KEPIMPINAN DAN PERBEZAAN DENGAN PENGURUSAN

14 

Loading....

Loading....

Loading....

Loading....

Loading....

Teks penuh

(1)

KEPIMPINAN DAN PERBEZAAN DENGAN PENGURUSAN

Pengenalan.

Mengurus dan mentadbir seuatu itu adalah merupakan satu kerja yang amat penting. Seseorang itu mungkin mengetuai sesebuah organisasi ataupun jabatan, dan dibawahnya terdapat banyak sumber ataupun harta yang perlu diurus dan ditadbir secara betul. Justeru itu perkara yang perlu diurus atau ditadbir itu boleh wujud dalam bentuk sumber manusia, sumber kewangan, alat-alat jentera dan sebagainya. Seorang itu mungkin pula mempunyai kuasa dan pengaruh sebagai seorang pentadbir. Oleh itu eleman mengurus, mentadbir dan mempunyai kuasa oleh seseorang pentadbir disini boleh dilihat daripada prespektif kepunyaan elemen memimpin dan menguruskan sumber sumber organisasi.

Kegagalan Organisasi.

Kajian kajian pengurusan telah Berjaya melihat bahawa kejayaan sebuah organisasi adalah bertitik tolak daripada keupayaan kepimpinan dan kecekapan pengurusan pentadbir organisasi tersebut. Didapati salah satu masalah yang menyebabkan kegagalan organisasi kecil mahupun besar ialah kelemahan pengurusan dan kepimpinan. Kelemahan pengurusan ini boleh berlaku dalam berbagai bentuk, termasuklah kelemahan mengurus dengan cekap, kekurangan ilmu sains pengurusan, kerendahan akhlak dan moral, kelemahan dan ketandusan pemimpin yang berkesan

(2)

dan sebagainya. Adalah percayai bahawa yang paling penting diubah dalam memastikan kecekapan dan kejayaan diatas adalah manusia yang menjadi pengurus mahupun pemimpin serta juga manusia yang diurus serta dipimpin. Yang perlu diubah ialah sikap manusia. Sikap ini boleh diubah dengan menanam kefahaman yang jelas mengapa pentingnya elemen pengurusan dan kepimpinan yang akan mengurus serta memimpin organisasi. Jika tiada sifat kesedaran tersebut maka perasingan konsep pengurusan dan kepimpinan pasti gagal menguruskan organisasi. Jika seorang pentadbir mampu mengurus tet api lemah memimpin, apa yang pasti organisasi gagal dibawa kepada hala tuju yang telah ditetapkan kerana arahan yang dikeluarkan tiada siapa yang mengikutnya. Begitu juga jika ia mempunyai kemahiran memimpin tetapi gagal dalam mengurus maka pastinya urusan organisasi akan menjadi satu hala dan tiada tersusun organisasi kerana tiadanya elemen mengurus dan mentadbir secara sistematik dapat diterapkan.

kepimpinan?

Pemimpin merupakan individu yang boleh memberi pengaruh kepada individu yang lain di dalam suatu pertubuhan. Sesuatu yang menarik dalam kepimpinan adalah kewujudan pemimpin yang berada dalam organisasi yang mempunyai struktur yang tersendiri dengan mewujudkan hubungan pemimpin dan pengikut bagi mencapai kecemerlangan. Pencapaian yang cemerlang di dalam sesuatu organisasi memerlukan langkah-langkah atau aktiviti-aktiviti yang di rancang oleh pemimpin bagi mendorong pengikutnya meningkat tekat dan keazaman ke arah kecemerlangan organisasi tersebut. Oleh itu, usaha ke arah penyatuan aktiviti sesebuah organisasi bergantung

(3)

besar kepada kepintaran seseorang pemimpin. Sebagai contoh, seseorang yang membawa beg plastik semasa berkunjung ke pasar terpaksa membimbit dengan bijak agar tidak ada satu barang pun yang dibeli tercicir, beg plastik seperti suatu organisasi ataupun pekerja-pekerja di bawah pangawasan seorang pemimpin.

Kemahiran memimpin merupakan sesuatu yang boleh di pertingkatkan dari masa ke masa.Kemahiran bekerjasama amat di tekankan di dalam sesebuah organisasi bagi mencapai kecemerlangan.Sebagai seorang pemimpin, mungkin mereka mampu memberi arahan kepada orang lain tetapi adakah pengarahan ini di patuhi oleh orang yang menerima arahan.Di dalam masyarakan negara ini terutama masyarakat melayu, konsep malu alah boleh di gunakan untuk mendapatkan kerjasama daripada pekerjanya.Apabila di berikan perhatian yang sewajarnya kepada mereka , mereka akan berasa silu untuk tidak patuh kepada arahan begitu juga dengan pemimpni,mereka akan berasa berat untuk tidak memberi kerjasama apabila telah di perlakukan baik kepadanya.Oleh yang demikian, seseorang pemimpin perlulah mewujudkan sikap bekerjasama dengan pekerja di dalam suatu organisasi bagi mencapai kecemerlangan.

Selain itu, kemahiran melihat masa hadapan juga perlu kepada seseorang pemimpin dalam memainkan peranan utama bagi mencapai kejayaan sesebuah organisasi ke arah kecemerlangan.Pemimpin biasanya akan lebih selesa dengan suasana yang sedia ada tetapi sesuatu yang baru tidak akan wujud sekiranya seseorang pemimpin itu gagal melihat masa hadapan.Kemahiran inilah yang membezakan antara pemimpin yang berjaya atau tidak.Dengan melihat masa hadapan,pemimpin dapat meletakkan harapan

(4)

yang mungkin hanya akan berlaku selepas beliau tiada lagi tetapi laluan ke arah itu dilakukan semasa beliau memimpin organisasi tersebut.Keadaan ini dapat disaksikan bagaimana Allahyarham Mat Saman telah membina tali air di Kedah.Pendek kata,pemimpin perlu mempunyai keupayaan mendahului zamannya,caranya ialah dengan mempertajamkan kemahiran melihat masa hadapan.

Dalam menjayakan sesebuah organisasi ke arah kecemerlangan, seseorang pemimpin itu juga mestilah berpengetahuan. Daripada pengetahuanlah himpunan ilmu akan terikat untuk dipindahkan kepada pekerja-pekerja.Sebagai contoh,seseorang perlulah mengetahui tentang teknologi kerana ia merupakan sesuatu yang penting.Ramai yang beranggapan apabila kita membicarakan tentang teknologi,kita akan merujuk kepada teknologi semata-mata tetapi seseorang pemimpin perlu mempunyai pengetahuan tentang teknologi dalam erti kata beliau memiliki teknologi yang boleh membantu didalam mempercepatkan kerja dan memberi keberkesanan terhadap kerja didalam organisasinya.Dari sinilah beliau akan di tanggapi sebagai pemimpin yang berkebolehan dalam melakukan kerja-kerja yang biasanya memakan masa yang lama berbanding dengan pengurus-pengurus yang lain.Oleh yang demikian,apabila seseorang pemimpin mempunyai pengetahuan , beliau boleh menghayati sesuatu kerja dengan penuh penjelasan tentang perilaku melakukannya bukan semata-mata mampu melakukan kerja-kerja konpleks untuk pekerja-pekerja melakukannya.

Selain itu,untuk merealisasikan kecemerlangan di dalam sesuatu organisasi,seseorang pemimpin itu perlu memberi dorongan kepada pekerjanya. Dalam konteks ini,dorongan merupakan usaha untuk memupuk pekerja melakukan kerja dengan cara

(5)

terbaik.Gelagat yang ada pada pekerja boleh di kesan dan di kenalpasti oleh pemimpin dan dari situlah dorongan perlu di serap ke dalam sanubari mereka.Sebagai contoh,beberapa model yang di kemukakan oleh Abraham H Maslow iaitu seorang sarjana barat boleh di sesuaikan dengan kerangka penerapan dorongan kepada pekerja mengikut keadaan,masa dan suasana. Tingkat kehendak Maslow meletakkan manusia sebagai makluk yang mempunyai peringkat tertentu dan ianya di mulakan dari peringkat fisiologi, jaminan, gangguan, penghormatan dan peringkat tertinggi adalah pencapaian hasrat hati.Oleh demikian,model tingkat kehendak Maslow boleh digunakan dengan baik untuk tujuan memberi dorongan kepada pekerja.Dari struktur kehendak ini biasanya pekerja akan cuba memenuhi kehendak terbawah dahulu dan naik setingkat demi setingkat bagi merealisasikan kecemerlangan organisasi tersebut.

Pada kesimpulannya,untuk mencapai matlamat sesebuah organisasi seorang pemimpin perlu mempunyai nilai dan etika di mana ia perlu merumus,memperjelas dan menghayati budaya kerja di dalam organisasi.Pemimpin itu juga mesti peka bagi menjadi teladan kepada ahlinya dan memperkukuhkan amalan dan budaya kerja cemerlang.Justeru itu, panduan nilai dan etika perlu di rangka bagi pemimpin tersebut supaya dapat membawa organisasinya ke arah mencapai matlamat kecemerlangan yang di inginkan.Sesungguhnya,pemimpin memainkan peranan utama dalam pengurusan organisasi untuk mencapai matlamat dalam erti kata sebenarnya.Kepimpinan merupakan unsur dalaman dan kerohanian merupakan faktor utama yang menyenpurnakan faktor-faktor lain ke arah mencapai matlamat kecemerlangan organisasi.Akhir kata,kejayaan kecemerlangan organisasi bergantung

(6)

kepada pemimpin yang menyelia dan memberi perkhidmatan yang berkualiti dan menerapkan nilai-nilai murni di dalam organisasi.

Definisi Kepimpinan.

Pada amnya kepimpinan didefinisikan sebagai satu proses mempengaruhi kegiatan manusia yang berkaitan dengan tugas mereka, supaya mereka rela bergiat dan berusaha kea rah pencapaian matlamat organisasi. Terdapat tiga (3) factor penting tentang definisi kepimpinan iaitu

1. Kepimpinan mestilah melibatkan orang lain atau pihak lain samada pekerja bawahan yang dipertanggungjawab atau para pengikut. Ahli-ahli kumpulan membantu mentakrifkan status pemimpin dan mewujudkan proses kepimpinan melalui kesanggupan mereka yang menerima pengagihan kuasa yang tidak seimbang diantara para pemimpin dan ahli kumpulan.

2. Para pemimpin mempunyai autoriti untuk memberi arahan berkenaan dengan kegiatan-kegiatan anggota kumpulan. Arahan ini membuktikan kekuasaan yang dimiliki yang menjadikan statusnya sebagai pemimpin.

3. Selain daripada berkuasa untuk member arahan tentang apa yang perlu dilakukan,, pemimpin boleh dan perlu mempunyai daya mempengaruhi melalui arahan yang dilaksanakan bagi membolehkan pekerja atau anggota pengikut melakukan arahan tersebut.

Secara umumnya kepimpinan amat diperkukan dalam sesebuah organisasi dan kumpulan supaya ada pihak yang menyusun dan mengatur segala urusan bagi

(7)

mencapai tujuan atau misi yang telah ditetapkan. Dengan adanya seeorang pemimpin, setiap keputusan atau tindakan yang akan diambil oleh kumpulan tersebut dapat dibincangkan secara bersama. Seterusnya dengan kepercayaan yang diberikan kepada pemimpin, sesuatu keputusan yang dibuat akan dihormati dan ini menjamin kepentingan semua pihak supaya terpelihara.

Malah dalam islam kepimpinan amat ditekankan seperti sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud “ jika tiga orang keluar bermusafir, hendaklah salah seorang daripada mereka dilantik menjadi ketua”

Pengurusan – satu pemahaman dalam mentadbir organisasi.

Pengurusan terdiri daripada pengarahan dan pengawalan sebuah kumpulan yang terdiri daripada satu atau lebih orang atau entiti untuk tujuan menyeleraskan dan mengharmonikan kumpulan tersebut untuk mencapai sesuatu matlamat. Ia seringnya merangkumi penggunaan sumber-sumber manusia, kewangan, dan teknologi, serta juga sumber alam semula jadi. Pengurusan juga boleh merujuk kepada seorang atau sekumpulan orang yang menjalankan fungsi pengurusan.

Kata kerja "mengurus" datangnya daripada perkataan bahasa Itali, maneggiare (menangani — khususnya, seekor kuda), yang pada dirinya diterbitkan daripada perkataan Latin, manus (tangan). Perkataan bahasa Perancis, mesnagement (kemudiannya ménagement), telah banyak mempengaruhi perkembangan maksud perkataan bahasa Inggeris, management pada abad-abad ke-17 dan ke-18.

(8)

Pengurusan berkait dengan kuasa mengikut pangkat, manakala kepimpinan melibatkan kuasa melalui pengaruh. Pengurusan dikendalikan melalui berbagai-bagai fungsi yang sering dikelaskan seperti yang berikut:

1. Merancang : Memutuskan apa yang perlu berlaku pada masa hadapan (hari ini, minggu depan, bulan depan, tahun depan, pada sepanjang lima tahun yang berikut, dan sebagainya), dan mencipta rancangan-rancangan untuk dilaksanakan.

2. Mengatur: Menggunakan sumber-sumber yang diperlukan secara optimum untuk membolehkan rancangan-rancangan dilaksanakan dengan berjaya.

3. Memimpin /Memotivasi: Menonjolkan kemahiran dalam bidang-bidang kepimpinan dan motivasi untuk mendapatkan orang-orang lain memainkan peranan yang berkesan dalam pencapaian rancangan-rancangan.

4. Mengawal , mengawas: Memeriksa dan membandingkan kemajuan yang sebenar dengan rancangan, serta mengubah suai rancangan tersebut (jika perlu), berdasarkan maklum balas.

Mary Parker Follett (1868 - 1933) yang menulis tentang topik ini pada awal abad ke-20

mentakrifkan "pengurusan" sebagai "seni untuk mencapai sesuatu maklumat melalui orang.. Seseorang juga boleh memikirkan pengurusan berdasarkan fungsinya, iaitu sebagai:

• tindakan untuk mengukur sesuatu kuantiti pada tempoh-tempoh yang tetap dan berdasarkan keputusannya, mengubah suai sebahagian rancangan asal; atau • tindakan untuk mencapai sesuatu maklamat yang dirancang.

(9)

Pengurusan juga merangkumi keadaan-keadaan yang tidak adanya perancangan. Dari sudut pandangan ini, Henri Fayol, seorang anak Perancis, menganggap bahawa pengurusan terdiri daripada lima fungsi:

1. merancang 2. mengatur 3. memimpin 4. menyeleraskan 5. mengawal

Walaupun takrif ini berguna, sesetengah orang berpendapat bahawa ia terlalu terbatas. Frasa "pengurusan ialah apa yang dibuat oleh para pengurus" sering terdengar, dan membayangkan kesusahan untuk mentakrifkan pengurusan, dengan sifat takrif yang berubah-ubah, serta hubungan antara amalan pengurusan dengan kader atau kelas

pengurusan.

Salah satu aliran fikiran menganggap pengurusan sebagai serupa dengan "pentadbiran perniagaan", walaupun ini mengecualikan pengurusan di tempat-tempat bukan

perniagaan seperti pertubuhan amal dan perkhidmatan awam. Sungguhpun demikian, banyak orang merujuk kepada jabatan universiti yang mengajar pengurusan sebagai "pusat pengajian perniagaan", dengan sesetengah institusi seperti Pusat Pengajian Perniagaan Harvard menggunakan nama ini.

Walau bagaimanapun, menurut definisi Anderson yang lebih lengkap, ada tiga tingkatan takrif yang boleh difahami daripada pengurusan iaitu

(10)

1. Pengurusan membawa maksud pengurus atau pekerja sesebuah organisasi yang bertanggungjawab untuk mengatur atau merancang urusan organisasi dalam lingkungan polisi dan kehendak organisasi atau institusi perniagaan pekerja tersebut.

2. Pengurusan sebuah syarikat berhad dianggotai oleh lembaga pengarah. Ahli Lembaga pengarah pula dianggotai oleh ahli yang mempunyai jawatan eksekutif dan bukan eksekutif. Mereka ini bertanggungjawab untuk merancang dan mengatur segala falsafah dan polisi syarikat.

3. Pengurusan juga boleh ditakrifkan sebagai aktiviti mengurus sumber dan tugas untuk mencapai objektif yang telah ditentukan.

Anderson juga menjelaskan fungsi pengurusan adalah

1. Pengurusan yang mantap mestilah mempunyai wawasan dan mampu melihat hambatan serta peluang untuk Berjaya dalam rangka dunia yang sentiasa berubah.

2. Pengurus perlu mengadakan perancangan jangkamasa panjang yang menggariskan halacara operasi, menyusun pekerja untuk melakukan tugasan dengan cekap, mengagih, mengawal, merangsang motivasi dan tugas kepada semua pekerja dibawahnya agar objektif dan matlamat dicapai.

Kepimpinan & Pengurusan – satu perbezaan tetapi kea rah matlamat yang sama.

Berdasarkan kepada dua definisi yang telah dijelaskan diatas, maka ternyata wujud perbezaan ketara antara kepimpinan dan pengurusan. Namun dalam usaha

(11)

menjadikan organisasi yang diterajui cemerlang, isu perbezaan ini harus dilihat dalam konteks yang lebih meluas iaitu kea rah menjurus pencapai wawasan dan misi yang ditetapkan organisasi. Seorang pengurus atau pemimpin memerlukan kemahiran mengurus dan memimpin. Seorang pemimpin yang gagal memiliki kebolehan mengurus hanya akan mampu menjadi seorang pemimpin yang gagal menentukan matlamat. Begitu juga seorang pemimpin yang tiada memiliki kebolehan kepimpinan akan menjadikan ia sebagai seorang pemimpin yang gagal mengarahkan anggotai kea rah mencipta pencapaian matlamat yang ditetapkan.

Justeru itu saya sangatlah bersetuju bahawa wujud elemen perbezaan antara kebolehan kepimpinan dan kebolehan pengurusan tetapi ianya harus dilihat dari sudut kedua-dua elemen ini amat diperlukan oleh seorang pentadbir atau pemimpin organisasi. Kepimpinan akan membicarakan wawasan dan pengurusan pula lebih menjurus kepada membincangkan strategic yang perlu dilakukan kea rah mencapai wawasan tersebut. Arahan kea rah mencapai wawasan dapat dilaksanakan menerusi kebolehan kepimpinan dan kebolehan merancang,menyusun, mengurus dan mengawal strategic bagi mencapai wawasan akan dilakukan dengan kebolehan pengurusan yang dimiliki.Disinilah kita melihat bahawa kepimpinan akan menfokuskan kepada visi dan kebolehan pengurusan menfokuskan kepada aspek objektif.

Kesimpulan.

Diakui bahawa wujud perbezaan dari sudut definisi dan pelaksanaan bagi kepimpinan dan pengurusan. Namun dalam konteks seorang pentadbir organisasi, kebolehan

(12)

organisasi dapat dicapai. Pengurusan akan memastikan wujud elemen kawalan dan perancangan serta menyusunkan kea rah visi yang ditetapkan oleh seorang pemimpin. Kepimpinan pula akan menjuruskan kepada hala tuju yang boleh mendorong kepada motivasi, aspirasi, semangat dan tenaga kepada pengikut atau pekerja bawahan untuk membantu pentadbir melaksanakan strategic yang telah dibentuk. Seorang pemimpin yang mempunyai kepimpinan yang baik akan mampu memotivasi dan mewujudkan tenaga aspirasi kepada orang bawahan atau pengikut bagi melaksanakan segala perancangan atau arahan kea rah mencapai visi yang ditetapkan. Kepimpinan yang baik juga akan selalu menghadiahkan dan member sokongan yang jitu kepada pengikut atau orang bawahanya untuk terus bersemangat melaksanakan yang terbaik kepada organisasi.

Justeru itu kebolehan yang berbeza ini tetapi amat penting kepada organisasi kerana kepimpinan pengurusan akan dapat melahirkan

1. Kepimpinan pengurusan akan mengambil berat kedua-dua belah pihak iaitu pemimpin dan yang dipimpin.

2. Walaupun ketua selalunya seorang tetapi dalam konteks kepimpinan pengurusan satu tindakan bersama akan terserlah kerana terdapatnya peluang bermesyuarat dan kebebasan mengeluarkan pendapat yang meluas.

3. Pemimpin harus menjadi contoh yang mana pengikut bukan hanya disuruh melakukan sesuatu tetapi dapat melihat pemimpinnya sendiri melaksanakan apa yang diperintah.

(13)

Kesimpulannya ternyata sekiranya kita melihat dua perkara ini secara berbeza , pasti dan nyata ianya perkara yang berbeza. Tetapi dalam konteks kejayaan organisasi, kita harus boleh melihat keperluan dan kemestian yang membezakan ini perlu disatukan sebagai kepimpinan pengurusan. Jika ini dapat dilihat secara prespektif yang lebih meluas dalam konteks pengurusan pencapaian organisasi, kepimpinan pengurusan akan mampu membantu kita mengenalpasti kebolehan pentadbir untuk menjana kejayaan organisasi dimasa hadapan.

Sumber Rujukan:

1. Abdu l Rahim Ahmad & Shahrul Bariah Md.Zain, Pengurusan Suatu Pandangan, Kuala Lumpur, Nurin Enterprise, 1990.

2. R.G.Anderson, A Dictionary Of Management Term, Plymouth: MacDonald & Evans, 1983.

(14)

3. James A.F Stoner & Charles Wenkel, Pengurusan (terj), Petaling Jaya, Amiza, 1989.

4. Hasnan Hakim,Definisi Pengurusan & Pentadbiran, Kertas Seminar: Pengurusan Mencapai Kecemerlangan Melalui Penghayatan Nilai, Kuala Lumpur ,1998.

5. Mohd Sahri Abd Rahman, Kepemimpinan dalam pengurusan dan pentadbiran Islam, Kertas Seminar Pengurusan Mencapai Kecemerlangan Melalui Penghayatan Nilai, Kuala Lumpur, 1998.

Figur

Memperbarui...

Related subjects :