• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENGLIBATAN IBUBAPA DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK- KANAK: ANALISIS FAKTOR PENEROKAAN (EFA)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PENGLIBATAN IBUBAPA DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK- KANAK: ANALISIS FAKTOR PENEROKAAN (EFA)"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

930

PENGLIBATAN IBUBAPA DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK: ANALISIS FAKTOR PENEROKAAN (EFA)

1

Nazeri Mohammad.PhD* 2

Mahizatul bt Arshad 1

Jabatan Pengajian Teknikal, Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis, Jalan Behor Pulai, 01000

Kangar, Perlis, MALAYSIA. 2

SMK Tengku Mahmud II, 22200 Besut, Terengganu, MALAYSIA Abstrak

Kesediaan penglibatan ibubapa dalam pendidikan awal kanak-kanak amat penting bagi membolehkan guru pra sekolah dalam melaksanakan tugas harian mereka di sekolah. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti dan mengesahkan kerangka konsep kajian dan menentukan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen yang digunakan. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah terdiri daripada 25 item yang akan mengukur lima konstruk utama yang ditetapkan. Analisis faktor penerokaan (exploratory factor analysis-EFA) dijalankan dalam kajian ini. Penglibatan ibubapa dalam pendidikan awal kanak-kanak dapat diukur melalui subkonstruk keibubapaan, komunikasi, kesukarelawan, pembelajaran di rumah, membuat keputusan, dan kolaborasi dengan masyarakat. Sampel kajian adalah terdiri daripada 453 orang lelaki dan perempuan dengan julat penghantaran anak-anak mereka ke taska antara 1-2 orang di beberapa buah taska dan tadika yang terpilih di beberapa buah daerah di Negeri Sembilan. Dapatan analisis CFA mendapati model yang digunakan dapat mengukur tahap kesediaan penglibatan ibubapa dalam pendidikan awal kanak-kanak dengan nilai kebolehpercayaan bagi setiap subkonstruk antara 0.78-0.86.

Kata kunci: Penglibatan ibubapa dalam pendidikan awal kanak-kanak, analisis faktor pengesahan, analisis faktor penerokaan.

PENDAHULUAN

Penglibatan dapat ditakrifkan sebagai usaha bersama-sama atau saling bantu-membantu antara dua pihak ataupun beberapa pihak. Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan kanak-kanak dapat meneguhkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak dan membantu mengekalkan kejayaannya. Penglibatan keluarga dapat dilihat dari pelbagai segi bergantung kepada konteks. Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak secara tidak langsung memberikan kesan yang positif terhadap perkembangan anak-anak antaranya sikap bersungguh-sungguh dalam aktiviti pembelajaran di samping menunjukkan tingkah laku yang lebih baik dan seimbang. Dalam konteks kanak-kanak, kesedaran pendidikan awal kanak-kanak perlu dilihat sebagai satu proses yang berterusan berkembang serentak dengan perkembangan individu seorang kanak-kanak yang mempelajari apa sahaja yang ada di persekitaran dan dengan ilmu atau kemahiran yang diperoleh ia akan mengaplikasikannya dalam konteks yang

(2)

931

pelbagai sama ada dalam kehidupan sehariannya ataupun sebagai persediaan untuk kehidupannya di masa yang akan datang

LATAR BELAKANG KAJIAN

Ibu bapa pada hari ini berhadapan dengan berbagai cabaran di dalam mendidik anak-anak. Suasana persekitaran memberikan tekanan kepada ibu bapa dalam menangani cabaran tersebut. Keperluan menambahkan pendapatan memerlukan kedua ibu bapa bekerja telah mengurangkan masa bersama dengan anak-anak. Mereka perlu memastikan agar anak-anak dapat membesar dengan sempurna dalam aspek material, jasmani, emosi dan sebagainya. Begitu juga pentingnya menyediakan dan menyemai jiwa anak-anak dengan pendidikan yang merangkumi pembentukan akal, jasmani, rohani, akhlak dan sosial.

Penglibatan ibu bapa merupakan proses dimana ibu bapa dapat berhubung dengan kakitangan sekolah atau pusat prasekolah yang bertanggungjawab memberi perkhidmatan kepada kanak-kanak untuk memberi pendidikan, melibatkan kanak-kanak dalam aktiviti yang dibentuk dan bertujuan untuk menggalakkan ibu bapa memainkan peranan dalam pendidikan anak masing-masing. Menurut Swick penglibatan ibu bapa dalam tiga proses iaitu a) pemuafakatan (partnership) antara keluarga dan profesional (pihak guru) dan pembantu (para profesional) dalam komuniti; b) proses yang berkembang dan dibina melalui satu jangka masa yang dirancang dan memerlukan kerjasama setiap ahli; c) satu proses di mana ibu bapa dan guru berkerjasama, belajar dan melibatkan diri dalam membuat keputusan bersama.

Prinsip keibubapaan pula perlu dilihat dari sudut mikro dan makro.kemahiran keibubapaan adalah asas kepada kesejahteraan keluarga, masyarakat dan Negara. Keibubapaan tidak terhad kepada ibu bapa tetapi juga hubung kait dengan kematangan dan kesediaan institusi-institusi lain untuk bekerjasama. Terdapat beberapa prinsip keibubapaan yang boleh digunakan untuk membantu ibu bapa dalam menjalankan tanggungjawab mereka. Amalan positif ini akan mendatangkan kesan positif terhadap kanak-kanak.

(3)

932

1. Keibubapaan: membantu keluarga menguasai kemahiran keibubapaan dan memahami perkembangan kanak-kanak.

2. Komunikasi: mengamalkan pelbagai cara komunikasi yang berkesan di antara sekolah dan keluarga.

3. Kesukarelawan: menggalakkan keluarga berkhidmat secara sukarela dengan pelbagai cara

4. Pembelajaran di rumah: melibatkan keluarga menyokong aktiviti pembelajaran di rumah.

5. Membuat keputusan: melibatkan keluarga dalam pengurusan persekolahan dan organisasi berkaitan.

6. Kolaborasi dengan masyarakat : menyelaras perkhidmatan masyarakat untuk kebaikan bersama.

TUJUAN DAN OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengenal pasti dan mengesahkan kerangka konsep bagi mengukur tahap kesediaan penglibatan ibubapa dalam pendidikan awal kanak-kanak serta menentukan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen yang digunakan. Analisis faktor penerokaan (EFA) dijalankan bagi menentu dan mengesahkan kerangka konsep yang dibina manakala Analisis Faktor Pengesahan (CFA) pula dijalankan bagi menentukan model persamaan Struktural (SEM) yang dibina dapat mengukur tahap kesediaan penglibatan ibu bapa dalam pendidikan awal kanak-kanak di beberapa buah taska dan tadika yang terpilih di beberapa buah daerah di Negeri Sembilan.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini dijalankan melalui kaedah kajian tinjauan melibatkan sampel seramai 453 orang yang terdiri daripada 226 sampel lelaki dan 227 sampel perempuan. Sampel terdiri daripada di beberapa buah taska dan tadika yang terpilih di beberapa daerah di Negeri Sembilan dengan julat penghantaran anak mereka ke taska dan tadika adalah terdiri dari 1-2 orang anak. Ibubapa yang terlibat adalah terdiri dari Melayu 33%, Cina 29%, India 29% dan lain-lain kaum 8%.

(4)

933

INSTRUMEN KAJIAN

Instrumen yang digunakan dalam kajian ini merupakan instrumen soal selidik dengan skala Likert 5 mata yang diadaptasi dari kajian-kajian yang lepas. Kesemua instrumen yang digunakan dalam kajian ini telah diuji kesahan dan kebolehpercayaan. Oleh yang demikian kajian ini dijalankan bagi menguji sejauh mana item-item yang digunakan dapat mengukur konstruk yang ditetapkan seperti dalam jadual 1.

Jadual 1 : Item soal selidik mengikut subkonstruk

Sub Konstruk Sumber

No item

Analisis faktor 1 Analisis faktor 2 Keibubapaan (PI) pi1,pi2,pi3,pi4,pi5* pi1,pi2,pi3,pi4

Komunikasi (CM) cm1,cm2,cm3,cm4,cm 5,cm6 cm1,cm2,cm3,cm4,cm 5,cm6 Kesukarelawan (VL) vl1,vl2,vl3,vl4 vl1,vl2,vl3,vl4 Pembelajaran di rumah (SH) sh1,sh2,sh3 sh1,sh2,sh3 membuat keputusan (DM) dm3,dm4 dm3,dm4 kolaborasi dengan masyarakat (CN) cn1,cn2 cn1,cn2

Jumlah item 22 item 21 item

Bilangan sampel 226 orang 227 orang sampel

*Item yang igugurkan

DAPATAN KAJIAN

Analisis faktor penerokaan (EFA) dijalankan menggunakan perisian IBM SPSS versi 22. Analisis faktor penerokaan (EFA) dijalankan bagi menentukan struktur faktor-faktor yang terbentuk daripada item-item yang digunakan bagi mengukur setiap konstruk diambil dari beberapa kajian lepas (Nazeri, Ruhizan, Ramlee, 2010). Analisis faktor penerokaan pertama dijalankan ke atas 22 item yang mewakili 6 konstruk yang ditentukan. Dapatan analisis faktor penerokaan 1 mendapati item pi6 mempunyai pemberat bagi dua konstruk yang berbeza iaitu keibubapaan dan kesukarelawan. Menurut Hair et al.(2010), item ini perlu digugurkan atau diperbaiki. Analisis faktor penerokaan ke-2 dijalankan terhadap 21 item. Analisis ini menghasilkan nilai pengukur Kaiser-Meyer-Olkin seperti Jadual 2 iaitu indek yang mengukur kecukupan sampel yang bernilai 0.81. Nilai indeks kecukupan sampel antara 0.7-0.9 adalah baik (Field,2009).

(5)

934

Pengkaji telah menggunakan kriteria yang ditetapkan oleh Kaiser iaitu semua komponen yang mempunyai nilai eigen sama atau lebih dari satu dikira untuk analisis lanjutan. Analisis mendapati keenam-enam faktor menyumbang sebanyak 66.28% kepada varians kesediaan penglibatan ibubapa dalam pendidikan awal kanak-kanak. Pecahan peratusan varians adalah seperti Jadual 3.

Jadual 2 : Nilai Pengukur Kaiser-Meyer-Olkin dan Ujian Sphericity Bartlett

Kaiser-Meyer-Olkin Measure of Sampling Adequacy

0 .806

Bartlett‟s Test of Sphericity Approx. Chi-Square 3523.346

Df 210

Sig .000 Jadual 3: Nilai analisis faktor penerokaan mengikut konstruk

menggunakan analisis komponen prinsipal (PCA) dan putaran varimaks

Sub Konstrak Item % varians

Keibubapaan (PI) pi1,pi2,pi3,pi4 14.50

Komunikasi (CM) cm1,cm2,cm3,cm4,cm5,cm6 16.11

Kesukarelawan (VL) vl1,vl2,vl3,vl4 13.15

Pembelajaran di rumah (SH) sh1,sh2,sh3 10.27

membuat keputusan (DM) dm3,dm4 12.15

kolaborasi dengan masyarakat (CN) cn1,cn2 12.25

Jadual 4 menunjukkan taburan nilai min dan sisihan piawai bagi keenam-enam konstruk yang ditetapkan. Analisis menunjukkan bahawa kesemua konstruk mempunyai taburan min melebihi 3.50 dan nilai sisihan piawai antara 0.52 hingga 0.63. Instrumen yang digunakan mempunyai nilai indek kebolehpercayaan yang baik seperti mana yang disyorkan oleh Cohen dan Swerdlik (2010) iaitu melebihi 0.70.

Jadual 4 : Analisis deskriptif mengikut sub konstruk

Konstrak Min Sisihan Piawai Cronbach Alpha

keibubapaan 4.04 0.61 0.85 komunikasi 3.65 0.52 0.86 kesukarelawan 3.58 0.59 0.78 pembelajaran di rumah 3.82 0.63 0.80 membuat keputusan 3.65 0.63 0.82 kolaborasi dengan masyarakat 3.65 0.63 0.82

(6)

935

Analisis faktor Pengesahan (CFA) dijalankan bagi menentukan keupayaan konstruk untuk mengukur tahap kesediaan penglibatan ibubapa dalam pendidikan awal kanak-kanak. Selain itu, analisis faktor pengesahan dijalankan bagi menentukan kesahan konstruk dari aspek convergent validity dan discriminant

validity (Nazeri, Ruhizan dan Saemah, 2010). Dapatan analisis CFA mendapati

item vl1 dan cm3 mempunyai nilai factor loading < 0.6. Kline, (2011) mengesyorkan nilai factor loading yang baik bagi instrumen yang telah diuji kesahan dan kebolehpercayaannya dari kajian lepas adalah ≥ 0.6. Oleh yang demikian, item vl1 dan cm3 telah digugurkan. Dapatan analisis CFA menunjukkan model yang digunakan adalah fit dengan nilai χ2ialah 265.274 pada aras signifikan (p= .00, df= 141). Nilai indek Comparative Fit Index (CFI), Root

Mean Square Error of Approximation (RMSEA) dan Goodness of Fit Index (GFI)

digunakan untuk menguji kesesuaian model yang dibina untuk mengukur tahap kesediaan penglibatan ibubapa dalam pendidikan awal kanak-kanak. Dapatan analisis mendapati nilai indek CFI=0.957, GFI= 0.920. kedua-dua nilai adalah melebihi nilai yang disyorkan > 0.900 Byrne (2010) dan nilai RMSEA 0.053 turut mematuhi nilai yang disyorkan antara 0.05-0.08 Byrne (2010).

Oleh yang demikian, dapat disimpulkan bahawa model yang dibina bersesuaian terhadap sampel dan dapat mengukur kesediaan penglibatan ibubapa dalam pendidikan awal kanak-kanak seperti dalam kerangka konsep kajian yang telah dibina oleh penyelidik. Analisis turut menunjukkan bahawa instrumen yang digunakan mempunyai ciri kesahan konstruk yang baik dari aspek convergent validity dan discriminant validity (Schumacker & Lomax, 2010; Ullman 2007). Setiap faktor yang digunakan mempunyai nilai factor

loading yang tinggi dan nilai korelasi antara faktor adalah < 0.8. Kline (2011)

dan Brown (2006) menyatakan nilai factor loading yang tinggi terhadap faktor menunjukkan item mempunyai ciri convergent validity yang baik dan nilai korelasi antara faktor < 0.8 menunjukkan instrumen mempunyai ciri

(7)

936

PERBINCANGAN DAN PENUTUP.

Kesediaan penglibatan ibubapa dalam pendidikan awal kanak-kanak perlu di ambil kira oleh pihak pengurusan tadika atau taska dalam menentukan keputusan bagi melaksanakan sesuatu aktiviti atau pun keputusan yang melibatkan anak-anak mereka . Maka kajian ini dijalankan untuk melihat tahap kesediaan penglibatan ibubapa dalam pendidikan awal kanak-kanak. Dapatan kajian ini mendapati, bagi menentukan kesediaan penglibatan ibubapa dalam pendidikan awal kanak-kanak elemen seperti pengetahuan terhadap keibubapaan dan semangat kesukarelawan ibubapa perlu diambil kira dalam makluman dan pertimbangan pihak pengurusan tadika ataupun pihak taska. Selain itu, keupayaan ibubapa melakukan pembelajaran di rumah dan kesedaran terhadap kolaborasi dengan masyarakat setempat harus dititikberatkan oleh ibubapa dalam kesediaan penglibatan ibubapa dalam pendidikan awal kanak-kanak. Dapatan analisis mendapati 19 item yang digunakan dapat mengukur tahap kesediaan penglibatan ibubapa dalam pendidikan awal kanak-kanak melibatkan enam konstruk yang ditetapkan.

BIBLIOGRAFI.

Brown, T.A. (2006) Confirmatory Factor Analysis for Applied Research. New York: The Guilford Press

Byrne, B.M.(2010) Modeling with AMOS: Basic Concepts, Application and

Programming. Second Edition. Routledge: New York

Hair, J.F., Black, W.C., Babin, B.J., Anderson, R.E., Tatham,

R.L.(2010) Multivariate Data Analysis. (7th edn). Upper Saddle River, NJ: Pearson Education

Harrington, D.(2009) Confirmatory Factor Analysis: Pocket Guides to Social

Work Research Methods.New York: Oxford University Press

Hong, J.-C., Horng, J.-S., Lin, L.-J., Chang, S.-H., Chu, H.-C., Lin, C.-L.(2009) A

Study of Influential Factors for Creative Teaching online: 15 February 2010

http://conference.nie.edu.sg/paper/Converted%20Pdf/ab00202.pdf Kline, R.B. (2011) Principles and Practice of Structural Equation Modeling..

New York: The Guilford Press

Nazeri Mohammad, Ruhizan Mohd Yasin, Ramlee Mustapha, (2010). A survey on

(8)

937

- Social and Behavioral Sciences, 7, pp. 363-368.doi: 10.1016/j.sbspro.2010.10.049

Nazeri Mohammad, Ruhizan Mohd Yasin, Saemah Rahman, (2010). Review of teaching and learning technical skills (basic electrical and

electromechanical) form one the district of Besut, Terengganu. Proceeding

of 1st UPI International Conference on Technical and Vocational Education and Training, pp. 323-330. Aston Tropicana Hotel, Bandung, Indonesia. 10-11 November 2010. ISSN: 2087-4782

Palaniappan, A.K. Excellence through creative teaching. (2004) International Conference on Managing Teacher Education for Excellence. Working paper presented at Faculty of Education, Chulalongkorn University, Bangkok, Thailand.

Yasin, R.M., Mustapha, R., Azami. (2011).Promoting Creativity Through Problem Oriented Project Based Learning in Engineering Education at

Malaysian Polytechnics: Issues and Challanges. Proceedings of the 8th

WSEAS International Conference on Education and Educational Technology, pp. 253-258. ISSN: 1790-5109

Schumacker, R.E., Lomax, R.G.(2010) A Beginner's Guide to Structural Equation

Modeling,Mahwah, NJ: Lawrence Erlbaum Associates

Starko, A.J.(2010) Creativity in the Classroom: Schools of Curious Delight. New York: Routledge

Tabachnick, B.G., Fidell, L.S.(2007) Using Multivariate Statistics. (5th ed.). Boston: Allyn and Bacon

Ullman, J.B. Structural Equation Modeling.(2007) Using Multivariate

Statistics, pp. 676-780. Tabachnick, B.G. & Fidell, L.S. (Pnyt.), Boston, MA: Pearson Education,Inc.

Referensi

Dokumen terkait

2) Denklemlerde kaynaklara ilişkin hacımsal yoğunluklar yer alır. Bu demektir ki;sadece Maxwell denklemlerine dayanarak bir olaya açıklayabilmek ancak alan

Saat ini di Bekasi sedang marak seputar program walikota terpilih yaitu program wajib belajar 12 tahun artinya seluruh pelajar di Bekasi bebas biaya pendidikan

Untuk mengatasi keterbatasan tersebut, maka perlu dikembangkan model pemilihan pemasok yang mempertimbangkan batasan kuantitas barang yang ditawarkan oleh pemasok dan

Perubahan mutu atribut tekstur selama penyimpanan 0 o C selama 10 hari yang paling lambat adalah pada udang yang direndam menggunakan bawang merah 1:2. Namun

Dalam hal ini, data yang digunakan yaitu variabel independen adalah parameter pengukuran (angkatan, listringan, lebar spur, dan pertinggian) sedangkan variabel dependen

Diameter pertumbuhan miselium untuk hari ke 7 terjadi perubahan dimana jamur merang yang memiliki pertumbuhan miselium paling baik yaitu pada media bubur

Sesuai dengan hasil penelitian dan pengolahan data yang dilakukan, diperoleh besarnya pengaruh gaya kepemimpinan, komitmen, kepuasan kerja secara bersama-sama terhadap

Harga kekerasan kampas kopling non asbes berbahan fiberglass variasi serbuk alumunium dan serbuk tembaga dari sempel 1, 2 dan 3 semua lebih tinggi dibandingkan dengan kampas