• Tidak ada hasil yang ditemukan

Disclaimer. Perhatian!

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Disclaimer. Perhatian!"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

Disclaimer Perhatian!

• Ebook ini adalah hak cipta terpelihara www.Kerja-Kerajaan.com.

• Anda dilarang sama sekali samada mengubah, mengedarkan atau menjual ebook ini kepada pihak lain.

• Sebarang kegiatan yang menyalahi etika penerbitan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

• Oleh itu, anda hendaklah melaporkan kepada pihak admin www.Kerja-Kerajaan.com jika menerima ebook ini tanpa melalui www.Kerja-www.Kerja-Kerajaan.com. • Tindakan anda amatlah dihargai bagi membanteras kegiatan-kegiatan sebegini.

Ebook ini hanya untuk mereka yang membelinya secara sah dari www.Kerja-Kerajaan.com sahaja.

Jika anda memilikinya secara tidak sah, saya tidak menghalalkannya dunia mahupun akhirat.

• Segala isi kandungan yang terdapat di dalam ebook ini adalah berdasarkan hasil kajian dan juga kemungkinan soalan yang ditanya kepada calon kerja kerajaan semasa sesi temuduga dalam masa lima tahun sebelum ini.

• Adalah dinasihatkan untuk memahami konsep soalan yang ditanya dan mengaitkannya dengan situasi semasa.

Sekian, terima kasih.

Jamaluddin

Founder Kerja-Kerajaan.com

(3)

ISI KANDUNGAN

Disclaimer……….…2

Isi Kandungan ………..3

Pengenalan……….…..4

Mengapa Resume Penting? ... 5

Ketahui Kriteria – Kriteria Penulisan RESUME………..………….6

Apa Yang Perlu Ada dalam Resume………..…………9

Penutup……….……….10

(4)

PENGENALAN

Berbeza dengan panggilan temuduga di sektor swasta, resume diperlukan semasa hari temuduga, bukannya semasa memohon kerja. Jika kita memohon kerja di sektor swasta, resume adalah yang pertama sekali diminta.

Semasa temuduga di sektor awam, anda adalah perlu menyediakan resume anda untuk sesi tersebut. Itulah item yang diminta oleh panel penemuduga beserta dokumen – dokumen lain. Dan boleh dikatakan sepanjang sesi temuduga tersebut, resume anda akan sentiasa berada di tangan panel penemuduga.

Kebanyakan soalan yang ditanyakan adalah dirujuk dari maklumat – maklumat yang tercatat dalam resume anda. Jadi, dari sini anda perlu tahu bahawa betapa pentingnya resume anda dalam temuduga kerja kerajaan.

Bagaimana untuk menulis resume yang baik? Adakah resume yang baik memiliki muka surat yang banyak dan juga info yang panjang berjela – jela? Sudah pasti tidak! Panel penemuduga tidak akan membazirkan masanya semata – mata membaca resume anda. Resume anda hanyalah sebagai rujukan mereka untuk menemuduga anda.

Jadi, untuknya, anda perlu menyediakan resume terbaik. Iaitu resume yang dapat membantu panel penemuduga untuk menyakan soalan buat anda.

(5)

Banyak nasihat telah diberikan di dalam buku-buku dalam persediaan penulisan resume. Anda mungkin pernah terbaca “resume tidak sepatutnya lebih dari satu mukasurat” atau “jangan gunakan kertas berwarna”.

Sebenarnya, tiada format universal dalam penulisan resume, namun, terdapat garis panduan yang perlu diikuti apabila anda ingin memikirkan rekaan dan penulisan resume yang fungsinya memudahkan panel penemuduga merujuk latar belakang anda semasa temuduga.

Ia adalah amat penting untuk memasukkan pencapaian-pencapaian tertinggi anda di dalam resume. Resume akan merumuskan segala – galanya berkenaan diri anda samada dari segi latar belakang diri dan keluarga, pendidikan, pencapaian dan juga cita – cita.

Mengapa Resume Penting?

Resume adalah penting dalam temuduga kerja kerajaan kerana pada resume lah terletak segala rumusan berkenaan diri anda. Ianya juga memberi peluang kepada anda untuk:

• Menjual kebolehan diri anda

• Memperlihatkan kelayakan anda dengan jawatan yang dipohon

• Memberikan keyakinan kepada penemuduga bahawa anda memang layak dengan jawatan yang dipohon

• Menonjolkan kemahiran, pengalaman, dan kualiti yang ada pada diri anda.

(6)

Ketahui Kriteria – Kriteria Penulisan RESUME

Panjang

Secara amnya, panjang resume tidak perlu melebihi dua muka surat. Satu muka surat adalah lebih baik jika anda dapat menyediakannya. Sering calon – calon temuduga menulis resume dengan begitu panjang sehingga ada mencapai 5 muka surat. Ini menyebabkan masa yang diperlukan oleh panel penmuduga untuk membaca kesemuanya adalah panjang. Sudah tentu ianya membazirkan masa panel tersebut. Biasanya, jika resume panjang sebegini, mereka hanya melihat 2 muka surat yang pertama saja. Dan risiko maklumat- maklumat penting akan diri anda yang terkandung dalam muka surat seterusnya tidak dibaca oleh panel penemuduga. Jadi, ini amat merugikan anda di mana panel terlepas info

– info penting yang mereka mahukan dan seterusnya soalan – soalan temuduga yang ditanyakan tidak berdasarkan semua maklumat dari resume anda.

Jadi, pastikan resume anda ditulis paling maksima 2 muka surat dengan isi/maklumat yang ringkas tapi padat.

Format

Terdapat banyak format resume yang boleh anda sediakan untuk temuduga kerja kerajaan ini. Jenis-jenis resume termasuklah dari jenis kronologikal, fungsional, format kombinasi yang diubahsuai, dan jenis resume yang terkini dan selalu digunakan oleh pemohon kerja atas talian, jenis text biasa, atau “boleh imbas”.

(7)

Kronologikal

Ini adalah jenis resume paling popular. Resume ini memberi anda peluang untuk mempamerkan sejarah kerjaya dan pendidikan dalam susunan kronologi. Maklumat disusun mengikut kategori dengan tajuk yang sesuai bagi yang berkaitan dengan pengalaman kerja, pendidikan/latihan, dan apa sahaja kemahiran, kebolehan, atau pencapaian yang andamiliki. Format ini sudah biasa kepada kebanyakan panel penemuduga dan sangat sesuai bagi individu yang mempunyai pengalaman bekerja beberapa tahun dalam bidang yang sama dan/atau tidak mempunyai ruang kosong dalam sejarah kerjayanya. Ia tidak sesuai untuk graduan yang baru tamat pengajian atau seseorang yang bertukar kerja.

Fungsional

Sejenis resume yang memeberi fokus lebih kepada kemahiran-kemahiran yang anda miliki berbanding jawatan-jawatan yang pernah anda pegang. Maklumat disenaraikan dalam kategori dengan tajuk bagi kemahiran, keupayaan sejarah kerja, dan pendidikan/latihan yang relevan. Jika anda mempunyai pengalaman kerja yang banyak, format resume begini adalah yang paling sesuai untuk anda.

Kombinasi

Format kombinasi untuk membuat resume ini menggunakan elemen-elemen lebih dari satu format resume. Kebanyakan resume ditulis menggunakan format ini dan ia memberi anda menulis dengan gaya anda sendiri. Kombinasi ini menggabungkan sedikit bahagian kronologikal dan fungsional. Format ini sesuai digunakan untuk mereka yang bertukar pekerjaan. Ia adalah sangat efektif apabila kemahiran dan pengalaman kerja ditekankan untuk bacaan majikan.

(8)

Apabila anda sudah putuskan format yang mana untuk digunakan, anda boleh terus ke bahagian-bahagian yang perlu untuk penyediaan resume (memilih kertas, percetakan, dan warna). Pemilihan kertas adalah mengikut selera sendiri. Saya cadangkan untuk anda menggunakan kertas putih, atau berwarna krim. Berat kertas yang digunakan adalah 80 gsm dengan 25% kandungan kapas. Atau boleh gunakan kertas “gloss paper” untuk hasilkan kualiti yang lebih baik pada resume anda.

Penggunaan pencetak laser boleh mengoptimumkan kesannya.

Maklumat Penting

Resume anda perlu disertakan dengan nama, alamat, dan nombor telefon dan diikuti dengan objektif jawatan atau rumusan kelayakan anda. Jika resume itu ingin melangkah lebih jauh dalam pasaran saingan yang tinggi, bukan sahaja penting untuk membuat resume yang kemas, tepat, dan menarik, tetapi:

O Perlu mudah dibaca. O Ditulis dengan kemas. O Jelas dan ringkas.

O Tatabahasa dan ejaan yang sempurna. O Menggunakan kata kerja.

O Menonjolkan kekuatan dan kelayakan dalam cara yang teratur dan bermakna.

(9)

Apakah yang perlu ada dalam resume anda?

1. Maklumat peribadi – nama penuh, alamat, no telefon gambar berukuran passport

2. Pengalaman Kerja – tidak kira apa kerja anda sebelum ni. Tidak kiraanda pernah bekerja sebagai tukang sapu sekalipun.

3. Pendidikan & Kelayakan – Zaman persekolahan & Universiti, ataumana – mana pendidikan yang anda lalui samada dalam Negara mahupun luar Negara.

4. Aktiviti kokurikulum – apa saja anda ceburi samada sukan, kelab,rukun tetangaa atau sebagainya yang mana ianya melibatkan aktiviti – aktiviti berpasukan.

5. Pencapaian – dalam pelajaran ataupun kerjaya. Tidak kira apa keputusan peperiksaan yang anda perolehi ataupun mana – mana anugerah yang anda terima.

6. Minat – senaraikan minat utama anda (positif sahaja). Sebaiknya minat anda adalah berkaitan dengan kerjaya yang dipohon, seperti membaca buku, melakukan ujikaji atau sebagainya.

7. Maklumat lain – kemahiran, bahasa, tarikh – tarikh kerjaya anda.

8. Rujukan – senaraikan 2-3 sumber rujukan anda. Boleh jadi pensyarah, rakan sekerja mahupun majikan anda

Tidak perlu panjang lebar untuk menerangkan berkenaan resume ini. Anda terus saja gunakan resume yang saya sediakan buat anda. Sila buka template tersebut ye.

(10)

PENUTUP

Itu sajalah yang dapat saya kongsikan untuk anda berkenaan penyediaan resume ini. Tidak perlu saya sediakan lebih lanjut lagi mengenai resume, kerana saya rasakan apa yang saya sedikan sudah mencukupi.

Akan tetapi, jika anda rasakan ianya tidak mencukupi atau tidak lengkap. Anda boleh menambahnya atau menggunakan panduan lain yang anda rasakan lebih sesuai.

Sekian saja daripada saya, salam sukses kepada anda.

Yang Ikhlas,

J

AMALUDDIN

Founder “kerja-kerajaan.com” “Berubah Demi Masa Depan”

(11)

INFO TAMBAHAN

Ikuti tips – tips temuduga tambahan dari masa ke semasa di blog

http://www.kerja-kerajaan.com/blog/

Saya akan sentiasa cuba meng’update’ kan info – info terkini berkenaan temuduga kerja kerajaan di di blog tersebut.

Jika anda ingin belajar menghasilkan resume yang terbaik untuk mencari kerja tak kira kerajaan dan swasta, panduan di bawah mampu membantu anda.

-->kerja-kerajaan.com/resumekerja

Referensi

Dokumen terkait

Hasil analisis skor Higher Order Thinking Skills (HOTS) di SMA Negeri Surakarta, pada materi ekosistem, yaitu kelas yang menggunakan model inkuiri terbimbing

Sesuai dengan judul dalam penelitian ini, maka yang menjadi sampel penelitian adalah : Wajib Pajak Badan yang melakukan restitusi PPN LB dan Fiskus.. Berdasarkan pada

Sedangkan pengaruh jenis kemasan yang tidak berbeda nyata terhadap warna Sate Pusut pada penyimpanan 24 jam disebabkan karena kelembaban dan suhu dalam kemasan

Titik berat bidang gabungan Mempersiapka n tugas dan mendiskusikan nya dalam kelompok Menyelesai kan permasalah an titik berat dan mendiskusi kannya Kemampuan dalam

Begitu pula dengan hasil observasi siswa menunjukkan adanya peningkatan pada tanggung jawab, kerjasama dan kedisiplinan saat pembelajaran dengan memperoleh nilai

Oleh karena itu dapat disimpulkan bahwa komunikasi interpersonal yang buruk antar pegawai dapat menjadi penyebab terjadinya stres kerja pada pegawai, sebaliknya

bahwa untuk pelaksanaan pengadaan barang dan jasa dilingkungan Pemerintah Kabupaten Batang Hari yang dilakukan melalui penunjukan langsung, pemilihan langsung dan

Turbin Crossflow terdiri dari nosel yang mempunyai penampang berbentuk persegi panjang dengan lengkungan pada bagian penutup atasnya yang berfungsi mengarahkan aliran ke sudu pada