KAK 3013 : MATHEMATICS FOR YOUNG CHILDREN
TUGASAN INDIVIDU :
Implikasi Teori Kognitif yang Berkaitan dengan Matematik
terhadap Pendidikan Awal Kanak-kanak
NAMA
: MARHAMAH BINTI ABU ZAHAR
NO. MATRIK
: D20091035221
KUMPULAN
: A
SEMESTER
: II 2011/2012
NAMA PENSYARAH
: PROF. MADYA DR. NOOR SHAH SAAD
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, kognitif didefinisikan sebagai segala perkara yang berkaitan dengan kognisi seperti proses pembelajaran, pemahaman dan pemerolehan pembelajaran di mana proses kognitif tersebut tidak boleh dilihat secara langsung. Selain daripada itu, kognitif juga merujuk kepada aktiviti-aktiviti mental seperti berfikir, menaakul, menganalisis, membentuk konsep, menyelesaikan masalah dan sebagainya. Manakala maksud teori dalam Kamus Dewan ialah pendapat yang dikemukakan untu menerangkan sesuatu perkara. Secara ringkasnya, dapat disimpulkan bahawa teori kognitif merupakan satu pendekatan atau proses yang terjadi dari segi tahap pemikiran manusia dalam sesuatu pembelajaran dan pengalaman. Antara tokoh yang memperkatakan tentang teori kognitif ialah Wertheimer & Kohler, Jean Piaget, Bruner, Ausubel dan Gagne.
TEORI JEAN PIAGET
Salah satu daripada teori kognitif adalah Teori Proses Pembelajaran (Theory of Learning Process) oleh Jean Piaget. Beliau menekankan bahawa asas pembelajaran adalah melalui aktiviti kanak-kanak itu sendiri apabila berinteraksi dengan persekitarannya sama ada secara fizikal atau sosial. Dalam teori tersebut, Piaget memperkenalkan empat konsep utama yang terlibat iaitu skema (schema), penyerapan (assimilation), pengubahsuaian (accomodation) dan keseimbangan (equilibrium). Bagi proses skema, Piaget menyatakan bahawa skema adalah struktur kognitif yang membolehkan individu mengurus dan menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran. Setiap bayi dilahirkan dengan memiliki skema umum seperti gerakan menghisap, memandang, mencapai, merasa serta menggerakkan tangan dan kaki. Ringkasnya, skema adalah proses mencipta, memperhalus, membuat perubahan, menyusun dan mengurus. Jadi, semakin seseorang bayi itu membesar, skema yang diperoleh semakin meningkat.
diri berlaku kerana jika sebarang maklumat yang diperolehi adalah tidak sesuai, maka, maklumat tersebut akan ditolak atau diubahsuai. Jadi, keadaan ini dapat meningkatkan tahap. Kesemua proses ini berlaku secara berterusan bermula daripada bayi sehingga dewasa.
Berdasarkan konsep-konsep utama yang telah diutarakan oleh Piaget, terdapat beberapa implikasi yang boleh diperolehi dalam bidang Matematik di peringkat awal kanak-kanak. Antara implikasi tersebut ialah melalui konsep skema, bayi yang baru dilahirkan dengan deria merasa dan memegang. Jadi, guru boleh melihat perkembangan bayi yang sudah mampu menyentuh dan memegang objek di persekitarannya. Kemudian, pada konsep asimilasi pula, kanak-kanak mencuba untuk menyesuaikan diri dengan pengalaman baru. Selepas konsep skema yang diperolehi, maka, melalui konsep asimilasi, kanak-kanak akan memperolehi pengetahuan yang baru berkaitan objek yang disentuhnya. Seterusnya, pada konsep akomodasi, struktur kognitif kanak-kanak mula mengalami perubahan. Konsep ini berfungsi apabila kanak-kanak tidak mampu menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. Contohnya, apabila guru memperkenalkan objek baru seperti magnet, kanak-kanak akan menyatukan objek tersebut ke dalam skema dan mewujudkan penyesuaian terhadap objek tersebut. Jean Piaget berpendapat bahawa perubahan tersebut sebagai suatu proses pembelajaran. Implikasi yang terdapat dalam konsep terakhir iaitu adaptasi ialah kanak-kanak akan mencipta hubungan atas apa yang telah dipelajarinya dengan keadaan di persekitaran.
Bagi peringkat sensori motor, kanak-kanak yang terlibat adalah dalam lingkungan kosong hingga dua tahun. Ketika ini, kanak-kanak mula menggunakan deria motornya untuk memahami dan berinteraksi dengan persekitarannya. Pada usia dua bulan, bayi sudah boleh membezakan objek-objek di persekitarannya. Apabila usia semakin meningkat, kanak-kanak cuba belajar koordinasi antara deria motor dengan gerakan dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan objek-objek yang berada di persekitarannya melalui penglihatan dan pendengaran bunyi. Ketika kanak-kanak berumur dua tahun, mereka mula memperolehi kepercayaan tentang pengekalan objek di mana mereka menyedari bahawa sesuatu objek itu akan terus wujud walaupun tidak dapat dilihat atau disentuh. Selain itu, kanak-kanak mula meniru sesuatu tindakan melalui pemerhatian terhadap perlakuan orang lain atau objek yang dapat dilihat dan disentuh. Pada peringkat ini, penggunaan objek maujud adalah penting untuk proses pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak ke peringkat yang abstrak.
Kemudian, pada umur dua hingga tujuh tahun, kanak-kanak mula terlibat dalam peringkat pra-operasi di mana mereka boleh menggunakan bahasa dan simbol untuk menggambarkan sesuatu konsep. Pada peringkat kedua ini, perkembangan kognitif kanak-kanak semakin meningkat kerana telah mampu bertutur dengan fasih apabila umur mencapai empat tahun. Kanak-kanak mula berupaya mengkelaskan objek mengikut ciri tertentu dan memahami konsep keabadian bilangan. Pada permulaan peringkat ini, kanak-kanak menghadapi kesukaran untuk mengoperasi sesuatu konsep seperti nombor, cecair, luas, berat dan sebagainya. Contohnya, walaupun mereka sudah mampu mengira nombor dalam lingkungan satu hingga sepuluh, mereka masih tidak dapat memhami operasi bilangan seperti (1 + 1) adalah sama dengan (2 – 1). Hal ini kerana kanak-kanak kurang memiliki fleksibiliti dalam susunan pemikiran, tidak boleh memahami perubahan yang dinamik dan kurang kemampuan untuk mengklasifikasikan sesuatu secara turutan yang betul. Oleh yang demikian, guru tadika seharusnya menyediakan langkah-langkah pengajaran yang sesuai dengan peringkat pemikiran kanak-kanak. Guru dinasihatkan untuk mengurangkan memberi arahan secara lisan tetapi perlu memperbanyakkan tunjuk ajar kerana ia lebih bermakna.
konkrit dan pengalaman secara langsung. Alat bantu mengajar yang sesuai mampu membantu kanak-kanak dalam memahami konsep matematik.
Melalui Teori Kognitif Piaget, dalam sesi pengajaran, guru harus menumpukan perhatian terhadap perkembangan kanak-kanak dalam peringkat operasi konkrit. Oleh itu, guru perlu memahami kebolehan kanak-kanak dalam aktiviti pembelajaran Matematik di peringkat awal lagi. Pada peringkat awal kanak-kanak, pelajar hanya memahami sesuatu konsep Matematik melalui pengalaman konkrit. Sehubungan dengan itu, alat bantu mengajar (ABM) memainkan peranan penting dalam menyampaikan konsep Matematik dengan berkesan kerana pelajar suka menjalankan sesuatu aktiviti pembelajaran dengan menggunakan ABM yang menarik dan sesuai. Jadi, kaedah kerja secara praktikal merupakan kaedah yang sesuai digunapakai supaya pelajar melibatkan diri secara aktif dalam sesi pembelajaran. Guru harus memperkenalkan konsep matematik baru dengan menunjukkan contoh-contoh yang konkrit. Tambahan, Piaget berpendapat bahawa asas dalam sesuatu pembelajaran ialah aktiviti kanak-kanak itu sendiri. Beliau juga menekankan kepentingan dalam interaksi idea antara kanak-kanak dengan rakan sebaya untuk perkembangan mental.
TEORI JEROME BRUNER
Seterusnya, tokoh yang turut terlibat dalam teori berkaitan kognitif ialah Jerome Bruner. Beliau telah mendefinisikan pembelajaran penemuan (Discovery Learning) sebagai satu daripada model kognitif yang diasaskan melalui prinsip-prinsip konstruktivisme. Teori ini menggalakkan pelajar untuk menemui prinsip-prinsip melalui eksperimen dan penerokaan dengan mengolah apa yang diketahui oleh pelajar kepada satu corak yang baru. Sehubungan dengan itu, disebabkan pembelajaran adalah satu proses yang aktif, guru harus menyediakan panduan apabila diperlukan. Namun begitu, panduan diberikan selepas pelajar meneroka sesuatu masalah dengan menggunakan pengetahuan dan pengalaman yang lepas yang berkaitan.
teorem kedua pula ialah teorem tatatanda. Guru harus memastikan tatatanda Matematik yang diperkenalkan kepada pelajar harus mengikut perkembangan kognitif pelajar. Seterusnya, teorem yang ketiga ialah teorem kontras dan variasi. Guru harus menyedari bahawa Matematik mempunyai pelbagai konsep yang berbeza. Jadi, guru mesti menerangkan perbezaan dalam sesuatu konsep agar pelajar dapat membezakan konsep-konsep tersebut. Teorem yang terakhir ialah teorem perhubungan. Walaupun konsep-konsep Matematik adalah berbeza, namun, dalam sesuatu konsep, guru harus mengaitkan setiap konsep, prinsip dan kemahiran dengan konsep yang lain.
Di samping itu, sama seperti Jean Piaget, Jerome Bruner bersetuju bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak berlaku secara berperingkat dan telah memperkenalkan Teori Perkembangan Kognitif. Bruner (1966) menyatakan bahawa pembelajaran merupakan satu proses yang aktif. Melalui pernyataan tersebut, ini bermaksud bahawa setiap individu membina pengetahuannya sendiri atau konsep baru berasaskan pengalaman. Kenyataan ini turut disokong oleh Abu Hassan Kassim (2003) yang mengatakan bahawa individu akan memahami dan mengingati sesuatu konsep dengan mudah dan kekal melalui pengalaman yang bermakna. Dalam teori tersebut, Bruner berpendapat bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak adalah dengan melalui tiga peringkat iaitu peringkat enaktif, peringkat ikonik dan peringkat simbolik.
Peringkat yang terawal ialah peringkat enaktif di mana ianya adalah serupa dengan peringkat deria motor iaitu untuk memahami dan berinteraksi dengan persekitarannya. Peringkat ini melibatkan kanak-kanak dalam lingkungan umur kosong hingga tiga tahun. Pada peringkat enaktif, kebanyakan aktiviti yang dilakukan adalah berdasarkan kepada pergerakan anggota kanak itu sendiri dan orang dewasa haruslah tahu bahawa ketika ini, kanak-kanak mudah mempelajari apa sahaja. Disebabkan pada tahap umur ini mereka masih belum pandai berkomunikasi dengan baik, maka, mereka akan memegang sesuatu objek untuk memperoleh makna atau tafsiran bagi dirinya. Oleh itu, mereka harus diberi pengalaman yang kukuh tentang sesuatu perkara supaya semua pengalaman yang dialaminya tersimpan dalam jangka masa yang panjang. Justeru itu, Richard (2004) telah memberi pendapat bahawa kanak-kanak belajar menggunakan alat muzik adalah lebih pantas daripada orang dewasa.
(2004) mengatakan yang kanak-kanak dapat menyatakan bilangan objek yang ditunjukkan. Contohnya, nombor 3 dikaitkan dengan objek yang mempunyai nilai 3. Di samping itu, kanak-kanak juga sudah mampu menyebut objek yang tiada di hadapan matanya di mana keadaan ini dikenali sebagai ‘imej mental’. Selain ikonik, kognitif kanak-kanak turut berkembang melalui peringkat simbolik pada umur lapan tahun dan ke atas. Pada peringkat simbolik, kanak-kanak boleh memahami dan belajar sesuatu perkara melalui simbol dan konsep yang lebih meluas. Selain itu, penggunaan simbol adalah untuk mewakili pengamatan imej bagi objek dan turut berkembang melalui penggunaan bahasa.
TEORI DAVID AUSUBEL
Teori kognitif yang seterusnya adalah daripada David Ausubel. Teori Ausubel adalah lebih menumpukan terhadap cara pelajar menyusun maklumat. Beliau berpendapat bahawa penyusunan maklumat merupakan faktor utama dalam pembelajaran dan pengekalan pengajaran yang baru. Struktur penyusunan maklumat ini merupakan sebuah organisasi yang berhierarki. Dalam bidang pendidikan, teori Ausubel ini adalah untuk mencapai suatu pembelajaran yang berkesan dan bermakna. Sehubungan dengan itu, pelajar perlu mempunyai satu struktur konsep yang inklusif dan relevan. Bagi merealisasikan konsep tersebut, guru harus menyusun konsep lebih awal di mana susunan konsep perlu diterangkan sebelum memperkenalkan isi pelajaran yang baharu. Melalui teori Ausubel ini, pelajar akan mendapat hierarki konsep yang teratur dan seterusnya dapat mengaitkannya dengan konsep baru.
TEORI LEV VYGOTSKY
Dalam skop pendidikan, guru akan memberikan bantuan dan pelajar beransur-ansur menerima tanggungjawab dari sedikit kepada sepenuhnya ke atas sesuatu pembelajaran. Pembelajaran sebegini berlaku dalam Zon Perkembangan Proksimal (Zone of Proximal Development). Zon tersebut berada di antara tahap perkembangan potensi dan tahap perkembangan sebenar. Pada tahap perkembangan potensi, berlakunya proses penyelesaian masalah dengan bimbingan daripada orang yang berkebolehan. Manakala, tahap perkembangan sebenar berlaku apabila pelajar mampu menyelesaikan masalah secara bersendirian. Vygotsky menjelaskan bahawa kebolehan pelajar akan meningkat apabila berada dalam pengaruh sosial berbanding dengan pembelajaran secara individu. Oleh itu, ibu bapa, guru, rakan sebaya dan orang dewasa boleh mengajar kanak-kanak dalam aktiviti pembelajaran dan interaksi kehidupan seharian.
TEORI PROFESSOR ZOLTON P. DIENES
Professor Zolton P. Dienes ialah seorang ahli Matematik, ahli psikologi dan pendidik telah memberi banyak sumbangan dalam teori pembelajaran. Dalam teorinya, Dienes menggariskan beberapa prinsip untuk kanak-kanak mempelajari Matematik. Prinsip pertama ialah prinsip konstruktiviti. Melalui prinsip ini, kanak-kanak harus memahami sesuatu konsep sebelum memahaminya dengan analisa yang logik. Prinsip kedua ialah prinsip perubahan perspeptual. Kanak-kanak akan didedahkan dengan pelbagai keadaan yang berbeza agar dapat memaksimakan pemahaman dalam sesuatu konsep. Seterusnya, prinsip terakhir ialah prinsip dinamik di mana kanak-kanak akan mempelajari sesuatu perkara melalui pendedahan dan penerokaan untuk membentuk suatu konsep. Dalam pendidikan Matematik, kebiasaannya kanak-kanak akan diajar dengan menggunakan objek konkrit supaya mereka memperoleh pengalaman yang akan digunakan dalam pembelajaran Matematik. Oleh itu, Dienes telah merangka satu sistem yang berkesan untuk pengajaran subjek Matematik agar subjek tersebut menjadi lebih mudah dan menjadikan pelajar berminat untuk belajar. Menurut Dienes, konsep Matematik boleh dipelajari melalui enam peringkat iaitu permainan bebas, permainan berstruktur, mencari ciri-ciri, perwakilan gambar, perwakilan simbol dan formalisasi.
peringkat permainan berstruktur mempunyai hukuman dan peraturan. Peringkat yang ketiga ialah mencari ciri. Pada peringkat ini, guru membimbing kanak-kanak dalam mencari ciri-ciri yang sama untuk konsep Matematik yang dipelajari dengan mengemukakan beberapa contoh. Selepas kanak-kanak mengetahui ciri-ciri yang sama dalam setiap contoh konsep Matematik, mereka akan bergerak ke peringkat keempat iaitu perwakilan gambar. Pada peringkat keempat ini, kanak-kanak perlu menyatakan konsep yang dipelajari itu dengan menggunakan rajah atau gambar. Kemudian, daripada gambar, mereka akan ke peringkat yang berkesan untuk menyatakan konsep iaitu peringkat perwakilan simbol. Peringkat yang terakhir ialah peringkat formalisasi di mana kanak-kanak akan menggunakan simbol yang difahami untuk menyelesaikan masalah atau satu sistem pembelajaran formal.
TEORI ROBERT M. GAGNE
TEORI KONSTRUKTIVISME
Menurut Kamaruddin Hj. Hussin dan Siti Hajar (2004), konstruktivisme bermaksud satu koleksi teori yang diasaskan daripada idea bahawa individu membina pengetahuan secara aktif dengan bekerja bersama-sama untuk menyelesaikan masalah. Tokoh yang terlibat dalam konstruktivisme dikenali sebagai konstruktivis atau interaktionis. Dalam teori tersebut, konstruktivis menyatakan bagaimana kanak-kanak membina konsep berdasarkan pengalaman mereka berinteraksi dengan persekitaran dan seterusnya dapat mempertingkatkan peringkat perkembangan mereka. Salah seorang tokoh yang terlibat dalam teori tersebut ialah John Dewey. Beliau menyatakan pandangan tentang pengetahuan adalah berkaitan dengan proses yang membawa kanak-kanak ke arah strategi inkuiri dan penyelesaian masalah.
Melalui Teori Konstruktivisme, terdapat beberapa matlamat yang ingin dicapai dan memberi implikasi terhadap pendidikan matematik di peringkat awal kanak-kanak. Salah satunya ialah kanak-kanak boleh memahami jumlah dan saiz objek-objek yang berada di persekitarannya. Kefahaman kanak-kanak terhadap nombor juga boleh ditambahkan dengan menjalankan aktiviti yang melibatkan mereka dalam mengukur, membuat graf, membaca dan membina carta. Selain itu, kebolehan kanak-kanak dalam menggambarkan sesuatu objek dan simbol abstrak boleh dikembangkan dan mampu membuat klasifikasi dari segi persamaan dan perbezaan serta berkebolehan dari segi ruang dan masa.
BELAJAR MELALUI BERMAIN
Friedrich Wilhelm Froebel pula telah meneroka dan membina satu sistem pendidikan awal kanak-kanak yang berasaskan kepada konsep belajar melalui bermain. Froebel mempercayai bahawa bermain adalah asas untuk kanak-kanak mempelajari sesuatu perkara. Selain itu, beliau berpendapat bahawa permainan yang sesuai dapat membantu kanak-kanak berfikir dan mampu memberi keseronokan, kebebebasan dan kepuasan di dalam dunia kanak-kanak. Beliau juga mengatakan bahawa kanaka-kanak belajar dari persekitarannya dan pembentukan peribadi adalah dipengaruhi oleh cara kanak-kanak itu bermain. Oleh yang demikian, guru harus memilih alat-alat permainan yang digunakan oleh kanak-kanak dengan teliti untuk membantu perkembangan pembelajaran kognitif kanak-kanak.
namun yang pasti permainan mampu memudahkan cara pembelajaran. Hal ini demikian kerana, melalui bermain, secara tidak langsung memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memperoleh pengalaman baru serta dapat diadaptasikan ke dalam struktur kognitif mereka. Pelbagai aktiviti permainan yang boleh dijalankan oleh guru Matematik bagi membantu dalam merangsang perkembangan kognitif kanak-kanak. Semasa aktiviti tersebut dijalankan, guru boleh menggalakkan kanak-kanak berfikir dengan cara mengadakan permainan yang boleh mencabar pemikiran kanak-kanak seperti mencari objek yang sama bentuk mengikut nilai nombor yang diberikan. Jadi, kanak-kanak akan berfikiran secara spontan dan secara langsung membantu perkembangan kognitif mereka.
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, berdasarkan teori-teori yang telah dibincangkan, terdapat beberapa implikasi yang berkaitan dengan Matematik dalam pendidikan awal kanak-kanak diperolehi. Antaranya ialah guru seharusnya merancang aktiviti-aktiviti pembelajaran dan pengajaran Matematik yang menarik dan bermakna. Namun begitu, guru harus memastikan bahawa isi kandungan dan objektif pelajaran yang disediakan adalah bersesuaian dengan perkembangan mental kognitif kanak-kanak. Hal ini adalah untuk mengelakkan guru mengharapkan lebih daripada apa yang mampu dilakukan oleh kanak-kanak. Sehubungan dengan itu, perancangan dan penyusunan isi pelajaran adalah amat penting supaya mudah difahami oleh kanak-kanak. Pada peringkat awal kanak-kanak, konsep ansur maju adalah dititikberatkan. Konsep ini bermaksud guru harus memastikan peringkat pelajaran adalah bermula daripada mudah kepada kompleks, umum kepada khusus, konkrit kepada abstrak, pengetahuan sedia ada kepada pengetahuan baru dan daripada persekitaran yang pernah dialami kepada persekitaran yang belum dialami.
RUJUKAN
Azizah Lebai Nordin (2002). Pendidikan Awal Kanak-kanak : Teori dan Amali. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Definisi Kognitif (2011). Diperoleh pada April 6, 2012 daripada http://www.scribd.com/doc/70533056/Definisi-Kognitif.
Kamarulzaman Kamaruddin (2009). Psikologi Perkembangan : Panduan Untuk Guru. Perak: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Strategi mengingat dalam pendekatan kognitif (2008). Diperoleh pada April 6, 2012 daripada http://virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=35246.
Suppiah Nachappan, Ramlah Jantan & Abdul Aziz Abdul Shukor (2008). Psikologi Pendidikan. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Teori dan model awal kanak-kanak (2010). Diperoleh pada April 6, 2012 daripada