrik, air) Extra (bayar asing) Termasuk Internet Kena bayar sendiri Free internet Servis cuci rumah (2

minggu sekali)

Tak ada. Kena bayar extra RM 80 / sejam jika nak ambil servis cleaning rumah

Ada (tak perlu bayar. Dah termasuk dalam kadar sewa)

Gym Tak ada. Kena bayar

extra RM80 - RM140 jika nak ambil keahlian gym

Ada dan percuma (khas untuk penyewa saja)

Kolam renang Tak ada. Kena bayar RM20 untuk sekali masuk

Ada dan percuma (khas untuk penyewa saja)

(26)

Fitness instructor Tak ada. Kena bayar extra RM80 - RM100 sejam jika nak ambil servis fitness instructor

Ada dan percuma (khas untuk penyewa saja)

Weekly aktiviti Tak ada. Buatlah aktiviti sendiri)

Ada dan percuma aktiviti setiap minggu (khas untuk penyewa saja)

Community manager - khas untuk jaga

penyewa

Tiada. Pandai - pandailah urus sendiri jika berlaku apa - apa

Ada community manager jaga.

Jika ada sebarang masalah kat unit sewa, dia tolong setelkan.

Boleh buat hustle income (sambil duduk menyewa boleh jana pendapatan sampingan)

Tiada Boleh. Minimum RM500

sebulan kalau betul - betul fokus buat.

Co - working space (tempat untuk bekerja dengan wifi free)

Tiada Free khas untuk penyewa (siap

dengan printer boleh guna secara percuma)

Bayar sewa kosong / sambil miliki rumah

Tiada Boleh

Bilik untuk buat tiktok / content

Tiada Ada (percuma khas untuk

penyewa)

Boleh tukar bilik / rumah Tak boleh Boleh jika ada masalah dengan roomate (takde extra caj pun Peluang untuk bina

networking Tiada Ada. Penyewa mendapat

peluang untuk bina networking.

Total bayar setiap bulan Up to RM900

- Bilik kosong minimum RM300

- Internet RM100 - Servis cleaning RM80/jam

Bawah RM500 all in

Penjimatan berapa sebulan

RM0 Jimat RM400 sebulan

(27)

Kalau boleh, semua orang nak untung bila menyewa ni. Dari pihak penyewa, mestilah nak rasa berbaloi bayar dengan bilik yang mereka dapat.

Dan pasti ramai yang nak tahu cara untuk dapatkan rumah sewa yang harga okay kan. Tapi, macam mana nak buat semua ini? Tak payah tengok jauh-jauh.

Berdasarkan jadual di atas, anda boleh tengok yang duduk dekat kondominium Y yang ada konsep co - living lebih berbaloi untuk menyewa.

Ada macam - macam kemudahan yang ada. Gym, kolam renang, fitness instructor, aktiviti setiap hujung minggu, dan banyak lagi lah. Semuanya adalah percuma je khas untuk penyewa di kondominium Y.

Anda berminat nak duduk di kondominium baru fully furnish bayar lagi berbaloi daripada menyewa rumah flat? Bayaran sewa bilik pula bawah RM500 sebulan. Kalau jawapan anda YA, kami ada tawaran khas untuk anda. Anda boleh datang join sesi Zoom kami dan tengok sendiri tawaran yang kami ada. Anda juga berpeluang untuk duduk di kondo secara percuma.

(tertakluk terma dan syarat)

Klik link ni sekarang untuk dapatkan lebih details:

https://youtopiacoliving.com/ytpsession

Kami harap anda dapat manfaat daripada ebook ini. Oh ya, jika anda rasa ebook ini sangat membantu dan memberi anda ilmu, boleh forwardkan juga kepada kawan - kawan dan kenalan yang anda ada supaya mereka pun boleh belajar sama - sama. Takpe kami benarkan anda sebarkan ebook yang awesome ni.

Take care and stay safe!

#GilaHartanah

Referensi

Dokumen terkait

Amerika Serikat. Temuan mereka memperlihatkan inovasi produk tidak berhubungan dengan kinerja keuangan perusahaan dalam konteks lingkungan yang bersahabat. Sebaliknya,

Gambar 6.10 Pembagian zona dalam Zero Waste Eduction Park Sumber: Dokumentasi penulis, 2016..

Komite keperawatan adalah wadah non-struktural rumah sakit yang mempunyai fungsi utama mempertahankan dan meningkatkan profesionalisme tenaga keperawatan melalui mekanisme

Dari aspek ekonomi, lanjut usia (60 tahun ke atas) dikelompokkan menjadi: (a) lanjut usia yang produktif yaitu lanjut usia yang sehat baik dari aspek fi sik, mental maupun sosial;

Dari rangkaian pembelajaran kooperatif Mood-CURDER dengan pendekatan Quantum Learning terdapat langkah-langkah yang mendukung pada peningkatan kemampuan komunikasi

d. Peserta agar menjaga pola makan dan berolahraga cukup sebelum pelaksanaan pemeriksaan laboratorium dan penunjang. Ada pun beberapa hal yang dapat dilakukan adalah

permohonan dari pemohon, membukukan, mencatat panjar biaya perkara dalam buku jurnal, memberi nomor perkara pada lembar jurnal dan SKUM, menandatangani dan memberi cap lunas

Bahwa dalam perjalanannya ternyata take Over yang telah dijanjikan oleh PT Bank Syariah Mega Indonesia kepada nasabah Nining Rohayati binti Waslam tidak