• Tidak ada hasil yang ditemukan

Helah Bela Diri

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Helah Bela Diri"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

HELAH BELA DIRI HELAH BELA DIRI

KONSEP DAN PENGERTIAN HELAH BELA DIRI KONSEP DAN PENGERTIAN HELAH BELA DIRI

Budaya

Budaya ‘Helah Bela Diri’‘Helah Bela Diri’ satu budaya yang sering diamalkan di sekolah khususnya bagisatu budaya yang sering diamalkan di sekolah khususnya bagi

murid-murid-murid sekolah rendah atas tujuan utama untuk ‘menyelamatkan diri’. Apabilamurid sekolah rendah atas tujuan utama untuk ‘menyelamatkan diri’. Apabila saya hendak mengumpul latihan yang diberi semalam, saya sering menerima alasan saya hendak mengumpul latihan yang diberi semalam, saya sering menerima alasan berikut daripada murid:

berikut daripada murid:

terlupa nak bawa.. terlupa nak bawa..

tertinggal.. tertinggal..

mak tak masukkan buku dalam beg… mak tak masukkan buku dalam beg…

kawan pinjam.. kawan pinjam.. pensel tiada pensel tiada buku hilang buku hilang

dan macam-macam alasan lagi. dan macam-macam alasan lagi.

Situasi di atas merupakan situasi yang sering dihadapi oleh kebanyakan Situasi di atas merupakan situasi yang sering dihadapi oleh kebanyakan guru-guru di sekolah masa kini. Mengapa wujudnya budaya helah bela diri ini? Di sini saya guru di sekolah masa kini. Mengapa wujudnya budaya helah bela diri ini? Di sini saya ingin menghuraikan pemahaman saya berkaitan dengan mekanisme helah bela diri ini. ingin menghuraikan pemahaman saya berkaitan dengan mekanisme helah bela diri ini.

 Antara

 Antara konsep konsep penting penting dalam dalam kajian kajian psikologpsikologi i ialah ialah helah helah bela bela diri diri (defense(defense mechanism). Aliran psikoanalisis yang dipelopori oleh Sigmund Freud memberi mechanism). Aliran psikoanalisis yang dipelopori oleh Sigmund Freud memberi perhatian besar terhadap konsep helah bela diri. Namun, perbincangan ini hanya terhad perhatian besar terhadap konsep helah bela diri. Namun, perbincangan ini hanya terhad kepada tingkah laku murid yang masih melakukan pelbagai eksperimen kendiri dalam kepada tingkah laku murid yang masih melakukan pelbagai eksperimen kendiri dalam proses membina identiti dan keperibadian setelah memasuki fasa autonomi yang lebih proses membina identiti dan keperibadian setelah memasuki fasa autonomi yang lebih tinggi, manakala fasa pergantungan (dependency) mereka pula menjadi lebih rendah. tinggi, manakala fasa pergantungan (dependency) mereka pula menjadi lebih rendah.

(2)

Helah bela diri boleh dinisbahkan sebagai topeng kepada si pemakai bagi menyembunyikan wajah sebenar. Terdapat pelbagai jenis topeng yang bertukar ganti berdasarkan tujuan tertentu. Pada amnya, semua manusia tidak sunyi daripada kekurangan dan khilaf. Maka, manusia akan berusaha supaya hanya sisi terang mereka yang kelihatan, sementara sisi gelap dapat disorokkan.

Murid sekolah memang tidak pernah terkecuali. Sebagai murid, dalam banyak keadaan mereka berada dalam kedudukan yang tidak memihak (disadvantage). Selain disogokkan dengan pelbagai harapan, kecuali harapan kendiri, murid sering menganggap diri mereka sebagai "mangsa" kepada banyak proses.

Murid ditetapkan dengan sejumlah kod tingkah laku, peraturan dan etika. Murid perlu mengawal diri dalam ruang bilik darjah (termasuk bengkel, makmal dan padang permainan) supaya proses pembelajaran dapat diterima sepenuhnya. Rutin harian enam jam sehari, lima hari seminggu, 42 minggu setahun dan kira-kira 200 hari setahun itulah yang akan dilalui sepanjang tempoh bergelar sebagai murid.

Sebagai kanak-kanak dan remaja yang sedang mengalami perubahan hormon, serta pertumbuhan fizikal anatomi dan fisiologi, sesetengah murid mungkin tidak betah diam membatu untuk sesuatu tempoh yang panjang kepada mereka. Mujurlah reka bentuk pedadogi pembelajaran telah mengambil kira segala domain kognitif, afektif dan psikomotor, selain akur kepada taksonomi Bloom, somatik dan reka bentuk aktiviti yang membolehkan murid mengembangkan potensi dan yang ada dalam diri mereka.

Kepesatan perubahan persekitaran yang lebih deras bermakna bahawa murid perlu disediakan dengan kurikulum yang mampu menampung kehendak semasa dan masa hadapan, di samping tidak melepaskan akar umbi dan jati diri mereka. Prinsip pemerolehan ilmu diolah begitu rupa supaya input pembelajaran akan kekal relevan walaupun persekitaran dan zaman sudah berlainan. Maka, banyaklah tugasan yang dibekalkan kepada murid bagi mencapai hasrat berkenaan. Sesetengah daripada murid ini berpendirian positif dan sesetangah pula berpendirian negative yang membawa kepada wujudnya mekanisme helah bela diri dikalangan murid tersebut.

(3)

Mekanisme bela diri berlaku bagi menjaga pembentukan ego yang sedia ada dalam pengalaman seorang individu. Mekanisme bela diri berpandukan kepada pengalaman yang tersirat pada peringkat bawah sedar dalam struktur ego. Seorang individu belajar hasil dari pengalamannya tentang segala contoh dan kegiatan berkaitan naluri diri bagi memuaskan kehendaknya Apabila fungsi ego yang sedia ada tidak dapat menyesuaikan dengan keadaan sekeliling, seorang individu akan secara tanpa sedar  menggunakan mekanisme bela diri bagi menangani keadaan yang dihadapi

Menurut Davidoff (1976) helah bela diri merujuk kepada cara atau taktik seseorang memberi alasan tentang sesuatu tindakannya, sedangkan alasan yang diberikan itu bukan sebab yang sebenarnya.

Manakala Sigmund Freud pula menyatakan helah bela diri digunakan untuk mengubah fokus perhatian atau memasuki alam fantasia atau melakukan tindakan tertentu untuk mengurangkan kerisauan. Helah bela diri juga sebagai pelindung atau pembela bagi konsep kendiri dengan menyamakan perkara tidak boleh diterima oleh diri.

(4)

MEKANISME HELAH BELA DIRI

Terdapat dua bentuk helah bela diri iaitu helah bela diri pasif dan helah bela diri aktif.  Antara mekanisme helah bela diri pasif yang digunakan adalah seperti berikut:

Represi

Bagi Teori Personaliti Freud, strategi ini merupakan terpenting dan paling asas. Ia sebagai usaha untuk melupakan sesuatu yang mengecewakan atau memalukan dirinya. Unsur ini akan aktif pada waktu tertentu dan akan mempengaruhi pemikiran dan tingkah laku sesaorang tanpa disedari.

Contoh: Seorang Ketua Jabatan tidak dapat menerima hakikat apabila seorang pegawai bawahannya membuat teguran terbuka terhadap kelemahan atau kekurangannya. Maka si bos ini akan berterusan membenci orang bawahannya itu. Dan, kebenciannya itu sesekali akan dinyatakan melalui aktiviti cakap-cakap atau marah-marah atau kaedah lain yang dapat dia lakukan.

Penafian

Helah bela diri ini berlaku apabila seseorang itu tidak dapat menerima kenyataan. Individu ini secara sengaja tidak mahu percaya bahawa perkara yang buruk atau sedih telah berlaku dan akan melupakannya supaya mereka tidak perlu mengingati kejadian tersebut.

Contoh:

 Apabila seorang pesakit diberitahu yang dia menghidap penyakit barah, dia cuba menyatakan dignosis doctor adalah salah.

(5)

Contoh:

Seseorang tidak dapat menerima kenyataan bahawa dia telah disoalsiasat oleh SPRM atas kes rasuah atau pecah amanah. Dia menafikan bahawa SPRM yang silap siasat atau si pelapor yang dengki terhadapnya atau ada orang lain yang buat kesalahan tersebut.

Regresi

Keadaan ini berlaku apabila seseorang kembali kepada tingkah laku kebiasaan di peringkat awal perkembangan (langkah ke belakang). Ini kerana tindakan menyorot kembali ke peringkat perkembangan awal yang dirasai lebih selamat.

Contoh:

Seorang suami menjerit-jerit kerana isterinya tidak membenarkannya pergi menonton filem dengan rakan sekerjanya.

(6)

 Antara mekanisme helah bela diri aktif yang digunakan adalah seperti berikut:

Sublimasi

Ini merupakan helah bela diri yang paling sihat. Individu ini menerima atau redha bahawa dia tidak boleh memiliki segalanya dalam hidup dan kemudian membuat satu rasional dan alasan munasabah bagi menjelaskan keadaanya pada sesuatu masa. Menyalurkan perasaan kekecewaannya kepada saluran atau bentuk yang boleh diterima.

Contoh:

Seseorang yang tiada atau sukar mempunyai pasangan, mungkin menyalurkan perasaan sunyinya dengan mengubah pantun,puisi atau berkaraoke.

Rasionalisasi

Keadaan ini berlaku apabila seorang individu akan cuba menipu atau berbohong dengan orang lain bagi menutupi kesalahannya. Individu ini mereka alasan yang salah walaupun boleh diterimapakai.

Contoh:

Si suami berkata dia tidak suka kerjanya jadi dia berhenti kerja walhal dia dipecat oleh majikannya kerana prestasi buruk.

(7)

Pemindahan

Individu ini akan mengalihkan kemarahannya kepada sasaran lain kerana dia tidak dapat meluahkan kemarahan sebenarnya kepada orang tersebut.

Contoh:

Seorang pelajar tidak menyiapkan kerja sekolah lalu dimarahi oleh gurunya. Apabila pulang ke rumah, dia melepaskan kemarahannya kepada adik-adiknya.

Projeksi

Keadaan apabila individu membalikkan sesuatu kelemahan atau keinginan kepada orang lain agar orang tersebut dipersalahkan. Individu ini cuba menuduh orang lain melakukan kesilapan kerana ingin menyembunyikan kesalahannya. Mereka ini jenis yang tidak boleh terima kelemahan sendiri tatapi menyalahkan orang lain.

Contoh:

Sifat tidak mahu berkawan dengan orang lain, mengatakan orang lain sombong tidak mahu berkawan dengannya.

(8)

Intelekstualisasi

Individu ini memendam emosi yang tidak menyenangkan dan mengasingkan diri mereka daripada realiti. Mereka sengaja mengelakkan masalah dengan rakan sebaya atau pasangan. Menghadapi masalah dalam menbina perhubungan yang rapat dengan orang lain.

Contoh:

Semasa di sekolah Ana sering bersendirian di dalam kelas dan kurang bercakap. Bila diselidik di rumah pun Ana suka menyendiri dan sering menjadi mangsa dera emak angkatnya.

Pembentukan reaksi

Proses ini merupakan satu perkembangan sikap yang bertentangan dengan perkara yang telah dipendam. Keadaan ini berasaskan kepada prinsip bertentangan polariti. Individu akan melepaskan dirinya dari situasi yang tidak menyenangkan dengan tindakan yang melampau bagi menghapuskan kekecewaannya. Pembentukan reaksi dilakukan individu yang bertentangan dengan perasaan atau motif asal untuk elak konflik.

Contoh:

Sekumpulan kanak-kanak bersiul ketika melalui perkuburan (seolah-olah bergembira dan tidak takut tetapi sebenarnya mereka cuba melindungi perasaan takut)

(9)

KEBAIKAN HELAH BELA DIRI

Sebenarnya mekanisme helah bela diri ini juga mempunyai beberapa kebaikannya. Namun individu tersebut hendaklah sederhana dalam mengamalkan helah bela diri ini supaya tidak mendatangkan sebarang keburukan kepada individu dan orang disekelilingnya.

 Antara kebaikan kepada penggunaan helah bela diri ini ialah boleh membantu individu dalam menilai tingkah laku diri sendiri. Seseorang itu dapat mengenal dirinya sendiri melalui beberapa cara. Antaranya adalah dengan memahami cara bagaimana dia membentuk imej dirinya. Semakin seseorang itu faham mengapa dia mempunyai anggapan-anggapan tertentu mengenai dirinya, semakin dia dapat memahami siapa dirinya yang sebenar.

Konsep diri boleh muncul daripada cara bagaimana seseorang individu itu mentafsir dan menilai tingkah laku serta fikirannya sendiri. Perbuatan dan tingkah laku seseorang menyebabkan individu lain mempunyai persepsi imej berkenaan diri individu itu. Apabila seseorang itu menunjukkan perilaku positif, individu lain mempunyai imej positif berkenaan diri individu itu. Ini menyebabkan individu lain itu bercakap dan melayannya dengan cara positif, begitu juga sebaliknya.

Selain itu, individu tersebut boleh meneguhkan kekuatan diri dan membina peribadi mulia untuk menjadi insan berwibawa. Melalui penggunaan mekanisme helah bela diri yang bertepatan individu ini boleh menjadi semakin yakin kepada diri sendiri dan boleh membina kekuatan dalam diri sendiri.

Helah bela diri ini juga boleh menjadikan individu menjadi lebih kreatif. Manusia memerlukan daya kreativiti yang tinggi untuk maju. Lebih menarik lagi, sesiapa sahaja boleh melakukan latihan-latihan tertentu secara konsisten bagi meningkatkan daya kreativiti mereka. Hasil penyelidikan menunjukkan bahawa individu yang sangat kreatif  biasanya lahir daripada keluarga yang mengenakan terlalu sedikit peraturan penting tetapi bermakna. Pakar pendidikan awal Itali, Loris Malaguzzi yang menulis dalam The Hundred Languages of Children berkata, kreativiti lahir daripada pelbagai pengalaman.

(10)

Namun pengalaman semata-mata tidak berguna. Ia perlu disertakan dengan pembangunan sumber peribadi yang mendapat sokongan, termasuk kebebasan untuk meneroka luar daripada batas pengetahuan. Melalui mekanisme helah bela diri yang digunapakai pada masa-masa tertentu, individu tersebut akan memperoleh pengalaman dan meningkatkan kreativitinya dalam sesuatu perkara.

KELEMAHAN HELAH BELA DIRI

Walaubagaimana pun helah bela diri ini jika sering digunakan dan keterlaluan akan mendatangkan keburukan. Pengalaman dan keadah menetang, menolak dan tipu helah yakni pemesongan keadaan adalah dikenali sebagai makenisma helah bela diri.

 Antara kelemahan penggunaan helah bela diri adalah mengalakkan individu menjadi penipu. Apabila individu berada dalam situasi yang tertekan mereka akan memilih untuk menggunakan helah bela diri sebagai topeng bagi menyembunyikah wajah sebenar atau keadaan sebenar mereka.

Selain itu, berlaku mental block keadaan apabila individu tidak dapat berfikir  dengan baik. Kemampuan mereka berfikir secara analitis dan kreatif tersekat kerana sering mencari helah untuk melarikan diri dari menghadapi tekanan atau masalah. Lama kelamaan keadaan yang berlanjutan ini akan menyebabkan seseorang menjadi malas berfikir.

Penggunaan helah bela diri juga boleh menyebabkan kurang rasa keyakinan dan perasaan rendah diri yang berpanjangan pada individu tersebut. Sifat rendah diri yang keterlaluan boleh menjadikan kita susah untuk bercampur dengan masyarakat, kurang keyakinan kendiri, kurang kawan dan sebagainya. Keadaan ini jika dibiarkan dan dianggap remah akan mendatangkan kesan negative kepada personaliti individu tersebut.

(11)

IMPLIKASI HELAH BELA DIRI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Implikasi mekanisme helah bela diri terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah ialah guru-guru harus mengenali dan menangani pelbagai jenis helah bela diri ini.

Para guru-guru harus mengenali kenyataan bahawa kebanyakan tingkah laku negatif di dalam bilik darjah merupakan satu mekanisme helah bela diri yang berpunca daripada kebimbangan kendiri atau kekecewaan dalaman murid-murid. Murid-murid akan cuba untuk ‘menipu’ guru-guru dengan pelbagai mekanisme helah bela diri yang berlaianan.

Oleh itu, guru-guru perlu mengetahui tentang jenis-jenis makanisme helah bela diri yang berlainan dan tingkah laku negative yang berkaitan dengan helah bela diri yang berbeza. Ini membantu mereka untuk menjadikan pengajaran lebih efektif.

Disebabkan helah bela diri ini berpunca daripada minda yang bukan sedar, guru-guru tidak dapat memodifikasikan mekanisme helah bela diri dengan strategi-strategi modifikasi tingkah laku. Justeru guru yang peka serta memiliki personaliti dan konsep kendiri yang positif dapat menangani masalah-masalah negative murid-murid dengan menunjukkan sifat penyayang dan mengambil berat tentang murid mereka.

Implikasi yang paling penting untuk semua guru ialah mereka harus meningkatkan motivasi dan konsep kendiri para murid supaya murid-murid tidak perlu mengamalkan pelbagai jenis-jenis helah bela diri yang berlainan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

(12)

KESIMPULAN

Kesimpulannya helah bela diri ini sentiasa digunakan oleh individu untuk mempertahankan harga diri. Namun, ianya tidak boleh digunakan pada setiap situasi kerana akan memberikan kesan negatif. Helah bela diri ini hanya membantu menghilangkan kebimbangan yang bersifat sementara namun tidak dapat menyelesaikan masalah.

Memberi masa pada seseorang untuk menilai mengenai cara menyelesaikan masalah. Dapat menambah kemahiran dalam hidup dari segi mengurangkan tekanan atau perasaan bimbang. Helah bela diri dapat mententeramkan jiwa seseorang itu berjumpa kaunselor untuk membantunya. Helah bela diri sublimasi dan rasionalisasi dapat menjadikan seseorang kreatif.

Referensi

Dokumen terkait

Pada bab ini, penulis memaparkan tentang metode dan teknik yang digunakan dalam penulisan skripsi yang berjudul “Pelaksanaan Demokrasi Thomas Jefferson di

Karena itu, ia (matematika) memberikan suatu daya, alat komunikasi yang singkat dan tidak ambigius dan alat untuk mendeskripsikan dan.. Serta matematika adalah

Penelitin ini menyimpulkan , a).Masyarakat desa Alue leuhop dan Cot girek, pada dasarnya masih sangat kurang informasi tentang hukum jinayat sehingga kurang dalam pemahaman

[r]

Sementara bagi al-Ghazali dan mayoritas kaum Muslim, konsep Tuhan dalam al-Qur’an adalah Maha Kuasa. Dia juga Maha Berkehendak. Dia tidak berbuat dengan keharusan. Tidak ada

Iz skupine ispitanika koji su istodobno kupili više vrsta pripravaka za samoliječenje, njih 42 % kupilo je acetilsalicilnu kiselinu u dozi od 100 mg (B01AC) te još jedan

The inter vlan routing is done using the meathod the ROUTER ON A STICK, in order to establish the communication between the differentVLANS we will have to create the sub

Energi photon 1480 nm yang diserap akan mengeksitasi elektron dari ground state dan langsung ke metastable band bagian level atas seperti tampak pada proses