• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENGGUNAAN WEB PEMBELAJARAN DALAM SISTEM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PENGGUNAAN WEB PEMBELAJARAN DALAM SISTEM"

Copied!
4
0
0

Teks penuh

(1)

PENGGUNAAN WEB PEMBELAJARAN DALAM SISTEM PENDIDIKAN DI

MALAYSIA

Hafizah Binti Ahmad Bakri

Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

ABSTRAK

Globalisasi yang semakin pesat membanguna telah banyak merubah proses pembelajaran pada zaman ini. Pengajaran berasaskan laman web kini telah menjadi satu alternative baru kepada dunia pendidikan di Malaysia dan berpotensi untuk menghasilkan pengajaran yang bermakna kepada pelajar di semua peringkat seperti sekolah dan juga peringkat pengajian tinggi. Proses pembangunan laman web pengajaran memerlukan teknik dan model yang bersesuaian supaya persembahan web tersebut dapat menarik perhatian pengguna serta dapat digunakan oleh semua peringkat umur. Kertas kerja konsep ini bertujuan untuk meneroka kesan penggunaan web pembelajaran terhadap sistem pembelajaran di Malaysia berdasarkan kajian-kajian lepas terhadap pembangunan laman web pengajaran. Secara umumnya, penggunaan web pembelajaran ini banyak memberi impak positif kepada pelajar kerana dapat meningkatkan kefahaman pelajar terhadap subjek yang dipelajarinya.

LATAR BELAKANG

Pada era globalisasi ini penggunaan aplikasi pembelajaran menerusi laman web semakin berkembang pesat dalam sistem pendidikan di seluruh dunia. Perkembangan dalam teknologi multimedia telah mengubah cara pembelajaran dan proses memperolehi maklumat oleh seseorang pelajar itu. Multimedia merupakan salah satu cara untuk menarik minat pelajar terhadap proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah supaya menjadi lebih berkesan.

Pelajar boleh mencari ilmu pengetahuan dengan hanya melayari laman web tersebut di rumah atau dimana-mana sahaja dengan syarat mempunyai talian internet. Web pembelajaran ini juga membolehkan pelajar tidak hanya perlu bergantung kepada buku teks atau modul dan tenaga pengajar sahaja. Mereka boleh mendapatkan pelbagai manfaat dari web pembelajaran yang menawarkan pelbagai pakej pembelajaran seperti lembaran kerja dan latihan interaktif. Di Malaysia sudah mula wujud laman-laman web yang dibina untuk tujuan pendidikan, contohnya ialah seperti, Portal Pendidikan Utusan, E-Sekolah,dan E-Tuisyen. Laman web ini dibina oleh jabatan-jabatan kerajaan atau pihak swasta ataupun individu tertentu (Maswan, S.).

(2)

Zahiah Binti Kassim & Abdul Razaq Bin Ahmad (2010), menyatakan bahawa pembelajaran berbantukan komputer telah mencipta universiti maya yang semakin popular pada masa kini. Universiti maya ini menyediakan modul-modul kursus serta komunikasi interpersonal yang hanya memerlukan pelajar mempunyai kebolehan pembelajaran arahan kendiri.

KAJIAN LITERATUR

Sejak awal 90’an lagi, proses pembelajaran dan pembelajaran menerusi web mula mendapat perhatian oleh guru dan pelajar di seluruh dunia. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil inisiatif untuk mengaplikasikan sistem pembelajaran berasaskan web ini di sekolah-sekolah seluruh Malaysia bagi memudahkan proses

pembelajaran dan pengajaran.

Sebagai contohnya, menurut Muhammad Saud M., S. et al (2010), laman web pembelajaran AutoCAD 2D dibangunkan sebagai laman web rujukan bagi pelajar Sekolah Menengah Aliran Teknik dan Vokasional serta pelajar Institusi Pengajian Tinggi aliran teknikal dan kejuruteraan khususnya bagi matapelajaran yang melibatkan lukisan kejuruteraan.Pembangunan laman web ini memberi peluang kepada pelajar untuk belajar pada bila-bila masa sahaja mengikut kelapangan dan minat pelajar itu sendiri. Tugasan-tugasan yang disediakan menerusi laman web ini boleh disemak oleh pembangun laman web dan maklumbalas terus dapat dijalankan .

Selain itu, pembangunan laman web untuk mata pelajaran seperti fizik juga telah dibangunkan oleh Yahya, N. & Azaharuddin, N. A. (2010 ). Mata pelajaran sains selalu dikaitkan dengan eksperimen di makmal. Eksperimen yang dijalankan kadang-kadang mengambil masa yang lama untuk dilaksanakan, guru-guru hanya akan mengajar teori sahaja berkaitan dengan sesuatu topik itu. Di dalam kajian Yahya, N. & Azaharuddin, N. A. (2010)

pembangunan laman web membolehkan pelajar melakukan eksperimen tersebut pada bila-bila masa serta dapat meningkatkan pemahaman pelajar terhadap topik tersebut.

Mata pelajaran berasaskan komputer turut juga dapat diaplikasikan dalam pembangunan laman web. Laman web pembelajaran Pengaturcaraan C++ telah dibangunkan oleh Junaidi, J. & Othman, H. (2010) dalam kajian mereka untuk membantu pelajar dalam memahami konsep asas Pengaturcaraan C++. Seperti pengkaji yang lain juga, laman web pembelajaran ini dapat dijadikan bahan bantu mengajar di dalam kelas atau kuliah.

Walaubagaimanapun, sebenarnya laman web pembelajaran bukan hanya terhad untuk pelajar tetapi juga sesiapa yang ingin mempelajarinya sebagai pengetahuan tambahan.

Konsep matematik dalam pembelajaran dapat diaplikasikan dengan penggunaan laman web khususnya topik yang memerlukan animasi seperti Solid Geometry yang terdapat dalam sukatan pelajaran bagi tingkatan 1, 2 dan 3. Solid Geometry adalah satu tajuk yang memerlukan visualisasi dan animasi untuk membolehkan pelajar lebih mudah memahami isi kandungan pelajaran serta memantapkan lagi penguasaan kemahiran-kemahiran dalam pelajaran tersebut. (Md. Salleh, S. & Chong T. J. , 2011)

(3)

PERBINCANGAN

Berdasarkan kajian literatur terutamanya tentang pembangunan laman web pembelajaran, dapat disimpulkan bahawa penggunaan web ini banyak memberi kesan positif kepada pelajar dan juga tenaga pengajar itu sendiri.

Selalunya tenaga pengajar akan memberikan tugasan kepada pelajarnya untuk diselesaikan di luar waktu kuliah, pembinaan laman web tersebut sedikit sebanyak dapat memberi peluang pelajar untuk cuba berinteraksi dengan pelajar dari sekolah lain dalam ruangan bual bicara yang disediakan untuk membincangkan masalah berkaitan tugasan (Junaidi, J. & Othman, H., 2010). Bukan sahaja pelajar, malah tenaga pengajar turut boleh berkongsi pendapat dan idea di dalam laman web ini.

Terdapat beberapa model rekabentuk yang digunakan oleh pengkaji dalam membangunkan laman web pembelajaran seperti Model ADDIE, Model ASSURE, Model Rekabentuk Pengajaran Dick & Carey, Model Rekabentuk Hannafin & Peck. Bagi Saud M., S. et al, 2010 dan Harun, J. et al (2011), model ADDIE dipilih kerana model ini popular digunakan dan mempunyai aliran proses yang jelas dan ciri-ciri fasa yang mudah difahami bagi membangunkan sesebuah laman web. Model ADDIE mengandungi 5 fasa pembangunan iaitu fasa Analysis (Analisa), Design (Rekabentuk), Development (Pembangunan),Implimentation (Perlaksanaan) dan seterusnya

Evaluation (Penilaian).

Namun begitu, Md. Salleh, S. & Chong T. J. (2011) dan Junaidi, J. & Othman, H. (2010) memilih model Hananfin dan Peck sebagai model pembangunan. Model Hannafin dan Peck mengandungi 3 fasa iaitu Need Assesment Phase (Fasa Analisa Keperluan), Design Phase (Fasa Reka Bentuk) dan Develop and

Implement Phase (Fasa Pembangunan dan Pelaksanaan) yang sesuai digunakan untuk pembangunan sesuatu laman web. Menurut mereka, proses penilaian dan pengulangan secara berterusan membolehkan pembangun laman web membuat penilaian pada setiap fasa tersebut serta dapat mengubahsuai atau membaikpulih bagi meinngkatkan kualiti laman web yang dibangunkan.

Dalam proses pembelajaran, tenaga pengajar perlulah meningkatkan kemahiran berkomputer atau penguasaan terhadap ilmu komputer (Arsat, M. & Khalip, H. ,2011 dan Yasak, Z.et al, 2009) seperti menghadiri kursus-kursus berkaitan komputer supaya seiring dengan pengetahuan para pelajar dan juga teknologi semasa.

Penggunaan internet yang tidak dikawal dapat memberikan kesan negatif terhdapa pelajar itu. Ishak, M. S. (2004) dalam kajiannya yang dijalankan untuk mengenalpasti nilai akademik yang ditawarkan dalam laman web yang dikunjungi pelajar di makmal komputer sesebuah universiti. Menurut beliau lagi, wujud penyalahgunaan medium internet oleh pelajar di universiti tersebut.

KESIMPULAN

(4)

RUJUKAN

Arsat, M. & Khalip, H. (2011). Penggunaan Perisian Multimedia Dalam Pengajaran Guru-guru Teknikal. Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Harun, J. & Tukiman, N. E. (2011). Pembangunan Sistem Pembelajaran Menerusi Web Menggunakan Pendekatan

Inkuiri Berpandukan Model Webquest Bagi Topik Asas Rekabentuk Laman Web. Fakulti Pendidikan Universiti

Teknologi Malaysia

Ishak, M. S. (2004). Nilai Akademik Dalam Laman Web:

Satu Analisis Penggunaan Www Dalam Persekitaran Pembelajaran Di Universiti Utara Malaysia. Jabatan

Teknologi Media, Fakulti Komunikasi Dan Bahasa Moden, Universiti Utara Malaysia

Junaidi, J. & Othman, H. (2010). Pembangunan Laman Web Bagi Konsep Asas Pengaturcaraan C++

Menggunakan Strategi Pembelajaran Aktif. Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia.

Kassim, Z. & Ahmad, A. R. (2010). E-Pembelajaran: Evolusi Internet Dalam Pembelajaran Sepanjang Hayat. Universiti Kebangsaan Malaysia

Maswan, S. Kelebihan Penggunaan Internet dan Laman Web dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Jabatan Teknologi Pendidikan Institut Perguruan Tuanku Bainun Pulau Pinang

Md. Salleh, S. & Chong T. J. (2011). Pembangunan Laman Web Untuk Tajuk Solid Geometry Dalam Matematik

Sekolah Menengah Kebangsaan Dengan Menggunakan Kaedah Animasi. Journal of Educational Social Science,

volume 2 Jun 2011, Pages 35-49 / ISSN: 2231-7333

Saud, M. S. & Amin, S. A. (2010).Pembangunan Sistem Pembelajaran Menerusi Web Bagi Matapelajaran Lukisan

Kejuruteraan Berbantu Komputer Berdasarkan

Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Projek. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

Yahya, N. & Azaharuddin, N. A. (2010 ).Pembangunan Laman Web Bagi Mata Pelajaran Fizik Tingkatan 4:Haba

Pendam Tentu Pengewapan Dengan Menggunakan Teori Konstruktivisme. Fakulti Pendidikan,Universiti Teknologi

Malaysia

Yasak, Z. , Mohamad, B. , Esa, A. , Shabuddin, S. (2009). Kaedah Pengajaran Berasaskan Laman Web Terhadap

Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik Mekatronik Di Politeknik. Persidangan Kebangsaan Pendidikan Sains dan

Referensi

Dokumen terkait

Untuk mengetahui promosi apa aja dilakukan salon reguler, agar dapat mengetahui promosi apa saja yang akan dilakukan untuk memperkenalkan Balloon Kiddy Cuts Place Interview

Dengan memanjat segala puja dan puji sukur kehadirat Allah SWT yang telah memberikan rahmat, taufik dan inayah-Nya, sehingga dapat

Penetapan lokasi sampel untuk penelitian dilakukan secara purposif dengan pertimbangan jumlah sampel lokasi dari 5 lokasi yang memenuhi persyaratan dan 2 lokasi (40%) yang di pilih

Dari hasil penelitian ini dihasilkan bahwa beberapa Desa di daerah Ciracap terdapat sekitar 3 desa yang sangat sesuai dengan karakteristik penggemukan sapi jenis

Beberapa alasan dari penggunaan pupuk kandang yang berasal dari kotoran sapi, kambing dan ayam sebagai pengganti pupuk kimia dikarenakan bahannya mudah diperoleh,

Materi terdiri dari rentangan fonem mulai dari vokal keras sampai yang lemah dan dari konsonan yang berfrekuensi rendah sampai tinggi. Sama dengan tes dari D. Ling, tes ini

Selain itu, temuan hasil penelitian yang menunjukkan bahwa hasil belajar mata kuliah teknik penulisan karya ilmiah pada mahasiswa yang dibelajarkan menggunakan metode drill

Abstrak - Penelitian ini adalah penelitian classroom action research (penelitian tindakan kelas) yang bertujuan untuk mengetahui apakah model pembelajaran