• Tidak ada hasil yang ditemukan

HBHE3203 KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERS

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "HBHE3203 KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERS"

Copied!
31
0
0

Teks penuh

(1)

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

NAMA PELAJAR

: SAIRUN BIN NAMING

NO KAD MATRIK

: 801011125213001

NO TELEFON

: 013-8883157

EMEL

: sairunyun1980@yahoo.com.my

PUSAT PEMBELAJARAN : SABAH LEARNING CENTRE

1.0 TEKS CERAMAH KEPENTINGAN AMALAN KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN DI SEKOLAH

(2)

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera,

Terlebih dahulu saya amat bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur kerana sudi menjemput saya untuk menyampaikan sebuah ceramah bertajuk “kepentingan amalan kebersihan dan keselamatan di sekolah sebagai salah satu cara untuk mempromosikan sekolah yang sihat dan selamat” . Bersempena dengan Program “Sekolahku Syurgaku” saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada PIBG, guru-guru dan pelajar-pelajar kerana sudi melapangkan masa untuk menghadiri majlis pada pagi ini. Kehadiran guru-guru, para ibubapa dan pelajar-pelajar pada pagi ini menunjukkan sokongan, satu semangat dan komitmen yang amat berharga dalam isu penjagaan kebersihan dan keselamatan terutamanya apabila berada di sekolah.

Persekitaran sekolah yang indah, ceria, bersih dan selamat bukan sahaja menyenangkan mata memandang, bahkan ia juga dapat memberi keselesaan kepada pelajar dan seterusnya membantu dalam proses pembelajaran. Menyedari hakikat ini, pihak pengurusan sekolah telah menubuhkan Jawatankuasa 4K bermula sejak pada tahun 2006 lagi. Ini adalah bertujuan agar segala gerak kerja pengurusan perancangan dan pelaksanaan program peningkatan keselamatan, kebersihan, keindahan dan keceriaan alam sekitar sekolah (4K) dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan bersistematik.

Faedah yang kita boleh dapati daripada pelaksanaan Program Peningkatan 4K Sekolah ini hampir berjaya dilaksanakan sepenuhnya. Program ini dapat memberikan banyak faedah untuk jangka pendek dan panjang kepada sekolah kita khasnya. Antara faedah-faedah yang dapat diperolehi daripada pelaksanaan program ini ialah dapat mewujudkan suasana institusi persekolahan yang baik, pelajar-pelajar dapat menumpukan perhatian terhadap pembelajaran. Suasana yang indah dan cantik mampu memberi keyakinan dalam diri pelajar dan juga para guru dalam mewujudkan sistem pendidikan. Selain itu, dengan adanya program ini “Sekolah Dalam Taman” mampu menarik perhatian sekolah-sekolah lain malah juga orang ramai. Ini juga sekaligus dapat menambahkan keyakinan pihak sekolah dalam melaksanakan Dasar Falsafah Pendidikan Negara.

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya kasihi sekalian,

(3)

tahap kesihatan yang optimum seterusnya dapat menjamin kesejahteraan hidup kita. Oleh itu, sebelum melangkah dengan lebih jauh, kita harus mengenal pasti erti sebenar apakah yang dikatakan dengan gaya hidup yang sihat.

Hadirin yang saya hormati,

Dalam kerangka gaya hidup sihat, komponen utama yang harus dititikberatkan ialah pemakanan yang seimbang. Secara amnya, makanan berfungsi sebagai pembekal tenaga dan berperanan dalam perkembangan mental dan fizikal seseorang. Diet yang seimbang mengandungi kesemua tujuh kelas makanan dalam kadar yang betul sejajar dengan keperluan tubuh manusia. Namun, implikasi pengambilan makanan yang berkolestrol dan berparas glukosa tinggi secara berlebihan pula ialah penyakit-penyakit popular pada masa kini. Contohnya, kencing manis dan tekanan darah tinggi. Ekoran daripada itu, kita perlu peka dan mengamalkan sikap berwaspada dalam pemilihan barangan makanan. Aspek-aspek mikro seperti pengambilan makanan secara teratur serta mengelakkan makanan ringan tidak harus dipandang enteng terutamanya bagi pelajar yang kurang mengamalkan pengambilan makan yang seimbang.

Saudara dan saudari sekalian,

Sementara itu, kebersihan diri dan persekitaran juga perlu dititikberatkan. Ibubapa memainkan peranan penting dalam memupuk tabiat menjaga kebersihan khusus dalam diri anak-anak dan masyarakat umumnya. Pepatah melayu ada mengatakan “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Boleh diaplikasikan dalam hal ini. Persekitaran fizikal di dalam dan di luar rumah seharusnya bersih dan menunjukkan taraf kesihatan yang membanggakan. Pelbagai jenis penyakit dapat dielakkan jika amalan ini telah dibudayakan. Semua hal ini membuktikan kepentingan menjaga kebersihan diri dan alam sekitar demi menyejahterakan hidup.

Para hadirin yang mulia,

(4)

Seperkara lagi ialah kita perlu selalu menerima rawatan doktor. Melalui rawatan seperti ini, segala penyakit kronik dapat dikesan lebih awal. Sesungguhnya, mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Justeru, kita harus membuat rawatan untuk mengenal pasti lebih awal akan penyakit yang kita hidapi. Kemudian, barulah kita dapat mengawal penyakit tersebut.

Para hadirin yang dihormati,

Pokoknya, kesedaran diri setiap individu perlu disertai dengan pegangan agama yang mapan merupakan akar umbi dalam mencapai kesihatan dan kehidupan yang sempurna. Penyakit-penyakit berbahaya dapat dielakkan. Kadar hayat yang lebih berkualiti dapat dinikmati. Oleh itu, usaha-usaha yang dilancarkan oleh pihak kerajaan dalam meningkatkan taraf kesihatan negara adalah sia-sia tanpa penglibatan tuntas oleh ibubapa, guru-guru dan pelajar itu sendiri. Tuntasnya, saya ingin mengingatkan kepada hadirin sekalian agar mengamalkan gaya hidup yang sihat demi kebersihan, keselamatan, keceriaan dan keindahan dalam hidup yang lebih baik. Sebelum saya mengundur diri, saya ingin mengambil kesempatan untuk menyusun sepuluh jari , memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan yang tidak disengajakan dalam penyampaian ceramah saya untuk kali ini. Akhir kata “Sihat Sepanjang Masa”.

Sekian, terima kasih.

(5)
(6)
(7)

BORANG PEMANTAUAN DAN PENILAIAN 2

(8)
(9)
(10)
(11)
(12)

BORANG PEMANTAUAN DAN PENILAIAN 3

(13)
(14)
(15)
(16)

BORANG PEMANTAUAN DAN PENILAIAN 4

(17)
(18)
(19)
(20)
(21)
(22)
(23)

LAPORAN PROGRAM SEKOLAH SELAMAT (4K) 2014

Kebersihan Sekolah (Bilik Darjah/Kantin atau ruang makan/Tandas) Keselamatan Sekolah (Pagar Sekolah/Pendawaian Elektrik/Bangunan Sekolah)

Kebolehgunaan Peralatan PdP (Peralatan ICT/Peralatan Sukan)

TEMPAT

SK LIMAU-LIMAU BELURAN

Unit Bimbingan dan Kaunseling, SK Limau-Limau dengan kerjasama Ahli jawatankuasa 4K (KESELAMATAN, KEBERSIHAN, KEINDAHAN DAN KECERIAAN) telah mengadakan satu Program Sekolah Selamat seperti ketetapan di atas. Seramai tiga orang guru telah turun padang untuk memberikan penerangan dan tunjuk cara yang betul berkaitan dengan pemantauan dan penilaian tahap kebersihan serta keselamatan warga sekolah. Sasaran pemantauan dan penilaian pada kali ini melibatkan beberapa buah bangunan yang terdapat disekitar kawasan sekolah dan juga melibatkan pelajar tahap 1.

(24)

Program bermula pada tepat jam 8.30 pagi di Dewan Terbuka dengan ucapan daripada Guru Besar iaitu Encik Omar Ali Bin Momiran@Muniran. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih atas jemputan pihak sekolah dan memberikan taklimat, pesanan dan ingatan yang berguna terutama berkaitan aspek kebersihan dan keselamatan di sekolah. Beliau juga memberi panduan dan tips-tips yang berguna kepada semua warga sekolah bagaimana mengindari penyakit yang berbahaya yang berpunca daripada tahap penjagaan kebersihan dan keselamatan yang tidak diuruskan dengan betul dan cara bagaimana menanganinya dengan betul. Program pada pagi itu diteruskan dengan ucapan daripada Cikgu Sairun Bin Naming merupakan Penyelaras Program 4K turut menyampaikan ucapan dan beberapa taklimat ringkas berkenaan perjalanan program itu nanti dan seterusnya merasmikan program tersebut.

Bermula jam 8.30 pagi program diteruskan dengan memantau kawasan bilik darjah Tahap 1 sambil beberapa orang guru ikut sama mengiringi kawasan pemeriksaan dan beberapa catatan rekod pemantauan dan penilaian telahpun dibuat untuk dianalisis tahap kebersihan dan keselamatannya. Beberapa orang murid dan guru kelas secara sukarela telah turut membantu dalam memudahkan lagi proses pemantauan ini. Hasil daripada pemantauan bilik darjah didapati terdapat beberapa peralatan yang sudah tidak lagi digunakan masih disimpan didalam bilik darjah tersebut dan ianya takut membahayakan keselamatan para pelajar. Maka dengan itu, peralatan tersebut dipindahkan ke kawasan yang selamat serta-merta untuk mengelakkan sebarang kecederaan daripada berlaku. Namun tahap kebersihan ketiga-tiga bilik darjah tahap satu berada dalam keadaan yang bersih dan selesa.

Seterusnya, kawasan kantin juga turut diperiksa akan kebersihan dan keselamatannya terutamnya dari segi pembekalan bahan mentah untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) sekolah rendah. Pelbagai alatan dan kemudahan diperiksa terutamanya kawasan singki, tong sampah, tempat pembuangan bahan sisa makanan, tandas pekerja dan meja makan. Hasil pemantauan mendapati keadaan sekeliling bersih dan tidak ada sebarang haiwan perosak seperti tikus dan lipas didapati merayap disekeliling kawasan kantin kecuali lalat yang didapati berterbangan dan tindakan yang dibuat ialah menutup semua makanan dan minuman yang hendak dihidangkan dengan penutup saji agar makanan dan minuman yang dihidangkan kepada para pelanggan bersih dan tidak tercemar daripada ketiga-tiga haiwan perosak dan berbahaya ini LILATI.

(25)

turut diperiksa dan didapti berada pada tahap yang bersih dan terkawal manakala tahap kebersihan pelajar tahap 1 didapati hanya sebahagian sahaja murid yang kurang mempraktikkan amalan kebersihan dari segi penjagaan kuku, kebersihan hidung dan telinga serta rambut.

Akhir sekali, program ini ditamatkan pada tepat jam 10.30 pagi dengan aktiviti gotong royong secara besar-besaran untuk mempromosikan lagi tahap kesihatan dan amalan gaya hidup sihat sepanjang masa.

Laporan disediakan oleh,

(SAIRUN BIN NAMING)

Ketua Penyelaras Unit Bimbingan dan Kaunseling, SK Limau-Limau, Beluran

(26)

ANALISIS DAN KEPUTUSAN LENGKAP HASIL PEMANTAUAN DAN PEMERIKSAAN KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN DI SEKOLAH

BORANG PEMANTAUAN DAN PENILAIAN 1

Dimensi 3: (Kebersihan Sekolah)

Bil. Kawasan Sasaran Pemantauan

SKOR Gred Skor Peratus

1. Bilik Darjah 3 Bersih/Kemas 100 2. Kantin/Ruang Makan 2 Bersih/Tidak

1. Pagar Sekolah 1 Tidak Selamat 50 2. Pendawaian Elektrik 2 Selamat 100 3. Bangunan Sekolah 2 Selamat 100

Dimensi 5: (Kebolehgunaan Peralatan Pdp)

Bil. Kawasan Sasaran Pemantauan

SKOR Gred Skor Peratus

1. Peralatan ICT 1 Tidak boleh digunakan

0 2. Peralatan Sukan 1 Tidak boleh

digunakan

0

LAMPIRAN

(27)
(28)
(29)
(30)
(31)

Referensi

Dokumen terkait

Adapun penelitian ini dilakukan dengan tujuan untuk menghitung ketersediaan luas lahan tempat pemakaman umum di Kota Surakarta dan mengetahui kesiapan masyarakat dalam menghadapi

Data kuesioner yang telah kelompok kami ambil kesimulan bahwa siswa kelas IX TKBB SMK N JAWA TENGAH lebih menyukai pembelajaran berupa konsep nyata, berupa gambar, dan mereka

[r]

The minimum expected count is 9,77... The minimum expected count

Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui pembinaan yang dilakukan oleh pemerintah daerah kepada UMKM sebagai penggerak ekonomi mikro. Penelitian ini dilakukan di

Kekukatan tekan aluminium foam, dilakukan pengujian menggunakan mesin UTM, dimana Pengujian tekan dilakukan dengan meletakkan spesimen pada load cell dengan posisi

Secara spesifik penelitian ini bertujuan untuk menentukan suhu udara pengering yang paling efektif dan tray mana yang efektif untuk mengeringkan kelopak bunga

Dari hasil penelitian di lapangan, berikut ini adalah faktor pendukung secara umum terlaksananya Gerakan Literasi Sekolah di Sekolah Dasar Negeri 1 Mempawah Hilir,