• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kepentingan fungsi generalisasi dan teor

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Kepentingan fungsi generalisasi dan teor"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

Tajuk: Kepentingan fungsi generalisasi dan teori dalam menghasilkan penulisan

sejarah.

1.0 Pengenalan

Istilah generalisasi dalam sejarah merupakan sesuatu yang agak sukar untuk diterangkan. Malah tidak kurang juga ia menimbulkan perdebatan tentang kewajaran penggunaan generalisasi dan teori dalam sesuatu penulisan sejarah. Pengetahuan tentang sejarah boleh diperolehi melalui pembacaan dan penemuan dalam bentuk fakta. Sekiranya fakta ini dilaporkan secara spesifik tentang aktor pada satu masa dan tempat sahaja ia seolah-olah menjadi satu bentuk format laporan polis terhadap seseorang individu. Beza laporan berbanding dengan generalisasi, seseorang ahli sejarah memerlukan bukan sahaja fakta tetapi kefahaman yang menyeluruh tentang keseluruhan sesuatu peristiwa dan tempat berlakunya sesuatu kejadian untuk membolehkan sesuatu generalisasi boleh dilakukan melangkaui rekod sejarah yang sedia ada. Justeru itu unsur generalisasi adalah sesuatu yang sangat diperlukan dalam menulis sejarah malah dalam keadaan tertentu ia seolah-olah tidak dapat dielakkan misalnya memasukkan pengalaman manusia dalan sesuatu penulisan.1 Sekiranya generalisasi tidak dilakukan kewujudan

sesuatu fakta seolah-olah berdiri kaku tanpa hujah sokongan.

Dalam bidang sains sosial generalisasi boleh digunakan untuk membina satu set hipotesis bagi menjawab suatu persoalan. Ia bersifat dugaan atau jawapan sementara kepada persoalan. E.H. Car melihat hubungan hipotesis dan dapatan kajian dalam ilmu sains sosial sangat menghampiri aspek generalisasi dan fakta dalam ilmu sejarah.2 Manakala konsep teori dalam

sejarah banyak digunakan secara tidak sedar dalam penulisan. Misalnya pada sebahagian besar kata nama dan kata sifat bagi mengambarkan sesuatu peristiwa sejarah memiliki nilai teoritikal sama ada untuk mengklasifikasi atau membuat generalisasi terhadap sesuatu peristiwa sejarah.3

Umumnya pendekatan yang digunakan oleh ahli sejarah terbahagi kepada dua iaitu “ahli sejarah deskriptif” dan yang kedua “ahli sejarah teori”.4 Walau bagaimanapun kebanyakan ahli sejarah

menggunakan generalisasi dan teori dan kadang-kadang tanpa menyedari bahawa mereka turut

1 G. G. Partington, Historical Generalisation, dlm. The History Teacher. Vol. 13, No. 3, May, 1980, p. 385

2 E. H. Carr, What is History?, Macmillan: Palgrave, 1961, p. 1xiii.

3 G.G. Partington, “Historical Generalisation,” dlm. The History Teacher, p. 385.

(2)

menggunakan kedua-dua elemen dalam banyak aspek penulisan sejarah.5 Louis Gottschalk6

membahagikan sejarawan ini kepada enam kumpulan umum iaitu ahli sejarah:

a) Menggunakan generalisasi apabila mereka dalam situasi kurang pasti dan cuba mengelakkan unsur generalisasi dalam sesuatu yang mereka yakini tepat. Golongan ini masih dianggap menekankan keunikan peristiwa sejarah dan mengutamakan perbezaan berbanding persamaan.

b) Menggunakan generalisasi secara sedar tetapi cuba mengehadkan dan memberi fokus kepada subjek kajian yang dikaji sahaja. Masih dianggap sejarawan aliran deskriptif naratif.

c) Menggunakan generalisasi melangkaui subjek kajian dalam usaha untuk membuktikan hubungan di antara peristiwa sebelum, semasa dan selepas, namun masih mengehadkan interpretasi kepada peristiwa yang berkaitan sahaja. Golongan ini dianggap sejarawan yang berkecenderungan untuk membuat interpretasi dan berusaha membina hipotesis atau teori bagi membantu penjelasan peristiwa sejarah.

d) Menggunakan generalisasi melangkaui subjek kajian dan cuba membentuk satu analogi yang sepadan dengan peristiwa kajian yang berlaku pada ruang dan masa yang berbeza, sama ada ia berkaitan ataupun tidak. Golongan ini dikategorikan sebagai sejarawan yang mengutamakan aspek perbandingan dalam peristiwa.

e) Menggunakan generalisasi melalui pola atau analogi dalam bentuk umum atau abstrak dan cenderung untuk menolak implikasi, sekiranya mereka tidak menyatakan dengan jelas sesuatu generalisasi idea-idea tersebut mungkin diekstrapolasi kepada peristiwa masa hadapan. Golongan ini cenderung untuk melihat kesahan sebagai langkah kawalan ataupun untuk membuat ramalan. Golongan ini turut dilabelkan sebagai sejarawan “nomothetic”.

f) Mengemukakan pendekatan falsafah bagi memahami secara kosmik tentang kehidupan manusia masa lalu dan yang akan datang.

Generalisasi haruslah memiliki ketekalan, hujah, atau hukum yang berlaku untuk masalah tertentu secara konsisten. Sifat tekal dan stabil boleh membantu dalam pembinaan satu teori yang

5 C. Lorenz, History and Theory, dlm Woolf, D. y A. Schneider, pnyt. The Oxford History of Historical Writing, Vol. 5. Oxford: Oxford University Press, 2011, p.14.

(3)

boleh digunakan untuk untuk menganalisis peristiwa sosial. Kadang-kadang sifat tekal sesuatu peristiwa boleh membawa teori bagi membantu membuat sesuatu penjelasan ke atas suatu peristiwa. Walau bagaimanapun ramai ahli sejarah yang sangsi dengan penggunaan generalisasi dan teori dalam ilmu sejarah.7 Kebimbangan itu disebabkan timbul persoalan sama ada wujud

bukti yang mencukupi untuk sesuatu generalisasi dilakukan.

Fenomena hujah dan hukum tidak dibatasi oleh ruang dan waktu. Walau bagaimanapun kebanyakan peristiwa sejarah tidak memiliki sifat ketekalan yang sama sekurang-kurang ruang dan waktu adalah berbeza. Ia hanya memiliki persamaan yang seringkali diistilah sebagai pola perlakuan manusia yang dipengaruhi oleh unsur politik, sosial, ekonomi, agama, nilai dan budaya yang selalunya unik dan berbeza di antara satu sama lain. Kebelakangan ini sesetengah ahli sejarah cuba untuk menjelaskan fenomena dalam masyarakat dengan menggunakan sains sosial yang agak longgar dan diubahsuaikan. Dilihat dalam sisi yang lain sejarawan cuba menganalisis peristiwa sejarah dan cuba membina analisis berdasarkan generalisasi dan teori sains sosial. Alasan yang mudah diberikan ialah walaupun sesuatu peristiwa berbeza ruang dan masa tetapi elemen-elemen proses berlakunya peristiwa dilihat memiliki pola, kecenderungan dan struktur yang memiliki persamaan di antara satu sama lain. Misalnya, pola atau kecenderungan boleh dilihat pada pelbagai gerakan penentangan menentang pejajah di Asia tetapi setiap peristiwa boleh diklasifikasikan mengikut kecenderungan sesuatu pemberontakan yang akhirnya digeneralisasikan sebagai gerakan sosial, gerakan agama, gerakan penentangan orang Melayu, pemberontakan petani dll.

Sebelum sesuatu generalisasi boleh dilakukan persoalan timbul tentang sumber sejarah. Perbahasan tentang sumber berlaku dalam aliran critical philosophy of history dan aliran spekulatif. Bagi kelompok aliran sejarah kritis mereka berpegang kepada analisis terperinci dan huraian lengkap daripada idea logik pemikiran sejarah yang datangnya dari fakta atau idea dan bukannya bermula daripada unsur spekulasi dan teori. Justeru itu dalam meneliti sesuatu fakta sejarawan sangat menekankan kualiti sumber sejarah.8 Malah R.G. Collingwood sendiri

menyarankan agar sejarawan mengelak daripada menggunakan pendekatan generalisasi dalam

7 R. J. Shafer, A Guide to Historical Method, Edisi ke-2, Ontario: The Dorsey Press, 1980, p.189.

(4)

menerangkan prinsip,9 tetapi harus menekankan proses minda dan pemikiran pelaku sejarah.

Jelasnya idea pelaku sejarah lebih dipentingkan berbanding hanya mencari persamaan atau perbezaan pola yang membentuk generalisasi. Alasan oleh R.G. Collingwood bahawa peristiwa masa lalu hanya jelas pada luaran sahaja tetapi tidak pada proses dalamannya.10 Namun

sebahagian besar ahli sejarah masa kini menggunakan generalisasi selepas meneliti kewujudan fakta-fakta. Penggunaan generalisasi telah membuka ruang dan masa dalam pendekatan sejarah untuk mampu mencari titik persamaan dan perbezaan.

Generalisasi merupakan proses menghubungkan beberapa fakta yang berbeza yang berlaku pada tempoh masa yang tidak sama. Pada asasnya generalisasi merupakan penghubung atau penyambung di antara fakta-fakta. Tujuan ahli sejarah berbuat demikian sebagai usaha untuk mendapatkan penjelasan tentang motif sesuatu tindakan, sebab sesuatu peristiwa dan impak daripada sesuatu kejadian. Melalui proses ini generalisasi dapat digunakan untuk seseorang sejarawan memahami dapatan material mereka dan membantu untuk menjelaskan pemahaman tentang sesuatu fakta kepada khalayak pembaca melalui historiografi. Generalisasi akan membawa kepada proses analisis dan interpretasi terhadap sesuatu peristiwa. Ringkasnya generalisasi akan berlaku apabila kita cuba untuk memahami fakta, ataupun mengaitkan antara data-data, objek, peristiwa, rekod masa lalu dan menyampaikan mereka kepada orang lain melalui konsep. Generalisasi melalui konsep akan menjadi generalisasi yang bersifat lebih komprehensif sifatnya.

Umumnya generalisasi akan berlaku apabila kita melaksanakan dua aspek yang paling asas iaitu mengklasifikasikan fakta, data ataupun fenomena. Manakala proses yang kedua adalah cuba membanding dan membezakan di antara fakta. Tujuannya untuk mendapatkan persamaan atau perbezaan. Hasil daripada itu akan dapat membantu seseorang sejarawan memperoleh satu kesimpulan tentang fakta atau data yang dianalisis. Aras sesuatu generalisasi boleh dilihat bersifat rendah (mudah), sederhana ataupun tinggi (kompleks).

9 Leslie Armour. Speculative versus Critical Philosophy of History, dlm. The Philosophy of History: Are-Examination, pnyt. William Sweet, England: Ashgate Pub. Ltd, 2004, p. 144.

(5)

Generalisasi aras rendah berlaku apabila seseorang pengkaji cuba melabel, mengklasifikasikan ataupun membuat periodisasi ke atas fakta atau peristiwa. Manakala generalisasi aras sederhana berlaku apabila kita cuba menjelaskan sesuatu peristiwa dengan mengaitkan beberapa elemen subjek yang berbeza dalam sesuatu penelitian sejarah. Misalnya kajian ke atas realiti sosial masyarakat di Malaysia tetapi masih menggunakan ruang, masa dan masyarakat yang sama. Generalisasi aras tinggi berlaku apabila seseorang pengkaji cuba secara sistematik melihat ruang-ruang kemungkinan yang lebih besar, hubungan yang signifikan atau sesuatu yang memainkan peranan utama yang mengikat sesebuah masyarakat. Melalui analisis yang terbuka pengkaji akan cenderung untuk melihat secara menyeluruh sama ada terdapat pengaruh ekonomi, politik, sosial dan ekonomi berdasarkan periodisasi terhadap kajian beliau. Biasanya ulasan pengkaji cenderung untuk mengaitkan keseluruhan masyarakat atau komuniti walaupun tema yang dikaji sangat kecil.

Generalisasi dalam sejarah boleh dilakukan melalui melalui pelbagai cara misalnya melalui kajian-kajian lepas, teori sejarah, amalan masyarakat, budaya dan politik (melalui generalisasi oleh Marx, Weber dan Sigmund Freud) ataupun melalui kutipan data dan interpretasi yang sangat berhati-hati. Walaupun terdapat bantahan terhadap penggunaan generalisasi dan teori dalam sesuatu kajian sejarah tetapi didapati agak sukar untuk memulakan suatu kajian tanpa penggunaan aspek generalisasi disebabkan pengetahuan masa lepas yang terlalu terhad.11 Ia

seolah-olah bertindak menjadi suatu titik mula dalam sesuatu penulisan sejarah. Sekurang-kurangnya pada satu tahap penulisan seseorang pengkaji pasti akan menggunakan generalisasi untuk memahami fakta atau bahan kajian yang cuba dijelaskan. Generalisasi boleh berubah seiring dengan proses penulisan.

2.0 Tujuan Generalisasi dan Teori

Tujuan penggunaan generalisasi dan teori dalam ilmu sejarah disebabkan dua elemen:

11 W. O. Aydelotte, Notes on the Problem of Historical Generalisation, dlm Louis Gottschalk,

(6)

2.1 Saintifik-Sejarah cuba disamakan seperti ilmu sains yang mampu untuk membuat suatu ramalan yang tepat tentang sesuatu peristiwa. Di sini sejarah dilihat cuba untuk melihat kepada faktor ‘kemungkinan’. Misalnya proses membina sebuah bangunan yang memerlukan pengiraan kos dibuat bagi mendapatkan nilai atau harga yang perlu disediakan bagi penyediaan simen, batu, pasir, besi, dan lain-lain lagi. Pengiraan kos dilihat akan dapat menyediakan dengan tepat kos penyediaan sesebuah bangunan. Walau bagaimanapun dalam bidang sains sosial dan sejarah, ramalan ini hanya wujud sebagai aspek kemungkinan sahaja. Biasanya suatu kesimpulan dibuat berdasarkan kepada ketekalan dapatan kajian. Malah dalam banyak situasi penggunaan generalisasi dalam bidang sejarah sangat menyerupai penggunaan teori dalam bidang-bidang lain khususnya sains sosial.

Kadang-kadang penggunaan generalisasi di dalam sejarah mampu mengawal penggunaan berlebihan teori-teori khususnya teori bidang sains sosial. Walau bagaimanapun generalisasi itu sendiri bukanlah teori misalnya penjelasan teori perjuangan kelas oleh Karl Marx apabila di generalisasikan melalui pengetahuan sejarah tidak semuanya andaian teori ini benar bahawa pengelutan dan pergaduhan manusia semata-mata disebabkan kerana material (harta benda) tetapi juga disebabkan oleh unsur-unsur yang pelbagai.

2.2 Simplification (memudahkan) ataupun di dalam teori dipanggil sebagai model. Fenomena realiti ditukar kepada bentuk peta atau carta yang mudah difahami. Unsur yang memudahkan sesuatu huraian dilakukan oleh sejarawan dalam membuat analisis agar unsur naratif mudah diterima akal.12 Dengan lain perkataan membuat suatu rumusan dengan bahasa yang mudah di

atas sesuatu persitiwa yang dicerap. Misalnya peristiwa 13 Mei merupakan tragedi pergaduhan antara kaum di Semenenanjung Malaysia. Melalui proses simplifikasi maka ia dapat memandu seseorang ahli sejarah dalam membuat kutipan data, kritikan terhadap sumber, interpretasi, dan penulisan sejarah dengan mengecilkan skop, aktor yang terlibat, jangka masa dan lokasi.

3.0 Jenis-jenis Generalisasi Sejarah

(7)

Disebabkan keyakinan ahli sejarah kepada setiap peristiwa adalah unik dan tidak sama maka generalisasi hanya membantu dalam proses membuat analisis yang boleh diklasifikasikan kepada beberapa bahagian.

a) Generalisasi Konsep-ini merupakan generalisasi yang paling banyak digunakan bagi menerangkan fakta. Biasanya konsep-konsep yang digunakan datangnya dari bidang sains sosial misalnya istilah-istilah demonstrasi, reformasi, revolusi, rampasan kuasa, mogok, liberalisme, kapitalisme, sosialisme, komunisme, kolonialisme, nasionalisme, rasuah dan lain-lain lagi. Istilah-istilah ini dalam teori dikenali sebagai model. Dalam teori ekonomi wujud istilah merchantilisme dan kapitalisme yang masing-masing memiliki model dan kefahaman tersendiri.

b) Generalisasi Tematik iaitu penulisan sejarah melalui kategori tema. Contohnya novel “Shit” merupakan novel politik dalam bahasa yang tinggi. Lukisan-lukisan oleh Zunar menggarap tema politik dalam bentuk lukisan. Buku “Pagar Makan Padi” merupakan buku ekonomi tentang analisis pelaksanaan DEB.

c) Generalisasi ruang dan masa. Generalisasi ruang bermaksud memilih skop tempat yang khusus dalam membuat generalisasi. Tempat boleh jadi kampung, bandar, negeri atau negara. Sejarah mestilah memiliki lokasi. Manakala Generalisasi masa (period) merupakan generalisasi tentang berlakunya sesuatu peristiwa sejarah misalnya zaman Khulafa al-Rasyidin, Zaman Kegawatan, Zaman Gelap (di eropah pada abad ke-14), zaman Jahiliah, era pemberontakan komunis, zaman reformasi, zaman IT, era DEB dan lain-lain.

d) Generalisasi Sosial iaitu melabelkan sekumpulan ahli dalam masyarakat sebagai berdasarkan sikap, budaya dan pelakuan misalnya dalam kalangan orang Melayu yang tidak seiring dengan zaman di anggap Melayu kampung, orang bandar, petani tradisional, petani moden, golongan nasionalis kiri, nasionalis kanan dll.

e) Generalisasi sebab dan akibat (Causality)-Generalisasi yang dibuat ke atas sesuatu peristiwa yang berulang-ulang yang memiliki sebab dan akibat dapat membantu penjelasan aktiviti manusia.13 Misalnya kepercayaan kepada bila berlakunya kilat ia akan disertai dengan bunyi

guruh. Unsur generalisasi berlaku walaupun sekadar menggunakan unsur sebab dan akibat yang sangat mudah.14 Biasanya rumusan dalam peristiwa selalunya berdasarkan hukum

sebab dan akibat yang sama. Disebabkan hubungan yang begitu rapat di antara sebab dan

13 R. J. Shafer, A Guide to Historical Method, Edisi ke-3, Ontario: The Dorsey Press, 1980, p.190.

(8)

akibat biasanya pengkaji akan membuat kesilapan tanpa berjaya mengesan bawa generalisasi yang dilakukan itu tidak tepat disebabkan amalan kebiasaan. Misalnya kereta buatan tempatan yang mengalami kemalangan biasanya kesimpulan yang dibuat kualiti kereta kurang baik tetapi apabila kereta yang mahal terlibat dengan kemalangan maka huraian yang dibuat melihat kepada faktor jalan raya, faktor individu ataupun penyelenggaraan yang tidak mengikut spesifikasi. Kita dapati sekiranya penyelidik kurang berhati-hati maka generalisasi palsu akan mengambil alih kebenaran atau faktor sebenar sesuatu kejadian. Dalam teori behavioursime, mereka percaya bahawa sebab dan akibat boleh dibina dalam tingkah laku manusia. Pengkaji harus berhati-hati dengan premis “penyebab” yang sama boleh menghasilkan kesan yang sama ataupun berbeza. Contoh lain, orang dalam bidang undang-undang percaya jenayah boleh dikurangkan dengan meningkatkan tahap hukuman. Walau bagaimanapun kegagalan melihat punca sebenar sesuatu kesalahan dilakukan akan menyebabkan aktor yang terlibat disamakan dengan jenayah tanpa melihat pilihan-pilihan lain dalam memberikan jalan penyelesaian.

f) Generalisasi Budaya atau dipanggil model budaya yang dibina berdasarkan rumusan adat dan kebiasaan. Sebahagian orang percaya orang Melayu pemalas, masyarakat Cina rajin, orang India ramai terlibat dengan jenayah. Masyarakat luar bandar adalah pengundi tegar sesebuah parti politik. Generalisasi yang dibuat dengan mengambil sebahagian besar keputusan politik di Malaysia yang menunjukkan pola tersebut tanpa mengambil kira faktor-faktor lain. Dalam budaya pentadbiran akan muncul model-model dan istilah yang melambangkan budaya misalnya efisyen ataupun tidak, keadilan, korupsi dll.15

4.0 Perbezaan Generalisasi Ilmu

Sejarah sebagai satu disiplin ilmu seharusnya memiliki cara membuat kesimpulan umum ataupun dipanggil generalisasi. Perbezaan ini boleh dijelaskan melalui istilah “nomothetic” dan “idiographic”.16 Disiplin bukan sejarah lebih banyak menggunakan “nomothetic” apabila cuba

membuat generalisasi berdasarkan peraturan yang umum yang biasanya dapat diterima oleh khalayak pembaca. Akan tetapi bidang sejarah dilihat lebih banyak memilih penjelasan bersifat

15 P. Burke, Sejarah dan Teori Sosial, terj. Mestika Zed dan Zulfami, Indonesia: Yayasan Pustaka Obor, 2011, p.45.

(9)

“idiographic” apabila menekankan bahawa setiap peristiwa adalah unik dan khusus dan sukar untuk digeneralisasikan. Generalisasi “nomothetic” lebih cenderung menghilangkan sifat individualistik sesuatu penjelasan kepada yang lebih bersifat umum. Namun generalisasi sejarah yang unik turut memberi manfaat kepada bidang lain khususnya bidang sains apabila keunikan dalam sesuatu peristiwa turut dipertimbangkan dalam memberi sesuatu penjelasan dalam suatu fenomena.17 Justeru perkembangan selepas tahun 1990 seolah-olah seolah-olah “nomothetic”

atau “idiographic” kadang-kadang saling memerlukan di antara satu sama lain.

5.0 Penggunaan Teori dalam Penulisan Sejarah

Sejarawan yang menulis sejarah dengan menggunakan topik perbincangan berdasarkan konsep perbandingan, generalisasi, pengkelasan, dan interpretasi merupakan ahli sejarah yang berpegang kepada penggunaan teori dalam menulis sejarah.18 Hanya sebahagian kecil sahaja penulis sejarah

menggunakan teori dalam penulisan sejarah berbanding dengan mereka yang mencurigai penggunaan teori ataupun model.19 Walaupun terdapat penulis sejarah menggunakan teori namun

didapati hanya aliran Marx yang banyak menggunakan pendekatan teori dalam perbahasan sejarah. Berbanding disiplin ilmu lain yang harus menggunakan teori dalam setiap penulisan. Maka tidak hairanlah jika dikatakan titik pemisah di antara pendekatan sejarah dan bidang-bidang lain ialah teori itu sendiri. Dalam disiplin sejarah teori seringkali dianggap sebagai orang asing yang sering menimbulkan persoalan pada masa yang tidak sesuai. Malah persoalan teori kadang-kadang mencabar maruah ilmu sejarah yang dipertahankan telah memiliki disiplin tersendiri (iaitu idea-idea logik dan epistemologi20).

Kurangnya penggunaan teori ini menjadi medan perdebatan di antara tokoh sosiologi dan sejarah. Bagi ahli sosiologi, bidang sejarah hanya di anggap sebagai pengutip data bagi ahli sosiologi. Malah lebih teruk bidang sejarah dianggap melakukan analisis data tanpa kaedah dan

17 Ibid., p. 93.

18 Louis Gottschalk, Generalisation in the Writing of History, 1963, p. v.

19 Peter Burke, Sejarah dan Teori Sosial, terj. Mestika Zed dan Zulfami, Indonesia: Yayasan Pustaka Obor, 2011, p. 1.

(10)

teori.21 Aliran sosiologi lupa bahawa sejarawan lebih banyak melihat kepada keunikan sesuatu

peristiwa berbanding hanya melihat kepada pola sesuatu peristiwa dan membuat generalisasi.

Secara umumnya penggunaan teori dalam sejarah muncul akibat timbulnya dari permasalahan penjelasan sejarah melalui tiga aspek yang penting.22

1. Kesukaran untuk memahami setiap dimensi pengalaman manusia yang saling berhubungan dalam satu masa yang tertentu. Ahli sejarah hanya menjelaskan masa lalu dan membina masa semula (reconstruct) untuk menceritakan peristiwa tersebut untuk difahami. Walaupun ahli sejarah juga bergantung dengan dokumen tetapi mereka juga perlu melihat cara berfikir pencatat dokumen tersebut agar penjelasan yang dibuat menjadi fakta yang diyakini.

2. Fenomena perubahan sejarah mempengaruhi tingkahlaku manusia. Tingkahlaku manusia adalah bersifat induvidualistik dan unik dan banyak dipengaruhi oleh faktor yang berbeza-beza. Situasi dan faktor yang unik banyak menelan masa ahli sejarah untuk menjelaskan kewujudan berlakunya aspek perubahan dalam sejarah. Malah kalau dapat dibuktikan berlaku perubahan cara membuat tafsiran tidak memiliki kesepakatan di antara ahli-ahli sejarah.

3. Kewujudan bukti yang tidak pernah lengkap dan jelas untuk meletakkan tafsiran sebab-musabab tanpa sebarang keraguan. Ini adalah benar walaupun peristiwa telah didokumenkan dengan baik. Contohnya dalam Perang Dunia Pertama, sumber telahpun menyediakan bukti, motif pihak yang terbabit, berlakunya diplomasi, wujud ruang untuk rakyat menyuarakan pendapat, berlakunya perlumbaan senjata, dan maklumat kekuatan ekonomi setiap pihak yang terlibat. Akan tetapi bukti ini tidak boleh menjelaskan kepada kita apakah kepentingan semua faktor yang berbeza-beza ini dan interaksi antara faktor yang berperanan dalam perang dunia yang pertama.

Bagi pemegang teori linguistik beraliran post modenisme kelemahan penulisan sejarah itu terletak pada tiga faktor yang penting:23

21 Peter Burke, Sejarah dan Teori Sosial, terj. Mestika Zed dan Zulfami, Indonesia: Yayasan Pustaka Obor, 2011, p.4, 11.

22 J. Tosh, The Persuit of History: Aims, methods and new directions in the study of modern history. Ed. ke-4. Great Britain: Pearson Education Limited, 2006, p. 184-186.

(11)

a) Mereka beranggapan penggunaan sumber berasaskan dokumen ataupun lisan tidak terlepas dari niat, tujuan atau motivasi pencatat dokumen atau pemberi maklumat lisan. Malah motivasi ataupun niat pencatat yang dicerminkan melalui catatan dokumen bukanlah suatu yang realiti kerana bagi mereka ia hanya suatu gambaran oleh pencatat yang turut membawa nilai budaya mereka ke dalam catatan tersebut. Justeru itu catatan atau sumber hanyalah suatu bentuk permainan bahasa (language game) yang bukan mencerminkan realiti peristiwa.

b) Pengaruh budaya dalam penulisan sejarah. Sejarawan dianggap sering dipengaruhi oleh konsep-konsep tertentu dalam membuat interpretasi disebabkan pengaruh budaya ke atas setiap individu. Justeru itu kita dapati bahawa penjelasan mengenai suatu peristiwa, biografi atau fenomena sosial adalah berbeza di antara ahli-ahli sejarah disebabkan wujudnya perbezaan budaya. Justeru itu mereka beranggapan penulisan sejarah kurang nilai kebenaran tetapi lebih banyak banyak mencerminkan unsur relativisme budaya.

c) Penggunaan bahasa yang dianggap hanya menjelaskan nilai konsep dan bukannya suatu realiti. Justeru penjelasan keseluruhan sesuatu peristiwa bergantung kepada istilah dan khalayak pembaca dalam bahasa tersebut.

Bagi McCullagh, pendekatan post modernisme tidak tepat disebabkan mereka tidak mendalami bagaimana ahli sejarah yang turut memiliki kaedah dalam menilai sesuatu teks sejarah atau dokumen sebagai sumber penulisan. Malah pendekatan yang digunakan ahli sejarah membuat naratif melalui inferensi berasaskan sumber dokumen boleh dipercayai disebabkan tindakan dan perilaku manusia pada masa lepas pada asasnya juga berlaku pada masa sekarang. Walaupun peristiwa tersebut unik tetapi niat atau motivasi perilaku manusia adalah universal. Penggunaan teori yang mencerminkan sifat sebenar sejarah harus memenuhi tiga fungsi yang saling berkaitan iaitu:24

1. Mengesahkan sesuatu cara yang betul atau amalan praktikal yang baik untuk seseorang sejarawan dari sudut epistemologi ataupun perkaedahan.

(12)

2. Menunjukkan cara yang lebih khusus dalam cara kerja seseorang ahli sejarah. Cara kerja akan menjadi lebih saintifik dengan penggunaan struktur dan model dengan tidak meninggalkan aspek ruang dan masa.

3. Membentuk satu panduan khusus dalam melakukan kajian sejarah yang juga akan melibatkan apakah yang harus dimasukkan dan apakah yang perlu diasingkan daripada analisis sejarah.

Kebanyakan ahli sejarah melihat teori hanya sebagai jalan bagi menimbulkan persoalan demi persoalan dan tidak menggunakan teori untuk mencari jalan penyelesaian. Ahli sejarah juga sangat bimbang dengan penggunaan teori atau model akan menyebabkan seseorang penulis lupa akan perubahan yang berlaku akibat pertukaran waktu disebabkan penggunaan teori atau model yang tidak menitik beratkan konsep ruang dan masa. Pendekatan teori turut dilihat terlalu umum dan abstrak dan kurang berjaya mengambarkan keunikan sesuatu individu dan peristiwa. Francis Bacon mencadangkan agar ahli sejarah wajar menggunakan teori manakala sains sosial turut menggunakan kaedah sejarah yang dianggap saling lengkap melengkapi sesuai dengan keperluan masa lepas dan masa kini.

Kekurangan utama penggunaan teori menurut Hunter ialah tidak wujud persetujuan bersama apakah jenis objek dan keselarasan dari sudut penggunaan istilah (bahasa) dalam sesuatu teori.25 Bagi Chris Lorenz kedua-dua perkara ini bukanlah isu yang melemahkan

penggunaan teori tetapi penggunaan teori dalam sejarah boleh membantu kepentingan ciri-ciri pengetahuan pada masa lepas, bagaimana ilmu ini dicapai, (melalui metodologi) apakah yang boleh diiktiraf sebagai suatu ‘kualiti’ ataupun ‘kemajuan’ dalam ilmu sejarah, apakah yang dikatakan masa lepas, dan persoalan penggunaan isu masa lalu dari aspek etika, undang-undang dan politik.26

6.0. Kelebihan Penggunaan Generalisasi dan Teori

Penggunaan generalisasi dan teori dalam ilmu sejarah dapat membantu Sejarawan dalam membuat satu rumusan ataupun interpretasi tentang masa lepas dengan ketepatan yang tinggi. Malah Louis Gotchalk sendiri menyarankan agar ahli sejarah tidak takut untuk memperluaskan

25 I. Hunter, The History of Theory, dlm. Critical Inquiry, 33, 2006, p. 78

(13)

generalisasi27 agar dapat menjelaskan isu sejarah dengan lebih tepat. Namun Louis Gottchalk

turut mencadang ahli sejarah bersikap berhati-hati dalam membuat generalisasi. Generalisasi haruslah berdasarkan fakta-fakta awal, benar dan dapat memberkan gambaran sebenar sesuatu peristiwa masa lepas.

Kesimpulan

Walaupun terdapat ramai di kalangan sejarawan memandang rendah unsur generalisasi dan teori dalam bidang sejarah, kewujudan unsur generalisasi atau teori itu sendiri bukanlah sesuatu yang dianggap asing malah banyak digunakan oleh sejarawan. Malah kadang-kadang di luar sedar ahli sejarah boleh menjadi sejarawan naratif deskriptif, sejarawan perbandingan ataupun sejarawan interpretatif. Perlu diakui unsur sejarah adalah unik dan berbeza tetapi kewujudan persamaan umum proses dapat membantu pembinaan analisis yang lebih bersifat saintifik. Menolak penggunaan generalisasi dan teori seolah-olah sama seperti hanya menekankan kepentingan keunikan dan menolak kepentingan proses sejarah. Akhirnya penolakan terhadap proses tidak akan menjadikan sejarah sebagai satu bidang yang memberikan pengajaran dan teladan. Walau bagaimanapun perlu diterima hanya dengan mempermudahkan generalisasi, teori atau model bukan bermakna ia boleh menerangkan peristiwa masa lepas secara lengkap dan diyakini.28

Gottchalk bersetuju perlunya ilmu sejarah memiliki sejarawan dalam pelbagai aliran genralisasi bagi memenuhi semua kemungkinan yang wujud dalam ilmu sejarah.

Senarai Rujukan

Abdul Rahman Haji Abdullah. 2000. Wacana Falsafah sejarah: Perspektif Barat dan Timur. Kuala Lumpur: Utusan Publications.

Aydelotte, W. O. 1963. Notes on the Problem of Historical Generalisation. Dlm Louis Gottschalk. 1963. Generalisation in the Writing of History: A Report of the Committee on

27 L. Gottchalk, Mengerti Sejarah: Pengantar Metode Sejarah, terj. Nugroho Notosusanto, Indonesia: yayasan Penerbit Universitas Indonesia, 1975, p. 187.

(14)

Historical Analysis of the Social Science Research Council, Chicago: The University of Chicago Press:145-177.

Armour, L. 2004. Speculative versus Critical Philosophy of History. Dlm. The Philosophy of History: Are-Examination, pnyt. Sweet, W. England: Ashgate Pub. Ltd.

Burke, P. 2005. History and Social Theory. Ed. Ke-2. Cambridge: Polity Press.

Burke, P. 2011. Sejarah dan Teori Sosial. Terj. Mestika Zed dan Zulfami. Indonesia: Yayasan Pustaka Obor.

Car, E.H. 1961. What is History? Macmillan: Palgrave.

Collingwood, R.G. 1985. Idea Sejarah. Terj. Mohd Yusuf Ibrahim. Kuala Lumpur: DBP.

Gilderhus, M.T. 2000. History and Historians: A Historiographical Introduction. USA: Prentice Hall.

Gottschalk, L. 1963. Generalisation in the Writing of History: A Report of the Committee on Historical Analysis of the Social Science Research Council. Chicago: The University of Chicago Press.

Gottschalk, L. 1963. Categories of Historiographical Generalisation. Dlm. Generalisation in the Writing of History: A Report of the Committee on Historical Analysis of the Social Science Research Council. Chicago: The University of Chicago Press, hlm. 113-114. Gottchalk, L. 1975. Mengerti Sejarah: Pengantar Metode Sejarah. Terj. Nugroho Notosusanto,

Indonesia: yayasan Penerbit Universitas Indonesia.

Hunter, I. 2006. The History of Theory. Critical Inquiry. 33, hlm. 78-112.

Lorenz, C. 2011. History and Theory. Dalam Woolf, D. y A. Schneider. Pnyt. The Oxford History of Historical Writing. Vol. 5. Oxford: Oxford University Press: 13-35.

Lyman, R. L. dan O'Brien, M. J. 2004. Nomothetic Science and Idiographic History in Twentienth-Century Americanist Anthropoly, dalam Journal of the History of the Behavioral Sciences. Vol. 40. 1, hlm. 77–96.

McCullagh. C. B. 1998. The Truth History. New York: Routledge.

Partington, G.G. 1980. Historical Generalisation, dlm. The History Teacher. Vol. 13. No. 3. Shafer, R. J. 1980. A Guide to Historical Method. Edisi ke-3. Ontario: The Dorsey Press.

Referensi

Dokumen terkait

 Memainkan peranan sebagai papan hitam.  Menjadi alat yang boleh mengawal disiplin murid semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan.  Boleh mengurangkan kebosanan murid

Abstrak : Kajian ini dijalankan untuk mengkaji tahap minat, keyakinan, kemahiran menggunakan ICT untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran, sokongan pentadbir dan masalah- masalah

[r]

Permeabilitas pada sumur X dilakukan dengan 3 metode yaitu metode Hydraulic Flow Unit, Timur dan Tixier.Metode yang pertama digunakan adalah metode Hydraulic Flow Unit.Pada

Tidak diketahui pasti kapan tradisi Rebo Wekasan diselenggarakan oleh masyarakat desa Jepang, Mejobo, Kudus. Menurut penuturan Mastur, Ketua Takmir masjid Wali

Dengan keunggulan dari setiap potensi wisata yang ada di Kota Kudus dan keanekaragaman budaya menambah daya tarik bagi Kota Kudus dan belum adanya video promosi

c. bahwa berdasarkan pertimbangan sebagaimana dimaksud pada huruf a dan huruf b perlu menetapkan Peraturan Walikota tentang Perubahan atas Peraturan Walikota

PENGAMANAN DAN PENGALIHAN BARANG MILIK/KEKAYAAN NEGARA DARI PEMERINTAH PUSAT KEPADA PEMERINTAH DAERAH DALAM RANGKAb. PELAKSANAAN