• Tidak ada hasil yang ditemukan

TAJUK 12 ISU-ISU DAN TRENDA TERKINI DALAM TEKNOLOGI PENDIDIKAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "TAJUK 12 ISU-ISU DAN TRENDA TERKINI DALAM TEKNOLOGI PENDIDIKAN"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

TAJUK 12

ISU-ISU DAN TRENDA TERKINI DALAM

TEKNOLOGI PENDIDIKAN

SINOPSIS

Tajuk ini membincang dan mengkaji isu-isu dan trenda terbaru dalam teknologi

pendidikan, merangkumi teknologi yang digunakan dalam bilik darjah dan di luar bilik

darjah yang membantu pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Selain itu,

diperbincangkan juga trenda terkini teknologi yang mendokong perkembangan

pembelajaran berasaskan teknologi, media, pendidikan dan latihan pada masa

depan.

HASIL PEMBELAJARAN

Dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti pembelajaran tajuk ini, diharapkan guru akan

dapat:

i.

Menerangkan konsep Hak cipta Terpelihara (

Copyright

), Keselamatan,

Kerahsiaan dan Kawalan Kendiri;

ii.

Menghuraikan isu-isu yang berkaitan dengan Hak cipta Terpelihara,

Keselamatan, Kerahsiaan dan Kawalan Kendiri;

iii.

Menjelaskan trenda terkini teknologi pendidikan dalam pengajaran dan

pembelajaran.

KERANGKA TAJUK

Hak Cipta Terpelihara

Kawalan Kendiri

Isu-isu dan Trenda dalam Teknologi

Pendidikan

Kerahsiaan

(2)

Fikirkan

Apakah yang dimaksudkan dengan

Hak cipta Terpelihara

.

Bagaimana Hak

cipta Terpelihara boleh diaplikasikan dalam pendidikan yang berasaskan komputer.?

Bagaimanakah cara yang beretika untuk menggunakan bahan-bahan yang ada bagi

membina bahan PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN tanpa melanggar Akta Hak

cipta?

12.1 Hak Cipta Terpelihara

Hak cipta Terpelihara (Copyright) merupakan hak ekslusif yang diberi oleh

undang-undang kepada pencipta/penerima haknya untuk kawal pengeluaran semula atau

pelbagai bentuk penggunaan hasil ciptaan berkenaan bagi sesuatu tempoh. Hak

cipta adalah berdasarkan premis bahawa pencipta mempunyai ‘hak kepunyaan’

terhadap ciptaan mereka. Undang-undang hak cipta menyediakan perlindungan

monopoli secara sah kepada mereka yang mencipta idea atau pengetahuan. Ia juga

memberi kuasa monopoli secara ekslusif kepada pencipta atau pemunya

intelektual,yang diberikan hak secara sah dari segi undang-undang terhadap ciptaan

mereka, untuk mengelakkan daripada orang lain membuat atau menggunakan

ciptaan mereka tanpa kebenaran.

Terdapat 4 undang-undang hak intelek iaitu;

i.

Undang-undang hak cipta: kawal ketulenan kerja seseorang;

ii.

Undang-undang paten: kawal penemuan baru dan berguna dan juga proses

penemuan;

iii.

Undang-undang tanda perdagangan: kawal perkataan, nama, simbol, yang

digunakan oleh pengusaha yang terlibat dalam pembuatan untuk mengenal

pasti produk dan perkhidmatan mereka;

iv.

Undang-undang rahsia perdagangan: Kawal maklumat penting yang tidak

(3)

Antara yang dikawal di bawah undang-undang hak cipta ialah karya sastera, muzik,

seni, filem, rakaman bunyi, siaran dan terbitan.

Tanda hak cipta mengandungi 3 elemen penting iaitu simbol atau perkataan

“Copyright”

atau “Hak cipta Terpelihara”, tahun pertama penerbitan, dan nama

pemilik hak cipta tersebut.

Cara untuk memperolehi bahan-bahan untuk pembangunan perisian multimedia

tanpa melanggar undang-undang hak cipta temasuk:

i.

Mendapatkan hak untuk menggunakan bahan-bahan yang telah mempunyai

hak cipta;

ii.

Menggunakan bahan-bahan yang tidak mempunyai status hak cipta yang

tepat atau

public domain material

;

iii.

Membina atau mencipta bahan itu sendiri;

iv.

Mendapatkan kontrak atau perjanjian untuk menggunakan bahan asal.

Fikirkan

Apakah implikasi yang wujud berkaitan dengan keselamatan dan privasi

murid di sekolah? Apakah peranan guru dalam isu keselamatan dan privasi?

12.2 Keselamatan

Dalam bidang pendidikan, aspek keselamatan amat dititikberatkan. Adalah menjadi

tanggungjawab pentadbir sekolah menyediakan persekitaran pembelajaran yang

selamat. Peranan guru penting dalam mendokong aspek kebajikan dan keselamatan

murid, kerana pengajaran dan pembelajaran banyak berlaku di makmal komputer

dan bilik teknologi. Kepatuhan kepada peraturan-peraturan keselamatan ketika

berada di makmal dan bilik teknologi perlulah diamal dan dipatuhi oleh setiap

pengguna.

Memandangkan setiap makmal komputer dan bilik teknologi sedia dilengkapi dengan

perkakasan dan peralatan elektrik dan elektronik, aspek keselamatan diri serta

(4)

komputer, seperti monitor, papan kekunci, tetikus, unit sistem audio, pencetak,

projektor

overhead

dan lain-lain perlu dijaga dengan baik. Begitu juga dengan

perkakasan teknologi seperti televisyen, sistem audio, perakam video tidak

ketinggalan perlu dijaga dan dipelihara dengan baik.

Penggunaan komputer dan alatan teknologi dihubungkan dengan kuasa elektrik

yang tinggi voltannya. Langkah keselamatan semasa penggunaan perlu diberi

perhatian agar mengelakkan daripada risiko terkena rencatan elektrik. Oleh itu,

kekerapan penyenggaraan dan penyelenggaraan peralatan komputer harus

dilakukan, khususnya kabel-kabel berada dalam keadaan baik. Kemungkinan

terjadinya arus pendek boleh menyebabkan kebakaran dan kerosakan peralatan

komputer.

Keselamatan data dalam komputer perlu dijaga dengan menyimpan data dalam

cakera keras di samping adanya salinan dalam cakera liut atau ke dalam storan

sekunder yang lain. Tujuannya supaya salinan fail asal selamat jika fail asal

dirosakkan oleh virus.

Beberapa kajian menunjukkan penggunaan komputer yang berterusan boleh

menyebabkan gangguan kesihatan seperti sakit kepala, ketegangan otot dan tulang

(terutama bahu, pergelangan tangan, leher, punggung, dan bahagian bawah

pinggang), mata merah, berair, dan gangguan penglihatan. Oleh itu posisi tubuh,

posisi peralatan komputer dan pencahayaan ruangan makmal/bilik sangat

mempengaruhi kesejahteraan dan keselamatan pengguna komputer. Skrin komputer

sebaik-baiknya 15 darjah hingga 30 darjah dengan aras mata dan jarak antara mata

dengan skrin seharusnya antara 40-70 cm. Gerakkanlah badan untuk mengurangkan

ketegangan otot. Alihkan pandangan ke sekitar ruangan makmal/bilik untuk

merelakskan mata.

Bagi memastikan sistem komputer mempunyai ketahanan yang lama, peralatan

harus bersih dan tidak berdebu serta diletakkan pada tempat yang udara di

persekitarannya tidak panas atau terlalu lembap serta aras meja yang stabil. Saiz

meja seharusnya sesuai untuk meletakkan komputer. Jarak antara kedudukan

komputer dengan dinding harus sesuai untuk peredaran udara.

Dari segi menjaga keselamatan alat paparan video atau monitor, pengguna

digalakkan membersihkan bahagian skrin dengan cecair pembersih yang tidak

(5)

basah. Monitor komputer pada umumnya menggunakan resolusi gambar (CRT) yang

dapat menyebabkan pemancaran cahaya yang cukup tinggi untuk diterima oleh

retina mata manusia. Oleh itu, bahagian paparan skrin harus memiliki layar anti

radiasi, agar mata terhindar dari kerosakan akibat pancaran radiasi sinar cahaya

komputer.

Papan kekunci juga harus dijaga dengan menterbalikkan papan kekunci untuk

mengeluarkan habuk. Celah-celah kekunci dibersihkan.

Antara isu keselamatan yang berkaitan dengan ICT ialah

 Penipuan

 Kerosakan/Pengubahsuaian Program/Data Komputer

 Kecurian

maklumat

 Menyalin perisian secara tidak sah

 Pengintipan

 Judi

Siber

 Skim cepat kaya

 Pornografi

 Pengodam/Hacker

 Penyebar

Virus

Dengan ini, pembelajaran teknologi pendidikan di makmal komputer dan bilik

teknologi yang dilengkapi dengan peralatan elektronik harus dijaga dan dipelihara

melalui peraturan-peraturan untuk menjaga keselamatan peralatan demi

mengekalkan hayat peralatan serta membolehkan pengajaran dan pembelajaran

berlaku dengan berkesan sepanjang masa.

12.3 Kerahsiaan

Kerahsiaan yang dikaitkan dengan teknologi adalah penjagaan dan pemeliharaan

rahsia maklumat teknologi sesuatu “bahan”, alat atau objek, bahan bertulis (seperti

peta topografi, pelan, model, graf, lukisan), dan bahan/alat yang mengandungi suara

(seperti pita perakam), filem, negatif atau alat-alat yang mengandungi imej yang

boleh dihasilkan, diperbanyak atau diulang pengeluarannya. Difahamkan, tahap

kerahsiaan yang rendah akan mewujudkan konflik nilai hak peribadi (

privacy

) dan

(6)

Teknik kriptografi yang sering digunakan untuk menjaga, menyimpan dan

memelihara rahsia dan maklumat digital.

Nilai-nilai kerahsiaan harus dipelihara, terutama sekali dalam penggunaan alat

komunikasi seperti komputer di mana maklumat peribadi dari segi status

kewangan,insurans, kesihatan dan tempat tinggal perlu dirahsiakan daripada

pihak-pihak tertentu yang mungkin boleh menggunakannya untuk kepentingan diri.

Nilai-nilai kerahsiaan kini dikatakan tergugat kerana kepesatan pembangunan alat

komunikasi dari segi penghantaran data,imej atau grafik secara e-mel. Maka, setiap

pengguna teknologi maklumat dan komunikasi harus berhati-hati serta

bertanggungjawab dalam mengumpulkan, menganalisis dan mengkaji maklumat

serta bahan yang diterima kerana kecuaian pengguna akan menyebabkan rahsia

tersebar ke pihak lain yang berniat buruk. Ini akan menggugat keselamatan dan

kesejateraan individu, masyarakat maupun negara.

Dalam pengurusan dan pentadbiran sesuatu oganisasi atau negara, teknologi

maklumat digunakan untuk membina dan memelihara kerahsiaan pembangunan

daripada diketahui oleh awam atau kerajaan lain. Pembangunan teknologi yang

dibina menggunakan kaedah kerahsiaan dilaksanakan melalui amalan

penguatkuasaan undang-undang, peraturan, pelesenan dan praktis penguatkuasaan

pentadbiran.

Kesimpulannya, demi menjaga keselamatan organisasi dan negara, orang

perseorangan atau kumpulan yang dipertanggungjawabkan untuk mengumpulkan,

mengkaji, menganalisis dan membuat penilaian terhadap data/maklumat yang

diperoleh seharusnya terdiri daripada mereka yang benar-benar bertanggungjawab,

amanah dan jujur. Jika tidak, kecuaian akan membawa padah kepada organisasi

atau negara. Sehubungan itu, pendidikan yang merupakan tonggak kemajuan

sesuah negara perlu mengutamakankan aspek pemeliharaan kerahsiaan selain

penguasaan kemahiran teknologi supaya dapat membina kekuatan mental murid

(7)

Fikirkan

Terdapat beberapa perkhidmatan yang disediakan dalam penggunaan

internet seperti emel, chat, newsgroup, buletin,dan sebagainya. Sebagai seorang

guru yang patuh kepada prosedur dan etika penggunaan internet, bagaimanakah

cara untuk melindungi kerahsiaan anda supaya segala maklumat anda tidak boleh

dicerobohi?

12.4 Kawalan

Kendiri

Kawalan kendiri merupakan suatu ikhtiar atau kehendak diri terhadap tingkah laku,

tindakan dan proses-proses pemikiran. Kawalan kendiri berpusatkan kepada

kebolehan seseorang untuk menekankan kuasa akal diri terhadap segala rintangan

yang menyekat tindakannya. Sejak kecil lagi, kanak-kanak dilatih untuk mengawal

kendiri. Akan tetapi, pengalaman dan pendedahan kepada pelbagai media boleh

mempengaruhi serta mengurangkan kapasiti murid untuk mengawal diri dengan

berkesan.

Pada zaman perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi, setiap individu

perlu mempunyai kawalan diri terhadap tindak-tanduk sendiri. Kita mempunyai

tanggungjawab diri untuk mengurus dan menggunakan teknologi dengan baik demi

mencapai keseimbangan dan integriti sebagai anggota dalam keluarga, masyarakat

serta warganegara Malaysia. Segala akses kepada teknologi maklumat dan bahan

bercetak, serta media ialah suatu keistimewaan dan bukan satu hak mutlak. Oleh itu,

setiap individu harus mengikut prosedur dan etika penggunaan bahan dan teknologi.

Setiap pengguna teknologi dan teknologi maklumat perlu mempunyai tanggungjawab

diri serta dapat mengawal diri. Semasa melayari laman web, seseorang perlu

berkebolehan untuk mengawal diri daripada melayari bahan yang menyalahi

undang-undang atau kod etika serta disiplin diri. dalam menentukan keutamaan

mencapai keseimbangan, integriti dan kualiti hidup sebagai warganegara, ahli

masyarakat, pelajar dan pekerja.

Teknologi kini memberikan individu pelbagai cabaran, peluang serta keinginan yang

(8)

bentuk video digital, muzik, teks imej dan lain-lain. Pengguna harus berhati-hati

semasa memuat turun bahan dan disiplin diri amat diperlukan agar tidak melanggar

peraturan atau undang-undang yang digariskan.

12.5

Trenda Terkini Dan Masa Depan Teknologi Pendidikan

Pembelajaran elektronik

Jenis pembelajaran ini juga dikenali sebagai e-pembelajaran. Perkembangan ini

merupakan satu kemudahan alternatif untuk menyampaikan maklumat secara

elektronik kepada semua pelajar di luar kelas formal. Dengan perkembangan ini,

seseorang pendidik dapat menghubungi dan mendidik kumpulan kecil murid, tetapi

bilangan yang akan dilatih adalah ramai.

Internet dan komputer merupakan resos utama untuk melaksanakan e-pembelajaran

ini kerana komputer adalah alat penghubung ke internet yang mengandung pelbagai

maklumat yang berguna kepada murid dan guru, terutamanya dengan aktiviti

pemerolehan maklumat untuk penyelidikan, penerbitan dan pembelajaran melalui

internet semakin meningkat.

Melalui e-pembelajaran, perkongsian maklumat boleh diperoleh secara berkesan dan

dapat menggiatkan pembudayaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam

pendidikan. Murid masa kini tidak semestinya memperoleh bahan daripada buku

teks, tetapi boleh mengakses laman web berkenaan. Di samping itu, CD-ROM

dengan elemen-elemen animasi, permainan, teks dan grafik yang membolehkan

pembelajaran dilaksanakan secara lebih menyeronokkan.

Dengan pelaksanaan e-pembelajaran, ia dapat membantu guru yang tidak dapat

menyampaikan pelajaran kerana sebab-sebab tertentu. Murid boleh menerima

pembelajaran daripada modul e-pembelajaran melalui internet atau CD, di samping

membantu untuk mengembangkan potensi murid dalam melayari maklumat untuk

penyelesaian pembelajaran serta memenuhi perasaan ingin tahu mereka.

(9)

Media Tradisional masih relevan

Smaldino

et al.

(2005) telah menyatakan bahawa ramai guru ingin melupakan media

tradisional dan memberikan fokus kepada teknologi baru. Namun demikian,

pemikiran ini adalah tidak betul. Para pendidik haruslah terus menggunakan media

tradisional kerana antara jenis media ini lebih memberi manfaat berbanding teknologi

baharu yang lain. Yang penting adalah guru harus bijak dalam memilih pelbagai

media yang sedia ada dan yang terbaik untuk merangsang pembelajaran.

Sebagai contoh, kebanyakan bilik darjah masih menggunakan papan kapur atau

papan putih. Begitu juga dengan OHP yang masih berkesan sebagai alat bantu

mengajar yang dapat menarik dan mengekalkan minat murid walaupun terdapat

teknologi digital dan komputer. Di samping itu, buku teks dan bahan bercetak

merupakan alat pengajaran yang paling popular sehingga kini.

Murid mengajar Guru

Peranan guru dalam pembelajaran kian berubah dengan pertambahan dalam

penggunaan teknologi di dalam bilik darjah. Walaupun tempat guru tidak dapat

diambil alih oleh teknologi, akan tetapi peranan guru telah berubah daripada seorang

penyampai maklumat kepada seorang penyelaras resos pembelajaran. Tambahan

pula, guru juga akan menjadi fasilitator, pengurus dan penggerak di mana murid

dibantu dengan cara mencari dan memproses maklumat daripada pelbagai punca.

Para guru kini tidak lagi melihat sesebuah kelas sebagai satu kumpulan kolektif,

tetapi lebih melihat kepada kumpulan individu yang berbeza keupayaan, kebolehan

dan keperluan. Sehubungan itu, guru dapat mengenal pasti kalangan individu murid

yang memerlukan bimbingan khusus.

Pada masa ini, guru menjadi pembimbing di sisi murid bukan lagi sebagai penyampai

di atas pentas. Dengan ini, permintaan untuk guru yang mempunyai kemahiran

komputer kian meningkat. Oleh yang demikian, amat penting untuk guru

berkemahiran dalam menggunakan alat-alat elektronik agar dapat memudah cara

murid serta dapat mengekalkan minat murid dengan pelbagai jenis media

(10)

RUMUSAN

Bab ini telah menerangkan tentang isu-isu berkaitan hak cipta, keselamatan,

kerahsiaan, dan kawalan diri dalam mengendalikan teknologi pendidikan dalam

pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, dibincangkan juga Trenda-Trenda terkini

dalam teknologi pendidikan yang berkait rapat dengan pembelajaran.

BIBLIOGRAFI

Dick, N., Carey, L. & Carey, J. O. (2005). The systematic design of instruction.

Edisi ke 6. New York: Pearson, Allyn and Bacon.

Johnson,D.L., Cleborne, D.M. & Liu. (1997) Using Technology in the Classroom,

New York: Haworth Press.

Kementerian Pelajaran Malaysia, Hak cipta, diakses pada Jun 27, 2008. daripada

[http://www.moe.gov.my/bbt/pengurusanhak cipta.php]

Lembaga Penyelidikan Undang-Undang 2001. Akta Hak cipta 1987 (Akta 332) &

Peraturan-peraturan & perintah-perintah, Kuala Lumpur: International Law

Book Services.

Norasiah Abdullah, Nor Risah Jamilah Mat Lazim & Rosnah Ahmad Zain (2009).

Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Selangor: Multimedia.

Noriati A. Rashid, Boon, P. Y., Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, & Wan Kamaruddin

Wan Hasan (2012). Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Shah Alam:

Oxford Fajar

Smaldino, S. E., Russell, J. D., Heinich, R., & Molenda, M. (2005). Instructional

technology and media for learning. Edisi ke 8. New Jersey: Pearson Prentice

(11)

Smaldino, S. E., Lowther, D. L. & Russell, J. D. (2012). Instructional technology and

media for learning. Edisi ke 10. Boston: Pearson.

Willard, N.E. (2002). Computer ethics, etiquette & wafety for the 21

st

Referensi

Dokumen terkait

Media BK yang sudah ada & dipergunakan di Sekolah Pemilihan Software Komputer WAWASAN MEDIA BIMBINGAN DAN KONSELING 1 ANALISIS KEBUTUHAN 2 PENGEMBANGAN BAHAN

Suatu sistem adalah sekumpulan mesin atau stasiun kerja yang dihubungkan dan didukung dengan suatu sistem pemindahan bahan, komputer dan perangkat lain yang sesuai untuk proses

 Teknologi dalam pendidikan ialah penggunaan teknologi dalam bidang pendidikan mencakupi cara penyampaian maklumat kepada murid. Ianya juga merupakan satu

Bagaimanakah pemindahan elektron teori Marcus menerangkan bahawa adalah mungkin bagi satu tindakbalas yang mempunyai tenaga bebas besar (-ΔG) boleh menjadi lebih

Perangkat teknologi informasi dan komu-nikasi seperti perangkat lunak atau program- program komputer merupakan suatu karya cipta/ karya intelektual yang harus kita hargai dan..

Internet dapat memotong berbagai perantara (disintermediation) yang dapat menciptakan efisiensi bagi perusahaan, dan lebih dari itu Internet “memanjakan” pelanggan. Dengan

Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap kesediaan guru dari aspek pengetahuan dan sikap terhadap penggunaan teknologi maklumat berasaskan komputer bagi pengajaran dan pembelajaran

Setelah acuan ini diaplikasikan dalam konteks kepimpinan pendidikan, kajian ini memperlihatkan kepada kita bagaimanakah pentingnya elemen-elemen yang berkaitan dengan para nabi