• Tidak ada hasil yang ditemukan

kenegaraan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "kenegaraan"

Copied!
26
0
0

Teks penuh

(1)

KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN

MUTAKHIR

( UWS10103)

TUGASAN INDIVIDU

ISU DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA

NAMA

: NOR WAHIDA ADILA BINTI

ABDULLAH AZID

NOMBOR MATRIK : CE120178

(2)

BIODATA DIRI

BUTIR PERIBADI

Nama : NOR WAHIDA ADILA BT ABDULLAH AZID Nombor kad pengenalan : 901211-03-5624

Alamat rumah : Lot 1232, Kampung Pondok Lambor, 16250 Wakaf Bharu, Kelantan. Alamat semasa : Kolej Kediaman Perwira, Universiti Tun Hussien Onn.

Nombor matrik : CE120178 Nombor telefon : 0145296643

Nombor Telefon kawan baik : 0148467439 Fakulti : Fakulti Kejuruteraan Elektrik Elekronik.

(3)

Moto : Pegetahuan adalah kekuatan.

PENILAIAN PENULISAN TUGASAN (INDIVIDU)

Fakulti : ..……….

Tajuk Tugasan : ………

Markah diperoleh : …… / 10%

Kriteria / Format Markah diperoleh Peratus

Isi 6

Olahan

(i) Wacana (ii) Kutipan Sumber

2

1 1

Gambarajah 1

Rujukan (Format APA) 1

Jumlah 10

Komen

Cadangan Penambahbaikan

(4)

ISI KANDUNGAN

TOPIK MUKA SURAT

ISI KANDUNGAN I

PENGHARGAAN II

1.0 PENGENALAN 1

PERLEMBAGAAN

2.0 ISU 1 : PERKARA 3 DAN PERKARA 11 Agama Islam agama Persekutuan, Kebebasan beragama.

-Isu Memurtadkan Orang Islam 2.1.1 Faktor

2.1.2 Kesan

2.1.3 Langkah mengatasi

2.2 ISU 2 : ISU kebebasan bersuara dalam Perlembagaan 2.2.1 Faktor 2.2.2 Kesan 2.2.3 Langkah mengatasi 2-7 8-12 3.0 KESIMPULAN 13 RUJUKAN III

(5)

LAMPIRAN IV - X

PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadrat ALLAH SWT kerana dengan limpah dan izinNYA dapat saya

menyiapkan tugasan individu bagi subjek Kenegaraan dan Pembangunan Mutakhir ( UWS10103) dengan jayanya.

Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pensyarah yang dihormati, Pn. Khairunesa Bt. Isa kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya sepanjang tugasan ini dilaksanakan.

Saya telah menyiapkan tugasan ini dengan menganalisis dua artikel berkenaan isu dalam Perlembagaan Malaysia. Yang pertama ialah isu memurtadkan orang Islam bagi Perkara 11 dan 3 dalam perlembagaan. Manakala isu yang kedua ialah isu kebebasan bersuara yang terkandung di dalam Perkara 10 dalam Perlembagaan Malaysia. Dan saya dengan jayanya telah menyiapkan satu laporan bagi menunjukkan kesunggguhan saya dalam menyempurnakan tugas yang diberikan.

Seterusnya juga, Saya ingin berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang turut membantu memberikan sidikit cadangan dan nasihat sepanjang saya melakukan tugasan individu bagi subjek Kenegaraan dan Pembangunan Mutakhir ( UWS10103) ini.

Akhir sekali, setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih saya ucapkan sekali lagi kepada semua pihak yang telah terlibat samada secara langsung ataupun tidak langsung sepanjang saya menyempurnakan tugasan individu bagi kali ini.

(6)

PENDAHULUAN

Perlembagaan Malaysia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang dibentuk berasaskan kepada dua dokumen sebelumnya iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan 1957. Perlembagaan Malaysia telah digubal berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian dalam tahun 1956. Perlembagaan berkenaan berkuat kuasa sejurus selepas kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Konsep ketinggian Perlembagaan adalah Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi, menjadi punca kepada semua undang-undang-undang-undang. Dan juga, tidak ada sebarang institusi di Malaysia yang boleh mengatasi kuasa dan kedudukan Perlembagaan. Selain itu, semua undang-undang tidak boleh berlawanan dengan Perlembagaan, dan mahkamah mempunyai kuasa membatalkan sesuatu undang-undang yang digubal oleh Parlimen jika bertentangan dengan Perlembagaan. Walaupun Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Negara, tetapi Baginda juga tertakluk kepada Perlembagaan.

Perlembagaan dibentuk dengan tujuan berikut iaitu untuk mewujudkan satu bentuk pemerintahan yang adil, mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah, mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat, sebagai alat untuk menyelesaikan masalah, menjamin riwayat negara bangsa dan juga menjamin keamanan serta kestabilan negara.

Justeru itu, bagi melaksanakan tugasan yang telah diberikan oleh pensyarah yang dihormati juga, saya telah memilih isu yang berlaku dalam perlembagaan iaitu dalam hal yang berkaitan dengan kebebasan bersuara dan juga hal yang berkaitan dengan agama islam sebagai agama persekutuan dan kebebasan beragama.

(7)

ISU 1

PERLEMBAGAAN MALAYSIA : Perkara 3 iaitu Islam sebagai Agama

Persekutuan, dan Perkara 11 iaitu Kebebasan beragama bagi agama lain.

Isu memurtadkan orang Islam

Perkara 11 Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa Islam merupakan Agama Persekutuan. Sungguh pun begitu agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan. Maknanya di sini, merujuk kepada perkara 11 di dalam perlembagaan juga, kebebasan untuk beragama adalah diberikan kepada seluruh rakyat. Tiap–tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya, dan tertakluk kepada Fasa (4), mengembangkannya. Namun begitu, kebebasan yang diberikan tersebut tidaklah bermaksud agama-agama bukan Islam boleh menyebarkan agama mereka kepada penganut agama Islam. Ini adalah sesuai dengan kedudukan Islam sebagai agama tertinggi dalam Negara. Di samping itu juga, Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, dan Putrajaya, undang-undang persekutuan berhak mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam ; perkara 11(4). Jadi, bagi mengenalpasti isu yang ada dalam perkara 11 Perlembagaan Malaysia, saya juga telah memilih untuk menganalisis isu berkenaan dengan isu memurtadkan orang Islam dalam negara ini. Isu memurtadkan orang Islam di Malaysia pada masa kini semakin diperkatakan, berikutan kenyataan yang telah dibuat oleh Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Othman Mustapha bahawasanya memang ada gerakan yang memurtadkan dan memesongkan akidah umat Islam di Negara Malaysia.

(8)

FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN ISU MEMURTADKAN ORANG ISLAM.

Usaha untuk mengkristiankan orang Islam pada masa ini bukan sahaja menarik penganutnya ke dalam agama kristian, tetapi cukup dengan menjauhkan orang Islam daripada agamanya, walaupun usaha itu berselindung di sebalik alasan kebebasan beragama, ia terang-terangan melanggar peruntukan Perlembagaan dalam Perkara 11(4) yang tidak membenarkan sebarang aktiviti mengajak orang Islam keluar daripada agama Islam.

Pada pendapat peribadi saya, antara faktor yang menyebabkan berlakunya gejala memurtadkan umat Islam ini, salah satu puncanya adalah berpunca daripada diri insan yang dimurtadkan itu sendiri, iaitu masalah kurang ilmu mengenai agama Islam. Tahap keimanan dan ketakwaan kepada ALLAH SWT yang rapuh pada diri seseorang itu juga sebab mudah berlakunya gejala dan isu seperti ini. Daripada pemerhatian juga, didapati bahawa selain lemah pegangan agama serta jahil hukum hakam akidah, golongan terbabit amatlah mudah untuk terpengaruh dengan agama lain.

Faktor seterusnya ialah, isu memurtadkan orang Islam ini berlaku kerana terdapatnya gerakan kristian yang bukan sahaja bergerak secara agresif di Negara Malaysia tetapi juga sudah melampaui batas. Gerakan mereka ini tidak boleh dilihat dengan imej-imej pakaian yang ala berjubah putih, berkopiah, tabligh atau purdah, tapi mereka menggunakan cara halus untuk memurtadkan umat Islam. Salah satu nya adalah melalui sistem pendidikan. Di Malaysia, macam-macam sekolah dengan nama mubaligh Kristian telah diwujudkan. Sebagai contoh, mereka membuka kelas bahasa Inggeris dan muzik di beberapa tempat bertujuan sebenar untuk menerapkan agama mereka. Selain itu juga, gerakan sulit ini juga didalangi oleh pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) yang beroperasi di premis-premis tertentu, bertujuan untuk mempengaruhi umat Islam menerusi pemberian bantuan kebajikan dan kerja-kerja amal seperti bantuan keperluan harian, kewangan mahupun pekerjaan.

(9)

Selain daripada lemah pegangan agama dan wujudnya gerakan sulit kristian, faktor lain yang menyebabkan isu ini berlaku ialah, kerana disebabkan orang-orang bukan Islam tidak mematuhi, memandang rendah, serta tidak menghormati perkara-perkara yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia. Mereka memandang ringan perkara ini, malahan golongan ini juga sudah menodai prinsip ‘aman dan harmoni’ dan prinsip keluruhan Perlembagaan. Yang mana telah disebutkan bahawa, Perlembagaan Persekutuan meletakkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan (Perkara 3(1)); agama bukan Islam hanya boleh diamalkan dalam keadaan aman dan damai tanpa mengganggu kedudukan Islam sebagai agama bagi Persekutuan (Perkara 3(1)). Dan juga, ini bermakna kebebasan yang diberikan tersebut tidaklah bermaksud agama-agama bukan Islam boleh menyebarkan agama mereka kepada penganut agama Islam. Tetapi, kebebasan beragama yang dijamin Perlembagaan Persekutuan, sama ada menerusi Perkara 3 atau Perkara 11, adalah telah disalahgunakan oleh orang bukan Islam sehingga menggugat rasa tidak aman dan menjadikan ia salah satu faktor juga bagi menyebabkan isu memurtadkan orang Islam yang berlaku dalam Malaysia ini.

KESAN-KESAN YANG BERLAKU AKIBAT DARIPADA ISU MEMURTADKAN ORANG ISLAM

Kesan daripada isu memurtadkan orang Islam boleh diklasifikasikan dari aspek individu, masyarakat, dan negara.

1) Individu

Isu ini semestinya akan menyebabkan orang Islam yang dimurtadkan itu akan menjadi kufur dan terkeluar daripada agama Islam. Individu terbabit akan mengalami pelbagai masalah dan banyak kesan negatif akan berlaku terhadap diri sendiri. Antaranya ialah apabila meninggal, jenazahnya tidak boleh dikebumikan di tanah perkuburan Islam dan akan kekal di dalam neraka untuk selama-lamanya. Selain daripada itu, murtad juga adalah satu kesalahan jenayah hudud yang ditetapkan oleh nas, maka sesiapa yang telah disabitkan dengan jenayah ini akan berlaku lah kesan perundangan ke atas dirinya dan ke atas harta miliknya. Individu yang telah dimurtadkan juga berkemungkinan besar akan terputus hubungan dengan ahli keluarga.

(10)

2) Masyarakat

Manakala, kesan isu ini terhadap masyarakat pula ialah, menghapuskan identiti masyarakat muslim. Ini kerana seorang yang murtad sebenarnya telah masuk ke dalam identiti ummah yang lain, telah menukar ketaatannya dan telah mencabut identiti Islam darinya. Selain itu, ia akan menyebabkan agama Islam dianggap seperti barang mainan semata-mata, iaitu boleh masuk apabila dikehendaki dan boleh keluar pada bila-bila masa apabila dikehendakinya. Ini akan menyebabkan masyarakat tidak lagi mementingkan identiti agama seseorang atau identiti sesuatu ummah. Kesan yang lebih besar akan timbul apabila masyarakat menganggap semua agama adalah sama dari segi identitinya. Ia juga boleh mengakibatkan identiti Islam akan terhakis dan imej Islam akan dipandang negatif oleh masyarakat bukan Islam dalam negara ini.

3) Negara

Seterusnya, selain daripada meninggalkan kesan buruk terhadap individu dan masyarakat, isu memurtadkan orang Islam ini juga akan memberikan impak negatif kepada negara kita Malaysia. Antara kesan negatif adalah, akan menjadikan negara kita dipandang serong terhadap negara luar akibat daripada perbuatan yang boleh dikatakan terkutuk itu. Selain daripada itu, negara kita juga akan menjadi tidak aman akibat daripada isu ini. Perbalahan atau ketidakpuasan hati antara penganut yang berlainan dengan agama Islam akan timbul. Ini juga boleh mengakibatkan ketidakamanan atau rusuhan dalam negara. Selain itu juga, negara kita akan kehilangan ramai penganut agama suci Islam kerana telah dimurtadkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

(11)

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI ISU INI

Terdapat beberapa modus operandi ataupun langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengatasi isu yang terjadi di dalam Perlembagaan Malaysia, iaitu dalam Perkara 11, memurtadkan orang Islam oleh orang bukan Islam ini. Antaranya ialah, peranan individu itu sendiri, pemerkasaan ilmu pengetahuan terutamanya tentang ilmu pendidikan Islam adalah merupakan suatu kewajipan terhadap setiap umat yang beragama Islam. Individu perlulah Ilmu harus dibezakan dengan maklumat kerana skop ilmu yang lebih luas meliputi kepercayaan, pengenalan, fakta, kajian dan sebagainya. Oleh itu, penekanan terhadap ilmu-ilmu asas seperti ilmu-ilmu al-Quran, ilmu-ilmu hadis dan lain-lain tuntutan fardhu ain dipertingkatkan di samping tuntutan mempelajari ilmu-ilmu falsafah Islam dan Barat.

Dalam erti kata lain, setiap individu Muslim perlu diberi kesedaran dan galakan bagi meningkatkan ilmu pengetahuan dalam semua bidang terutamanya dalam ilmu ketuhanan yang mana ianya menjadi teras dalam pembentukan dan pemantapan akidah seseorang individu agar tidak terpesong dari landasan syariat sehingga boleh menjadi murtad. Perlu diingatkan juga, seseorang yang murtad terlebih dahulu diminta bertaubat dan kembali kepada Islam dalam tempoh tiga hari. Jika tetap enggan bertaubat maka barulah dijatuhkan hikuman bunuh.

Langkah seterusnya, kerajaan juga perlulah memainkan peranan bagi mengatasi isu ini. Kerajaan perlu bertindak memerangi masalah ini sehingga ke peringkat akar umbi agar generasi akan datang memandang persoalan murtad sebagai sesuatu yang serius. Oleh itu, pihak berkuasa seperti kerajaan perlulah memainkan peranan dengan lebih menyeluruh secara aktif agar umat Islam di Malaysia tidak terus terjebak dalam gejala murtad ini. Sesungguhnya pihak berkuasa agama Negeri dan Mahkamah Syariah mempunyai autoriti tersendiri dalam usaha menangani masalah murtad. Antaranya ialah penguatkuasaan, pemantauan, khidmat nasihat dan sebagainya. Pihak kerajaan negeri juga boleh memperketat ataupun menggubal undang-undang bagi menyekat dakwah agama lain kepada orang Islam.

(12)

Selain daripada itu, dicadangkan bahawa struktur perlembagaan yang ada boleh digunakan untuk melaksanakan Islam sekiranya pindaan atau penyesuaian yang berkaitan dilakukan. Peruntukan mengenai definisi murtad dan hukuman murtad mengikut perundangan Islam perlulah dilaksanakan agar jumlah golongan murtad ini dapat dihapuskan. Secara tidak langsung ianya telah memberikan kedudukan yang istimewa kepada agama Islam berbanding agama-agama lain. Kerana dari sudut sejarahnya, Islam begitu sinonim dengan Tanah Melayu suatu ketika dahulu. Dalam mana-mana perlembagaan pun, alasan sejarah sudah mencukupi untuk berfungsi sebagai benteng kepada desakan-desakan yang mahukan supaya agama-agama lain diberikan kedudukan yang sama. Adalah dicadangkan bahawa kedudukan ini perlu diambil kira dalam menangani masalah murtad khususnya dan persoalan-persoalan berhubung dengan hak terhadap kebebasan beragama yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan amnya.

Langkah lain ialah, penglibatan pihak media massa dan media cetak juga penting dalam menyebar luas bahaya gejala murtad ini jika berkembang dalam masyarakat. Ini kerana media mempunyai kuasa dalam membentuk pandangan masyarakat umum. Program-program agama sama ada melalui media cetak atau elektronik sepatutnya diletakkan prioriti utama dengan meningkatkan jumlah program dan mengurangkan rancangan-rancangan yang berbentuk hiburan seperti yang ditayangkan di kaca TV pada hari ini. Dalam hal murtad, pihak media wajar membantu dalam pendedahan yang meluas serta kefahaman tentang implikasi penukaran agama dan kehinaannya menurut Islam.

(13)

ISU 2

PERLEMBAGAAN MALAYSIA : Perkara 10 iaitu Isu Kebebasan Bersuara.

Isu kebebasan bersuara, perhimpunan aman.

Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan memberikan hak dan kebebasan kepada rakyat jelata Malaysia untuk bercakap dan bersuara, berhimpun secara aman dan tanpa senjata, serta membentuk persatuan. Walau bagaimanapun, seluruh hak dan kekebasan ini pastinya mempunyai had dan sekatan yang berpaksikan kepada soal ketenteraman awam dan keselamatan nasional. Had dan batasan ini diwujudkan selaras dengan sensitiviti, persekitaran serta komposisi rakyat Malaysia yang berbilang latarbelakang. Matlamatnya adalah untuk mengelakkan pertembungan, perbalahan, pertelingkahan dan konflik di kalangan rakyat di negara yang majmuk. Namun begitu, terdapat juga segelintir pihak yang tidak menghormati Perlembagaan Malaysia dengan mengadakan perhimpunan yanag tidak aman dan juga menyalahgunakan cara hak untuk bersuara.

Maka, dengan ini juga, bagi bagi mengenalpasti isu yang ada dalam perkara 10 Perlembagaan Malaysia, saya juga telah memilih untuk menganalisis isu berkenaan dengan isu perhimpunan tidak aman dan penyalahgunaan hak bersuara yang dilakukan oleh segelintir pihak di dalam negara kita, Malaysia, di mana mereka telah mengadakan perhimpunan secara tidak aman sebagai salah satu cara untuk menyuarakan sesuatu pendapat atau ketidakpuasan hati mereka.

(14)

FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN BERLAKUNYA ISU INI.

Terdapat banyak faktor yang menyebabkan isu ini berlaku, antaranya ialah, sikap seseorang individu itu sendiri yang tidak berpuas hati dan tidak menghormati bahagian-bahagian dalam perlembagaan yang telah ditetapkan. Individu yang tidak mempunyai nilai-nilai murni dan ketaan kepada negara adalah salah satu faktor yang menyebabkan isu dalam kebebasan bersuara. Mereka tidak menggunakan hak-hak bersuara dengan sebaiknya, sebaliknya mereka ingin menyuarakan esuatu hujah dengan mengadakan perkara yang tidak mendatangkan faedah, sebagai contohnya ialah perhimpunan haram oleh mahasiswa yang dikatakan sebagai perhimpunan akademik.

Faktor seterusnya ialah, kurang pendedahan yang detail dan teliti mengenai syarat-syarat atau peraturan-peraturan yang telah ditetapkan di dalam perkara pada Perlembagaan Malaysia. Rakyak yang menjalankan program bersuara melalui perhimpunan haram sebegitu rupa adalah besar kemungkinan belum memahami atau tidak mengambil tahu tentang perkara-perkara yang ada di dalam Perlembagaan Malaysia. Jadi, mereka telah menggunakan hak untuk bersuara dengan cara yang tidak betul yang boleh mengakibatkan ketidakamanan.

Selain daripada itu, punca lain juga adalah, peraturan atau pertahanan yang tidak ketat. Pihak berkuasa seharusnya memperketatkan lagi peraturan dan hukuman bagi individu ataupun kelompok yang menjalankan perhimpunan secara tidak aman untuk bersuara. Dan juga, ketidakpuasan hati segelintir masyarakat terhadap segala apa yang berlaku dalam negara juga adalah salah satu sebab mengapa isu ini berlaku. Ia berpunca daripada rasa tidak berpuas hati dengan sesuatu perkara, dalam perundangan, keadaan ekonomi dan dalam bidang pendidikan juga misalnya, kerana mereka merasakan ketidakadilan yang berlaku daripada pihak pemerintahan.

(15)

KESAN-KESAN YANG BERLAKU AKIBAT DARIPADA ISU INI

Sehubungan dengan itu, banyak kesan negatif yang timbul akibat daripada penyalahgunaan kebebasan hak untuk bersuara yang telah diutarakan dalam Perlembagaan Malaysia, apabila sesetengah pihak melakukan perhimpunan yang tidak aman untuk menyuarakat ketidakpusan hati. Kesan nya boleh diklasifikasikan dari aspek individu, masyarakat, dan negara.

1) Individu

Kesan daripada isu ini, individu yang menyalahgunakan hak-hak untuk bersuara yang telah terkandung dalam Perlembagaan Malaysia dengan menggunakan cara mengadakan perhimpunan secara tidak aman boleh dikenakan tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa negara kita. Ia akan merugikan diri seseorang itu tanpa memberikan apa-apa kebaikan, malah boleh dikenakan hukuman, boleh memudaratkan diri serta akan menyebabkan individu tersebut dipandang serong oleh orang lain.

2) Masyarakat

Manakala, kesan isu ini terhadap masyarakat pula ialah, akan menyebabkan berlakunya rusuhan yang tidak diingini hasil daripada perhimpunan yang dilakukan secara tidak aman itu. Pergaduhan dalam masyarakat turut berlaku. Selain daripada itu juga, masyarakat juga akan berasa tidak selamat untuk melakukan kegiatan-kegiatan harian sekiranya perhimpunan yang tidak aman bagi menyuarakan masalah atau ketidakpuasan hati dijalankan secara tidak aman, seperti perhimpunan yang dilakukan di jalan-jalan raya, di kawasan perumahan mahupun di mana-mana tempat dalam negara kita. Kegiatan Pekerja yang berkerja sekitar lokasi perhimpunan terganggu, malah akan sentiasa mengganggu urusan orang ramai yang mahu berurusan di lokasi perhimpunan tersebut. 3) Negara

(16)

Seterusnya, kesan negatif isu ini terhadap negara juga akan timbul. Antaranya ialah, apabila sesetengah pihak melakukan perhimpunan yang tidak aman untuk menyuarakat ketidakpusan hati, negara kita akan menjadi tidak aman. Rusuhan dan perbalahan dalam negara turut berlaku. Selain daripada itu, kesan buruk daripada penyalahgunaan hak bersuara ini juga akan mencemarkan nama baik negara sendiri di mata dunia. Tumpuan dunia tertumpu di Malaysia tanpa mengetahui status sebenar apa yang berlaku jika maklumat yang disampaikan itu kurang tepat. Di samping itu juga, Industri pelancongan negara kita juga turut terjejas. Pelancong asing meragui keselamatan mereka untuk berkunjung ke Malaysia.

LANGKAH-LANGKAH BAGI MENGATASI ISU INI

Antara langkah yang boleh diambil bagi mengatasi isu ini ialah memberikan nasihat dan berbincang secara baik. Jika peserta perhimpunan atau penunjuk perasaan itu menyampaikan protes, nasihat dan kritikan secara tidak syar’ie, misalnya menuntut suatu perkara yang bertentangan dengan akidah dan syariat atau melakukan demonstrasi dengan cara merosakkan kemudahan awam atau melakukan tindakan liar lainnya seperti membaling objek, maka pihak pemerintah hendaklah menasihati dan mengajak mereka berbincang untuk mengetahui apakah sebenarnya tuntutan mereka. Setelah dilakukan perbincangan, kemungkinan perhimpunan secara tidak aman itu akan beransur baik.

Seterusnya, langkah lain bagi mengatasi isu ini ialah, sekiranya individu ataupun kelompok perhimpunan secara tidak aman itu tidak mahu berbincang secara elok, pihak berkuasa bolehlah memberikan tindakan yang sedikit keras kepada mereka. Antaranya ialah pengawalan rapi dan kekerasan oleh pihak-pihak berkuasa seperti polis dan sebagainya dalam usaha memastikan kawasan tempat berlakunya perhimpunan yang tidak aman itu bebas daripada perkara-perkara yang boleh mendatangkan pergaduhan, kecederaan mahupun membawa maut. Dengan pengawalan seperti ini, sekurang-kurangnya dapat menakutkan individu ataupin kelompok yang ingin bersuara secara tidak aman itu.

Selain daripada itu, langkah lain adalah, seluruh masyarakat juga perlu diberi pendedahan yang lebih mendalam dan lebih kerap mengenai perkara-perkara yang terkandung dalam

(17)

Perlembagaan Malaysia. Seluruh peringkat masyarakat perlu diberi pendedahan mengenai perkara-perkara, bahagian-bahagian, serta akta-akta yang terkandung di dalam Perlembagaan Malaysia. Media massa elektronik juga adalah salah satu strategi yang boleh digunapakai untuk memberikan maklumat seluruhnya kepada semua rakyat mengenai Perlembagaan. Dengan ini, rakyat akan memahami dan mengetahui segalanya tentang Perlembagaan dan secara tidak langsung mereka tidak akan menyalahgunakan kebebasan hak yang diberikan.

(18)

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, Perlembagaan adalah memainkan peranan yang amat penting. Perlembagaan berfungsi sebagai panduan pentadbir negara untuk mentadbir sesebuah negara. Tanpa perlembagaan, tidak akan wujud negara yang aman dan damai. Jadi, semua rakyat Malaysia haruslah menghormati hak yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan. Rakyat juga perlulah mematuhi segala apa yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan secara bersama.

Bagi isu yang pertama, jelaslah bahawa murtad mengikut pandangan Islam merupakan satu jenayah yang paling besar dan paling bahaya kerana ia menghina Islam, menghina Allah S.W.T. dan Rasulullah S.A.W. Oleh itu, isu memurtadkan orang Islam ini haruslah dititikberatkan. Pihak yang berkaitan perlu memainkan peranan dengan mematuhi dahn memahami dengan lebih lanjut lagi perihal Perkara 11 dalam Perlembagaan Malaysia.

Menerusi Perlembagaan ini juga, untuk kesimpulan bagi isu yang kedua pula, kita dijamin untuk mengamalkan sistem demokrasi terpimpin. Justeru, tidak ada mana-mana individu mempunyai alasan yang lebih konkrit dan munasabah untuk menjadikan perhimpunan haram sebagai medium untuk menyuarakan ketidakpuasan hati, yang akhirnya akan membawa mudarat yang lebih besar kepada kestabilan politik, kesepaduan rakyat dan kedaulatan negara yang tercinta.

Maka, semua pihak sebenarnya haruslah memainkan peranan masing-masing bagi mengatasi isu-isu yang terjadi di dalam Perlembagaan Malaysia ini tidak kiralah individu, masyarakat, mahupun pemerintah di dalam negara sendiri. Semua pihat perlulah memahami

(19)

tuntutan dalam Perlembagaan Malaysia dan sama-sama berusaha bagi menjamin keamanan dan kesejahteraan negaratercinta kita, Malaysia.

RUJUKAN

INTERNET 1. http://www.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20130131/ba_02/Kepekaan-isu-murtad#ixzz2QmrTdRiv 2. http://ms.wikipedia.org/wiki/Perlembagaan_Malaysia 3. http://cmslib.uum.edu.my/m2012/index.php/malaysia/perlembagaan 4. http://www.malaysiakini.com/letters/173450 5. http://mymassa.blogspot.com/2012/04/artikel-pembaca-perhimpunan-aman.html 6. http://klikbm.blogspot.com/2009/11/karangan-langkah-langkah-mengatasi.html BUKU

(20)

LAMPIRAN

ARTIKEL 1 Kepekaan isu murtad

Artikel Oleh : ZAINUL RIJAL ABU BAKAR

l DATUK ZAINUL RIJAL ABU BAKAR ialah Presiden Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia dan boleh dihubungi di zainul.rijal@abubakar.my

apabila akidah umat Islam semakin rapuh, tidak mustahil agama Islam turut tergugat kewibawaannya. - Gambar hiasan

ISU murtad kembali diberi perhatian oleh media massa sejak kebelakangan ini. Masalah murtad ini adalah polemik yang benar-benar berlaku di Malaysia. Ia bukanlah suatu rekaan pihak tertentu bagi meraih kepentingan tertentu.

Isu murtad ini sebenarnya adalah berangkai dengan beberapa isu lain seperti; penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam bagi merujuk agama mereka, kristianisasi dan isu-isu lain.

(21)

Hal yang demikian ini dapat dilihat daripada permohonan menukar nama atas alasan telah keluar daripada Islam. Begitu juga tindakan seseorang memfailkan suatu permohonan, sama ada di mahkamah syariah ataupun mahkamah sivil untuk mendapatkan perisytiharan keluar daripada agama Islam.

Malah terdapat juga sebilangan orang yang membuat akuan bersumpah atau Deed Poll bagi mengesahkan dakwaan beliau telah tidak lagi memeluk agama Islam. Begitu juga terdapat orang Islam yang bersekedudukkan dengan pasangan bukan Islam sehingga melahirkan anak serta mengikut agama pasangan mereka.

Perlakuan murtad ini boleh berlaku secara berkumpulan atas sebab-sebab tertentu seperti; tidak mendapat layanan sewajarnya daripada pihak tertentu, mengikut ajaran-ajaran yang telah difatwakan salah seperti Qadiyani, Ayah Pin, Rasul Melayu dan ajaran yang terpesong daripada akidah Islam.

Murtad juga pernah dilaporkan berlaku di kalangan remaja yang menyertai kumpulan-kumpulan tertentu yang menyembah syaitan serta gerakan Jangan Ikut Tuhan (JIT). Bagi sesetengah yang lain pula murtad berlaku secara senyap, sama ada dengan berpegang kepada agama lain ataupun melakukan upacara yang terpesong daripada akidah Islam.

Cubaan murtad

Pun begitu bagi menjaga agama Islam sebagai agama negara mengikut Perlembagaan Persekutuan, perlakuan di atas tidak dengan sendiri menjadikan seseorang itu sebagai tidak Islam. Ia perlu kepada perakuan daripada pihak berkuasa agama bagi mengesahkan mereka tidak lagi beragama Islam.

Di Malaysia undang-undang mengenai murtad terdapat di dalam beberapa bentuk sebagai kesalahan cubaan murtad sebagaimana yang terdapat di dalam Enakmen Jenayah Syariah beberapa negeri seperti Perak, Melaka, Kelantan, Sabah dan Negeri Sembilan. Mahkamah Syariah juga diberi bidangkuasa secara spesifik untuk mengisytiharkan seseorang itu tidak lagi beragama Islam.

(22)

Manakala memurtadkan orang Islam pula telah dijadikan suatu kesalahan di bawah Enakmen Kawalan Pengembangan Agama Bukan Islam Di Kalangan Orang Islam. Kesalahan di bawah enakmen ini pula dibicarakan di mahkamah sivil.

Gaya hidup yang tidak memberi penekanan hidup beragama telah mendedahkan orang Islam kepada kerapuhan iman. Akhirnya keyakinan terhadap Allah itu akan terhakis dari semasa ke semasa.

Kemuncak krisis keyakinan terhadap Allah ini ialah tindakan seseorang ke arah murtad. Nama-nama seperti Aisyah Haji Bohari, Hartina Haji Kamarudin, Azlina Jailani, Siti Fatimah Tan dan banyak lagi mungkin sudah tidak diingati oleh orang Islam. Malah terdapat juga seorang ustazah lulusan universiti terkemuka Asia Barat yang telah mengikuti ajaran yang mensyirikkan Allah. Tetapi bagi pendakwah, nama-nama inilah yang sering bermain di bibir apabila membicarakan isu murtad dan membuktikan memang terdapat usaha memurtadkan orang Islam. Sebahagian orang Islam pula seolah-olah sudah tidak lagi sensitif kepada orang Islam yang mahu murtad. Malah terdapat sebilangan yang 'membantu' orang Islam murtad atas nama kebebasan beragama. Apabila kepekaan dalam isu murtad ini sudah tidak lagi wujud di dalam diri orang Islam, lama-kelamaan murtad ini akan dilihat sebagai suatu norma yang biasa berlaku di negara kita. Apabila tahap ini telah dicecah, umat Islam sudah terlambat daripada menggunakan segala usaha bagi mengembalikan orang yang telah murtad itu ke jalan yang sebenar.

Murtad adalah suatu dosa yang amat besar dan kesalahan yang sangat serius. Mendakwa murtad merupakan hak kepada orang Islam merupakan suatu yang begitu jauh tersasar daripada agama Islam itu sendiri. Perkara ini dapat dibuktikan apabila jenayah riddah ini telahpun dijadikan suatu kesalahan dan termasuk di dalam kategori kesalahan besar dalam Islam.

Berselindung di sebalik Perlembagaan Persekutuan dengan mendabik dada mengatakan hak asasi manusia membenarkan seorang Islam itu murtad juga sebenarnya tidak mempunyai asas yang kukuh di dalam Perlembagaan Persekutuan itu sendiri. Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan memberi hak kepada mana-mana orang menganut dan mengamalkan agamanya. Perkara 11(1) tersebut hanya mengatakan orang Islam berhak menganut dan mengamalkan agama Islam.

(23)

Begitu juga penganut agama lain seperti Buddha, Hindu dan Kristian bebas menganut dan mengamalkan agama mereka.

Perkara 11(1) tidak memberi hak kepada mana-mana orang bertukar-tukar agama. Pertukaran agama hendaklah dilakukan mengikut agama itu sendiri dan juga undang-undang yang berkuatkuasa. Tiada hak yang diberikan oleh mana-mana undang-undang bersifat mutlak. Sudah tentu setiap hak yang diberikan mempunyai batasannya tertentu. Malah hak itu sendiri kebiasaannya diimbangi dengan tanggungjawab.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20130131/ba_02/Kepekaan-isu-murtad#ixzz2QmrTdRiv

(24)

ARTIKEL 2

Artikel Pembaca : PERHIMPUNAN AMAN, Kebebasan Bersuara, Kebebasan Berakademik…….

PERHIMPUNAN AMAN, kebebasan bersuara, kebebasan berakademik…….

Sejak bila pula rakyat di Negara ini dihalang dari melakukan perhimpunan secara aman? Yang dihalang ialah perhimpunan secara haram yang mencetuskan rasa ketidak ketenteraman awam. Kebebasan bersuara! Tidak ada sekatan pun dibuat. Bukankah rakyat memilih wakil rakyat di tempat masing-masing, kenapa wakil rakyat yang mereka pilih tidak menyuarakan rintihan mereka di dewan rakyat di mana tempat undang-undang dicipta? Yang dihalang kebebasan bersuara ialah perkara-perkara yang mencetuskan sensitiviti kaum dan melemparkan fitnah. Bukankah semua agama melarang penganutnya berbohong, kecualilah ada guru-guru yang menyatakan berbohong itu hukumnya wajib dan dapat pahala.

(25)

Kebebasan berakademik. Bukankah itu yang digalakkan oleh kerajaan sekarang bertujuan melahirkan masyarakat berilmu. Yang dihalang ialah kebebasan akademik untuk mencipta sesuatu yang boleh mengancam keselamatan awam serta tatasusila masyarakat di Negara ini. Pernahkah ahli-ahli akademik dihalang dari menyatakan dapatan akademik mereka sama ada di dalam mahupun di luar Negara? Malahan pencapaian mereka mendapat pengiktiran kerajaan

dalam dan luar negara.

Malangnya, terdapat segelintir masyarakat yang tidak puashati dengan tindakan murni kerajaan, sebaliknya menghasut masyarakat dengan dakwaan hak mereka untuk bersuara, berhimpun dan berakademik seperti mana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dinafikan. Golongan yang mudah dipengaruhi ialah golongan muda. Malangnya, terdapat segelintir mahasiswa yang seharusnya digelar golongan terpelajar sebaliknya `termakan’ tipu muslihat anasir ini sehingga sanggup meninggalkan alam universiti dengan menyertai demonstrasi `jalanan’ kononnya untuk menegakkan kebenaran dan hak mereka sebagai pelajar.

Perbuatan merusuh dan ganas yang dilakukan oleh pencemar nama mahasiswa ini dianggap wira rakyat pula, sebaliknya pasukan keselamatan dipersalahkan dan dikecam hebat, kononnya melakukan kekerasan dan ironinya ada pemimpin parti politik parti pembangkang dengan angkuhnya akan menyaman pasukan polis kerana melanggar hak seseorang itu untuk berhimpun seperti yang termaktub di dalam perlembagaan. Perhimpunan aman dan bebas bersuara seperti yang termaktub di bawah Perkara 10 iaitu Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan. Jika dibaca begitu sahaja, pendengarnya akan memahami bahawa perlembagaan membenarkan perhimpunan diadakan, begitu juga dengan kebebasan bercakap.

Baiklah kita masuk kelas perlembagaan :

(26)

• tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara; • semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata;

semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan. Perkara 10(2) Parlimen boleh melalui undang-undang mengenakan- • ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (a) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, ketenteraman awam atau prinsip moral dan sekatan-sekatan yang bertujuan untuk melindungi keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Undangan atau untuk membuat peruntukan menentang penghinaan mahkamah, fitnah, atau pengapian apa-apa kesalahan.

Referensi

Dokumen terkait

Pada penelitian ini terdapat batasan berdasarkan sumber daya yang dibutuhkan oleh perusahaan untuk memproduksi Produk A dan B, yaitu terletak pada bahan baku,  jam kerja

INTERNALISASI NILAI - NILAI MULTIKULTURAL MELALUI PEMBELAJARAN IPS DALAM MENUMBUHKAN SIKAP MULTIKULTURAL PADA SISWA. Universitas Pendidikan Indonesia | repository.upi.edu |

Hipotesis ketiga (H 3 ) yang menyatakan bahwa debt default berpengaruh positif terhadap opini audit going concern diterima oleh data, yaitu kegagalan perusahaan dalam

Tenaga atau pancaran yang memancar melalui jari2 kanan itu adalah ia bersifat QUDRAT (kuasa) ILAHIAH,ianya berfungsi mentadbir atau mengadakan sesuatu yang bersifat

Rumusan masalah dalam penelitian ini apakah metode analisis residu pestisida triadimefon dalam kubis dengan kromatografi - gas spektrometri massa (KG-SM) memenuhi parameter

Berdasarkan data hasil observasi di Sekolah Dasar Negeri Kedondong1 menunjukkan bahwa setelah hasil Supervisi Akademik di sampaikan kepada guru, kemudian kepala sekolah

Melalui pendekatan budaya visual dan studi visual dapat dilihat melihat di tabel gambar 1 dan tabel gambar 2, bahwa foto- foto tersebut adalah image atau citra yang