• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kaedah Belajar Cara Belajar untuk Menguj

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Kaedah Belajar Cara Belajar untuk Menguj"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

Symposium of International Langaues and Knowledge 2015 31 4 School of Liberal Arts, Walailak University, Thailand

Kaedah Belajar Cara Belajar untuk Menguji Tahap

Penguasaan Bahasa Melayu kepada Pelajar

Antarabangsa di UniMAP

ZALIZA ZUBIR1, AFIFAH HANANI YUSUF2, NAZIFAH HAMIDUN3, and NUR ADILA HAKIMI4

Pusat Bahasa Antarabangsa,

Universiti Malaysia Perlis, Malaysia

Email: zaliza@unimap. edu. my

Abstrak

Demi memartabatkan bahasa Melayu dan memantapkan sistem pendidikan Bahasa Melayu (BM) di UniMAP, satu reformasi atau perubahan dalam sistem pendidikan BM perlu dilakukan. Bahasa Melayu yang dahulunya hanya diajarkan dan dipelajari oleh pelajar warganegara tempatan, telah diperkenalkan kepada pelajar antarabangsa sebagai satu mata pelajaran wajib. Pelbagai isu telah dibangkitkan. Antara isu yang sering dibincangkan ialah kebanyakan pelajar antarabangsa yang mengikuti kursus Bahasa Melayu di UniMAP menghadapi masalah dan lemah dalam menguasai kemahiran berbahasa Melayu yang dipelajari dalam tempoh masa yang singkat. Kelemahan ini secara langsung menjejaskan kelancaran pengajian dan pencapaian akademik mereka secara keseluruhannya. Artikel ini bertujuan untuk membincangkan tentang pengggunaan Modul Belajar-Cara-Belajar Bahasa Melayu di UniMAP untuk melihat tahap kemahiran bahasa Melayu dalam kalangan pelajar antarabangsa UniMAP. Secara keseluruhan, beberapa langkah yang perlu dilaksanakan Modul BCB yang bertujuan untuk meningkatkan strategi atau teknik belajar BM dalam kalangan pelajar antarabangsa dalam lima kemahiran berbahasa Melayu, iaitu mendengar, membaca, bertutur, menulis dan kosa kata.

Kata kunci - bahasa Melayu; Kaedah Belajar Cara Belajar; kemahiran bahasa

Abstract

In order to uphold the Malay language and strengthen Malay language education system in UniMAP, a transformation or change is necessitated in the education system. Previously, Malay language used to be taught and learned by the local students but now, it has been introduced to the international students as a compulsory subject. Various issues have been raised. Among the issues that are most frequently discussed are most of the international students who are pursuing the Malay language course have a difficulty and weak in mastering the language within a short period of time. Overall, this weakness affects the continuity in their studies as well as academic achievement. This article aims to discuss on the Belajar-Cara-Belajar Bahasa Melayu Module and observe the Malay Language skill level among international students at UniMAP. On the whole, there are several techniques need to be implemented using the BCB module which it is aimed to improve in learning Malay language skills among international students namely listening, reading, speaking, writing and vocabulary.

Keywords - Malay Language; Belajar Cara Belajar method; language skills

1 PENGENALAN

Kebanjiran pelajar antarabangsa belakangan ini

(2)

Symposium of International Langaues and Knowledge 2015 31 5 School of Liberal Arts, Walailak University, Thailand

ketara ini telah mencetuskan perubahan rombakan telah dilakukan dan bahasa Melayu yang diajarkan kepada pelajar antarabangsa dikenali sebagai Bahasa Melayu sebagai bahasa asing (BMSBA). Dasar yang diperkenalkan ini telah menjadi sebahagian daripada pelaksanaan untuk menarik lebih ramai pelajar antarabangsa untuk melanjutkan pengajian dalam pelbagai bidang di negara ini. Menyedari kepentingan pendidikan bahasa Melayu kepada pelajar antarabangsa, Agensi Kelayakan Malaysia atau Malaysian Qualifications Agencies (MQA) telah membentuk satu Sukatan Pelajaran Bahasa Kebangsaan khusus untuk pelajar antarabangsa yang sedang melanjutkan pengajian di negara ini.

Bahasa Melayu merupakan bahasa perhubungan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Peranan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar telah diwartakan dalam Akta Pendidikan 1961. Kemasukan ramai pelajar antarabangsa ke negara ini telah menyebabkan perubahan dalam Akta ini telah dilakukan menjadikan Akta pendidikan 1961 kepada Akta Pendidikan Tinggi Swasta 1996. Kebanyakan IPT di Malaysia telah mewajibkan pelajar-pelajar antarabangsa yang sedang menuntut di negara ini untuk mengikuti kursus bahasa Melayu dalam tempoh satu semester sepanjang pengajian mereka di Malaysia. Dengan ini, pelajar antarabangsa tidak mempunyai pillihan lain kerana mengikuti kursus bahasa Melayu merupakan prasyarat untuk lulus dalam penngajian mereka.

A. Objektif dan Matlamat Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu kepada Pelajar Antarabangsa

Menyedari pentingnya pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu kepada pelajar antarabangsa, Agensi Kelayakan Malaysia atau Malaysian Qualifications Agencies (MQA) telah membentuk Sukatan Pelajaran Bahasa Kebangsaan yang dikhususkan kepada pelajar asing. Salah satu matlamat dan objektif pendidikan bahasa Melayu (BM) yang ditawarkan kepada pelajar asing di IPT di Malaysia adalah untuk membolehkan mereka menguasai kemahiran asas berbahasa Melayu. Adalah diharapkan kemahiran asas ini dapat digunakan bagi melahirkan idea dan perasaan melalui lisan dan penulisan. Selain itu, pelajar antarabangsa ini juga diharapkan dapat bertutur dengan cara yang mudah untuk berinteraksi serta menyesuaikan diri dengan masyarakat dan budaya di Malaysia dengan sebaiknya dan berkesan. Bagaimanapun, terdapat beberapa isu yang sering dibangkitkan apabila membicarakan pendidikan BM kepada pelajar antarabangsa di IPT di Malaysia. Isu-isu ini sering kali dibincangkan, namun begitu sehingga kini kaedah atau metod yang sesuai dan berkesan masih lagi belum ditemui untuk mencari jalan penyelesaiannya.

II. MODUL BELAJAR CARA BELAJAR

Kerangka ini pada asasnya dibina bagi memastikan Modul

BCB BM PA yang dibangunkan dapat dilaksanakan dengan lancar sebagaimana yang dirancang. Langkah-langkah yang telah dikenal pasti terdiri daripada dua komponen utama, iaitu reka bentuk instruksi dan Modul BCB BM PA. Komponen reka bentuk instruksi ialah fasa-fasa yang menunjukkan kaedah atau langkah yang perlu diikuti dalam keseluruhan proses pelaksanaan membangun dan menilai Modul BCB BM PA. Manakala, komponen Modul BCB BM PA pula ialah komponen yang mengandungi item-item yang menjadi sumber maklumat asas (input) yang diperlukan untuk membina dan menilai Modul BCB BM PA berdasarkan fasa-fasa yang ditetapkan dalam reka bentuk instruksi tersebut.

Fasa pertama ialah fasa analisis yang menjadi penentu

kepada pemilihan „input‟ yang menjadi asas dalam

pembangunan Modul BCB BM PA. Fasa ini dijalankan dalam tiga peringkat. Peringkat (i) mengenal pasti sasaran dan keperluan pembangunan modul. Sasaran utama ialah pelajar asing yang belajar bahasa Melayu di UniMAP dan menjadi pengguna sasaran dan sasaran kedua ialah guru bahasa Melayu kepada pelajar asing di UniMAP. Pengenalpastian kepada sasaran ini penting kerana modul yang dibangunkan akan digunakan oleh pelajar asing sebagai modul pembelajaran kendiri atau bersama guru yang berperanan sebagai fasilitator. Kedua-dua sasaran tersebut diperlukan bagi menentukan tahap pengetahuan dan tahap penggunaan SPB serta persetujuan mereka tentang keperluan membangun Modul BCB BM PA. Maklumat yang diperoleh daripada peringkat ini digunakan sebagai

panduan pembentukan tahap SPB

(senang/sederhana/sukar) dalam modul yang dibangunkan serta asas kepada keperluan membangun modul. Peringkat (ii) mengenal pasti SPB pelajar asing cemerlang bahasa (PACB) semasa belajar BM daripada aspek penggunaan dan

(3)

Symposium of International Langaues and Knowledge 2015 31 6 School of Liberal Arts, Walailak University, Thailand

sasaran. Dapatan atau maklumat yang diperoleh daripada Fasa 1 dalam peringkat (i), (ii), dan (iii) akan digunakan dalam untuk mengetahui peringkat kemahiran bahasa dalam membina reka bentuk atau kerangka Modul Belajar Cara Belajar pada kajian seterusnya.

III. PENYATAAN MASALAH

Kajian ini dijalankan bagi mengkaji tahap penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar asing di UniMAP setelah mereka mengambil subjek tersebut sama ada sebagai subjek teras mahupun elektif. Kajian ini juga bertujuan untuk melihat hubungan kaedah BCB digunakan untuk melihat tahap penguasaan bahasa Melayu dan penggunaan bahasa Melayu dalam kemahiran bertutur, kemahiran membaca, kemahiran menulis dan kemahiran mendengar.

IV. PERSOALAN KAJIAN

Berdasarkan perbincangan dalam pernyataan masalah di atas, pengkaji meletakan beberapa persoalan dala kajian ini iaitu:

1) Apakah kaedah BCB ini dalam membantu pelajar antarabangsa UniMAP meningkatkan tahap kemahiran dan pengguasaan bahasa Melayu.

2) Apakah faktor linguistik (iaitu elemen kemahiran berbahasa) mempengaruhi tahap penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa asing kepada penutur bukan natif bahasa Melayu (para pelajar antarabangsa di IPT)

3) Adakah pembelajaran bahasa Melayu yang wajib diambil oleh semua pelajar antarabangsa yang mendaftar di

UniMAP mencapai matlamatnya iaitu dapat

mengaplikasikan kemahiran menulis, membaca, mendengar dan bertutur dalam bahasa Melayu.

Adakah empat kemahiran asas berbahasa ini menjadi faktor utama dalam menentukan tahap penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa asing kepada penutur bukan natif bahasa Melayu itu sendiri. Melalui persoalan kajian ini, pengkaji berharap dapat meneroka lebih banyak isu yang berkaitan kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan tahap penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar antarabangsa di UniMAP dan usaha untuk mengantarabangsakan bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa dunia dapat dicapai apabila pelajar antarabangsa boleh bertutur, membaca, menulis dan mendengar dengan baik dan lancar.

V. OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah untuk:

1) Melihat keberkesanan modul yang diguna pakai dalam proses pembelajaran pelajar dalam bahasa Melayu.

2) Mengkaji tahap penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar antarabangsa di UniMAP dalam aspek kemahiran membaca, mendengar, menulis dan bertutur.

3) Mengenal pasti hubungan antara penguasaan

dengan tahap kecekapan empat kemahiran asas bahasa iaitu kemahiran mendengar, menulis, membaca dan bertutur dalam kalangan pelajar asing di UniMAP.

VI. KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini adalah penting bagi menjawab persoalan kajian untuk melihat tahap penguasaan pelajar asing dalam empat kemahiran berbahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis serta keberkesanan modul pengajaran yang digunakan. Penyelidik juga berpendapat bahawa kajian ini perlu dilakukan memandangkan kerana amat penting kepada tenaga pengajar khususnya untuk melihat dan mengenal pasti tahap penguasaan para pelajar mereka dalam subjek bahasa Melayu sebagai bahasa asing, supaya mereka dapat mengambil langkah-langkah yang terbaik bagi mengatasi kelemahan yang wujud sama ada terhadap modul

yang dibangunkan atau kaedah pengajaran dan

pembelajaran (P&P) yang digunakan. Hasil dapatan ini diharap dapat memberi satu idea baru kepada tenaga pengajar dan universiti dalam memartabatkan penggunaan bahasa Melayu ke peringkat antarabangsa.

VII. SKOP/ BATASAN KAJIAN

Kajian ini telah dilakukan terhadap kumpulan pelajar antarabangsa yang kini belajar di Unimap dalam pelbagai jurusan. Pelajar-pelajar ini terdiri daripada pelajar tahun 1 ke atas yang pertama kali belajar Bahasa Melayu Asas. Kajian penyelidikan ini terbatas kepada lokasi, tajuk, masa, sampel dan kewangan yang ditetapkan seperti berikut:

• Keputusan, analisis dan kesimpulan bagi kajian ini hanya releven untuk pelajar-pelajar antarabangsa yang belajar Bahasa Melayu Asas sahaja.

• Pengkaji hanya menggunakan satu jenis instrumen kajian sahaja iaitu dengan menggunakan borang soal selidik.

• Tahap penguasaan dan penggunaan bahasa Melayu ditekankan dalam aspek kemahiran membaca, mendengar, menulis, dan bertutur.

• Masa untuk menjalankan kajian penyelidikan ini kurang daripada satu tahun.

• Pengkaji tidak mengambil kira aspek lain yang ada pada responden selain aspek yang dikaji.

• Hasil kajian bergantung kepada kejujuran

responden semasa menjawab borang soal selidik.

VIII. SOROTAN KAJIAN

(4)

Symposium of International Langaues and Knowledge 2015 31 7 School of Liberal Arts, Walailak University, Thailand

JANTINA BILANGAN PERATUSAN

Perempuan 11 65

Lelaki 6 35

JUMLAH 17 100

RAJAH 1)PERATUSANJANTINARESPONDEN tinggi semakin penting. Subjek bahasa Melayu sebagai

bahasa asing kepada pelajar asing juga telah ditambah dalam kurikulum meraka sama ada menjadi subjek teras

ataupun subjek elektif. Pembelajaran bahasa

Melayu sebagai bahasa asing adalah berbeza dengan pembelajaran bahasa ibunda.Hal ini kerana pelajar asing tidak mempunyai pengetahuan asas mengenai bahasa Melayu tidak seperti mana mereka mengetahui bahasa ibunda mereka yang digunakan sebagai medium komunikasi mereka seharian.

Fokus utama kajian ini adalah untuk melihat penguasaan pelajar antarabangsa setelah mengikuti kelas bahasa Melayu di peringkat asas. Kajian mengenai penggunaan dan penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa asing telah dilakukan sejak beberapa tahun yang lalu. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Juriah et.al. (2001) yang melibatkan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) terhadap 120 pelajar asing, beliau mendapati sebahagian besar daripada responden yang dikaji memperlihatkan kelemahan mereka untuk menguasai keempat-empat kemahiran berbahasa iaitu bertutur, mendengar, membaca dan menulis. Didapati responden mengalami kesukaran untuk memahami aspek tatabahasa dan ini menyukarkan mereka untuk berkomunikasi secaa lisan dan tulisan dengan baik. Pernyataan ini disokong oleh dapatan kajian yang dijalankan oleh Marzalina (2005) yang melihat stail pembelajaran pelajar asing terhadap bahasa Melayu juga menyatakan bahawa tahap penguasaan pelajar dalam mempelajari bahasa Melayu juga tidak memuaskan kerana mereka tidak berupaya untuk menguasai bahasa Melayu dengan sebaiknya.

Rusdi (2001), yang melihat tahap penguasaan kemahiran menulis dalam kalangan pelajar asing juga mendapati sebahagian besar pelajar asing yang mengikuti kursus bahasa Melayu Tahap II di UKM masih lemah dalam kemahiran walaupun mereka telah mengambil subjek bahasa Melayu di Tahap I sebelum ini. Hal ini adalah kerana pelajar lemah dalam menguasai empat aspek penting kemahiran berbahasa Melayu iaitu kemahiran mendenganr, membaca, bertutur dan menulis dengan cekap.

Beberapa kajian lepas juga banyak mengkaji tentang strategi pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa asing. Antaranya kajian yang dilakukan oleh Yong Chyn Chye yang melihat apakah strategi pembelajaran yang sesuai digunakan oleh pelajar antarabangsa secara formal dan tidak formal dalam mempelajari bahasa Melayu. Hasil

dapatan memperlihatkan bahawa pensyarah sangat

memainkan peranan yang penting dalam memastikan pelajar dapat mempelajari bahasa Melayu. Kajian penguasaan bahasa asing juga turut dijalankan oleh pengkaji lain seperti Wan Zarina Wan Zakaria(2007) yang melihat tahap

keresahan pelajar dalam mempelajari bahasa asing di IPTA, penguasaan bahasa Inggeris oleh Azizah Abu Hanafiah(2008), Suzana Ismail (2005) yang mengkaji tentang strategi pembelajaran bahasa Jepun oleh pelajar tempatan. Adibah Abdul Latif (Bahasa Inggeris).

IX. DAPATAN HASIL KAJIAN

Analisis Profil Demografi Responden Secara

keseluruhannya, proses penganalisisan data dilakukan hanya terhad kepada analisis deskriptif asas dengan melihat kepada indeks bilangan dan peratusan sahaja. Perbincangan demografi responden meliputi jantina, umur, negara asal, kursus di UniMAP dan jangka masa tinggal di UniMAP akan dianalisis secara terperinci. Berikut adalah analisis data demografi responden.

Jantina Responden

Dari segi jantina, secara keseluruhannya, sebanyak 17 responden yang dipilih dalam kajian ini iaitu 65% atau kekerapan sebanyak 11 orang merupakan responden perempuan manakala 35% atau kekerapannya iaitu 6 orang ialah responden lelaki. Jumlah peratusan dan kekerapan bagi jantina perempuan dan lelaki adalah tidak sama kerana pengkaji menggunakan kaedah pemilihan responden secara rawak dalam kajian ini. Pengkaji memberikan borang soal selidik secara rawak kepada responden. Oleh sebab itulah responden lelaki dan perempuan tidak seimbang. Rajah 1 dan Jadual 1 di bawah ialah bilangan dan peratusan responden mengikut jantina.

TABLE IV. PERATUSAN JANTINA

(5)

Umur Responden

31 8 School of Liberal Arts, Walailak University, Thailand

PERATUSAN JANTINA RESPONDEN

■ Perempuan ■ Lelaki

Kursus Responden di UniMAP

Kursus yang ditawarkan untuk pelajar asing di UniMAP ialah di peringkat Ijazah Pertama, Sarjana dan Ijazah Kedoktoran. 100% atau kesemua responden iaitu 17 orang pelajar yang diuji merupakan pelajar di peringkat Ijazah Pertama. Tiada responden yang mengikuti kursus di peringkat Ijazah Lanjutan. Jadual 4 menunjukkan bilangan dan peratusan pelajar asing yang mengambil kursus di UniMAP.

Majoriti responden yang dipilih adalah berumur dalam lingkungan 19-21 tahun iaitu sebanyak 88% berbanding dengan responden yang berumur dalam lingkungan 2225 tahun iaitu sebanyak 12% dan tiada responden yang berumur dalam lingkungan 26 tahun ke atas. Rajah dan Jadual II berikut merupakan bilangan dan peratusan umur responden dalam kajian ini.

TABLE VI. KURSUS RESPONDEN DI UNIMAP

Kursus Bilangan Peratusan

Ijazah Pertama

17

100

Sarjana 0 0

Ijazah

Kedoktoran 0 0

JUMLAH 17 100

TABLE V. PERATUSAN UMUR RESPONDEN

UMUR BILANGAN PERATUSAN

19-21 15 88

22-25 2 12

JUMLAH 17 100

RAJAH 2)PERATUSANUMURRESPONDEN

Negara Asal Responden

Selain jantina dan umur, penyelidik akan melihat dari perspektif negara asal responden. Daripada 17 responden yang dipilih, 41% daripada mereka berasal dari negara China, manakala 23% mewakili negara Yaman, 12% dari negara Sudan dan hanya 6% sahaja responden yang berasal dari negara Nigeria dan Oman. Berikut ialah Rajah dan Jadual 3 tentang kekerapan dan peratusan negara asal para responden yang menuntut di UniMAP.

TABLEVII. KURSUS RESPONDEN DI UNIMAP

X. PENGUJIAN HIPOTESIS ANTARA EMPAT

KEMAHIRAN BERBAHASA DENGAN PENGUASAAN

BAHASA MELAYU DALAM KALANGAN PELAJAR

ANTARABANGSA

(6)

Symposium of International Langaues and Knowledge 2015 31 9 School of Liberal Arts, Walailak University, Thailand

TABLE VIII. ANALISIS HIPOTESIS ANTARA EMPAT

KEMAHIRAN BERBAHASA DENGAN PENGUASAAN

BAHASA MELAYU DALAM KALANGAN PELAJAR

H1 : Terdapat hubungan positif antara kemahiran mendengar dengan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar antarabangsa.

H2 : Terdapat hubungan positif antara kemahiran membaca dengan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar antarabangsa.

H3 : Terdapat hubungan positif antara kemahiran menulis dengan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar antarabangsa.

H4 : Terdapat hubungan positif antara kemahiran bertutur dengan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar antarabangsa.

Bagi tujuan menjawab keempat-empat hipotesis ini, pengkaji telah memilih penggunaan analisis inferensi iaitu korelasi Pearson. Analisis korelasi Pearson digunakan untuk menyatakan hubungan antara variabel-variabel yang menggunakan skala selang dan nisbah. Dalam kajian ini, variabel-variabel bebas terdiri daripada empat kemahiran berbahasa (mendengar, bertutur, menulis dan membaca). Manakala variabel bersandar pula terdiri daripada penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar asing. Dalam kajian ini juga, kekuatan dan bentuk hubungan antara variabel- variabel ini juga dilihat.

Kaedah analisis ini memberikan nilai pekali Pearson r yang memberi pengukuran kekuatan perhubungan antara variabel-variabel. Nilai r ini mempunyai sela antara nilai-nilai ini ialah antara +1.00 dan -1.00. Nilai r positif menunjukkan terdapatnya hubungan yang positif. Manakala nilai r negatif pula menunjukkan hubungan yang negatif. Menurut Chua (2006), kekuatan nilai pekali korelasi diukur berdasarkan nilainya seperti .00 (tiada korelasi), .01 hingga .30 atau -.01 hingga -.30 (sangat lemah), .31 hingga .50 atau - .31 hingga -.50 (Lemah), .51 hingga .70 atau -.51 hingga .70 (sederhana), .71 hingga .90 atau .71 hingga -.90 (Kuat) dan .91 hingga 1.00 atau -.91 atau -1.00 (Sangat kuat).

PC = Pearson Correlation

**. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).

Berdasarkan jadual 5 di atas, pengkaji menggunakan ujian korelasi Pearson. Hasil analisis yang diperolehi menunjukkan hubungan korelasi antara empat kemahiran berbahasa iaitu kemahiran mendengar, membaca, menulis dan bertutur dengan penguasaan ialah positif.

Hipotesis H1 bertujuan untuk melihat sama ada terdapat hubungan yang positif antara kemahiran mendengar dengan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar asing. Analisis menunjukkan hubungan korelasi antara kemahiran mendengar dengan penguasaan bahasa Melayu adalah r=.524 dan kekuatan hubungan adalah bersifat sederhana serta bentuk hubungan antara variabel bebas dan bersandar adalah positif. Hasil analisis ini menunjukkan bahawa hipotesis terdapat hubungan positif antara kemahiran mendengar dengan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar antarabangsa boleh diterima.

Bagi kemahiran bertutur pula, analisis korelasi bertujuan untuk melihat hipotesis H2 sama ada terdapat hubungan yang positif antara kemahiran bertutur dengan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar antarabangsa. Berdasarkan Jadual 2 di atas nilai korelasi Pearson r kemahiran bertutur ialah r = .524, dan kekuatan hubungan adalah sederhana kuat dan bentuk hubungan antara variabel kemahiran bertutur dan tahap penguasaan adalah positif.

Hasil analisis ini menunjukkan bahawa hipotesis “terdapat

hubungan yang positif antara kemahiran bertutur dengan

penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar asing”

diterima.

Analisis korelasi untuk melihat hubungan kemahiran membaca pula didapati bahawa nilai korelasi Pearson r kemahiran membaca ialah r = .758, p<.01, dan kekuatan hubungan adalah kuat dan bentuk hubungan antara variabel bebas dan bersandar adalah positif. Hasil analisis ini

menunjukkan bahawa hipotesis “Terdapat hubungan positif

antara kemahiran membaca dengan penguasaan bahasa

Melayu dalam kalangan pelajar antarabangsa” diterima.

Manakala hipotesis H4 juga mempunyai nilai korelasi Pearson r kemahiran menulis ialah r = .725, p<.01, dan terdapat hubungan yang signifikan dan bernilai positif antara variabel bebas dan bersandar. Hasil daripada analisis

menunjukkan “Terdapat hubungan positif antara kemahiran

bertutur dengan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan

(7)

Symposium of International Langaues and Knowledge 2015 320 School of Liberal Arts, Walailak University, Thailand

XI. RUMUSAN ANALISIS KAJIAN

Dapatan pendekatan kuantitatif yang berdasarkan anlisis deskriptif dan korelasi, yang dibentangkan telah menjawab persoalan kajian ini. Keseluruhannya dapatan kajian menunjukkan wujud hubungan yang signifikan dan positif antara empat kemahiran berbahasa iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dengan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar antarabangsa IPTA terpilih iaitu UniMAP. Hasil dapatan yang diperolehi menunjukkan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar adalah pada tahap sederhana. Hal ini kerana secara keseluruhan nilai korelasi bagi setiap variabel bebas adalah berbeza walaupun terdapat hubungan yang signifikan dengan variabel bersandar. Hasil analisis menunjukkan bahawa para pelajar tidak dapat menguasai kemahiran mendengar dan bertutur dengan baik dan ini menyukarkan mereka untuk berkomunikasi dengan baik dengan menggunakan bahasa Melayu sama ada dengan pelajar tempatan mahupun masyarakat setempat iaitu dengan nilai korelasi yang masing-masing menyumbang nilai r=524 dan mempunyai hubungan kekuatan yang sederhana. Namun hasil dapatan nilai korelasi yang diperolehi bagi kemahiran membaca dan menulis tinggi iaitu sebanyak r=758 dan r=725 dan hubungan kekuatan adalah kuat, ini jelas menunjukkan bahawa tenaga pengajar memainkan peranan yang penting dalam usaha menyemai minat pelajar untuk menguasai bahasa Melayu dengan baik. Namun pengkaji merasakan bahawa penguasaan kemahiran berbahasa adalah perlu seimbang di antara keempat-empat kemahiran tersebut. Jika semakin baik tahap penguasaan bermakna semakin keraplah pelajar tersebut menggunakan bahasa tesebut dan juga sebaliknya. Dapatan kajian ini disokong oleh kajian-kajian terdahulu seperti yang dijalankan oleh Marzalina (2005) Juriah et.al(2001) dan Rusdi (2001) yang menyatakan bahawa tahap penguasaan pelajar dalam mempelajari bahasa Melayu juga tidak memuaskan kerana mereka tidak berupaya untuk menguasai bahasa Melayu dengan cekap dalam keempat-empat aspek kemahiran berbahasa dalam bahasa Melayu. Kelemahan ini mungkin disebabkan oleh jangka masa mempelajari bahasa Melayu dan kaedah yang digunakan perlu penambahbaikan pada kajian akan datang. Oleh yang demikian, modul BCB akan terus dimurnikan lagi dengan pengabungjalinan dengan modul kaedah yang lain pula.

XII. KESIMPULAN

Pendidikan BM dalam kalangan pelajar antarabangsa di IPT adalah penting untuk memartabatkan BM sebagai bahasa kebangsaan dan perhubungan di Malaysia. Namun begitu,

umumnya pelajar

antarabangsa yang mengikuti kursus BM di IPT berhadapan dengan masalah dan lemah dalam menguasai kemahiran berbahasa Melayu yang dipelajari. Sejajar dengan itu, kajian pembentukan kerangka pembangunan dan penilaian Modul BCB BM PA ini dijangka dapat membantu memperjelaskan kaedah atau metode yang boleh digunakan sebagai alternatif untuk mempertingkatkan strategi dan teknik belajar BM pelajar antarabangsa tersebut, khususnya

dalam kemahiran berbahasa Melayu secara menyeluruh. Hal ini kerana, SPB didapati berpotensi untuk diaplikasikan secara optimum dalam sistem pendidikan BM yang diajarkan kepada pelajar antarabangsa bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih efektif, dinamik dan menyeronokkan.

RUJUKAN

[1] Abdullah Hassan. (2007) Linguistik Am. Siri

Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.

Selangor: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. [2] Awang Sariyan. (2011) Kursus Wajib Bahasa Melayu

Kepada Pelajar Asing: Mengharapkan susulan konkrit. Dimuat turun daripada http://klikweb.dbp.my/?p=1330 pada 24/3/2012.

[3] Kementerian Pendidikan Malaysia. 2001. Modul Belajar Cara Belajar. Kuala Lumpur: Pusat

[4] Perkembangan Pendidikan.

[5] Kamarul Shukri Mat Teh & Mohamed Amin Embi. 2010. Strategi Pembelajaran Bahasa. Kuala Lumpur. Penerbit Universiti Malaya.

[6] Marzalina Mansor. 2005. Stail pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa asing dalam kalangan pelajar luar negara. Desertasi Sag ana. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

[7] Rubin, J. 1975. What the good language learner can teach us. TESOL Quaterly9(1):41-51.

[8] Rusdi Abdullah. 2001. Kecekapan menulis dalam bahasa Melayu sebagai bahasa asing. Prosiding Seminar Sehari Jabatan Bahasa Melayu & Terjemahan, hlm 65-75.

[9] Rohana Yusof (2003), Penyelidikan Sains Sosial. Pahang Darul Makmur: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.

[10]Sekaran, U., (2000), “Research methods for business:

A skill building approach”, 3rd Edition, John Wiley and sons, New York.

Suzana Ismail. (2005). Communication Strategies in

Japanese Language Interactions among Malay

Students at the University of Malaya. Dissertation (M.M.L.S.).Fakulti Bahasa dan Linguistik, UM. [11]Wan Zarina Wan Zakari , Azizah Rajab, Norfazila

(8)

Symposium of International Langaues and Knowledge 2015 32 1 School of Liberal Arts, Walailak University, Thailand

[12]Yong Chyn Chye. (2010). Strategi Pelajar

Antarabangsa Belajar Bahasa Melayu Di Institusi Pengajian Tinggi. Conference of The 4th International Confrence on Teacher Education. Bandung Indonesia.

Zaliza binti Zubir born on March 20,

Gambar

TABLE IV. PERATUSAN JANTINA
TABLE V. PERATUSAN UMUR RESPONDEN UMUR BILANGAN PERATUSAN
TABLE VIII. ANALISIS HIPOTESIS ANTARA EMPAT KEMAHIRAN BERBAHASA DENGAN PENGUASAAN

Referensi

Dokumen terkait

Pembelajaran bahasa Indonesia meliputi empat aspek keterampilan berbahasa, yaitu mendengarkan (menyimak), berbicara, membaca, dan menulis. Pengembangan empat

STANDARD PEMBELAJARAN MENDENGAR DAN BERTUTUR STANDARD PEMBELAJARAN MEMBACA STANDARD PEMBELAJARAN MENULIS STANDARD PEMBELAJARAN SENI BAHASA STANDARD PEMBELAJARAN ASPEK

Dalam pembelajaran Bahasa Jerman peserta didik dituntut untuk menguasai empat keterampilan berbahasa yaitu: mendengar, berbicara, membaca dan menulis. Meskipun

Kelima, penulisan manuskrip Melayu melibatkan keintelektualan bangsa Melayu berbahasa, kemahiran menulis tangan yang memerlukan pengetahuan dan kearifan dalam bidang yang

Oleh itu, guru Bahasa Melayu perlu menggalakkan pelajar menggunakan pelbagai strategi pembelajaran kemahiran mendengar dan menulis supaya dapat membantu mereka untuk

5 Mengaplikasikan kemahiran asas membaca al-Quran secara bertajwid, menghafaz dan memahami surah-surah tertentu dengan betul, menghayati hadis pilihan dan asas akidah,

Pendekatan kaedah latih tubi dalam kemahiran menulis jawi murid tahun empat di Sekolah Kebangsaan Ladang Sandak, Sandakan ABSTRAK Jawi adalah satu tulisan untuk bahasa Melayu..

Kesimpulannya, perbezaan kesan bagi ketiga-tiga kaedah pengajaran al-Sam ciyat al-Shafawiyah, Taqlidiyah dan Eklektik Sistematik dalam tiga kemahiran bahasa Arab mendengar, bertutur,