• Tidak ada hasil yang ditemukan

Permasalahan ibu tunggal dalam melaksana (1)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Permasalahan ibu tunggal dalam melaksana (1)"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

PERMASALAHAN IBU TUNGGAL DALAM MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB

PENDIDIKAN ANAK-ANAK : SATU KAJIAN KAWASAN SURA, DUNGUN, TERENGGANNU

Mohd Ismail Mustari Robiah Ya'akob Syarifah @ Noriana Chik

Kamarul Azmi Jasmi Ahmad Kilani Mohamed

Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan social, Universiti Teknologi Malaysia Skudai Johor

Suggested Citation:

Mustari, M. I., Ya’kob, R., Chik, S. N., Jasmi, K. A., & Mohamed, A. K. (20

04

).

Permasalahan Ibu Tunggal dalam Melaksanakan Tanggungjawab Pendidikan Anak-anak:

Satu Kajian Kawasan Sura, Dungun, Terenggannu in Abd. Rashid et al—

Krisis & Konflik

Institusi Keluarga.

Utusan Publications and Distributors Sdn Bhd, pp 32-51.

Abstrak

(2)

PERMASALAHAN IBU TUNGGAL DALAM MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB PENDIDIKAN ANAK-ANAK: SATU KAJIAN DI KAWASAN SURA, DUNGUN,

TERENGGANU DARUL IMAN*

Mohd Ismail Mustari, Robiah Ya'akob, Syarifah @ Noriana Chik,

Kamarul Azmi Jasmi Ahmad Kilani Mohamed

Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial Universiti Teknologi Malaysia

PENGENALAN

Dalam mengharungi kehidupan di muka bumi ini, setiap yang berlaku iru semuanya menurut suratan sejak azali lagi. Tidak semua harapan dan perancangan yang kita impikan akan kesampaian. Kehidupan sebagai ibu runggal bukanlah semudah yang disangkakan bak kata madah "tidak selembut tiupan bayu dan tidak semudah aliran air". Pelbagai liku kehidupan yang beronak duri perlu ditempuhi dalam perjuangan mem-besarkan anak-anak yang mana semua itu tidak mungkin mampu untuk diharungi tanpa adanya kekentalan dan kesabaran yang menggunung di hati. Tiada siapa yang ingin bersendirian menghadapi susah senang menguruskan rumah tangga dan anak-anak terutama sekali pada zaman yang penuh dengan seribu macam dugaan dan cubaan ini.

Pelbagai rintihan dan peristiwa yang sering bermain di benak fikiran ibu tunggal sehingga ada di antara mereka merasakan dunia ini sudah gelap dan tidak mampu lagi untuknya sekeluarga mengharungi hidup sepertimana keluarga asas yang mempunyai ibu, bapa dan anak-anak. Menurut Prof. Dr. Datin Rohaty Mohd Majzub, "Kebanyakan wanita yang ditinggalkan suami dan masih mempunyai anak kecil, maka aras pergantungan yang tinggi kepada ibu bapa tentu akan memilih tinggal dengan keluarga mereka kerana berasa yakin anaknya akan terpelihara dengan selamat". Sementara itu, Sulaiman Endut (Allahyarham), bekas Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga JAKIM, berkata, "biarpun ibu tunggal mempunyai hak membuat pilihan dalam menentukan hidup mereka dan anak-anak selepas kematian atau bercerai, namun peranan keluarga sebagai sebahagian daripada hidup mereka tidak seharusnya dilupakan begitu sahaja" (Utusan Malaysia, 7 Ogos 2002).

Timbalan Dekan Hal Ehwal Dan Pembangunan Pelajar UIAM turut mengakui bahawa wanita yang menjadi janda terutama akibat perceraian, sering dipandang sinis dengan pelbagai

tanggapan negatif masyarakat terhadap mereka majalah Al-Islam, Ogos 1997). Janda, balu atau

ibu tunggal sering terpinggir dan mendapat label yang tidak baik dalam kalangan masyarakat. Mereka sering dipandang serong oleh masyarakat. Setiap langkah dan gerak-geri mereka sering diragui atau dipertikaikan. Seharusnya golongan istimewa yang lemah dan serba kekurangan ini perlu diberi sokongan yang sewajarnya daripada pelbagai pihak sama ada keluarga, saudara-mara, badan-badan kebajikan dan juga masyarakat sekeliling. Sokongan ini harus dititikberatkan untuk memberi semangat serta mengurangkan dilema yang dihadapi oleh golongan yang bergelar ibu tunggal.

Masyarakat umum menganggap keluarga ibu tunggal sebagai keluarga pincang kerana ia tidak mampu berfungsi sebagai keluarga asas yang dianggap oleh masyarakat sebagai keluarga

*

(3)

utuh yang bahagia. Keluarga ibu tunggal dikatakan pincang kerana ibu amat sibuk menjalani tugas sebagai ibu dan juga bapa untuk anak-anaknya. Oleh itu, tugas-tugasnya dalam keluarga tidak dapat disempurnakan dengan baik. Beban tugas yang disandang begitu besar sekiranya anak-anaknya ramai dan pendapatan keluarga yang rendah. Keluarga ibu tunggal mempunyai tarafsosial yang negatif. Lazimnya masyarakat prejudis atau berprasangka buruk dan menganggap bahawa keluarga ibu tunggal yang diketuai oleh janda atau balu, tidak dapat berfungsi dengan baik dan sempurna seperti keluarga asas.

OBJEKTIF KAJIAN

Secara umumnya kajian ini bertujuan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh ibu tunggal dan peranan yang perlu dipikul dalam melaksanakan tanggungjawab pendidikan kepada anak-anak. Di samping itu, kajian ini meninjau hubungan demografi responden dengan per-masalahan dan peranan yang dipikul.

DEFINISI IBU TUNGGAL

Menurut Kamus Dewan (2000: 475), ibu ditakrifkan sebagai seorang yang melahirkan kita atau emak atau panggilan hormat kepada wanita yang sudah bersuami. Manakala perkataan tunggal bermaksud satu-satu atau tidak ada yang lain (2000:1493). Oleh itu, rangkai kata ibu tunggal walaupun tidak terdapat dalam Kamus Dewan secara khusus, namun ia boleh difahami sebagai wanita yang berperanan menjaga, memelihara anak-anak seorang diri tanpa seorang lelaki di sampingnya untuk bersama membina rumah tangga. Manakala dalam bahasa Arab, perkataan ayyim digunakan untuk orang yang ketiadaan suami atau isteri. Tetapi di sini, Rasulullah s.a.w menggunakan khusus untuk janda (Akhlaq Husain, 1987: 92).

Rohaty Mohd Majzud (1999: 1), menyatakan bahawa lazimnya seorang ibu tunggal boleh ditafsirkan sebagai ibu tunggal apabila seorang wanita itu telah kematian suami dan terpaksa meneruskan tugas membesarkan anak-anak atau seorang wanita yang telah bercerai dengan suaminya dan telah diberi hak penjagaan ke atas anak-anaknya ataupun seorang wanita yang digantung tidak bertali kerana tidak diberi nafkah oleh suami untuk menyara hidupnya dan anak-anaknya ataupun seorang wanita dalam proses perceraian (yang mungkin akan mengambil masa yang panjang) dan anak-anaknya masih berada di bawah jagaannya pada waktu ini.

Menurut Rohaty Mohd Majzud lagi, di samping definisi di atas, beliau menyatakan bahawa seseorang ibu juga boleh dianggap sebagai ibu tunggal jika suaminya tinggal berasingan dan tidak boleh memainkan peranan aktif sebagai bapa dalam keluarga atau suaminya uzur, bukan sahaja tidak boleh membantu membesarkan anak-anak tetapi memerlukan penjagaan rapi ataupun seseorang ibu itu diberi tugas membesarkan anak orang lain tanpa pertolongan suami. Definisi-definisi ibu tunggal yang diberikan di atas lazim dipakai di Malaysia dan kesemuanya melibatkan wanita-wanita yang telah berkahwin.

Menurut Dodson (1978) yang dipetik daripada buku Masaiah Remaja daripada Keluarga Ibu Tunggal karangan Sufean Hussin dan Che Zainon Omar (2002: 31) telah menyatakan bahawa keluarga ibu tunggal ialah sebuah keluarga yang wujud akibat pembubaran ikatan perkahwinan antara suami dan isteri sama ada melalui cara perceraian sah atau Maksudnya:

(4)

Maksud: "Orang lelaki ada bahagian pusaka daripada peninggalan ibu bapa dan kerabat dan orang -orang perempuan pula ada bahagian pusaka daripada peninggalan ibu bapa dan kerabat sama ada sedikit atau banyak daripada harta yang ditinggalkan itu; iaitu bahagian yang telah diwajibkan (dan ditentukan oleh Allah)".

(Surah al-Nisa', 4:7)

Kedudukan janda atau balu pada zaman Rasulullah saw dan para sahabat tidak seperti apa yang ada pada hari ini. Mereka tidak begitu menghadapi masalah kewangan dan juga masalah sosial, tidak wujud langsung prasangka buruk atau pandangan serong masyarakat terhadap ibu tunggal kerana sikap ini merupakan satu bentuk penganiayaan kepada golongan yang tidak berdosa. Islam melarang keras seseorang yang berprasangka buruk terhadap sesama manusia. Firman Allah S.W.T:

Maksudrtya: "Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah sesetengah daripada kamu mengumpat sesetengah yang lain. Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. Dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Mengetahui."

(Surah al-Hujurat 49: 12)

Masalah kewangan dan masalah berhadapan dengan penerimaan masyarakat pada zaman Rasulullah dahulu tidak timbul dalam kalangan ibu tunggal kerana mereka dijaga oleh etika dan adat Islam yang sebenar. Tambahan pula, masyarakat dahulu mendalami ajaran Islam dengan sepenuh hati mereka. Masalah kewangan diselesaikan dengan bantuan yang telah diberikan oleh Baitulmal. Dalam sirah Rasulullah s.a.w sendiri, kesemua isteri baginda terdiri daripada janda dan balu kecuali Siti Aisyah. Begitu juga dengan para sahabat, kebanyakan daripada mereka mengahwini janda dan balu yang kematian suami di medan jihad. Perkahwinan ini sebagai satu bentuk perlindungan kepada golongan ibu tunggal. Contohnya, satu perkara yang dilakukan oleh Sirt Aisyah ialah beliau sanggup mengajak Hafsah berkongsi suami dengannya kerana Hafsah telah kematian suami. Ini merupakan satu pengorbanan yang cukup besar yang harus diteladani oleh masyarakat sekarang.

Kesimpulannya, Islam tidak memandang rendah kepada golongan ibu tunggal. Islam memberi hak-hak yang seadilnya kepada golongan ini bagi mengelakkan mereka berada dalam keadaan tertekan dan ditindas. Semua makhluk di bumi ini adalah sama di sisi Allah. Hanya iman dan takwa sahaja yang membezakan darjat antara manusia.

HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN

(5)

berkaitan masalah yang dihadapi ibu tunggal dan bahagian C menyentuh persoalan peranan yang dipikul oleh ibu tunggal dalam melaksanakan tanggungjawab mendidik anak-anak.

Perubahan 5 Poin Skala Lirket kepada 3 peringkat

Skala 5 Poin Skala 3 Poin Tahap

1.00 - 2.33 1 Rendah

2.34 - 3.67 2 Sederhana

3.68 - 5.00 3 Tinggi

Pecahan sampel yang merangkumi item umur, tempoh menjadi ibu tunggal, punca, pendidikan, pekerjaan, pendapatan dan bilangan anak dapat ditinjau menerusi Jadual 3.1.

ANALISIS TABURAN RESPONDEN MENGIKUT PERMASALAHAN YANG PERLU DIPIKUL OLEH IBU TUNGGAL

Daripada data yang diperoleh, paras purata min ialah 2.85 di tahap sederhana. Bagi item 1 berkenaan "pendapatan yang diperoleh tidak men-cukupi untuk menampung keperluan asas kehidupan" minnya ialah 2.62. Ini menunjukkan bahawa pendapatan yang diperoleh ibu tunggal tidak mencukupi untuk menampung hidup. Item 3 dan 4 mempunyai perkaitan perlu dipelbagaikan modal bagi mereka yang ingin menjalankan perniagaan.

(b) Pihak JKM juga disarankan agar sentiasa prihatin dan peka terhadap jumlah sebenar golongan ini serta permasalahan yang dihadapi mereka.

3. Ketua Kampung

(a) Ketua kampung perlu memainkan peranan yang penting bagi mengurangkan penderitaan yang ditanggung mereka dengan mengadakan gotong-royong khusus untuk golongan ibu tunggal, ceramah kesedaran kemasyarakatan bagi penduduk, dan program-program yang dapat menghilangkan tembok pemisah antara keluarga ibu tunggal dengan masyarakat sekitar.

4. IbuTunggal

(a) Sentiasa bersedia mengubah cara hidup ke arah yang lebih produktif, berani, tabah dan sanggup menghadapi segala cabaran dengan semangat yang positif.

(b) Gunakan persatuan sebagai tempat untuk mendapat informasi, motivasi serta menyumbangkan sesuatu untuk kepentingan sesama ibu tunggal dan persatuan.

5. Masyarakat

(a) Masyarakat juga perlu melihat perspektif yang positif terhadap ibu tunggal. Ketahuilah bahawa kewujudan ibu tunggal itu bukan satu kesalahan tetapi ia satu pilihan yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T yang tidak dapat dielakkan. Oleh itu, masyarakat harus mengiktiraf sumbangan ibu tunggal terhadap pembangunan ekonomi dan sosial kerana mereka juga bekerja dan menjaga serta membesarkan anak-anak yang akan menjadi tonggak negara pada masa akan datang.

6. Cadangan Kajian Lanjutan

(6)

(a) Kajian yang selanjutnya dicadangkan supaya mencari masalah yang lebih luas seperti hak-hak ibu tunggal, konflik yang dihadapi antara anak-anak dengan ibu tunggal dan sebagainya.

(b) Saiz sampel kajian adalah kecil iaitu (n = 50). Oleh itu, kajian selanjutnya mestilah melibatkan lebih ramai sampel supaya satu rumusan dapat dibuat.

(c) Masa kajian juga haruslah dipanjangkan lagi agar hasil yang diperoleh akan lebih berkesan dan memuaskan.

(d) Penggunaan kaedah-kaedah lain yang lebih berkesan seperti kaedah pemerhatian dan soal selidik yang lebih sistematik agar dapatan kajian yang diperoleh lebih jiru dan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi.

PENUTUP

Ibu tunggal adalah insan yang berhadapan dengan ujian getir kerana terpaksa memikul dua tanggungjawab dalam satu masa. Namun, apa yang mengagumkan, ibu tunggal mempunyai semangat dan kesungguhan dalam melakukan sesuatu perkara, dedikasi dalam mendidik keluarga dengan sempurna dan ada kalanya berjaya daripada keluarga yang diketuai oleh ibu bapa.

Ibu tunggal terpaksa menghadapi dua cabaran besar. Pertamanya, mereka mengalami reaksi emosi selepas perpisahan, saraan hidup, per-kembangan sosial dan sebagainya. Keduanya, ibu tunggal dapat meningkat-kan kemahiran mendidik anak-anak supaya menjadi insan yang berjaya dalam pelajaran serta mendapat kejayaan duniawi dan ukhrawi. Di samping itu, pendidikan Islam merupakan perkara utama yang perlu diberikan kepada anak-anak sebelum mereka memahami perkara lain. Kebijaksanaan ibu tunggal dalam mendidik anak-anak mereka secara psikologi amat penting kerana mereka adalah golongan yang terlalu sensitif dan mudah terpengaruh. Penekanan kepada pendidikan akhlak juga penting dalam diri anak-anak bagi mengelakkan mereka terjebak dalam gejala-gejala negatif seperti menagih dadah, mencuri, bergaduh dan sebagainya. Ibu tunggal juga merupakan insan yang perlu diberikan kedudukan yang sewajarnya agar mereka tidak berasa tersisih daripada masyarakat. Masyarakat hendaklah memberi perhatian kepada mereka untuk mengembalikannya ke arah yang lebih positif. Kedudukan dan status mereka sebagai ibu tunggal merupakan ketentuan Ilahi yang perlu diterima oleh setiap lapisan masyarakat.

RUJUKAN

Akhlaq Husain, 1987. Ibu Bapa Muslim. Kuala Lumpur: Syarikat Ali Imran.

Chai Sen Tyang, Jayaletchumi Mottan dan Tengku Aizan Hamid, 2002. Keluarga Induk Tunggal: Penekanankepada Cabaran Keluarga Ibu Tunggal.Serdang:Universiti Putra Malaysia. Che Zainon Yusof, 1995. Penyelewengan Wanita MenurutPandangan Islam. Selangor Pustaka

llmi.

Dodson, F., 1978. How ToDispline With Love. United States of America: Signet Printing.

Hamid A. Khalik A. Hamid, 1990. MembimbingAnakkeJalan Allah. Kuala Lumpur: Pustaka al-Mizan.

Hardy dan Crow, 1989. Lone Parenthood, Coping With Contraints And Making Oppertunittes. Harvester Wheatsheaf. Hassan Langgulung, 1991. Asas-asas Pendidikan Islam. Kuala Lumpur

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Haya Mubarak al-Barik, 1999. Ensiklopedia WanitaMuslimah. Kuala Lumpur: Pustaka Jiwa Sdn. Bhd.

Ismail Kamus, 1994. Penman, Hak dan Tanggungja wab Suami Isteri Dalam PembentukanKeluarga Islam. Kuala Lumpur. Pusat Islam.

(7)

Mohammad Najib Abdul Ghafar, 1999. Penyelidikan Pendidikan. Johor Darul Takzim: Universiti Teknologi Malaysia.

Nor Ainun Ibrahim, 1997. "Ibu Tunggal dari Segi Pendidikan Anak-anak". Satu Kajian Khusus di Wilayah Persekutuan. Universiti Malaya: Tesis Sarjana Muda. Noritah Sulaiman, 1997. "Martabat Janda" dim. Al-lslam. Ogos 1997, him. 10-12.

Radina Musa, 2000. "Cabaran SosioEkonomi Kepada Ibu Tunggal dalam Masyarakat Peneroka. Satu Kajian di Ketengah Jaya, Terengganu. Universiti Malaya: Tesis Sarjana Muda.

Rohaty Mohd Majzud dan Muhammad Rais Abdul Karim, 1999. Ibu Tunggal Menelusuri Rintangan Hidup dengan Keyakinan. Selangor: Pelanduk Publications.

Rosmiza Omar, 1997. "Ibu Tunggal Muslim, Konflik dan Penyelesaian". Satu Kajian Di Wilayah Persekutuan. Universiti Malaya: Tesis Sarjana Muda.

Sandra Anderson, 1998. Junior KBSM Dictionary. Kuala Lumpur: Federal Publications Chambers.

Sheikh Abdullah Basmeih, 1995. TafsirPimpinan Ar-Rahman kepada Pengertian Al- Quran. Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri.

Sufean Hussin dan Che Zainon Omar, 2002. Masalah Remaja daripada Keluarga Ibu Tunggal. Kuala Lumpur: Karisma Publications Sdn. Bhd. Kamus Dewan. Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Referensi

Dokumen terkait

Teknologi yang dikaji untuk budidaya tanaman kakao yakni pemangkasan dan pengelolaan tanaman penaung, pemupukan yang efisien, pengendalian hama dan penyakit, sedangkan

Perangkat Framing Berita MK Gagal Belajar Hakim Konstitusi Kecewakan Rakyat Pembocor Draf Dicari Pembocoran Draf Pelanggaran Berat Sumber Kebocoran Draf Putusan

bahwa dengan telah diundangkannya Undang-undang Nomor 21 Tahun 1982 tentang Perubahan atas Undang-undang Nomor 11 Tahun 1966 tentang Ketentuan-ketentuan Pokok Pers

Penelitian ini bertujuan untuk menguji pengaruh leverage dan ukuran perusahaan terhadap nilai perusahaan, yang dalam penelitian menggunakan ukuran Price to Book

Dengan potensi tanaman jarak pagar yang mudah tumbuh, dapat dikembangkan sebagai sumber bahan bakar alternatif pada lahan kritis memberikan harapan baru.. Bahan baku biodiesel

Data laba yang digunakan dalam penelitian ini adalah data tahunan perubahan laba (laba kotor, laba operasi, laba sebelum pajak, laba bersih dan laba per lembar saham) satu

Skripsi PENGARUH MERGER TERHADAP KEDUDUKAN HUKUM ..... Sotapl oflenjro Ifcserea Ecrccsa

Untuk orang-orang yang saat ini sedang duduk dan kesakitan di luar sana, jika saya ingin meringkas hidup saya dan meringkas apa yang dapat mereka lakukan dalam