• Tidak ada hasil yang ditemukan

MATA WANG KERAJAAN ISLAM DAN SALIB SEMAS

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "MATA WANG KERAJAAN ISLAM DAN SALIB SEMAS"

Copied!
31
0
0

Teks penuh

(1)

PPPJ1263 PERANG SALIB

SEMESTER 1, SESI PENGAJIAN 2016/2017

TAJUK TUGASAN:

MATA WANG KERAJAAN ISLAM DAN SALIB SEMASA PERANG SALIB

DISEDIAKAN UNTUK:

PROF. DR. WAN KAMAL BIN MUJANI

DISEDIAKAN OLEH:

MUHAMMAD ANAS BIN ALIAS A148439 AMIRUL MUKMIN BIN MD. DERUS A149553

JABATAN ARAB DAN TAMADUN ISLAM FAKULTI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

BANGI

(2)
(3)

Mata Wang Kerajaan Islam dan Salib Semasa Perang Salib

MUHAMMAD ANAS BIN ALIAS AMIRUL MUKMIN BIN MD. DERUS

ABSTRAK

Mata wang merupakan mekanisme kepada sesuatu pertukaran barang keperluan dan

kemahuan individu tertentu. Semasa peristiwa Perang Salib dari tahun 1095 hingga 1291,

sistem ekonomi di seluruh kerajaan yang ada masih bergerak dengan maju. Matlamat

kajian ini adalah mengkaji sejarah dan jenis mata wang kerajaan Islam dan Salib semasa

Perang Salib dan fungsi mata wang semasa Perang Salib. Kajian ini merupakan kajian

kualitatif dengan menggunakan reka bentuk kajian sejarah. Kajian ini menggunakan

metode dokumentasi sebagai kaedah pengumpulan data dengan menfokuskan buku dan

jurnal mengenai Perang Salib. Manakala metode analisis data, kajian ini menggunakan

metode deskriptif menerusi analisis kandungan. Dapatan kajian ini menunjukkan jenis

mata wang sepanjang pemerintahan kerajaan Islam dan Salib semasa Perang Salib

(4)

2.0 PENGENALAN

Mata wang merujuk kepada wang kertas atau duit syiling kepada sesebuah negara

(Kamus Dewan Edisi ke-2) yang berperanan dalam urus niaga atau pertukaran barang

mengikut nilai yang ditetapkan oleh peniaga. Dalam dunia Islam dahulu, daripada era

pemerintahan Nabi Muhammad s.a.w hingga zaman Uthmaniyyah telah menggunakan

mata wang dinar dan dirham. Mata wang ini merupakan syiling emas dan perak yang

telah dikeluarkan dan digunakan di wilayah-wilayah Empayar Byzantium dan Empayar

Sasan (Yaakob, 2009).

Terdapat pandangan dalam sejarah kewangan Eropah dan dunia Islam pada awal

hingga pertengahan abad ke-11 menunjukkan bahawa dalam hal-hal kewangan kedua-dua

kawasan Mediterranean mengikuti hala yang sangat berbeza. Sebagai contoh, mata wang

Eropah dicetak secara berterusan sehingga pertengahan abad ketiga belas dan

menyebabkan sumber emas tiada namun terdapat peningkatan perak sebagai dirham yang

mengantikan emas. Berbeza pula dengan negara-negara Islam mengalami kekurangan

sumber perak untuk dijadikan mata wang dan banyak penempaan mata wang daripada

emas dan gangsa.

Menjelang akhir abad kedua belas, sumber perak mula bercambah dengan

banyaknya di dunia Arab dan menandakan penggunaan emas berkurang sebagai asas

mata wang. Tidak lama kemudian, Eropah memulakan penempaan syiling emas dalam

kuantiti yang besar dan mata wang perak mereka mula berkurangan oleh kerana

kekurangan sumber asli. Hal ini membawa kepada kemunculan pelbagai jenis mata wang

yang digunakan oleh keseluruhan kerajaan Islam dan Salib terutamanya semasa peristiwa

Perang Salib berlaku.

Matlamat kajian ini adalah mengkaji sejarah dan jenis mata wang kerajaan Islam

dan Salib semasa Perang Salib dan fungsi mata wang semasa Perang Salib. Kajian ini

merupakan kajian kualitatif dengan menggunakan reka bentuk kajian sejarah. Kajian ini

menggunakan metode dokumentasi sebagai kaedah pengumpulan data dengan

menfokuskan buku dan jurnal mengenai Perang Salib. Manakala metode analisis data,

(5)

2.0 MATA WANG KERAJAAN ISLAM

Kerajaan Islam yang masih bergiat aktif dalam bidang perniagaan dan perdagangan

semasa Perang Salib. Antara kerajaan Islam yang terlibat semasa Perang Salib adalah

kerajaan Ayyubiyyah, Fatimiyyah, Empayar Besar Saljuk dan Mamluk.

Kerajaan Ayyubiyyah

Kerajaan Ayyubiyyah diasaskan oleh Salahudin al-„Ayubi pada tahun 564H/1169M

hingga 648H/1250M. Kerajaan ini mula bertapak di Syria selepas kejatuhan kerajaan

Fatimiyyah dan Abbasiyyah pada akhir abad ke-6H dan awal abad ke-12M. Kerajaan

Ayyubiyah juga mempunyai banyak tanah jajahan seperti Aleppo, Damascus, Hamah,

dan Hims (Humprheys,1977). Semenjak perak mula berkurangan pada tahun 1174/5M,

hal ini memberi isyarat kepada kerajaan Ayyubiyyah. Rentetan itu, kerajaan Ayyubiyyah

di Damsyik memulakan semula pengalian dan pembuatan wang perak.

Pada tahun 1183/4, mereka juga telah memulakan penempaan perak di Hama dan

Aleppo. Oleh sebab itu, pada tahun 1240, hal ini telah menyebabkan kerajaan tersebut

kehilangan emas sebagai asas mata wang Ayyubiyyah di Syria bahkan mata wang perak

menyumbang kira-kira 85 peratus daripada semua syiling yang dikeluarkan (Watson :

1967). Hal ini menunjukkan perubahan dalam penggunaan mata wang sepanjang

pemerintahan kerajaan Ayyubiyyah daripada emas, perak dan gangsa. Di samping itu, hal

ini juga disebabkan perubahan mata wang kerajaan Ayyubiyyah dalam sistem ekono mi

yang dipengaruhi oleh sumber galian dan pemerintah kerajaan tersebut ketika Perang

(6)
(7)

Kerajaan Mamluk

Kerajaan Mamluk merupakan kerajaan yang berkesinambungan daripada kerajaan

Ayyubiyyah (Abdullah, 2013). Kerajaan ini diasaskan oleh al-Ashraf Musa selepas

mengahwini sultanah pertama Ayyubiyyah iaitu Shajarat al-Durr dan beliau juga pernah

menjadi ketua pemerintah tanah Homs semasa di bawah kerajaan Ayyubiyyah

(Humprheys,1977). Ada juga pendapat yang mengatakan Shajarat al-Durr merupakan

pemerintah pertama kepada kerajaan Mamluk pada tahun 648H/1250M. Kerajaan ini

mempunyai dua tempoh masa yang berbeza dari aspek tampuk pemerintahan iaitu Bahri

dan Bujri Mamluk. Bahri Mamluk dinamakan atas dasar idea al-Salih Ayyub

mewujudkan kumpulan tentera ini dan menempatkan mereka di Kepulauan Raudhah

bersebelahan dengan Sungai Nil manakala Bujri Mamluk pula dinamakan sedemikian

kerana nama tempat puak Ataybek yang mana puak baharu yang memerintah kerajaan

Mamluk di Abraj al-Qala‟ah (Abdullah, 2013).

Penempaan mata wang di bawah kerajaan Mamluk secara rasminya semasa

pemerintahan Baybar I. Pada permulaan kemunculan mata wang kerejaan tersebut masih

mengekalkan mata wang emas, perak dan gangsa, kemudiannya penempaan mata wang

emas dan gangsa sahaja pada pemerintahan Baraka Qan dan seterusnya hanya mata wang

gangsa sahaja yang digunakan dalam sistem ekonomi pada akhir pemerintahan kerajaan

Mamluk. Hal ini disebabkan pengurangan sumber asli untuk menghasilkan mata wang

yang baru dan perubahan dalam tukaran mata wang semasa perdagangan berlaku (Balog,

(8)
(9)
(10)
(11)

Kerajaan Fatimiyyah

Kerajaan Fatimiyyah telah diasaskan oleh Ubaidillah al-Mahdi pada tahun 909M/296H ;

berlakunya rampasan kuasa daripada pemerintahan Aghlabiyyah di Qairawan. Kerajaan

ini merupakan kerajaan Islam bermazhab Syiah pertama di Afrika Utara (Bakar, 2011).

Pada tiga pemerintah kerajaan Fatimiyyah yang pertama, penggunaan model mata wang

emas dan perak bagi kerajaan Aghlabiyyah masih digunakan. Walaubagaimanapun,

terdapat penambahan dalam mata wang kerajaan Fatimiyyah iaitu tempat penempaan

mata wang (Qairawan), al-Mansuriyya dan al-Mahdiya serta penulisan kaligarfi kufi (Ali,

1999).

Selepas beberapa sesi pemerintahan kerajaan Fatimiyyah, banyak lagi perubahan

reka bentuk mata wang bagi menonjolkan pegangan mazhab Syiah dan kekuasaan

pemerintah. Sebagai contoh, penempaan mata wang diubah penulisan kaligarfi kufi

dengan ayat yang baru iaitu “dan Ali bin Abi Talib adalah calon Nabi dan wakil

terbaik, suami kepada Radiant Chaste One” malah ditambah juga nama pemerintah

semasa bagi kerajaan Fatimiyyah. Selain itu, reka bentuk telah diubah dengan melukis

garisan yang berbentuk bulat di bahagian tengah untuk diletakkan nama pemerintah dan

ayat yang mengangkat mazhab Syiah di kerajaan tersebut (Ali, 1999).

(12)

Empayar Besar Saljuk

Kerajaan Saljuk mula menempatkan diri mereka dalam perluasan kuasa sejak

mengalahkan kerajaan Ghaznawi di Khurasan pada tahun 429H/1038M dan menawan

Baghdad dari tangan bani Buwaih pada tahun 447H/1055M setelah mendapat laluan

mudah daripada khalifah. Kerajaan Saljuk terbahagi kepada beberapa jurai iaitu Saljuk

Agong di Iraq dan Parsi, Syria dan Kirman (Bakar, 2001). Hal ini disebabkan perubahan

pusat pentadbiran mengikut kehendak pemimpin semasa bagi kerajaan Saljuk. Oleh itu,

kerajaan ini telah mencipta sejarah dalam pelbagai aspek terutamanya ekonomi dan

politik.

Dua syiling milik Ala al-Din Kaykubad II Ibn Kay-Khusraw I (1236-1246 AD)

dan lima syiling milik tiga raja KilijArsalan IIII, Kay-kavus II dan Kay-kubad II

(1245-1256 AD) (KilijArsalan III, Kaykavus II & Kay-kubad II ialah keturunan Kaykhusraw II

1236-1246 M), satu syiling milik untuk KilijArsalan III (1201 AD) dan satu syiling milik

Kay-kavus II Ibn Kay Khusraw II (1217-1235 AD). Nama-nama mereka pada syiling dan

tempat pudina telah terukir. Syiling mempunyai mint di Konya, Sivas dan Gumushbazar.

Berat syiling berbeza di antara 2.39 hingga 3 gr. Syiling yang berikut boleh dilihat

daripada Lampiran Kerajaan Saljuk Rom (Masjedi. P., Khademi F., Hajivaliei. M.,

Kouhpar. S. M. M., Neystani J. 2012).

(13)

2.0 MATA WANG KERAJAAN SALIB

Kerajaan Salib masih bergiat aktif dalam bidang perniagaan dan perdagangan semasa

Perang Salib. Antara kerajaan Islam yang terlibat semasa Perang Salib adalah kerajaan

Antioch, Kota Edessa, kerajaan Tripoli dan kerajaan Armenia Cilicia.

Kerajaan Antioch

Syiling terawal yang dicetak di Antioch menyerupai syiling di kota Edessa dengan meniru

bentuk syiling tembaga Byzantine dan mengaplikasikan ukiran bahasa Greek dan Latin.

Dalam masa beberapa tahun untuk memerintah Antioch, Bohemond mula menempa

syiling dengan ukiran gambar St Peter, Datuk bandar, tangan yang memohon keampunan

dan sebelah tangan lain memegang salib. Sebelum Perang Salib I, Bohemond

memperolehi gambar St Peter untuk dijadikan tempaan rasminya dan sampel contohnya

yang masih kekal hingga hari ini terdapat di La Basilica di S. Nicola di Bari, Itali.

Bahagian sebelah syiling tersebut ditempa dengan nama singkatan Bohemond

(BHMT) bersama dengan bentuk Salib. Tetapi kemudiannya penempaan gambar St Peter

diteruskan oleh sepupu beliau Tancred Hauteville yang menggantikannya sebagai putera

Antioch bermula 1103 hingga kematiannya 1112. Ketika zaman Tancred, terdapat empat

jenis syiling yang dihasilkan sama ada terdapat gambar St Peter atau Christ (Porteous, J

:1989). Tetapi syiling yang menjadi perdebatan adalah yang mempunyai gambar Tancred

yang mengangkat pedang pada sebelah tangan kanan dan memakai tengkolok di atas

(14)

Gambar 7 : Syiling Tembaga Bohemond (BHMT)

Pemakaian tengkolok di atas kepala itu menjadi perbincangan tentang persoalan

tujuannya. Ada pendapat mengatakan mewakili Turban dan keinginan Tancred untuk

menggalakkan penggunaan mata wang tersebut di pasar tempatan utara Syria. Pendapat

lain berpendapat mungkin ia sebagai bukti kepantasan praktis asimilasi timur putera

tentera Salib tersebut, David Metcalf mengklasifikasikannya sebagai gambaran khayalan

semata-mata. Pendapat lain turut berpendapat ia adalah contoh dari syiling Trebizond

dan turban tersebut di terjemahkan sebagai „halo‟.

Pengganti Tancred terus menggunakan simbol keagamaan dari Greek dan Latin

pada syiling mereka. Roger Salerno (1112-1118) adalah orang pertama yang tidak

menggunakan perkataan “servant of Christ” pada syilingnya dan mengumumkan dirinya

PRIGKP / OC (Putera). Fakta yang menarik pada syiling Roger ini adalah kerana terdapat

gambar terawal St George dan gambar naga. Apabila anak Bohemond, Bohemond II

(1126-1130), datang ke Antioch beliau meneruskan kembali tempaan syiling seperti

bapanya dahulu, penggunaan semula gambar St Peter. Bohemond II adalah syiling

tembaga yang terakhir di kota Antioch dan ia petanda kepada pengakhiran pengaruh mata

wang syiling Salib Byzantine Antioch(Porteous, J :1989).

(15)

Mata Wang Denier Aloi Antioch

Pada pertengahan abad ke-12 harga Frank di kota Salib Antioch, Tripoli dan Jerusalem

mula membuat sistem membuat sistem mata wang barat Denier dari jenis tembaga dan

aloi. Sistem mata wang ini sangat jarang diketahui di Mediterranean timur dan

penggunaan Deniers oleh tentera salib menandakan peralihan dalam ekonomi di rantau

ini. Di kota Antioch, Raymond Poitier (1136-1149) yang memulakan penempaan syiling

jenis mata wang barat. Syiling ini sangat unik dan susah untuk ditemui, jadi tidak

menghairankan bahawa terdapat hanya satu contoh di Muzium Order St John.

Gambar 9 : Syiling Raymond Poitier (1136-1149)

Pemerhatian yang mendalam mendapati syiling itu mempunyai gambar kepala

manusia yang dikelilingi oleh nama yang mahsyur RAIMVNDVS manakal sebelah lagi

ditempa nama kota Antiochie bersama tanda Salib yang pendek. Anaknya, Bohemond III

(1149-1201) meneruskan tempaan syiling jenis ini dalam jangka masa 15 tahun,

mengubah nama Raymond kepada namanya sendiri hingga pertengahan tahun 1160

apabila syiling yang mempunyai ukiran kepala tadi ditukar kepada mata wang baru.

Bahagian muka depan syiling baru Bohemond III menggunakan simbol yang unik

dan didapati ia pernah ditempa sebelum ini. Simbol itu menunjukkan gambar lagenda

yang menggunakan nama putera Raja memakai topi keledar yang diletakkan Salib

menutupi hidung. Topi keledar ini juga mempunyai kain yang menutupi hingga leher.

Tiada mata wang atau syiling sama ada dari barat atau timur yang menggunakan simbol

(16)

Gambar 10 : Syiling Bohemond Berukir Topi Perisai.

Untuk melihat perbandingannya kite perlu lihat pada sudut medium seni yang lain,

luar daripada Mediterranean timur. Perbandingan pertama dapat dilihat dari lukisan

dinding dalam kuil di Cressac-Saint-Genis (Charente) yang dihasilkan lingkungan tahun

1200. Lukisan ini menggambarkan salah satu babak dari peperangan Battle of Antioch

(1098) dengan tentera Salib dimana perisai berbentuk layang-layang dan topi

keledar-pelindung hidung ditunjukkan adalah sama bentuk dengan syiling yang dinyatakan diatas.

Perbezaan kedua yang menarik disini dapat ditemui adalah ilustrasi Bible (KB,76F5)

dalam Royal Library di The Hague yang dihasilkan di Perancis antara 1190 dan 1200.

(17)

Gambar 12 : Lukisan Dinding Dalam Kuil di Cressac-Saint-Genis (Charente)

Satu ilustrasi menunjukkan pelan kota Jerusalem dan dibawah pelan tersebut

terdapat sekumpulan perajurit berada atas kuda memakai topi dan perisai.Bentuk topi

perisai yang terdapat pada syiling mungkin boleh disimpulkan bahawa pengaruh mata

wang bangsa Frank di Timur Latin pada abad ke-12 semakin berkurang. Kuantiti syiling

yang dihasilkan Bohemond III adalah banyak dan kebanyakan syiling tentera Salib yang

masih kekal berada dalam simpanan muzium seperti Museum of the Order of St John

yang mempunyai 68 sampel jenis syiling ini. Syiling jenis ini terus digunakan sehingga

era kejatuhan Antioch pada tahun 1260.

Pada masa itu, banyak versi syiling telah dikenalpasti tetapi kesemuanya

bercirikan topi keledar dan tanda salib yang terbalik. Apabila kaitan kronologi dengan

syiling ini dapat dipastikan ia membuktikan bahawa kronologi sebenar yang tepat susah

untuk dikenalpasti. Ini bermaksud putera Antioch Bohemond mana yang ditempa pada

syiling sukar untuk dikenalpasti. Perubahan mata wang boleh dilihat ketika zaman

pemerintahan Raymond Roupen‟s (1216-1219) di mana menggantikan nama Bohemond

di syiling dengan namanya sendiri iaitu singkatannya RVPINVS. Isu terbaru jenis syiling

topi keledar denier adalah saiz syiling yang semakin kecil untuk mengurangkan berat

(18)

Gambar 13 : Topi Perisai Perajurit

Dalam tempoh yang lama dan kebiasaan penggunaan syiling Antioche semasa

akhir era abad ke-12 dan awal abad ke-13 mungkin mempengaruhi penempa tempatan.

Dalam perbincangan miniatur ketika pertengahan abad ke-12 Antiochene codex of

William of Tyre‟s History of Outremer (Rome, Bibl. Apostolica Vaticana MS Lat.Pal.

1963) Jaroslav Folda mencatatkan bahawa dalam satu babak (fol.49r, book6), terdapat

peristiwa di mana tentera Salib menyerang penduduk Antioch, kota tersebut dirampas

dimana penempa pada ketika itu sudah selesa dengan kota itu. Tambahan lagi, dikatakan

tentera Salib ketika itu dilihat secara langsung mempunyai pengaruh topi perisai denier

malah tanda Salib di sebelah topi perisai telah mula dihasilkan oleh para penempa besi.

Dikatakan para penempa tersebut bukan sahaja tidak biasa dengan topografi kota itu,

malah mata wang yang digunakan juga mereka tidak tahu (Porteous. , 1989).

Lain-Lain Syiling Di Antioch

Selain dari syiling awal tembaga Byzantine dan Aloy deniers, pelbagai jenis syiling

tembaga ditempa dan digunakan oleh kerajaan Antioch. Kebanyakannya sukar untuk

dijumpai sekarang kerana jarang ditemui dalam simpanan. Oleh itu ia sukar untuk

ditentukan tarikhnya. Sesetengah syiling menggunakan nama Bohemond, tapi banyak

yang tiada nama hany diletakkan istilah Putera Antioch. Museum of the Order of St John

hanya mempunyai empat syiling tembaga Antioch didalam koleski. Tiga daripadanya

adalah menggunakan nama Bohemond yang dipanggil fleur-de-lis dan yang terakhir

mempunyai ukiran hruf besar B di bahagian muka depan syiling dengan nama

(19)

Kota Edessa

Kota Edessa merupakan kota pertama yang ditubuhkan dan secara geografinya ia adalah

kota terbesar tentera Salib. Kota ini jugalah yang pertama mereka jatuh. Pada 1098

Baldwin Boulogne berpisah dari tentera Salib dan yang mana menuju ke Asia

Minor(Turki Moden). Ketika beliau dijemput oleh Putera Edessa yang baru sahaja

dilantik iaitu Toros untuk menjadi anak lelaki dan warisnya, Baldwin bergerak ke arah

Timur, menyerang dan merampas dua buah kubu dengan bantuan orang Armenia.

Baldwin Boulogne tiba di Edessa pada 6 Februari 1098, tetapi sebulan kemudian beliau

terbunuh ketika cuba melarikan diri dari rusuhan penduduk Armenia di bandar. Pada 10

March 1098 Baldwin mengambil alih kota Edessa dan menjadi pengganti yang pertama

pemerintah kota Edessa(Porteous, J :1989).

Gambar 14 : Syiling dengan nama Bohemond

Mata wang Syiling Di Kota Edessa

Ketika memerintah kota Edessa, beliau tidak dapat dipastikan sama ada pernah

mengeuarkan syiling beliau atau tidak. Apa yang dapat dikenalpasti bahawa pengganti

beliau dan sepupunya Baldwin II adalah yang pertama menempa mata wang syiling. Mata

wang syiling yang pertama di hasilkan di kota jiran Antioch dan mata wang syiling ini

mempunyai ciri-ciri mata wang syiling tembaga Byzantine. Mata wang tersebut boleh

dibahagikan kepada dua fasa. Fasa yang pertama adalah mata wang syiling jenis berat dan

yang kedua mata wang syiling jenis ringan. Di Museum of the Order of St John tidak

terdapat sampel fasa mata wang syiling berat, tetapi mempunyai lima sampel mata wang

syiling ringan. Perubahan yang kepada syiling jenis ringan berlaku pada era pemerintahan

Baldwin II sekitar tahun 1110, dan ini juga mungkin menyebabkan beliau ingin

(20)

Ikonografi yang terdapat pada mata wang ini sangat menarik bukan sahaja unik

bagi Edessa tetapi mempunyai agenda propaganda. Gambar ini dicipta semula pada muka

hadapan mata wang syiling Baldwin II siri berat, yang menunjukkan perajurit yang

lengkap berperisai mengangkat pedang dan perisai. Pada mata wang syiling jenis ringan

pula, perisai digantikan dengan tanda Salib, memakai kot dan topi perisai bersama pedang

di tangan kanan dan lambing Salib di sebelah kiri. Lambang ini adalah lambing pertama

perajurit tentera Salib ditempa pada mata wang syiling. Ciri ikonografi yang terdapat

pada syiling ini berbeza dengan ciri-ciri Byzantine yang mempengaruhi mata wang

syiling Edessa yang lain. Mungkin untuk melihat mata wang syiling yang paling hampir

ciri-cirinya terdapat pada syiling yang dihasilkan oleh Roger I Sicily, yang menunjukkan

perajurit yang sama berpakain lengkap berperisai tetapi berada atas kuda. Syiling Edessa

ini dikatakan diambil dari pengaruh Italo-Norman (Porteous, J :1989).

Simbol-simbol yang terdapat pada syiling-syiling ini sangat menarik untuk diteliti.

Baldwin II menggunakan syiling ini untuk memasukkan gambar beliau sebagai seorang

tentera Salib yang sebenar yang dilengkapi simbol perajurit, pedang dan juga beliau cuba

menampilkan matlamat rohani Perang Salib dengan memegang panji salib. Gambaran

yang cuba dibawa ini mungkin tepat dengan simbol pedang yang berada disisi perajurit

dan panji Salib yang dijulang. Simbol ini cuba menggambarkan mereka tidak

mengutamakan perang sebagaimana simbol yang terdapat pada mata wang syiling jenis

berat tetapi bahkan menjulang panji salib. Sebahagian syiling-syiling ini terdapat

ukiran-ukiran tulisan inskripsi iaitu BAΔT ΔOINOC ΔOVΛO CTAY yang bermaksud Baldwin,

Servant of the Cross. Syiling tembaga ini adalah yang terakhir ditempa di Edessa sebelum

terlepas dari kuasa tentera Salib pada 1144 (Porteous, J :1989).

(21)

Gambar 16 : Syiling yang tidak diketahui tetapi menggunakan nama Baldwin

Mata wang Syling Asing Di Muzium Order Of St John

Terdapat satu lagi syiling dalam koleksi muzium Order of St John yang boleh dikaitkan

dengan syiling Edessa. Syiling perak ini berada dalam keadaan tidak baik, pecah kepada

dua keping. Bahagian muka depan syiling ini mempunyai empat garisan tulisan iaitu

BAΔΛ/ OϒIHOC/ ΔECΠO / THC (Baldwin Despot), manakala disebalah yang lain pula

terdapat tanda Salib beserta tulisan IX- XC / NI – KA (Christ conquers). Terdapat

pendapat yang mengatakan ia mungkin dihasilkan di Edessa dimana Baldwin menjadi

pemerintah, Jerusalem ketika menjadi raja atau Antioch sebagai gabenor kerana syiling

tersebut menggunakan nama Baldwin. Kombinasi penggunaan nama Baldwin dan

gelaran despot (pemerintah), mungkin sama kedudukan dengan raja Byzantine boleh di

ketengahkan syiling ini adalah syiling Jerusalem tetapi dari segi bahasa dan rekabentuk

tidak menunjukkan ia dari Jerusalem (Porteous, J :1989).

Kerajaan Armenia Cilicia

Pengilhakan Armenia Teragung oleh Empayar Byzantine yang terletak di antara Black

Sea dan Caspian Sea pada pertengahan abad ke-11 dan penaklukan yang dijalankan

Seljuk ke atas kawasan ini menyebabkan ramai penduduk Armenia meniggalkan kota

tersebut dan menuju ke barat. Mereka mencari tempat perlindungan di kawasan pantai

timur Mediterranean Turki dan akhirnya berjaya meletakkan asas kerajaan pada tahun

1080 (Der Nersessian, S. 1962). Dari tarikh ini hingga 1099, terdapat lapan orang Putera

yang memerintah beberapa kawasan di Cilicia. Putera yang terakhir adalah Prince Leo II

yang mana menjadi Leo King of Cilicia dengan bantuan Maharaja German Henry IV

pada tahun 1099. Sebelum pelantikan Leo I hanya sedikit syiling yang dihasilkan, namun

(22)

daripada semua itu tersimpan dalam muzium atau simpanan persendirian. Muzium Order

of St John menyimpan 33 syiling dari jenis tersebut.

Raja Leo I (1199-1291)

Raja Leo I menghasilkan syiling yang mempunyai beberapa perbezaan pada muka

hadapan syiling dan belakangnya. Mungkin perkara yang mengelirukan adalah yang

dikatakan kronologi pertabalan. Apa yang menarik pada ikonografi syiling itu ialah

seorang raja melutut di hadapan seseorang yang berkaliber dengan menghulurkan tangan.

Para sejarawan mengenalpasti simbol ini sebagai menceritakan pengujaran Raja oleh

Christ. Analisis terdekat yang dibuat ke atas babak ini mendedahkan ia perlu dibaca

secara berlainan dan orang yang berdiri tersebut adalah Virgin Mary. Oleh itu, tidak

mungkin syiling ini dihasilkan sempena peringatan pertabalan diraja. Syiling itu

dihasilkan selama bertahun-tahun dan raja ketika itu sudah memerintah dengan adil tetapi

masih mencari bantuan perlindungan dari Empayar Virgin (Kouymjian, D. :1980).

Gambar 17 : Syiling Leo I

Perkara lain yang boleg ditengok ialah pertabalan raja yang mana ciri-cirinya

sama dengan syiling German. Leo I dilantik sebagai Raja sebelumnya adalah sekadar

putera melalui bantuan Maharaja German Henry VI. Di sebelah lain syiling didapati

terdapat dua ekor singa atau seekor singa yang memakai mahkota memegang salib.

Mungkin ini tanggapan Agnus Dei terhadap syiling tentera Salib yang lain. Levon I juga

mengeluarkan banyak syiling tembaga yang mempunyai simbol singa yang memakai

mahkota di mu depan syiling dan bahagian belakang syiling terdapat tanda Salib

(23)

Hetuom I (Kematian 1271)

Leo meninggal pada tahun 1219 dan melantik anak perempuannya sebagai Isabel sebagai

penggantinya kemudiannya Isabel mengisytihar dirinya Permaisuri. Isabel berkahwin

dengan Putera Philip dari Antioch (anak Bohemond IV) dan kemudiannya dipaksa pula

kahwin dengan Hetuom.

Syiling Hetuom, beliau mengiktiraf bahawa permaisuri itu sebagai jalur keturunan

diraja melalui bersama dengan permaisuri, kedua-duanya memakai pakaian diraja dan

memegang Salib. Di sebelah belakang syiling menunjukkan singa dipakaikan mahkota

dan salib yang juga dapat dilihat pada syiling Leo I. Hetuom juga mengeluarkan syiling

yang diukir raja memegang salib diatas kuda. Syiling tembaga Hetuom berbeza dengan

syiling yang dikeluarkan oleh Leo I yang menunjukkan pertabalan diraja. Hetuom turun

takhta 1269/1270 dan menghabiskan saki baki hidupnya sebagai sami.

Gambar 18 : Syiling Hetuom I

Pemerintahan Kemudian

Apabila Hethuom turun takhta, anaknya Leo II mengambil alih tugas bapanya. Beliau

meneruskan pengeluaran syiling bapanya yang mempunyai simbol raja di atas belakang

kuda. Hetuom II tidak mengeluarkan syiling perak seperti penggantinya yang lain,

sebaliknya belaiu lebih cenderung mengeluarkan syiling tembaga dan aloi yang

menunjukkan pengaruh syiling tentera Salib Latin. Raja selepas Hetuom II sehingga

kejatuhan empayar Armenia pada pertengahan abad ke 14 banyak menghasilkan syiling

jenis yang sama seperti sebelumnya iaitu gambar raja berada di belakang kuda. Hal ini

membuktikan gambar ini sangat popular dikalangan raja-raja Armenia (Kouymjian, D.

(24)

Gambar 19 : Syiling Leo II

Kerajaan Tripoli

Kota terakhir yang ditubuhkan oleh tentera Salib adalah Kota Tripoli. Kejayaan ini adalah

penting kerana kota ini berada pada kedudukan startegik. Dari segi geogarfi, kota ini

berhubung dengan utara Kota Antioch dan Edessa serta selatan Empayar Jerusalem.

Raymond St Gilles merupakan pemerintah Toulouse telah mula memberi perhatian

dengan kejayaan kepungan pertama menentang Tartus, dan kemudian pada 1102

mengatur satu lagi kepungan di kawasan terpenting di Tripoli. Tripoli tidak pernahnjatuh

sehingga tahun 1109, lama selepas kematian Raymond apabila anaknya tiba bersama

askar baru. Bertram menjadi pemerintah pertama Tripoli dan keluarga St Gilles

memerintah kota ini hingga 1187 apabila ia diserahkan melalui waris ke Antioch

seterusnya kota ini ditawan oleh tentera Mamluk pada tahun 1289 mengakhiri

pemerintahan tentera Salib di kota ini. Walaupun kota ini banyak mendapat keuntungan

dari pertanian di Jerusalem namun masih banyak lagi medium lain. Buktinya dapat dilihat

melalui mata wang syiling mereka (Porteous, J :1989).

Syiling yang dikeluarkan di Tripoli agar sukar untuk dikaji kerana kekurangan

bukti yang tertimbus. Tetapi susur galur siri Tripolitan nampaknya jelas. Lebih 179 tahun

sejarah, banyak jenis mata wang syiling dikeluarkan melalui perkembangan cara mereka.

Hingga 1266 sekurang-kurangnya tiga cara telah digunakan: bezant emas, denier aloi dan

syiling tembaga. Selepas tahun 1266, semakin lama syiling telah berubah bentuk menjadi

baru.

Mata Wang Bezant Emas

Pemerintah Tripoli menghasilkan syiling melalui tiruan dari dinar emas Islam, sama

(25)

Empayar Latin berasakan dinar kerajaan Fatimiah ketika zaman khalifah al-Amir dan

syiling yang ditempa di Tripoli adalah berasaskan beberapa rekabentuk yang diambil

pada awal zaman khalifah al-Mustansir. Bezant yang ditempa di Tripoli sangat unik dan

nisbah kandungan emas sehingga 87%. Semua emas bezant Tripoli selepas itu

dikurangkan kepada 62% kandungan emas, pembaharuan yang dapat dilihat pada syiling

emas empayar Latin.

Tarikh kemerosotan syiling emas ini dilihat dalam lingkungan tahun 1187 dan

1188, zaman penaklukan Salahuddin al-Ayyubi. Syiling pertama yang ditempa mengikut

piawaian baru adalah kasar berbanding masa awal. Reka bentuk selepas itu telah

diubahsuai dengan dimasukkan huruf B dan T yang mewakili Bohemond dan Tripoli.

Syiling akhir makin berubah dimana tanda Salib berada di tengah-tengah reka bentuk.

Tanda salib yang diletakkan dalam reka bentuk dilihat sebagai respon terhadap surat Paus

pada tahun 1250 yang mengharamkan syiling Pseudo-Islam yang menggunakan nama

Mohammed dan bilanagan tahun kelahirannya.

Gambar 20 : Simbol Bintang dan Bulan Sabit

Mata Wang Aloi Denier

Kota Tripoli adalah kota tentera Salib yang pertama menghasilkan Aloi denier dengan

ciri-ciri Frank sama ada menggunakan nama Bertram (1109-1112) atau yang tidak

diketahui nama masih boleh dikaitkan dengan Bertram. Syiling ini sangat unik dan jarang

dijumpai berdasarkan kajian yang menyeluruh berkenaan mata wang syiling Tripoli

hanya menjumpai lima syiling Tripoli. Ia juga mempunyai tempoh masa pembuatan di

Tripoli antara syiling dan denier.

Simbol bintang dan bulan sabit Denier Raymond II/III pada akhir tahun 1140

(26)

dengan garisan 30-35 pelet di bawah bintang bercahaya. Pada tafsiran Heraldic ia

difahami sebagai matahari dan bulan yang mempunyai simbol sama dengan syiling yang

dihasilkan di Provence. Syiling aloi setersunya diperkenalkan adalah yang mempunyai

denier yang mempunyai lambang bintang. Syiling pertama yang dikeluarkan

menggunakan nama Raymond dan jug dikeluarkan oleh Raymond III pada tahun 1173.

Kualiti ciri-ciri syiling ini adalah sangat bagus. Tetapi sayangnya kualiti ini tidak

dijaga pada pemerintahan Bohemond IV yang memerintah kota Tripoli pada 1187 yang

mana pernah menjadi putera kota Antioch pada 1201.Syiling yang terdapat nama

Bohemond IV dikenali sebagai denier „ciri kasar‟. Sangat susah untuk ditentukan tarikh

apabila syiling denier berbentuk bintang dan terdapat nama Bohemond IV ini dihentikan

penegluarannya tetapi sekitar tahun 1230 syiling baru diletakkan simbol bintang mula

ditempa semula (Porteous, J :1989).

Gambar 21 : Syiling Aloi Denier

Dalam turutan pengeluaran syiling di Tripoli terdapat tempoh yang dikatakan

senyap dari pengeluaran wang sehinggalah proses pengeluaran ini diteruskan sekitar

tahun 1260-1270 yang memperkenalkan gros perak.

Mata Wang Syiling Tembaga

Syiling tembaga yang dikeluarkan di Tripoli adalah ketika separuh awal abad ke-12

dimana mempunyai tulisan RAIMUNDI COMITIS/MONETA TRIPOLIS dan tanda

Salib serta menggunakan nama Raymond II (1137-52). Jenis tembaga awal yang lain

yang juga dikenali dengan simbol kuda dan tanda Salib. Rekabentuk ini mendapat

inspriasi dari tanah air House of St Gilles of Tripoli, di mana syiling yang sama turut

(27)

Gambar 21 : Syiling Tembaga Agnus Dei

Syiling tembaga ini bermula selepas tembaga Agnus Dei di Tripoli mula di tempa.

Pada ketika itu juga jenis denier baru yang menggunakan simbol „bintang dan anak bulan‟

yang sama dengan syiling tembaga turut di perkenalkan. Variasi dalam rekabentuk

mungkin boleh anggarkan yang mereka menggunakan rekabentuk yang sama dalam

tempoh masa yang lama. Syiling tembaga ini kemudiannya digantikan dengan simbol

istana atau kubu di muka hadapan syiling dan di sebaliknya diletakkan simbol Salib.

Syiling yang mempunyai simbol istana ini diperkenalkan sekitar tahun 1173 (Porteous, J

:1989).

Gambar 21 : Syiling Tembaga Agnus Dei

Mata Wang Syiling Gros Perak

Dalam tempoh 20 tahun sebelum kejatuhan Tripoli pada tahun 1289, mereka mula

mengeluarkan gros perak yang besar yang mana beratnya sama dengan gros tournois

Perancis. Kemunculan ini datang dari polisi penempaan syiling yang mana mereka sangat

cakna pada isu aloi dan tembaga. Terdapat dua jenis gros daripada di Tripoli. Jenis yang

pertama adalah yang menggunakan nama Bohemond atau Bohemond VI (1251-75) or VII

(1275-87). Setiap denier aloi yang dihasilkan sebelum ini mempunyai simbol Salib dan

bintang berbucu tetai ciri-ciri gros adalah lebih gah dan dikelilingi sudut dan lengkung.

Jenis yang kedua adalah syiling Boheomond VII. David Metcalf mengatakan

(28)

menara istana dikelilingi 12 lengkungan dibahagian belakang syiling. Manakala John

Porteous menerangkan rekabentuk syiling ini sebagai sangat tradisional atau lama bagi

syiling tentera Salib dan simbolik pada kehidupan Salib serta ia adalah antara syiling

yang terbaik antara semua syiling yang dihasilan oleh goongan Frank Syria dan Palestin.

Syiling-syiling ini adalah syiling yang terkahir yang dikeluarkan di kota Salib dan tidak

lama dalam kitaran wang hingga Tripoli diserahkan menyerah kalah Mamluks pada tahun

1289.

(29)

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, mata wang yang terdapat di kedua-dua kerajaan mempunyai

pelbagai bentuk, rupa dan jenis yang berbeza. Setiap ciri mata wang melambangkan

sistem pemerintahan semasa mata wang tersebut ditempa. Hal ini kerana setiap

pemerintah atau sultan ingin menonjolkan kekuasaan mereka di seluruh wilayah utama

dan tanah jajahan mereka di samping meningkatkan taraf ekonomi kerajaan mereka

dengan menggunakan martabat mereka. Oleh itu, mata wang ini banyak menyumbang

kepada meningkatkan taraf kerajaan dan kemegahan pemerintah dalam aspek ekonomi.

Mata wang bagi keseluruhan kerajaan Islam dan Salib banyak menggunakan

emas, perak dan gangsa. Kerajaan-kerajaan ini mempunyai banyak sumber galian yang

berbeza mengikut tempat dan kilang penempaan utama bagi setiap kerajaan. Sehubungan

dengan itu, kadar pengeluaran bagi setiap mata wang adalah bergantung kepada sumber

galian di kerajaan-kerajaan tersebut. Selain itu, mata wang ini juga mempunyai

penamaan mata wang yang berbeza seperti dinar, dirham, aloi dan denaer. Oleh itu,

kesemua ciri dan nilai wang yang digunakan banyak dipengaruhi oleh kadar nilai dan

berat emas yang digunakan pada pemerintahan kedua-dua kerajaan tersebut.

Mata wang ini banyak digunakan dalam dunia perniagaan dan perdagangan

semasa berlakunya Perang Salib. Malah, barangan asasi seperti makanan, minuman dan

pakaian serta peralatan perang memerlukan kepada penggunaan wang yang seragam dan

boleh digunakan di kesemua kerajaan. Oleh itu, emas dijadikan sebagai penentu kepada

nilai mata wang semasa Perang Salib. Sehubungan itu, kerajaan Islam merupakan

pengeluar syiling emas yang banyak maka merekalah yang memegang dunia ekonomi

pada ketika itu. Maka, fungsi dan jenis mata wang di kedua-dua kerajaan ini mempunyai

pelbagai latar belakang yang berbeza sama ada dari segi pembuatan dan pengeluaran serta

(30)

RUJUKAN

Ali, W. 1999. The Arab Contribution to Islam Art from the 7th-15th Centuries. Jordan :

The American University in Cairo Press & The Royal Society Fine Arts.

Bakar, I. 2001. Kemelut Politik Zaman Umawi dan Abbasi. Bangi : Universiti

Kebangsaan Malaysia.

Balog, P. 1964. the Coinage of the Mamluk Sultans of Egypt and Syria. New York : The

American Numismatic Society.

Humprheys, R. S. 1977. From Saladin to the Mongols : The Ayyubids of Damascus,

1193-1260. State University of New York Press Albany : New York.

Kouymjian, D. 1980, „The iconography of the “coronation” trams of King Levon I” in

Armenian Numismatic Journal commemorative issue, 67-74

al-Maghluth, S. A. 2013. Atlas Tarikh al-„Ashr al-Mamluki. Al-Riyadh : Maktabah

Obekan.

Masjedi, P., Khademi F., Hajivaliei. M., Kouhpar. S. M. M., Neystani J. 2012. Elemental

Analysis Of Silver Coins Of Seljuk's' Of Rome By Pixe: A Case Study.

Mediterranean Arhaeology and Archaeometry, Vol. 13, No 1. Iran : Tarbiat

Modares University.

Nersessian, S. D. 1962, „The Kingdom of Armenia‟ in Setton, K. M. (ed.) A History of

the Crusades, vol. II (Philadelphia) 630-659

Poole, S. L. 1879. The Coinage of Egypt (A.H 358 – 922) Under The Fatimee

Khaleefehs, The Ayyoobees, and The Mamlook Sultans Classes XIV, XV, XVI.

Catalogue of Oriental Coins in the British Museum. Vol. IV. London : Order of

The Trustees.

Poole, S. L. 1894. The Mohammadian Dynasty : Cronological and Genealigical, Tables

and Historical Introductions. United Kingdom : Westmister Achinbald

(31)

Porteous, J. 1989. „Crusader Coinage with Greek or Latin Inscriptions‟ in K.M. Setton

(ed) A History of the Crusades, volume vi (Madison: University of Wisconsin

Press), pg. 354-387

Thomas, E. 1866. Sassanian Gems And Early Armenian Coins. The Numismatic

Chronicle and Journal of the Numismatic Society, New Series,Vol. 6 (1866), pp.

241-248. London: Royal Numismatic Society.

Watson, A. M. 1967. Back to Gold and Mint. Wiley, Economic History Society. The

Economic History Review, New Series, Vol. 20, No. 1 (Apr., 1967), pp. 1-34

Yaakob, S. E. 2001. Sejarah Dinar Emas dan Kronologi Pertukaran Mata Wang Dunia.

Jurnal Al-Tamaddun, Bil. 4 (2009) 107 – 127. Universiti Kebangsaan Malaysia.

http://www.bearersofthecross.org.uk/interpreting-the-collections/crusader-coins-museum-order-st-john/cilician-armenia/27/12/2016

http://www.bearersofthecross.org.uk/interpreting-the-collections/crusader-coins-museum-order-st-john/edessa/#_edn7 27/12/2016

Gambar

Gambar 1 : Kerajaan Ayyubiyyah (Poole, 1879)
Gambar 2 : Mata wang Kerajaan Mamluk
Gambar 3 : Mata wang Kerajaan Mamluk
Gambar 4 : Mata wang Kerajaan Mamluk (Balog,1879)
+7

Referensi

Dokumen terkait

Asosiasi Profesi sebagaimana dimaksud dalam Pasal 5 ayat (8) menyampaikan dokumen Pemohon dan Berita Acara Hasil Verifikasi dan Validasi Awal Dokumen Permohonan dengan

Yaitu suatu gerakan yang menunjukkan arah perkembangan secara umum (kecenderungan menaik/menurun) data deret waktu dalam jangka panjang, yang biasanya lebih dari

• Sambungan antara dinding Sambungan antara dinding prefabrication  prefabrication dengan bangunan utama mengacu pada dengan bangunan utama mengacu pada. SNI

Dari uraian di atas tentang pengertian waris dapat dipahami, bahwa yang dinamakan waris atau warisan adalah peralihan atau pemindahan kekayaan yang ditinggalkan oleh orang

Kemudian fokusnya adalah pada beberapa Kepala Keluarga Dusun Bukitsari Bali yang melakukan konversi agama dari Hindu ke Kristen Protestan, ketika

|jejakseribupena.com, Soal dan Solusi Simak UI Matematika Dasar, 2010

Untuk mendukung peralatan dalam suatu gedung distribusi Listrik merupakan salah satu rangkaian penting dalam melayani kebutuhan energi listrik, dimulai dari pembangkit

Unsur K diserap tanaman dalam bentuk ion K+ dan dapat dijumpai di dalam tanah dalam jumlah yang bervariasi, namun jumlahnya dalam keadaan tersedia bagi