• Tidak ada hasil yang ditemukan

Rang Undang Undang Pencegahan Jenayah Pi

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Rang Undang Undang Pencegahan Jenayah Pi"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

Rang Undang-Undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013: Satu Analisis untuk Keselamatan Negara

Pendahuluan

Akta boleh dedifinisikan sebagai undang-undang bertulis yang digubal oleh badan perundangan iaitu Parlimen. Dalam penggubalan sesuatu akta, pihak Dewan Rakyat berkuasa untuk menggubal undang-undang bagi kepentingan masyarakat seperti undang-undang sivil, jenayah, dan sesuatu undang-undang yang berkaitan dengan kewangan negara. Sebelum sesuatu akta itu diluluskan oleh Dewan Rakyat, wakil rakyat akan dibahaskan dahulu dalam Dewan Rakyat melalui beberapa proses iaitu bacaan pertama, kedua dan ketiga. Sesuatu akta itu dikira sah apabila pihak kerajaan mewartakan undang-undang tersebut kepada umum dan secara rasminya dikuatkuasan mengikut tarikh yang ditetapkan.

Pada tahun 2013, Akta Pencegahan Jenayah 2013 telah diluluskan oleh Dewan Rakyat bagi menggantikan Akta Pencegahan Jenayah 1959 (Pindaan 1983). Pindaan akta ini adalah untuk membasmi kes jenayah yang semakin meningkat di Malaysia terutamnya kes pembunuhan yang mempunyai hubung kait kongsi gelap di Malaysia. Tambahan pula kes, pembunuhan tembak mati yang meningkat dari semasa ke semasa menyebabkan pihak kerajaan mengusulkan pindaan Akta Pencegahan Jenayah 2013 untuk menggantikan akta yang ada. Statistik daripada Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) menujukkan bahawa sebanyak 31 kes serangan pembunuhan menggunakan senjata api dari bulan April hingga bulan Julai 2013, iaitu dalam tempoh yang singkat [ CITATION Kaj13 \l 1033 ]. Kajian statistik daripada KPRU juga turut menyatakan bahawa sebanyak 14 kes tembak mati melibatkan individu dalam bulan Julai sahaja. Situasi ini menujukkan kadar jenayah negara berada di tahap yang kurang selamat dan perkara ini memberi banyak kesan buruk kepada keamanan negara.

(2)

pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat (EO) menyebabkan kadar jenayah meningkat kerana sebahagian besar daripada penjenayah yang terlibat merupakan bekas tahanan di bawah ISA dan EO. Oleh hal yang demikian, penggubalan Akta Pencegahan Jenayah ini merupakan satu mekanisma kerajaan bagi membenters jenayah berat yang semakin membimbangkan di Malaysia. Perkara ini seperti yang diutarakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low dalam laporan akhbar bertarikh 14 Ogos 2013 yang menyatakan bahawa pindaan atas Akta Pencegahan Jenayah 1959 merupakan tindak balas kerajaan untuk mencegah jenayah yang semakin meningkat[ CITATION Mel13 \l 1033 ].

Akta Pencegahan Jenayah 2013 ini juga mendapat tentangan daripada beberapa pihak terutamanya pihak pembangkang. Walaupun akta ini bertujuan untuk memerangi jenayah yang berat, tetapi banyak persoalan dan perdebatan yang timbul tentang isi kandungan rang undang-undang tersebut . Presiden Penubuhan IKRAM Malaysia, Ustaz Dr. Mohd Parid bin Sheikh Hj. Ahmad dalam mengeluarkan kenyataan media pada 8 Oktober 2013 menyatakan bahawa undang-undang Akta Pencegahan Jenayah (pindaan dan peluasan) 2013 menyalahi prinsip keadilan Islam dan bercanggah dengan hak asasi di bawah Perlembagaan Persekutuan dan Pengisyhtiharan Hak Asasi Manusia Sejagat [ CITATION PER13 \l 1033 ]. Hal ini demikian keranan beliau berpendapat bahawa klausa dalam peruntukan undang-undang tersebut tentang tahanan tanpa bicara selama dua tahun bercaggah dengan hak asasi manusia. Bantahan secara berterusan juga disuarakan oleh pihak Pakatan Rakyat walaupun undang-undang tersebut telah diluluskan. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa undang-undang tersebut mempunyai niat yang baik dalam mencegah jenayah, namun undang-undang tersebut telah mengenepikan prinsip keadilan dan hak asasi manusia yang dipegang oleh seluruh dunia [ CITATION Sin13 \l 1033 ].

(3)

Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Perluasan) ini secara lebih terbuka dan kritikal supaya masyarakat dan kerajaan dapat bersama-sama memerangi jenayah berat ini dengan lebih serius demi keselamatan negara.

Tahanan Tanpa Bicara: Bayangan ISA

Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 atau dikenali dalam bahasa Inggeris Internal Security Act (ISA) telah dimansuhkan pada 15 September 2011 dan dimansuhkan bersama dengan Akta Buang Negeri 1959 oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak. Pemansuhan ini memperlihatkan tamatnya satu akta yang memberi hukuman tanpa bicara selama dua tahun dan ini merupakan satu transformasi politik yang dibawa oleh Perdana Menteri dalam usaha melahirkan sebuah negara lebih cekap dan berintergriti dari segi keselamatan negara. Dato’Seri Najib Razak juga memberi jaminan bahawa individu yang mempunyai pemikiran politik yang berbeza tidak akan ditahan disebabkan perbezaan tersebut [ CITATION Ros11 \l 1033 ]. Di bawah ISA, kebanyakan individu yang ditahan terdiri daripada aktivis pelajar dan ahli politik pembangkang. Hukuman tahanan tanpa bicara merupakan hukuman yang melanggar kebebasan dan keadilah serta Hak Asasi Manusia kerana tahanan tersebut tidak boleh membela dirinya di mahkamah.

(4)

pihak kerajaan menggunakan hukuman tahanan tanpa bicara terhadap penjenayah tetapi pihak pembangkang meragui definisi atau maksud penjenayah yang terkandung dalam Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Perluasan) 2013. Pihak pembangkang meragui maksud penjenayah kerana maksud tersebut boleh membawa erti yang berbeza mengikut pihak kerajaan. Mereka bimbang sekiranya pihak kerajaan menggunakan akta tersebut untuk menahan ahli politik pembangkang yang berbeza ideologi dan pendapat seperti ISA yang telah dimansuhkan.

Jika dianalisis dengan lebih terperinci hukuman tahanan tanpa bicara dalam PCA ini banyak memberi kelebihan kepada pihak polis untuk membasmi jenayah berat dengan lebih efektif. Pegenalan akta ini juga mudah untuk pihak polis membenteras jenayah berat secara menyeluruh keranan Akta Pencegahan Jenayah 1959 memberikan ruang yang terhad bagi pihak polis menjalankan tugas serta mereka terpaksa membawa suspek ke hadapan majistret dalam tempoh 24 jam. Tun Zaki dalam laporan yang dikeluarkan oleh Malaysian Insider pada 25 Julai 2013 menyatakan kuat kuasa undang-undang tahanan tanpa bicara amat berkesan dan merupakan jalan mudah bagi polis untuk menangkap penjenayah selepas undang-undang EO dimansuhkan [ CITATION IZW13 \l 1033 ]. Walau bagaimanapun, pihak pembangkang menyatakan bahawa pihak polis perlu menagani kes jenayah berdasarkan pembicaran yang adil dan mengikut prinsip keadilah dalam hak asasi manusia. Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyuarakan bantahan Pakatan Rakyat terhadap Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Perluasan) 2013 kerana hukuman yang dikenakan, iaitu tahanan tanpa bicara kerana hukuman tersebut menlanggar hak asasi manusia [ CITATION NUR13 \l 1033 ]. Pandangan yang berbeza ini menyebabkan akta ini masih tidak mendapat persetujuan secara bersama walaupun akta tersebut telah diluluskan.

(5)

pelbagai pihak untuk memperkukuhkan lagi klausa-klausa di bawah akta ini untuk membenteras jenayah dengan lebih efektif [ CITATION Aiz13 \l 1033 ]. Oleh hal yang demikian undang-undang ini boleh dipinda mengikut kesesuaian masa sekiranya keadaan jenayah dapat dikawal. Kenyataan daripada Datuk Zahid Hamidi meperlihatkan klausa-klausa yang terkandung dalam akta tersebut bukan bersifat kekal tetapi klusa tersebut digunakan untuk menyelesaikan masalah jenayah yang semakin meningkat dan membimbangkan.

Hukuman tahanan tanpa bicara ini sememangnya bukan salah satu cara yang efektif dalam membasmi urusan jenayah. Hal ini demikian kerana penguatkuasaan akta ini memeperlihatkan ketandusan idea dan rancagan pencegahan jenayah yang lebih berkesan. Tahanan tanpa bicara dalam Akta Pencegahan Jenayah 2013 ini seperti salah satu jalan pintas bagi pihak berkuasa dalam mengawal isu jenayah berat yang semakin meningkat. Kredebiliti pihak berkuasa, iaitu pihak polis juga mudah dipersoalkan kerana mereka hanya berharap penguatkuasaan undang-undang untuk memerangi jenayah. Menurut Peguam negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail dalam artikel The Malaysian Insider pada 16 Julai 2013 menyatakan bahawa undang-undang yang sudah sedia ada di Malaysia udah mencukupi untuk membenteras kes jenayah dan beliau mempercayai bahawa pihak berkuaasa tidak memerlukan penggubalan undang-undang yang ketat [ CITATION The13 \l 1033 ]. Pengenalan undang-undang ini dapat memperlihatkan kebaikan dan keburukan tersebut terutamnya peranan pihak berkuasa dalam mengatasi jenayah.

(6)

berbeza di Malaysia sedangkan ISA diperkenalkan adalah untuk membenteras keganasan komunis pada tahun 1960. Penyalahgunaan kuasa pihak kerajaan menggunakan ISA untuk menahan ahli politik pembangkang dilihat sebagai satu tindakan kawalan baru pihak kerajaan terhadap ahli politik pembangkang dengan berselindung di bawah Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Peluasan) 2013.

Hak Asasi Manusia

Akta ini sememangnya bercanggahan dengan berbagai jenis undang-undang yang melindungi hak asasi manusia. Seperti mana yang difahami dari hasil kerja John Lock, individu memasuki perjanjian dengan kerajaan bagi memperolehi perlindungan. Perlindungan yang dimaksudkan adalah perlindungan terhadap diri dan harta benda. Maka munculah idea mengenai Hak Asasi bagi melindungi individu dari musuh luar mahupun dalaman, termasuklah kejahatan Negara (state). Sejajar dengan perjajian United Nation Declaration of Human Rights 1948 (UNDHR) dan banyak lagi deklarasi hak asasi manusia, perlembagaan persekutuan telah memggariskan hak-hak asasi manusia. Perkara lima hingga tiga belas Perlemahaan Persukutuan telah menggariskan pelbagai hak termasuklah hak terhadap kebebasan diri, kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan, dan kesaksamaan di sisi undang-undang. Namun kenapa masih lagi terdapat pelbagai percanggahan serta pelanggaran hak asasi masih berlaku di negara ini? Di dalam bahagian ini akan disebut bentuk percanggahan yang berlaku dan akan dibincangkan permasaalahan yang timbul dalam perlaksanaan hak asasi di Malaysia.

(7)

mengariskan bahawa sesiapa yang telah dibebaskan tidak oleh didakwa berulang kali kecuali deperintahkan oleh mahkamah yang leih tinggi. Akta 149 memberi kebenaran bagi tertuduh dibicarakan berulang kali. Perlangaran demi perlangaran bukan sahaja berlaku dari segi prosedur penahanan di dalam undang-undang yang telah dululuskan oleh parlimen, tetapi juga menafikan hak individu dalam perkara sepuluh yang menyebut mengenai hak untuk bersuara, berkumpul serta berpesatuan. Hak ini telah dinafikan apabila peserta pelbagai tunjuk perasaan telah ditahan sekaligus dinafikan hak untuk bersuara dan berhimpun serta ditahan diawah akta 149 dan tidak dibicarakan.

Dalam pada Perlembagaan menyatakan tentang hak sepertimana yang tertulis pada perkara lima hingga tiga belas, tetapi undang-undang dan polisi kerajaan masih lagi mengetepikan hak-hak ini. Bagi memahami perkara ini sebaiknya kita imbas kembali pada masa tertulisnya Perlembagaan Persekutuan. Pada waktu tersebut Suruhanjaya Reid tidak menyebut dengan lebih terperinci mengenai hak asasi kerana tidak dirasakan perlu.kerana pada asalnya dianggap akan kukuh kedudukan hak asasi di Malaya. Namun perkara sealiknya berlaku, apabila pelbagai undang-undang telah diluluskan oleh parlimen dan kabinet dengan mudah melanggar hak asasi manusia. Maka dengan itu, pihak kerajaan telah memanfaatkan kelompongan yang ada iaitu tiada undang-undang bertulis yang menghalang tindakan tersbut secara jelas. Kekaburan ini telah mebolehkan pentafsiran undang-undang itu menyimpang dari makna asal. Jadi penting bagi badan perundangan dan perlaksana harus jujur dan ikhlas bagi mematuhi gak-hak asasi yang telah digariskan. Mengambil contoh di England yang tidak mempunyai perlembagaan bertulis dan menggariskan perkara tersebut dalam undang-undang tertinggi mereka masih menjaga dan memlihara hak-hak asasi manusia sepertimana yang ditetapkan UNDHR lebih baik dari Malaysia.

(8)

dimana Perdana Menteri masih lagi secara tak langsung melantik Ketua Hakim Negara dengan menasihati Yang Dipertuan Agong. Berat dikatakan bahawa perlembagaan yang tidak sempurna dan menyeluruh telah menyumbang kepada masaalah ini. Satu masaalah telah membawa kepada satu masaalah yang lebih besar dan akhirnya menjejaskan kedudukan Hak Asasi Manusia di Malaysia. Apa yang boleh dilakukan adalah dengan meminda perlembagaan agar lebih sempurna dan menyeluruh, atau dengan keikhlasan seta kejujuran pihak penguasa bagi melaksanakan hak asasi dengan lebih telus dan terjaga. Bagi rakyat, harus diperkasakan lagi kuasa mendesak agar suara mereka mendapat perhatian. Kesedaran mengenai hak individu yang semakin meningkat akan membawa perubahan pada masa akan datang.

Kesimpualnnya, Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Perluasan) 2013 bukan bayangan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960. Penggunaan tahanan tanpa bicara bukanlah satu mekanisma utama dalam penggubalan atau pemindaan ini tetapi semua pihak harus melihat perkara ini dalam usaha membenteras jenayah. Walaubagaimanapun, pihak kerajaan perlu mengambil berat tanggungjawab pindaan tersebut secara menyeluruh dan tidak menggunakan undang-undang tersebut demi kepentingan politik. Pihak kerajaan perlu memastikan bahawa undang-undang ini digunakan dengan cara yang betul dan bertepatan dengan objektifnya iaitu untuk membasmi jenayah berat yang semakin menigkat. Pihak polis pula perlu memantapkan lagi strategi dan kawalan keselamatan dari semasa ke semasa bagi memastikan pihak berkuasa memanafaatkan undang-undang tersebut demi keselamatan negara. Namun pihak kerajaan perlu mengkaji semula klausa yang membenarkan hukuman tahan tanpa bicara untuk masa akan datang supaya penggunaan hukuman tersebut mendapat persetujuan masyarakat dan pelbagai pihak. Hal ini demikian bagi memastikan keadilan dan kesakmaan hak manusia dari segi perundangan atas dasar keadilan manusia.

Bibliography

(9)

Chi, M. (2013, Ogos 14). The Malay Mail. Retrieved Disember 9, 2013, from The Malay Mail online.com: http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/putrajaya-to-use-crime-prevention-act-to-keep-gangsters-in-check

Chik, H. A. (2013, September 28). Tha Malaysian Insider. Retrieved Disember 3, 2013, from Tha Malaysian Insider.com: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pindaan-akta-pencegahan-jenayah-bukan-untuk-kawal-pembangkang-dan-ngo

Hussain, N. A. (2013, Oktober 2013). Mstar. Retrieved Disember 19, 2013, from Mstar Online.com: star.com.my/cerita.asp?

sec=mstar_berita&file=/2013/10/3/mstar_berita/20131003161729

Ismail, R. (2011, September 15). Agenda Daily Insight News. Retrieved Disember 12, 2013, from Agenda Daily Insight News.com:

http://www.agendadaily.com/arkib/arkib-agenda- daily/berita-muka-hadapan/319-muka-hadapan/3210-pm-umum-akta-keselamatan-dalam-negeri-isa-dimanuhkan-.

Izwan. (2013, Julai 25). Malaysian Insider. Retrieved Disember 13, 2013, from Malaysian Insider.com: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tun-zaki-perbaiki-akta-pencegahan-jenayah-tahanan-tanpa-bicara-adalah-jalan

Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU). (2013, Ogos 2). Kajian Politik untuk Perubahan . Retrieved Disember 12, 2013, from Kajian Politik untuk Perubahan.com:

http://kpru2010.wordpress.com/2013/08/02/purata-2-kes-seminggu-sepanjang-7-bulan-pertama-kes-tembak-bunuh-bukan-sekadar-isu-keselamatan-2/

PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM). (2013, Oktober 8). Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM). Retrieved Disember 7, 2013, from IKRAM.org.my:

http://www.ikram.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=902:pindaan-akta-pencegahan-jenayah-dipersoalkan-ikram&catid=1:berita-pusat&Itemid=9

Sharif, A. (2013, Oktober 11). Astro Awani . Retrieved Disember 19, 2013, from Astro

(10)

Sinar Harian. (2013, Oktober 3). Sinar Harian. Retrieved Disember 12, 2013, from Sinar Harian.com: http://www.sinarharian.com.my/pr-terus-bantah-pca-1.208213

Sulastry Yurni Ahmad, N. S. (n.d.).

Referensi

Dokumen terkait

Puji syukur saya panjatkan kepada Tuhan Yang Maha Esa, karena atas berkat dan kasih- Nya, saya dapat menyelesaikan tesis ini. Penulisan tesis ini dilakukan dalam rangka

Perkembangan titik panas atas hotspot pada hari ini pukul 17.00 WIB berdasarkan pantauan citra satelit Terra/Aqua (BMKG) total Sumatera Nihil, Riau : Nihil, dan

Rosyidi (2020) menjelaskan bahwa kemampuan guru dan calon guru matematika terhadap konsep persamaan kuadrat sebagai berikut: sebanyak 18,29% guru matematika dan 6,10%

Satuan Intelkam (Satintelkam) sebagaimana dimaksud dalam Pasal 4 huruf c ayat (2) bertugas menyelenggarakan dan membina fungsi intelijen bidang keamanan, pelayanan yang

Sleman yang dilakukan oleh pejabat pengelola sesuai dengan ketentuan peraturan perundang-undanganf. (2) Dewan Pengawas

selaku Ketua dan Sekretaris Program Studi Profesi Apoteker Universitas Katolik Widya Mandala Surabaya yang telah menyediakan waktu selama proses penyelesaian laporan PKPA

Berdasarkan hasil penelitian didapatkan bahwa, gambaran tingkat kepatuhan pasien tuberkulosis di Rumah Sakit Umum Provinsi NTB sebagian besar pasien dengan

Arsiparis/Pengelola Arsip/Penata Arsip di Subdit Penyimpanan Arsip Media Baru menerima perintah dan melakukan koordinasi dalam rangka memindahkan arsip yang telah