• Tidak ada hasil yang ditemukan

GARIS PANDUAN PENAWARAN PROGRAM DUAL IJAZAH (DUAL DEGREE) TTAC MBOT

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "GARIS PANDUAN PENAWARAN PROGRAM DUAL IJAZAH (DUAL DEGREE) TTAC MBOT"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

GARIS PANDUAN PENAWARAN PROGRAM DUAL IJAZAH (DUAL

DEGREE) TTAC MBOT

(2)

1.0 PENGENALAN

Garis panduan ini menerangkan panduan umum penawaran program Dual Ijazah (Dual Degree) di bawah TTAC MBOT. Garis panduan ini juga adalah penanda arasan dan adaptasi kepada Kompilasi Dasar Jaminan Kualiti Pendidikan Tinggi (2009-2020) dan Garis Panduan Pembangunan Program Akademik Universiti Awam yang dikeluarkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT).

2.0 PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM DUAL IJAZAH (DUAL DEGREE)

Dual Ijazah (Dual Degree) adalah dua program pengajian daripada bidang yang sama atau hampir sama yang melibatkan kerjasama oleh dua institusi penganugerahan ijazah (degree granting institutions) yang setanding (equal standing) dan membawa kepada penganugerahan dua skrol oleh institusi-institusi yang terlibat.

Bagi memastikan penawaran program yang bakal ditawarkan oleh Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) secara Dual Ijazah (Dual Degree) mendapat pengiktirafan sewajarnya dan dipaparkan di MQR, PPT diingatkan untuk menyemak panduan yang dikeluarkan oleh JPT dan MQA melalui:

i. Kompilasi Dasar Jaminan Kualiti Pendidikan Tinggi (2009-2020) (edisi Ketiga) ii. Garis Panduan Pembangunan Program Akademik Universiti Awam (edisi Kedua) iii. Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007. Seksyen 56 – 60 Program dan Kelayakan Luar Negeri selain Seksyen 50 – 55 Program Profesional aan Kelayakan Profesional

iv. Pekeliling MQA berkaitan kerjasama luar negara

Selain itu, ketetapan Akreditasi melalui Badan Profesional adalah tertakluk kepada :

(3)

i. Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007. Seksyen 50 – 55 Program Profesional dan Kelayakan Professional

ii. Akta Teknologis dan Juruteknik 2015, Kuasa Lembaga Seksyen 6(2)(g) menubuhkan majlis bagi menilai jaminan kualiti program dalam bidang teknologi iii. Ketetapan Mesyuarat Penyelarasan Jaminan Kualiti di antara MQA dan TTAC

MBOT pada 5 Mei 2021 seperti berikut:

Perkara Akreditasi Sementara

dan sebelum mendapat Akreditasi Penuh

Akreditasi Penuh dan selepas Akreditasi Penuh

Permohonan PPT memohon melalui MQA

PPT memohon melalui MQA

Pemprosesan MQA membuka fail

penilaian

MQA memanjangkan permohonan kepada MBOT

Pelantikan Panel i. MQA akan memohon cadangan panel daripada TTAC MBOT ii. MQA akan membuat

pelantikan panel TTAC MBOT untuk membuat penilaian (tidak menjadi syarat menjadi panel MQA secara automatik)

i. TTAC membuat pelantikan panel

Proses Penilaian MQA menjalankan proses penilaian

TTAC MBOT menjalankan proses penilaian

Kelulusan MQA Lembaga MBOT

Mendapatkan kelulusan pelaksanaan Dual Ijazah (Dual Degree) kepada TTAC MBOT menggunakan SRR07 - Dual Ijazah (Dual Degree) dan bayaran fi yang berkaitan.

(4)

PPT perlu mengemukakan permohonan Akreditasi Penuh melalui MQA 6 bulan sebelum kohort pertama program yang ditawarkan secara Dual Ijazah (Dual Degree) bergraduat.

Format permohonan adalah menggunakan SRR02 - Full/New Cycle Accreditation dengan memasukkan maklumat kerjasama yang berkaitan seperti mana yang dinyatakan di dalam SRR07 - Dual Ijazah (Dual Degree) semasa memohon pelaksanaan program.

Carta alir proses Dual Ijazah (Dual Degree) adalah seperti di Lampiran 1 dan templat borang penghantaran dokumen adalah merujuk kepada SRR07- Dual Ijazah (Dual Degree) adalah seperti di Lampiran 2.

2.1 PROSEDUR PERMOHONAN

Sebarang program kerjasama PPT perlu mematuhi dasar dan prosedur kerjasama yang ditetapkan serta mesti mendapat kelulusan daripada KPM (PT) sebelum program berkenaan mula ditawar dan dilaksanakan. Untuk menjalankan program kerjasama sama ada dengan pihak dalam atau luar negara, PPT perlu membuat permohonan dan mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada pihak pengurusan tertinggi Universiti (Senat dan LPU/LGU). Setelah permohonan diluluskan oleh Jawatankuasa Pengajian Tinggi (JKPT), barulah program kerjasama tersebut boleh ditawarkan dan dilaksanakan.

Selain itu, program yang ditawarkan di PPT telah mendapat kelulusan Akreditasi Penuh TTAC MBOT dan Program Kerjasama PPT Luar Negara perlu mendapat Akreditasi Penuh Badan Akreditasi dalam Negara berkenaan (Pengecualian diberikan kepada program Luar Negara yang tersenarai dalam global ranking Times Higher Education World University Rankings (THE) dan QS Wolrd University Raking pada 15% tertinggi.

2.2 PELAKSANAAN

PPT perlu membuat penyetaraan berasaskan ketetapan Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF) dan juga TTAC Manual berkaitan:

(5)

a) Struktur Program

Memastikan program pengajian yang ditawarkan secara kerjasama tidak berbeza secara substantif dengan program pengajian yang ditawarkan di Malaysia. IPT luar negara dibenarkan untuk menawarkan kursus elektif dalam program kerjasama setelah mendapat kelulusan PPT Malaysia. Ini mengambil kira sekiranya terdapat keperluan elemen tempatan yang perlu dimasukkan dalam kurikulum program pengajian.

Secara prinsipnya, penawaran program kerjasama perlu memenuhi apa-apa sahaja komponen kurikulum yang dianggap sebagai ketetapan nasional negara tersebut.

b) Hasil Pembelajaran Program

Mengikut ketetapan TTAC Manual dan pemetaan kepada MQF.

c) Kaedah Penilaian Pelajar

Memastikan pelaksanaan berasaskan penjajaran konstruktif dengan kawal selia terhadap kualiti pelaksanaan kesahan (validity), tahap kesukaran (level of difficulty), menjalankan dengan ketat dan selamat (conducts rigorously and securely) dan keadilan kepada semua pelajar (fairness to all students).

d) Syarat Kelayakan Masuk

Kelayakan masuk ke program kerjasama hendaklah mematuhi kelayakan masuk minimum yang ditetapkan oleh KPT atau TTAC Manual atau penyetaraan ketetapan universiti induk, yang mana lebih tinggi.

e) Keperluan Kredit Bergraduat

Memenuhi kredit bergraduat minimum mengikut tahap MQF. Bagi memenuhi keperluan kredit bergraduat tersebut, kesetaraan kredit diambil kira menggunakan

(6)

faktor wajaran dan bukan penyetaraan satu sama satu. Berikut adalah contoh kesetaraan 1 kredit di Malaysia mengikut National Hour dibandingkan dengan sistem kredit luar negara yang utama :

Nations &

Systems

Notional Hours for

1 credit

Conversion factor Credit Equivalent

AACs (Asia) 38 – 48 - 1

CATS (UK) 10 – 15 3[(10x3)/(15x3) = 30-45

hours of learning] 3

ECTS

(Europe) 25 – 30 1.5[(25x1.5)/(30x1.5) = 37.5-

45 hours of learning] 1.5

USA 45 - 1

CLAR (Latin) 25 - 30 1.5[(25x1.5)/(30x1.5) = 37.5-

45 hours of learning] 1.5 AACs – Asian Academic Credits

CATS – Credit Accumulation and Transfer Scheme

ECTS – European Credit Transfer and Accumulation System CLAR – Latin American Reference Credit

Catatan:

i. Projek kesetaraan kredit ECTS dengan CATS (UK) menetapkan 1 kredit ECTS bersamaan dengan 2 kredit CATS (UK). Sehubungan itu, nilai kesetaraan kredit bagi sistem CATS (UK) ialah 1 kredit MQF bersamaan dengan 3 kredit CATS (UK) berdasarkan kepada conversion sistem ECTS.

ii. Sehubungan itu, bagi negara yang menggunakan sistem kredit yang sama dengan CATS (UK) iaitu 1 kredit bersamaan dengan 10 notional hours (contoh: Australia dan New Zealand), maka kesetaraan kredit negara tersebut ialah 1 kredit MQF bersamaan dengan 3 kredit Australia dan New Zealand.

iii. Program dari PPT UK, Australia dan New Zealand dengan kredit bergraduat sebanyak 360 kredit adalah bersamaan dengan 120 kredit MQF.

(7)

f) Dasar Pindah Kredit Dan Penyetaraan Kredit (Credit Conversion)

Pindah Kredit Dengan Gred

Pindah kredit secara horizontal bagi pelajar yang berada dalam sistem (pelajar masih dalam pengajian). Kredit dikira dalam kredit bergraduat pelajar dan gred kursus diambil kira dalam pengiraan Purata Nilai Gred (PNG) dan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK).

Pindah Kredit Tanpa Gred (turut dipanggil pengecualian kredit):

Pindah kredit secara vertical atau horizontal bagi pelajar yang telah keluar daripada sistem (pelajar yang telah tamat pengajian) atau telah mencapai tahap kompetensi dalam kursus berkenaan. Kredit kursus yang dipindahkan diambil kira dalam kredit bergraduat tetapi gred kursus tidak diambil kira dalam pengiraan PNG dan PNGK pelajar.

Pindah kredit bagi perkara di atas tetap perlu mematuhi syarat umum pindah kredit iaitu :

i. Gred lulus-gred minimum iaitu Gred C;

ii. Nilai kredit-sama dengan nilai krediti kursus bagi program di institusi pengajian tinggi (IPT) penerima;

iii. Kesetaraan kurikulum kursus-tidak kurang 80%; dan

iv. Kursus yang boleh dipindahkan kredit hendaklah daripada program yang telah mendapat Akreditasi/Pengiktirafan dari badan yang berautoriti di negara berkenaan.

(8)

2.3 DOKUMEN PERJANJIAN (MEMORANDUM OF AGGREMENT, MOA)

Mengemukakan dokumen perjanjian kerjasama penawaran program. Dokumen perjanjian kerjasam menyatakan dengan jelas perkara-perkara berikut :

i. Tempoh minimum perjanjian adalah 5 tahun dan diperbaharui berdasarkan persetujuan bersama kedua-dua pihak; DAN / ATAU kedua-dua pihak yang membuat perjanjian perlu menyelesaikan pelajar yang terakhir sekiranya perjanjian ditamatkan sebelum pelajar terakhir bergraduat;

ii. Peranan dan tanggung jawab kedua-dua belah pihak;

iii. IPT luar negara perlu memastikan kesemua peratuaran tempatan dan jaminan kualiti dipatuhi sepenuhnya dalam mengendalikan program kerjasama ini. Ini bagi memastikan pengiktirafan program kerjasama tersebut dipelihara bersumberkan sistem pendidikan tinggi negara terbabit;

iv. Polisi ‘teach out’ dan tanggung jawab terhadap kebajikan pelajar sekiranya perjanjian ditamatkan sebelum tamat tempoh atau lain-lain alasan;

v. Keperluan lawatan audit oleh TTAC MBOT ke IPT luar negara yang terlibat (sekiranya perlu).

vi. Sistem jaminan kualiti dalaman PPT Malaysia sentiasa memastikan pengendalian program rakan kerjasama luar negara berasa pada tahap kualiti yang setara atau lebih baik daripada program yang dilaksanakan di Malaysia. Ini termasuk memastikan pematuhan terhadap MQF dan TTAC Manual.

2.4 PEMANTAUAN DAN SEMAKAN TTAC MBOT

TTAC MBOT akan membuat semakan terhadap pelaksanaan program tersebut melalui semakan dokumentasi (desktop review) dan / atau semakan pemantauan apabila program pengajian yang sama di Malaysia telah mencapai tempoh Kitaran Baharu (New Cycle) atau sekiranya terdapat keraguan berkaitan kualiti program.

(9)

PPT Malaysia dikehendaki menanggung kos lawatan audit ke premis rakan kerjasama luar negara IPT luar negara sekiranya semakan terhadap pelaksanaan program di sana diperlukan atas ketetapan MBOT.

Maklumat berkaitan penghentian atau penarikan semula akreditasi akan dikemaskini dalam laman sesawang TTAS MBOT dan MQR untuk rujukan semua pemegang taruh yang berkaitan.

(10)

LAMPIRAN 1 PERMOHONAN DUAL IJAZAH (DUAL DEGREE)

START

Membuat permohonan

Program kepada MBOT melalui MQA.

. (SRR 07 – Dual Ijazah (Dual Degree))

Memanjangkan permohonan kepada MBOT

Terima permohonan dan pendaftaran program dan Pembayaran yuran

pendaftaran

Penghantaran keputusan kepada MQA

MQA memaklumkan keputusan kepada PPT

END Mesyuarat

JTA

Mesyuarat TTAC/MBOT

Penilaian Program

Referensi

Dokumen terkait

Bagi pelajar yang mengikuti program secara Pendidikan Jarak Jauh (PJJ), tempoh penangguhan yang dibenarkan ialah tidak melebihi enam (6) semester sepanjang

Bagi pelajar yang mengikuti program secara Pendidikan Jarak Jauh (PJJ), tempoh penangguhan yang dibenarkan ialah tidak melebihi enam (6) semester sepanjang

“ Program ” bermaksud bidang pengajian yang diluluskan oleh Senat sebagai program akademik secara sepenuh masa atau separuh masa untuk tujuan penganugerahan; “Semester

Adapun Selanjutnya akan dijabarkan secara detail, output Kegiatan Penyusunan Kebijakan, Program dan Anggaran, Kerjasama Luar Negeri, Data Informasi Serta Evaluasi

a) Melaksanakan dasar Internship yang diputuskan oleh IPG KPM. b) Menguruskan surat pelantikan mentor dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri. c) Merancang

Sumbangan/Keaslian: Kajian ini berjaya menghasilkan maklumat berkaitan keberkesanan program kokurikulum yang ditawarkan di Universiti Malaysia Sabah, iaitu secara khusus berjaya

Menurat satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini, program itu, yang dilak- sanaltan secara bergilir antara Institusi-institusi Pengajian Tin11i IPT di ne'gara ini, diadakan

Memajukan memo permohonan rasmi ke Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa untuk tujuan permohonan kelulusan pengendalian program daripada JPT beserta tujuh 7 salinan dokumen