• Tidak ada hasil yang ditemukan

Konsep Sains Sosial siswa pada

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Konsep Sains Sosial siswa pada "

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

Konsep Sains Sosial 1.0 : Pengenalan Bidang sains sosial dan kaedah penyelidikan sains sosial menawarkan langkah untuk mengkaji dan seterusnya memahami tindakan dalam isu-isu berkaitan dengan sosial manusia. Di samping memberikan pandangan dan prosedur secara teknikal bagi meneliti perkara yang tidak terungkai yang terlepas dari pandangan masyarakat berhubung dengan soal yang ada kaitan dengan manusia itu sendiri. Kajian sains sosial meliputi kajian tentang proses kehidupan sosial manusia seperti sosialisasi manusia, interaksi sosial, perubahan budaya, perubahan sosial, stratifikasi sosial atau kelas sosial, mobiliti dan konflik sosial dan sebagainya. Matlamat kepada pengkajian sains sosial ini adalah untuk mencapai kemajuan dan perkembangan. Selain mengecapi keseimbangan, kestabilan, dan keharmonian dalam masyarakat. Jika diteliti, kebanyakan daripada pengkajian sarjana sosial adalah merupakan sumber emosi yang teguh dan menyakinkan bagi masyarakat secara amnya. Pengkajian membolehkan persoalan yang berkesan menjadi suatu fakta. Nilai yang diperolehi menerusi kaedah kajian sains sosial adalah ia menawarkan suatu cara untuk mengenalpasti sesuatu isu menerusi pemerhatian dan secara logik. Kaedah kajian sains sosial secara tidak langsung turut membuka peluang untuk menangani permasalahan dan menerokai pengalaman dalam membuat perubahan sosial dan masyarakat. Dalam penyelidikan sains sosial, terdapat 2 bentuk data yang dapat dikategorikan iaitu data kualitatif dan data bentuk kuantitatif yang masing-masing menggunakan pendekatan yang berbeza dalam mengkaji sesuatu kes. Pengumpulan data kuantitatif merangkumi teknik seperti eksperimen, survei, analisa kandungan, atau statistik sedia ada. Manakala data berbentuk kualitatif pula melibatkan teknik seperti kerja lapangan, temubual, pemerhatian ikut serta dan pemerhatian tidak ikut serta. Oleh yang demikian, kaedah

mengumpulkan data adalah penting dalam pengkajian sains sosial kerana terdapat pelbagai teknik yang boleh diaplikasikan untuk melakukan penyelidikan dan kepentingannya akan dibincangkan dengan lebih jelas. 2.0 : Konsep Sains Sosial Sains sosial umumnya diertikan sebagai kajian mengenai manusia dan masyarakat. Secara khususnya ia merujuk kepada penggunaan kaedah saintifik untuk mengkaji cara manusia mengatur kehidupan berkelompok dan membentuk jaringan hubungan untuk membolehkan mereka menjalani kehidupan tersebut (Sharifah Zaleha Syed Hassan , et. al. 2001 : 10). Ilmu sains sosial ialah ilmu mengenai manusia, terutamanya semua aspek

mengenai kehidupan manusia berkelompok (Hunt & Colander.1993 : 4), dan penyelidikan sosial adalah lebih daripada pengumpulan kaedah dan ia merupakan proses untuk membentuk

(2)
(3)

mengkaji disiplin-disiplin sains sosial. Memahami teori, pengkajian dan analisis perkaitan di

antaranya yang mana setiap darinya memiliki peranan masing-masing untuk menyelesaikan bahagian yang tertentu dalam keseluruhan kajian yang dibuat. Selain itu, penggunaan alatan dan kemahiran melalui pendekatan saintifik yang teliti dan tegas ketika membincangkan isu dalam falsafah sains juga penting. Di samping menggalakkan penyesuaian dalam menganalisis berbagai pembolehubah berbanding dwi-pemboleh ubah yang kurang rumit dalam pengkajian sains sosial (Sedlack & Stanley, 1992 : ix). Di samping itu, penyelidikan sains sosial juga penting bagi menganalisis fenomena alam tabii, ini kerana ianya merupakan analisis tentang kehidupan seharian, atau pengalaman secara subjektif kehidupan harian ( Wysocki. 2004 : 13). 4.1 : Langkah Penyelidikan Sains Sosial Secara konseptualnya, pengetahuan saintifik ialah ilmu pengetahuan yang telah secara sistematik

dihimpunkan, diklasifikasikan, berhubungan dan ditafsir (Hunt & Colander. 1993 : 4). Kaedah saintifik juga merujuk kepada idea-idea, peraturan, teknik-teknik dan pendekatan yang digunakan oleh komuniti saintifik (Newman.1997 : 9). Terlebih dahulu, penyelidik hendaklah mendefinisikan masalah ia merupakan langkah yang terpenting dalam penyelidikan. Sekiranya masalah dapat di definisikan dengan betul, ia boleh menyelamatkan satu jumlah tenaga besar. Contohnya sekiranya anda tidak tahu apa yang anda lakukan, tidak kira berapa baik yang anda mampu lakukan ia tidak akan

berkesudahan. Tajuk yang pilih untuk pelbagai sebab, mungkin kerana ia meningkatkan isu-isu sains sosial kepentingan asas, mungkin kerana ia telah tiba-tiba menjadi satu tumpuan kontroversi, atau mungkin kerana dana-dana penyelidikan telah didapati. Sebagai contohnya, Mahmood Nazar dalam tesisnya ingin meneliti perubahan dari segi psikologikal penagih dadah dalam masyarakat kerana beliau melihat bahawa penagih dadah itu sendiri merupakan sebahagian daripada masyarakat. Sebarang masalah yang dihadapi oleh golongan sedemikian juga merupakan masalah yang harus direnungi bersama. Langkah yang seterusnya ialah menyemak hasil tulisan, yang mana pengetahuan tentang hasil tulisan yang berkaitan adalah penting kerana ia menyediakan latar belakang, cadangan pendekatan, menunjukkan apa telah telah dikaji dan belum dikaji, dan mengelakkan daripada membuat pengulangan. Selepas hasil tulisan disemak, suatu teori rangka kerja dibina dan hipotesis dirumuskan, penyelidik akan membuat satu kenyataan untuk meramal kajian-kajian dan mengapa setiap terma-terma dalam kenyataan di dalam rangka penyelidikan. Kemudian barulah penyelidik boleh menentukan dan memilih satu bentuk penyelidikan yang diingininya, iaitu sama ada dengan menggunakan kaedah kajian (survey), satu ujian (experiment), satu kajian pemerhatian

(4)

menggunakan kaedah tinjauan iaitu sama ada menggunakan teknik temubual atau soal selidik. Teknik mengumpulkan data melalui soal selidik merangkumi bahan pengukur di mana responden perlu membaca dan memberi respon kepada persoalan yang dikemukakan dan ianya amat sesuai bagi pengkaji yang memiliki idea teguh terhadap objektif kajiannya. Soal selidik berasaskan teknik yang tidak tersusun yang memerlukan responden untuk memberi jawapan sendiri jarang digunakan dan ianya mempunyai sedikit masalah kerana memerlukan responden untuk bermotivasi tinggi ketika menjawab soal selidik tersebut. Dalam mereka bentuk jadual, arahan hendaklah bercirikan soalan yang jelas dan jadual tersebut perlulah ringkas dan mudah untuk difahami responden. Responden tidak boleh diiring oleh penyoal selidik dan perangkaan yang rapi adalah amat penting kerana keterjaminan data bergantung kepada tindak balas responden (Sedlack & Stanley. 1992 :215-216 ). Kaedah ini merupakan kaedah yang paling popular untuk mengumpul data dalam kajian sains sosial. Penyelidik akan menyediakan soal selidik tertentu mengikut piawai yang di tetapkan dan

(5)

kaedah ini, erdapat beberapa teknik yang selalu digunakan oleh penyelidik sains sosial dalam kerja lapangan (Sharifah Zaleha Syed Hassan, et. al. 2001 : 78). Pertamanya ialah teknik pemerhatian turut serta (Participant Observation) iaitu penyelidik diperlukan untuk turut serta dalam dalam kehidupan atau proses sosial yang berlaku (Sharifah Zaleha Syed Hassan, et. al. 2001 : 78). Sekiranya penyelidik ingin memahami bagaimana proses strategi pilihanraya dan kempen di buat oleh parti tertentu, penyelidik itu akan menganggotai parti tersebut dan cuba terlibat dalam mesyuarat-mesyuarat parti politik yang berkaitan pilihanraya. Penyelidik bukan sahaja membuat kajian tetapi turut serta dalam kerja-kerja pilihanraya. Teknik kedua ialah melalui temubual intensif (In-Depth Interview) yang mana ianya dilakukan secara lebih mendalam, tidak formal dan berkaitan topik-topik yang ringan sebelum menjurus kepada topi yang lebih serius (Sharifah Zaleha Syed Hassan, et. al. 2001 : 78). Isu-isu yang dibincangkan berkaitan dengan isu-isu biasa tentang kehidupan dan kemudiannya menjurus kepada topik sebenar. Misalnya penyelidik berkumpul dengan ahli-ahli mesyuarat parti di kedai kopi sambil bercakap-cakap tentang isu-isu harian seperti Malaysia kalah dalam perlawanan bola sepak sebelum secara mendalam bertanya tentang penyertaan seseorang dalam parti politik tersebut. Teknik ketiga yang termasuk dalam kadah kerja lapangan ialah kajian kes. Kajian kes biasanya bersifat kajian yang idiografik tentang individu, kumpulan, dan masyarakat (Sharifah Zaleha Syed Hassan, et. al. 2001 : 78). Sebagai contoh, seorang ahli sains politik mengkaji tentang pergerakan politik tertentu ataupun seorang ahli sosiologi mengkaji tentang umpulan pekerja dalam sesebuah Bandar. Tambah beliau lagi, pengkaji biasanya akan mengfokus pada kumpulan tertentu di lokasi-lokasi tertentu dan pada masa yang tertentu. Teknik yang keempat adalah menerusi teknik etnografi dan ini biasanya di kaitkan dengan disiplin antropologi (Sharifah Zaleha Syed Hassan, et. al. 2001 : 78). Teknik ini biasanya merujuk kepada kajian pemahaman dan pemerhatian terhadap budaya dan sub budaya. Sebagai contoh, kajian tentang amalan puja pantai dikalangan masyarakat Melanau di kawasan pesisiran Pantai Mukah di Sarawak yang mana kajian ini bertujuan memahami budaya masyarakat Melanau dan membezakan ciri-ciri budaya atau melihat persamaannya dengan budaya lain, serta pengaruh budaya dalam kehidupan sosial yang lain. Kaedah penyelidikan saintifik yang terakhir ialah menerusi kaedah “unobstructive”. Kaedah ini biasanya dilakukan apabila sukar untuk mendapatkan reaksi dari responden kerana mereka tidak menunjukkan reaksi terhadap penyelidikan ataupun tidak bertindakbalas terhadap proses ukuran yang di jalankan oleh seorang penyelidik (Sharifah Zaleha Syed Hassan, et. al 2001 : 78). Terdapat tiga bentuk ukuran yang biasanya di gunakan dalam kaedah ini (Sharifah Zaleha Syed Hassan, et. al. 2001 : 78). Ukuran yang pertama adalah melihat bukti-bukti fizikal yang boleh menunjukkan kesan tingkahlaku sosial seseorang. Keduanya, iaitu dengan meneliti bahan peninggalan, seperti dokumen, rekod, surat khabar ataupun buku. Dengan melihat laporan dan statistik yang ditulis, maka penyelidik dapat gambaran tentang realiti sosial yang ingin di kaji. Penyelidik juga boleh melakukan teknik analisis kandungan (content analysis) seperti melihat berapa kerap isu atau nama seseorang ahli politik muncul dalam surat khabar ataupun televisyen. Ukuran ketiga, pemerhatian yang dibuat secara tidak langsung dan tidak formal. Misalnya melihat simbol parti politik yang disukai oleh seseorang ataupun respon seseorang terhadap poster pilihanraya. 4.3 : Kepentingan Mengumpulkan Data Kaedah mengumpulkan data merupakan satu kaedah yang paling penting dalam pengkajian sains sosial berasaskan kepada 10 sebab iaitu skop kajian, empirikal, keesahan, pengetahuan, reliabiliti, gambaran umum, penyelesaian, keberkesanan, rasional dan peristiwa. Kaedah mengumpulkan data dapat membantu menetapkan skop kajian dalam

(6)

pendidikan jenis pekerjaan, umur lebih daripada 18 tahun dan menetapkan tempoh kajiannya dalam masa 3 minggu bagi memudahkan kajiannya. Selain itu, kaedah mengumpulkan data juga penting dari segi faktor empirikal. Seperti mana yang dinyatakan oleh Humaizi dalam tesis beliau, beliau menggunakan kaedah temubual dari rumah ke rumah yang dilakukannya bagi mendapatkan data. Pada pendapat beliau, adalah lebih baik kiranya ianya adalah melalui pengalaman menanyakan responden itu sendiri. Dengan merujuk kepada tesis sarjana Humaizi sekali lagi, melalui hasil daripada kajiannya masyarakat dapat mengetahui kesan pendedahan media elektronik Malaysia terhadap tahap kesedaran dan juga kesetiaan responden dari Acheh Timur. Oleh itu, kaedah

mengumpul data juga memberikan data daripada pengkajian sebagai salah satu bentuk pengetahuan kepada masyarakat. Sebagai mana yang dikemukakan oleh saudara Mahmood dalam tesis doktor falsafahnya yang mengkaji tentang perubahan aspek psikologikal penagih dadah yang mengikuti program pemulihan di pusat serenti. Beliau menggunakan teknik Cronbach Alfa untuk menilai dan menguji ketepatan tingkah laku secara konsisten. Berdasarkan kepada koefisyen alfa yang

diperolehinya iaitu nilai sebanyak 0.689, Mahmood telah menyatakan bahawa ukuran kajian tersebut bertepatan dan mempunyai reliabiliti kerana bersesuaian dengan golongan responden iaitu golongan penagih dadah yang mana tahap harga diri mereka adalah bercampur-campur. Mahmood

menganggap bahawa tahap harga diri di kalangan golongan penagih dadah lama dan baru adalah berbeza iaitu lebih tinggi di kalangan penagih lama berbanding yang baru. Menerusi pengumpulan data juga, pengetahuan dapat diperolehi. Masyarakat juga memperolehi serba sedikit gambaran umum melalui pengumpulan data dalam penyelidikan sains sosial yang dijalankan oleh Mahmood. Melalui pengumpulan datanya yang digunakan oleh Mahmood menerusi Skala Harga Diri

Rosenburgnya dapat memberikan masyarakat gambaran tentang tahap harga diri seseorang penagih dadah dan pendapat mereka tentang sejauh mana mereka berasa yakin berada dalam lingkungan sosial sesebuah masyarakat. Di samping itu, kaedah mengumpulkan data penting kerana keesahan maklumat. Mahmood telah mengaplikasikan penggunaan teknik yang pelbagai seperti Skala Harga Diri Rosenburg, Analisis Varians Satu Hala (ANOVA) dan sebagainya yang mana penyelidik

(7)

pada April 1999. Kajian tersebut adalah rasional kerana ianya membabitkan perkembangan moral di kalangan pelajar yang terdiri dari golongan remaja dan kanak-kanak sekolah dengan guru di sekolah. Ianya mengkaji kesan psikologi yang dialami oleh para pelajar dan melihat kesan dan pengaruh rakan sebaya yang membawa kepada perilaku ganas tersebut (Wycoski. 2004 : 33 - 41). Peristiwa juga merupakan salah satu sebab mengapa kaedah mengumpulkan data merupakan kaedah yang paling penting dalam penyelidikan sains sosial. Melalui kaedah pengumpulan data ini, kita dapat

mengumpulkan data-data bagi sesuatu kes berasaskan kepada peristiwa atau sejarah masa lampau yang kemudiannya dapat dijadikan bahan penyelidikan dalam sains sosial. Seterusnya, dikaji selidik akan punca dan akibatnya serta dijadikan iktibar bagi generasi akan datang. Umpamanya, kes yang dikaji oleh Yogan berhubung dengan tragedi tembakan yang berlaku pada April 1999 di Columbine High School secara tidak langsung mempunyai signifikan kepada masyarakat hari ini. Sebelum kes yang berlaku di Columbine High School terdapat juga lagi beberapa kes yang hampir sama. Khuatir akan terulangnya kejadian ini, maka dikaji situasi dan hubung kait sosial antara pelajar dan guru untuk mengenal pasti sebab dan punca peristiwa itu berlaku (Wycoski. 2004 : 33 - 41). 5.0 : Kesimpulan Penyelidikan saintifik dalam sains sosial merupakan satu bentuk pemerhatian bagi membentuk permasalahan kajian bagi mencari dan mendapatkan penyelesaian bagi sesuatu perkara terutamanya yang berhubung kait dengan sains sosial. Dalam penyelidikan sains sosial, kaedah mengumpulkan data merangkumi teknik-teknik seperti membuat tinjauan atau survei, membuat pemerhatian, temubual, dan pemerhatian makmal. Kaedah mengumpulkan data dikatakan

merupakan kaedah yang paling penting kerana ianya memberikan skop kajian, bersifat empirikal dari segi mendapatkan data kajian, mempunyai keesahan, reliabiliti, rasional, dan keberkesanan data yang diperolehi. Selain itu, kaedah mengumpulkan data turut memberikan gambaran umum,

peristiwa serta pengetahuan kepada masyarakat tentang sesuatu isu dalam sains sosial yang meliputi individu dan masyarakat. Justeru, kaedah mengumpulkan data sememangnya merupakan kaedah yang paling penting dari segi peranannya dalam mendapatkan data bagi penyelidikan dalam sains sosial. 6.0 : Bibliografi

________________________________________________________________________ D. K. Wycoski. 2004. Readings in social research methods. Edisi ke-2. Canada. Wadsworth. Humaizi. 1993. Pelimpahan siaran media elektronik Malaysia : satu pendekatan perspektif kegunaan dan kepuasan. Tesis Sarjana, Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Mahmood Nazar Mohamed. 1995. Perubahan psikologikal dari segi harga diri, profail personaliti dan penggunaan mekanisme bela diri di kalangan penagih dadah yang mengikuti program pemulihan dadah serenti. Tesis Doktor Falsafah, Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Stanley and Sedlack. 1992. Social research : Theory and methods. Canada. Allyn and Bacon. Syarifah Zaleha Syed Hasan et. al. 2001. Pengantar sains sosial. Pusat Pengajian Jarak Jauh. Universiti Kebangsaan Malaysia. W. L. Newman. 1997. Qualitative and quantitative approaches. Edisi ke-3. Canada. Allyn and Bacon

Referensi

Dokumen terkait

Dengan menggunakan perangkat lunak SPSS 20, diperoleh nilai koefisien determinasi variabel Responsivitas Pegawai (X) dan Kepuasan Pelanggan (Y) sebesar 0,297, yang

Melihat pada price (harga) suatu produk dihasilkan, tinggi atau rendahnya store image (citra toko) dari sebuah toko, di telinga konsumen yang diharapkan akan membuat

Ruang penimpanan rekam medis harus dapat memberi pelaanan ang !epat kepada seluru  pasien, mudah di!apai dari segala tempat dan mudah menun#ang

Djuga perang dunia kedua memper- lihatkan dengan djelas pada kita, bahwa keadaan dan „latihan psychis” dapat mendorong banjak orang, jang tidak begitu sadja

Agar-agar kering merupakan usaha makanan yang bahan dasarnya terbuat dari Rumput laut. Makanan ini untuk meningkatkan pemanfaatan pengolahan rumput laut menjadi produk yang

Tree-blades/ marine impeller digunakan untuk pencampuran dengan bahn dengan viscositas rendah dengan putaran yang tinggi,.. Turbine with flat vertical blades impeller digunakan

Setelah diadakan penelitian dan pengumpulan data dilapangan maka diperoleh berbagai data tentang responden dalam kaitannya dengan Model Pembelajaran Round Club

Berdasarkan latar belakang masalah yang telah diuraikan di atas, maka rumusan masalah yang diajukan dalam penelitian ini adalah bagaimana pengaruh ukuran