• Tidak ada hasil yang ditemukan

KEFAHAMAN PELAKSANAAN DAN PENGHAYATAN SO

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "KEFAHAMAN PELAKSANAAN DAN PENGHAYATAN SO"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

1

KEFAHAMAN, PELAKSANAAN DAN PENGHAYATAN SOLAT BAKAL GURU

SUMAIYAH SULAIMAN RAHAILA OMAR Ph.D

MAHAWA PILUS ABD RASHID ZAINAL

Abstrak

Solat merupakan jambatan yang menghubungkan hamba dengan Tuhan. Kertas kerja ini bertujuan untuk mengenal pasti kefahaman, pelaksanaan dan penghayatan solat bakal guru ke arah membantu membina jatidiri mereka sebagai penghuni kolej kediaman. Modul “Motivasi Solat” oleh Pusat Motivasi Harmoni yang mengetengahkan solat sebagai asas pembinaan peribadi agung dijadikan sebagai dasar kajian. Dua kaedah utama digunakan dalam kajian ini iaitu soalselidik dan temubual. Pemerhatian tanpa penyertaan turut dijalankan sebagai triangulasi. Sampel soal selidik terdiri daripada 60 orang bakal guru. Dapatan soalselidik menunjukkan bahawa kefahaman dan pelaksanaan solat bakal guru berada pada tahap tinggi tetapi penghayatan solat bakal guru berada pada tahap sederhana. Dapatan temubual menunjukkan guru pelatih yang mempunyai akhlak yang mantap mempunyai kefahaman, realiti amalan pelaksanaan dan penghayatan solat yang tinggi. Kesimpulannya penghayatan solat adalah penting dan perlu dibudayakan supaya dapat berperanan sebagai pemangkin jatidiri dalam kehidupan seharian bakal guru.

Kata kunci : kefahaman, pelaksanaan, penghayatan, solat, bakal guru

Pengenalan

Ibadat solat merupakan rukun Islam dan amalan utama di antara ibadat-ibadat yang lain. Para sahabat dan salafussoleh menganggap ibadat solat adalah jambatan dan perantara antara hamba dengan Tuhan. Ia meletakkan manusia dalam situasi yang istimewa di hadapan Pencipta tanpa dibatasi sebarang tabir (Abdullah: 2012). Maka tidak hairanlah para sahabat dan salafussoleh bukan sahaja dapat menghayati kelazatan dan kemanisan ibadah ketika solat, bahkan hasil ibadah yang dijiwai melahirkan peribadi agung dan mulia yang berjiwa tauhid, kemas syariat, tinggi akhlaknya dan berlumba-lumba ke arah kebaikan dan amal soleh. Dalam erti kata yang sebenar ibadah solat yang dihayati, berperanan membentuk sahsiah dan jatidiri yang mulia.

Dalam konteks mencorakkan generasi masa depan yang tinggi jatidiri, sebagai pendidik yang bukan sahaja berperanan mendidik tetapi juga ada kalanya perlu melaksanakan tugas sebagai warden, para pendidik tidak kira sama ada yang bertugas di Institut Pendidikan Guru (IPG) mahupun di sekolah, perlu memberikan perhatian tentang tugas dan tanggunggjawab warden iaitu menjaga kebajikan dan keselamatan pelajar.

(2)

2

pensyarah mahupun warden di kolej kediaman, pengkaji mendapati terdapat aspek yang kurang diambil berat oleh bakal guru yang menghuni kolej kediaman hingga membawa kepada pengabaian sudut syariat dan akhlak. Sebagai contoh, kehadiran untuk solat berjemaah di masjid dan solat pada waktunya. Pengkaji terpanggil untuk menjalankan kajian penghayatan solat kerana solat adalah tonggak yang menentukan sikap dan perlakuan mereka. Lebih-lebih lagi kerana mereka merupakan bakal guru pelbagai pengkhususan memandangkan pelajar-pelajar di sekolah akan menerima didikan daripada mereka kelak.

Justeru, kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengenal pasti kefahaman, pelaksanaan serta penghayatan solat dalam kalangan bakal guru ke arah meningkatkan jatidiri dalam kehidupan seharian mereka.

Hubungan Solat Dengan Jatidiri Muslim

Hubungan ibadah solat dengan ibadah lain saling kait mengait. Udah (2008) menyenaraikan hubungan solat dengan beberapa perintah Allah yang melibatkan hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia. Antara bentuk hubungan tersebut ialah hubungan solat dengan menutup aurat, menjauhi zina, bersifat adil, amanah dan tidak cepat marah terhadap orang lain. Melalui solat yang dihayati akan membentuk jatidiri yang mulia, yang cintakan kebaikan dan menghindar segala larangan.

Imam al-Ghazali menyatakan bahawa orang yang tidak khusyuk sembahyangnya adalah dikira sia-sia belaka, kerana tujuan solat itu selain untuk mengingati Allah SWT ia juga berfungsi sebagai alat pencegah dari perbuatan keji dan mungkar. Namun, masih terdapat umat Islam yang solat, tetapi masih melakukan maksiat yang berpunca daripada tiadanya penghayatan ketika solat. Akibatnya, ibadah solat tidak membuahkan hasil yang diharapkan sedangkan apabila ibadah solat dihayati, pelbagai masalah dapat diatasi.

Modul Solat Pusat Motivasi Harmoni

Pendekatan penghayatan solat dalam kajian ini diambil daripada modul motivasi solat yang dijalankan oleh Pusat Motivasi Harmoni (PMH). PMH ialah sebuah NGO yang berpengalaman mengendalikan beberapa kursus-kursus bina insan iaitu motivasi solat, perkahwinan, kekeluargaan, remaja insaf dan lain-lain. Ia beroperasi dengan hasrat dan cita-cita utama untuk merealisasikan sebuah masyarakat idaman yang hanya akan lahir bila manusia telah diperkenalkan dengan Tuhan-Nya hingga lahir di dalam diri seseorang itu rasa bertuhan yang kental dan jitu sehingga Tuhan dibesarkan, disembah, dipuja dan diagungkan dengan selayaknya (http://pusatmotivasiharmoni.blogspot.com/). Modul motivasi solat PMH dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi pertama melibatkan pendedahan tentang perkara asas dalam solat iaitu cara bersuci, rukun fi‟li dan rukun qauli diikuti dengan amali. Manakala sesi kedua ialah modul rukun qolbi untuk menghayati solat melalui pendekatan rasa kehambaan dan rasa berTuhan

(3)

3

1. Takut kepada Allah SWT kerana banyak melakukan dosa.

2. Malu kerana tidak bersyukur terhadap nikmat Allah SWT yang banyak.

3. Cemas kerana berhadapan dengan Allah SWT dalam keadaan derhaka kepadaNya. 4. Bimbang kalau-kalau amalan yang dibuat tidak terima.

5. Gerun kerana bakal berhadapan dengan Allah SWT yang menghitung tiap-tiap perbuatan sepanjang hidup.

6. Merasai setiap gerak dan lintasan hati, sama ada baik atau jahat, diketahui Allah SWT. 7. Rasa dikuasai oleh Allah SWT, kerana dengan kehendak dan izinNya jugalah maka manusia dapat bersyukur, beramal dan mentaatiNya.

Penghayatan solat berdasarkan modul PMH bermaksud, menghayati dan merasakan dalam hati setiap lafaz dan ungkapan dalam solat dan bukan sekadar tahu maknanya sahaja. Menghayati solat bermakna dapat membangun jiwa dan pemikiran serta memperoleh hikmah dan didikan, sehingga terbina peribadi agung yang memiliki tujuh ciri. Tujuh ciri itu ialah keyakinan yang kuat, keimanan yang mantap, akhlak yang terpuji, berdisiplin dalam kehidupan, penyucian jiwa dari sifat-sifat mazmumah, kebersihan lahir dan batin dari maksiat dan kemungkaran, dan pegangan syariat yang jitu. Sesiapa yang memiliki tujuh ciri tersebut akan membolehkan individu-individu lain bernaung di bawah mereka kerana pemilik peribadi agung dinaungi oleh Allah SWT yang Maha Agung.

PMH menekankan bahawa solat itu sendiri adalah satu modul yang lengkap untuk mendidik hati dan jiwa manusia. Dalam solat ada ubat, ada pil, ada tonik dan ada vitamin untuk menyembuhkan penyakit rohani dan membina peribadi yang kuat, gagah dan agung jika ia benar-benar dijiwai dan dihayati. Tujuan Allah SWT menyuruh melaksanakan solat ialah agar manusia merasai berbagai-bagai rasa kehambaan kerana manusia hakikatnya adalah hamba. Hamba mestilah benar-benar mengenal Allah SWT itu, tepat sebagaimana layaknya Allah SWT itu Tuhan yang Maha Sempurna. Hamba mestilah rasa takut kepada Allah SWT, bimbang, cemas, gementar, mengharap, rindu, rasa dilihat, rasa didengar, rasa diketahui lubuk hati, rasa gerun dan sebagainya. Serentak dengan itu hamba juga mestilah ada rasa berTuhan yang mendalam, merasa Allah SWT Maha Agung, Maha Berkuasa, Maha Pencipta, Maha Gagah dan sebagainya. Rasa kehambaan dan rasa bertuhan yang mendalam akan membakar dan memusnahkan segala sifat-sifat mazmumah seperti sombong, tamak, bakhil, hasad, dendam, riya‟, ujub, sumaah, cinta dunia dan pemarah.

Objektif Kajian

1. Mengenal pasti tahap kefahaman bakal guru mengenai solat. 2. Mengenal pasti tahap pelaksanaan solat bakal guru.

3. Mengenal pasti tahap penghayatan solat bakal guru dalam membentuk peribadi agung.

Metodologi kajian

(4)

4

penyelidikan pendidikan kerana penggunaannya yang menyeluruh untuk mendapatkan maklumat dan menerangkan pelbagai aspek seperti sikap, perasaan, pendirian, perlakuan, kepercayaan, nilai, persepsi dan pendapat individu tentang sesuatu dasar atau isu serta personaliti (Creswell 2005). Malahan, tinjauan dengan lebih meluas boleh dilaksanakan ke atas saiz sampel melalui teknik pensampelan (Babbie 2001) dan dapat menerangkan tentang sampel pada satu masa tertentu. Tambahan lagi, kaedah tinjauan melalui pengedaran soal selidik membolehkan jawapan dikumpulkan secara terus daripada responden dalam masa yang singkat (Chua 2006). Kaedah tinjauan menggunakan soal selidik juga merupakan kaedah terbaik kajian ini untuk memungut data yang asli. Oleh itu, data kuantitatif daripada soal selidik yang telah dikumpul, dianalisis dan keputusan analisis tersebut dikenal pasti untuk diperbincangkan.

Saiz sampel kajian ditentukan dengan mengambil kira pandangan dan garis panduan yang dikemukakan oleh beberapa orang pengkaji. Berpandukan jadual penentuan Kreijcie dan Morgan (1970), jumlah minimum sampel yang diperlukan hanyalah 52 orang bagi populasi seramai 60 orang. Namun, mengambil kira pandangan-pandangan Best dan Kahn (2003), Cohen et al. (2001) dan Sekaran (2003), serta pandangan Gay dan Airasian (2003) yang menyatakan bahawa saiz sampel yang melebihi had akan lebih dipercayai dan meyakinkan, kajian ini menetapkan soal selidik diedarkan kepada seramai 60 orang. Mereka ialah bakal guru Program Ijazah sarjana Muda Perguruan (PISMP) semester tiga yang menghuni salah sebuah kolej kediaman di IPG KPI. Responden dipilih berdasarkan kaedah pensampelan bertujuan atau purposive sampling kerana tujuan kajian ini bukan untuk membuat generalisasi tetapi untuk menumpukan kepada ciri-ciri tertentu populasi kolej kediaman bagi membolehkan objektif-objektif kajian tercapai dan seterusnya kajian kualitatif dapat dilaksanakan di masa hadapan. Oleh itu, sampel yang dikaji bukan mewakili populasi.

Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik sebagai alat kajian untuk mengumpul data mengenai kefahaman, pengamalan dan penghayatan solat bakal guru perempuan Institut Pendidikan Guru. Responden diminta memberi jawapan dalam bentuk persepsi mereka tentang item-item kefahaman, pengamalan dan penghayatan solat. Responden memberi skor terhadap item berdasarkan Skala Likert 1 hingga Skala 5. Skala 1 ialah tahap sangat tidak setuju, skala 2 ialah tahap tidak setuju, skala 3 ialah tahap kurang setuju, skala 4 ialah tahap setuju manakala skala 5 ialah tahap sangat setuju.

(5)

5

Sebanyak 45 responden daripada pelbagai pengkhususan mengembalikan soalselidik, namun hanya 44 set soal selidik yang dapat diproses.

Data diproses menggunakan program SPSS (Statistical Package for Social Science version 11.0). Analisis deskriptif yang dijalankan adalah untuk menjawab tiga persoalan kajian di mana tahap setiap konstruk diinterpretasikan dengan mengguna pakai skor interpretasi oleh Barnett (2000); Jainabee (2005) dan Jamil (2002). Interpretasi skor min tersebut ditunjukkan dalam Jadual 2.

Jadual 1 Interpretasi Skor Min

Sumber : Adaptasi Barnett (2000); Jainabee (2005) dan Jamil (2002)

Skor min 3.67 hingga 5.00 menunjukkan tahap tinggi. Ini bermaksud tinggi kefahaman, pengamalan dan penghayatan solat bakal guru. Skor min 2.34 hingga 3.66 menunjukkan tahap sederhana. Ini menunjukkan, walaupun kefahaman, pengamalan dan penghayatan solat bakal guru mencukupi tetapi perlu dipertingkatkan. Manakala skor min 1.00 hingga 2.33 menunjukkan tahap rendah. Maknanya, bakal guru kurang kefahaman, pelaksanaan dan penghayatan solat dan perlu diberi bimbingan oleh pihak pengurusan asrama.

Dapatan Kajian

1. Tahap kefahaman bakal guru mengenai solat.

Dapatan kajian menunjukkan hampir keseluruhan min bagi pernyataan-pernyataan kefahaman bakal guru mengenai solat mencatat paras tinggi. Min yang tertinggi iaitu 5.00 diperolehi menerusi pernyataan „Solat fardhu wajib dilaksanakan lima waktu‟. Seterusnya pernyataan „Solat wajib dilaksanakan walaupun sakit‟, „Khusyuk dalam solat adalah perkara yang dituntut‟, „Meninggalkan solat fardhu adalah berdosa besar‟ dan „Solat yang dihayati akan melahirkan peribadi mukmin‟ memperolehi min kedua tertinggi iaitu 4.98. Manakala pernyataan „Perkara pertama dihisab di akhirat adalah solat„ memperolehi 4.89 dan diikuti oleh pernyataan „Orang

Min Interpretasi

3.67 – 5.00 Tahap kefahaman, pelaksanaan dan penghayatan solat bakal guru yang tinggi

2.34 – 3.66 Tahap kefahaman, pelaksanaan dan penghayatan solat bakal guru yang sederhana

(6)

6

yang meninggalkan solat secara sengaja adalah kufur‟ memperolehi 4.75. Min yang terendah ialah pernyataan „Melengah-lengahkan solat tanpa keuzuran adalah tidak dibenarkan‟ memperolehi 4.55. Analisis keseluruhan kefahaman tentang solat menunjukkan majoriti responden bersetuju tentang kewajipan solat dalam agama. Purata min bagi keseluruhan item 1 hingga 8 ialah berada pada tahap tinggi iaitu 4.89.

2. Tahap pelaksanaan solat bakal guru.

Hasil analisis tentang pelaksanaan solat bakal guru menunjukkan tiga pernyataan mencatat min yang tinggi manakala tiga pernyataan lagi mencatat min yang sederhana. Tiga min yang tinggi ialah pernyataan „Saya solat lima waktu sehari semalam‟ sebanyak 4.91 diikuti pernyataan „Saya melaksanakan setiap rukun dalam solat‟ sebanyak 4.77. Manakala pernyataan „Saya melafazkan bacaan dalam solat dengan lancar‟ memperolehi skor min 4.66. Tiga min yang sederhana ialah pernyataan „Saya bersedia untuk solat sebelum azan‟ dengan 3.55, diikuti „Saya sentiasa mengusahakan untuk solat berjemaah‟ dengan 3.36 dan yang paling rendah „Saya mengerjakan solat pada awal waktu‟ dengan 3.02. Purata min keseluruhan bagi tahap pelaksanaan solat bakal guru adalah tinggi iaitu 4.04.

3. Kesan penghayatan solat bakal guru.

Dapatan kajian tentang kesan penghayatan solat bakal guru menunjukkan bahawa kesemua pernyataan memperoleh min yang kurang berbanding bahagian kefahaman dan amalan solat. Item berkaitan dengan “Saya faham makna setiap bacaan dalam solat”, mencatatkan nilai min 3.59. ini menunjukkan bahawa majoriti responden masih kurang faham makna setiap bacaan dalam solat. Pernyataan “Apabila mendengar azan saya berhenti meneruskan kerja” mencatatkan nilai min 3.21. Pernyataan „Saya tiada sifat-sifat mazmumah‟ juga memperolehi min sederhana iaitu 2.43. „Saya mempunyai ilmu bagaimana memperoleh solat yang khusyuk‟ hanya mencapai min 2.39. Penyataan “Saya mudah khusyuk dalam solat” memperolehi nilai min paling rendah iaitu 1.86.. Purata min keseluruhan bagi bahagian ini ialah 2.69. Nilai min keseluruhan berada pada tahap sederhana. Ini menunjukkan bahawa walaupun secara keseluruhan, penghayatan solat bakal guru berada pada tahap sederhana tetapi kekhusyukan bakal guru berada pada tahap rendah.

Perbincangan

(7)

7

Maksudnya: “ Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku”.

(Az-Zariat, 51:56)

Keseluruhan responden faham kewajipan solat sesuai dengan kedudukannya sebagai syiar pertama dalam Islam kerana ia merupakan satu bentuk penghambaan diri kepada Allah SWT. Orang yang mengerjakan solat mempunyai hubungan yang rapat dengan Tuhan (Udah: 2008) kerana dalam solat ada ketenangan, penyerahan, pengaduan dan pengharapan yang mutlak.

Sabda Rasulullah SAW kepada sahabatnya yang bernama Bilal:

Maksudnya:

Wahai Bilal, Dirikanlah solat dan berikan aku kerehatan dengannya.

(Sunan Abu Daud)

Sejarah memaparkan solat juga merupakan ibadat yang paling agung berbanding dengan ibadat-ibadat lain kerana Allah telah mewahyukan solat kepada Rasullulah dengan cara yang istimewa iaitu ketika baginda dimikrajkan. Sedangkan rukun Islam lain tidak seistimewa ibadat solat. Ini adalah kerana solat merupakan amal ibadat dan tiang seri kepada agama Islam. Namun terdapat responden yang masih kurang faham dan perlu dibimbing apabila menyetujui pernyataan bahawa melengah-lengahkan solat tanpa keuzuran adalah dibenarkan. Sedangkan salah satu ciri munafik. Pada zaman Rasulullah s.a.w orang-orang munafik sama-sama mengerjakan solat bersama baginda tetapi mereka malas dan tidak menampakkan kesungguhan.

Firman Allah

Maksudnya:Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah,sedang Allah menipu mereka(membalas tipuan mereka). Apabila mereka berdiri hendak solat,mereka berdiri dengan malas serta riak terhadap manusia dan mereka tiada mengingati Allah,melainkan hanya sedikit.

(An-Nisa 142)

(8)

8

diimarahkan oleh bakal guru walaupun kedudukannya berhampiran dengan kolej kediaman. Ini mencerminkan imej yang kurang baik kerana solat berjemaah wajar menjadi agenda utama bakal guru di kampus. Tambahan pula solat berjemaah mempunyai kelebihan yang dijanjikan oleh Allah, sebagaimana yang dijelaskan dalam hadith:

Maksudnya: Daripada Ibn „Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sembahyang berjemaah lebih utama dari sembahyang sendirian sebanyak dua puluh tujuh darjah.

(al-Bukhari, no: 645, Muslim, no: 249)

Selain itu, fenomena ini mungkin berlaku kerana rakan sebilik memainkan peranan yang cukup besar dalam mempengaruhi seseorang itu untuk melakukan solat berjemaah. Merujuk dapatan kajian Napisah et. al (2004) menunjukkan bahawa lebih daripada separuh (65%) responden mengatakan pendidikan agama dan pengaruh rakan mempengaruhi pelaksanaaan ibadah solat fardhu. Dapatan kajian juga menunjukkan faktor beban kuliah dan pengaruh rakan sebagai faktor yang tidak menggalakkan pelaksanaan ibadah solat.

Berdasarkan objektif yang ketiga iaitu tahap penghayatan bakal guru mengenai solat, nilai min yang berada pada tahap yang sederhana iaitu pernyataan tentang kefahaman bakal guru akan makna setiap bacaan dalam solat, sikap bakal guru yang tidak meneruskan kerja setelah mendengar azan, tidak berupaya menghindari sifat-sifat mazmumah. Manakala min kedua terendah berkaitan bakal guru mempunyai ilmu bagaimana memperoleh solat yang khusyuk. Nilai min paling rendah berkaitan dengan penyataan mudah khusyuk dalam solat. Ini menunjukkan masih ada yang tidak faham makna setiap bacaan dalam solat. Kajian ini selari dengan satu kajian yang mendapati ramai pelajar sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi (IPT) masih tidak memahami erti bacaan al-Fatihah dalam solat mereka (http://www.bharian.com.my/articles/Pelajarsekolah_IPTtakfahammaknaal-Fatihah/Article/). Kajian menunjukkan lebih 80 peratus pelajar Tingkatan Dua dari beberapa sekolah menengah serta penuntut sebuah universiti, gagal menjelaskan makna dalam bacaan al-Fatihah. Dalam hal ini pengkaji berpendapat ia berpunca kerana sikap kurang serius memperbaiki amalan solat. Selain itu, para responden mengakui kurang ilmu bagaimana untuk mendapat khusyuk. Justeru, langkah membimbing berterusan perlu diberi perhatian oleh pihak institusi di mana bakal guru berada. Asmawati & Lukman (2009) dalam kajian mereka mendapati pelaksanaan program Kem Bestari Solat adalah berkesan dan berjaya. Malah, program ini boleh dijadikan penyelesaian bagi menarik minat murid-murid mengamalkan solat.

Allah menyebut bahawa orang beriman adalah golongan yang beruntung kerana khusyu‟ dalam solat.

(9)

9

orang beriman iaitu mereka

-Maksudnya: “ Sesungguhnya telah memperoleh kemenangan orang khusyu‟ dalam solatnya

(Al-Mu‟minun :1-2)

Walaupun tahap kefahaman dan realiti pelaksanaan mereka tinggi, ini membuktikan bahawa sudut hubungan hati dengan Allah dan tuntutan solat yang khusyuk tidak berlaku. Ini bertepatan dengan modul PMH bahawa solat itu berat tuntutannya kerana khusyuk di dalam solat bermula dengan hati yang khusyuk di luar solat. Ia bermula dengan hati yang terhubung dengan Tuhan semasa di luar solat. Ia sukar namun perlu diusahakan. Bahkan khusyuk dalam solat merupakan perkara yang pertama dicabut oleh Allah dari permukaan bumi (Abdul Baqi: 2008). Di sini jelas menunjukkan penghayatan bukanlah perkara mudah, namun ia perlu diusahakan oleh setiap bakal guru mahu pun pihak institusi pendidikan berkenaan. Inilah juga antara bidang yang giat diperjuangkan oleh PMH dalam usaha memberi kesedaran dan penghayatan kepada masyarakat. Manakala pernyataan yang berkaitan tentang sifat mazmumah, para responden juga mengakui masih memiliki sifat mazmumah. Ini menunjukkan, penghayatan ibadah solat kalangan bakal guru masih perlu ditingkatkan kerana berdasarkan modul solat PMH, solat yang dihayati mampu membawa ruh ibadah itu dalam kehidupan seharian di mana sahaja berada, bukan sekadar memenuhi tuntutan fardu, manakala peribadi yang lahir hasil menghayati ibadah ini, mampu membentuk masyarakat yang terdidik, yang sangat berakhlak dengan Allah dan manusia, menghindari salahlaku dan dosa, gejala sosial, keruntuhan jatidiri, serta melahirkan peribadi yang sentiasa mengharap rahmat dan keampunan Allah serta rindu kepada keredhaan dan kasih sayangNya.

Berdasarkan Modul Motivasi Solat (t.th), minit pertama membawa hati merasakan rasa kehambaan (benar-benar hamba) dengan merintih kelemahan diri, menghina diri dan mengakui dosa dan kesalahan. Manakala minit kedua membawa hati merasakan berTuhan dengan malu nikmat banyak tidak disyukuri, takut akan kehebatan Allah, takut Allah tak pandang dan tarik hidayah, bimbang tidak selamat di akhirat, bimbang janji dan ikrar tak tertunai, mengharap rahmat dan kasih sayang Allah dan merindui Allah yang Maha Pengasih. Persediaan untuk solat iaitu sekurang-kurangnya dua minit sebelum masuk waktu sepatutnya sudah berada di saf dan menunggu azan dilaungkan juga penting untuk seseorang menghayati solatnya. Oleh yang demikian, kajian ini merumuskan kefahaman mantap dan pelaksanaan jitu tentang solat merangkumi rukun fi‟li (perbuatan), rukun qauli (bacaan) dan rukun qalbi (rasa kehambaan dan rasa berTuhan seperti dalam Rajah 1 berikut:

(10)

10

Rajah 1 : Kefahaman Mantap dan Pelaksanaan Jitu Solat Melahirkan Peribadi Agung

Memandangkan pendidikan di Malaysia yang sedang memasuki era pendidikan bertaraf dunia menyaksikan betapa pentingnya modal insan yang berkualiti tinggi, insan guru adalah role model yang dilihat sebagai faktor penting menjana kecemerlangan pendidikan negara. Lantaran itu, guru bukan sekadar pemindah ilmu atau mudarris, bahkan berperanan sebagai muallim, muaddib, murabbi dan mursyid sebagaimana yang dituntut agama (Shofuan Anuar et. al: 2011). Maka, adalah diharapkan guru yang bakal mencorak generasi masa depan adalah dalam kalangan mereka yang terbangun insaniah dan tinggi jatidirinya hasil ibadah yang dihayati.

Daripada keputusan yang diperolehi satu rumusan umum yang boleh dibuat ialah untuk membina jatidiri mukmin, solat perlu difahami dilaksanakan dan dihayati dengan rasa kehambaan dan rasa berTuhan. Pemahaman dan pelaksanaan adalah peringkat lahir, kerana ia bertapak di akal. Manakala penghayatan lahir dari amalan rohani yang bertapak di hati. Usaha untuk mendapatkan solat khusyuk yang dijiwai perlu diusahakan dan diteruskan. Akta 174 menjelaskan erti warden sebagai pegawai yang menjaga sesuatu asrama dan termasuklah seseorang yang diberi kuasa dengan sewajarnya untuk bertindak bagi pihak warden tersebut atau untuk membantunya (Akta 174 Kementerian pelajaran Malaysia). Maka, sesuai dengan konsep „in-loco-parentis‟ dalam institusi pendidikan yang bermaksud mengambil tempat ibu bapa atau penjaga (Sharizan: 2010), kebajikan bakal guru antara perkara yang perlu diberi perhatian oleh pensyarah dan pengurusan IPG.

Justeru, langkah meningkatkan penghayatan solat perlu dipandang serius dan dilakukan berterusan. Ini kerana penghayatan solat sesuatu yang subjektif dan berubah-ubah. Adalah sesuatu yang sukar menentukan penghayatan itu berterusan di dalam jatidiri seseorang bakal guru itu samada dalam kawasan IPG mahupun luarnya kerana hati adalah wadah perebutan

Penghayatan Solat

Rukun Fi’li Rukun Qauli Rukun Qalbi

(rasa kehambaan dan rasa berTuhan

(11)

11

antara malaikat dan syaitan. Solat yang tidak mencapai tujuan, iaitu yang tiada rasa kehambaan dan rasa bertuhan yang mendalam, tidak akan membakar mazmumah yang menjadi punca kerosakan hidup manusia.

Kesimpulan

Secara umumnya dapatan kajian menunjukkan kefahaman dan pelaksanaan bakal guru terhadap solat adalah tinggi. Namun penghayatan mereka terhadap solat adalah sederhana. Terdapat beberapa aspek menunjukkan dapatan yang sederhana dan rendah yang perlu dibaiki. Kajian yang dijalankan ini diharap dapat memberi kesedaran kepada bakal guru pentingnya penghayatan solat memandangkan mereka merupakan aset yang penting dan merupakan contoh ikutan kepada pelajar kelak. Kajian ini juga boleh memotivasikan bakal guru supaya memperbaiki solat mereka agar dapat dihayati. Seterusnya, kajian ini dapat dimanfaatkan oleh IPG Kementerian Pendidikan Malaysia supaya dapat membuat perancangan jangka pendek dan jangka panjang bagi memastikan pelajar-pelajar yang beragama Islam faham dan menghayati ibadah solat.

Rujukan

al-Qur‟an. Tafsir Pimpinan Al-Rahman Kepada Pengertian Al-Quran 30 Juzuk. Terj. Sheikh Abdullah Bin Muhammad Basmith. Kuala Lumpur: Darul Fikr.

Abdul Baqi Shabran. (2008). 77 Petua Meningkatkan Kualiti Solat Anda. Kuala Lumpur, Jasmin Enterprise.

Abdullah Hamzah. (2012). Solat-santapan rohani, pembersih jiwa dlm. Majalah Iman. Utusan Karya Sdn. Bhd.

Akta 174. Edisi 2009. Akta Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976.

Al-Ghazali. (2012). Bimbingan Mukmin. Terj Johari Yaman & Azhari Ibrahim. Nadi Minda Resources, Rawang Selangor.

Anon. Pelajar Sekolah, IPT Tak faham Makna Al Fatihah. 28.2.2011.

http://www.bharian.com.my/articles/Pelajarsekolah_IPTtakfahammaknaal-Fatihah/Article/

Asmawati Suhid & Lukman Abdul Mutalib. (2009). Tinjauan Terhadap pelaksanaan Kem Bestari Solat. Journal of Islamic and Arabic Education 1(1) 15-28. journalarticle.ukm.my/762/1/2_4.pdf -

Babbie, E.R. 2001. The Practice Of Social Research. Ed. ke-9. USA: Thomson Learning.Chua, C. 2004. Perception of quality in higher education. Proceedings of The Australian Universities Quality Forum.

Cohen, L., Manion, L., & Morrison, K. (2001). Research Methods in Education. Ed. ke-5. London: Routledge Falmer.

Gay, L. R & Airasian, P. (2003). Educational Reserch: Competencies for Analysis and Application. Ed. ke-6. New Jersey: Pearson Education.

Imam al-Hafiz bin Daud. (1995). Sunan Abu Daud. Maktabah al-asriyyah Shaida Beirut.

(12)

12

Jamil Ahmad. (2002). Pemupukan Budaya Penyelidikan di Kalangan Guru Sekolah: Satu Penilaian. Tesis Dr. Fal, Universiti Kebangsaan Malaysia.Modul Motivasi Solat (t.th). Pusat Motivasi Harmoni.

Mohd. Abd. Halim Mohamed. (2000). Perbandingan akhlak Islamiyyah di kalangan murid aliran agama dan buka agama di luar bandar. Satu tinjauan di dua buah sekolah di daerah Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan. Latihan Ilmiah Fakulti Pendidikan, UKM.

Mohd Majid Konting. (2004). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Mohd. Abd. Halim Mohamed. (2000). Perbandingan akhlak Islamiyyah di kalangan murid aliran agama dan buka agama di luar bandar. Satu tinjauan di dua buah sekolah di daerah Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan. Latihan Ilmiah Fakulti Pendidikan, UKM.

Muhammad Fauzan bin Abd Malek. (2010). Penghayatan Solat Jumaat: Satu Kajian Terhadap Mahasiswa Kuis. Latihan Ilmiah, Jabatan Syariah Akademi Islam Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

Mustafa Mashur. (1987). Al-Hayatu Fi Mihrabis Solat. Darul Tauzik Wa An Nasrul Islamiyah, Mesir.

Napisah Humni, Salehudin Sabar, Mahadi Khalid & Mohamed Razi Mohd. Suradi (2004). Perlaksanaan Ibadah Solat Farhu Di Kalangan Guru Pelatih Islam Maktab Perguruan Batu Lintang

http://www.ipbl.edu.my/BM/penyelidikan/jurnalpapers/Jurnal2004/ustazah2004.pdf Pusat Motivasi Harmoni. http://pusatmotivasiharmoni.blogspot.com/

Rasid Muhammad, Zulkarnain Yusoff & Wan Fauzi Wan Mamat. (1999). Permasalahan pelajar di Institusi Pengajian Tinggi. Satu kajian kes di Institut Teknologi MARA Cawangan Pahang. Jurnal Perspektif Islam Tasawwur Islam. Jil. 4. 98/99. Melaka: Jabatan Agama Islam Melaka.

Sharizan Abdul Halim. (2010). Perbandingan di antara peranan institusi pendidikan tinggi dengan peranan ibu bapa terhadap anak-anaknya selari dengan doktrin in-loco-parentis. PSP‟s Research

Digest.http://www.politeknik.gov.my/webjpp2/penyelidikan/jurnal/abstrak/16-In-Loco-Parentis2-Edit.pdf

Sekaran, U. (2003). Research Methods for Business: A Skill Building Approach. Ed. ke-4. John Wiley & Sons Inc.

Shofuan Anuar Ahmad. (2011). Guru Jutawan Akhirat. Pertubuhan Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah-sekolah Malaysia (PEKDIS) Cawangan Selangor.

Udah Mohsin. (2008). Mari Kita sembahyang sebelum Kita disembahyangkan. Jabatan

Usuluddin dan Falsafah. Fakulti Pengajian Islam. Bangi, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Referensi

Dokumen terkait

Setelah seluruh spesimen teridentifikasi, dari spesimen- spesimen tersebut dilakukan pengukuran untuk mengetahui struktur morfologi dengan menggunakan mistar dan vernier

Dapat disimpulkan bahwa pelaksanaannya sudah sesuai dengan protap yaitu sama – sama dilakukan oleh pihak kepolisian. Namun protap yang ada belum sesuai dengan teori

Instrumen yang digunakan untuk mengukur kelincahan menggunakan Hexagonal Obstacle (Ismaryati 2006:46) untuk usia 10 tahun ke atas yang memiliki tingkat validitas

kepribadian manusia dan dimensi kepribadian yang didapatkan dari metode analisis faktor yang bersifat steril dan tidak bermakna, kecuali jika sudah terbukti mempunyai suatu

yang berhubungan dengan kegiatan berkaitan dengan Hutan dan Lingkungan sekitar kita,, Mohon dijawab dengan pilihan : 1.. apa yang kita BICARAKAN hari ini akan menjadi bahan

tingkat kerawanan terhadap tsunami di pesisir Sumatera Barat, antara lain: letak pemukiman yang sangat dekat dengan garis pantai, kepadatan penduduk beserta segala

Hasil analisis menunjukkan bahwa tingkat kebisingan pada jarak 50 m dengan 10 m sebelum kendaraan melintasi speed hump dan pada jarak 50 m dengan 10 m setelah speed hump