• Tidak ada hasil yang ditemukan

RASUAH Kupasan Makna dan Persepsi

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "RASUAH Kupasan Makna dan Persepsi"

Copied!
17
0
0

Teks penuh

(1)

1 RASUAH: KUPASAN MAKNA DAN PERSEPSI

Disediakan oleh:

Zaharahanum Kamarudin (2014)

PENDAHULUAN

Suapan, sogokan dan duit kopi adalah beberapa istilah yang tidak asing lagi apabila

memperkatakan perihal rasuah. Jenayah kolar putih ini sering dikaitkan dengan ahli politik,

ahli perniagaan dan pegawai kerajaan. Di Malaysia, isu rasuah tidak pernah surut

dibincangkan dalam kalangan masyarakat terutama apabila tiba musim pilihan raya.

Meskipun pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan untuk menangani masalah ini

namun ia seolah-olah tiada penghujung.

Kertas ini akan membincangkan rasuah dari beberapa sudut dan mengupas

pandangan masyarakat umum dan antarabangsa mengenai masalah rasuah di Malaysia.

KUPASAN MAKNA DAN PUNCA DEFINISI RASUAH

Secara umumnya rasuah adalah pemberian dalam bentuk wang, hadiah, jawatan,

kedudukan dan lain-lain benda bernilai sebagai balasan atas sesuatu perbuatan yang

melanggar undang-undang.

Menurut Kamus Bahasa Melayu Dewan (2013), rasuah bermaksud pemberian untuk

menumbuk rusuk (menyogok, menyuap). Ia turut menyenaraikan sinonim kepada perkataan

rasuah iaitu tumbuk rusuk, wang sogok, wang suap, sorong, duit kopi, tip, korupsi dan rayap.

Ezam dan Sapto menghuraikan rasuah sebagai:

“ketika seseorang yang diberi kuasa untuk bertindak atas nama kepercayaan untuk melakukan sesuatu perbuatan, tetapi yang ia lakukan sebaliknya maka orang itu telah melakukan pengkhianatan amanah.”

(2)

2 Menurut Syakiran & Zawawi (2004) pula, rasuah ialah:

“ganjaran sesuatu atau mengharapkan ganjaran tertentu daripada sesuatu pemberian”.

Di peringkat antarabangsa, rasuah ditakrif sebagai:

“penyalahgunaan kepercayaan awam untuk mendapatkan keuntungan peribadi”

(Transparency International, 2010).

Dalam kata lain, rasuah adalah perbuatan timbal balas yang menguntungkan sama

ada yang diminta atau diberi dengan kerelaan atas sesuatu perbuatan tidak jujur yang lain.

KATEGORI RASUAH

Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 menyenaraikan tujuh kategori

rasuah yang ditulis sebagai suapan. Antara yang dinyatakan ialah suapan berbentuk wang,

pinjaman, hadiah, cagaran berharga dan sebarang bentuk harta alih atau harta tak alih;

suapan berbentuk jawatan, kontrak pekerjaan atau apa-apa perjanjian untuk memberikan

pekerjaan atau perkhidmatan; suapan berbentuk pelepasan atau penyelesaian sebarang

pinjaman, obligasi atau liabiliti; dan suapan berbentuk perlindungan daripada penalti untuk

mengelakkan sebarang tindakan undang-undang.

Ezam dan Sapto (2010: 19, 20) membahagikan rasuah dalam dua bentuk iaitu

rasuah aktif dan rasuah pasif. Rasuah aktif ialah apabila seorang pelaku memberikan hadiah

atau menjanjikan sesuatu yang bernilai kepada seorang yang lain; atau apabila pelaku

menggelapkan wang atau memalsukan atau menyembunyikan dokumen, atau apabila

pelaku menyalahgunakan kedudukan dan kekuasaannya dengan memeras orang yang

memerlukan khidmatnya. Keadaan ini menyebabkan pelaku akan menerima keberuntungan

iaitu hasratnya (yang tidak dibolehkan menurut undang-undang) terlaksana atau pelaku

dapat mengelakkan dirinya sendiri atau orang lain yang berkepentingan dari tuduhan atau

(3)

3 Rasuah pasif pula merujuk kepada:

“perbuatan menerima sesuatu dari orang lain atas perbuatan yang dilakukan atau tidak dilakukannya yang bertentangan dengan kewajibannya.”

(Ezam dan Sapto, 2010: 21)

Contoh situasi yang dinyatakan Ezam dan Sapto ialah apabila seorang anggota

penguatkuasa menerima imbalan atas tindakannya menutup atau merahsiakan kes jenayah

yang perlu disiasat atau dihukum dan apabila seorang ahli pertubuhan atau organisasi

menerima ganjaran sebelum atau setelah memilih seseorang yang lain sama ada di dalam

atau di luar organisasi bagi memastikan orang itu menyandang jawatan dalam pertubuhan

atau organisasi tersebut (2010: 21).

Makalah ‘Rasuah dalam Karya Sastera Melayu Klasik: Satu Analisis Semantik

Kognitif’, yang ditulis oleh Hashimah dan Rozaimah (2008) pula mengupas beberapa

kategori rasuah seperti yang telah dibincangkan oleh Syed Hussein Alatas dalam bukunya

‘Rasuah: Sifat, Sebab dan Fungsi’. Tujuh kategori rasuah yang dimaksudkan ialah rasuah

perkerabatan, investif, defensif, transaktif, autogenik, memeras dan dukungan.

Rasuah perkerabatan lebih dikenali sebagai nepotisme. Ia merupakan keadaan di

mana seseorang yang mempunyai kuasa menggunakan kuasanya untuk melantik ahli

keluarga atau rakan-rakannya bagi menjawat jawatan tertentu dalam organisasi atau

pertubuhan yang dianggotainya walaupun orang yang dilantik tidak mempunyai kelayakan

untuk menjawat jawatan tersebut.

Rasuah investif ialah apabila seseorang memberikan hadiah atau kedudukan kepada

seorang yang lain tanpa balasan tertentu pada masa hadiah atau kedudukan diberikan

tetapi mengharapkan dan menjangkakan akan mendapat balasan berbentuk keuntungan di

masa yang akan datang.

Rasuah defensif merujuk kepada situasi di mana seseorang dipaksa atau terpaksa

(4)

4 Rasuah transaktif pula adalah satu keadaan di mana kedua-dua belah pihak

berpakat untuk menunaikan kehendak masing-masing. Rasuah ini dianggap berbaloi kerana

kedua-dua belah pihak beroleh keuntungan.

Seterusnya, rasuah autogenik adalah tindakan yang melibatkan satu pihak sahaja

demi memberi keuntungan kepada si pelaku. Rasuah yang kerap dirujuk sebagai autogenik

ialah perbuatan pemalsuan.

Rasuah memeras ialah satu situasi di mana pemberi rasuah dipaksa untuk

memberikan rasuah demi menghindarkan sebarang bentuk kerugian yang mengancam

dirinya, kepentingannya atau orang-orang yang dihargainya.

Akhir sekali ialah rasuah dukungan. Malangnya, rasuah ini tidak dibincangkan oleh

Hashimah dan Rozaimah dalam makalah yang dinyatakan di atas.

Berdasarkan kategori-kategori yang telah dibincangkan di atas, didapati bahawa apa

sahaja bentuk penyelewengan menggunakan kedudukan atau jawatan demi mendapat

habuan adalah rasuah walaupun pihak pemberi tidak merelakan pemberian tersebut atau

apabila penyelewengan berkenaan dilakukan secara bersendirian. Umumnya, masyarakat

memahami bentuk-bentuk rasuah yang dibincangkan cuma tidak mengkelaskan keadaan

rasuah yang dilakukan seperti mana kategori-kategori di atas.

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB RASUAH

Dua faktor yang menyebabkan rasuah boleh terjadi seperti yang dibincangkan oleh

Ezam dan Sapto dalam buku mereka ‘Islam & Persoalan Rasuah’ ialah individu dan sistem.

Faktor individu merujuk kepada sikap materialisme, satu sikap yang mementingkan

kebendaan. Materialisme menyebabkan seseorang individu menjadi tamak dan berusaha

untuk menambah himpunan harta miliknya dengan apa sahaja cara sekalipun. Apabila sikap

ini telah tertanam dalam diri seseorang, individu tersebut menganggap rasuah adalah jalan

paling mudah untuk mencapai cita-citanya. Dalam sesetengah kelompok masyarakat,

rasuah dianggap suatu yang biasa. Malah, mereka ini boleh sahaja melakukan rasuah

(5)

5 Faktor kedua yang dibincangkan ialah faktor sistem di mana Ezam dan Sapto

merujuk kepada sistem kapitalis dan undang-undang. Sistem kapitalis meletakkan golongan

pemodal di baris hadapan dalam pusingan ekonomi negara. Malangnya, golongan pemodal

yang mempunyai banyak wang menggunakan kelebihan wang yang mereka ada bukan

sahaja untuk membiayai perniagaan mereka tetapi turut menyebabkan ketidakstabilan

ekonomi. Sering kita dengar, negara-negara kapitalis menyebabkan jurang antara kelompok

kaya dan miskin semakin melebar. Si kaya berterusan mengaut keuntungan dari aktiviti

perniagaan mereka manakala si miskin pula terus terperangkap dalam perangkap

kemiskinan yang melingkari mereka.

Apa yang membahayakan ialah kapitalisme tidak mengenal Tuhan. Dalam sistem

kapitalis, apa sahaja yang boleh menjadi modal akan diniagakan. Bagi mendapatkan

keuntungan yang berlipat kali ganda, pemodal mengusahakan perniagaan tanpa

mengenepikan unsur-unsur bertentangan agama. Bagi mereka, apa sahaja yang boleh

mendatangkan hasil akan diniagakan.

Kecenderungan mengaut keuntungan berlipat kali ganda menjurus ke arah sikap

individualistik dan materialistik. Dua sikap ini bukan sahaja menghinggapi golongan pemodal

di atas malah turut menjangkiti rakyat biasa. Ia mengakibatkan individu yang berada dalam

sistem kapitalis berusaha memberi keuntungan kepada diri sendiri dalam bentuk wang

ringgit, harta benda, jawatan, pangkat dan apa sahaja yang membentuk kekayaan. Dalam

keadaan ini, rasuah dianggap biasa malah menjadi satu bentuk perniagaan. Pemberian

rasuah dianggap sebagai pelaburan modal.

Bagi maksud sistem undang-undang pula, walau setegas mana pun undang-undang

yang telah digubal namun tanpa penguatkuasaan yang berkesan, undang-undang tersebut

tidak dapat menghindarkan apa lagi membanteras kes rasuah. Apatah lagi apabila

undang-undang berkenaan hanya dikenakan ke atas pelaku dari kalangan rakyat biasa manakala

individu berpengaruh atau berjawatan tinggi dibiarkan lepas bebas sedangkan umum

mengetahui kesalahan yang dilakukan. Hal ini menyebabkan wujudnya ‘jerung’, ‘ikan bilis’

(6)

6 Sementara itu, dalam kertas “Rasuah ... Katakan Tidak”, Syakiran dan Zawawi

(2004) membincangkan beberapa punca rasuah yang lain iaitu gaji, peluang dan dasar.

Perbincangan berkenaan faktor gaji sebagai punca rasuah terutama di kalangan

penjawat awam adalah berdasarkan kajian Quah (1995) di Indonesia, China dan Malaysia.

Dalam kajian tersebut, Quah berpendapat gaji penjawat awam yang rendah mendorong

mereka untuk terlibat dalam jenayah rasuah. Namun, Syakiran dan Zawawi menyangkal

pendapat ini dengan menyenaraikan beberapa kes rasuah di Malaysia yang melibatkan

jawatan tertinggi dalam jabatan awam. Menurut mereka, rasuah turut berlaku dalam

kalangan elit, ahli korporat, ahli politik dan pekerja kolar putih yang rata-rata memiliki

pendapatan tinggi. Selain itu, rasuah juga berlaku dalam kalangan penguatkuasa

undang-undang seperti polis, kastam dan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Kedua-dua

keadaan ini menggambarkan, gaji rendah bukanlah faktor kepada berlakunya jenayah

rasuah.

Syakiran dan Zawawi kemudiannya membincangkan faktor peluang sebagai punca

rasuah. Peluang wujud apabila satu pihak yang mempunyai tuntutan tertentu berhubung

dengan pihak kedua yang boleh melunaskan tuntutan tersebut. Dalam situasi ini, pihak

kedua juga menuntut balasan sebagai syarat memenuhi tuntutan pihak pertama. Apabila

pihak pertama bersetuju memenuhi tuntutan balas pihak kedua, maka wujudlah perjanjian

melakukan rasuah. Keadaan ini menunjukkan, pihak kedua menganggap tuntutan pihak

pertama sebagai peluang untuk mendapatkan keuntungan melalui jenayah rasuah.

Selain itu, Syakiran dan Zawawi berpendapat birokrasi juga sebagai antara keadaan

yang mewujudkan peluang melakukan rasuah di mana rasuah dianggap sebagai kaedah

mempercepatkan urusan atau memintas peringkat-peringkat yang terdapat dalam birokrasi.

Faktor ketiga yang menjadi punca rasuah yang dibincangkan Syakiran dan Zawawi

ialah dasar. Setiap negara mempunyai dasar tersendiri dalam menggubal undang-undang

berkaitan jenayah rasuah. Namun, sama ada undang-undang yang digubal mempunyai

kelompangan atau penguatkuasaan undang-undang tersebut yang tidak tegas

(7)

7 Melalui perbincangan di atas, boleh dikatakan sikap seseorang individu sebagai

punca utama kepada berlakunya jenayah rasuah. Kerana sikap individualistik dan

materialistik, seseorang individu akan mengambil kesempatan atas sistem pemerintahan

dan dasar-dasar sebuah negara dengan mengintai, mencipta dan seterusnya menggunakan

peluang melakukan rasuah demi memastikan hasrat individu tersebut tercapai. Hal ini

menepati catatan dalam Laporan Tahunan 2011 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah

Malaysia (SPRM):

“Mereka yang mengamalkan rasuah bukan kerana tidak cukup gaji atau pendapatan. Mereka melakukan bukan kerana kelaparan atau serba kekurangan. Tetapi mereka melakukannya kerana rasa tamak haloba, sentiasa ingin hidup lebih mewah, tidak bertanggungjawab dan mengkhianati amanah.”

(SPRM, 2012)

PERSEPSI RAKYAT MALAYSIA TERHADAP RASUAH PASCA PILIHAN RAYA UMUM KE – 12, TAHUN 2008

Era globalisasi yang bermula sejak penggunaan internet secara berleluasa di

Malaysia memberi ruang kepada rakyat dalam mendapatkan pendidikan, prasarana dan

suasana hidup yang lebih baik berbanding era sebelum itu. Pendedahan terhadap dunia luar

kepada hampir semua rakyat menyebabkan rakyat Malaysia kini berpandangan luas dan

berusaha untuk sama-sama berganding bahu dalam memastikan Malaysia menjadi negara

yang lebih baik dari segi pemerintahan dan pembangunan serta kemajuannya.

Maka, tidak hairanlah, dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 pada tahun 2008, kolaborasi

tiga parti pembangkang iaitu Parti Islam se-Malaysia (PAS), Parti Keadilan Rakyat dan

Democration Action Party (DAP) merampas pentadbiran di empat negeri iaitu Kedah,

Selangor, Perak dan Pulau Pinang (malangnya tiga Ahli Dewan Undangan Negeri Perak

keluar dari parti masing-masing menyebabkan pentadbiran negeri Perak kembali ke

pangkuan Barisan Nasional). Gabungan ketiga-tiga parti politik ini dinamakan sebagai

(8)

8 Antara isu menarik yang menyebabkan berlakunya tsunami politik pada PRU kali ini

ialah penyelewengan dan ketirisan dana negara yang dipercayai disebabkan oleh jenayah

rasuah dalam kalangan ahli politik.

Bab ini akan melihat pandangan sebahagian rakyat Malaysia terhadap rasuah

melalui beberapa kaji selidik yang dijalankan oleh sarjana-sarjana tempatan.

Persepsi Wakil Rakyat

‘Wakil Rakyat’ adalah gelaran yang diberikan masyarakat kepada Ahli Dewan

Undang Negeri (ADUN) dan Ahli Dewan Rakyat (Parlimen). Kedua-duanya dipilih oleh

masyarakat melalui PRU yang biasanya diadakan sekali di setiap lima tahun. Namun dalam

keadaan tertentu (biasanya apabila berlaku kematian wakil rakyat), Pilihan Raya Kecil (PRK)

akan diadakan bagi memilih wakil rakyat yang baharu.

Isu rasuah sememangnya tidak dapat lari dari dibincangkan sama ada ketika PRU,

PRK atau pasca kedua-duanya. Ketika musim kempen pilihan raya, parti pembangkang

biasanya lebih ke hadapan dalam isu ini dengan mendedahkan salah laku rasuah yang

dilakukan sama ada oleh calon parti lawan atau yang dilakukan oleh ahli-ahli dalam parti

politik lawan. Malah perbuatan parti UMNO menawarkan projek bernilai jutaan ringgit,

memberi barang keperluan kepada penduduk setempat (atas nama sumbangan) dan

mengarahkan pihak berkuasa tempatan memperbaiki infrastruktur serta-merta dianggap

sebagai rasuah kepada pengundi di kawasan tersebut agar mengundi mereka dalam pilihan

raya itu.

Bagi mendapatkan pandangan wakil rakyat yang telah dipilih berkenaan isu rasuah,

kertas ini akan meninjau dapatan Malike Brahim, Mohd. Fo’ad Sakdan dan Musliza

Mohamad melalui kaji selidik mereka yang bertajuk “Peranan Wakil Rakyat dalam Parti

Politik: Isu dan Cabaran”. Kaji selidik berkenaan dijalankan di seluruh Malaysia melalui

soal-selidik yang diedarkan kepada 56 orang wakil rakyat dari parti UMNO, MCA, SPDP, MIC

dan PAS.

Di bawah bab ‘Isu dan Cabaran dalam Parti Politik’ satu daripada masalah yang

(9)

9 bahawa masalah ini adalah antara masalah yang berlaku dalam parti politik berkenaan.

Menariknya, Malike, Fo’ad dan Musliza berpendapat, punca sebenar politik wang berlaku

ialah kerana wujudnya beberapa puak ekoran perebutan jawatan dalam parti (64.3%).

Setiap puak mempunyai calon-calon kegemaran mereka bagi menyandang sesuatu jawatan.

Calon-calon inilah yang menggunakan politik wang bagi memastikan sokongan yang

diterima berterusan dan semakin bertambah.

Selain itu, soal-selidik ini turut menyenaraikan beberapa isu perpaduan dan

konsesus dalam parti. Dapatan kajian mendapati 54.6% responden bersetuju bahawa

perebutan jawatan dalam parti merupakan isu utama manakala 38.1% responden pula

bersetuju bahawa gejala politik wang sangat ketara berikutan perebutan jawatan politik.

Sekali lagi perebutan jawatan dan politik wang mendapat peratusan yang tinggi. Hal ini

menunjukkan kedua-dua isu ini adalah isu utama yang perlu diambil berat bagi memastikan

kelangsungan sesebuah parti politik.

Di akhir kertas kaji selidik ini, Malike, Fo’ad dan Musliza menekankan bahawa satu

daripada ciri-ciri yang perlu ada dalam setiap diri wakil rakyat ialah bebas rasuah. Hal ini

untuk memastikan agar wakil rakyat dapat berkhidmat dengan lebih baik sama ada sebagai

pemimpin atau pengurus kepada parti yang diwakili atau penduduk setempat.

Persepsi Belia

Beberapa sarjana yang lain pula cuba mendapatkan pandangan generasi muda

terhadap beberapa isu berkaitan pilihan raya seperti isu pembangunan ekonomi, keperluan

masyarakat setempat dan persepsi terhadap politik, media dan demokrasi. Kajian terhadap

generasi muda yang ditakrifkan sebagai golongan belia berusia antara 15 – 40 tahun ini

diadakan di seluruh Malaysia. Seramai 14,707 orang responden terlibat dalam kaji selidik ini.

Tiga dapatan kajian yang akan dibincangkan di bawah ialah isu utama yang menjadi pillihan

belia dalam pilihan raya, kriteria parti yang menjadi pilihan dan pendapat belia mengenai

politik dan kerajaan.

Samsudin A. Rahim (2010) dari Universiti Kebangsaan Malaysia telah menjalankan

(10)

10 Pilihan Raya Umum ke-12”. Seramai 8,823 responden dari beberapa kawasan parlimen

yang dimenangi parti Barisan Nasional dan pembangkang terlibat dalam kajian ini. Dapatan

kajian ini diagihkan mengikut komponen ras iaitu Melayu, Cina, India, Bumiputera Sabah

dan Bumiputera Sarawak. Hasil kajian mendapati antara 92% ke 96% responden bersetuju

bahawa rasuah merupakan isu penting dalam pilihan raya (2010: 12). Hal ini menunjukkan,

golongan belia turut prihatin ke atas isu rasuah dan menganggap isu ini sebagai isu penting

yang mempengaruhi golongan ini dalam pemilihan parti politik bagi memegang tampuk

kepimpinan negara.

Kaji selidik yang lain dijalankan di Parlimen Muar, Johor melibatkan seramai 1,500

orang responden di bawah tajuk ‘Pendapat dan Keperluan Generasi Muda di Kawasan

Parlimen Muar, Johor’. Mohd. Fuad Mat Jali dan Junaidi Awang Besar (2012) mendapati

rasuah/politik wang bukanlah isu utama yang dibincangkan oleh belia di Muar. Pemilihan isu

rasuah/politik wang sebagai isu utama hanya dipersetujui oleh 37.5% responden sahaja.

Sebaliknya, golongan belia di Muar menganggap isu ‘pemulihan ekonomi/harga

barangan/minyak’ sebagai isu yang lebih utama di mana seramai 68.4% belia di Muar

memilih isu ini (2012: 59). Hal ini mungkin disebabkan oleh kos sara hidup yang meningkat

yang sangat dirasakan oleh golongan belia di Muar. Mereka berpendapat isu ini lebih

penting untuk dibincangkan kerana hanya dengan pemulihan ekonomi negara maka harga

barangan dan minyak akan stabil seterusnya mengurangkan beban rakyat biasa.

Seterusnya, Fuad dan Junaidi turut bertanyakan pendapat belia berkenaan kriteria

parti yang menjadi pilihan mereka dalam pilihan raya tersebut. Didapati 87.6% belia

cenderung memilih parti yang memperjuangkan isu kemanusian seperti ketelusan, keadilan,

hak asasi manusia dan anti rasuah. Dari dapatan ini, boleh dikatakan, belia di Muar

berpendapat, parti yang memperjuangkan isu kemanusiaan sudah pasti mampu menangani

isu-isu lain yang disenaraikan seperti memacu pembangunan negara dan membasmi

kemiskinan, mampu memelihara agama dan bangsa dan mampu memelihara perpaduan

(11)

11 Dalam kaji selidik yang lain, Junaidi dan rakan-rakan (2012) mendapati, kriteria yang

sama turut menjadi pilihan 3,484 belia dari seluruh negara. Kajian ini dipecahkan kepada

Wilayah Timur, Wilayah Selatan, Wilayah Barat, Wilayah Utara dan Wilayah Borneo. Kertas

kaji selidik ini bertajuk ‘Persepsi Politik Pengundi Belia Melayu Pasca Pilihan Raya Umum

(PRU) 2008 di Malayia’. Kaji selidik ini mendapati pemilihan parti politik berdasarkan kriteria

memperjuangkan isu kemanusia seperti ketelusan, keadilan, hak asasi manusia dan rasuah

mengatasi kriteria-kriteria yang lain seperti mengutamakan rakyat dan memperjuangkan

bangsa.

Isu yang ketiga yang ditanya kepada belia ialah pandangan belia terhadap politik dan

kerajaan. Fuad dan Junaidi (2012) mendapati 83.7% belia bersetuju bahawa belia kurang

menyokong kerajaan berikutan langkah-langkah yang diambil kerajaan untuk menangani isu

rasuah dan politik wang kurang berkesan. Kajian Junaidi dan rakan-rakan (2012) terhadap

belia di pelbagai wilayah pula mendapati 73.1% belia mempunyai pendapat yang sama.

Selain itu 77.1% belia di kawasan Parlimen Batu juga bersetuju dengan pendapat tersebut

(Fuad dan Junaidi, 2012).

Ringkasan dapatan kajian tersebut dapat dilihat melalui jadual yang berikut:

Lokaliti belia

Jadual 1: Ringkasan dapatan kajian berkenaan pandangan belia berkaitan isu rasuah

Secara umumnya, golongan belia di Malaysia tidak bersetuju dengan tindakan

(12)

12 rasuah sebagai isu penting yang perlu ditangani oleh kerajaan secara bijaksana. Belia

mahukan parti yang komited memperjuangkan isu kemanusiaan (termasuk rasuah) di

samping terus memastikan kestabilan ekonomi negara. Ini kerana, hanya dengan ekonomi

yang stabil, barulah rakyat dapat menikmati kehidupan yang lebih baik seperti mempunyai

peluang-peluang kerja yang mampu menampung kos kehidupan semasa.

Selain daripada itu, belia juga mahukan kerajaan serius menangani isu rasuah sama

ada pelaku rasuah itu terdiri daripada golongan berpengaruh atau berjawatan tinggi.

Parti-parti politik perlu ingat bahawa sebahagian besar pengundi datang dari kalangan belia.

Maka pandangan belia tidak harus diketepikan malah perlu didengar dan dijadikan panduan

dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti politik seterusnya apabila memegang pentadbiran

negara, suara-suara belia ini turut diambil kira dalam pembentukan dasar-dasar kerajaan.

Dengan cara ini, barulah belia akan memberikan sokongan kepada parti-parti berkenaan

agar terus mentadbir kerajaan dengan jayanya.

PERSEPSI MASYARAKAT ANTARABANGSA TERHADAP RASUAH DI MALAYSIA Setiap tahun Transperansi Antarabangsa (TI) mengeluarkan Indeks Persepsi

Rasuah (CPI) yang mengumpulkan nilaian mata yang diberi oleh orang awam terhadap

rasuah di sektor awam. Indeks ini menilai persepsi orang awam terhadap rasuah yang

berlaku di hampir semua negara di seluruh dunia. Negara yang memiliki nilaian mata

menghampiri mata penuh (100 mata penuh untuk tahun 2012 dan 10 mata penuh untuk

tahun-tahun sebelumnya) adalah negara yang dipercayai paling sedikit mengamalkan

rasuah dalam pentadbiran awam. Jumlah mata dikumpulkan berdasarkan beberapa siri

soal-selidik dalam tempoh masa tertentu. Bagi tahun 2010, jumlah mata dinilai berdasarkan

13 siri soal-selidik yang dijalankan antara Januari 2009 dan September 2010 (Transperancy

International, 2010).

Di bawah ini disertakan graf Indeks Persepsi Rasuah bagi Malaysia dan dua negara

jiran iaitu Singapura dan Thailand bagi tempoh sepuluh tahun iaitu dari tahun 2003 hingga

(13)

13 Rajah 1: Graf Mata Indeks Rasuah (CPI) di Malaysia, Singapura dan Thailand. Sumber: cpi.transperancy.org

Bacaan mata Indeks Persepsi Rasuah bagi setiap negara diperincikan seperti yang

berikut:

Jadual 2: Mata dan Kedudukan Malaysia, Singapura dan Thailand Indeks Persepsi Rasuah (CPI) dari tahun 2003 hingga 2012. Sumber: cpi.transperancy.org

Berdasarkan Jadual 2, didapati purata mata CPI Malaysia bagi tempoh sepuluh

tahun ialah 4.86, Singapura ialah 9.2 dan Thailand ialah 3.4. Singapura, sebagai sebuah

negara yang maju dari segi teknologi dan ekonomi berjaya meyakinkan masyarakat 0

2003 2004 2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011 2012

(14)

14 antarabangsa terhadap usaha negara berkenaan dalam menghindari rasuah di sektor awam

negara tersebut. Meskipun dari sudut sejarahnya, Singapura pernah menjadi sebahagian

daripada Malaysia, namun negara kecil ini ditadbir dengan kaedahnya yang tersendiri

sehingga menjadi negara termaju di Asia Tenggara walau dengan sumber ekonomi yang

terhad. Dipercayai, dasar pentadbiran Singapura yang bersih daripada rasuah memberi

kepercayaan kepada ahli-ahli perniagaan terutama pelabur-pelabur asing untuk

menjalankan kegiatan ekonomi mereka di ‘kota singa’ itu. Oleh kerana itu, soal-selidik yang

dijalankan Transperansi Antarabangsa memberi mata yang tinggi terhadap pentadbiran

Singapura.

Di Malaysia, walaupun pelbagai usaha telah dijalankan oleh kerajaan untuk

menangani masalah rasuah di negara ini, namun usaha-usaha tersebut belum cukup

meyakinkan masyarakat antarabangsa. Hal ini ditunjukkan dengan jelas apabila

membandingkan mata yang diperoleh bagi tahun 2009, 2010 dan 2011. Untuk tempoh tiga

tahun berturut-turut, persepsi rasuah di Malaysia terus menurun. Meskipun ada kenaikan

mata sebanyak 0.6 bagi tahun 2012, namun ia tidak sebanding dengan peningkatan usaha

yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seperti promosi

media berupa tayangan iklan di papan iklan LED, tayangan iklan di skrin LCD yang terdapat

di bangunan komersial, restoran mamak dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala

Lumpur (KLIA), tayangan iklan 30 saat di pawagam, tayangan telemovie, drama dan

dokudrama serta iklan dan kapsul di televisyen (SPRM, 2012). Tambahan pula isu hangat

berkaitan rasuah yang dilakukan oleh ahli politik dirasakan tidak ditangani dengan

sewajarnya.

Sehingga ke hari ini, masyarakat masih membincangkan hukuman yang dikenakan

ke atas mantan Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Dr. Mohamad Khir bin Toyo yang hanya

dikenakan hukuman 12 bulan penjara serta dilucut hak terhadap pemilikan banglonya

sedangkan kesalahan beliau melibatkan nilaian sejumlah jutaan ringgit (SPRM, 2012).

(15)

15 jelas berkenaan fungsi kedua-dua kenderaan perang berkenaan apa lagi jumlah wang yang

diperlukan bagi membeli dan penyenggaraannya (Muhamad Nadzri, 2009: 105)

Kebimbangan masyarakat antarabangsa terhadap jenayah rasuah di Malaysia turut

dilaporkan oleh firma Ernst & Young, sebuah firma perunding antarabangsa yang melibatkan

681 eksekutif, pengurus kanan dan pekerja syarikat. Tinjauan singkat ini bermula pada Mac

2013 dan berakhir pada Mei 2013. Hasil tinjauan mendapati, responden berpendapat

bahawa jenayah rasuah di Malaysia bertambah buruk dan menghampiri situasi rasuah di

negara jiran, Indonesia. Tinjauan melibatkan 39% responden yang berlokasi di Australia,

China, Indonesia, Malaysia, New Zealand, Singapura, Korea Selatan dan Vietnam

(Harakahdaily, 13 Oktober 2013).

Kedua-dua dapatan ini bukanlah satu perkara yang boleh dipandang sebelah mata.

Pihak kerajaan memainkan yang sangat penting untuk mengubah tanggapan masyarakat

antarabangsa terhadap gejala rasuah ini. Hal ini kerana ekonomi Malaysia sangat

bergantung dengan pelaburan dari negara luar. Sekiranya pelabur-pelabur asing ini menarik

pelaburan mereka kerana lelah dengan mainan rasuah di negara kita, maka rakyat jelata

bakal ditimpa masalah utamanya masalah kehilangan mata pencarian. Secara tidak

langsung, jenayah-jenayah lain bakal timbul seperti kisah seorang bapa yang nekad

merompak dua pejabat pos kerana diberhentikan kerja dan ditipu orang yang dipercayainya.

PENUTUP

Rasuah bukanlah perkara kecil dalam masyarakat apa lagi dalam pembinaan

sesebuah negara. Kerana rasuah sistem pentadbiran yang dibina dengan bersusah-payah

akan runtuh dalam sekelip mata. Kerana rasuah seorang raja boleh kehilangan negerinya.

Kerana rasuah, seorang pemimpin boleh kehilangan pengikutnya. Hal seperti ini telah

banyak dituliskan oleh sarjana-sarjana tempatan dan antarabangsa.

Dalam sejarah pentadbiran Malaysia, tsunami politik yang berlaku pada 2008

dipercayai kerana penolakan rakyat terhadap jenayah rasuah yang berleluasa dalam

(16)

16 maklum bahawa tumpasnya kerajaan Pakatan Rakyat yang baharu dibentuk di negeri Perak

kembali kepada Barisan Nasional adalah berunsurkan rasuah. Baru-baru ini pula, rakyat

Malaysia dikejutkan lagi dengan maklumat bahawa kegagalan kerajaan Malaysia

mempertahankan Pulau Batu Putih yang dipertikaikan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa

(ICJ) juga berunsurkan rasuah. Namun tindakan kerajaan yang enggan ‘mempercayai’ dan

menyiasat dakwaan-dakwaan di atas menyebabkan rakyat tertanya-tanya benarkan

kerajaan sekarang benar-benar berusaha membanteras rasuah hingga ke ‘akar umbi’ atau

hanya ‘manis tebu di bibir sahaja’.

RUJUKAN

Buku:

Mohamad Ezam Mohd Nor & Sapto Waluyo. (2010). Islam & Persoalan Rasuah. Shah Alam: Generasi Baru Nusantara Sdn. Bhd.

Muhamad Nadzri Mohamed Noor. (2009). Politik Malaysia di Persimpangan: Praktik Politik dalam PRU 2008 dan Kontemporari. Petaling Jaya: Strategic Information and Research Development Centre (SIRD).

Artikel/jurnal dari laman web:

Harakahdaily. (13 Oktober 2013). Firma Audit Antarabangsa dedah rasuah negara makin buruk. Harakahdaily. Dilayari pada 14 Oktober 2013 di

Malike Brahim, Mohd. Fo’ad Sakdan & Musliza Mohamad. (2013). Peranan Wakil Rakyat dalam parti politik: isu dan cabaran. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics & Strategy. 40(1): 91 – 115. Dilayari pada 18 November 2013 di http://www.ukm.my/jebat/v2/index.php?cont=v&item=2&vols=50&id_vol=50&art=47 4

Mohd Fuad Mat Jali & Junaidi Awang Besar. (2012). Pembangunan sosioekonomi dan pandangan belia terhadap isu semasa di kawasan Parlimen Batu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Geografi – Malaysian Journal of Society and Space. 8(2): 67 – 76. Dilayari pada 18 November 2013 di

(17)

17 Mohd Fuad Mat Jali & Junaidi Awang Besar. (2012). Pendapat dan keperluan generasi muda di kawasan Parlimen Muar, Johor. Jurnal of Social Science and Humanities: e-Bangi. 7(1): 50 – 6. Dilayari pada 18 November 2013 di http://www.ukm.my/e-bangi/index.php?option=com_jresearch&view=publication&task=show&id=139&lan g=en

Nor Hashimah Jalaluddin & Rozaimah Rashidin. (2008). Rasuah dalam karya sastera melayu klasik: satu analisis semantik kognitif. Jurnal of Social Science and Humanities: e-Bangi. 3 (3):1 – 32. Dilayari pada 17 Oktober 2013 di http://journalarticle.ukm.my/1562/1/shima.pdf

Nur Syakiran Akmal Ismail & Md Zawawi Abu Bakar. (2004). Rasuah …? Katakan tidak. Dilayari pada 17 Oktober 2013 di http://repo.uum.edu.my/1908/1/47.pdf

Samsudin A. Rahim, (2010). Media, Demokrasi dan Generasi Muda: Analisis Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12. Jurnal Komunikasi. 26 (12). 1 – 15. Dilayari pada 18 Oktober 2013 di http://journalarticle.ukm.my/1902/1/V26_2_1.pdf

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. (2012). Laporan Tahunan 2011. Dilayari pada 14 Oktober 2013 di http://www.sprm.gov.my/files/LaporanTahunan2011.pdf

Suruhanjaya Pilihan raya Malaysia. (2013). Kedudukan Kerusi Dewan Undangan Negeri

yang Dimenangi. Dilayari pada 27 November 2013 di

http://semak.spr.gov.my/spr/module/5_kerusiDUN.php

Suruhanjaya Pilihan raya Malaysia. (2013). Kedudukan Kerusi Rakyat yang Dimenangi.

Dilayari pada 27 November 2013 di

http://semak.spr.gov.my/spr/module/5_KerusiDR.php

Transperancy International. Corruption Perception Index 2010. Dilayari pada 14 Oktober 2013 di http://www.transparency.org/cpi2010/results

Referensi

Dokumen terkait

Hukum oposisi adalah satu perbuatan yang berlawanan, (diharapkan) menghasilkan apa yang dilawankan itu, dengan kata lain satu ritual magi yang mengharapkan sesuatu

buruk adalah sesuatu di luar dirinya seperti orang lain, lingkungan, situasi dan kondisi yang tidak menguntungkan (PsB - eksternal) dan pada keadaan yang baik, siswa yang memiliki

Ilmu logik lebih menjurus kepada pemikiran yang boleh diterima oleh orang lain tentang sesuatu kebenaran. Irving

Mandub atau sunnah yaitu sesuatu yang dituntut dari seorang mukallaf supaya dia melakukannya, tetapi tuntutan itu bukan tuntutan yang pasti, atau dengan kata

Menimbang, bahwa yang dimaksud menguntungkan diri sendiri atau orang lain secara melawan hukum adalah ada suatu perbuatan yang dilakukan dalam keadaan sadar dan ada

kepada orang lain atau lebih untuk tidak melakukan sesuatu hal yang mana1. perbuatan itu tidak dilarang

† Setiap orang diminta menggambar sesuatu yang mereka pelajari dalam pertemuan, lalu yang lain harus menebaknya.. † Pertanyaan-pertanyaan untuk memperoleh feedback atau

Bahwasanya siapa saja berkewajiban untuk melakukan perbuatan-perbuatan baik yang bermanfaat bagi pihak-pihak lain seperti memberikan air bersih kepada tetangga,