• Tidak ada hasil yang ditemukan

SKEMA PAM PENGGAL 3 TRIAL PAHANG 2014

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2017

Membagikan "SKEMA PAM PENGGAL 3 TRIAL PAHANG 2014"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

SULIT

Skema Pemarkahan dan Skema Jawapan Pengajian Penggal 3 Bahagian A

1 B 6 D 11 C

2 C 7 D 12 B

3 B 8 A 13 A

4 A 9 C 14 B

5 C 10 A 15 C

Bahagian B

Soalan Alih Bentuk Komunikasi Markah penuh : 15 markah

A. Tujuan ujian

Untuk menguji kebolehan calon mengalih bentuk komunikasi daripada bentuk bukan linear kepada bentuk linear dengan mengutip maklumat daripada data/carta.

B. Komunikasi terlibat - kefahaman - analisis - kebahasaan

C. Ciri-ciri jawapan

1. Idea/isi

2. Huraian dan penjelasan - isi carta/data - fakta

- perhubungan fakta 3. Kebahasaan

4. Rumusan/kesimpulan/pendapat

D. Pemarkahan

 Idea/isi (I) - 4 markah

 Huraian dan penjelasan (H) - 8 markah

Kebahasaan (B) - 1 markah

Rumusan/kesimpulan/pendapat (R) - 2 markah

________

(2)

SULIT

*kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT* * Boleh berubah mengikut skema

BAHAGIAN B [15 markah]

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini

16 Berdasarkan maklumat dalam jadual di bawah, huraikan pola eksport petroleum mentah Malaysia dari tahun 2009 hingga tahun 2011. Terangkan kesan-kesan peningkatan eksport petroleum kepada negara.

Malaysia: Kadar Eksport Petroleum Mentah Mengikut Negara Utama Dari Tahun 2009 hingga Tahun 2011

Tahun (%)

Negara 2009 2010 2011

Thailand 14.6 17.3 16.3

Singapura 1.3 2.6 4.8

India 15.2 19.0 23.3

Indonesia 5.9 7.2 8.3

Korea 11.4 7.1 7.0

Australia 10.4 12.5 16.5

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buku Tahunan Perangkaan Malaysia,2012)

Skema Jawapan

Pengenalan:

Jadual menunjukkan kadar eksport petroleum mentah Malaysia mengikut negara utama dari tahun 2009 hingga tahun 2011

(3)

SULIT

Bahagian B - PERBANDINGAN

BIL ISI/IDEA HURAIAN

1 Perubahan

Pola Meningkat Berterusan -Singapura

-Indonesia -Australia -India

Pola Menurun Berterusan -Korea

Pola Tidak Konsisten -Thailand

Singapura Bukti:

2009- 1.3% meningkat kepada 2011- 4.8%

Peningkatan sebanyak 3.5%

Indonesia Bukti

2009- 5.9% meningkat kepada 2011-8.3%

Peningkatan sebanyak 2.4%

Australia Bukti

2009- 10.4% meningkat kepada 2011- 16.5%

Peningkatan sebanyak 6.1%

India Bukti

2009- 15.2% meningkat kepada 2011- 23.3%

Peningkatan sebanyak 8.1%

Korea Bukti

2009-11.4% menurun kepada 2011- 7.0%

Penurunan sebanyak 4.4%

Thailand

(4)

SULIT

*kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT* 4 Tertinggi 3 tahun berterusan

-India

Terendah 3 tahun berterusan -Singapura

India 2009- 15.2% 2010- 19.0% 2011- 23.3%

Singapura 2009 - 1.3% 2010 – 2.6% 2011- 4.8%

*calon perlu beri data lengkap ketiga-tiga tahun untuk pemberian markah

Bahagian C – kesan peningkatan eksport petroleum

Bil Isi Huraian

1 Pertumbuhan ekonomi negara/sumber pendapatan

Memacu ekonomi negara, pendapatan negara juga meningkat maka pertumbuhan ekonomi

berkembang

2 Peningkatan peluang pekerjaan -Semakin ramai pekerja diperlukan dalam sektor carigali petroleum,mengerudi dan kerja-kerja pembersihan,

- mengurangkan kadar penggangguran

3 Memajukan prasarana Rangkaian jalan raya, kemudahan pelabuhan, landasan kapal terbang( untuk membawa pekerja ke pelantar minyak)

4 Malaysia sebaris dengan negara pengeluar minyak dunia

Pada tahun 2008, PETRONAS berada di kedudukan ke-8 syarikat paling untung di dunia

 Menaja perlumbaan Formula 1

5 Berlakunya proses urbanisasi Kawasan kampung menjadi bandar perindustrian yang lengkap, contoh Bandar Kerteh dahulunya penempatan nelayan bertukar kepada kawasan perindustrian

Penutup:

Peningkatan eksport petroleum mentah akan menjejaskan simpanan petroleum negara. Kerajaan harus memastikan bekalan tenaga negara berterusan.

Nota

(5)

SULIT

17 Berdasarkan maklumat dalam jadual di bawah, huraikan jumlah kemasukan pekerja asing yang berdaftar dengan Jabatan Imigresen di Malaysia mengikut sektor dan negara asal pada tahun 2008 . Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan mereka keluar dari negara asal.

Malaysia: Jumlah Pekerja Asing Berdaftar Mengikut Sektor dan Negara Asal pada Tahun 2008

Pekerja Asing (orang)

Sektor Indonesia Bangladesh Thailand Filipina Jumlah Pembantu

rumah

195 418 316 23 13 357 209 114

Pembuatan 314 841 101 248 4 424 4 808 425 321

Perladangan 130 279 88 592 5 056 801 224 728

Pembinaan 325 697 31 640 3 558 2 671 363 566

Perkhidmatan 21 713 56 952 3 792 1 870 84 327

Jumlah 987 948 278 748 16 853 23 507 1 307 056 (Disesuaikan daripada Laporan Kementerian Dalam Negeri,2009) Skema jawapan:

Pendahuluan

Jadual menunjukkan jumlah pekerja asing berdaftar di Malaysia mengikut sektor dan negara asal pada tahun 2008.

Bahagian A- Jumlah ikut sektor dan jumlah ikut negara asal

BIL ISI HURAIAN

1 Jumlah Ikut Sektor

Sektor pembuatan paling banyak pekerja asing

Sektor perkhidmatan paling sedikit pekerja asing

Bukti:

Seramai 425 321 orang pekerja asing daripada Jumlah keseluruhan 1 307 056 orang atau 32.54%

Seramai 84 327 orang pekerja asing daripada Jumlah keseluruhan 1 307 056 orang atau 6.45%

2 Jumlah Ikut Negara

Negara Indonesia paling ramai

Negara Thailand paling kurang

Bukti

987 948 orang daripada

Jumlah keseluruhan 1 307 056 orang atau 75.59%

Bukti

16 853 orang daripada

Jumlah keseluruhan 1 307 056 orang atau 1.29%

(6)

SULIT

*kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT* Bahagian B – Faktor-faktor penolak

3 Faktor Penggangguran  Bilangan rakyat yang ramai di negara asasl serta tiada peluang pekerjaan

4 Faktor Kemiskinan  Kesukaran hidup di negara asal menyebabkan rakyat negara jiran berpindah ke Malaysia

 Kekurangan prasarana

5 Faktor kestabilan politik  Kekacauan yang berterusan di negara asal menyebabkan pendatang berpindah ke luar dan mencari petempatan yang baru

 Perbezaan etnik

6 Faktor bencana alam  Nyawa terancam akibat tsunami, gempa bumi dan letusan gunung berapi

Nota

Kombinasi jawapan 2A + 2B Pemarkahan : Idea - 4 m

Huraian - 8m Bahasa - 1m Rumusan - 2m

--- 15 m ---

Penutup

(7)

SULIT

Skema Bahagian C [ 50 markah ]

Pilih dua soalan daripada tajuk di bawah ini dan tulis karangan yang panjangnya antara 300 hingga 350 patah perkataan

18. Selain daripada mencetuskan Konsep Zon Aman , Bebas, dan Berkecuali ( ZOPFAN ), Malaysia memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada kestabilan di rantau ini. Bincangkan

Skema jawapan : 1 + 4 Pendahuluan :

Kestabilan serantau bergantung kepada kestabilan negara anggota ASEAN sama ada dari aspek politik mahupun ekonomi. Cetusan idea Malaysia membawa kepada termaterainya Perjanjian Zon Aman , Bebas dan Berkecuali. Selain itu Malaysia turut memainkan peranan lain bagi mewujudkan kestabilan rantau Asia Tenggara, ternyata peranan Malaysia mendapat pengiktirafan antarabangsa.

Isi/ Idea

Bil Isi/ Idea Huraian

1 Mencetus konsep ZOPFAN  Cetusan idea Malaysia ini melalui Deklarasi KualaLumpur 1971 .Konsep ZOPFAN telah dijadikan sebagai inti dasar luar bagi negara-negara ASEAN sebagai asas kepada semangat keserantauan dalam kalangan ahli. Bermatlamat untuk menjamin keamanan dan kestabilan politik serantau dan menyelesaikan sebarang pertikaian secara aman.

 mewujudkan suatu suasana di Asia Tenggara

dengan negara-negara di rantau ini mengamalkan

dasar berkecuali iaitu tidak memihak atau

melibatkan diri kepada mana-mana kuasa besar dan

tidak membenarkan kuasa-kuasa besar ini

campurtangan dalam hal-ehwal politik dan

(8)

SULIT

*kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

sendiri tanpa campurtangan kuasa-kuasa luar ini, supaya kebebasan , kedaulatan terpelihara.

 Situasi ini membolehkan negara anggota menghindarkan konflik yang boleh mengheret negara-negara di rantau ini serta kuasa-kuasa besar yang berminat dengan kawasan ini

2 Mewujudkan Zon Bebas

Senjata Nuklear Asia Tengara ( SEANWFZ).

 Pengisytiharan Zon Bebas Nuklear yang didukung kuat Malaysia , membebaskan ASEAN daripada percaturan politik kuasa besar.

 mengelakkan sebarang perlumbaan senjata nuklear, menjadikan Asia Tenggara sebagai kawasan bebas nuklear

 Ketegasan ASEAN dalam hal ini merendahkan

risiko berlaku konflik berkaitan nuklear dan bebas daripada sebarang aktiviti dan penghasilan senjata nuklear. Risiko kemusnahan besar dapat dielakkan.

3 Mengadakan Forum Serantau

ASEAN ( ARF)

 ARF adalah salah satu daripada pelaksanaan

ZOPFAN.

 Ia penting bagi menggalakkan kestabilan politik

dan keamanan di kawasan Asia Pasifik .yang dianggotai oleh negara-negara ASEAN, rakan-rakan Dialog ASEAN iaitu Australia, Kanada, Kesatuan Eropah, Jepun, Korea Selatan, New Zealand dan Amerika Syarikat.

 Selain itu, negara China dan Persekutuan Russia

sebagai consultative partners dan Laos dan Papua New Guinea sebagai pemerhati.

 Di antara pendirian ARF ialah seperti

memperjuangkan penyelesaian politik di Kemboja di mana tentera Vietnam diberi tekanan agar segera berundur dari Kemboja dan rakyatnya diberi peluang menentukan nasib sendiri.

4 Rundingan Perjanjian Damai di Selatan Filifina

 Menamatkan konflik berdarah selama 40 tahun. Peranan Malaysia amat besar dalam rundingan ini

 kedamaian yang terbentuk menjadikn kehidupan majoriti rakyatnya menikmati masa hadapan yang lebih baik

(9)

SULIT

dalam konflik di Aceh konflik di Aceh

 Tuntutan golongan pemisah Aceh menyebabkan ketidak tenteraman dalam kehidupan di wilayah tersebut

 Keupayaaan rundingan mempengaruhi penerimaan kuasa autonomi yang menjalankan perundangan syariah telah menamatkan konflik

6 Peningkatan Amalan Demokrasi di Myanmar

 Tan Sri Razali menjadi pegawai khas PBB ke Myanmar bagi merundingkan peningkatan amalan demokrasi

 Ketegasan Malaysia dan negara anggota ASEAN membantah keras sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat dan beberapa negara lain telah melembutkan junta tentera Myanmar untuk terus berunding berhubung penerimaan demokrasi

 Bantuan semasa tragedi taufan Nargis menjadikan pemerintahnya lebih terbuka dalam hubungan luar.

 Peranan Malaysia menjadi faktor tegaknya demokrasi di negara berkenaan

7 Gerakan Kesederhanaan Global (GMM)

 diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak

 cetusan pemikiran bagi mempengaruhi masyarakat sejagat dalam mendepani konflik

 idea-idea daripada gagasan ini dapat mempengaruhi pemikiran masyarakat menolak pendekatan keras dan ganas atau menolak perang

8 Mewujudkan Piagam ASEAN  antara prinsip yang disepakati ialah melindungi

keselamatan bersama, mengekalkan dan meningkatkan keamanan dan keselamatan

 mengukuhkan demokrasi dan mempromosikan hak asasi manusia.

 bersepakat menghormati kemerdekaan , kedaulatan dan integrasi kawasan serta identiti nasional semua negara anggota.

Kesimpulannya, Malaysia akan terus memainkan peranan dan menjalankan tanggungjawabnya

(10)

SULIT

*kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

19. Malaysia telah dijadikan negara destinasi dan transit bagi kes-kes jenayah merentasi sempadan. Jenayah ini turut menular ke beberapa buah negara yang lain dan keadaan ini harus ditangani dengan segera. Huraikan

Pendahuluan :

Jenayah merentasi sempadan merupakan jenayah yang boleh meruntuhkan imej dan kredibiliti sesebuah negara. Kegiatan seperti jenayah siber, penyeludupan dadah , senjata api , serta pemerdagangan manusia semakin berleluasa dan perlu ditangani sebelum bertambah kronik.

Isi/Idea :

Faktor- faktor penularan jenayah

Bil. Isi/Idea Huraian

1. Percambahan organisasi jenayah domestik dan global

 Semakin berleluasa dan berkembang dengan pesat dalam masa yang singkat

 Aktiviti haram bergiat aktif walaupun wujud akta dan penguatkuasaan undang-undang

 Perkembangan teknologi komunikasi menggalakkan percambahan organisasi jenayah

 Didalangi oleh individu atau pihak tertentu yang berpengaruh

 Mengancam keselamatan insan dan jumlah mangsa semakin meningkat kerana operasi organisasi jenayah sentiasa menukar modus operandi untuk mengelak daripada dikesan oleh pihak berkuasa 2. Perkembangan teknologi

maklumat

 Kesan globalisasi memudahkan urusan dan operasi menjalankan kegiatan jenayah

 Mudah mencari mangsa dari pelbagai negara, pelbagai peringkat umur dan status sosial

 Menggunakan laman web sosial dan e-dagang sebagai kegiatan ekonomi tempelan untuk tujuan penyamaran

 Contoh : pakej pendidikan, pekerjaan dan pelancongan

 Dapat meluaskan pasaran dan urus niaga dibuat dengan cepat dan licik

(11)

SULIT

3. Perkembangan kegiatan yang tidak bermoral

 Penyebaran budaya antara negara membawa kepada perubahan peri laku sosial

 Kehidupan yang kompleks mendorong individu mengubah cara hidup dan hubungan seks bebas

 Individu yang berakhlak rendah mudah terpengaruh dan berlaku pentambahan operator terutamanya dalam urus niaga seks dan penyalahgunaan dadah.

 Mangsa dan operator dibayar lumayan untuk melaksanakan sesuatu urusniaga.

4. Memenuhi impian hidup mewah dengan cara mudah

 Keinginan untuk hidup mewah dengan cepat melalui jalan mudah

 Kekayaan yang dimiliki atas kesengsaraan orang lain

 Tamak, mementingkan diri sendiri dan berjaya menikmati keseronokan dunia dengan kemewahan yang diperolehi secara haram.

 Wujud ruang dan peluang untuk mendapatkan keuntungan atas kegiatan haram

5. Kesempitan hidup dan masalah sosial

 Taraf pendidikan dan kos sara hidup yang rendah

 Masuk ke Malaysia secara haram dan menggunakan pelbagai cara serta laluan

 Mangsa ditipu, atau dipaksa melakukan jenayah. 6. Kawalan dan pemeriksaan di

sempadan yang longgar

 Terdapat beberapa negara destinasi dan negara sumber yang kurang kawalan keluar masuk

 Organisasi jenayah mengambil kesempatan atas kelemahan pengawalan dan sistem pemantauan

 Wujud rasuah dan penyelewengan kuasa .

 Wujud laluan atau lorong-lorong gelap (lorong tikus) menyeberangi sempadan

7. Kewujudan banyak pangkalan haram dan pembekal

 Dikenali sebagai „penghubung diplomatik‟ yang

berdekatan dengan sempadan

 Menjadi tumpuan aktiviti jenayah dan kemasukan tidak sah antara negara.

 Contoh : Di sempadan Malaysia- Thailand (Perak, Kelantan dan Kedah ) terdapat 130 buah pangkalan haram

(12)

SULIT

*kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT* Langkah- langkah menangani

Bil. Idea/Isi Huraian

8. Mengadakan pemuafakatan dan persefahaman (MOU)

 Negara-negara bersempadan dan berhampiran (Malaysia- Singapura- Indonesia dan Thailand) mengadakan rundingan meja bulat dan mewujudkan kerjasama serantau

 Bekerjasama membanteras jenayah melibatkan mesyuarat tentang jenayah merentasi sempadan (SOMTC)

 Wujud Jabatan Operasi Keamanan PBB(UNDPKO)

 Kerjasama serantau yang melibatkan pencegahan, penguatkuasaan dan operasi seperti ASOD untuk membanteras penyeludupan dadah. DGICM yang berkaitan dengan rangkaian imigresen untuk membanteras penyeludupan manusia.

9. Menubuhkan Akademi Jenayah Rentas Sempadan antara Negara

 Memperluas penerangan dan aktiviti MATOC

 Rekrut rakan MATOC di peringkat global

 Aktif berfungsi di Britain, Kanada, Australia, China dan ASEAN

 Bersepakat untuk menangani jenayah secara terancang dan berteknologi

10. Teknologi pengesanan identiti di pintu masuk keluar atau sempadan

 Mewujudkan pangkalan data warganegara atau warga asing

 Dapat mengesan identiti menggunakan sistem biometrik

 Semua rekod warga asing dan tempatan dalam simpanan pihak berkuasa

 Pemeriksaan dan kawalan ketat diperlukan untuk mengelak penjenayah bolos atau barang dan manusia dibawa masuk secara haram

(13)

SULIT

11. Penggubalan akta, penguatkuasaan, dan pencegahan

 Menggubal akta antipemerdagangan, penyeludupan dadah dan senjata serta barang kawalan

 Meningkatkan penguatkuasaan undang-undang antipemerdagangan, pemantauan kawasan sempadan dan perairan

 Mengenakan hukuman yang berat terhadap kesalahan mengeksploitasi pekerja

 Mewujudkan pusat perlindungan dan kebajikan mangsa termasuk latihan dan kaunseling

PENUTUP - Pelbagai pihak harus bekerjasama dalam usaha untuk menangani jenayah merentas sempadan yang semakin berleluasa.

Jawapan : 2 isi + 3 isi atau 3 isi + 2 isi

20. Perubahan iklim dunia semakin ketara menyebabkan kemarau berpanjangan dan bencana banjir besar serta kemusnahan hidupan bumi.

Jelaskan penglibatan Malaysia dalam menangani isu ini di peringkat global. Skema jawapan : 5+0

Pengenalan :

Pemanasan global hari ini telah membawa kepada perubahan iklim yang ketara . Perubahan iklim ini merupakan isu yang menjadi cabaran penting bukan sahaja di peringkat negara kita tetapi cabaran dunia hari ini. Malaysia turut melibatkan diri dalam menangani isu ini.

Penglibatan Malaysia dalam menangani perubahan iklim dunia di peringkat global

Bil Isi/ Idea Huraian

1 Menghadiri Persidangan Antarabangsa PBB

 Persidangan anjuran PBB seperti Persidangan Kyoto di Jepun pada tahun 1997 dan Persidangan di Copenhagen, Denmark pada tahun 2009.

 Protokol Kyoto telah disertai oleh 141 buah negara dunia termasuk Malaysia , dimaterai untuk mengawal pelepasan rumah hijau

 Persidangan di Copenhagen pula dihadiri oleh 193 buah negara termasuk Malaysia pula merangka pelan tindakan untuk menangani kesan perubahan iklim dunia

2 Mengadakan Kempen

Program „Earth Hour‟  Program ini dilancarkan secara rasmi semasa Persidangan Perubahan iklim PBB di Bali pada 14 Disember 2009.

(14)

SULIT

*kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT* tempatan.

 Malaysia menyokong kempen ini sebagai tanda keprihatinan negara bagi menangani pemanasan global.

3 Pengurusan Bencana melalui Pusat Serantau Sains Asia

 Pusat Serantau Sains Asia telah diwujudkan untuk memesatkan penggunaan ICT dalam kalangan negara anggota termasuk Malaysia , khususnya dalam pembangunan dan keselamatan serantau

 Penggunaan ICT dalam pengurusan bencana ASEAN dapat memberi maklumat yang cepat sekiranya ada ancaman tsunami dan kejadian bencana yang lain.

 Penggunaan ICT ini dapat membantu Malaysia dan negara jiran dalam mengurangkan kemusnahan terhadap hidupan bumi akibat bencana alam.

4 Menghadiri Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel

 Malaysia telah menghadiri Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel berhubung dengan perubahan iklim pada tahun 2009 di Trinidad dan Tobago

 Deklarasi Port-of-Spain mengenai perubahan iklim telah dikeluarkan untuk menuntut kesungguhan masyarakat dunia menangani isu pemanasan global secara mapan.

5 Persidangan Antarabangsa tentang isu Antartika

 Sekatan dan kawalan ke atas penerokaan yang tidak terkawal di Antartika untuk mengambil bahan mentah perlu segera ditangani.

 Pencaiaran ais yang drastik di Antartika akan memberi kesan banjir besar serta bencana alam yang lain

 Malaysia menyuarakan pendapat bahawa Antartika adalah warisan bersama serta menyatakan bantahan terhadap penerokaan Antartika dalam persidangan PBB yang ke-37 dan Persidangan NAM ketika isu Antartika dibincangkan pada tahun 1982.

6 Penyelidikan dengan kerjasama negara luar

 Beberapa universiti tempatan telah menjalankan kajian terhadap perubahan iklim

 Negara turut bekerjasama dengan pakar dari luar negara untuk menangani isu ini

 Contohnya, UITM dan USM telah menjalin kerjasama dengan pakar-pakar universiti luar negara dalam meghasilkan kajian bagi membantu mengatasi masalah banjir di Malaysia

7 Pameran dan persidangan peringkat antarabangsa kerajaan Malaysia

(15)

SULIT

 Negara telah menjemput syarikat-syarikat terkemuka dunia untuk mengambil bahagian dan mempamerkan pelbagai jenis Teknologi Hijau

 Pameran ini bertujuan mewujudkan kesedaran tentang kepentingan Teknologi Hijau dan mempromosikan produk mesra alam untuk kestabilan alam sekitar dan pembangunan jangka masa panjang.

Penutup:

Referensi

Dokumen terkait

Lokasi aktif enzim mempimyai bentuk yang persis dengan substrat tersebut terikat pada bagian aktif enzim, cara ini disebut Induced Fit Model (Winamo, 1995)...

Faktor pencetus terjadinya OMA dapat didahului oleh terjadinya infeksi saluran pernapasan atas yang berulang disertai dengan gangguan pertahanan tubuh oleh silia dari mukosa

Dalam kaitannya dengan proses panas, industri pangan perlu menentukan berapa nilai sterilisasi (Fq) atau nilai pasteurisasi (P-value) yang dianggap cukup untuk mencapai

c. Meneliti dan mengoreksi konsep Laporan Realisasi Anggaran Belanja Ombudsman Repgblik Indonesia, memaraf, dan menyampaikan kepadan. Kgasa

Aset pajak tangguhan diakui untuk semua perbedaan temporer yang dapat dikurangkan dan akumulasi rugi fiskal yang belum digunakan, sepanjang besar kemungkinan beda

Beberapa permasalahan keselamatan penerbangan, di antaranya: 1) kendala dalam pemenuhan keselamatan dalam pemanfaatan wilayah udara, pesawat udara, bandar udara, angkutan

Pengembangan dalam identifikasi jenis permainan tradisional yang dapat mengembangkan potensi dasar siswa TK Tunas Rimba I Semarang adalah dengan melakukan wawancara dengan

Walau sudah merdeka, masih banyak masalah yang terjadi di Indonesia saat ini dan harapan untuk membuat Indonesia menjadi bangsa yang lebih baik pada pundak kita, pemuda!.