• Tidak ada hasil yang ditemukan

Assignment Usul Fiqh II Sejarah Perkemba

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Assignment Usul Fiqh II Sejarah Perkemba"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

FAKULTI UNDANG-UNDANG

DIPLOMA LEPASAN IJAZAH SYARIAH & AMALAN

(DLSA)

USUL FIQH (LAW 631)

SOALAN:

SEJARAH PERKEMBANGAN USUL FIQH

DISEDIAKAN UNTUK:

PUAN ASMAK

DISEDIAKAN OLEH:

MEOR HAFIZ SALEHAN

[2012719593]

MOHD FAIZAL NIZAM BIN MOHD FUAD

[2012195877]

MOHD SYAMIR BIN SALIM SAW

[2012798803]

TARIKH SERAHAN:

(2)

A. PENGENALAN

Usul Fiqh merupakan salah satu dari cabang utama ilmu Islam. Hal ini demikian kerana Usul Fiqh merupakan ilmu penghasilan fiqh atau hukum dari sumber-sumbernya.

Ilmuwan usul telah mengibaratkan usul fiqh sebagai kaedah mendapatkan hukum. Contoh yang diberikan adalah seperti untuk mendapatkan air daripada sebiji limau. Kaedah yang digunakan untuk mendapatkan air limau tersebut boleh melalui berbagai cara, samada melalui perahan atau pengisaran asalkan memperoleh hasil yang dikehendaki, iaitu air limau tersebut.

Dari contoh yang diberikan ini, dapat disimpulkan bahawa Usul Fiqh merupakan kaedah perahan/pengisaran yang digunakan bagi mendapat air hasilnya ( hukum). Kepentingan Usul Fiqh dapat dilihat sebagai kaedah yang melahirkan hukum hakam yang menjadi amalan kita sepanjang hidup. Tanpa kaedah-kaedah yang digunakan ini, adalah mustahil bagi kita memperoleh penyelesaian bagi sesuatu masalah yang timbul.

(3)

B. ZAMAN RASULULLAH S.A.W. : INSYA’ DAN TAKWIM (PERTUMBUHAN & PEMBENTUKAN) PADA 610M-632M

Zaman Rasulullah s.a.w. ini turut dikenali sebagai zaman pertumbuhan dan pembentukan. Zaman ini berlangsung untuk 23 tahun dan ia dikira dari tarikh kenabian Rasulullah s.a.w. di Makkah sehingga tarikh kewafatan baginda di Madinah. Semasa Rasulullah s.a.w. masih hidup, seluruh permasalahan berkenaan fiqh dijawab oleh baginda, dan yang demikian dikatakan sumber fiqh pada ketika ialah wahyu Allah s.w.t.

Biarpun begitu, terdapat beberapa orang sahabat Rasulullah s.a.w. yang telah menggunakan pendapatnya untuk menentukan sesuatu keputusan. Antara sahabat tersebut adalah Muadz bin Jabbal, yang merupakan Gabenor Yemen, yang diutus oleh Rasulullah s.a.w.

Sebelum Muadz bin Jabbal berangkat ke Yemen, baginda telah bertanya kepada beliau, yang diriwayatkan di dalam Hadis berikut:-1

“Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. mengutus Muadz ke Yamen. Kemudian Nabi bertanya kepada Muadz bin Jabbal: Bagaimana engkau akan memutuskan persoalan? Ia menjawab: Akan saya putuskan berdasarkan Kitab Allah (al-Quran), Nabi bertanya: Kalau tidak engkau temukan di dalam Kitabullah?, Ia jawab: Akan saya putuskan berdasarkan Sunnah Rasul s.a.w., Nabi bertanya lagi: Kalau tidak engkau temukan di dalam Sunnah Rasul?, Ia menjawab: Saya akan berijtihad dengan pendapatku, maka Nabi s.a.w. bersabda: Segala puji bagi Allah s.w.t. yang telah memberi taufiq atas diri utusan Rasulullah s.a.w.”

Secara jelas berdasarkan hadis di atas, usul fiqh telah digunakan oleh sahabat-sahabat, biarpun ia masih belum menjadi nama keilmuan tertentu.

(4)

Secara kaedah usul fiqh, sebarang permasalahan hukum perlulah dirujuk kepada al-Quran dalam mendapatkan jawapan, dan diikuti Hadis. Namun, sekiranya jawapan kepada permasalahan tidak dapat ditemukan, maka ijtihad dibenarkan.2

C. ZAMAN SAHABAT: TAFSIR DAN TAKMIL (PENJELASAN & PENYEMPURNAAN) PADA 632M-720M

Zaman ini berlangsung selama 90 tahun, yang dikira daripada tahun kewafatan Rasulullah pada 11 Hijrah sehingga akhir abad pertama Hijarah, iaitu 101 Hijrah atau 632M-720M.

Setelah kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., para sahabat baginda telah memainkan peranan besar dalam pembentukan hukum-hakam Islam. Pada zaman ini, secara dasarnya, para sahabat banyak menggunapakai ijtihad dalam mencari jawapan sesuatu permasalahan yang tidak terdapat di dalam al-Quran, mahupun hadis. Mereka mampu berbuat demikian kerana penguasaan bahasa Arab yang baik, kefahaman berkenaan sebab turunnya sesuatu ayat al-Quran, begitu juga hadis, dan mereka sendiri merupakan perawi hadis.

Berkenaan ijtihad, ia telah dilakukan secara berseorang, atau secara mesyuarat (musyawarah). Keputusan yang dicapai melalui mesyuarat yang dijalankan disebut sebagai ijma’.

Ijtihad mempunyai beberapa keadah sama ada secara qiyas atau analogi, begitu juga dengan istishlah. Dengan penggunaan kaedah-kaedah ini, kesemua permasalahan hukum yang diajukan masyarakat terjawab.

Ada beberapa contoh ijtihad yang dilakukan oleh para sahabat iaitu berkaitan (i) memerangi orang yang tidak mahu membayar zakat, (ii) berkenaan ahli waris, (iii) hukuman diyat dikenakan kerana pengampunan salah seorang waris, juga (iv) berkenaan pernikahan seorang wanita yang sedang dalam iddah.

(5)

Pada zaman ini, kita dapat mengkaji perkembangan Usul Fiqh pada era empat Sahabat iaitu (i) era Saidina Abu Bakar as-Siddiq, (ii) era Saidina Umar al-Khattab, (iii) era Saidina Uthman al-Affan dan (iv) era Saidina Ali Karamahallah Wajhah,3 di

mana keempat-empat Khalifah menggunakan kaedah sepertimana disebut di atas. Namun perhatian juga patut diberikan apabila kaedah ‘judicial precedent’

digunapakai. Kaedah ‘judicial precedent’ ini digunakan sebelum ijtihad digunakan. Di sini, Khalifah akan merujuk kes yang dihadapannya ini dengan merujuk dengan keputusan yang telah dilakukan oleh Khalifah terdahulu.4

D. ZAMAN TABI’IN: TADWIN PADA 720M-961M

Zaman ini adalah zaman pembukuan dan munculnya para imam mujtahid, serta zaman perkembangan serta kedewasaan hukum yang berlangsung selama 250 tahun, yang dikira mulai tahun 720M-961M.

Pada masa tabi’in, kaedah mengistinbat hukum menjadi semakin jelas dan meluas. Hal ini disebabkan meluasnya jajahan daerah Islam, dan sehingga banyak permasalahan hukum baharu yang muncul.5 Kekuasaan Islam meluas ke

daerah-daerah yang dihuni oleh orang-orang yang bukan berbangsa Arab, dan kebudayaannya yang cukup berbeza.6

Ulama-ulama yang tinggal di daerah tersebut melakukan ijtihad, mencari ketetapan hukumnya berdasarkan pemahaman mereka terhadap ayat-ayat al-Quran dan hadis Nabi. Ditambah pula dengan pengaruh kemajuan ilmu pengetahuan dalam berbagai bidangnya pada masa itu, kegiatan ijtihad menjadi maju pesat.7

3 Taha Jabir al ‘Awani, Usul al-Fiqh al-Islami: Methodology for Research and Knowledge in Islamic Jurisprudence (The International Institute of Islamic Thought Virginia 1990).

4 Ibid.

5 Satria Effendi, Ushul Fiqh (Kencana Prenada Media Group Jakarta 2009).

6 Alaiddin Koto, Ilmu Fiqih dan Ushul Fiqih (PT Grafindo Persada Jakarta 2009).

(6)

Para ulama telah menetapkan sesuatu hukum secara berbeza; ada yang melihat kepada kepentingan umum (mashlahah) dan begitu juga ada yang menetapkan hukum melalui qiyas. Daripada perbezaan dalam mengistinbatkan hukum inilah, muncul tiga (3) kelompok ulama, iaitu Madrasah al-Iraq, Madrasah al-Kaufah yang lebih dikenal dengan sebutan Madrasah al-Ra’yu dan Madrasah al-Madina dikenalo dengan Madrasah al-Hadis. Namun pada masa ini ilmu ushul fiqh masih belum dibukukan.8

E. ZAMAN KEMUNCULAN USUL AL-FIQH- IMAM SYAFIE

Imam Syafie atau nama sebenarnya Abu Abdullah Muhammad b Idris as-Asyafiee dilahirkan di Palestin, pada tahun 150 hijrah. Pada usia yang muda, beliau telah berhijrah bersama-sama ibunya ke Makkah dimana beliau bertemu dan seterusnya berguru dengan anak murid Abdullah ibn Abbas.

Imam as-Syafie merupakan seorang yang mempunyai daya ingatan yang cukup hebat, di kala anak-anak kecil sebaya dengannya masih bermain-main, berkejaran ke sini-sana, beliau mula menghafaz Al-Quran pada usia 7 tahun, dan seterusnya telah berjaya menghafal seluruh Al- Quran pada usia semuda 11 tahun.

Pencarian ilmu beliau bersambung dan diteruskan ke Madinah, di mana penghijrahan beliau menemukan beliau dengan Imam Malik pada tahun 179 Hijrah. Kehebatan pemahaman dan kesungguhannya dapat dilihat ketika mana beliau berjaya menghafal al Muwatta’, kitab karangan Imam Malik dengan begitu sempurna setiap perkataannya. Beliau bukan sekadar menghafal setiap perkataan, tetapi juga memahami maksud setiap satu daripadanya, dan mampu menghuraikan erti setiap ayat kitab al-Muwatta’ dengan begitu sempurna.

Kesetian beliau kepada gurunya membuatkan Imam as-Syafie setia menuntut di bawah tunjuk ajar Imam Malik sehingga Imam Malik meninggal dunia.

Penghijrahan Imam as-Syafie dalam mencari ilmu membawa beliau ke tanah Yemen dimana beliau telah mengajar di sana sehingga beliau dituduh mengamalkan

(7)

amalan Shiah. Beliau kemudiannya telah ditangkap berdasarkan pertuduhan tersebut dan telah dibawa untuk menghadap Khalifah Harun al Rashid di Iraq. Tuduhan tersebut gagal dibuktikan apabila beliau berjaya membuktikan kebenaran ajarannya sehingga beliau dibebaskan.

Setelah beliau berjaya memebebaskan dirinya, Imam as-Syafie telah berhijrah ke Iraq dengan niat hendak menuntut dari Imam Abu Hanifah namun tidak berkesempatan kerana Imam Abu Hanifah telahpun meninggal dunia ketika itu. Oleh itu Imam as-Syafie telah mengambil keputusan untuk berguru dengan anak-anak murid Imam Abu Hanifah, Abu Yusuf pada tahun 182 Hijrah dan Muhammad Hassan as Shaybani pada tahun 189 hijrah.

Beliau banyak menghabiskan masa di Iraq dan pada ketika inilah beliau telah menulis karyanya yang pertama, iaitu kitab Al-Hujjah yang merupakan gabungan Fiqh Mazhab Maliki dan Fiqh Mazhab Hanafi di Kufah, Iraq.9

Dalam usaha mendalamkan lagi ilmu dan pengetahuannya tentang Islam, Imam as-Syafie sekali lagi berhijrah, kali ini beliau berhijrah ke Mesir untuk menuntut di bawah Imam Layth, tetapi beliau tidak sempat kerana Imam Layth meninggal dunia ketika Imam as-Shafie masih dalam perjalanannya . Walaubagaimanapun, beliau sempat berguru dengan anak murid Imam Layth dan telah di sini beliau menghasilkan Kitab Al-Umm yang telah menggabungkan Fiqh Mazhab Laythee ketika beliau bermastautin di Mesir.10 Imam as-Syafie meninggal Dunia di Mesir

pada tahun 204 hijrah.

Kita dapat contohi kesungguhan Imam as-Syafie dalam menuntut dan memperkayakan dirinya dengan ilmu sehingga pencarian ilmunya yang mendalam membawanya kepada kesemua mazhab-mazhab pada zamannya memberikan beliau peluang untuk bertemu dan mengkaji hadith-hadith yang tidak ditemui oleh pakar-pakar sebelumnya. Meskipun Imam as-Shafie seringkali bercanggah pendapat dengan guru beliau Imam Malik lebih-lebih lagi dalam isu penggunaan Amal Ahl al Madinah sebagai satu sumber mendapatkan hukum, percanggahan pendapat ini menunjukkan bahawa ulama zaman terdahulu bersikap profesional dalam bidang

9 Abu Ameenah Bilal Philips, The Evolution of Fiqh.

(8)

mereka. Perbezaan pendapat tidak memecahbelahkan sesama mereka dan hal ini diperkukuhkan lagi di mana kita dapat lihat bahawa Imam as-Syafie, meskipun acapkali tidak sependapat dengan gurunya Imam Malik, beliau setia menuntut di sisi gurunya ketika gurunya menghembuskan nafas terakhir.

PEMBENTUKAN MAZHAB SYAFIE

Umum diketahui bahawa Imam as-Syafie dikenali juga sebagai bapa pemodenan usul fiqh. Beliau boleh dikatakan tokoh usul fiqh yang terulung, kerana kefahaman beliau yang mendalam dalam kajian dan ilmu yang memberikan beliau pemahaman yang berbeza tentang fiqh satu-satu perkara.

Imam as-Shafie seringkali bercanggah pendapat dengan guru beliau Imam Malik lebih-lebih lagi dalam isu penggunaan Amal Ahl al Madinah sebagai satu sumber mendapatkan hukum

Seperti mana beliau sering bercanggah pendapat dengan gurunya Imam Malik, beliau juga menolak doktrin-doktrin istihsaan dan istislah yang dipelopori oleh ulama Hanafi dan Maliki yang mengambil kira faktor kepentingan awam dalam isu-isu yang tidak disentuh oleh Al Quran, As-Sunnah mahupun amal Ahl al Madinah. Beliau telah cuba membuktikan ketidak-wajaran penggunaan kedua-dua sumber ini melalui kitabnya yang bertajuk ‘Kitabibtal al Istihsan al Shafii’. Usaha-usaha Imam as-Syafie dituruti oleh ramai pengikut pada zamannya meskipun hujahannya menjadi titik tolak suatu sistem pendekatan yang tidak dapat diterima pakai oleh kesemua mazhab-mazhab yang lain. Wajar diingatkan bahawa perkataan usul fiqh, ataupun usul pada zaman sebelum as-Shafie, tidak membawa erti sebagaimana yang kita sedia faham pada hari ini mahupun membawa makna teknikal yang merujuk kepada ilmu pentaksiran sumber-sumber hukum sepertimana yang telah didefinisikan oleh Imam as-Shafie.

(9)

sebagai mazhab Al-Qadeem (mazhab yang lama) bagi membezakannya dengan era kedua imam as Shafii di Mesir.

Di Mesir pula beliau telah memasukkan Fiqh Imam Layth dan menghasilkan Mazhab al Jadeed (mazhab yang lama) dalam kitab barunya yang bertajuk al-Umm. Manakala prinsip-prinsip asas Usul Fiqh dihimpunkan dan disusun di dalam kitabnya yang bertajuk ar Risalah.

SUMBER-SUMBER BAGI MAZHAB SHAFII

1. Al Quran.

Sebagaimana guru-guru sebelumnya, Imam as-Shafie merujuk kepada al Quran sebagai rujukan utama dalam mazhabnya. Yang berbeza hanyalah pendekatannya yang lebih mendalam, hasil daripada kajiannya yang begitu teliti dan ilmunya yang mendalam ditambah pula dengan pengetahuannya tentang ilmu al-Quran serta bahasa Arab membolehkan beliau menghasilkan pandangan beliau yang tersendiri yang dapat dilihat dari hasil karyanya. Beliau pernah meletakkan Al Quran sebagai doktrinnya dan meletakkan ia lebih tinggi dari apa-apa system pemikiran yang hanya beliau rujuk apabila tiada pilihan lain.11

2. As Sunnah.

Beliau percaya bahawa Sunnah adalah satu sumber yang sangat tinggi lagi terpuji, dan Sunnah member penerangan tentang Quran, oleh itu kedua dua sumber ini tidak bertentangan antara satu sama lain.

Pada pendapat beliau, hanya satu syarat bagi hadis untuk digunakan; ianya hendaklah hadis yang sahih dan telah menolak semua syarat-syarat yang ditetapkan oleh Imam Malik dan Imam Abu Hanifah. Hasil dari kajian beliau yang begitu mendalam, Imam as-Syafie diiktiraf kerana sumbangannya dalam ilmu penyelidikan hadis.12

11 Abu Ameenah Bilal Philips, The Evolution of Fiqh.

(10)

3. Ijma’.

Imam as-Syafie seringkali meragui penggunaan ijma’ dalam beberapa kes dan telah membuat kesimpulan bahawa bagi kes-kes yang diyakini telah berlaku, ijma seharusnya diambil kira sebagai sumber yang paling penting, namun beliau hanya mengiktiraf Ijma serta Qiyaas selagi mana ianya jelas dan nyata dan bukan sekadar satu spekulasi semata-mata.13

4. Pendapat sahabah secara berasingan.

Pendapat ini akan diambil kira, asalkan tidak berbeza pendapat/pandangan antara satu sama lain. Namun demikian jika ada perbezaan, beliau akan memilih yang paling hampir dengan sumber( contohnya Al- Quran atau As-Sunnah), dan meninggalkan yang lain.14

5. Qiyaas.

Imam as-Syafie, berpendapat bahawa Qiyaas merupakan satu sumber yang sah bagi mendapatkan hukum. Bagaimanapun, meletakkannya pada terjadi sebelum ini. Contohnya, kehilangan seseorang, diragui samada orang tersebut masih hidup atau sudah meninggal, hukum yang diguna pakai adalah presumption bahawa orang tersebut masih hidup, sehingga dibuktikan sebaliknya.16

13 Ibid.

14 Ibid.

15 Ibid.

(11)

F. ZAMAN SELEPAS IMAM SYAFIE

Perkembangan ilmu Usul Fiqh terus berlaku selepas zaman Imam Al-Shafie. Dua tokoh ulama’ yang dominan dalam bidang Usul Fiqh selepas zaman Imam Al-Shafie ialah Abu Bakr Tayyib al-Baqillani dan ‘Abd al Jabbar al Hamadani. Abu Bakr Tayyib al-Baqillani merupakan tokoh ulama’ Usul Fiqg daripada golongan Ahl al Sunnah manakala ‘Abd al Jabbar al Hamadani merupakan tokoh daripada golongan Mu’tazilah.17 Pada permulaan kurun kelima, berlakunya perkembangan yang

signifikan dalam bidang Usul Fiqh selepas zaman Imam Al-Shafie yang dipelopori oleh kedua-dua tokoh ini. Pada waktu ini, kedua-dua tokoh ini telah mengambil tindakan dengan menulis semula keseluruhan subjek berkenaan amalan-amalan dan prinsip-prinsip Kaedah Sumber Shariah ataupun al-Usul.

Al-Zarkashi dalam bukunya bertajuk Al-Bahr ada menulis tentang kedua-dua tokoh ini. Al-Zarkashi menukilkan yang kedua-dua tokoh ini adalah ulama’ bertanggungjawab mengembangkan ilmu yang pernah ditulis sebelum ini, menerangkan perkara-perkara yang sebelum ini hanya dibincangkan dengan tidak terperinci, memberi butiran yang lebih jelas dalam perkara-perkara yang sebelum ini hanya dinyatakan dalam bentuk yang am dan membuang keraguan dalam ilmu Usul Fiqh.18 Kedua-dua tokoh disifatkan kepada penerus legasi perkemangan ilmu

Usul Fiqh selepas tamat era sewaktu Imam Al-Shafie masih hidup. Sumbangan kedua-dua tokoh ini pada waktu tersebut membolehkan ilmu Usul-Fiqh terus melalui proses perkembangan pada hari ini.

Abu Bakr Tayyib al-Baqillani mendapat gelaran Shaykh al Usuliyyin yang bermaksud “Ulama’ Pakar dalam Bidang Usul” selepas beliau menulis buku berjudul al-Taqrib wa al Irshad yang bermaksud “Penjelasan dan Bimbingan”. Kitab ini walau bagaimanapun telah hilang selama berkurun-kurun, tetapi para ulama’ masih terus memetik ilmu daripada kitab ini sehingga kurun ke-9 selepas Hijrah. Sementara itu

17 Taha Jabir al ‘Awani, Usul al-Fiqh al-Islami: Methodology for Research and Knowledge in Islamic Jurisprudence (The International Institute of Islamic Thought Virginia 1990).

(12)

‘Abd al Jabbar al Hamadani menulis buku bertajuk samada al-‘Ahd (Perjanjian) atau

al-‘Amad (Rukun) dan beliau menulis komentarnya sendiri dalam buku tersebut. 19

Pada sekitar tahun 478 selepas Hijrah, seorang lagi tokoh ulama’ yang hebat iaitu Imam al-Haramyn telah membuat rumusan ke atas kitab yang ditulis oleh Abu Bakr Tayyib al-Baqillani, al-Taqrib wa al Irshad. Buku Imam al-Haramyn itu bertajuk al-Takhlis (Peringkasan) atau al-Mulakhkhas (Ringkasan). Karya Imam al-Haramayn ini kemudiannya menjadi rujukan oleh ulama’-ulama’ Usul untuk memperoleh idea dan ilmu yang telah ditulis oleh Abu Bakr Tayyib al-Baqillani sebelum itu.20

Imam al-Haramayn juga menghasilkan karyanya sendiri dalam bidang Usul Fiqh yang bertajuk al-Burhan (Bukti) yang mana karya ini membincangkan pelbagai bidang jurispruden, dengan kaedah yang bebas dan mengikut segala pembuktian yang tersedia. Dalam buku ini juga Imam al-Haramayn menyatakan bahawa beliau tidak bersetuju dengan gurunya, al-Imam al-Ash’ari dan al-Imam al-Shafie dalam banyak isu. Ini menyebabkan ramai ulama’ daripada Mazhab Al-Shafie menolak komentar-komentar yang ditulis oleh Imam al-Haramayn dan tidak memberi perhatian kepada karya ini dengan sewajarnya, walaupun sebenarnya ulama’-ulama’ banyak mengambil idea daripada karya Imam al-Haramayn ini dan ditulis dalam buku-buku mereka.

Legasi Imam al-Haramayn kemudiannya diteruskan oleh seorang lagi tokoh ulama’ besar yang sangat terkenal iaitu Imam al-Ghazali yang merupakan anak murid Imam al-Haramayn, maka tidak hairanlah pendekatan Imam al-Ghazali banyak dipengaruhi oleh gurunya itu. Iman Al-Ghazali telah menulis empat buah karya berkenaan ilmu al-Usul iaitu:21

a. al-Mankhul (Kajian)

b. Tahdhib al-Usul (Penambahbaikan ilmu Usul)

c. Shifa’ ‘al-Ghalil fi Bayan al-Shibh wa al-Mukhayyal al-Ta’lil

d. Eksiklopedia Imam al-Ghazali tentang Kaedah Sumber Shariah.

19 Ibid.

20 Ibid.

(13)

Imam al-Ghazali membincangkan tentang logik Aristotelian dalam pengenalan buku beliau. Kemudiannya membincangkan tentang Hukum Hudud iaitu berkenaan syarat-syarat yang mesti dipenuhi sebelum Hudud boleh dilaksanakan beserta jenis-jenis Hudud dan langsung membicarakan tentang Dalil dan jenis-jenis-jenis-jenisnya. Seperti juga gurunya dan para ulama’ sebelumnya, Imam al-Ghazali mempunyai pendapatnya sendiri yang berbeza daripada gurunya sendiri, Imam al-Haramayn sebagaimana Imam Haramayn berbeza pendapat dengan gurunya, Imam al-Ash’ari dan al-Imam al-Shafie. Zaman-zaman ulama’-ulama’ yang telah dibincangkan di atas merupakan zaman-zaman yang mana berlakunya perkembangan yang sangat penting dalam bidang Usul Fiqh yang telah dilakukan oleh pengikut-pengikut Mazhab Imam al-Shafii. Secara amnya ini adalah perkembangan yang telah dibina dan dijayakan oleh ulama’-ulama’ Ahlul Sunnah wal Jamaah.

Golongan kedua pula yang menyumbang kepada perkembangan disiplin ilmu Usul Fiqh ini adalah golongan Mu’tazilah. Abu al-Husayn al-Basri al-Mu’taziuli bertanggungjawab menulis komentar-komentar ke atas karya ‘Abd al Jabbar al Hamadani iaitu al-‘Ahd (Perjanjian) atau al-‘Amad (Rukun). Abu Husayn Basri al-Mu’taziuli kemudian membuat ringkasan tentang komentar-komentarnya sendiri dalam kitabnya yang bertajuk al-Mu’tamad (Yang Dipercayai).22

Selepas zaman Imam al-Shafie, penulisan berkenaan ilmu Usul Fiqh terbahagi kepada dua kaedah. Kaedah pertama ialah kaedah yang digunapakai oleh ulama’-ulama’ Mazhab Al-Shafiie yang dikenali sebagai Keedah Mutakkalimun manakala kaedah kedua dikenali sebagai kaedah Al-Ahnaf yang banyak diguna pakai oleh ulama’-ulama’ Mazhab Hanafi.

Kaedah pertama boleh dirumuskan seperti berikut:23

a. Dimulai dengan para ulama Syafii iaitu menghubungkan dalil dengan mantiq. b. Membina kaedah2 usul fiqh serta mengukuhkannya dengan dalil2 naqli dan

'aqli justeru dijadikan asas untuk menyelesaikan masalah hukum.

22 Ibid.

(14)

c. Tidak memasukkan masalah fiqh bahkan dibiarkan berasingan dalam kitab-kitab fiqh

d. Karya-karya yang termasuk dalam kumpulan ini ialah:

i). al-Burhan oleh Imam al-Haramain Abd al-Malik bin Abd Allah al-Juwayni (m. 413H)

ii). al-Mu’tamad oleh Abu al-Husayn Muhammad bin Ali al-Basri (m. 413H) iii) al-Mustasfa min ilm al-Usul oleh al-Imam al-Ghazali (m. 505H)

Kaedah kedua pula adalah kaedah-kaedah Usul fiqh dibuat berdasarkan hukum-hukum yang telah diputuskan oleh imam-imam mazhab mereka. Dalam isu-isu yang diputuskan telah ada Fatwa sebelumnya dan ulama’-ulama’ seterusnya menangani isu berdasarkan Fatwa yang telah sedia ada. Karya-karya dalam kumpulan ini ialah:24

i) Kitab al-Usul oleh Abu al-hasan al-Karakhi (m 340H)

ii)Kitab al-Usul oleh Abu Bakr Ahmad bin Ali al-Jassas (m. 370H) iii) Kitab al-Usul oleh Abu Zaid Abdullah al-Dabusi (m. 430H)

iv) Kitab al-Usul oleh Fakhr al-Islam Ali bin Muhammad al-Bazdawi (m. 482H) v) Kitab al-Usul oleh Shams al-Immah ibn Ahmad al-Sarkhasi (m. 483H) vi) Kitab Kasyf al-Asrar oleh Abd al-Aziz bin Ahmad al-Bukhari (m. 730H)

Kedua-dua keadah yang di atas digunapakai oleh kedua-dua kumpulan tersebut secara berasingan dan keadaan ini berlaku hingga akhir kurun ke-6. Pada permulaan kurun ke-7 telah berlakunya perubahan apabila telah mula adanya usaha untuk menggabungkan kedua-dua kaedah untuk menghasilkan karya-karya berkenaan ilmu Usul Fiqh pada pandangan dan kaedah kedua-dua golongan terbabit.25

G. KESIMPULAN

24 Ibid.

(15)

Referensi

Dokumen terkait

Bahwasanya sebuah produk pemikiran hukum Islam seperti fiqh merupakan sebuah hasil interaksi intelektual sekaligus sosial ulama yang merumuskannya.Dalam hal ini, hasil

BIDANG KEUTAMAAN FIQH AWLAWIYAT Mengutamakan perkara yang berkait dengan hal keagamaan Mengutamakan perkara usul daripada furu’ Memelihara maslahah berdasarkan susunan

Dalam islam orang yang terkena taklif adalah mereka yang sudah dianggap mampu untuk mengerjakan tindakan hukum. Sebagian besar ulama ushul fiqh berpendapat bahwa dasar

 Begitu juga ianya berlaku di zaman Sahabat secara tidak langsung, kerana mereka antara orang yang terdekat dengan Rasulullah S.A.W oleh itu mereka ‘Arif dalam bidang ini..

dalam bidang usul fiqh, kitab ini disusun dua kali, pertama ketika beliau berada di Bagdad yang kemudian dikenal dengan ar-Risalah al-Qadimah, yang kedua ketika beliau

 Perkembangan zaman batu yang dapat dikatakan paling penting dalam kehidupan manusia adalah zaman batu baru atau neolitikum. Pada zaman neolitikum yang juga dapat dikatakan

Sebagaimana telah diuraikan di atas, bahwa Ilmu Usul Fiqh merupakan ilmu hukum Islam yang memuat kaidah-kaidah yang digunakan dalam usaha untuk memperoleh hukum-

Bahwasanya sebuah produk pemikiran hukum Islam seperti fiqh merupakan sebuah hasil interaksi intelektual sekaligus sosial ulama yang merumuskannya.Dalam hal ini, hasil