• Tidak ada hasil yang ditemukan

@ Pusat Tuisyen Didikan Genius. Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Atas Edubest. Tahap SM4. Cerpen. Nama :

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "@ Pusat Tuisyen Didikan Genius. Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Atas Edubest. Tahap SM4. Cerpen. Nama :"

Copied!
48
0
0

Teks penuh

(1)

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Atas

Edubest

Tahap SM4

Cerpen

(2)
(3)

Cerpen

Cerpen – “Kaduk, Ayam dan Raja” Sinopsis

Cerita dimulakan dengan menarik perhatian pembaca tentang kisah Kaduk. Pada zaman dahulu, raja memiliki kuasa mutlak. Raja yang zalim akan merampas dan menipu rakyat. Sikap tamak sesetengah raja membuatkan kehidupan rakyat

jelata semakin susah dan dihimpit kemiskinan. Hal inilah yang terjadi kepada Kaduk. Tanahnya telah dirampas oleh raja.

Hakim rnerupakan cucu daripada keturunan Kaduk. Dia seorang yang terpelajar dan merupakan lulusan sebuah universiti. Hakim merniliki kesedaran untuk mendapatkan hak datuknya semula yang telah dirampas secara tidak sah oleh raja. Hakim telah mendapatkan bantuan sahabatnya yang bernama Azam, iaitu lulusan jurusan undang-undang. Di mahkamah, Azam bijak berhujah. Dia mengatakan bahawa tanah itu telah diambil oleh raja tanpa sebarang bukti dan tandatangan. Azam berhujah dengan mengatakan bahawa Kaduk menyerahkan ayamnya, iaitu Si Kunani kepada raja tanpa kerelaannya. Kaduk takut dituduh sebagai penderhaka. Setelah Si Kunani menang dalam persabungan, Kaduklah yang sepatutnya menerima hadiah kemenangan itu. Berdasarkan alasan itu, akhirnya tanah Kaduk yang telah dirampas dikembalikan semula kepada warisnya, iaitu Hakim. Keluasan tanah itu ialah empat ekar.

Hakim bercadang untuk menjalankan projek menternak ayam di kawasan tanah tersebut. Penternakan ayam secara kontrak itu dibuat dengan sebuah

syarikat besar, iaitu Global Chicken. Cawangannya di Malaysia menggunakan nama Rangkaian Jasa Agrikultur atau nama singkatannya RAJA. Tujuan Hakim

Bahasa

Melayu

(4)

mahu rakyat di negara ini aktif dalam bidang pertanian. Banyak faedah akan disalurkan oleh kerajaan kepada rakyat melalui Dasar Ekonomi Baru.

Sebagai langkah permulaan, Hakim membina reban ayam tertutup yang menggunakan teknik canggih. Kos tersebut menelan belanja dua ratus ribu ringgit. Hakim sukar mendapatkan pinjaman bank. Hasil bantuan seorang Yang Berhormat, akhirnya bank meluluskan pinjamannya. Kontrak membekalkan ayam ditandatangani dengan Syarikat RAJA.

Sebenarnya, Hakim banyak menghadapi masalah ketika berurusan dengan syarikat besar ini. Masalah pertama ialah jalan masuk ke kawasan penternakan itu tidak diturap. Semasa hujan, lori-lori telah tersangkut dalam selut lumpur. Orang-orang kampung pula merungut dan membuat bantahan kerana jalan mereka rosak. Seperkara lagi, Hakim banyak berhutang dengan syarikat RAJA. Hal ini demikian kerana Syarikat RAJA membekalkan anak ayam, dedak, ubat-ubatan serta keperluan lain. Syarikat RAJA menentukan harga barangan tersebut dan membuat potongan hasil jualan ayam kepadanya. Baki keuntungan jualan itu tidak dapat menampung kos keseluruhan penternakannya. Hakim berasa kesal kerana perkiraannya sebelum ini jauh tersasar. Syarikat besar yang diharapkan dapat membantunya gagal berbuat demikian. Akibatnya, hutang Hakim semakin meningkat, sebaliknya Syarikat RAJA terus mengaut keuntungan,

Azam menasihati Hakim agar berurusan terus dengan Jabatan Haiwan. Hal ini untuk mengelakkan penternak kecil terus terperangkap dengan permainan syarikat besar. Azam bersimpati dengan nasib yang menimpa sahabatnya Hakim. Hakim kini dihimpit oleh masalah hutang yang tidak pernah habis. Masalah akan bertambah rumit sekiranya hasil pengeluaran ayamnya berkurang.

Bahasa

Melayu

(5)

Hakim tiada pilihan selain meneruskan usaha menternak ayam. Kegagalannya melunaskan hutang bank akan menyebabkan tanah pusakanya itu dirampas. Tindakan bank merampas tanah pusaka itu disamakan dengan tindakan raja merampas tanah datuknya dahulu, Banyak persamaan antara dia dengan datuknya, iaitu sama-sama membela ayam dan sama-sama menggadaikan tanah. Yang membezakan mereka adalah dari segi nama dan juga jarak rnasa. Pada zaman ini raja ialah orang yang memegang kuasa ekonomi. Orang-orang bawahan terpaksa mengikut telunjuk mereka.

Tema

1. Tema cerpen "Kaduk, Ayam dan Raja" adalah tentang kesungguhan seorang anak muda menceburi bidang pertanian dan keusahawanan.

2. Pada dasarnya, projek penternakan itu tarnpak menguntungkan dan selari dengan hasrat kerajaan yang mahukan rakyat di negara ini menceburi bidang pertanian.

3. Namun, banyak cabaran yang perlu ditempuhi oleh Hakim yang berpunca daripada sikap orang tengah yang banyak menindas dan mengaut keuntungan,

Persoalan

1. Kegigihan seorang anak muda untuk mengusahakan penternakan ayam secara moden. Contohnva, Hakim meniadikan tanah datuknya yang seluas empat ekar itu sebagai tanah pertanian.

2. Halangan yang perlu ditempuhi dalam dunia perniagaan. Contohnya, Hakim terpaksa berhadapan dengan syarikat besar yang membekal dan

Bahasa

Melayu

(6)

menentukan harga barangan penternakan seterusnya membuat potongan hasil jualan ayam ladangnya.

3. Usaha mengembalikan hak yang telah diambil oleh orang lain. Contohnya, Hakim telah mendapatkan bantuan seorang sahabatnya yang bernama Azam untuk mengembalikan hak tanah pusaka milik arwah datuknya semula.

4. Kesusahan masyarakat yang mengusahakan bidang pertanian. Contohnya, Hakim berhadapan dengan masalah untuk mendapatkan pinjaman bank, rasa tidak puas hati penduduk kampung dan monopoli syarikat besar semasa mengusahakan bidang pertanian.

5. Usaha membersihkan nama dan maruah keluarga. Contohnya, Hakim berusaha membersihkan nama datuknya yang menyerahkan ayamnya kepada raja tanpa kerelaan.

Watak dan Perwatakan

1. Watak utama - Hakim.

2. Watak sampingan - Azam, Kaduk, RAJA, dan sebagainya.

Hakim

1. Ayah Hakim bernama Hassan dan ayah Hassan bernama Kaduk. 2. Seorang yang terpelajar, iaitu lulusan sebuah universiti.

3. Dia ingin mendapatkan kembali haknya, iaitu tanah pusaka datuknya yang

dirampas oleh raja suatu ketika dahulu.

4. Hakim menggunakan saluran yang betul dalam menuntut tanah milik datuknya. Akhirnya, dia berjaya mendapatkan tanah itu semuladengan bantuan Azam.

5. Dia bercita-cita tinggi, iaitu ingin menjalankan projek penternakan ayam

secara moden.

Bahasa

Melayu

(7)

6. Dia berani rnenyahut seruan kerajaan yang mahu para mahasiswa menceburkan diri dalam bidang pertanian.

7. Hakim menandatangani kontrak dengan syarikat Chicken Global ataupun

RAJA.

8. Hakim dihimpit masalah hutang apabila syarikar besar ini memonopoli perniagaan dan pihak bank menuntut hutang.

9. Kekesalan timbul apabila dia menjadi mangsa sikap tamak syarikat besar

yang menguasai ekonomi negara,

10. Hakim menyamakan nasib malangnya dengan nasib yang dialami oleh datuknya, iaitu Kaduk.

Azam

1. Azam ialah sahabat baik Hakim.

2. Dia merupakan lulusan jurusan undang-undang.

3. Seorang yang bijak dan petah berhujah. Contohnya, dia memenangi kes tuntutan terhadap pengambilan tanah secara tidak sah oleh raja di mahkamah. 4. Seorang yang baik hati kerana banyak memberikan nasihat kepadaHakim. 5. Bersimpati terhadap masalah hutang yang menghimpit Hakim.

Chicken Global / Rangkaian Jasa Agrikultur/RAJA

1. Sebuah syarikat besar yang menandatangani kontrak dengan Hakim.

2. RAJA menyediakan keperluan membekalkan anak ayam, dedak, ubat-ubatan, serta keperluan yang lain.

3. RAJA mengambil peluang mengaut keuntungan yang maksimum dengan mengenakan pelbagai caj kepada petani kecil.

Bahasa

Melayu

(8)

Latar

Latar Tempat

1. Sebuah kampung. Latar tempat berlakunya peristiwa dalam cerpen ini adalah di sebuah kampung.

2. Tanah kosong di tepi belukar yang tidak diusahakan seluas empat hektar. 3. Sebuah kawasan penternakan ayam yang dibina reban yang canggih.

4. Mahkamah. Hakim memenangi kes tuntutan terhadap tanah pusaka milik datuknya di situ.

Latar Masa

1. Zaman silam. Pada zaman itu, raja masuk ke kampung-kampung mengajak rakyat menyabung ayam.

2. Zaman moden. Hakim cucu Kaduk hidup pada zaman merdeka yang serba maju.

3. Waktu kerajaan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru.

Latar Masyarakat

1. Masyarakat rakyat jelata pada suatu ketika dahulu yang menjadi mangsa penipuan raja. Contohnya, tanah Kaduk dirampas hasil penipuan raja.

2. Masyarakat generasi kini yang sedar akan hak-hak mereka. Contohnya, Hakim membawa kes datuknya ke mahkamah untuk menuntut tanah yang diambil oleh raja semula.

3. Masyarakat generasi muda yang terpelajar. Contohnya, Azam merupakan lulusan undang-undang yang banyak membantu Hakim mendapatkan kembali hak-haknya rnelalui proses perundangan mahkamah.

4. Masyarakat yang ingin membersihkan nama dan maruah keluarga. Contohnya, Hakim membawa kesnya ke mahkamah untuk membersihkan nama dan menebus maruah datuknya, iaitu Kaduk.

Bahasa

Melayu

(9)

5. Masyarakat yang gagal mengotakan janji-janjinya. Contohnya, pemimpin kerajaan gagal memberikan bantuan kepada Hakim seperti yang dijanjikannya. 6. Masyarakat yang tamak dan menindas golongan yang lemah. Contohnya, syarikat RAJA mengenakan pelbagai peraturan dan syarat bagi rnembolehkan mereka menikmati keuntungan terhadap petani-petani kecil.

7. Masyarakat yang dihimpit masalah kewangan. Contohnya, Hakim dihimpit oleh masalah kewangan apabila gagal melunaskan hutangnya dengan bank.

Nilai

1. Nilai kegigihan. Contohnya, kegigihan seorang anak muda lepasan univcrsiti untuk mengusahakan penternakan ayam secara moden.

2. Nilai rasional. Contohnya, Hakim menuntut hak datuknya melalui saluran yang betul, iaitu melalui proses mahkamah.

3. Nilai ketabahan. Contohnya, Hakim tabah untuk meneruskan usaha menternak ayam walaupun dia terpaksa menanggung beban hutang dan menernpuh pelbagai rintangan yang lain.

4. Nilai tanggungjawab. Contohnya, Hakim berusaha untuk membersihkan nama dan maruah datuknya yang tercalar.

5. Nilai berdikari. Contohnya, Hakim tidak memohon bantuan daripada pihak kerajaan sebaliknya membuat pinjaman bank.

6. Nilai kebijaksanaan. Contohnya, Azam menggunakan kepakarannya dalam bidang guaman untuk membantu Hakim mendapatkan rumah yang menjadi haknya semula.

Pengajaran

1. Kita tidak seharusnya cepat berputus asa, sebaliknya mengusahakan sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Contohnya, Hakim berusaha bersungguh-

Bahasa

Melayu

(10)

2. Kita tidak seharusnya terlalu mengharapkan bantuan orang lain, sebaliknya kita hendaklah berdikari. Contohnya, Hakim tidak mengharapkan bantuan kerajaan sebaliknya berusaha mendapatkan pinjaman daripada bank. 3. Kita sewajarnya bertanggungjawab menjaga dan membersihkan nama serta maruah keturunan kita. Contohnya. Hakim menunaikan tanggungjawabnya dengan membersihkan nama dan maruah datuknya.

4. Kita perlulah bersikap rasional dengan menggunakan saluran yang betul bagi menuntut kembali hak-hak kita. Contohnya, Hakim menggunakan saluran undang-undang/mahkamah untuk mendapatkan hak keluargnya yang telah dirampas oleh raja.

5. Kita hendaklah menolong orang yang memerlukan bantuan kita. Contohnya, Azam membantu Hakim mendapatkan haknya dan membersihkan nama serta maruah datuknya di mahkamah.

Latihan

Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Hakim sedar bahawa tanah empat ekar itu bukanlah luas kalau dibandingkan dengan tanah yang dimiliki oleh para orang kaya yang ada di seluruh negara. Tanah itu pun tidaklah tinggi nilainya seperti tanah-tanah di bandar yang melambung naik. Namun, dia amat bersyukur kerana berjaya menebus kembali tanah itu dan yang lebih penting lagi dia juga dapat membersihkan nama dan menebus maruah datuknya, Kaduk yang sudah bertahun-tahun menjadi ejekan bangsa.

Hakim pernah berseloroh, "Kalau aku berjaya menebus kembali tanah itu, aku nak dirikan sebuah memorial. Aku akan namakannya Memorial Pak Kaduk. Biar memorial itu menjadi peringatan kepada semua umat Melayu agar berhati-

Bahasa

Melayu

(11)

hati dengan tanah mereka. Maksud aku, biar mereka menjaga hak-hak mereka agar tidak terlepas ke tangan orang lain.

"Kau nak buat tugu Pak Kaduk ke? Apa gunanya membina tugu dalam kampung ni. Mana ada pelancong yang nak datang melawat?" tanya Azam.

"Aku bergurau sara, Lagipun ini tanah kampung yang berstatus tanah pertanian. Apalagi yang wajar dibuat selain berkebun dan menternak. Aku sudah mendapat nasihat dan berbincang dengan beberapa orang. Aku sudah berbincang dengan agensi kerajaanyang bertanggungiawab memajukan bidang pertanian."

Hakim merancang agar tanah Pak Kaduk dapat dimanfaatkan. Dia memutuskan untuk menternak ayam secara pertanian kontrak dengan sebuah syarikat besar. Syarikat itu beroperasi dan terkenal di seluruh dunia sebagai Global Chicken. Global Chicken menubuhkan cawangan di Malaysia dengan nama Rangkaian Jasa Agrikultur atau namanya RAJA.

(Dipetik daripada cerpen "Kaduk, Ayam dan Raja" oleh Zurinah Hassan dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Nyatakan dua tujuan Hakim berusaha mendapatkan tanah datuknya

semula. [2 markah] ___________________________________________________________ ___________________________________________________________ ________________________________________________________

Bahasa

Melayu

Edubest

(12)

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah negara perlu mengeluarkan makanan yang mencukupi? [3 markah] ___________________________________________________________ ___________________________________________________________ ___________________________________________________________ ___________________________________________________________

(iii) Selain persoalan kegigihan seorang anak muda untuk mengusahakan penternakan ayam secara moden, jelaskan dua persoalan lagi yang terkandung dalam cerpen tersebut. [4 markah] ___________________________________________________________ ___________________________________________________________ ___________________________________________________________ ___________________________________________________________

Bahasa

Melayu

Edubest

(13)

Cerpen – “Munsyi” Sinopsis :

Bonda merupakan insan yang amat prihatin terhadap bahasa dan adat resam turun-temurun. Tidak hairanlah bonda tidak bersetuju apabila anakandanya ingin berhijrah ke kota. Alasan yang diberikan oleh bonda ialah anaknya yang dipanggil Mel masih lemah dari segi penguasaan bahasa ibundanya. Hal ini demikian kerana bonda sedar bahawa anaknya masih belum dilengkapi ilmu pengetahuan yang secukupnya.

Kota menjanjikan seribu satu macam dugaan. Maruah anak-anak muda mudah tergadai atas nama kemajuan. Bonda mahu anaknya dilengkapi pengetahuan agama dan kemahiran berbahasa ibunda. Mel akur akan permintaan bonda untuk menangguhkan penghijrahannya ke kota. Penduduk kota yang berbilang kaum mengamalkan sikap prejudis dan berprasangka. Mereka amat mengutamakan kepentingan diri masing-masing.

Suatu ketika dahulu, kota pernah mencatatkan sejarah hitam akibat sentiment perkauman. Puncanya ialah pihak penjajah telah menanamkan benih-benih persengketaan. Penjajah gagal mengagihkan kekayaan di bumi ini secara sama rata antara kaum. Akibatnya, ada kaum yang tertinggal di belakang dan dinafikan haknya. Persengketaan ini menyebabkan pertumpahan darah dan jumlah jiwa yang terkorban bukan sedikit.

Mel bertekad untuk menguasai bahasa ibunda dengan baik. Itulah senjata terbaik untuk menempuh dugaan di kota yang penuh dengan cabaran. Bonda selalu memberi peringatan agar memelihara agama dan bahasa. Selain itu, anak-anak muda perlu berani mempertahankan nilai dan kepentingan bahasa sendiri. Bonda mengharapkan agar Mel menghargai jasa nenek moyang yang membebaskan tanah air daripada penjajahan.

Bahasa

Melayu

(14)

Bonda menyangkal sikap Mel yang mengatakan bahawa dunia kita sudah berubah dari segi sistem nilai dan keperluan. Bonda menekankan kepentingan seseorang mempelajari sejarah kerana sejarah tidak pernah berdusta. Orang yang mengkaji sejarah tidak akan melakukan kesilapan kali yang kedua.

Apabila membaca teks Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah, Mel melahirkan rasa kagum terhadap kehebatan bangsanya. Negeri ini pernah memiliki pelabuhan yang banyak dikunjungi saudagar luar. Negeri ini juga banyak memiliki pahlawan yang berkaliber. Kegemilangan ini akhirnya hancur akibat sikap hasad dengki, khianat, kronisme, serta rasuah. Kehebatan nenek moyang disebabkan mereka mempunyai satu akidah, semua kaum berhubung dengan menggunakan satu bahasa, dan kepatuhan kepada raja-raja.

Mel merasakan bahawa dia sudah memiliki sedikit kekuatan untuk berhijrah ke kota. Hal ini demikian kerana dia memerlukan kerjaya untuk masa depannya. Hasratnya telah mendapat restu daripada bonda. Sekali lagi bonda berpesan agar Mel memelihara agama dan bahasanya.

Sebelum berangkat ke kota, bonda mengamanahkan Mel agar memberikan kitab-kitab lama kepada seorang sahabat lamanya yang tinggal di sana. Sahabatnya itu bernama Munsyi. Menurut bonda, hanya Munsyi yang layak menyimpan khazanah lama itu. Setibanya di kota, Mel berjaya menjejaki Munsyi. Beliau menetap di perkampungan tradisi di pinggir kota yang merupakan tanah rizab Melayu. Mel berpeluang berkenalan dan bermesra dengan Munsyi serta menyerahkan puluhan kitab lama kepadanya.

Kejutan budaya berlaku pada Mel ketika peringkat awal kedatangannya di kota. Dia melihat anak-anak muda hilang maruah diri. Mereka tidak segan silu menjual bahasa ibunda dan melanggar hukum agama. Berlakunya pergaulan bebas dan mereka gagal menggunakan bahasa ibunda dengan baik. Identiti dan

Bahasa

Melayu

(15)

Mel mendapat perkhabaran bahawa sebuah syarikat perumahan telah diarahkan untuk merobohkan kawasan perkampungan pinggir kota yang didiami oleh Munsyi bersama-sama dengan dua puluh buah keluarga yang lain. Bangunan mewah dan hotel bertaraf lima bintang akan didirikan di situ. Kerja-kerja perobohan rumah kediaman dijalankan oleh pihak terbabit. Anggota penguat kuasa pula menghalang demonstrasi penduduk.

Mel terkedu apabila melihat rumah Munsyi bersama-sama dengan puluhan buku yang diberikan oleh bondanya diranapkan oleh jentera berat. Kesedihannya semakin bertambah apabila mengenangkan satu-satunya tanah rizab bangsa di pinggir kota itu akan dimiliki oleh saudagar asing yang kaya raya. Tanda Tanya berlaku dalam diri Mel apabila dia gagal menjejaki orang tua yang bernama Munsyi itu. Orang tua yang merupakan pejuang bahasa itu telah menghilangkan diri.

Tema

1. Tema cerpen “Munsyi” adalah tentang semangat cinta akan agama, bangsa, bahasa, dan budaya yang tersemai dalam jiwa sekumpulan warganegara.

2. Semangat ini perlu dipupuk dan dibaja kerana kecintaan generasi muda

pada hari ini semakin terhakis.

3. Berdasarkan alasan itu, bonda meminta anaknya melengkapkan diri dengan ilmu agama dan kemahiran bahasa agar menjadi benteng yang ampuh daripada pengaruh luar yang begitu kuat melanda negara.

Persoalan

1. Usaha menghidupkan roh patriotisme dan jati diri dalam jiwa anak-anak muda. Contohnya, bonda meminta anaknya melengkapkan diri dengan ilmu agama dan menguasai bahasa ibunda dengan baik sebelum berhijrah ke kota.

Bahasa

Melayu

(16)

2. Harapan warga tua agar agama, bahasa, budaya, dan adat resam turun-temurun dipertahankan. Contohnya, bonda berharap agar generasi muda terus mempertahankan agama, bahasa, budaya, dan adat resam turun-temurun yang semakin ditelan oleh arus pembangunan.

3. Kecenderungan anak-anak muda melupakan dan memperlekeh bahasa

dan budaya sendiri. Contohnya, Mel mendapati anak-anak muda di kota gagal berbahasa dengan baik dan tidak memberikan keutamaan pada pengekalan budaya bangsa.

4. Kesan penjajahan kepada penduduk peribumi. Contohnya, penjajah gaga lmengagihkan kekayaan secara sama rata antara kaum. Akibatnya, berlaku persengketaan yang menyebabkan pertumpahan darah dan banyak jiwa yang terkorban.

5. Kehidupan kota yang penuh dengan pelbagai cabaran. Contohnya, anak-anak muda hilang maruah dan jati diri kerana mereka tidak segan silu menjual bahasa ibunda dan melanggar hukum agama.

6. Kekuatan pegangan agama benteng yang ampuh bagi mengelakkan diri daripada serangan unsur luar. Contohnya, Mel berpendapat bahawa dia sudah memiliki kekuatan untuk berhijrah ke kota kerana pegangan agamanya semakin kuat dan kecintaan pada bahasa ibundanya kian tinggi.

7. Kepentingan mempelajari dan menghayati sejarah. Contohnya, Mel melahirkan rasa kagum terhadap kehebatan bangsanya apabila membaca teks

Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah.

Watak dan Perwatakan

1. Watak utama - Mel

2. Watak sampingan - bonda dan Munsyi

Mel

Bahasa

Melayu

(17)

1. Anak lelaki kepada bonda.

2. Dia patuh akan nasihat dan arahan bondanya.

3. Seorang yang rasional apabila bersetuju dengan pandangan bondanya bahawa di kota terdapat berbagai-bagai ragam manusia yang kehilangan identiti dan jati diri.

4. Dia amat mengagumi tokoh-tokoh dahulu yang banyak berjasa kepada agama, bangsa, dan negara.

Bonda

1. Ibu kepada Mel.

2. Seorang insan yang kuat mempertahankan agama, bahasa, budaya, dan

adat resam turun-temurun.

3. Seorang yang banyak memberikan kata-kata nasihat kepada anaknya. 4. Seorang yang berpengetahuan tentang selok-belok sejarah tanah air. 5. Beliau banyak menyimpan khazanah lama khasnya kitab-kitab lama bertulisan jawi.

6. Beliau memberikan kebenaran kepada Mel berhijrah ke kota setelah berpuas hati bahawa Mel sudah memiliki pegangan agama yang kuat dan menguasai kemahiran berbahasa.

Munsyi

1. Sahabat baik kepada bonda dan tinggal di kota.

2. Munsyi berusia emas dan mempunyai janggut yang menutupi sebahagian mukanya yang putih bersih.

3. Orang yang layak menyimpan khazanah lama.

4. Rumahnya dirobohkan oleh pihak yang berkuasa untuk dibangunkan bangunan mewah.

5. Seorang pejuang bahasa.

Bahasa

Melayu

(18)

Latar

Latar Tempat

l. Kampung. Bonda dan Mel tinggal di kampung.

2. Kota. Kebanyakan warga kota sudah hilang nilai tradisi.

3. Sebuah perkampungan tradisi di pinggir kota yang merupakan tanah rizab Melayu. Munsyi menetap di perkampungan itu.

Latar Masa

1. Lima ratus tahun yang lampau. Negara kita dijajah oleh kuasa luar pada waktu itu.

2. Bulan Mei. Tragedi rusuhan kaum berlaku pada bulan Mei.

3. Minggu pertama berada di kota. Mel menyaksikan kerapuhan jiwa anak-anak muda yang dihanyutkan keseronokan hidup dengan memperdagangkan maruah dan peribadi.

4. Beberapa purnama. Mel tidak bertemu dengan Munsyi di perkampungan pinggir kota.

5. Seminggu yang lepas. Jentera-jentera besar bersiap untuk meruntuhkan rumah-rumah kayu usang di perkampungan pinggir kota.

Latar Masyarakat

1. Masyarakat yang amat mencintai agama, bahasa, budaya, dan adat resam turun-temurun. Contohnya, bonda amat menekankan aspek tersebut dalam kehidupan hariannya.

2. Masyarakat yang amat mempertahankan maruah dan harga diri. Contohnya, bonda memiliki unsur-unsur ini dalam dirinya.

3. Masyarakat yang berjuang meningkatkan martabat bahasa ibunda. Contohnya, bonda, Mel, dan Munsyi merupakan pejuang bahasa.

Bahasa

Melayu

(19)

4. Masyarakat kota yang hilang maruah dan jati diri. Contohnya, kebanyakan warga kota memperdagangkan maruah dan peribadi serta hanyut dengan keseronokan hidup.

5. Masyarakat yang menjadi mangsa pembangunan. Contohnya, Munsyi dan dua puluh keluarga yang mendiami perkampungan tradisi di pinggir kota dihalau dan rumah mereka dirobohkan untuk projek pembangunan.

6. Masyarakat penjajah yang mengamalkan gaya pemerintahan „pecah dan perintah‟. Contohnya, tanah air ini pernah dijajah selama lebih kurang lima ratus tahun.

Nilai

1. Nilai cinta akan agama, bahasa, budaya, dan adat resam turun-temurun. Contohnya, nilai kecintaan ini terdapat pada diri Bonda.

2. Nilai penghargaan. Contohnya, bonda mahu Mel menghargai usaha yang dilakukan oleh nenek moyang terdahulu yang berusaha memerdekakan negara. 3. Nilai ketaatan. Contohnya, atas nasihat bonda, Mel akhirnya membatalkan keinginannya yang meruap-ruap untuk mencari pengalaman baharu di kota. 4. Nilai tanggungjawab. Contohnya, bonda bertanggungjawab menjaga khazanah dan buku-buku lama yang tidak ternilai harganya.

5. Nilai hormat-menghormati. Contohnya, Mel amat menghormati Munsyi sebagai seorang pejuang bahasa.

6. Nilai kebijaksanaan. Contohnya, bonda merupakan seorang yang bijak kerana mampu membicarakan hal-hal semasa dan sejarah tanah air.

Bahasa

Melayu

(20)

Pengajaran

1. Kita hendaklah mencintai agama, bahasa, budaya, dan adat resam turun-temurun. Contohnya, bonda amat mencintai agama, bahasa, budaya, dan adat resam yang diwarisinya turun-temurun.

2. Kita tidak seharusnya menggadai maruah dan harga diri dek mengejar keduniaan. Contohnya, Mel melihat anak muda di kota menggadaikan maruah diri dan peribadi demi keseronokan hidup.

3. Kita hendaklah berjuang menegakkan jati diri dan identiti diri. Contohnya, Mel mempertahankan identiti dan jati dirinya ketika berada di kota dengan segala macam pengaruh yang merosakkan anak bangsa.

4. Kita hendaklah menguasai bahasa ibunda dengan baik. Contohnya, bonda merestui Mel ke kota setelah menguasai bahasa ibunda dengan baik.

5. Kita perlulah mengikut nasihat orang-orang tua yang lebih berpengalaman. Contohnya, Mel mendengar nasihat bondanya yang tidak membenarkannya bermastautin di kota selagi dirinya belum bersedia.

6. Kita perlulah melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang secukupnya agar tidak mudah dipengaruhi oleh unsur-unsur yang tidak sihat. Contohnya, bonda meminta Mel menguasai bahasa ibunda bagi mengelakkan dirinya hanyut dibawa arus hedonisme dan modenisme.

7. Kita perlulah memahami dan menghayati sejarah tanah air kerana sejarah merupakan fakta kebenaran, bukannya suatu pembohongan. Contohnya, Mel menelusuri bab demi bab dalam Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah untuk mengetahui sejarah tanah air.

Bahasa

Melayu

(21)

Latihan

Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

“Tapi, dunia ini sudah berubah, bonda. Kita bukan lagi hidup pada zaman perjuangan menentang musuh penjajah. Sekarang kita hidup dalam dunia yang mengejar harta, pangkat dan kekayaan di bumi mewah ini. Tanah air ini bukan milik bangsa kita sahaja. Kita hidup dengan perkongsian hak dan identiti yang sama rata. Sejarah lama tidak perlu dibangkitkan lagi.” Bonda merenung mata saya dengan ekor pandangan yang penuh prejudis. Dihela nafas panjang-panjang menahan rasa sebelum bersuara, “Mel, sejarah bukan buta. Sejarah ialah guru yang tidak pernah berdusta. Bangsa yang membaca dan mengkaji sejarah silam tidak akan melakukan kesilapan kali kedua. Lihat bangsa Yahudi yang terus mencipta kejayaan besar dari zaman ke zaman kerana mengkaji sejarah lampau. Mereka membina agenda besar untuk bangsa dan keturunannya.”

Kata-kata bonda itu seolah-olah menikam tajam ke dalam urat-urat saraf saya. Saya pandang bonda sambil mengangguk sebelum kembali membelek helaian demi helaian kitab-kitab lama yang hampir lusuh dan tertanggal kulitnya.

Perkataan-perkataan yang tertulis dalam Jawi lama itu masih mampu saya baca dan fahami walaupun agak perlahan.

Sejarah dan kisah bangsa saya pada zaman silam yang berjaya membina ketamadunan dunia cukup membanggakan saya. Saya selusuri bab demi bab dalam teks Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah dengan rasa besar hati.

(Dipetik daripada cerpen “Munsyi” oleh Husna Nazri dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul

Bahasa

,

Melayu

(22)

(i) Apakah kata-kata Mel yang tidak menyenangkan bondanya? [2 markah] ___________________________________________________________ ___________________________________________________________ __________________________________________________________

(ii) Pada pendapat anda, apakah kepentingan mempelajari sejarah tanah air?

(KBAT) [3 markah]

___________________________________________________________ ___________________________________________________________ ___________________________________________________________ ________________________________________________________

(iii) Huraikan satu latar masyarakat yang terkandung dalam petikan di atas dan satu lagi latar masyarakat daripada cerpen yang tidak terdapat dalam

petikan. [4 markah] ___________________________________________________________ ___________________________________________________________ ___________________________________________________________ ___________________________________________________________

Bahasa

Melayu

Edubest

(23)

Cerpen – “Jaket Kulit Kijang dari Istanbul” Sinopsis :

Penulis, iaitu seorang wanita yang memperkenalkan dirinya sebagai Mas telah melancong ke Istanbul, Turki. Dengan hanya berbekalkan wang sebanyak USD 400, dia mengikut rombongan Passage Tours and Travel. Penulis telah mencongak senaraai cenderamata yang perlu dibeli untuk dibawa pulang ke tanah air sebagai ole-ole. Wang sebanyak itu akan digunakan secara berhemat ketika berada di negara orang.

Penulis akhirnya terbeli jaket kulit kijang. Sebenarnya, dia langsung tidak berniat untuk membelinya. Kisah ini terjadi apabila dia berkunjung ke Grand Bazaar yang terletak tidak jauh dari hotel penginapannya. Grand Bazaar ialah sebuah pusat beli-belah yang mempunyai lebih 6,000 buah kedai. Sebelum itu, penulis telah dinasihat oleh seorang pemandu pelancong yang bernama Yuksel tentang perkara-perkara yang perlu diberikan perhatian bagi mengelakkan penipuan oleh para peniaga.

Ketika berkunjung ke kedai-kedai tersebut, penulis telah disapa oleh seorang lelaki dari sebuah kedai yang menjual jaket kulit lelaki itu telah meminta penulis mencuba sehelai jaket kulit yang berkualiti tinggi yang diperbuat daripada kulit kijang. Lelaki itu telah menawarkan potongan harga yang rendah. Lelaki itu cuba sedaya upaya rnemujuk penulis untuk membeli jaket tersebut. Desakan lelaki itu semacam memerangkap dan memaksa penulis untuk membelinya. Oleh sebab bukan dalam perancangan, penulis telah menolak secara sopan untuk membeli jaket yang telah dicubanya sebelum ini. Rupa-rupanya tindakan itu telah menimbulkan rasa kurang senang lelaki itu. Dia menuduh penulis sebagai wanita muslim yang tidak baik kerana telah membuang masanya. Layanan yang agak kasar itu telah membuatkan penulis berasa kurang selesa. Penulis akhirnya teringat akan pesanan pemandu

Bahasa

Melayu

(24)

pelancong sebelum ini agar berhati-hati ketika berurusan dengan peniaga di Istanbul.

Penulis seorang yang mempunyai minat suka membaca. Dia sempat membaca puisi yang ditulis oleh Mevlana Celaleddin Ar-Rumi semasa melawat makamnya di Konya. Puisi yang ditulis oleh Celaleddin banyak membicarakan kasih sayang sesama insan. Hal ini amat bertentangan dengan sikap yang ditunjukkan oleh peniaga lelaki Turki itu.

Penulis mengisahkan pula perjalanannya pada hari keenam di Istanbul. Kesusahan yang dialami oleh wanita tua, penjual makanan burung menyentuh perasaannya. Selain itu, kisah seorang budak lelaki yang cuba menjual barangan di pasaran gelap dirakamkan juga oleh penulis. Budak lelaki itu bukan sahaja ditangkap tetapi dilayan tanpa ada rasa kemanusiaan oleh pihak polis. Layanan kasar ini juga menyebabkan penulis teringat akan puisi tulisan Mevlana Celaleddin Ar-Rumi yang banyak menceritakan perihal kemanusiaan.

Rakan penulis yang bernama Shahmeem akhirnya membeli sehelai jaket daripada lelaki yang menjualnya di pasaran gelap. Harga yang ditawarkan ialah USD120 ialah lebih murah daripada harga di bazaar. Oleh sebab jaket kulit itu tidak sepadan dengan Shahmeem, dia menjualnya kepada penulis. Penulis tidak nampak rasionalnya dia membeli jaket itu untuk kegunaan di Malaysia yang beriklim panas.

Penulis berpendapat bahawa jaket kulit kijang itu sebenarnya lambing kemewahan dan kemegahan. Lebih seekor kijang perlu dibunuh untuk mendapatkan sehelai jaket. Dalam pada itu ingatan penulis tertumpu pada hasil penulisan tinggalan Nasreddin Hodja, iaitu tokoh pendidik yang berjiwa humoris dan mengamalkan cara hidup sederhana. Beliau tidak suka akan pembaziran dan kemewahan. Jenaka yang ditulisnya bersifat intelektual.

Bahasa

Melayu

(25)

Pembelian jaket kulit itu telah mendatangkan kegembiraan kepada penjualnya, Shahmeem, dan kepada penulis sendiri. Penulis pula berhasrat untuk menjual jaket tersebut apabila pulang ke Malaysia nanti. Tujuannya agar pembelinya berasa gembira kerana membelinya dengan harga yang murah. Selain itu, tindakan itu dapat menghilangkan sifat ego pembeli kerana dia sebenarnya membeli barangan terpakai. Penulis bercadang untuk mendermakan wang jualan jaket itu kepada mana-mana zoo yang ada kandang kijang. Hal ini sebagai tanda muhibah terhadap kijang-kijang yang telah dibunuh demi gaya hidup manusia yang penuh kemodenan.

Tema

1. Tema cerpen “Jaket Kulit Kijang dari Istanbul” adalah tentang pengalaman seorang pelancong yang suka melancong.

2. Pembelian tersebut tidak dirancang dan dibuat untuk menjaga hati rakannya.

Persoalan

1. Kemewahan dan gaya hidup moden yang mengancam kehidupan haiwan liar. Contohnya, kijang terpaksa dibunuh agar kulitnya dapat dijadikan jaket. 2. Sikap peniaga yang tidak bertanggungjawab kerana gagal mematuhi etika perniagaan. Contohnya, peniaga lelaki di Grand Bazaar, Istanbul memaksa seseorang membeli barangannya.

3. Aktiviti pelancongan banyak memberikan pengalaman dan pengetahuan. Contohnya, penulis banyak memperoleh pengalaman pahit manis daripada aktiviti pelancongan yang disertainya.

4. Idea dan amanat penulis dahulu yang wajar dicontohi. Contohnya, hasil penulisan Mevlina Celaleddin Al-Rumi dan Nasreddin Hodja banyak

Bahasa

Melayu

(26)

Watak dan Perwatakan

1. Watak utama - Mas.

2. Watak sampingan -Lelaki Turki (peniaga), Encik Yuksel, Kak Chah, Dr. Liza, Hajah Zalehon, Hajah Normah, Shahmeem, Haji Helmi, Cikgu Juliah, Mevlana Celaleddin Ar-Rumi, Nasreddin Hodja, dan sebagainya.

Penulis (Mas)

1. Mas ialah seorang daripada peserta pakej pelancongan ke Istanbul, Turki. 2. Seorang yang bersopan santun. Contohnya, Mas tetap menunjukkan sikap sopannya walaupun menerima layanan buruk daripada pekedai di Turki.

3. Seorang yang baik hati kerana membeli cenderamata untuk keluarga dan sahabat handainya.

4. Seorang yang berhemat ketika berbelanja. Contohnya, Mas telah membuat perancangan lebih awal sebelum berbelanja.

5. Mas suka membaca terutama hasil karya penulis tersohor.

6. Seorang yang sensitif dan perasa. Contohnya, Mas tidak gembira apabila melihat nilai-nilai kasih sayang dan perikemanusiaan tidak diamalkan dalam kehidupan sehari-hari.

7. Seorang yang mencintai hidupan liar. Contohnya, Mas sanggup mendermakan hasil jualan jaket kepada zoo yang ada kandang kijang.

8. Seorang yang penyabar. Contohnya, Mas tetap bersabar walaupun dimarahi dan dilayan dengan buruk oleh pekedai di Turki.

Lelaki Turki

1. Lelaki ini berniaga di Grand Bazaar, Istanbul.

2. Seorang yang berpura-pura untuk memenangi hati pelanggan.

3. Seorang yang tidak beretika ketika berniaga. Contohnya, dia menuduh Mas bukan wanita muslim yang baik kerana telah membuang masanya.

Bahasa

Melayu

(27)

Shahmeem

1. Rakan Mas yang turut serta dalam pelancongan ke Istanbul.

2. Dia membeli jaket kulit tetapi menjualnya semula kerana jaket itu tidak sepadan dengannya.

3. Seorang yang baik hati apabila menjual harga jaket kepada Mas lebih murah daripada harga asal yang dibelinya.

Mevlana Celaleddin Ar-Rumi

1. Beliau berasal dari Rom dan dikebumikan di Konya.

2. Beliau telah menulis lebih daripada 25000 buah puisi sufi sepanjang hayatnya.

3. Hasil tulisannya banyak membicarakan perihal kasih sayang dan

kemanusiaan tanpa mengira bangsa, agama, dan negara.

4. Beliau menyebarkan tauhid kepada penduduk Konya sehingga Islam tersebar.

Nasreddin Hodja

1. Penulis tersohor pada zaman pemerintahan Sultan Timur Leng. 2. Beliau dilahirkan di Horto dan dibesarkan di Aksehir, Turki.

3. Beliau mengamalkan cara hidup sederhana dan merupakan tokoh pendidik yang berjiwa humoris.

4. Beliau tidak suka akan pembaziran dan kemewahan. 5. Jenakanya bersifat intelektual

6. Hasil tulisannya disenangi oleh segenap lapisan masyarakat dan diterjemahkan dalam pelbagai bahasa.

Latar

Latar Tempat

Bahasa

Melayu

(28)

1. Istanbul, Turki. Rombongan pelancongan dari Malaysia mengadakan lawatan ke Istanbul, Turki.

2. Grand Bazaar. Terdapat lebih 6 000 gerai di Grand Bazaar dan penulis membeli-belah di situ.

3. Sebuah kedai di Grand Bazaar. Penulis telah dipaksa membeli jaket oleh seorang peniaga di situ.

4. Bas. Mas membaca puisi daripada buku Mevlana Celaleddin Al-Rumi and The Whirling Dervishes di dalam sebuah bas.

Latar Masa

1. Hari kelima lawatan ke Turki. Penulis membeli-belah di Grand Bazaar dan dipaksa membeli jaket kulit kijang.

2. Hari keenam lawatan ke Turki. Penulis melawat Egyptian Market.

3. Malam terakhir di Istanbul. Penulis menyusun barang-barang untuk dibawa pulang.

Latar Masyarakat

1. Masyarakat yang suka melancong. Contohnya, penulis dan rakan-rakannya melancong ke Istanbul, Turki.

2. Masyarakat yang baik hati. Contohnya, Mas membelikan saudara mara dan rakan-rakannya cenderamata ketika melancong di Turki.

3. Masyarakat peniaga yang tidak beretika. Contohnya, seorang peniaga di Grand Bazaar memaksa Mas membeli jaket kulit yang dijualnya.

4. Masyarakat yang suka membaca. Contohnya, Mas gemar membaca hasil karya penulis tersohor.

5. Masyarakat yang mencintai hidupan liar. Contohnya, Mas sanggup mendermakan hasil jualan jaketnya kepada zoo yang ada kandang kijang.

Bahasa

Melayu

(29)

6. Masyarakat yang pandai berpura-pura. Contohnya, seorang peniaga di Grand Bazaar berpura-pura baik namun bersikap kasar apabila barangannya tidak dibeli.

7. Masyarakat penulis yang banyak meninggalkan hasil penulisan yang berkualiti. Contohnya, hasil penulisan Mevlana Celaleddin Ar-Rumi dan Nasreddin Hodja banyak dijadikan bahan bacaan dan rujukan masyarakat selepasnya.

Nilai

1. Nilai baik hati. Contohnya, penulis telah merancang membeli cenderamata untuk keluarga dan sahabat handainya di tanah air.

2. Nilai berhemat. Contohnya, penulis membuat perancangan lebih awal bagi mengawal perbelanjaannya.

3. Nilai kesabaran. Contohnya, penulis masih dapat bersabar terhadap tindakan peniaga yang menghamburkan kata-kata kesat dan memaksanya membeli jaket. 4. Nilai mencintai hidupan liar. Contohnya, penulis sanggup mendermakan hasil jualan jaket kepada zoo yang ada kandang kijang kerana perasaan sayangnya terhadap hidupan liar.

5. Nilai kesopanan. Contohnya, penulis tetap menunjukkan sikap sopannya walaupun menerima layanan buruk daripada pekedai.

6. Nilai suka menimba ilmu. Contohnya, penulis minat membaca terutama hasil karya penulis tersohor.

7. Nilai kemanusiaan. Contohnya, penulis berasa sedih apabila pihak polis menggunakan kekerasan terhadap budak lelaki yang menjual barangan pasar gelap.

8. Nilai penghargaan. Contohnya, penulis amat menghargai hasil tinggalan penulis Mevlana Celaleddin Ar-Rumi dan Nasreddin Hodja.

Bahasa

Melayu

(30)

1. Sekiranya berkemampuan, kita hendaklah menambahkan pengetahuan dan pengalaman dengan melancong ke luar negara. Contohnya, penulis melancong ke Istanbul, Turki untuk menambah pengetahuan dan pengalaman.

2. Kita perlulah bijak merancang perbelanjaan. Contohnya, penulis merancang perbelanjaan dengan membuat senarai barang yang ingin dibeli.

3. Para peniaga sewajarnya mematuhi etika perniagaan dan tidak mengugut atau menggunakan kekerasan terhadap pelanggan. Contohnya, pekedai di Grand Bazaar bertindak kasar apabila penulis enggan membeli jaket di kedainya.

4. Kita perlulah berwaspada terhadap muslihat para peniaga yang cuba menjerat pelanggan. Contohnya, pemandu pelancong, Encik Yuksel mengingatkan rombongan pelancong agar berhati-hati apabila berhadapan dengan peniaga di Istanbul.

5. Kita perlulah berusaha menyelamatkan hidupan liar yang semakin mengalami kepupusan. Contohnya, penulis mendermakan wang jualan jaketnya kepada mana-mana zoo yang memiliki kandang kijang.

6. Kita hendaklah memiliki perasaan simpati terhadap golongan miskin.

Bahasa

Melayu

(31)

3b. Pemahaman Teks Drama [9 markah]

Sinopsis Teks Drama – “Berkhidmat Untuk Negara”

Drama ini rnengisahkan Aiman, seorang murid berusia 17 tahun yang memberikan berbagai-bagai alasan untuk tidak menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Cerita bermula apabila Aiman rnenerima sepucuk surat tawaran daripada Jabatan Latihan Khidrnat Negara yang dihantar oleh posmen. Surat tawaran tersebut memaklumkan pemilihan Aiman sebagai salah seorang pelatih PLKN. Keadaan ini menimbulkan konflik dalaman kepada Aiman kerana dia sememangnya tidak berminat untuk mengikuti siri PLKN itu disebabkan pengetahuan serta pemahamannya yang kurang tentang kebaikan seseorang remaja mengikuti program berkenaan. Selain itu, Aiman beranggapan bahawa PLKN mungkin akan menggugat zon keselesaannya kerana dia berasal daripada keluarga yang ber ada dan sudah biasa hidup dalam kemewahan.

Konflik antara Aiman dengan Nek Sinah bermula apabila dia merasakan Nek Sinah seolah-olah mengatur kehidupannya apabila menjemputnya untuk makan tengah hari. O!eh itu, dia telah melayan orang gajinya itu dengan kasar dan kurang sopan. Nek Sinah kecewa dengan sikap Aiman yang tidak menghormatinya sebagai orang tua. Walau bagaimanapun, Nek Sinah hanya bersabar ketika berhadapan dengan kerenah Aiman itu.

Cerita diteruskan dengan peristiwa Aiman di sekolah. Kawan-kawannya memberitahu Aiman tentang namanya yang telah terpilih bagi mengikuti PLKN. Aiman tawar hati apabila mendengar berita itu. Sundarani, Nora, Syuhada. Ah Tiau, dan Aiman berbincang tentang PLKN. Masing-masing melahirkan rasa bangga dan teruja kerana terpilih sebagai pelatih baharu PLKN kecuali Aiman. Semasa sesi pembelajaran di kelas, Cikgu Dahari telah menerangkan PLKN

Bahasa

Melayu

(32)

Cikgu Dahari juga merupakan pengajar sambilan PLKN yang memfokuskan rnodul PPSB, iaitu Program Penghayatan Sastera dan Budaya.

Selepas pulang dari sekolah, Aiman mengemukakan masalah pemilihan namanya sebagai salah seorang pelatih PLKN kepada bapanya bagi meraih simpati dan pertolongan. Puncak cerita dalam drama ini apabila hasrat Aiman meminta bantuan bapanya yang mempunyai pengaruh dan kedudukan untuk mengecualikan penyertaannya dalam PLKN tidak kesampaian apabila bapanya menolak kemahuannya. Sebaliknya, bapa Aiman bertegas agar Aiman mengikuti PLKN kerana program tersebut banyak mengandungi kebaikan yang tidak diketahui oleh Aiman. Sementara itu, Puan Masnah, iaitu ibu Aiman menyebelahi anaknya. Dia kurang bersetuju Aiman mengikuti PLKN atas faktor keselamatan nyawa anaknya. Namun, bapanya tetap teguh dengan pendirian asalnya. Kegagalan ibunya memujuk bapanya menyebabkan Aiman masuk ke biliknya. Sementara itu, bapa Aiman bercadang untuk merehatkan fikirannya di kelab golf.

Ketika Aiman melayari internet di biliknya, dia telah terbaca berita tentang kejayaan seniornya, Syufia mendapat anugerah pelatih terbaik wirawati di Kem Gerakhas, Desaru, Johor dan juga seniornya, Ziman yang berjaya hidup berdikari selepas menjalani program PLKN. Kejayaan mereka itu telah menyuntik semangat baharu dalam dirinya. Akhirnya, Aiman tersedar akan kesilapannya yang memberikan tanggapan negatif terhadap pelaksanaan PLKN. Aiman berjanji akan mengikuti PLKN bagi membentuk dirinya supaya boleh berdikari seterusnya menyahut seruan berkhidmat untuk tanah air tercinta.

Tema

1. Tema drama ini ialah kesedaran generasi muda dalam memupuk semangat cinta akan negara yang diperoleh melalui penglibatan mereka

Bahasa

Melayu

(33)

2. Terbitnya rasa bangga dan teruja dalam kalangan generasi muda untuk mengikuti PLKN ini sudah pasti dapat melahirkan generasi muda yang sentiasa siap sedia berkhidmat untuk negara, mengukuhkan pembinaan sahsiah diri di samping memupuk semangat perpaduan kaum dan integrasi nasional.

Persoalan

1. Kesediaan generasi muda mengikuti dasar kerajaan. Contohnya, Nora, Syuhada, Ah Tiau, dan Sundarani mewakili golongan generasi muda yang berasa bangga dan begitu teruja untuk mengikuti PLKN.

2. Tanggungjawab ibu bapa dalam menentukan keberkesanan dasar kerajaan. Contohnya, sebagai bapa, Khir Ghazali bertanggungjawab untuk menyokong setiap dasar kerajaan dengan mewajibkan anaknya, Aiman memyertai PLKN. 3. Kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak. Contohnya, Datuk Khir Ghazali amat menyayangi Aiman dan keluarganya. Beliau memutuskan agar Aiman perlu menghadiri PLKN untuk membentuk sahsiah positif dalam diri anaknya itu yang diharapkan menjadi insan yang berguna kepada nusa dan bangsa.

4. Kesedaran tentang kepentingan menyertai program kerajaan. Contohnya, Aiman sedar akan sikap negatif dan tanggapannya yang salah terhadap pelaksanaan PLKN setelah membaca berita tentang PLKN di laman sesawang. Dia berazam untuk menyertai PLKN dan menyahut seruan berkhidmat untuk negara tercinta.

5. PLKN membentuk sikap berdikari dan jati diri dalam diri generasi muda. Contohnya, Ziman telah berjaya membina sikap berdikari dan jati diri dalam hidupnya setelah mengikuti dengan jayanya Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Watak dan Perwatakan

1. Watak utama ialah Aiman.

Bahasa

Melayu

(34)

Posmen, Nek Sinah, Syuhada, Ah Tiau, Sundarani, dan sebagainya.

Aiman

1. Nama penuhnya ialah Aiman Faizullah bin Khir Ghazali. 2. Dia merupakan anak bongsu daripada dua orang adik-beradik. 3. Dia berumur 17 tahun.

4. Seorang yang bersifat agresif, iaitu dia menentang keras pemilihan namanya sebagai pelatih baharu PLKN.

5. Seorang yang suka tidur. Contohnya, Aiman akan tidur apabila mempunyai masalah untuk menenangkan fikirannya.

6. Seorang yang mementingkan kemewahan hidup. Contohnya, dia tidak mahu menyertai PLKN kerana tidak sanggup berpanas.

7. Seorang yang bersikap biadap dan kurang sopan. Contohnya, dia menggunakan kata-kata yang kurang sopan sewaktu bercakap dengan Nek Sinah.

8. Seorang yang sedar akan kesilapan dan ingin berubah. Contohnya, Aiman sedar akan kesilapannya tentang PLKN dan berazam untuk menyertai PLKN bagi memupuk sikap berdikari.

Khir Ghazali

1. Bapa kepada Aiman dan Dapnia.

2. Suami kepada Masnah. 3. Beliau berpangkat Datuk.

4. Seorang yang gigih bekerja. Contohnya, Khir Ghazali biasanya pulang ke rumah hanya pada waktu malam lantaran gigih mencari rezeki.

5. Seorang yang berpengaruh dalam kalangan masyarakat. Contohnya, Masnah mencadangkan suaminya menggunakan kedudukan dan pengaruh untuk mendapatkan pengecualian untuk Aiman supaya tidak perlu menyertai PLKN.

Bahasa

Melayu

(35)

6. Seorang yang berpendirian tegas. Contohnya, Khir Ghazali tegas dan tidak berganjak dengan keputusannya untuk mengekalkan Aiman sebagai pelatih PLKN yang baharu walaupun dipujuk oleh Aiman dan Masnah.

7. Seorang yang berpandangan jauh. Contohnya, Khir Ghazali menerangkan faedah yang akan diperoleh oleh Aiman apabila dia menyertai PLKN di samping boleh membentuk sikap berdikari dalam diri Aiman.

8. Seorang bapa yang penyayang. Contohnya, Khir Ghazali mahu Aiman menyertai PLKN supaya, cuti sekolahnya selama tiga bulan itu akan terisi dengan aktiviti yang berfaedah.

9. Seorang yang bersifat merendah diri. Contohnya, Datuk Khir Ghazali tidak menggunakan pengaruh dan kedudukannya bagi mengeluarkan nama anaknya daripada senarai pelatih baharu PLKN.

Masnah

1. Ibu kepada Dapnia dan Aiman.

2. Beliau bergelar datin.

3. Seorang yang penyayang. Contohnya, dia tidak bersetuju Aiman menyertai PLKN kerana bimbang akan keselamatan anaknya.

4. Seorang yang sibuk dengan berbagai-bagai urusan. Contohnya, dia telah menggunakan khidmat orang gaji bagi mengurus rumahnya.

5. Seorang yang mudah mengakui kesilapan diri. Masnah berasa bersalah dengan tindakannya memihak kepada Airnan dan cuba memujuk semula hati suaminya yang terluka.

Cikgu Dahari

1. Beliau bertugas sebagai guru sastera di sekolah Aiman.

2. Beliau bertugas sebagai fasilitator sambilan di Kem PLKN

Bahasa

yang terlibat

Melayu

(36)

Plot

Binaan Plot

1. Bahagian pengenalan atau eksposisi drama ini mengisahkan watak Aiman yang menerima sepucuk surat daripada Jabatan Latihan Khidmat Negara sebagai pelatih baharu Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

2. Cerita sampai kepada tahap perkembangan apabila Aiman menunjukkan berbagai-bagai reaksi setelah menerima surat tawaran daripada Jabatan Latihan Khidmat Negara yang dihantar oleh posmen.

3. Cerita sampai kepada tahap perumitan apabila berlaku konflik dalam diri Aiman kerana dia sememangnya tidak berminat untuk mengikuti siri PLKN disebabkan pengetahuan serta pemahamannya yang kurang tentang kebaikan seseorang remaja mengikuti program berkenaan. Selain itu, Aiman juga berasa tawar hati apabila rakan-rakannya menyampaikan berita tentang dirinya terpilih sebagai salah seorang pelatih PLKN di sekolah. Sebaliknya, rakan-rakan Aiman seperti Sundarani, Nora, Syuhada dan Ah Tiau melahirkan perasaan gembira dan teruja kerana terpilih untuk menyertai PLKN.

4. Cerita sampai kepada tahap klimaks apabila Aiman cuba meminta bantuan bapanya yang mempunyai pengaruh dan kedudukan untuk mengecualikannya daripada Program Latihan Khidmat Negara. Namun begitu, bapanya menolak kemahuannya itu. Bapa Aiman bertegas agar Aiman mengikuti PLKN kerana program itu banyak mengandungi kebaikan yang tidak diketahui oleh Aiman. Ibu Aiman menyebelahi anaknya. Dia kurang bersetuju Aiman mengikuti PLKN atas faktor keselamatan anaknya. Namun, bapanya tetap teguh dengan pendirian asalnya.

5. Cerita sampai kepada tahap peleraian apabila Aiman masuk ke dalam biliknya selepas usaha memujuk bapanya gagal. Aiman melayari internet. Aiman tersedar akan kesilapannya yang memberikan tanggapan negatif

Bahasa

Melayu

(37)

semasa mengikuti kursus PLKN. Aiman berjanji untuk mengikuti kursus PLKN bagi membentuk dirinya supaya boleh hidup berdikari seterusnya menyahut seruan untuk berbakti kepada tanah air yang tercinta.

Teknik Plot

Pelbagai teknik plot digunakan oleh pengarang untuk mengembangkan plot cerita.

1. Teknik pemerian. Pengarang menggambarkan sikap Aiman yang bersantai dan hanya melakukan segala kerja yang diminatinya sahaja pada cuti hujung minggu. Contohnya:

(Cuti hujung minggu sudah menjadi seperti masa yang terbaik untuk AIMAN bersantai dan melakukan segala perkara yang dimahukannya. Lahir daripada keluarga yang dilimpahi kemewahan harta benda dan wang ringgit, telah menjadikan dia manja serta malas. Segala kerja rumah akan dibantu oleh orang gaji. Pada tengah hari itu, sedang AIMAN duduk bersantai, muncul POSMEN menyampaikan sepucuk surat yang akan merubah kehidupannya. Kelihatan POSMEN muncul dan menyerahkan surat kepada AIMAN). (hlm. 90) 2. Teknik saspens. Pengarang menggunakan teknik saspens dengan membiarkan pembaca tertanya-tanya tentang keputusan yang bakal dibuat oleh Datuk Khir Ghazali apabila anaknya, Aiman bercadang menggunakan kedudukan dan pengaruh bapanya untuk mengecualikan dirinya daripada menyertai PLKN. Contohnya:

(Semua murid kelihatan gembira dengan penerangan CIKGU DAHARI, kecuali AIMAN. AIMAN masih tidak senang dengan keputusan yang namanya terpilih untuk PLKN. Seboleh-bolehnya dia mahu mengecualikan diri. Dia bercadang untuk berbincang dengan ayahnya demi merealisasikan tujuannya. Dengan kedudukan dan pengaruh yang kuat AIMAN percaya bahawa ayahnya akan dapat

Bahasa

Melayu

(38)

membantu). (hlm. 101)

3. Teknik kejutan. Pembaca dikejutkan dengan tindakan Datuk Khir Ghazali yang tidak mahu menggunakan kedudukan dan pengaruhnya bagi mengecualikan penyertaan anaknya, Aiman daripada PLKN. Contohnya:

AlMAN: Masalahnya saya tak mahu pergi. Saya nak minta daddy tolong dapatkan

pengecualian untuk saya. Saya tak sukalah program macam itu!

KHIR GHAZALl: Kalau itu yang Aiman nak daddy bantu, daddy akan kata tidak.

Daddy mahu Aiman pergi sertai PLKN itu. Banyak faedah yang akan Aiman dapat. Cubalah berfikir seperti orang dewasa, Aiman bukan budak-budak lagi. Jadilah manusia yang sentiasa dahagakan ilmu dan pengalaman. Jangan hanya pandai meminta daripada berusaha. (hlm.102 -103)

4. Teknik dialog. Dialog antara Aiman dengan posmen yang menghantar surat tawaran PLKN ke rumahnya. Contohnya:

POSMEN: Ada sesiapa yang bernama Aiman Faizullah bin Khir Ghazali di rumah

ini?

AlMAN: Ada, sayalah orangnya. Surat apa ini?

POSMEN: Surat daripada Jabatan Latihan Khidmat Negara. Ini bermakna, adik

terpilih untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara. Bagus program itu. Kalau umur abang macam adik, pasti abang tak akan lepaskan peluang ini.

5. Teknik konflik. Konflik yang berlaku antara Aiman dengan Nek Sinah. Aiman kurang menyenangi kata gelaran yang digunakan oleh Nek Sinah

Bahasa

Melayu

(39)

AlMAN: Hei, jangan panggil saya nak Aiman! Saya bukan anak Nek Sinah. Nek Sinah tu cuma orang gaji di rumah ini, faham? Saya belum lapar. Belum

nak makan lagi. Saya nak tunggu Kak Dapnia balik, saya nak makan dengan dia.

NEK SINAH: Nenek sedar siapa diri nenek dalam rumah ini. Tadi Dapnia ada telefon beritahu yang dia tak balik makan tengah hari, dia banyak tugasan di universiti. Datin juga sibuk, malam baru dia pulang.

(hlm.92- 93)

6. Teknik monolog. Aiman berfikir sesuatu secara bersendirian sambil menanyakan dirinya tindakan yang perlu dibuat dengan surat tawaran PLKN yang diterimanya. Contohnya:

(POSMEN berlalu. Tinggal AIMAN sendirian memikirkan sesuatu)

AlMAN: Patutkah aku simpan surat ini atau aku buang saja? Hmm, kalau aku buang, nanti ada orang lain jumpa pula. Hah, baik aku bakar! Tak ada kesannya nanti. Baik aku simpan dulu, cukup masa kalau aku tak berminat, baru aku bakar.

(hlm. 92)

Gaya Bahasa

1. Bahasa Arab. Contohnya:

Assalamualaikum, Waalaikumussalam. (hlm, 97) 2. Bahasa Inggeris: Contohnya:

(a) mummy (hlm, 93) (b) daddy (hlm. 102) 3. Simile. Contohnya:

(a) Cuti hujung minggu sudah menjadi seperti

Bahasa

masa yang terbaik untuk

Melayu

(40)

bersantai dan melakukan segala perkara yang dimahukannya. (hlm. 90) (b) Macamlah esok dah nak kiamat. (hlm. 93)

(c) ...terasa seperti ada sesuatu yang menarik pada hari itu. (hlm. 94) 4. Metafora. Contohnya.

(a) ...maka surat tawaran PLKN itu langsung tidak dibukanya... (hlm. 92) (b) Aku biasa mandi dengan air panas. (hlrn. 94)

(c) Buta sejarah betul kau ini. (hlm. 95) 5. Sinkope. Contohnya:

Tak baik kau cakap macam tu kepada aku. (hal. 94) 6. Personifikasi. Contohnya:

Lahir daripada keluarga yang dilimpahi kemewahan harta benda dan wang ringgit.. (hlm. 90)

7. Inversi. Contohnya:

(a) Tak fahamlah saya, bang.

Sepatutnya: Bang, saya tak fahamlah. (hlrn. 91) (b) Memang bagus program itu.

Sepaturnya: Program itu memang bagus. (hlm, 92) (c) Malaslah aku kalau fasal tu.

Sepatutnya: Aku malaslah kalau fasal tu. (hlm. 94) 8. Perulangan kata atau repetisi, Contohnya:

(a) Aku tak suka, tak suka. (hlm. 94)

(b) Aiman minta daddy dapatkan pengecualian tapi daddy tak mahu tolong. (hlm. 103)

9. Peribahasa: Contohnya:

(a) duri dalam daging. (hlrn. 89)

(b) hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. (hlm, 95) (c) lurus bendul. (hlm. 95)

Bahasa

Melayu

(41)

Nilai

1. Nilai kasih sayang. Contohnya, Datuk Khir Ghazali amat menyayangi Aiman dan keluarganya. Beliau memutuskan agar Aiman menghadiri PLKN untuk membentuk peribadi anaknya itu menjadi seorang insan yang berguna kepada nusa dan bangsa.

2. Nilai baik hati. Contohnya, Encik Posmen telah menyerahkan surat tawaran PLKN kepada Aiman sambil menasihatinya agar menerima tawaran tersebut. 3. Nilai tanggungjawab. Contohnya, Cikgu Dahari melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang guru dengan baik apabila turut menyentuh tentang pelaksanaan dan keberkesanan PLKN untuk membentuk generasi muda yang berjiwa patriotik.

4. Nilai cinta akan negara/patriotisme. Contohnya, kawan-kawan sekelas Aiman yang terdiri daripada Nora, Syuhada, Ah Tiau, dan Sundarani sangat teruja dan berbangga apabila nama mereka terpilih untuk menyertai Program Latihan Khidrnat Negara.

5. Nilai kegigihan. Contohnya, Cikgu Dahari gigih membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada pelatih PLKN tentang Program Penghayatan Sastera dan Budaya (PPSB).

6. Nilai hemah tinggi. Contohnya, Nek Sinah bertutur dengan suara yang lemah lembut ketika mengajak Aiman makan tengah hari walaupun Aiman melayannya dengan bersikap kurang sopan.

7. Nilai berpandangan jauh. Contohnya, Datuk Khir Ghazali ingin Aiman menyertai PLKN untuk membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni di samping menanam semangat patriotik dalam jiwa anaknya.

8. Nilai berdikari. Contohnya, Syufia telah berjaya membentuk sikap berdikari apabila terpilih sebagai pelatih terbaik wirawati untuk Kem Gerakhas, Desaru, Johor dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

9. Nilai kesedaran. Contohnya, Aiman sedar akan sikap negatifnya terhadap

Bahasa

Melayu

(42)

berazam untuk menyertai PLKN dan menyahut seruan berkhidmat untuk negara tercinta.

10. Nilai kesabaran. Contohnya, Mek Sinah bersabar dengan sikap biadap Aiman yang tidak menghorrnatinya sebagai orang tua.

Pengajaran

1. Kita hendaklah memupuk semangat patriotik/cinta akan negara dalam kalangan generasi muda. Contohnya, Cikgu Dahari memberikan sokongan kepada Nora, Sundarani, dan Ah Tiau yang bersemangat kerana terpilih untuk mengikuti PLKN.

2. Kita perlulah menjadi seorang insan yang berintegriti dan amanah dalam memikul tanggungjawab. Contohnya, posmen menjalankan tugasnya menghantar surat-surat pelanggan dengan penuh integriti.

3. Kita mestilah rajin membaca bagi melahirkan sebuah masyarakat yang berilmu dan berpengetahuan luas dalam satu-satu perkara. Contohnya, Cikgu Dahari rajin membaca dan mendalami maklumat berkaitan dengan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

4. Kita hendaklah bersabar menghadapi kerenah manusia yang biadab. Contohnya, Nek Sinah bersabar dengan sikap biadab Aiman yang tidak menghormatinya sebagai orang tua.

5. Kita perlulah berpandangan jauh dalam usaha membina kehidupan yang lebih sempurna. Contohnya, Datuk Khir Ghazali menerangkan faedah yang akan diperoleh oleh Aiman apabila dia menyertai PLKN.

6. Kita mestilah berpendirian tegas dan teguh dalam menegakkan satu-satu perkara yang bermanfaat kepada nusa dan bangsa. Contohnya, Datuk Khir Ghazali tetap dengan keputusannya meminta Aiman menyertai PLKN walaupun dipujuk oleh Aiman dan Datin Masnah.

Bahasa

Melayu

(43)

7. Kita hendaklah gigih mencari rezeki yang halal untuk menyara keluarga. Contohnya, Datuk Khir Ghazali selalu pulang ke rumah pada waktu malam lantaran gigih mencari rezeki untuk menyara keluarganya.

8. Kita mestilah adil dan saksama dalam membuat satu-satu keputusan

dengan tidak menggunakan pangkat dan pengaruh yang ada. Contohnya, Datuk Khir Ghazali tidak menggunakan pengaruh dan kedudukannya untuk mengecualikan anaknya daripada mengikuti PLKN.

Latihan

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut

dengan menggunakan ayat anda sendiri.

NEK SINAH: Nak Aiman, mari makan. Nek dah siapkan makanan kegemaran Aiman, ayam masak asam pedas.

AIMAN: Hei, jangan panggil saya nak Aiman! Saya bukan anak Nek Sinah. Nek

Sinah tu cuma orang gaji di rumah ini, faham? Saya belum lapar. Belum nak

makan lagi. Saya nak tunggu Kak Dapnia balik, saya nak makan dengan dia.

NEK SINAH: Nenek sedar siapa diri nenek dalam rumah ini. Tadi Dapnia ada telefon beritahu yang dia tak balik makan tengah hari, dia banyak tugasan di

universiti. Malam baru dia pulang. Datin juga sibuk, malam baru dia pulang.

AIMAN: Kak Dapnia tak balik, mummy pun sama? Semua orang dalam rumah ini

sentiasa sibuk saja. Macamlah esok dah nak kiamat.

NEK SINAH: Tak baik cakap begitu. Mereka pastinya ada urusan yang penting. AIMAN: Sudahlah, Nek Sinah boleh keluar dari bilik saya ini. Nanti kalau saya lapar, saya pergi makan. Tak perlu sentiasa nak aturkan perkara yang perlu saya buat. Saya bukannya budak kecil lagi.

Bahasa

Melayu

(44)

(Dipetik daripada drama "Berkhidmat untuk Negara" oleh Affix Zulkarnaen Adam, dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Dewan Bahasa dan Pustaka.)

i) Apakah alasan-alasan yang diberikan oleh Aiman untuk menolak pelawaan makan tengah hari oleh Nek Sinah? [2 markah]

______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ (ii) Pada pendapat anda, wajarkah seseorang anak muda menggunakan kata-kata yang kasar dan kurang sopan apabila bercakap dengan orang yang lebih tua? Berikan tiga sebab. [3 markah] _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ ______________________________________________________________ _____________________________________________________________ (iii) Huraikan satu nilai kemanusiaan yang terdapat dalam petikan di atas dan satu

nilai kemanusiaan lain yang terkandung dalam keseluruhan drama. [4 markah] ____________________________________________________________ ____________________________________________________________ ______________________________________________________________ ____________________________________________________________

Bahasa

Melayu

Edubest

(45)
(46)
(47)
(48)

Pelan Lokasi

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650

Referensi

Dokumen terkait

UNAIR NEWS – Tim peneliti program Calon Pengusaha Pemula Berbasis Teknologi (CPPBT) Fakultas Kedokteran Hewan Universitas Airlangga mengadakan acara pengenalan produk

KESATU : Menetapkan Kelompok Pembudidaya Ikan (Pokdakan) penerima bantuan langsung masyarakat pada Program Nasional Pemberdayaan Masyarakat Mandiri Kelautan dan

Kondisi ini dapat menyebabkan tingkat mortalitas meningkat hingga di kisaran 5-10% dari total Day Old Chicken (DOC) yang dibesarkan dalam kandang. Sedangkan

By using low intensity ultrasonic in NDT, object under examination will not ruin or experiences changes in dimension and structure as long as the applied

Berbeda dengan pola manajemen laba yang dilakukan sebagian besar CEO lama pada periode akhir masa jabatannya, manajemen laba yang dilakukan sebagian besar CEO

1. Peraturan Daerah Provinsi Jawa Tengah Nomor 9 tahun 2016 tentang Pem- bentukan dan Susunan Perangkat Daerah Provinsi Jawa Tengah. Peraturan Gubernur Jawa Tengah Nomor 41 Tahun

Dari alur kerangka pemikiran dapat dilihat bahwa penelitian akan dilaksanakan dengan melihat bagaimana hubungan antara peubah-peubah penjelas yaitu faktor internal dan

Perencanaan pembangunan kabupaten Banyuasin yang dilakukan sesuai peraturan perundang-undangan dan memperhatikan Dokumen- dokumen perencanaan yang telah ada, seperti Rencana